pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif oleh guru

Transcription

pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif oleh guru
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF OLEH GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (EKONOMI RUMAH TANGGA) DI
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN
JAMILAH BINTI OMAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
DALAM PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU (EKONOMI RUMAH TANGGA) DI SEKOLAH MENENGAH
DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN
JAMILAH BINTI OMAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
DEDIKASI
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”,
Kupersembahkan istimewa buat Abah dan Mi...
Omar bin Daud & Aminah binti Abdullah...
berkat doamu, didikan dan pengorbananmu...
membuahkan hasil yang tidak ternilai di dunia dan akhirat...
semoga keramat kasih sayang yang kalian curahkan...
akan menjadi pendorong dan pendokong setia kejayaan anakmu ini...
setiap ketika...setiap waktu...
Buat kakak, abang dan adikku tersayang...
Kak Yah, Kak Ja, Kak Wani, Abg Mie dan Iha...
Juga kepada Ma dan Abah Yi...serta iparku...Abg Zu dan Abg Azrin...
Terima kasih atas sokongan dan doa yang kalian hulurkan...
Akan kutitip ia menjadi bekalan perjuangan hidupku...di kemudian hari...
Buat sahabat-sahabatku...Atie, Ita, Eli, Zimah, Cek Lah, Ayie, Azda, Farah, Anis dll...
Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran diri ini...
Memori indah bersama kalian akan tetap tersemat kukuh di lipatan sejarah hidupku...
Tidak lupa buat semua pendidik yang pernah memberi ilmu kepadaku...
Syukran jazilan...jasa kalian tetap kukenang hingga ke akhir hayat...
Harapanku agar...kita semua
Mendapat keredhaan dan rahmat dari-Nya...
Dan semoga...kebahagiaan yang hakiki dapat kita miliki...Amin.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam
buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat serta keluarga baginda atas
perkenan Yang Maha Esa maka projek ini siap bagi memenuhi penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi
Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia disertasi, En. Zainudin bin Hassan atas nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini. Di samping itu, setinggi-tinggi penghargaan
juga ditujukan kepada para penilai Prof. Madya Dr. Muhd. Rashid bin Rajuddin dan Pn.
Sanitah bt Mohd. Yusof di atas komen dan cadangan bagi menyempurnakan laporan ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada Bahagian
Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana
memberi kerjasama dalam menyiapkan projek ini. Terima kasih juga di tujukan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, pengetua dan guru-guru Kemahiran Hidup Daerah
Kota Bharu, Kelantan di atas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan sekuliah di atas segala
dorongan yang diberikan dan juga semua yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu menyiapkan laporan projek ini. Semoga Allah s.w.t jua
menerima amal ikhlas dan diberikan ganjaran syurga yang abadi di akhirat.
WASSALAM.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran guru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) di sekolah menengah Daerah Kota Bharu,
Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pengaplikasian
kemahiran berfikir sewaktu set induksi, penyampaian isi, melakukan amali, menutup
pengajaran dan membuat penilaian pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku di dalam kelas. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal
selidik menggunakan skala Likert 5 (lima) mata telah diedarkan dan seramai 53
responden dari 20 buah sekolah telah memberi kerjasama. Data daripada soal selidik
