Seniman arca bertaraf dunia - LASALLE College of the Arts

Transcription

Seniman arca bertaraf dunia - LASALLE College of the Arts
Source:
Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited.
Berita Harian | Selasa, 22 Disember 2015
Permission required for reproduction
9
Gah!
Seniman arca bertaraf dunia
Pemuda kacukan Melayu-Jepun muncul pemenang agung seni awam sempena pesta Kobe Biennale
SAUJANA MATA MEMANDANG: Arca berbingkai seberat 2,000 kilogram yang dihasilkan Encik
Muhammad Nur Faris menjadi tumpuan kerana membolehkan pengunjung bergambar dengan latar
belakang laut Kobe di Jepun. – Foto ihsan MUHAMMAD NUR FARIS
!HARYANI ISMAIL
haryani@sph.com.sg
SENIMAN muda, Encik Muhammad Nur
Faris Nakamura Mohamed Salim, sentiasa
impikan ruang besar dalam berkarya.
Ini memandangkan beliau biasanya selesa
dan teruja membina arca atau seni pemasangan ‘raksasa’ yang tampak gah dipandang
mata.
Situasi ini, bagaimanapun, payah diperolehi di Singapura kerana keterbatasan
ruang yang turut menjadi keprihatinan ramai artis setempat.
Encik Muhammad Nur Faris, 26 tahun,
tidak berputus asa dan mencari ruang alternatif bagi menjadikan impiannya itu satu kenyataan.
Temannya yang mengikuti kursus pengurusan seni menyarankan agar beliau mengembangkan bakat seninya dengan menyertai Peraduan Antarabangsa Seni Shitsurai
(Seni Awam) sempena pesta seni besar-besaran Kobe Biennale, di Jepun.
Hasilnya, arca berbingkai pemuda ini,
yang diperbuat daripada besi dan konkrit, diiktiraf sebagai pemenang agung Seni Shitsurai di Kobe Biennale baru-baru ini.
Beliau menerima hadiah 2 juta yen
($23,251).
Saingannya ialah sekitar 40 seniman lain
daripada serata dunia.
Tahun ini, pesta seni dua tahun sekali itu
memberi tumpuan kepada usaha mendefinisikan semula idea tradisional mengenai seni. Kekuatan budaya di kota itu, yang membantunya secara kolektif dalam membangkitkan setiap masyarakat daripada kesuraman
musibah gempa bumi 20 tahun lalu, cuba diselongkar seiringan dengan daya keusahawanan anak mudanya.
Ketika ditemui Gah! di Maktab Seni Lasalle baru-baru ini, Encik Muhammad Nur
Faris, yang kini eksekutif operasi di Muzium
Seni Singapura (SAM), berkata:
“Selepas tamat pengajian ijazah seni halus di Lasalle, saya menetapkan dua misi
iaitu mencari pekerjaan tetap dan menebarkan sayap seni ke peringkat antarabangsa.
“Teman saya menyarankan agar saya rajin melungsur Internet bagi mencari peluang
mempamerkan karya saya.
“Selain di Jepun, saya turut melihat peluang berkarya di Australia dan London. Sayangnya, kededua tempat itu merupakan
program bekerja sambil berseni yang memakan masa lebih sebulan, sesuatu yang tidak
mampu saya lakukan kerana tugas sepenuh
masa saya.”
Mengenai kemenangannya itu, Encik Mu-
TEBAR SENI PEMASANGAN KE JEPUN: Encik Muhammad Nur Faris, warga Singapura yang mempunyai darah Jepun, teruja memenangi Hadiah Agung di
Peraduan Seni Awam sempena pesta seni gah, Kobe Biennale. – Foto KHALID BABA
hammad Nur Faris, anak ketiga dalam lima
beradik, terharu jerih payahnya selama lima
bulan menghasilkan arca itu membawa hasil.
“Banyak perkara tentang cara menghantar karya yang berat lagi besar tidak saya ketahui.
