Karnival Upin Ipin@PICC Perbadanan Putrajaya Menangi

Transcription

Karnival Upin Ipin@PICC Perbadanan Putrajaya Menangi
myPUTRAJAYA
BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA • EDISI NOVEMBER 2014
WWW.PUTRAJAYA.GOV.MY / WWW.PPJ.GOV.MY
Formula E
Putrajaya
Perbadanan Putrajaya
Menangi Anugerah Emas
Karnival Upin Ipin@PICC
Pelancaran Ecoride@Putrajaya
PERBADANAN PUTRAJAYA MENANGI
ANUGERAH EMAS & GANGSA
S
empena Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan
2014 yang diadakan di Dataran Teluk Kemang Port Dickson pada
22 November 2014 yang bertemakan “TANDAS KITA BERSIH, CERIA
DAN SELESA”, Perbadanan Putrajaya telah dijemput untuk menyediakan
booth pameran bagi mempromosikan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya telah berjaya membawa pulang 3 anugerah dari
Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Peringkat Kebangsaan
2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti berikut:1. KATEGORI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (BANDARAYA /
PERBANDARAN)
ANUGERAH EMAS untuk Tandas Awam Pusat Marina Putrajaya
Presint 5, Putrajaya.
ANUGERAH GANGSA untuk Tandas Awam Pusat Mendaki
Taman Cabaran Presint 5 dan Presint 20, Putrajaya.
2. KATEGORI PELANCONGAN
ANUGERAH EMAS untuk Tandas Awam Pantai Buatan Presint 6,
Putrajaya.
Surat menyurat
Sidang redaksi myPutrajaya mengalualukan komen, ulasan dan sumbangan dari
semua pembaca
Semua urusan surat menyurat dan email
hendaklah ditujukan kepada:
multimedia@ppj.gov.my
Buletin myPutrajaya,
Unit Portal & Multimedia,
Bahagian ICT,
Jabatan Perkhidmatan Korporat,
Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675 Putrajaya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
www.ppj.gov.my dan
www.putrajaya.gov.my
Facebook/putrajaya,
Twitter@putrajayacorp,
Youtube/perbadananputrajaya,
Instagram/perbadananputrajaya.
Formula E
Putrajaya
P
erbadanan Putrajaya telah menganjurkan Kejohanan
Formula E pada 21 - 22 November 2014 bertempat
di Litar Presint 2 Putrajaya. Formula E adalah perlumbaan
kereta eletrik yang baru diperkenalkan di bawah
pengawasan Fédération Internationale I’Automobile
(FIA). Kejohanan Formula E di Putrajaya ini merupakan
perlumbaan Siri Kedua diadakan selepas Beijing.
Perlumbaan di Putrajaya meliputi laluan sepanjang 2.56
km melibatkan laluan Persiaran Perdana, Jalan Tun Abdul
Razak, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lebuh Wawasan,
Lebuh Bestari, Jalan P2D dan Jalan Pembangunan. Di
sepanjang laluan tersebut turut dibina kawasan tempat
duduk pengunjung (spectator area), pit stop serta laluan
perlumbaan.
Perlumbaan ini belum mencapai tahap gegak-gempita
Formula 1 yang memiliki pengikut setia dan pelumba
bintang seperti Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan
banyak lagi. Formula E ini masih baru dan masih dalam
peringkat promosi. Penganjuran Formula E diadakan di
Malaysia kerana teknologi di sebalik Formula E adalah
menggunakan teknologi untuk masa depan serta
mempromosikan negara di persada antarabangsa.
Firma perkhidmatan profesional global Ernst & Young
(EY) pada 12 November lalu, telah mengumumkan laporan
hasil analisisnya tentang nilai perlumbaan Formula E ini.
Secara ringkasnya, perlumbaan kereta pelepasan asap sifar
ini akan membantu meningkatkan jualan 77 juta kenderaan
elektrik di seluruh dunia dalam tempoh 25 tahun iaitu dari
2015 hingga 2040.
Analisis EY itu mengkaji impak Formula E dan
sumbangannya dalam merobohkan batu halangan yang
menjejaskan pasaran kenderaan elektrik iaitu penetapan
harga dan teknologi serta membandingkannya daripada
segi bilangan jualan. Hasil daripada peningkatan jualan,
selain dengan kewujudan Kejohanan Formula E di setiap ibu
negara tuan rumah, kesemua faktor ini akan mendatangkan
manfaat ketara kepada ekonomi tempatan dan global, sosial
serta alam sekitar.