dianalisis menggunakan pakej “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan
kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sewaktu set induksi, penyampaian isi,
melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran berada pada
tahap pengaplikasian yang tinggi dengan purata min keseluruhan 4.43. Hasil kajian
menunjukkan seramai 96.46 peratus daripada 53 orang responden mengaplikasikan
KBKK semasa set induksi, seramai 80.43 peratus mengaplikasikan KBKK semasa
menyampaikan isi pelajaran, seramai 96.0 peratus mengaplikasikan KBKK semasa
melakukan amali, seramai 94.33 peratus mengaplikasikan KBKK semasa menutup
pengajaran dan seramai 90.75 peratus mengaplikasikan KBKK semasa membuat
penilaian pengajaran. Sejajar dengan hasil dapatan kajian yang diperolehi, beberapa
cadangan yang bersesuaian telah dikemukakan. Kajian ini diharapkan dapat diteruskan
dengan meluaskan skopnya agar keputusannya dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to observe the application of creative and critical
thinking (KBKK) in teacher’s teaching for Integrated Living Skills (Home Economic
Study) subject at secondary schools in district of Kota Bharu, Kelantan. The objective of
this research is to observe how far thinking skills are applied in induction set, contents
delivery, implementing practical, teaching conclusion and carrying out teaching
assessment while the teaching-learning process is conducted in class. In order to achieve
the objectives, questionnaires using 5 (five) point Likert’s scales were distributed and 53
respondents from 20 schools were giving cooperation. Data from questionnaires was
analyzed using the software “SPSS 11.0 For Windows” which is based on frequency,
percentage and min. The obtained data shows that thinking skills are applied in
induction set, content delivery, implementing practical, teaching conclusion and
carrying out teaching assessment while the teaching-learning process is conducted in
class were in good condition with overall min 4.43. As a result, it shows 96.46 percent
from 53 respondents applied KBKK while induction set, 80.43 percent applied KBKK
in teaching, 96.0 percent applied KBKK in practical, 94.33 percent applied KBKK at the
end of teaching and 90.75 percent applied KBKK in teaching assessment when the
teaching-learning is conducted in class. In the end of this research, the researcher claims
some suggestion for the benefits of good education in future. From this research,
hopefully it can to be continue and scope of the study will be implemented in more point
of view.
vii
KANDUNGAN
BAB
BAB 1
PERKARA
MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL
i
HALAMAN PENGAKUAN
ii
HALAMAN DEDIKASI
iii
HALAMAN PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI RAJAH
xiv
SENARAI SINGKATAN
xvi
SENARAI LAMPIRAN
xviii
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
1
1.2
Latar Belakang Kajian
2
1.3
Pernyataan Masalah
8
1.4
Persoalan Kajian
9
1.5
Objektif Kajian
10
1.6
Kepentingan Kajian
11
1.6.1
Kementerian Pendidikan
11
1.6.2
Guru
11
1.7
Batasan Kajian
12
1.8
Definisi Istilah
12
viii
1.8.1
Pengaplikasian
12
1.8.2
Kemahiran Berfikir
13
1.8.2.1 Kemahiran Berfikir
13
Secara Kritis
1.8.2.2 Kemahiran Berfikir
15
Secara Kreatif
1.8.3
1.8.4
Pengajaran
16
1.8.3.1 Set Induksi
16
1.8.3.2 Penyampaian Isi
17
1.8.3.3 Amali
17
1.8.3.4 Penutup Pengajaran
17
1.8.3.5 Penilaian Pengajaran
17
Mata Pelajaran Kemahiran
18
Hidup Bersepadu
(Ekonomi Rumah Tangga)
BAB II
BAB III
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
19
2.2
Model Kemahiran Berfikir
20
2.3
Kajian-kajian Terdahulu
21
2.4
Rumusan Kajian Lepas
26
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
29
3.2
Reka Bentuk Kajian
29
3.3
