application/pdf
Transcription
application/pdf
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA ENCIK MOHD.DERAMAN BIN ABDULLAH, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG, KLANG MENGENAI PENGALAMAN DAN SUMBANGAN BELIAU DALAM BIDANG PENDIDIKAN OLEH ESTIQUMAH BT LIMAN (2005603100) JOSMELIAWATI BT JUHARI (2005602964) Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA Shah Alam Bagi Memenuhi Keperluan Kursus IMR 603 (Documenting Oral Tradition) Semester Disember-April 2008 Pertama sekali, kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNYA, kami telah berjaya menyiapkan kerja projek kami ini. Kami berharap kerja projek yang telah kami siapkan ini memberikan manfaat yang besar kepada kami pada masa hadapan. Kami juga ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Nazir Ahamd, pensyarah kami untuk subjek ini, Documenting Oral History (IML 604) dengan usaha yang telah beliau berikan, dan memberikan kami nasihat dan mengajar kami cara-cara untuk membuat dan menyiapkan kerja projek ini. Kerja projek ini memerlukan kami mewawancara tokoh dalam mana-mana bidang yang dipilih tentang pengalaman, dan sumbangan mereka terhadap negara. Tanpa panduan dan pengajaran beliau, kemungkinan besar kami tidak dapat menyiapkan kerja projek ini. Yang terakhir sekali, penghargaan kami sudah tentulah kepada Encik Mohd Deraman Bin Abdullah, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang kerana kesudian beliau untuk diwawancara sebagai tokoh dalam bidang pendidikan. Kesudian dan kerjasama beliau amatlah dihargai dan diucapakan jutaan terima kasih. PENDAHULUAN 1 PENGENALAN - Pengenalan 2 - Ciri-ciri guru yang berkesan 3-6 - Peranan dan tugas guru 6-9 TRANSKRIP TEMUBUAL - Tape 1 Side A 10-48 - Tape 1 Side B 49-71 - Tape 2 Side A 72-82 LOG TEMUBUAL LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 LAMPIRAN 3 83 PENDAHULUAN IMR 603-Mendokumentasi Tradisi Lisan merupakan salah satu subjek di dalam program Bachelor of Science in Information Management (Honors) (Record Management). Merekod sejarah lisan, bertujuan untuk merekodkan subjek yang berkaitan dengan sejarah sesuatu peristiwa atau organisasi. Sejarah adalah sangat penting kerana ia adalah satu rantaian kejadian penting yang pernah berlaku di dalam sesebuah negara ataupun institusi dan biasanya dinyatakan sebab-sebab kejadian tersebut berlaku dan akibat daripadanya. Oleh itu, di dalam subjek sejarah lisan ini, pelajar dikehendaki mengendalikan satu wawancara bersama tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada negara dalam pelbagai bidang. Pelajar dikehendaki menyediakan soalan-soalan untuk mewawancara. Soalan-soalan tersebut pula bermula dengan soalan-soalan umum, kemudian kepada soalan-soalan yang spesifik. Wawancara adalah bertujuan untuk mengetahui apa yang telah berlaku dalam kehidupan mereka semasa kejadian tersebut berlangsung. 1 PENGENALAN Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Oleh yang demikian untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara, guru periulah tugas dan tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas kerana di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, guru merupakan individu yang berperanan memberikan semangat kepada pelajarnya, membantu, dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Guru adalah "ibu kedua" kepada para pelajarnya kerana kebanyakan dari masa yang dihabiskan oleh para pelajar adalah berada di sekolah. Guru merupakan individu yang telah menjalani latihan dan kursus di dalam bidang pendidikan selama beberapa tahun dan selepas itu mereka akan menyampaikan ilmu pengetahuan mereka di dalam kelas. Setiap guru memikul satu tanggungjawab yang besar, kerana para pelajar bergantung kepada guru. Setiap apa yang disampaikan oleh guru akan menimbulkan kesan terhadap pelajar. Guru mestilah berupaya menaikkan semangat pelajar untuk menimbulkan minat dan cita-cita untuk masa depan mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh Mike Rose di dalam bukunya yang bertajuk "Lives in Boundaries", seorang pendidik mestilah seorang yang berfikiran terbuka, dan menghormati kepelbagaian yang wujud di antara para pelajarnya dan juga memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap mereka. 2 Guru adalah sangat dihormati oleh masyarakat di sekelilingnya kerana guru dilihat sebagai individu yang berpengetahuan, secara tidak langsung guru merupakan "role model" kepada masyarakat dan kepada pelajar khususnya. Ciri-Ciri Guru yang Berkesan Seorang pendidik mestilah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri bagi membolehkan dirinya menjadi model kepada anak didiknya. Seorang pendidik mestilah mempunyai semangat dan kesungguhan menabur bakti agar berupaya membawa kelainan serta memberi wajah baru pada prestasi, imej dan kualiti guru. Anjakan paradigma adalah perlu bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara sesuai dengan tuntutan dan perkembangan semasa. Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru hendaklah merangkumi: (a) Rohaniah 1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempuma 2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul 3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain (b) Akhlak 1. Benar dan jujur 3 2. Menepati janji 3. Amanah 4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan 5. Merendah diri 6. Sabar, tabah dan cekal 7. Pemaaf dan toleransi 8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah (c) Mental, Kejiwaan dan Jasmani i. Mental 1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial) 2. Menguasai mata pelajaran takhassus 3. Luas pengetahuan am 4. Cenderung kepada pelbagai bidang akiiah, dan ilmiah yang sihat 5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid 6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian ii. Kejiwaan 1. Sifat tenang dan emosi yang mantap 4 2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. 3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat 4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan. 5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat iii. Jasmani / Fizikal 1. Berperwatakan kemas dan bersih 2. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit 3. Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara -negara maju terdapat senarai yang menerangkan ciri-ciri guru yang diingini oleh pelajar. Antara ciri-ciri guru yang dikehendaki ialah guru tersebut: 1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar) 2. Tidak berat sebelah 3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas 4. Berdisiplin 5. Menguasai mata pelajaran dengan baik 6. Adil dalam pemarkahan 7. Sifat kelakar 5 8. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan 9. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah l0. Suka memberikan kerjasama 11. Bersemangat riadah atau kesukanan Guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka. Peranan dan Tugas Guru a.) Guru sebagai Perancang Pengajaran 1. Guru seharusnya menyedari semua muridnya mampu belajar. Dengan ini, guru akan memberi peluang yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran. 2. Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Peranan ini boleh disesuaikan mengikut strategiyang oleh digunakan guru. Jika guru memilih mengajar secara kelas misalnya, guru akan lebih berperanan sebagai pemimpin dan pengajar, manakala jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau murid memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat maka peranan guru pula lebih kepada sebagai seorang fasilitator. 6 3. Guru merancang dan mengenal pasti hasil pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai. 4. Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran, contohnya daripada yang mudah kepada yang sukar dan memastikan perkara asas diajar di peringkat awal. 5. Guru memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi murid menguasai hasil pembelajaran. Guru sebagai pengurus pembelajaran, guru bukan sahaja berperanan untuk menguruskan pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran dicapai, tetapi juga mengurus muridnya. b.) Peranan guru sebagai pengurus pembelajaran 1. Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari. 2. Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya. 3. Guru membekalkan murid dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. 7 4. Guru melaksanakan pengajaran dan pemelajaran mengikut kadar yang sesuai untuk setiap murid. 5. Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian murid. 6. Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu. 7. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid yang memperoleh peningkatan dalam pembelajaran. 8. Guru menjaiankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan semangat murid untuk belajar pada jangka masa yang panjang. 9. Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik termasuk penggunaan multi media, lembaran kerja, buku teks, majalah, akhbar dan modul pembelajaran kendiri. c.) Guru sebagai Penilai Pembelajaran 1. Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat analisis item ujian dan 8 respons murid bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap murid. 2. Guru seharusnya dapat melihat penilaian formatif dan sumatif ini sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. 9 Berikut merupakan transkrip temubual bersama Encik Mohd. Deraman Bin Abdullah, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang diwawancara Estiqumah Bt. Liman. TAPE 1 SIDE A Estiqumah : Bolehkah kami memanggil encik dengan panggilan cikgu? En. Deraman : Ya.. Boleh. Tak da [tidak ada] masalah. Estiqumah : Siapakah nama penuh cikgu? En. Deraman : Nama saya Mohd Deraman Bin Abdullah. Estiqumah : Berapakah umur cikgu sekarang? En. Deraman : Sekarang saya sudah berumur 51 tahun. Estiqumah : 51 tahun. Ok. Apakah nama panggilan yang biasa digunakan oleh keluarga untuk cikgu? En. Deraman : Nama panggilan? Yang biasa digunakan oleh keluarga untuk saya ialah nama biasalah-Man. 10 Estiqumah : Man? Bila dan di manakah cikgu diiahirkan? En.Deraman : Saya telah diiahirkan pada 27 haribulan 3 tahun 1957 [27 March 1957] di Kampung Chengal, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Estiqumah : Cikgu berasal daripada mana? En. Deraman : Dah Kelantan lah. Estiqumah : Dah Kelantan juga lah? Sekarang cikgu menetap di mana sekarang? En. Deraman : Sekarang saya dah [sudah] menjadi penduduk Selangor lah. Saya telah menetap di Teluk Kapas, Rantau Panjang, Klang. Estiqumah : Siapakah nama penuh ibu dan bapa cikgu? En. Deraman : Nama bapa saya Abdullah Bin Jusoh dan nama ibu saya ialah Siti Minah Binti Che Lah. Estiqumah : Adakah mereka masih hidup? 