“Sebabnya arca ini diukir di sini dan bukan di Kobe. Saya perlu mengkaji cara sebaiknya membawa karya ini ke Jepun.
“Beratnya ialah sekitar 2,000 kilogram.
Saya juga perlu membelanjakan $6,000 bagi
kos pengangkutan. Nak pasang roda pada arca itu turut menimbulkan kesulitan. Saya
yang terbiasa dengan arca kayu pula perlu
menyesuaikan diri saya dengan bahan
konkrit dan besi.
“Mujurlah, segala penat lelah ini berhasil,” katanya lagi.
Simbolisme struktur arca ciptaannya terletak pada keupayaannya menjadi bingkai
merakam foto indah pemandangan sekitar
laut Kobe.
“Pihak pengadil gembira melihat arca
saya ini mampu menjadi bingkai bagi orang
ramai yang lalu-lalang memetik foto tiga
ikon iaitu Pelabuhan Kobe, Hotel Oriental
Kobe dan roda Ferris.
“Saya pula tersentuh kerana sebuah negara seperti Jepun yang kaya nilai estetika seninya dapat menghargai bakat saya. Tambahan pula, darah Jepun ada mengalir dalam tubuh saya. Ia suatu pencapaian yang meng-
gembirakan,” katanya lagi.
Buat masa ini Encik Muhammad Nur
Faris gembira dengan pekerjaannya yang
membolehkan beliau berinteraksi dengan ramai artis muda.
“Kebanyakan seniman muda ini masih
teragak-agak dalam memikirkan masa depan mereka sebagai seniman. Mereka bimbang ibu bapa mereka tidak menyokong kerjaya mereka atau tidak banyak pendedahan
diberi kepada seniman muda di Singapura.
“Saya, bagaimanapun, memberi mereka
jaminan bahawa kalau ada kemahuan, pasti
ada jalan,” jelas lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama) dalam Seni
Halus daripada Maktab Seni Lasalle itu.
Nana serikan acara di Istana Budaya
World class sculptor
BONUS menanti penonton acara Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya.
Malay-Japanese youth is the winner of public art
grand
prize
Kobe
Biennale.
Selain
kemunculan penyanyi
mapanat
Opick
dan
Hafiz Hamidun dari Rabu hingga Jumaat ini, pihak
penganjur Mask Team dan Indigital Sdn Bhd akan
menampilkan juara Gegar Vaganza (Musim Kedua), Siti Nordiana (Nana) Alias, bagi menyemarakkan persembahan.
Siti Nordiana akan ditampilkan bersama Ronnie
Hussein esok, manakala Lah Ahmad pula akan bersama Hafiz pada Khamis dan Jumaat ini.
Berita Harian (Malaysia), yang menemui Ketua
Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari
Shaarani, melaporkan bahawa sambutan terhadap
konsert tersebut cukup memberangsangkan.
“Sebab itu penganjur bersetuju menawarkan imbuhan istimewa menerusi penampilan ketiga-tiga
vokalis berkenaan, iaitu Siti Nordiana, Lah dan Ronnie.
“Pastinya, konsert ini yang menampilkan kelainan gabungan penyanyi kontemporari dan ketuhanan memberikan nilai tambah buat penonton,” katanya.
Malam Kalimah Cinta menampilkan sisi muzikal istimewa menerusi gabungan nyanyian, zikir
dan selawat diiringi persembahan penuh unsur berbilang media serta kesan khas selama 90 minit.
Opick bakal diiringi kumpulan pemuzik profesional, Tombo Ati, yang dibawa khas dari Indonesia, manakala Hafiz pula akan disertai kumpulan pemuzik handalan di bawah susunan gubahan Faizal
Uzir.
Tiket masih boleh didapatkan menerusi tempahan di laman www.redtix.airasia.com atau di Istana
Budaya.
Sebahagian hasil kutipan jualan tiket akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Generasi Bersatu
Malaysia.