Populasi Dan Sampel Kajian
30
3.4
Instrumen Kajian
31
3.5
Kajian Rintis
33
3.6
Prosedur Kajian
35
ix
3.7
BAB IV
Analisa Data
35
ANALISIS DATA
4.1
Pengenalan
38
4.2
Analisis Bahagian A
38
4.2.1
39
Jantina
4.2.2 Umur
39
4.2.3
Taraf Pendidikan Tertinggi
40
4.2.4
Pengalaman Mengajar
40
4.2.5
Kekerapan Menghadiri Kursus
41
Kemahiran Berfikir
4.3
Analisis Bahagian B
42
4.3.1
42
Pengaplikasian KBKK Semasa
Set Induksi
4.3.2
Pengaplikasian KBKK Semasa
45
Penyampaian Isi Pengajaran
4.3.3
Pengaplikasian KBKK Semasa
47
Melakukan Amali
4.3.4
Pengaplikasian KBKK
50
Semasa Menutup Pengajaran
4.3.5
Pengaplikasian KBKK Semasa
52
Membuat Penilaian
4.3.6
Purata Min Pengaplikasian KBKK
55
4.3.7
Pengaplikasian KBKK Dalam
57
Pengajaran Mengikut Pengalaman
Mengajar
4.3.8
Pengaplikasian KBKK Dalam
Pengajaran Mengikut Taraf
PendidikanTertinggi
65
x
BAB V
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
74
5.2
Pencapaian Objektif
74
5.2.1
75
Pengaplikasian KBKK Semasa
Set Induksi
5.2.2
Pengaplikasian KBKK Semasa
76
Menyampaikan Isi Pelajaran
5.2.3
Pengaplikasian KBKK Semasa
78
Melakukan Amali
5.2.4
Pengaplikasian KBKK Semasa
80
Menutup Pengajaran
5.2.5
Pengaplikasian KBKK Semasa
81
Membuat Penilaian
5.2.6
Pengaplikasian KBKK Dalam
83
Pengajaran Guru Mengikut
Pengalaman Mengajar
5.2.7
Pengaplikasian KBKK Dalam
84
Pengajaran Guru Mengikut
Taraf Pendidikan Tertinggi
5.2
Rumusan
85
5.3
Cadangan
87
5.4
Cadangan Kajian Lanjutan
89
5.5
Penutup
90
BIBLIOGRAFI
91
LAMPIRAN
96
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
TAJUK
1.1
Organisasi Kandungan Mata Pelajaran
MUKA SURAT
6
Kemahiran Hidup Bersepadu
3.1
Taburan Responden Mengikut Sekolah
30
3.2
Kandungan Jenis-Jenis Kemahiran
32
Berfikir
3.3
Kandungan Kemahiran Berfikir Dalam
33
Pengajaran
3.4
Kebolehpercayaan Soal Selidik
34
3.5
Pemeringkatan Skala Likert
36
3.6
Perubahan Min dan Skala
36
3.7
Min Skala Likert 3 Mata
37
4.1
Jantina
39
4.2
Umur
39
4.3
Taraf Pendidikan Tertinggi
40
4.4
Pengalaman Mengajar
41
4.5
Kekerapan Menghadiri Kursus
41
Kemahiran Berfikir
4.6
Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Set Induksi Dalam Pengajaran
42
xii
4.7
Taburan Responden Mengikut Peratus
45
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Penyampaian Isi Pelajaran
4.8
Taburan Responden Mengikut Peratus
47
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Melakukan Amali
4.9
Taburan Responden Mengikut Peratus
50
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Menutup Pengajaran
4.10
Taburan Responden Mengikut Peratus
52
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Membuat Penilaian
4.11
Keputusan Purata Min Setiap
55
Persoalan Kajian
4.12
Keputusan Purata Min Pengaplikasian
56
KBKK Bagi Setiap Persoalan Kajian
4.13
Pengaplikasian KBKK Semasa Melakukan
57
Set Induksi Dengan Pengalaman Mengajar
4.14
Pengaplikasian KBKK Semasa Menyampaikan
58
Isi Pelajaran Dengan Pengalaman Mengajar
4.15
Pengaplikasian KBKK Semasa Melakukan
60
Amali Dengan Pengalaman Mengajar
4.16
Pengaplikasian KBKK Semasa Menutup
61
Pengajaran Dengan Pengalaman Mengajar
4.17
Pengaplikasian KBKK Semasa Membuat
Penilaian Dengan Pengalaman Mengajar
63
xiii
4.18
Purata Peratus Pengaplikasian KBKK
64
Mengikut Pengalaman Mengajar
4.19
Pengaplikasian KBKK Semasa Melakukan
65
Set Induksi Dengan Taraf Pendidikan Tertinggi
4.20
Pengaplikasian KBKK Semasa Menyampaikan
67
Isi Pelajaran Dengan Taraf Pendidikan Tertinggi
4.21
Pengaplikasian KBKK Semasa Melakukan
68
Amali Dengan Taraf Pendidikan Tertinggi
4.22
Pengaplikasian KBKK Semasa Menutup
70
Pengajaran Dengan Taraf Pendidikan Tertinggi
4.23
Pengaplikasian KBKK Semasa Membuat
71
Penilaian Dengan Taraf Pendidikan Tertinggi
4.24
Purata Peratus Pengaplikasian KBKK
Mengikut Taraf Pendidikan Tertinggi