Antara fakta penting tentang Formula E yang menarik
untuk pengetahuan umum ialah :1. Formula E pertama kali dipersetujui pada 2012 dengan
matlamat menggunakan enjin yang dijana kuasa elektrik,
mesra alam sekitar dan paling penting, menjadi perlumbaan
yang menarik di masa hadapan
2014
2. Konsep perlumbaan Formula E diadakan dalam
bandar iaitu berlumba di jalan-jalan sebenar. Tumpuan
diberikan kepada lokasi atau bangunan ikonik sesuatu
kota tuan rumah.
3. Misi Formula E adalah untuk memajukan dan
memberi kesedaran alam sekitar dan kemapanan kepada
orang ramai.
4. Idea Formula E mendapat sokongan selebriti dan
personaliti terkenal dunia seperti Sir Richard Branson
(Virgin Racing), Michael Andretti (anak Juara F1 Mario
Andretti yang juga pemilik Andretti Formula E) dan
pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio (Pengasas bersama
Venturi Formula E Team).
5. Penaja korporat utama Formula E adalah Michelin,
Williams, McLaren, Renault, Audi, Virgin, Tag Heuer,
Qualcomm dan DHL.
6. Sebanyak 10 pasukan terdiri daripada 20 pelumba
bertanding dalam 20 kereta. Terdapat sesi latihan,
kelayakan dan perlumbaan. Beza dengan F1, semua
acara Formula E diadakan dalam masa sehari bagi
mengurangkan pembaziran dan gangguan kepada bandar
raya.
7. Kereta lumba Formula E dibina oleh Spark Racing
Technology dengan input daripada Dallara, McLaren,
Renault, Williams dan Michelin. Dengan bateri sedia ada,
ia dapat berlumba antara 20 hingga 30 minit. Kereta
ini boleh dipecut selaju 225km sejam, dengan kelajuan
penuh.
8. Setiap pelumba perlu melakukan dua pit stop untuk
menukar kereta. FIA tidak membenarkan menukar bateri
semasa perlumbaan atas faktor keselamatan.
9. Enjin Formula E, termasuk Motor Generator Unit
(MGU) dibina oleh McLaren. MGU pada hari ini adalah
motor paling bertenaga di dunia iaitu menghasilkan kuasa
8kW/kg (kereta hibrid biasa hanya 2 hingga 3kW/kg).
10. Bateri yang dinamakan Sistem Storan Tenaga Caj
Semula (RESS) digunakan oleh semua kereta lumba. Berat
minimum kereta termasuk pemandu ialah 888kg dengan
bateri sahaja seberat 320kg.
11. Michelin mencipta tayar khusus yang sesuai
untuk jalan kering dan basah, bertujuan untuk mampu
bertahan sehingga tamat perlumbaan. Hanya tiga set tayar
diperlukan pada setiap perlumbaan iaitu untuk sesi latihan,
kelayakan dan perlumbaan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.
fiaformulae.com.my
KARNIVAL GENEXTER
B
adan Amal dan Kebajikan Tenaga
Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan
Menteri (BAKTI) telah menganjurkan
Karnival Genexter 2014 di Dataran
Putrajaya pada 8 hingga 9 November
2014.
Karnival ini telah dihadiri lebih 30,000
peserta yang terdiri daripada golongan
remaja dan belia berumur antara 18
hingga 35 tahun. Tujuan utama karnival
dianjurkan adalah untuk menyediakan
platform kepada golongan muda
membabitkan diri dalam aktiviti positif
bagi meningkatkan tahap kecekapan,
keupayaan kepimpinan, gaya hidup,
mencungkil bakat dan potensi serta
menjadi generasi bermaklumat.
Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri
Rosmah Mansor berkata program
anjuran BAKTI tersebut dapat memberi
ruang kepada Generasi Y untuk
berinteraksi dan mengenali Perdana
Menteri dan pemimpim negara dengan
lebih dekat. Karnival Genexter telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’
Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada 8 November 2014.
Karnival ini dianjurkan sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil
Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2014, mengabungkan
pelbagai idea dengan menyediakan beberapa acara menarik antaranya
karnival kerjaya, bicara agama, persembahan karnival, pameran inovasi,
kempen derma darah, kempen gaya hidup sihat, taklimat GST, Jambori
Pengakap Genexter serta Ekspo Buku Islam Antarabangsa Putrajaya.
Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor turut optimis dengan
potensi generasi Y sebagai pewaris kepada negara pada masa depan serta
berharap masyarakat turut bekerjasama memupuk nilai-nilai murni dalam
kalangan golongan berkenaan dan tidak hanya menyerahkan tugas tersebut
kepada kerajaan. Beliau juga berharap lebih banyak pusat belia disediakan
di kawasan kejiranan golongan berpendapatan rendah agar masalah sosial
dapat dielakkan.