AS FAR AS THE EYES CAN SEE: A sculpture of frames weighing 2,000 kilograms produced by Mr
Muhammad Nur Faris has become a focal point because it allows visitors to take photographs with the
sea off Kobe in Japan as a backdrop. – Photo courtesy of MUHAMMAD NUR FARIS
BRINGING INSTALLATION ART TO JAPAN: Mr Muhammad Nur Faris, a Singaporean who has
Japanese ancestry, is excited about winning the grand prize for public art at the Kobe Biennale. –
Photo KHALID BABA
Young artist Mr Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim always thinks big for his
works.
DEKATI BELIA KEMBOJA DENGAN ILMU NIAGA: (Dari kiri) Cik Nur Sabrina dan Cik Nadhirah teruja menantikan peluang
berbakti di Kemboja sekitar April tahun depan menerusi Program Mata Pencarian Belia, yang diusahakan Politeknik
Republic dan World Vision. – Foto KHALID BABA
Kongsi kemahiran berniaga
MEWARNAI ACARA: Siti Nordiana Alias (kiri) bergambar bersama
peminatnya, Irma Suriana Mahamud. Beliau diundang menjayakan
Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya esok. – Foto TAUFIK A. KADER
This can be seen from the fact that he is usually comfortable with and excited about creating
dengan
ihsan
diinstallations
Kembojathat look magnificent.
“gigantic”
sculptures
or art
HASRAT Cik Nur Sabrina Abdul Shukur dan Cik Nur Nadhirah
Abdul Khaliq menyertai kursus
Diploma Pengurusan Keusahawanan Sosial didorong keinginan
memperkasa insan lain.
Lantaran itu, apabila Politeknik Republic dan badan tidak mengaup keuntungan, World Vision
Singapore, melancarkan Program
Mata Pencarian Belia (YLP) di
Kemboja, mereka berminat ikut
serta.
Program perintis itu dibangunkan selepas satu Memorandum
Persefahaman (MOU) ditandatangani antara politeknik itu dengan
World Vision awal bulan ini.
Ia menggerakkan kerjasama
dua hala antara belia Kemboja
dengan Singapura dengan pendekatan memberi bimbingan sesama
peringkat usia diamalkan.
Menurut pensyarah kanan di
Pusat Keusahawanan dan Komunikasi Politeknik Republic, Encik
Danny Lee, belia Singapura berpeluang memindahkan ilmu tentang
keusahawanan sosial serta kemahiran menjalankan perniagaan dengan keihsanan kepada belia
Kemboja.
Ini diharap dapat membuka peluang ekonomi bagi menjamin mata pencarian belia di negara membangun itu.
Sekitar 24 pelajar jurusan Diploma Pengurusan Keusahawanan
Sosial daripada Politeknik Republic dijadualkan berangkat ke daerah Ponhea Leu di wilayah Kandal, Kemboja, April tahun depan
bagi misi tersebut.
Ketika ditemui Gah! di Politeknik Republic, Cik Nur Sabrina,
19 tahun, pelajar tahun kedua,
berkata:
“Saya datang daripada latar belakang keluarga yang menekankan keihsanan.
“Sejak kecil lagi saya digalakkan membantu orang, termasuk
pengemis di jalanan.
“Lantaran itu, apa sahaja peluang menebarkan bakti akan
saya rebut kerana ia juga akan
memperkaya pengalaman saya,
lebih-lebih lagi dengan peluang
menjelajah ke luar negara.”
Cik Nur Nadhirah, juga 19
tahun, pula menambah bahawa
beliau teruja berkongsi pengetahuan tentang menjalankan bisnes
dengan hati ihsan bersama belia di
Kemboja.
“Saya pernah mendengar cerita seorang teman yang bertugas sebagai jururawat. Beliau berpeluang ke Kemboja selama 10 hari
bagi satu misi yang mendedahkannya kepada kehidupan kampung.