73
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH
TAJUK
MUKA SURAT
1.1
Jenis-jenis Kemahiran Berfikir
4
2.1
Model Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir
21
4.1
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
58
Set Induksi Dengan Pengalaman Mengajar
4.2
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
59
Penyampaian Isi Dengan
Pengalaman Mengajar
4.3
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
61
Melakukan Amali Dengan
Pengalaman Mengajar
4.4
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
62
Menutup Pengajaran Dengan
Pengalaman Mengajar
4.5
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
64
Membuat Penilaian Dengan
Pengalaman Mengajar
4.6
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
Set Induksi Dengan
Taraf Pendidikan Tertinggi
66
xv
4.7
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
68
Penyampaian Isi Dengan
Taraf Pendidikan Tertinggi
4.8
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
69
Melakukan Amali Dengan
Taraf Pendidikan Tertinggi
4.9
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
71
Menutup Pengajaran Dengan
Taraf Pendidikan Tertinggi
4.10
Hubungan Pengaplikasian KBKK Semasa
Membuat Penilaian Dengan
Taraf Pendidikan Tertinggi
72
xvi
SENARAI SINGKATAN
BIL.
-
Bilangan
ERT
-
Ekonomi Rumah Tangga
EPRD
-
Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan
FPN
-
Falsafah Pendidikan Negara
JPT
-
Jabatan Pendidikan Teknikal
JPK
-
Jabatan Pendidikan Kelantan
KBKK
-
Kemahiran Berfikir secara Kritis Dan Kreatif
KBSM
-
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KHB
-
Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM
-
Kementerian Pendidikan Malaysia
LPM
-
Lembaga Peperiksaan Malaysia
NO.
-
Nombor
PKPG
-
Program Khas Pengsiswazahan Guru
PMR
-
Penilaian Menengah Rendah
PPK
-
Pusat Perkembangan Kurikulum
P&P
-
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
R
-
Rendah
S
-
Setuju
SPM
-
Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS
-
Statistical Package For Social Science
SPJ
-
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
SS
-
Sangat Setuju
STPM
-
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS
-
Sangat Tidak Setuju
T
-
Tinggi
TP
-
Tidak Pasti
TS
-
Tidak Setuju
xvii
UPSR
-
Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM
-
Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN
TAJUK
A
Borang Soal Selidik
B
Surat Kebenaran EPRD
C
Surat Kebenaran JPK
D
Surat Kebenaran UTM
BAB I
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Perdana Menteri Malaysia, menyatakan Malaysia mempunyai sistem pendidikan
yang terbaik di kalangan dunia ketiga. Bagi menempuh perjalanan yang akan ditentukan
untuk generasi kedua, piawai baru perlu ditetapkan dan kejayaan perlu dicapai.
Kenyataan ini merupakan amanat yang penting bagi semua masyarakat di Malaysia
terutama bagi generasi baru. Apa yang penting ialah semua warganegara menggunakan
sepenuhnya apa yang terdapat di antara dua telinga yakni minda dan bukan di antara dua
bahu iaitu kekuatan atau apa juga yang berada di antara dua tapak kaki iaitu sumber
semulajadi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju (Som dan Mohd Dahalan,
1998).
Dalam proses pendidikan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat, para ilmuan,
rakan sebaya dapat memainkan peranan sebagai seorang guru. Namun begitu, suatu
perkara yang perlu dipertimbangkan oleh masyarakat adalah guru atau pendidik ialah
individu yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Guru bertanggungjawab mencorak dan
membentuk anak didiknya. Sebagai model, setiap ajaran dan amalan guru akan menjadi
contoh serta ikutan kepada pelajar. Justeru itu, corak pengajaran yang diamalkan oleh
guru amat perlu dititikberatkan.