11 En. Deraman : Ya. Kedua-dua masih hidup lagi. Alhamdulillah. Estiqumah : Di manakah mereka sekarang? Di Kelantan ke [Adakah mereka sekarang di Kelantan]? En. Deraman : Mereka di Kelantan lah. Di kampung. Estiqumah : Berapakah bilangan adik-beradik cikgu dan cikgu anak yang ke berapa? En. Deraman : Bilangan adik-beradik saya tujuh orang. Saya dikirayang masih hidup- saya kira anak sulung lah. Estiqumah : Anak sulung. Apakah pekerjaan adik-beradik cikgu? En. Deraman : Pekerjaan adik-beradik Seorang jadi kerja di saya-seorang hospital jadi sebagai cikgu. HA atau Pembantu Hospital. Seorang lagi kerja dengan syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, syarikat yang membekal makanan. Dan yang Iain-Iain tu kerja biasalah, sebagai petani. 12 Estiqumah : Siapakah nama isteri encik? En. Deraman : Isteri saya namanya Rosmah Binti Sulaiman. Estiqumah : Apakah pekerjaan isteri cikgu? En. Deraman : Dia sekarang bekerja sebagai Pegawai Eksekutif di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UITM, Shah Alam. Estiqumah : Bilakah tarikh cikgu berumahtangga? En. Deraman : Tarikh tu—Kalau tak [tidak] silap lah ya-dah [sudah] lupa. 20 haribulan 11 84. 1984. (20 Nov 1984). Estiqumah : Berapakah bilangan anak cikgu? En. Deraman : Saya—Bilangan anak saya 5 orang lah. Estiqumah : Dan siapakah nama mereka? En. Deraman : Nama mereka tu—Yang pertama, Ahmad Lukman, Ahmad Muhsin, Ahmad Bazli, Ahmad Zulkarnain. Yang seorang lagi tu, Ahmad Muinuddin. 13 Estiqumah : Maksud, cikgu belum mempunyai cucu? Ataupun—? En. Mohd Deraman : Belum. Belum. (ketawa). Belum lagi lah. Setakat ni [ini], belum lah. Estiqumah En. Deraman : Ok. Apakah hobi cikgu di masa lapang? : Hobi saya masa lapang, saya suka macam-bercucuk tanam sikit-sikit. Jaga bunga, kadang-kadang dulu tu, ada lah pergi mancing. Estiqumah : Apakah cita-cita cikgu semasa kecil dahulu? En. Deraman : Masa kecil tu— Tak [tidak] ingat lah. Banyak sangat cita-citanya (ketawa). Estiqumah : Antara yang macam—? En. Deraman : Antaranya-memang nak jadi—orang kampung kan? Anak orang kampung, kira nak makan gaji lah cita-cita. Antaranya tu [itu]lah, untuk jadi guru, jadi cikgu. 14 Estiqumah : Apakah pengalaman paling manis yang pernah dialami pada kecil dahulu? En. Deraman : Pada masa kecil dulu [dahulu]. Ni [ini] yang susah ni [ini soalan yang agak susah untuk dijawab] - kenangan manis. Estiqumah : Paling manis. En. Deraman : Paling manis. Estiqumah : Yang masih boleh diingat sampai sekarang. En. Deraman : Yang boleh diingat sampai sekarang ni ialah apabila saya dan kawan-kawan-mendapat tempat dalam satu pertandingan bahas di peringkat sekolah rendah. Itulah. Kenangan manis. Paling manis. Estiqumah : Pada masa sekolah rendah lah? En. Deraman : Ya 15 Estiqumah : Berapakah umur yang dihadkan oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadi seorang guru? En. Deraman : Maksud di sini, umur macam mana tu? Estiqumah : Umur yang dah pencen ke ataupun macam pilihan bersara awal? En. Deraman : Yang tu [itu]— Umur tu macam kakitangan kerajaan yang lain lah juga. Estiqumah : Sama juga lah? En. Deraman : Kalau dulu umur 55, sekarang boleh pilihan ke 56. Estiqumah : Tapi [tetapi] masih boleh memilih untuk bersara awal lah? En. Deraman : Boleh. 50. Umur 50 kalau lelaki, boleh. Umur 50 lah. Boleh bersara awal. Estiqumah : Tahun berapakah cikgu akan bersara? 16 En. Deraman : Mengikut perkiraan saya, tahun 2013. Estiqumah :2013? En. Deraman : Ya. Estiqumah : Dan apakah perancangan cikgu selepas bersara nanti? En. Deraman : Perancangan saya tu—Setakat ni, belum nak buat lah lagi lah. [Setakat ni belum ada apa-apa perancangan lagi]. Estiqumah : Belum? En. Deraman : Ya. Estiqumah : Untuk menceburi bidang perniagaan ke atau politik ke [Adakah Cikgu tidak mempunyai perancangan untuk menceburi bidang perniagaan atau politik? En Deraman : Politik? (ketawa). Tak [tidak] adalah. Perniagaan tak da [tidak ada]. Mungkin pertanian kot. Berkebun sikit-sikit. 17 Estiqumah : Ke arah hobi tadi lah? En. Deraman : Ya. Estiqumah : Ok. Sekarang kita akan beralih kepada latar belakang pendidikan cikgu semasa berada di sekolah rendah. En. Deraman : Ya. Estiqumah : Di manakah cikgu mendapat pendidikan awal? Sekolah rendah cikgu lah. En. Deraman : Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Kadok, Kota Bharu, Kelantan. Estiqumah : Tahun berapakah cikgu memasuki sekolah tersebut? En. Deraman : Kalau tak [tidak] silap saya, tahun 1964. Estiqumah : Dan tahun berapakah pula cikgu tamat belajar di sekolah tersebut sebelum meneruskan pendidikan ke peringkat menengah? 18 En. Deraman : 64(1964)-- laitu tahun berapa ya? Tahun 69 (1969) ya? Estiqumah : 69 (1969). Matapelajaran yang paling cikgu gemari semasa berada di sekolah rendah tersebut? En. Deraman : Ok. Yang paling digemari tu-banyak tu. Matematik suka. Sejarah pun suka. Bahasa Melayu. Estiqumah : Dan apakah pencapaian tertinggi cikgu semasa menuntut di sekolah rendah tersebut ? En. Deraman : Pencapaian saya—Periksa [peperiksaan] Penilaian Darjah 5. Dulu Darjah 5. Penilaian Darjah 5 dulu [dahuiu]. Estiqumah : Oh... Pada masa dahuiu tidak ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lah ? En. Deraman : Tak da [tidak ada]. Estiqumah : Tak da [tidak ada] lagi lah? 19 En Deraman : Tak [tidak] ada. Dia [dahulu] ada Penilaian Darjah 5. Estiqumah : Penilaian Darjah 5. Ok. Adakah cikgu aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum semasa berada di sekolah rendah tersebut? En. Deraman : Aktif tu, tak [tidak] lah. Biasa saja lah. Kan macam pengakap, sukan tu, main-main bola. Macam tu saja lah. Estiqumah : Bagaimanakah kemudahan bilik darjah semasa zaman cikgu belajar dahulu? Adakah macam sekarang ni [ini] ? En. Deraman : Bilik darjah kat sekolah dulu [dahulu], sekolah rendah tu, kira ok juga lah. Estiqumah : Ok juga lah ? En. Deraman : Ya. Ada cukup lah. Estiqumah : Meja, kerusi? Semua memang lengkap juga lah? 20 En. Deraman Estiqumah : Ya. Lengkap. : Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang menuntut di sekolah rendah tersebut? En. Deraman : Kenangan manis—Masa dapat keputusan Penilaian Darjah 5 tu. Walaupun tak-tak cemerlang tapi gembiralah masa tu. Estiqumah : Kemudian, bagaimanakah hubungan antara guru dan pelajar semasa zaman cikgu belajar dahulu? En. Deraman : Pada zaman dulu, kita budak-budak ni, dulu memang takut dengan cikgu-cikgu. Takut lah. Tengok cikgu, kita hormat, kita diam apa semua. Sesama kita ni memang kita baik. Hubungan mesralah. Kawan dengan kawan semua. Hubungan — Jadi, cikgu-cikgu ni dulu, masa zaman saya dulu, memang tengok cikgu, memang kitamemang (ketawa) takut, hormat lah. Kira hormat kan? Apa cikgu cakap, semua kita ikut. Estiqumah : Adakah sebab guru-guru dahulu lebih garang daripada guru-guru sekarang atau macam mana tu [bagaimana]? 21 Ataupun sebab dulu-dulu ? Budak-budak zaman sekarang punya sikap ke [adakah kerana sikap budakbudak zaman sekarang]? En.Deraman : Mungkin zaman dulu. Kita, budak-budak kampung kan? Estiqumah : Ya. En. Deraman : Jadi, pergi sekolah tu—Dunia luar daripada rumah, sekolah. Jadi, orang yang kita kenal tu, cikgu dan kawan-kawan. Jadi, orang lain yang kita kenal, kita hormat lah. Dan 'title' cikgu tu dulu, memang disanjung lah. Dihormati oleh masyarakat. Estiqumah : Ok. Sekarang kita beralih kepada latar belakang pendidikan cikgu semasa berada di sekolah menengah. Di manakah cikgu mendapat pendidikan sekolah menengah cikgu? En. Deraman : Pendidikan sekolah menengah? Saya banyak sekolah ni. Tingkatan 1 sampai tingkatan 2, saya ambil PMR (SRP dulu) di sekolah agama. 22 Estiqumah : Sekolah agama? En. Deraman : Ya. Sekolah agama. Sekolah Agama Madrasah Sa'adatul Qurabut. Itu nama dia. Sekarang sekolah tu dah tak ada [sudah tidak ada]. laitu pada tahun-tujuh puluh berapa ya ? 72 [1972] ya ? Ya. Tahun 72 [1972]. Pas tu [Selepas itu], 73 [1973], saya sambung di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh. Sekolah biasa. Saya pindah ke sekolah biasa. Saya ambil [menduduki] SPM tahun 74 [1974]. Saya ambil SPM. Estiqumah : Mengapakah daripada sekolah madrasah tersebut, kemudian beralih arah kepada sekolah biasa? En. Deraman : Itu— Estiqumah : Adakah sebab pengaruh keluarga ataupun cikgu sendiri? En. Deraman : Itu memang-memang--(ketawa). Keputusan itu pengaruh keluarga lah. 23 Estiqumah : Pengaruh keluarga juga lah? Ok. Pada tahun berapakah cikgu mula memasuki sekolah. Sekolah yang sekolah madrasah tadi tu? Tahun 1970? En. Deraman : 1973. Estiqumah : Kemudian, matapelajaran yang paling cikgu gemari semasa berada di sekolah menengah tersebut? Sekolah menengah dulu lah. En. Deraman : Ok. Yang dahulu tu— Yang sekolah agama tu ? Estiqumah : Ya. En. Deraman : Sekolah agama tu, bahasa Arab lah (lughatul arabiah). Estiqumah : Kemudian, semasa beralih ke sekolah menengah biasa tersebut, apakah matapelajaran yang paling cikgu gemari pula? En.Deraman : Saya gemari-macam sejarah dan geografi. Kalau dulu, ilmu alam. 24 Estiqumah : llmu alam ? En. Deraman : Ya. Estiqumah : Adakah cikgu aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum semasa berada di sekolah menengah tersebut? Di sekolah menengah madrasah tu? En. Deraman : Itu saya— Aktif tu, tidak lah. Biasa saja lah. Saya masuk pertandingan syarahan. Estiqumah : Syarahan? Dalam Bahasa Arab ke [adakah ianya menggunakan Bahasa Arab]? En. Deraman : Dalam bahasa Melayu lah. Estiqumah : Dalam bahasa Melayu juga lah? En Deraman : Ya. Dan pernah dapat tempat lah. Estiqumah : Oh... Dapat tempat juga lah dalam pertandingan tersebut. Kemudian, bila berpindah ke sekolah 25 menengah biasa tu, adakah aktif juga semula dalam kegiatan ko-kurikulum atau lebih aktif lagi? En. Deraman : Di Sekolah Menengah Ketereh tu, saya tak [tidak] berapa aktiflah. Estiqumah : Tak [tidak] berapa aktif? En. Deraman : Ya. Tak da [Tidak ada]. Biasa saja lah. Masuk darjah hari biasa macam tu lah. Estiqumah : Bagaimanakah dengan pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) cikgu di sekolah tersebut? En. Deraman : Penilaian tu-kira sederhana saja lah. Sederhana saja. Estiqumah : Kemudian, bagaimana pula dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cikgu di sekolah tersebut? En. Deraman : SPM saya juga sederhana tetapi saya kurang bernasib baik lah sebab SPM yang pertama tu, Bahasa Melayu saya tak [tidak] kredit. Jadi, gagal lah. Saya dapat 7. Sepatutnya, 'at least' [sekurang-kurangnya] 26 dapat 6. Jadi, saya terpaksa ulang balik lah. Ulang balik. Saya ulang balik tahun kemudian tu ambil Julai paper [kertas]. Alhamdulillah. Dapat 4 lah. Estiqumah : Kenangan manis yang tidak dapat cikgu lupakan sepanjang menuntut di sekolah menengah madrasah? En. Deraman : Madrasah menerima tu? hadiah Kenangan dan sijil manis—Saya semasa pernah pertandingan syarahan. Saya tak [tidak] ingat siapa nama Menteri Besar Kelantan pada masa tu. Estiqumah : Oh... Yang memberikan cikgu hadiah. Kemudian, kenangan manis pula yang tidak dapat cikgu lupakan sepanjang menuntut di Sekolah Menengah Ketereh? En. Deraman : Kenangan manis yang kat [di] sana tu-itu perkhemahan la. Estiqumah : Perkhemahan. En. Deraman : Ya. Perkhemahan pengakap di luar. Seronok. 