Putrajaya Bakal Bermandi
Cahaya
P
utrajaya bakal diterangi cahaya lampu pelbagai warna
menghiasi bangunan, taman serta tasik menerusi Festival
Light and Motion Putrajaya (LAMPU 2014) pada 12 hingga
14 Disember 2014, yang mampu menyerlahkan keindahan
dan keunikan seni bina bangunan dan struktur utama Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Persiaran Perdana, Dataran Putrajaya, Kompleks Perbadanan
Putrajaya serta Sisiran Tasik di Presint 2 dan Presint 3 bakal
diterangi pelbagai cahaya lampu dengan rekabentuk menarik.
Majlis perasmian Pra Pelancaran LAMPU 2014 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB
Senator Dato’ Dr. Loga Bala Mohan pada 28 November 2014
dan turut dihadiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri
Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Hj Che Mat.
Penganjuran festival ini bakal menjadi satu lagi tarikan produk pelancongan di Putrajaya yang menyasarkan kehadiran
100,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung. Festival kali ini juga menjadi titik permulaan kepada penganjuran
Lighting Festival bertaraf antarabangsa yang lebih meriah dan
berprestij pada masa akan datang. Penganjuran LAMPU 2014
ini juga mirip kepada festival antarabangsa yang dianjurkan
oleh bandar raya terkemuka di dunia.
Menerusi festival ini, diharap Putrajaya akan lebih dikenali
di peringkat dunia dan mampu menarik ramai pelancong serta
mendapat sokongan dan sambutan baik masyarakat terutama
penduduk Putrajaya dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka mencemar duli merasmikan festival LAMPU 2014 pada 12 Disember di Dataran Putrajaya, Presint 3,
Putrajaya.
Objektif festival ini untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai senario pencahayaan terkini . Festival ini akan
mengetengahkan konsep rekabentuk cahaya berteknologi
tinggi, interaktif dan pintar. Berpandukan peredaran masa dan
trend terkini, penganjurannya selari dengan industri pencahayaan yang sedang mengalami revolusi apabila pelbagai penjimatan tenaga dramatik akan direalisasikan pada tahun akan
datang.
Pelbagai program lain turut diadakan pada festival LAMPU
2014, antaranya permainan pencahayaan interaktif, pameran automotif bercahaya, ekspo mini IT, forum, pertandingan
wayang kulit, pertandingan fotografi, kayuhan basikal bercahaya dan beca bercahaya.
Pengunjung turut berpeluang melihat laluan menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya ke Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin iaitu kiblat walk turut dihiasi cahaya lampu pelbagai warna dan skrin cahaya di Tasik Putrajaya.
PERHIMPUNAN
BERSAMA
PRESIDEN PPj
P
ada 19 November 2014, perhimpunan pekhidmat
bersama Presiden PPj telah diadakan buat kali ke-4
pada tahun ini bertempat di Dewan Seri Melati, Kompleks
Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya. Majlis perhimpunan ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan serta diikuti bacaan
doa.
Antara amanat yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri
Presiden, beliau mengucapkan penghargaan kepada
semua pekhidmat di atas pencapaian sepanjang tahun
2014 dalam melaksanakan fungsi dan tugas sebagai
pihak berkuasa tempatan serta penganjuran Program
Perlumbaan Formula E Prix Putrajaya pada 22 November 2014 yang bakal memartabatkan lagi imej Putrajaya
sebagai bandar raya contoh dalam pelbagai aspek bukan
sahaja di peringkat tempatan bahkan juga di arena global.
Pada perhimpunan kali ini juga, YBhg. Tan Sri telah
memperkenalkan pihak penganjur yang bertanggungjawab dalam menjayakan Formula E serta satu taklimat
ringkas Perlumbaan Formula E turut disampaikan oleh
Tuan Hj Mohd Nor Alias.
Tan Sri Presiden berbesar hati memberikan tiket percuma kepada semua warga PPj dan berharap agar semua
pekhidmat dapat meluangkan masa menyaksikan perlumbaan kereta Formula E tersebut.
PROGRAM SLIM SHAPE
PUTRAJAYA 2014
F
orum Kesihatan LA21 dan Majlis Penutup Program Slim Shape Putrajaya 2014 telah diadakan pada 6 November
2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program Slim Shape Putrajaya 2014 telah dimulakan pada
17 April 2014. Pada program ini, para peserta diajar cara pemakanan yang sihat dan kalori pemakanan yang diperlukan
mengikut saiz badan serta ketinggian masing-masing.