2
Sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini bukan sahaja menekankan kepada
sistem 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira tetapi menekankan kepada kemahiran
berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi. Pelbagai program sedang
dirancang dan akan dilaksanakan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di Malaysia
yang telah sedia ada sekarang (Som dan Dahalan, 1998).
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan beberapa perubahan
dalam pendidikan, di antaranya :
i.
Salah satu saranan kerja utama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
tahun 2000 adalah memastikan bahawa 60 peratus soalan peperiksaan
merupakan soalan pemikiran kritis dan kreatif.
ii.
Memperkenalkan format baru soalan di semua peringkat peperiksaan
sama ada peringkat rendah, iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), sekolah menengah, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun peringkat pengajian tinggi.
Format baru ini lebih menguji minda dan tahap keintelektualan pelajar.
iii.
Melaksanakan latihan dalam perkhidmatan tentang kemahiran berfikir
secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia.
(Sharil @ Charil & Habib, 1999)
1.2
Latar Belakang Kajian
Dunia hari ini telah jauh maju dalam bidang teknologi maklumat terutamanya
negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Malaysia sebagai sebuah
negara membangun perlu melangkah seiring dengan kemajuan negara barat. Jika
3
perkembangan teknologi maklumat dibiarkan begitu sahaja, maka negara ini akan
ketinggalan di belakang kerana dunia hari ini telah menjadi satu perkampungan kecil.
Bagi mencapai hasrat tersebut, tahap keupayaan intelek yang tinggi amatlah diperlukan.
Adalah menjadi tanggungjawab bidang pendidikan untuk menghasilkan rakyat Malaysia
yang berkeupayaan intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah selari dengan
matlamat FPN untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan
kreatif. Keperluan untuk mengembang dan meningkatkan kemahiran berfikir di
kalangan pelajar dirasakan penting untuk mewujudkan masyarakat yang mampu berfikir.
Perkara ini melibatkan kesepaduan kemahiran berfikir dalam isu pengajaran. Salah satu
objektif KBSM adalah menjurus kepada perkembangan dan peningkatan intelek serta
pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif (Shahril@Charil dan Habib, 1999).
Agama Islam memang menggalakkan manusia berfikir, khususnya berfikir
secara kreatif. Medan untuk manusia berfikir sungguh luas. Kekangan hanya terhadap
perkara-perkara tertentu seperti memikirkan zat Allah s.w.t dan seumpamanya. Hal ini
berkaitan dengan bagaimana kita menggunakan akal untuk berfikir secara kreatif dan
ada perkara yang memang digalakkan untuk kita menggunakan pemikiran kreatif, ada
pula yang ditegah sama sekali (Mohd.Azhar, 2001).
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam pengajaran
adalah bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya boleh berfikir secara
kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru. Kemahiran berfikir diberikan kepada
pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran
4
dan penyelesaian masalah dan kaedah-kaedah pengajaran (Esah dan Mohd Anuar,
1998).
Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran
pemikiran yang dikemukakan oleh ahli-ahli pemikir dan penulis dalam bidang
berkenaan. Sungguhpun begitu, secara amnya kemahiran berfikir dapat dibahagikan
kepada dua domain utama, iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir
secara kreatif. Rajah 1.1 menunjukkan jenis-jenis kemahiran berfikir.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
membanding dan membezakan
menjana dan menghasilkan
membuat kategori
idea
meneliti bahagian-bahagian
mencipta metafora
kecil dan keseluruhan
mencipta analogi
menerangkan sebab
mencipta definisi
menyusun mengikut urutan
mengusul periksa andaian
membuat inferens
membuat ramalan
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Rajah 1.1 : Jenis-jenis Kemahiran Berfikir
Sumber: Som dan Mohd Dahalan (1998)
5
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran
pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahirankemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan
kehidupan seharian dengan penuh sistematik. Mata pelajaran ini mula diperkenalkan
pada tahun 1989 dan dikenali sebagai Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada
asasnya mata pelajaran ini dibahagikan kepada empat pilihan, iaitu Pedagogi, Sains
Pertanian, Seni Perusahaan dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT).