27 Estiqumah : Adakah cikgu mendapat sebarang tawaran biasiswa atau tajaan semasa belajar dahulu? En. Deraman : Pada zaman tu [itu], tak da [tidak ada] lah sebab saya sederhana sahaja, bukan cemerlang. Estiqumah : Ok. Sekarang kita beralih kepada kerjaya perguruan cikgu. Di manakah cikgu mendapat latihan perguruan? En. Deraman : Latihan perguruan asas saya di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Sekarang ni [ini] dikenali Institut Bahasa lah. Depan tu [itu], yang atas bukit. Sebelah UM [Universiti Malaya]. Estiqumah : Pada tahun berapakah cikgu mendapat tawaran ke Maktab Perguruan tersebut dan apakah pengkhususan cikgu semasa berada di maktab tersebut? En. Deraman : Saya mendapat tawaran tu [itu] pada tahun 1978. 1978. Dan pengkhususan saya Pengajian Melayu dan Sejarah. 28 Estiqumah : Bagaimanakah situasi pembelajaran cikgu semasa menuntut di maktab tersebut? En. Deraman : Situasi pembelajaran memang menarik sebab tu [itu] peringkat tinggi kan? Kita dilatih untuk mnejadi pendidik. Jadi, kita diajar asas-asas matapelajaran dan juga ilmu pendidikan serta kegiatan ko-kurikulum. Estiqumah : Kemudian, pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menuntut di maktab tersebut? En. Deraman : Pengalamannya, semasa kami, guru-guru pelatih yang masuk pengakap dan Pandu Puteri membuat satu aktiviti di Taman Negara, di apa tu... Di jerantut, Pahang sana. Di hulu Kuala Tahan sana, kat [di] atas tu [itu]. Dan kita pada waktu malam tu [itu], kita da aktiviti lah. Macam-macam. Dan yang seronoknya, ada kru RTM [Radio Television Malaysia] ikut sekali sebab dia [mereka] nak dokumentari lah. buat Dan dokumentasi memang lah. Macam keluar dalam TV [television]. Memang nama saya...apa tu...muka saya pun keluar lah juga dalam TV sebab masa tu [itu], orang RTM tu [itu] beritahu lah bila tarikh siaran apa 29 semua. Ada dia [pihak RTM] bagitahu [beritahu] nak keluar. 'So' [jadi], tengok TV. Itulah yang paling... Estiqumah : Yang paling manis. En. Deraman : Ha... [Ya]. Yang tidak dapat dilupakan. Estiqumah : Kemudian, pada tahun berapakah cikgu menjadi seorang guru? En Deraman : Saya... Selepas kursus, saya terus dihantar bertugas di Sabah pada tahun 1980. 1980, di sebuah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Estiqumah : Apakah cabaran bagi cikgu pada pertama sekali menjawat jawatan sebagai guru? Terutama dihantar ke daerah pedalaman? En. Deraman : Cabaran saya yang pertama sekali ialah murid-murid tu [itu]. Dari segi bahasanya. Jadi, asing lah. Jadi terpaksa kena belajar dulu, memahami perkataan-perkataan yang diaorang [mereka] sebab saya mengajar Bahasa Melayu. Jadi, nak bentuk macam mana [bagaimana] 30 mereka boleh mengikuti pengajaran Bahasa Melayu dengan betul, terutama dari segi lisan sebab mereka bercakap dalam dialek mereka. Itu yang cabaran saya. Estiqumah : Bagaimanakah cikgu boleh berminat dengan kerjaya sebagai seorang guru? En. Deraman : Berminat ni [ini] sebab masa sekolah... Jadi, saya lihat cikgu-cikgu ni [ini] memang dihormati, kerjanya tak [tidak] tertekan dan sebagainya. Itulah yang mendorong minat saya. Estiqumah : Apakah faktor-faktor yang mendorong cikgu untuk menceburi bidang ini? Mungkin disebabkan pengaruh keluarga ataupun minat cikgu sendiri ke? [atau adakah disebabkan oleh minat cikgu sendiri]. En. Deraman : Faktor-faktor tu [itu] memang ada. Keluarga memang menggalakkan untuk menjadi... Kalau orang kampung dulu, kira mahu makan gajilah. Jadi, saya nak menjadi cikgu ni [ini] saya mohon 2 kali baru dapat. Kali yang pertama gagal. Panggil temuduga [menghadiri temuduga], kemudian gagal. Kemudian, panggil kali 31 kedua baru dapatlah. Itupun tawaran untuk berkhidmat di Sabah. Estiqumah : Di manakah sekolah...[tersalah soalan]. Apakah pendapat cikgu apabila pertama kali ditugaskan di sekolah yang pertama sekali cikgu. En. Deraman : Ok. Apabila saya ditugaskan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Abaka, Tawau, Sabah. Sekolah itu agak di pedalaman juga. Letaknya di kawasan pertanian di dalam estet kelapa sawit, estet koko. Jadi, jauh daripada [dari] pekan Tawau. Kalau naik bas, kira satu jamlah sebab jalan tidak elok. Jalan berbatu dan berdebulah pada musim kemarau. Apabila ditugas di sekolah tersebut, memanglah pada peringkat awal tu [itu] tertanya-tanya juga apa akan jadi semua tetapi apabila tiba di sekolah berkenaan, di sana memang ramai guru-guru dari semenanjung yang bertugas. 70%. Lebih dari 70% guru-guru dari semenanjung. Jadi, kalau dah [sudah] pergi sana [ke sana], di sekolah tersebut, walaupun pedalaman tetap dari segi kemudahan asas disediakan oleh pihak estetlah, pihak ladang dan disambut mesra oleh guru-guru kat sana [di 32 sana] sebab guru-guru semenanjung [menyambut mesra guru-guru dari semenanjung]. Kita disambut dan diberi tempat tinggal dan semualah. Jadi, keadaan sekolah di situ [di Tawau], pelajarnya majoriti keturunan Bugis. Orang Bugis. Orang Indon [Indonesia] lah ramai. Campur dengan orang Philiphine [Filipina] dan ada Jawa dan sedikit orang Melayulah. Estiqumah : Bagaimana pula keadaan sekolah semasa cikgu mengajar dahulu? Dengan kemudahan dia? [Bagaimana dengan kemudahan disekolah tersebut] En. Deraman : Keadaan sekolah tu [itu], bangunannya memang... Sekolah luar bandarlah tetapi ada letrik [bekalan eletrik], ada telefon. Semua ada. Lengkap tapi [tetapi] bangunannya bangunan kayulah yang tidak seberapa lah peralatannya. Tak [tidak] berapa cukup. Kantinnya tak [tidak] ada. Hanya di bangunan...satu bangunan kecil sahaja. Estiqumah : Apakah matapelajaran yang cikgu ajar semasa bertugas di sekolah tersebut? 33 En. Deraman : Matapelajaran yang saya ajar sama seperti option [pengkhususan] saya kursus; Bahasa Melayu dan Sejarah lah. Estiqumah : Bagaimankah pula penerimaan pelajar terhadap matapelajaran tersebut? En. Deraman : Penerimaan pelajar tu [itu]... Pada peringkat awal, saya beranggapan mereka tidak berapa [penerimaan pelajar tidak sambutanlah seberapa]... tetapi apabila tidak saya berapa memberi mengajar, saya nampak pelajar-pelajar di sana ok. Boleh menerima matapelajaran tetapi masalahnya merek akurang ulangkaji sebab mereka terlibat dengan membantu ibubapa mereka di ladang. Banyak [ramai di kalangan mereka]. Jadi, mereka datang sekolah pun pada waktu belajarlah. Waktu sekolah biasa. Kalau kelas tambahan, memang mereka tak [tidak] ramai yang datang. Jadi, sambutan mereka kepada [terhadap] pelajaran kira biasalah. Bolehlah, sebagai sekolah luar Bandar. 34 Estiqumah : Apakah pendapat cikgu tentang prestasi dan pencapaian kurikulum pelajar di sekolah tersebut ? En. Deraman : Prestasi pencapaian mereka, sederhanalah. Dia macam ada 2, 3, 4 orang yang cemerlang [sebilangan sahaja yang cemerlang]. Macam biasa. Macam tu lah [begitulah prestasi pencapaian] sekolah-sekolah kat [di] luar bandar tapi [tetapi] peratus itu 60% lah. Kira ok jugalah bagi pelajar sekolah luar bandar. Dari segi pencapaian kurikulum mereka macam tu [itu] lah. Estiqumah : Bagaimana pula dengan pencapaian ko-kurikulum pelajar di sekolah tersebut ? En. Deraman : Pencapain ko-kurikulum... Mereka memang aktif dari segi sukan permainan. Memang mereka aktiflah. Mereka datang. Mereka rajin dan mereka berminat dari segi tu [itu]. Walaupun sekolah tu [itu] hanya sekolah menengah rendah saja [sahaja]. Sampai tingkatan 3 sahaja. Estiqumah : Di antara pelajar lelaki dan perempuan, siapakah yang lebih senang untuk mengajar? 35 En. Deraman : Antara pelajar lelaki dan perempuan, jadi, untuk mengajar tu [itu] memang pelajar perempuan lebih senang. Dia [pelajar perempuan] tak [tidak] banyak karenah. Kalau pelajar lelaki memang lebih nakal sikit tapi [tetapi] kalau di sekolah tu [itu] memang boleh kawal. Boleh control lah. Estiqumah : Berapa lamakah cikgu mengajar di sekolah tersebut sebelum berpindah ke sekolah yang berikutnya? En Deraman : Saya ajar di seklah berkenaan selama 5 tahun. Cukup 5 tahun, saya mohon balik ke semenanjung. Estiqumah : Apakah matapelajaran yang cikgu ajar di sekolah yang baru? En. Deraman : Pada tahun Menengah 1985, Sultan saya Yahya mengajar Petra, di Kuala Sekolah Krai. Matapelajaran saya ajar, sama juga. Bahasa Melayu dan Sejarah tingkatan 1 dan 2. Sekolah tu [itu] setahun saja [sahaja]. Setahun saja [sahaja] [mengajar selama setahun sahaja di sekolah berkenaan]. 