“Saya harap menerusi kunjungan saya kelak, saya dapat memberi keceriaan kepada belia
Kemboja yang ingin tahu selok-belok menggerakkan perniagaan berteraskan nadi sosial,” katanya
yang pernah terlibat dalam projek
kebajikan Sunlove bersama teman-temannya.
Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) World Vision, Cik Foo Pek
Hong, berkata:
“Mencari, menjana dan mengekalkan pekerjaan adalah kunci utama program perintis ini. Belia Singapura bukan sahaja fokus pada
usaha berkongsi pengetahuan dan
mewujudkan kesedaran, malah
berpeluang membantu belia
Kemboja memperbaiki teknik bercucuk tanam, menternak haiwan
mahupun memperkasa pekerjaan
di sektor perkhidmatan. Mereka
boleh saling membimbing dan
mencari huraian terbaik.” !HARYANI ISMAIL
However, it is hard to do so in Singapore due to space constraints, and this is also a concern
for many local artists.
Mr Muhammad Nur Faris, 26, did not give up and has found an alternative space to make his
dream a reality.
His friend, who is taking BA(Hons) Arts Management at LASALLE College of the Arts,
encouraged him to hone his artistic talent by taking part in the Shitsurai Art International
Competition (Public Art) held in conjunction withVisitthe
Kobe Biennale art festival in Japan.
www.stdirectorytravel.com/yearendsales/12/ for the best shopping experiences ever!
STDirectoryTravel
His work, a sculpture of frames made of steel and concrete, was awarded the grand prize for
Shitsurai Art at the recent Kobe Biennale.
STDTravel
A product of SPH, Singapore’s trusted media group
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited.
Permission required for reproduction
He received a prize of two million yen (S$23,251).
He competed with around 40 artists from all over the world.
This year, the bienniale focused on efforts to redefine traditional ideas about art. The strength
of culture in the city, which collectively helped its society rise from the gloominess of a
calamitous earthquake 20 years ago, was explored along with the entrepreneurial spirit of its
youth.
When Gah! met with Mr Muhammad Nur Faris at LASALLE College of the Arts recently, Mr
Muhammad Nur Faris, who is an operations executive at the Singapore Art Museum (SAM),
said:
“After finishing BA(Hons) Fine Arts at LASALLE, I set for myself two missions, that is, to find
a permanent job and to bring my art to the international level.
My friend encouraged me to surf the internet diligently to look for opportunities to display my
works.
Besides Japan, I have also looked at producing work in Australia and London. It’s a pity that
the two places offering working artist programmes are more than a month long, which is
something that I cannot afford to do because of my full time job.”
Regarding his win, Mr Muhammad Nur Faris, the third child among five siblings, is moved
that his five months of hard work have paid off.
“There were many things that I didn’t know about shipping a large and heavy work of art.
That was because the sculpture was produced here and not in Kobe. I had to find the best
way to ship the work to Japan. It weighed around 2,000 kilograms. I also had to spend
S$6,000 on transportation cost. Even installing wheels on the sculpture posed difficulties. I
also had to get used to working with concrete and steel as I am more familiar with creating
wooden sculptures. Luckily, all my hard work paid off,” he added.
The symbolism of his sculpture lies in its ability to be a frame for beautiful photographs of the
sea off Kobe.
“The judges were happy to see that my sculpture can be a frame for passersby to take
photographs of three landmarks, that is, Kobe Port, Oriental Kobe Hotel and the Ferris wheel.
I am touched because a country like Japan which is rich with aesthetic values can appreciate
my talent. Furthermore, I have Japanese blood. It’s an achievement that makes me happy,”
he added.
For now, Mr Muhammad Nur Faris is happy with his job as it allows him to interact with many
young artists.
“Many young artists are still unsure when they think of their future as artists. They worry that
their parents will not support their career or there is not enough exposure given to young
artists in Singapore.
However, I gave them the assurance that when there is a will, there is a way,” explained the
BA(Hons) Fine Arts First Class Honours graduate from LASALLE College of the Arts.