Ucapan tahniah kepada pemenang keseluruhan En. Mohd Ismail bin Wan Hassim yang mencatat penurunan berat
badan sebanyak 27.6 kg. Lebih kurang 80% daripada peserta telah berjaya menurunkan berat badan dari lingkungan
1kg hingga 27.6kg di sepanjang 6 bulan Program Slim Shape Putrajaya dijalankan.
KARNIVAL UPIN IPIN
K
arnival Upin Ipin telah berlangsung di PICC Putrajaya
bermula dari 21 hingga 23 November 2014, 9 pagi
hingga 10 malam. Peminat Upin Ipin dan juga peminat
kartun keluaran Les’ Copaque Production Sdn Bhd telah
berkunjung beramai-ramai ke Karnival Upin Ipin 2014
ini untuk merasai sendiri kegembiraan anak-anak bersama dengan idola kartun kegemaran masing - masing.
Majlis Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Ahmad
Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia
pada 22 November 2014, bertempat di Dewan Perdana PICC.
Tahniah kepada Les’ Copaque Production Sdn Bhd
kerana berjaya menarik lebih 150,000 pengunjung dalam masa 2 hari dan mencapai angka 300,000 pengunjung pada hari penutup 23 November 2014.
Banyak aktiviti yang menarik di Karnival Upin Ipin
2014 PICC Putrajaya seperti meet and greet Upin dan
Ipin, Puteri, Dadu Dido, Pada Zaman Dahulu bersama
Ara dan Aris, persembahan Ultraman, pertunjukan silap
mata Pin Pin Pom, persembahan Boria dan Rasa Sayang,
slot penaja PUNB, SPRM dan MDec, perarakan Maskot
Upin, Ipin dan Kawan-Kawan, slot Bersama Datuk Dr.
Sheikh Muszaphar, Tiru Suara Watak dan banyak lagi.
Diharap pihak Les’ Copaque Production Sdn Bhd
dapat mengadakan karnival seperti ini pada masa hadapan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Majlis Pelancaran Program
Pertanian Bandar Putrajaya
P
elancaran Program Pertanian Bandar Putrajaya (Putrajaya Urban Farming) di bawah Program Local Agenda
21 (LA21) telah dilaksanakan pada 26 November 2014.
Program Pertanian Bandar ini merupakan projek perintis
perkongsian pintar di antara Perbadanan Putrajaya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Koperasi Komuniti Penduduk Putrajaya Berhad
(KKPPB). Pelaksanaan program ini telah dimulakan sejak
Ogos 2013 dan beroperasi sepenuhnya pada Septembar
2013 yang melibatkan 13 peserta.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Presiden
Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Hj
Che Mat di Kebun Komuniti 1, Jalan P9G, Presint 9.
Melalui program pertanian bandar yang dilaksanakan
di Putrajaya ini dengan menggunakan sistem fertigasi,
500 pokok rock melon telah ditanam oleh 20 peserta di
Rumah Hijau Kebun Komuniti 1 (KK1), Jalan P9G, Presint
9 dan 300 pokok Cili Kulai ditanam oleh 13 peserta di Rumah Hijau Kebun Komuniti Fasa 4A, Presint 8. Rock melon
yang juga dikenali sebagai tembikai wangi dijangka dapat
mengeluarkan hasil pada akhir bulan ini manakala Cili Kulai pada awal bulan hadapan.
Projek ini akan dikembangkan pada masa akan datang
dengan penganjuran pertandingan Kebun Komuniti Putrajaya, bengkel dan klinik tanaman teknologi moden.
Dengan ini Perbadanan Putrajaya mengajak lebih ramai
penduduk Putrajaya melibatkan diri dalam projek tersebut
supaya hasilnya dapat dikongsi bersama atau dijual untuk
dijadikan pendapatan sampingan. Masih terdapat tanah
kosong seperti di Presint 20 untuk mengembangkan lagi
projek tersebut jika ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Putrajaya.
PELANCARAN
PRODUK
ECORIDE
@PUTRAJAYA
P
erbadanan Putrajaya telah menandatangi perjanjian kontrak dengan CMC Consortium Sdn
Bhd (CMS) yang membolehkan pihak CMS membekalkan sebanyak 12 unit kenderaan berkuasa
elektrik (EV) yang terdiri daripada 2 unit Renault
Zoe dan 10 unit Renault Twizy. Perjanjian ini juga
membolehkan pihak CMS membekal dan menyelenggara kenderaan-kenderaan yang berkonsepkan
cohesive mobolity solution yang juga dikenali sebagai COMOS untuk tempoh 3 tahun bermula dari
penerimaan kereta tersebut pada 19 November
2014.