36 Estiqumah : Apakah pendapat cikgu tentang prestasi pelajar di sekolah berkenaan ? Sekolah baru. En. Deraman : Sekolah baru tu [itu] prestasinya bagus sebab di sekolah tu [itu] kira sekolah terkenal lah. Bahagian pelajarnya bagus. Ada asrama. Dia sekolah tu, asrama untuk pelajar-pelajar luar bandar lah [kemudahan asrama disediakan untuk pelajar luar bandar]. Kawasan Kuala Krai tu [itu], kawasan hulu-hulu. Ada pergi kat asrama sekolah tu [pelajar-pelajar dari kawasan luar bandar diberi kemudahan untuk tinggal di asrama sekolah]. Dari segi prestasinya memang bagus sebab sekolah tu [itu]ada sampai tingkatan 6. Estiqumah : Ok. Bagaimanakah pencapaian ko-kurikulum di sekolah baru ? En Deraman : Pencapaian ko-kurikulum di sekolah tersebut juga adalah kejayaan menggalakkan. yang telah Memang dicapai banyak oleh para kejayaanpelajar- pelajarnya pada masa tu [itu]. 37 Estiqumah : Apakah perbezaan yang cikgu dapati di antara sekolah pertama dengan sekolah yang baru ? En. Deraman : Perbezaan tu [itu] memang banyaklah. Sekolah pertama sekolah luar bandar. Kawasan pedalaman. Itu dari segi lokasinya. Berbeza. Sekolah yang kedua ni [ini] sekolah dalam Bandar. Di bandar Kuala Krai tu [itu]. Jadi. Dari segi lokasinya berbeza. Kemudian, dari segi posisi pelajarnya juga berbeza. Kalau sekolah yang pertama di Sabah tu [itu], semua bumiputera tapi [tetapi] di sekolah yang kedua ni [ini] bercampur lah. Ada Cina. Sekolah ada Cina. Ramai juga Cina dan juga India. Ada juga India. Estiqumah : Bagaimanakah pula hubungan di antara rakan cikgu... Di antara cikgu dengan rakan cikgu di tempat yang baru? En. Deraman : Hubungan antara saya dengan cikgu-cikgu lain di sekolah baru ni [ini] tidak ada masalah apa-apa lah [tidak mengalami sebarang masalah]. Kira bagus lah. Ada apa-apa masalah, saya tanya. Diaorang [mereka] 38 beri penjelasan yang sepatutnya lah. Jadi, tidak ada apa-apa masalah. Estiqumah : Bagaimanakah pula dengan pelajar di sekolah tersebut? Di sekolah yang baru? En. Deraman : Dari segi pelajar, pada masa tu [itu] memang tidak ada masalah. Tahun 85 [1985] tu [itu]. Kira pelajarpelajar ok. Semua...apa tu...ikut arahan lah. Apa yang disuruh, apa yang diberi kerja, semuanya mereka buat. Estiqumah : Sepanjang cikgu terlibat dalam bidang perguruan ini, bolehkah cikgu nyatakan berapa banyak sekolah yang pernah diajar oleh cikgu? En. Deraman : Sampai hari ni [ini] ? Estiqumah : Sampai hari ni [ini]. En. Deraman : Sampai hari ni [ini], jumlah sekolah yang saya mengajar... sekolah... termasuk sekolah ini ialah 6 buah sekolah. 39 Estiqumah : Di antara sekolah-sekolah tersebut, sekolah manakah yang memberi impak yang paling mendalam pada diri cikgu sendiri? En. Deraman : [Batuk] Sekolah yang banyak memberi impak kepada saya ialah Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Estiqumah : Mengapakah cikgu berpendapat sedemikian ? En. Deraman : Sebab di sekolah itu saya mengajar agak lama lah. Agak lama dan ramai rakan-rakan setugas yang begitu memberi motivasi, menggalakkan... menggalakkan dan memberi kesan supaya saya meneruskan, menambah ilmu, belajar lagi sebab ada di antara mereka sampai menjadi pensyarah, menjadi yang terkenal sehingga hah ini. Contohnya, seperti Tuan Haji Hussin salleh. Dia [beliau] sekarang dah [sudah] sebagai seorang yang memberi ceramah yang terkenal lah. Dalam TV pun keluar. Itu sama lah. Yang pernah menjadi pensyarah kaunseling di universiti Malaya dan yang kedua ramai kawan-kawan yang telah berpindah ke Jabatan Pelajaran Dearah dan Negeri. Telah naik pangkatlah 40 dan ramai yang sama-sama... apa tu... memohon untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi lah dari segi pelajaran. Pas tu [Selepas itu], suatu ruang. Di sana tu [itu] banyak perkembangan yang baru. Estiqumah : Apakah prinsip serta matlamat cikgu semasa cikgu mengajar ? En. Deraman : Prinsip serta matlamat saya semasa mengajar. Ok. Dari segi prinsip, sebagai seorang guru, saya... yang pertama, mengajar... semasa mengajar, pelajar mesti berdisiplin. Itu yang pertama. Jika pelajar bising, saya tidak akan mengajar. Saya mendisiplinkan mereka dulu supaya diam. Kemudian, pelajar mesti bawa buku. Mesti ada buku. Mesti ada buku. Kalau pelajar tanpa buku di atas meja, memang saya tak [tidak] akan mengajar. Tidak akan mengajar selagi mereka tak [tidak] keluarkan buku dan bersedia untuk menerima pelajaran pada hari tu [itu]. Jadi, matlamat saya supaya apa yang saya ajar itu pelajar boleh terima. Dapat. Dapat menguasai sekurang-kurangnya 50% pun tak [tidak] apa. Janji mereka belajar. Tu [itu] prinsip saya lah. Jadi, mereka belajar. Jadi, supaya cikgu... macam 41 saya ni [ini], tak [tidak] ada lah bercakap... bercakap tanpa diberi perhatian kepada pelajar-pelajar. Tu [itu] lah prinsip saya. Estiqumah : Adakah cikgu berpuas hati dengan apa yang telah cikgu berikan kepada para pelajar cikgu ? En. Deraman : Dari segi berpuas hati, memang tak [tidak] berpuas hati lah. Kalau alhamdulillah. mengajar di mengajar di Penerimaannya sekolah... kelas kelas yang bagus tetapi yang bagus, kalau hujung-hujung memang tidak berpuas hati. Hah ni [ini] ajar, besok [esok] tanya memang tak [tidak] dapat jawab. Suruh buat, jawab latihan [membuat latihan], memang tak [tidak] boleh. Hantar kertas kosong. Tu [itu] kelas-kelas ynag hujung. Kelas-kelas hujung memang macam tu [itu]. Ada yang tak [tidak] tahu membaca lagi walaupun tingkatan 4 dan 5. Tak [tidak] tahu baca. Tu [itu] masalah. Jadi, saya memang tak [tidak] berpuas hati lah sebab nak kata tak [tidak] ajar, ajar tapi [tetapi] sikap pelajar tu [itu] tidak kisah tentang pelajaran. 42 Estiqumah : Apakah perasaan cikgu apabila melihat ada di antara pelajar cikgu yang cemerlang di dalam peperiksaan awam yang mereka duduki? En. Deraman : Itu satu perkara yang amat dinanti-nantikan oleh semua guru apabila anak muridnya mencapai kecemerlangan. Jadi, kecemerlangan yang diperolehi oleh setiap pelajar tu [itu] memang saya, sebagai guru amat rasa bangga lah. Bangga dan rasa gembira kalau ada mereka yang berjaya seperti tahun ini, ada yang SPM dapat 8A1. Kalau PMR tu [itu] dapat 8A. Ada dapat 9A. Jadi, saya, sebagai guru, sebagai pentadbir sekolah, sebab amat-amat gembira itu matlamat kita lah. Rasa supaya bersyukur pelajar-pelajar cemerlang. Walaubagaimanapun, kecemerlangan itu hanya dicapai oleh segelintir pelajar saja [sahaja]. Jadi, mereka, apabila mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang, sebagai seorang guru, sebagai seorang pendidik, sebagai seorang pentadbir di sekolah memang amat gembira. 43 Estiqumah : Adakah bilangan pelajar boleh mempengaruhi peningkatan peratusan dalam pencapaian akademik sekolah ? En. Deraman : Ini kalau dikira dari segi umumnya, memang. Terutama sekolah harian, sekolah luar bandar seperti sekolah ni [ini]. Jumlah pelajar yang ramai sudah semestinya mempengaruhi peningkatan dari segi peratus pencapaian akademik sebab jika bertambah ramai, jika pelajar tu [itu]... yang ramai tu [itu] pelajar yang bagus, tidak apa. 'But' [tetapi] ini yang ramai, kalau bertambah, ada yang pandai, ada yang tak [tidak] pandai, ada yang sederhana. Ini yang memberi kesan kepada peratus pencapaian... pencapaian akademik. Sudah semestinya ia memang mempengaruhi lah peratus pencapaian jika pelajar tu [itu] ramai. Estiqumah : Bolehkah cikgu jelaskan bentuk atau jenis hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama cikgu ? En. Deraman : Sekolah lama ni [ini], sekolah mana [sekolah yang mana]? 44 Estiqumah : Semasa mula-mula mengajar dulu. Sekolah di Sabah. En. Deraman : Bentuk hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama saya-kalau dulu, pada masa tu [itu] memang cikgu-cikgu boleh merotan. Yang biasa guru disiplin bagi [ambil tindakan], rotan lah. Kalau yang perempuan tak [tidak] dirotan tetapi ada diberi-denda lah. Denda berdiri dan sebagainya. Pelajar lelaki memang dulu kena rotan. Estiqumah : Bagaimanakah pula dengan bentuk atau tindakan disiplin di sekolah yang di Kuala Krai ? En. Deraman : Yang di Kuala Krai pun sama. Lebih kurang sama lah. Estiqumah : Boleh cikgu jelaskan tindakan disiplin yang ada di sekolah cikgu sekarang ? En. Deraman : Sekarang ni [ini]—Di sekolah sekarang ni [ini] tindakan disiplin bergantung kepada jenis kesalahan. Jenis kesalahan disiplin pelajar. Jika kesalahan itu berat, terlibat dengan jenayah dan menjatuhkan nama 45 baik sekolah, pelajar sekolah] maksimum dihukum gantung [gantung 14 hari. Jika bertumbuk dan sebagainya yang melampau sangat boleh dibuang. Ada pernah dibuang. Ada pernah digantung. Yang biasa pelajar yang tak [tidak] hadir hukumannya—Kalau ponteng sekolah, ponteng kelas, pelajar dihukum, dirotan dan juga diberi mata penalti. D-merit. Kita ada sistem D-merit. Estiqumah : Sepanjang cikgu mengajar, pemahkah cikgu mengenakan hukuman rotan terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin? En. Deraman : Hukuman rotan ni [ini] memang pernah dijalankan terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Kita memang beri kuasa kepada guru disiplin untuk merotan pelajar-pelajar lelaki. Yang patut dirotan, kita [pihak sekolah] rotan. Estiqumah : Apakah reaksi para pelajar terhadap hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama cikgu ? Sekolah pertama cikgu. Terutama terhadap hukuman rotan. 46 En. Deraman : Ok. Reaksi para pelajar terhadap hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama tu [itu], mereka menerima dengan senang hati sebab mereka tahu bahawa mereka telah melakukan kesalahan dari segi peraturan sekolah. Jadi, mereka memang terima walaupun dengan hati yang berat mereka kena rotan, mereka terima. Mereka boleh terima walaupun ada beberapa orang pelajar yang rasa tak [tidak] senang lah kena rotan-kena tindakan yang lain, atau kena gantung tapi [tetapi] majoritinya pelajar terima. Estiqumah : Bagaimana pula dengan reaksi para pelajar terhadap hukuman rotan dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah cikgu sekarang? Adakah lebih mudah ataupun lebih kurang sama dengan sekolah lama cikgu? En. Deraman : Sekarang ni [ini], dari segi menghukum pelajar, kita nampak ada perbezaan sikit. Dari segi reaksi pelajar, memang pelajar rasa mereka tak [tidak] patut dihukum walaupun mereka diberi—Melakukan kesalahan sebab mereka rasa mereka sekarang tak [tidak] boleh dirotan. Mereka kata guru-guru tak [tidak] boleh merotan. 