Pada tahun 1991, mata pelajaran ini telah diubah sukatannya dan dikenali
sebagai Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua
bahagian utama, iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras terdiri
daripada tiga komponen, iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan
dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan
juga terdiri daripada tiga komponen, iaitu Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT),
Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian.
Semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga diwajibkan untuk
mempelajari komponen di dalam bahagian teras, manakala bahagian pilihan pula mereka
dibenarkan untuk memilih salah satu daripada tiga komponen yang ditawarkan. Jadual
1.1 merujuk pada organisasi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
6
Jadual 1.1: Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu
Bahagian Teras
Bahagian Pilihan
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Manipulatif Tambahan
a.
Kerja Kayu dan Logam
a.
Lukisan teknik
b.
Kerja Paip Asas
b.
Enjin
c.
Elektrik
c.
Elektrik
d.
Elektronik
d.
Elektronik
e.
Pengurusan Diri
f.
Perkebunan
Perdagangan dan Keusahawanan
a.
Pengenalan Alam Perniagaan
b.
Asas Keusahawanan
c.
Asas Perniagaan
d.
Menyimpan Rekod
e.
Konsumerisme
f.
Pengeluaran
g.
Industri Tempatan
Ekonomi Rumah Tangga
a.
Makanan dan Pemakanan
b.
Pakaian
c.
Tempat Kediaman
Pertanian
a.
Tanaman
b.
Ternakan
Kekeluargaan
a.
Peningkatan Kendiri
b.
Kesejahteraan Keluarga
c.
Keharmonian Hidup
Bermasyarakat
Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum (1992)
7
Mata pelajaran KHB (ERT), merupakan salah satu daripada topik yang terdapat
di dalam huraian sukatan mata pelajaran KHB. Pelajar akan diajar mata pelajaran ini
semasa mereka di Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 3. Melalui komponen ERT, pelajar
berpeluang mengembangkan kemahiran dalam penggunaan sumber bagi meningkatkan
kualiti hidup. Komponen ERT juga membolehkan pelajar berkomunikasi dan
berinteraksi bagi mengeratkan perhubungan antara individu dan berkeupayaan membuat
keputusan yang bijaksana mengikut keperluan dalam kehidupan harian.
Selaras dengan matlamat ini, ERT juga memupuk minat dan kecenderungan
pelajar untuk melahirkan individu yang mampu berdikari, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, peka kepada kemajuan perkembangan teknologi dan ekonomi
semasa dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi
sumbangan bagi mewujudkan kemahiran dan keharmonian keluarga dan masyarakat
(Kementerian Pendidikan, 1993). Seseorang guru itu boleh memberikan kemahiran
berfikir secara kritis dalam melibatkan pelajaran membuat penyelesaian, menyusun atur,
membanding, membeza, sebab-akibat, mengenalpasti idea utama dan menilai dalam
pengajaran (Esah dan Mohd Anuar, 1998).
Mengikut huraian sukatan mata pelajaran KHB (1992), pengajaran dan
pembelajaran (P&P) hendaklah dilakukan dalam berbagai bentuk aktiviti dan kerja
praktis. Pengetahuan perlu disampaikan semasa sesuatu aktiviti dan kerja praktis
dijalankan. Guru-guru juga dikehendaki menyampaikan isi pengajaran mereka dengan
pelbagai cara. Guru-guru boleh menggunakan aktiviti seperti membuat projek, tunjuk
cara, lawatan, main peranan, simulasi, kajian kes dan sumbangsaran. Guru-guru perlulah
sentiasa menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar seperti gambar rajah, poster, carta
dan sebagainya untuk memudahkan penerangan dan tunjuk cara yang dibuat untuk
pelajar.
Merujuk kepada permasalahan ini, adakah kesemua guru telah diberikan atau
menerima latihan yang secukupnya dari segi penerapan unsur KBKK dalam pengajaran
8
serta dalam pembinaan soalan. Persoalannya sekarang, apakah guru-guru tidak
mengaplikasikan KBKK dengan sempurna dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?