Pemilihan kenderaan berkonsepkan COMOS ini
adalah bagi membolehkan PPj menawarkan produk
terbaru pelancongan di Putrajaya yang dikenali sebagai Ecoride@Putrajaya yang akan dikendalikan
oleh Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB) anak syarikat PPj. Selain untuk kemudahan
pelancongan, Ecoride@Putrajaya turut dilancarkan
sebagai menyokong usaha kerajaan dalam memelihara persekitaran dengan mengurangkan pembebasan karbon dioksida CO₂ melalui asap kenderaan
khususnya di Putrajaya dan menggalakkan penjimatan penggunaan bahan api.
COMOS menawarkan perkhidmatan komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek dalam rantaian kenderaan berkuasa elektrik (EV) termasuklah
pengguna EV, Perkhidmatan Pengecas EV, EV Fleet
Operator, Pengurusan Operator Pakir dan Pengendali Rangkaian Telekomunikasi. Konsep yang dibangunkan oleh COMOS ini dijangka mampu membantu kerajaan di dalam menggalakkan rakyat negara
ini menggunakan pengangkutan awam dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
Ecoride merupakan konsep pintar yang men-
awarkan perkhidmatan pengangkutan berkuasa elektrik kepada
pelancong dalam dan luar negara kerana ianya dilengkapi dengan kemudahan GPS dan voice guide tour yang akan memudahkan pelancong untuk menuju destinasi menarik sekitar Putrajaya.
Perkhidmatan yang disediakan ini adalah berbayar dan kadar bayaran untuk perkhidmatan ini masih dalam perbincangan.
Pelancaran Ecoride@Putrajaya adalah kesinambungan kepada
penganjuran Formula E yang telah berlangsung di litar Presint 2,
Putrajaya pada 22 November 2014.
November
04 November - Lawatan rasmi dari Sri Lanka Local
Government Officials diraikan oleh Puan Rozimah Wahid, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi
Korporat PPj
04 November - Lawatan rasmi dari Sejong City
Council, Republic of Korea diketuai oleh Mr SangJun Lim, Chairman of Sejong City Council bersama
dengan 11 orang delegasi. Rombongan ini diraikan
oleh YBhg Dato’ Omairi Hashim Naib Presiden PPj.
04 November - Perbadanan Putrajaya amat berbesar hati menerima kunjungan Mrs He Bixia, Deputy
Chairman of CPPCC Dongguan Committee dan delegasi beliau. Delegasi ini telah disambut oleh YBhg Dato’
Omairi bin Hashim, Naib Presiden PPj
08 November - Perbadanan Putrajaya dan Cruise
Tasik Putrajaya turut menyertai pameran di Karnival
Road 2 Genexter selama 2 hari
November
13 November - Majlis Perasmian Bangunan Sekolah
Serta Penyampaian Hadiah Sempena Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2014 di Dataran Perhimpunan SK Putrajaya Presint 9 (1)
26 November - PPj telah menerima lawatan dari
pada peserta 20th Annual Productivity and Quality dan 4th Annual Productivity & Innovation Conference Exposition. Taklimat telah disampaikan oleh
Encik Ahmad Zubir bin Sapian, Ketua Penolong
Pengarah Kanan PPj.
13 November - Kunjungan hormat daripada Kurmanbek S. Dyikanbaev, ahli parlimen Kyrgyz Republic
23 November - Kayuhan Ceria @ Putrajaya
pada kali ini, PPj telah bekerjasama dengan
Syarikat Pharma Niaga bagi menyediakan sudut
ujian kesihatan kepada peserta-peserta yang
menyertai Kayuhan Ceria.
November
26 November - Seramai 30 orang pegawai dari Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) hadir
melawat Putrajaya dan telah diberi taklimat oleh En. Sim
Ee Chai, Penolong Pengarah PPj mengenai perancangan
dan pembangunan Putrajaya
26 November - Bersama pengurusan tertinggi Perbadanan Putrajaya mengadakan lawatan ke MAHA
2014.
27 November - Lawatan daripada District Mayor, Xicheng District People’s Government of Beijing
Municipality China telah diraikan oleh YBhg Dato’
Rogaizat bin Abdullah, Naib Presiden PPj.
Santai @ Dataran Gemilang - program hujung minggu pada setiap bulan menyediakan pelbagai acara menarik yang dapat dinikmati oleh para pengunjung di Dataran Gemilang Presint 4, Putrajaya sambil bersantai
bersama keluarga.