47 Walaubagaimanapun, kita tunjuk pekeliling-pekeliling yang boleh guru merotan. Guru disiplin dengan kebenaran Pengetua, ada surat kebenaran boleh merotan. Sebagai contoh, pelajar merokok. Sekali kali pertama kena tangkap, satu rotan. Memang itu ada pekeliling. Kali kedua, dua rotan. Kali ketiga, tiga rotan. Kali keempat, gantung sekolah dan seterusnya buang sekolah. Itu kes merokok contohnya. Estiqumah : Bagaimanakah cikgu dan pihak sekolah mengawal masalah disiplin pelajar sekolah yang terdahulu? En. Deraman : Sekolah yang terdahulu---Yang mengawal disiplin sekolah dengan bantuan para pengawas. Jadi, pengawas tu [itu] memainkan peranan. Mereka—Di sekolah lama pengawas memang dihormati oleh para pelajar. laitu pengawas sebagai mata telinga cikgucikgu di sekolah. Itu peranan pengawas. Penting. Itu di sekolah dulu [dahulu]. Apa maklumat tentang kesalahan disiplin, pengawas laporkan kepada guru disiplin. 48 TAPE 1 SIDE B Estiqumah : Dan bagaimanakah pula tindakan cikgu dan pihak sekolah dalam mengawal masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sekarang? En. Deraman : Di sekolah sekarang, nampak jauh berbeza. Yang pertama, peranan pengawas itu dah [sudah] lain. Pengawas nampaknya tidak boleh mengawal pelajarpelajar lain. Kadang-kadang pengawas tu [itu] takut untuk bertindak terhadap pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan. Di sekolah sekarang, kita mula libatkan PIBG dan juga JKK kampung untuk mengatasi beberapa masalah disiplin pelajar. Contohnya pelajar ponteng. Kita ada kerjasama daripada pihak RELA, pihak polis, JKK kampung, pengerusi, AJK PIBG membuat rondaan dan menagkap pelajar yang ponteng di kawasan luar sekolah. Itu sebagai satu langkah bersama pihak sekolah dengan pihak luar untuk mengawal disiplin pelajar. Estiqumah : Pada pendapat cikgu, adakah kegiatan ko-kurikulum itu penting kepada seseorang pelajar ? 49 En. Deraman : Kegiatan ko-kunkulum sudah semestinya penting. Sama pentingnya kegiatan kurikulum sebab dia [kokurikulum] pelengkap kepada kurikulum. Tambahan pula, sekarang markah dikira kalau untuk masuk ke IPTA. 10% adalah datang daripada markah kegiatan ko-kurikulum. Setiap pelajar wajib mendaftar, melibatkan diri dalam tiga bidang. Jadi, yang pertama ialah bidang persatuan dan kelab. Satu. Yang kedua, unit ber-uniform. Satu dan sukan dan permainan. Satu. Wajib. Sekurang-kurangnya seorang pelajar wajib melibatkan diri dalam tiga bidang ko-kurikulum tersebut. Estiqumah : Apakah kegiatan ko-kurikulum di sekolah ini yang selalu cikgu terlibat? En. Deraman : Kegiatan ko-kurikulum yang selalu saya— Estiqumah : Cikgu turun padang. En. Deraman : Itu semua lah. Terpaksa. Saya terpaksa terlibat semua. Sebagai pentadbir, terpaksa terlibat semua. Jika pertandingan permainan, saya terpaksa melibatkan diri juga. Kalau sesuatu pasukan nak pergi 50 berlawan, bertanding, saya terpaksa jumpa pelajar dulu [dahulu]. Sebelum tu [itu] kena bagi latihan, beri arahan kepada guru-guru. Membuat latihan yang secukupnya. Kemudian, peruntukan makan, minum dan juga pengangkutan. Dari segi penyediaan jersi—Itu semua. Itu permainan. Yang kedua, unit ber-uniform. Sama juga. Saya terlibat secara langsung juga lah. Memastikan semua persatuan ataupun unit ber-uniform yang nak bertanding—Kawad kaki contohnya. Mesti membuat persiapan awal. Ada uniform yang lengkap. Latihan yang lengkap. Kawadnya mestilah lengkap semua dan juga dari segi persatuan-kelab. Itu saya serahkan kepada cikgu-cikgu untuk uruskan. Estiqumah : Pada pendapat cikgu, di manakah letaknya kualiti seorang guru? En. Deraman : Pada pendapat saya, dimanakah letak kualiti seorang guru-yang pertama sekali dari segi personaliti cikgu tu [itu] sendiri. Dari segi—Kita lihat dari segi peribadi dia [seseorang guru] dulu [dahulu]. Dari segi peribadi dia. Bermula dengan pakaian dia. Itu yang pertama. Yang kedua dari segi kemahiran guru untuk mengajar. 51 Mengajar sesuatu matapelajaran. Dari segi dia mahir dan keberkesanan pengajarannya. P & P. Itu yang kedua. Secara ringkas lah saya terangkan. Yang ketiga ialah dari segi kesanggupan guru itu mengorbankan masanya sebab jadi seorang guru ini, masanya tidak tentu. Bukannya 'office hour' [waktu pejabat]. Seorang guru boleh dikatakan 24 jam. Kalau betul-betul lah dan tidak ada masa cuti. Sebagai seorang guru memang kalau hari Sabtu, hari Ahad itulah nak digunakan. Jadi kalau guru yang berkorban membantu terutamanya Untuk berkualiti untuk mengadakan memang dia sanggup pelajar mengadakan aktiviti pelajar kelas berjaya tambahan. ko-kurikulum dan sebagainya. Dan yang seterusnya kualiti guru ini ialah dari segi akademik dia [akademiknya]. Seorang guru mesti mempertingkatkan akademik dia, pengetahuan dia dari semasa ke semasa. Tu [itu] lah pandangan saya. Estiqumah : Apakah aspek-aspek yang diperlukan untuk menjadi seorang pendidik yang baik? 52 En. Deraman : Dari segi aspek-aspek ini—Ini macam sama yang tadi juga. Aspek-aspeknya yang pertama cikgu—Dari segi seorang guru tu [itu] mesti peribadi dia [peribadinya] menunjuk sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru kepada pelajar-pelajarnya dan juga guru—Seorang guru mesti bertanggungjawab kepada rakan sejawat. Kena bertanggungjawab pada rakan sejawat juga. Guru tidak boleh memperkecilkan guru lain. Dia [guru] kena jaga maruah guru lain. Ini sebagai satu etika. Seorang guru dia ada etika juga [Seorang guru juga mempunyai etika]. Etika pendidikan. Mesti jaga etika-etika perguruan. Jadi, sebagai seorang guru, aspek yang perlu diutamakan ialah hubungan guru dengan pelajar. Mesti baik. Cara mengajar tu [itu] mesti yang berkesan. Penggunaan bahasa-bahasa yang baik. Tak [tidak] boleh untuk guna bahasa-bahasa kesat kepada pelajarpelajar yang nakal, pelajar-pelajar yang selalu tak [tidak] hadir. Tak [tidak] boleh kita nak guna perkataan yang boleh menyinggung perasaan pelajar-pelajar. Sebagai seorang guru juga, mesti ada hubungan yang baik—Guru biasa dengan pihak atasan. Itu penting. Hubungan yang baik. Perhubungan dua hala di antara 53 guru dengan pentadbir. Yang seterusnya guru juga seharus ada hubungan yang baik dengan ibubapa. Kalau ibubapa datang, kita kena layan dengan baik. Sebagai seorang guru—Untuk berbincang tentang masalah anak-anak mereka di sekolah ini. Sebagai seorang guru yang baik juga—Tu dari segi nilai-nilai peribadinya sendiri. Mesti dipeliharalah, dijaga dan dari segi ilmu pengetahuannya perlu dipertingkatkan. Estiqumah : Bagaimanakah pandangan cikgu mengenai masalah prestasi akademik di kalangan pelajar Melayu terutama pelajar Melayu lelaki yang rata-rata lebih rendah prestasi berbanding pelajar perempuan ? En. Deraman : Ok. Terima kasih. Ini satu soalan yang bagus. Pada pandangan saya, masalah prestasi akademik di kalangan pelajar-pelajar lelaki Melayu ni [ini] memang satu isu di peringkat kebangsaan. Dari segi pelajarpelajar Melayu keseluruhannya di antara lelaki dan perempuan - memang berbanding dengan pelajr- pelajar keturunan lain terutamanya di sekolah luar bandar, kita nampak macam ketinggalan. Terutamanya yang lelaki. Prestasinya lebih rendah berbanding denga 54 perempuan. Ini kerana beberapa faktor. Yang pertama, keadaan sekeliling sekarang. Banyak peluang-peluang mereka ataupun faktor tarikan mereka pada masa persekolahan , pada masa lepas sekolah. Mereka tertarik kepada perkara-perkara lain di tempat-tempat lain sehingga menyebabkan mereka ponteng. Itu satu sebab. Contohnya mereka dengan rakan sebaya keluar ke pusat-pusat video game, pusat-pusat yang ada internet dan sebagainya. Itu faktor dari segi pelajar. Satu perkara. Pelajar lelaki terutamanya. Yang kedua, ini yang jelas di sekolah ini. Pelajar-pelajar sekarang bekerja. Pagi mereka sekolah, petang mereka bekerja. Sampai waktu malam. Pukul 10 lebih atau 11 lebih baru mereka balik. Jadi, mereka tak [tidak] ada masa untuk ulangkaji. Mereka lebih tertumpu kepada pekerjaan mencari duit sendiri kerana tuntutan mereka. Mereka ada handset [telefon bimbit] sendiri yang lebih canggih daripada cikgu. Mereka ada motorsikal sendiri. Itu menyebabkan mereka lalai tentang pelajaran terutamanya pelajar lelaki. Yang seterusnya mereka ni [ini], pelajar lelaki ni [ini] — Ini biasalah bagi pelajar Melayu terutama lelaki. Malas 55 belajar. Itulah faktor. Malas belajar kerana tidak ada motivasi daripada keluarga terutama ibubapa kerana ibubapa mereka kerja. Pergi pagi (awal pagi), baliknya malam. Kerja. Jadi, tak [tidak] ada ibubapa atau penjaga yang — Majoritinya macam tu [itu] lah. Banyak yang tak [tidak] dapat nak meneliti dan mengawasi anak-anak mereka terutama yang lelaki lah. Jadi, itu beberapa faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar Melayu umumnya dan khasnya pelajar-pelajar lelaki. Mereka kurang berminat terhadap pelajaran kerana faktor-faktor tersebut di antaranya. Estiqumah : Apakah pendapat cikgu pula mengenai graduan pendidikan sekarang yang gemar memilih penempatan sendiri selepas tamat pengajian? Contohnya tidak mahu ditempatkan di kawasan pedalaman? En. Deraman : Pada pendapat saya, graduan pendidikan sekarang ni [ini] gemar memilih lokasi-lokasi tertentu sahaja — Itu memang tidak sepatutnya seorang pendidik, dia berlaku [graduan] sebab mesti sebagai menerima walaupun di mana sahaja ditugaskan. Jadi, sepatutnya kita terima. Sebagai pendidik, sebagai cikgu, sebagai 56 guru, kita mesti terima sepenuh hati. Walaupun dihantar ke kawasan paling jauh di pedalaman sebab niat kita adalah untuk menjadi seorang pendidik. Pada peringkat awal, sepatutnya kita sanggup pergi ke mana sahaja yang diarahkan sebab itu pengalaman. Mencari pengalaman yang sebegitu mahal. Tidak ternilai berbanding dengan mereka di kawasan yang senang, tidak mengalami kesukaran. Jadi, kalau kita nak memilih, nak cari kawasan yang senang-senang sahaja, itu tidak menepati dari segi seorang pendidik. Sebagai seorang guru untuk mendidik walaupun di mana sahaja, pada siapa sahaja. Memang semua orang nak yang senang . Jadi, yang penting pengalaman di tempat jauh, di luar. Kesusahan itu memang ramai yang tak [tidak] boleh dinilai. Estiqumah : Adakah kerajaan keadaan untuk ini akan menaiktarafkan merencatkan tahap usaha pendidikan sekolah di pedalaman? En. Deraman : Pada pendapat saya, tidak. Jika tidak ada guru yang nak pergi ke kawasan pedalaman — Tapi [tetapi] saya 57 rasa sekarang hanya