1.3
Pernyataan Masalah
Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohamad Noor yang menjawat jawatan
sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1994, telah mengumumkan
bahawa pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada soalan-soalan peperiksaan yang lebih
bercorak analitis yang memerlukan pembacaan dan pemikiran secara kritis dan kreatif.
Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud pada masa yang sama pula mengumumkan bahawa
Piagam Pelanggan Kementerian termaktub bahawa menjelang tahun 2000 semua
soalan-soalan peperiksaan perlu ke arah menggalakkan pemikiran pelajar secara kritis
dan kreatif (Som dan Mohd Dahalan, 1998).
Kajian yang dilakukan oleh Chen (1999) mendapati ramai pelajar yang masih
belum menguasai KBKK dengan baik disebabkan kelemahan guru untuk menguasai
pengetahuan asas terhadap komponen-komponen KBKK. KBKK yang wujud dalam
kurikulum sekolah telah dibuat secara implisit iaitu kemahiran berfikir yang dipupuk
secara tidak langsung melalui mata pelajaran yang diajar.
Kajian yang beliau lakukan jelas menunjukkan bahawa guru kurang memberi
tumpuan terhadap komponen-komponen KBKK. Perkara ini adalah disebabkan guruguru belum bersedia dan tidak begitu yakin dengan kaedah mengajar yang menggunakan
pendekatan KBKK. Salah satu dapatan kajian beliau ialah semasa di maktab perguruan,
kurangnya penekanan terhadap KBKK diberikan bagi persediaan guru-guru menerapkan
KBKK di dalam pengajaran mereka.
9
Kajian yang dilakukan oleh Azrul (2002) pula, menunjukkan bahawa kelebihan
akan diperolehi sekiranya guru mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran bagi
memudahkan lagi tahap pemahaman pelajar. Pelajar didapati lebih cenderung
melakukan kerja sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain. Namun semua perlakuan
pelajar semasa amali adalah di dalam pengawasan guru. Pelajar-pelajar juga dapat
menghasilkan idea-idea yang bernas.
Memang tidak dapat dinafikan, KBKK memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan generasi yang mempunyai daya intelek yang tinggi. Oleh sebab itu, guruguru dan bakal guru perlulah mempersiapkan diri mereka dengan menguasai KBKK
sepenuhnya supaya hasrat tersebut menjadi kenyataan. Justeru itu, kajian ini perlu
dilakukan untuk melihat adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK bagi mata pelajaran
KHB (ERT) peringkat menengah rendah di Daerah Kota Bharu, Kelantan.
1.4
Persoalan kajian
Kajian ini bertujuan mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan yang timbul.
Antara persoalan-persoalan tersebut adalah seperti berikut :
a.
Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa set induksi dalam pengajaran
mereka?
b.
Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa penyampaian isi pelajaran?
c.
Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa melakukan amali dalam
pengajaran mereka?
10
d.
Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa menutup pengajaran mereka?
e.
Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa membuat penilaian?
f.
Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa set induksi, semasa
penyampaian isi, semasa melakukan amali, semasa menutup pengajaran dan
semasa membuat penilaian mengikut pengalaman mengajar?
g.
Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa set induksi, semasa
penyampaian isi, semasa melakukan amali, semasa menutup pengajaran dan
semasa membuat penilaian mengikut taraf pendidikan tertinggi?
1.5
Objektif Kajian
Berdasarkan kepada persoalan kajian yang dikemukakan di atas, pengkaji
merumuskan objektif kajian yang hendak dicapai dalam penulisan seperti berikut:
a.
Meninjau pengaplikasian KBKK semasa set induksi guru-guru.
b.
Meninjau pengaplikasian KBKK semasa penyampaian isi pelajaran guru-guru.
c.
Meninjau pengaplikasian KBKK semasa melakukan amali.
d.
Meninjau pengaplikasian KBKK semasa guru-guru menutup pengajaran.
e.
Meninjau pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian.
11
f.
Meninjau pengaplikasian KBKK dalam pengajaran mengikut pengalaman
mengajar.
g.
Meninjau pengaplikasian KBKK dalam pengajaran mengikut taraf pendidikan
tertinggi.