segelintir sahaja yang tak nak [tidak mahu] pergi. Nampak sekarang ramai yang pergi walaupun perempuan. Mereka sanggup pergi ke kawasan pedalaman di Sarawak contohnya. Menaiki bot beberapa jam. Mereka sanggup. Saya rasa tidak ada. Ini hanya kes-kes terpencil, yang tak nak [tidak mahu] pergi ni [ini]. Saya rasa ini tidak akan merencatkan kerajaan untuk menaiktarafkan tahap pendidikan sekolah di pedalaman sebab sekarang ni [ini] banyak insentif-insentif yang kerajaan berikan. Kalau pedalaman tu [itu] terlalu jauh, kerajaan telah menyediakan dan memberi elaun susah. Elaun kesusahan. Sehingga mencapai RM1500 sebulan. Masa sekarang ni [ini], masalah itu tidak timbul lah. Estiqumah : Hubungan antara guru dan ibubapa amat penting bagi menjamin mutu pendidikan anak-anak mereka. Apakah pendapat cikgu berhubung perkara ini? En. Deraman : Ini memang tidak dapat dinafikan. Hubungan ibubapa dengan guru, hubungan ibubapa dengan sekolah memang penting. Oleh itu, ada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Jadi, hubungan yang perlu ada atau 58 wujud iaitu contohnya ibubapa perlu diberi kesedaran bahawa anak-anak mereka yang berada di sekolah bukan hanya tanggungjawab guru-guru sahaja untuk mendidiknya. Ibubapa seharusnya sekali-sekala datang ke sekolah untuk bertanya khabar tentang anak-anak mereka kepada guru-guru kelas masing-masing. Hubungan itu amat penting. Jika ibubapa datang, anaknya tahu ibubapanya datang jumpa guru, hubungan yang baik itu boleh memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk terus belajar mempertingkatkan lagi minat mereka untuk belajar. Masalahnya sekarang, ramai ibubapa tidak berbuat demikian. Hanya apabila dipanggil kerana kes-kes disiplin sahaja baru ibubapa datang. Ni [ini] satu perkara yang kurang pendidikan anak-anak, baik. Kalau untuk menjamin mereka seharusnya — Di sekolah rendah mereka pergi tapi [tetapi] di sekolah menengah, sudah berubah. Dah [sudah] terbalik. Mereka jarang datang ke sekolah menengah untuk bertanya khabar anak-anak mereka. Jadi, bagi sekolah menengah, saya sebagai pentadbir di sekolah memang berharap sangat ibubapa datang ke sekolah untuk 59 berjumpa guru-guru matapelajaran, guru kelas, guru disiplin dan sebagainya berkait dengan anak-anak mereka sebab mereka anggap anak mereka dah [sudah] besar. Tak [tidak] perlu datang ke sekolah. Kalau ada apa-apa, terus melalui anak mereka. Itu satu kesilapan. Estiqumah : Sekarang kita beralih kepada pengalaman dan sumbangan cikgu di dalam bidang perguruan. Adakah cikgu pernah menjawat sebarang jawatan penting sepanjang bergelar sebagai seorang guru? En. Deraman : Sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru, jawatanjawatan yang pernah saya pegang ialah seperti Guru Kanan Matapelajaran, Penolong Kanan, seterusnya sekarang sebagai pentadbir. Estiqumah : Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat sebagai pentadbir ataupun sebagai pengetua di sekolah ini? En. Deraman : Saya — Ini sudah masuk 3 tahun lah. Masuk 3 tahun lah. 60 Estiqumah : Bolehkah cikgu ceritakan perbezaan sistem pendidikan pada zaman dahulu dan sekarang? En. Deraman : Perbezaan sistem pendidikan ni [ini], pada asasnya tak [tidak] ada tapi [tetapi] dari segi sistem pendidikan sekarang ni [ini] lebih kepada — Kalau zaman dahulu, sistem pendidikannya tertumpu di dalam kelas itu. Guru bercakap da guna kapur saja [sahaja] tapi [tetapi] sekarang ni [ini] dah [sudah] banyak bantuan dari segi ICT dan semua. Jadi, itu dari segi perbezaannya. Dari segi peralatan. Dari segi penekanan, ia juga berbeza. Kita sekarang ni [ini] lebih menekankan kepada sains. Pendidikan sains, sehingga ada kadarnya. 60% sains, 40% sastera. Jadi, kita lebih kepada itu. Sekarang ini kita lebihkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris terutamanya pada mengajar matapelajaran sains dan matematik. Itu berbeza. Kalau dulu, tak [tidak]. Semua Bahasa Melayu saja [sahaja]. Dari segi tenaga pengajar pun sekarang — dalam pendidikan sekarang ni semua guru, semua tenaga pengajar yang berijazah. Semua lepasan ijazah pertama. 61 Estiqumah : Apakah anugerah-anugerah yang pernah cikgu terima? En. Deraman : Anugerah-anugerah tu [itu] - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tu [itu] lah. Dah [sudah] 2 kali terima. Estiqumah Bolehkah cikgu ceritakan pengalaman dan sumbangan cikgu sepanjang terlibat dalam bidang perguruan ini ? En. Deraman : Pengalaman dan sumbangan. Pengalaman saya dari segi mengajar. Itulah pengalaman mengajar di Sabah, di Kelantan dan juga Selangor. 3 negeri dan 6 sekolah. Sumbangan saya dalam bidang perguruan - dari segi sumbangan, saya rasa tak [tidak] ada banyak sangat. Tu [itu] lah saja [sahaja]. Beri-beri ceramah, tentang ceramah motivasi, cramah dari segi perkembangan 'staff (kakitangan) kepada cikgu-cikgu. Kemudian, beri ceramah dalam kursus. Itu saja [sahaja] lah. Estiqumah : Sekarang kita beralih kepada pengalaman, sumbangan dan Iain-Iain. Adakah cikgu pernah terlibat dalam mana-mana aktiviti kemasyarakatan ? 62 En. Deraman : Dalam aktiviti kemasyarakatan — dari segi aktiviti kemasyarakatan ni [ini] memang saya pernah terlibat. Dari segi program-program gotong royong yang diadakan di kampung-kampung, di masjid-masjid. Itu biasa tiap-tiap tahun ada. Estiqumah : Adakah cikgu pernah dihantar ke mana-mana untuk menyertai sebarang program dan kursus secara peribadi? En. Deraman : Ini tentang kursus - program kursus secara peribadi ni [ini] memang ada. Dulu sebelum saya menjadi pentadbir, saya aktif dalam alam sekitar. Pendidikan alam sekitar. Saya pernah kursus di beberapa tempat contohnya di pulau Tioman selama seminggu, di Genting Highland seminggu dan di beberapa tempat yang lain dan juga pernah ditawarkan ke luar negara tapi [tetapi] saya tak [tidak] pergi sebab ada masalah. Itu pada tahun 90-an dan program kursus secara peribadi ni [ini], sebelum saya jadi pentadbir, saya ditawarkan untuk membuat Master. Master Kepengetuaan selama 2 tahun. Setahun di Institut Aminuddin Baki. Kursus di sana selama setahun 63 membuat Diploma Pengurusan dan Sijil Kepengetuaan dan di Universiti Malaya untuk membuat Master Kepengetuaan. Estiqumah : Apakah erti perkataan 'guru' pada pandangan cikgu? Adakah cikgu mempunyai definisi yang cikgu sendiri terhadap perkataan 'guru'? En. Deraman : Pada saya, perkataan 'guru' tu [itu] sendiri adalah satu perkataan yang memberi banyak sumbangan. Banyak hikmah. laitu kalau disebut 'guru', terbayang pada kita sebagai seorang yang menjadi penunjuk arah terutamanya kepada para pelajar. Guru, kalau dalam agama 'Mahaguru'. Orang yang mengetahui banyak ilmu, dipandang tinggi. Itu saja [sahaja] lah bagi saya. Guru adalah orang yang dihormati, orang yang berilmu, orang yang disanjung. Estiqumah : Siapakah tokoh yang paling cikgu kagumi dan menganggapnya sebagai model? En. Deraman : Ok. Tokoh ini — Banyak tokoh-tokoh pendidik yang lepas seperti yang masih hidup macam — Tapi [tetapi] 64 yang lama tu [itu], tokoh-tokoh seperti Tan Sri Murad, Ketua Pengarah Pelajaran. Yang berjuang tentang pendidikan ni [ini] sampai beliau meninggal dan tokohtokoh yang sekarang ni [ini] seperti bekas KTPM (Ketua Pengarah Pendidikan) yang lepas, Dato' Dr. Ahmad Shukor. Dia menitikberatkan tentang sekolah, tentang keceriaan sekolah, tentang apa yang ada di sekolah mesti berfungsi. Itu yang penting. Kalau ada kipas, mesti ada, bersih, berfungsi. Dia menitikberatkan perkara itu. Bila sekolah yang tak [tidak] ada cermin, mesti adakan cermin, tingkap semua. Itulah sebagai contoh. Saya kagum sebab dia sebagai tokoh pendidikan. Dia titikberatkan dari segi fizikal sekolah sebab itu penting untuk membantu mewujudkan suasana yang kondusif di sekolah, menarik supaya seronok belajar di sekolah sebab sekolah saya pun, pentadbir di sini lebih mementingkan keceriaan. Estiqumah : Apakah pendapat cikgu tentang mutu pelajaran sekarang dan apakah yang perlu dipertingkatkan lagi serta diperbaiki? 65 En. Deraman : Pada pendapat saya mutu pelajaran sekarang pada keseluruhannya memang meningkat. Dari segi kualiti, kuantiti memang meningkat. Kalau dulu mana ada pelajar-pelajar SPM yang dapat 17A1. Yang terbaru 21A. Jadi, sekarang ini dari segi mutu memang bagus. Walaubagaimanapun banyak kelemahan lagi. Kita lihat yang cemerlang, yang gemilang tetapi di sebalik tu [itu] ramai pelajar-pelajar kita yang gagal. Yang gagal kita abaikan. Kita tak [tidak] tahu ke arah mana mereka selepas alam persekolahan. Jadi, saya rasa itu lebih penting supaya berkemampuan dari pelajar-pelajar segi yang pendidikan. kurang Dari segi pelajaran itu perlu diberi tumpuan dan perhatian oleh pihak kerajaan samada untuk menyediakan peluang kemahiran kepada mereka supaya masa depan lebih terjamin. Itulah pendapat saya. Estiqumah : Apakah pendapat cikgu tentang sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar atau pedalaman? Perbezaan yang paling ketara dalam semua aspek. En. Deraman : Pada pendapat saya, sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar atau pedalaman, seperti yang sedia 66 maklum, sekolah di bandar dari segi kemudahan asas agak mencukupi berbanding dengan sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman. Jadi, dari segi kemudahan asas, kita nampak sekarang ini kerajaan cuba merapatkan sekolah-sekolah di luar bandar iaitu cuba dibekalkan, diberi dan dibina bangunan yang baik, standard atau sama dengan sekolah-sekolah di bandar. Itu yang pertama. Walaubagaimanapun, Dari masalah segi sekolah fizikal. di bandar walaupun bangunannya cantik dan sebagainya tapi [tetapi] akhir-akhir ni [ini] ketidakcukupan bilik darjah berlaku di pertambahan sekolah-sekolah pelajar yang di bandar mendadak. kerana Banyak. Contohnya, di sekolah saya sendiri. Sekarang ni [ini] ada 5 kelas terapung. Maksudnya, mereka [tidak] ada kelas tetap. Mereka terpaksa belajar di makmal- makmal dan bilik khas sahaja. Yang kedua, dari segi guru-guru. Kalau sekolah di bandar, ramai guru-guru yang nak mengajar. Suka nak minta pindah. Mereka mengajar dalam tempoh yang lama di sekolah-sekolah di bandar tapi [tetapi] di sekolah pedalaman dan luar bandar, apabila mereka dihantar ke sana, ditugaskan di sana, tak [tidak] ramai 67 yang nak bertugas lama di kawasan luar bandar. Masalahnya, sekolah luar bandar ni [ini] kurang guru yang berpengalaman. Itu satu isu sedangkan di bandar banyak guru yang berpengalaman. Itu satu perkara yang penting. Ok. Yang seterusnya masalah di sekolah di bandar ni [ini], kadar guru lelaki dan guru perempuan. Kalau sekolah di bandar, kita dapati bahawa ramai guru perempuan berbanding guru lelaki. Ini juga memberi kesan dari segi kawalan disiplin. Kalau guru perempuan ramai yang tak [tidak] dapat mengawal disiplin pelajar terutama pelajar-pelajar yang agresif. Itu dari segi 'gender' (jantina) guru. Jadi, gender guru penting juga. Sekolah di luar bandar, ini dari segi peralatan-peralatan sudah semestinya tidak mencukupi. Tidak mencukupi peralatan moden. Walaubagaimanapun, sekarang ni [ini], pihak kementerian peralatan-peralatan yang telah canggih mula di menghantar sekolah luar bandar. Estiqumah : Profesion perguruan dikatakan sering menghadapi tekanan tugas yang amat berat. Media sering 68 memaparkan tentang segelintir guru yang merokok, guru yang tidak cergas dan guru yang mengajar sekadar melepaskan batuk di tangga. Apakah pendapat cikgu tentang isu ini? En. Deraman : Isu ini sememangnya berlaku dalam pendidikan. Walaubagaimanapun, ia hanya sebilangan kecil sahaja. Ok. Sebagai contoh guru yang menghisap rokok. Sememangnya sudah menjadi tabiat mereka dan tabiat itu susah diubah. Kemungkinan guru-guru mengambil kesempatan hisap rokok di kawasan sekolah terutama di bilik-bilik khas, di tandas dan sebagainya. Itu satu perkara yang sukar untuk dibanteraskan sebab itu sudah jadi tabiat segelintir guru. Mereka sudah mula tak [tidak] terpaksalah tahan sebab ketagihan — Ada rokok. juga Jadi, mereka guru-guru yang merokok, dia keluar dari kawasan sekolah tapi [tetapi] ada segelintir tidak. Guru yang tidak tegas dan guru yang mengajar melepas batuk di tangga, itu juga dikenali sebagai guruguru yang dianggap sebagai golongan guru - kalau ada istilah itu, guru yang sudah 'kayu mati'. Saya pun dah 69 [sudah] tak [tidak] ingat istilah tu [itu] sebab guru-guru ni [ini] mungkin ada masalah peribadi. Ada guru yang kecewa tidak naik pangkat atau sebagainya. Pada pendapat saya, isu-isu ini dalam jabatan lain pun ada tapi [tetapi] oleh kerana bidang pendidikan ni [ini] ramai dan melibatkan pelajar, hal ini dipandang serius oleh sesetengah pihak. Estiqumah : Pada pandangan cikgu, adakah cikgu rasa guru-guru pada zaman sekarang lebih beruntung kerana telah disediakan keistimewaan dengan pelbagai berbanding kemudahan guru-guru pada dan zaman terdahulu? En. Deraman : Ya. Memang betul. Memang saya rasa guru-guru sekarang memang lebih beruntung sebab sekarang ni [ini] guru-guru diberi banyak peluang untuk kenaikan pangkat. Dari segi gaji pun, dah [sudah] tinggi. Terbela guru-guru sekarang. Guru-guru sekarang memang — Kalau dulu, guru adalah pekerjaan kelas kedua. Tak da [tidak ada] pilihan lain. Kerja jadi guru tapi [tetapi] sekarang ni [ini], profesion perguruan ini telah diminati oleh ramai orang terutamanya golongan wanita 70 dianggap guru ni [ini] kerja yang paling senang. Paling senang dan paling mudah. Kerjanya separuh hari saja [sahaja]. Itu anggapan mereka tapi [tetapi] apabila mereka mengalami sendiri, ada pula yang mengatakan guru - kerja sebagai guru tertekan dan sebagainya. 71 TAPE 2 SIDE A Estiqumah : Apakah kriteria yang perlu ada pada seorang guru untuk bergelar tokoh guru? En. Deraman : Kriteria dan aspek-aspek penting yang perlu ada pada seorang guru untuk bergelar tokoh guru ialah yang pertama sekali ialah yang pertama sekali kita lihat dari segi sumbangan guru berkenaan. Apa sumbangansumbangan yang telah diberi oleh beliau kepada pendidikan, pendidikan dan bidang pendidikan. Itu yang penting. Itu yang pertama. Sumbangan-sumbangannya. Samada sumbangan di peringkat sekolah, di peringkat negeri, peringkat kebangsaan, itu yang penting. Ok, yang kedua, ialah dari segi ketokohan guru itu sendiri, dari segi ketokohannya, peranan para guru. Dia boleh dianggap sebagai pemimpin. Di kalangan guru dia sebagai pemimpin kepada guru-guru. Itu juga penting.Yang seterusnya, guru berkenaan disanjung oleh para pelajar kalau di peringkat sekolah. Disanjung oleh para pelajar. Itu juga satu kriteria yang penting. Ok, yang seterusnya guru, seorang guru itu untuk bergelar sebagai tokoh guru - mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Itu juga satu aspek yang 72 dinilai, boleh dinilai, apa dia kepakaran dia, dari segi apa, dia pakar dalam bidang apa. Itu juga boleh dikira sebagai satu kriteria dan aspek yang diambil kira sebagai tokoh guru, sebagai tokoh guru. Ok, saya rasa itulah secara umumnya macam tu [itu]. Estiqumah : Jadi, adakah cikgu rasa anugerah tokoh guru itu perlu diteruskan dan diperluaskan lagi supaya guru-guru lain berpeluang untuk menerima anugerah ini? En. Deraman : Saya rasa itu memang betullah. Perlu diteruskan, sebab sudah menjadi penghormatan, biasanya tradisi sebagai tokoh-tokoh guru satu kalau peringkat kebangsaan dan negeri tu [itu] guru-guru yang telah bersara diberi penghormatan kepada mereka sebagai satu pengiktirafan kepada profesion guru untuk menerima anugerah tokoh guru sebab — patut dinilai dari segi itulah, sumbagan yang mereka telah beri semasa berkhidmat sebagai kakitangan perguruan. Itu satu perkara yang perlu diteruskan, sebab sudah jadi satu tradisi. Estiqumah : Dewasa ini, kita selalu dikhabarkan dengan isu-isu di mana guru dan pelajar sering bertelagah. Sebagai contoh, ada guru yang dipukul oleh pelajarnya atau 73 diugut. Jadi apakah pendapat cikgu berhubung isu yang berleluasa ini? En.. Deraman : Ok, pada pendapat sayalah isu di mana guru dan pelajar sering bertelagah sehingga guru dipukul dan sebagainya, ini adalah satu fenomena yang tak [tidak] sepatutnya berlaku. Sebab dalam alam pendidikan, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang guru, dia perlu ada proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi di sini kita lihat macam ada sesuatu yang tidak kenalah. Contohnya, kita lihat dari segi pelajar. Mereka datang ke sekolah bukan lagi niat untuk belajar. Mungkin ada perkara-perkara lain, dan pelajar itu sendiri mungkin tidak, tidak menjadi agenda utama mereka datang ke sekolah untuk belajar. Mereka mungkin datang untuk sesuatu perkara yang lain. Mereka ada kumpulankumpulan tertentu. Dan juga kemungkinan minat mereka untuk belajar tu [itu dah [sudah] tak [tidak] ada, tetapi mereka terpaksa datang ke sekolah. Jadi semasa berada di sekolah, mereka mungkin tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru dan mereka cuba melanggar peraturan-peraturan sekolah. Itu, itu kalau dilihat dari segi pelajarnya. Di antaranya macam itulah. 74 Sebaliknya di pihak guru, sebagai seorang guru mesti pandai tackle [memikat] pelajar. Jadi mungkin pelajar yang jenis macam itu mesti ditackle [dipikat] dengan cara lain. Dia tak [tidak] boleh secara keras, mungkin cara berlembut. Jadi mungkin yang berlaku ini guruguru baru, guru-guru yang ada masalah. Kemungkinannya. Jadi itu yang menjadi isu. Sehingga berlaku insiden-insiden yang tak [tidak] diingini tu [itu]. Itulah pada pandangan saya. Estiqumah : Apakah komen cikgu sekiranya ibubapa turut campur tangan dalam kes-kes seperti ini ? En. Deraman : Jika sekiranya ibubapa tu [itu] campur tangan dalam kes- kes seperti ini, sebenarnya asasnya baik, boleh. Tetapi cara campur tangan itu hendaklah cara yang positif lah. Bukannya cara yang negatif. Jadi boleh di — boleh, memang patut ibubapa campur tangan berbincang dengan pihak sekolah secara diselesaikan secara - hormat menghormatilah, bukannya secara negatif, terus buat laporan, terus keluar surat khabar, terus surat, surat kementerian. Jadi layang itu satu ke pihak atasan dan perkara yang tidak 75 sepatutnya macam itu. Sepatutntya ibubapa datang ke sekolah berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu, pihak-pihak PIBG, pihak PIBG, sepatutnya macam itulah. Estiqumah : Jadi, adakah cikgu bersetuju dengan pendapat dan pandangan bahawa setiap pihak seperti keluarga, guru, pelajar, dan masyarakat perlu memainkan peranan penting bagi menangani isu seperti ini? En. Deraman : Itu memang, memang, memanglah itu kita punya program ataupun di sekolah kita ada program pemuafakatan. Memang satu perkara kita ke arah itu. Sesuatu isu kita selesaikan secara bersama. Itu satu perkara yang memang kita cuba laksanakan. Jadi cikgu di sekolah, ibubapa, masyarakat. Jadi perantaraannya Persatuan Ibubapa dan Guru. Kita memang kita mahu kes-kes, kalau ada kes-kes macam itu kita nak selesai secara bersama, untuk — malah kita pernah melibatkan pihak politik, orang politik pun ada, kita minta Yang Berhormat juga bersama untuk menyelesaikan masalah isu-isu sekolah. Contohnya, isu-isu pelajar ponteng. Kita memang kita bekerjasama 76 semua pihak, pihak JKK, pihak RELA, pihak politik, pihak pendidikan daerah. Kita panggil semua, kita buat program bersama. Jadi itu satu - , satu landasan yang sekarang ni [ini] kita sedang laksanakanlah. Estiqumah : Adakah cikgu bersetuju yang pelajar zaman sekarang kini terlalu dimanjakan dengan berbagai kemudahan dan kemewahan sehingga mereka lupa dan leka dengan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar? En. Deraman : Bagi saya, ada pro dan kontralah. Saya memang bersetujulah sekarang dengan ni [ini] perkara terlalu ini. Pelajar dimanjakan zaman dengan kemudahan, kemewahan, dan sebagainya sehingga mereka lupa dan leka tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh, pelajar-pelajar sekarang kalau dating sekolah, kalau di sinilah, dah kurang nak [hendak] naik basikal. Mereka sekurangkurang motor, walaupun tak [tidak] ada lessen. Walaupun masih umur — tingkatan satu, masih belum layak memohon lessen tapi sudah nak [hendak] guna motor. Itu dari segi kemewahan yang diberi oleh 77 ibubapalah. Kalau di sekolah pun sama. Terlalu dimanja-manjakan. Contohnya, kalau sekarang ini Skim Pinjaman Buku Teks. Mereka — kalau dulu tak [tidak] ada buku, mereka tak [tidak] nak [hendak] beli, mereka tunggu buku teks walaupun mereka banyak wang, berwanglah. Benda-benda lain mereka boleh beli, tapi buku teks dan sebagainya mereka tak [tidak] boleh beli. Tetapi sekarang sememangnya sudah diberi semua buku teks, itu masalah pula. Mereka [tak] tidak bawa buku teks. Mereka terlalu nak [hendak] mudah. Datang sekolah tak [tidak] nak [hendak] berat-berat lagi, tak [tidak] nak [hendak] banyak buku, banyak beban, itu satu perkara. Dan di pihak yang lain saya tak [tidak] setuju kata — bukan semualah pelajar macam itu. Hanya segelintir. Ada juga pelajar, sekarang ini semakin banyak kemudahan, mereka mungkin rajin belajar. Itu bergantung kepada latar belakang pelajar itu sendiri. Latar belakang keluarga dan juga rakan sebaya mereka. Jadi, ada pelajar yang nak [hendak] belajar mereka tidak kira. Apa kemudahan yang ada, apa itu, dia tak [tidak] kira. Dia terus belajar seperti biasa. Tapi jika pelajar itu tak [tidak] berapa nak [hendak] belajar, dia buat alasanlah macam-macam. Kemudahan tak 78 [tidak] — , datang sekolah kerana ibubapa tak [tidak] hantar dan sebagainya. Kemudian di sekolah, sudah ada kemudahan-kemudahan yang -patut ada, mereka tak [tidak] datang juga belajar. Ada perpustakaan pusat sumber, ada macam-macam ada, kelab komputer, komputer boleh guna. Mereka tak [tidak] datang juga. Jadi tak [tidak], tak [tidak] semestinya. Jadi pelajar yang dimanjakan sekarang ini, ada yang lupa, ada yang tak [tidak] nak [hendak] belajar dan ada yang terus belajar -. Jadi, itu tak [tidak] — itu bergantung kepada peribadi pelajar dan latar belakang keluarga mereka. Estiqumah : Nasihat cikgu kepada guru-guru sekarang? En. Deraman :Nasihat saya pertama kepada sekali, guru-guru kepada sekarang guru-guru baru yang mesti memahami peranan tugas sebagai seorang pendidik, core businessnya [tugas utamanya] ialah di bilik darjah, di bilik darjah. Mesti mengajar, mesti, mesti mempertingkatkan pengetahuan diri, mencari sebanyak mana yang boleh pengalaman, di sekolah-sekolah, di luar sekolah, sebagai seorang guru mata pelajaran, seorang guru kokurikulum dan sebagainya. Dan yang 79 seterusnya, sebagai seorang guru mesti ada hubungan yang baik dengan rakan sejawat, itu yang penting, hubungan yang baik dengan rakan sejawat. Dan juga hubungan yang baik dengan pihak atas, pihak atasan. Mesti ikut perintah, ikut arahan, apa yang diarah oleh pihak atasan mesti diikuti, mesti diikutilah dan yang seterusnya, mesti ada hubungan yang baik dengan ibubapa, para ibubapa, masyarakat, mesti tunjuk contoh teladan yang baik kepada para pelajar, kepada para pelajar. Kalau gur tu [itu] guru yang senior, tunjuk contoh teladan kepada guru yang junior. Itulah nasihat saya. Jadi, sebagai seorang guru mesti jaga nilai-nilai kesusilaan, tatasusila, contohnya dari segi pakaian, dari segi percakapan, tutur kata kepada pelajar-pelajar hendaklah perkataan-perkataan yang baik. Ok, itu saja. Estiqumah : Akhir sekali, apakah harapan cikgu terhadap sistem pendidikan dan perguruan di Malaysia? En. Deraman : Ini terlalu umum ni [ini]. Ini satu (ketawa). Ini saya ringkas je [sahaja] lah. Harapan saya, sistem pendidikan dan perguruan di Malaysia ini (gangguan bunyi pita rakaman) hendaklah apa tu [itu] berkembang 80 mengikut peredaran zamanlah, peredaran masa, itu yang penting. Kalau guru-guru (bunyi batuk) lama mesti mengajar mengikut masa [ke] semasa, mengikut semasa. Tak [tidak] boleh nak [hendak] ikut cara lama lagi. Itu jadi, jadi diharapkan sistem pendidikan dan perguruan di Malaysia ini bertambah ataupun meningkat dari segi mutunya, pendidikan kemudian diubahsuai mengikut peredaran zaman, kemudian diharapakn memilih bakal-bakal guru tu [itu] yang betulbetul minat — pendidikan dengan bidang pendidikan supaya tak [tidak] ada yang ingkar perintah, ada yan tak [tidak] mahu pergi ke luar bandar dan sebagainya, itu masalahlah tu [itu]. Ok, yang seterusnya, sistem pendidikan sekarang ini harus berkembang mengikut, mengikut kehendak masyarakat. system pendidikannya mula Jika sekarang menjurus ke ini arah penggunaan bahasa inggeris, itu — jika sesuai, itu diteruskan. Jika tak [tidak] sesuai, mungkin boleh diubahsuaikanlah. Dari segi perguruan di Malaysia, diharapakan banyaklah lagi kemudahan-kemudahan ataupun perkara-perkara kebajikan terhadap guru-guru, peluang-peluang naik pangkat kepada gur-guru rasa perlu diperbanyakkanlah lagi supaya lebih ramai, lebih 81 menarik profesion perguruan ini kepada masyarakat. Ok, sekian terima kasih. Estiqumah : Dengan berakhirnya soalan itu tadi, berakhirlah sudah sesi wawancara kita pada pagi ini. Kerjasama dan kesudian yang diberikan daripada Encik Deraman Bin Abdullah dalam (gangguan bunyi kertas soalan disusun) sesi wawancara ini diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada kami. En. Deraman : Ok, sama-sama. 82 LOG TEMUBUAL Time 0.44 Subject Tempat asal tokoh Nouns Chengal, Kampung Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. 0.54 Tempat tinggal tokoh Teluk Kapas, Rantau Panjang, Klang 0.71 Nama ibu dan bapa tokoh Abdullah Bin Jusoh dan Siti Minah Binti Che Lah. 2.22 Nama isteri tokoh Rosmah Binti Sulaiman 3.23 Nama anak-anak tokoh Ahmad Lukman, Ahmad Muhsin, Ahmad Bazli, Ahmad Zulkarnain dan Ahmad Muinuddin. 6.24 Pendidikan awal tokoh Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Kadok, Kota Bharu, Kelantan. 9.36 Pendidikan sekolah i.) menengah tokoh Sekolah Agama Madrasah Sa'adatul Qurabut ii.) Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh. 83 Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum Dan Pengajaran* oleh Prof. Madya Dr. Salleh Abd. Rashid Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah salleh@ums.edu.my ABSTRAK Guru merupakan agen perubahan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar di sekolah. Guru merupakan titian antara hasrat dan realiti. Guru bertindak berpandukan pukal kurikulum bersulam dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang. Tahap profesionalisme guru khususnya tahap pemikiran diri mempengaruhi 'bagaimana' guru memberi makna kepada kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Satu kajian temuduga terpimpin dan tinjauan pemerhatian dilakukan terhadap bakal guru dan guru dalam perkhidmatan di sebuah IPTA. Kajian bertujuan meninjau tahap profesionalisme keguruan responden dari empat aspek profesionalisme yang di kenal pasti. Tahap ini juga berhubung dengan kekangan dan peluang guru menterjemah kurikulum. Kajian mendapati tahap profesionalisme masih di tahap serdahan dan mencadangkan guru perlu dibekalkan dengan kefahaman tentang kurikulum dan pengajaran agar dapat memaksimakan pengajaran, mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap profesionlisme keguruan. Pengenalan Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar di sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum (subjek) itu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan amalan dalam pendidikan. Guru mendidik berpandukan pukal kurikulum bersulam dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dianuti. Kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh guru akan menjelaskan enviromen pendidikan dan 'bagaimana' guru memberi makna dan mengadaptasi kurikulum di sekolah kepada pelajar di sekolah. Tahap pemikiran guru akan menentu dan memainkan peranan penting yang konstruktif dalam pendidikan guru dan pelajar pada masa hadapan. Bertitik tolak daripada kenyataan ini, ternyata guru berperanan besar merealisasikan perlaksanaan kurikulum di sekolah. Sebagai seorang guru terdapat beberapa elemen penting profesionalisme keguruan yang memerlukan penghayatan melaksanakan kurikulum. Elemen-elemen ini boleh dikesan terjemahan daripada kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini disahkan lagi tertakluk kepada kekangan dan peluang yang tersedia semasa guru-guru ini berusaha menterjemah kurikulum di bilik darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu mempunyai secukupnya elemen dan aspek kefahaman tentang profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Ini bertujuan agar kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi memaksimakan pengajaran, mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sekaligus. Permasalahan Institusi 'melahirkan' guru telah membekal dan 'melambak' guru setiap tahun ke pasaran. Namun, adakah setiap guru yang dipasarkan itu benar-benar bersedia untuk mengharungi profesion ini. Profesion ini memerlukan tahap professional yang tinggi untuk seorang guru itu benar-benar berwibawa. Pencapaian di transkip akhir pengajian pendidikan belum boleh menjamin tahap profesional guru itu. Persoalan yang boleh dibangkitkan ialah sejauh mana guru-guru ini atau guru yang sedia dilantik di sekolah benar-benar bertingkah laku dan berpemikiran professional? Tata laku 'sumbang' guru kerap dipaparkan di media massa. Profesion guru dikatakan amt 'tenat' dan guru sedang menghadapi tekanan tugas yang amat berat. Sering didedahkan dengan laporan tentang segelintir guru merokok, guru tidak cergas , guru tidur dalam kelas, guru selalu datang lewat ke sekolah dan guru mengajar sekadar melepas batuk di tangga. Keupayaan guru mengajar diragui. Lebih merisaukan kedapatan laporan sekolah yang mempersoalkan kewibawaan guru-guru pelatih sewaktu menjalani Praktikum atau Latihan Mengajar di sekolah. Juga kedapatan guru-guru yang merungut diminta mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen pengajian diri. Pelajarpelajar yang mengambil program pendidikan di IPTA, khususnya juga dipersoalkan kemurniaan niat dan cita-cita kerjaya diri. Adakah pelajar menjadi pendidik sebagai pilihan terakhir kelayakan yang ada atau menyahut kemerunduman ekonomi semasa? Timbul semacam sewaku kekalutan terhadap profesion ini ketika ini. Adakah profesion keguruan ini sedang menghadapi 'krisis identiti' profesionalisme dan semakin terhakis kepercayaan masyarakat terhadap profesion ini? Guru bertindak sebagai penyebar kurikulum. Kurikulum merupakan nadi utama pendidikan. Kurikulum merangkumi pelbagai aktiviti dilaksanakan di sekolah bertujuan mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Dalam konteks Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengariskan aspek penting membimbing pembelajaran pelajar ke arah memaksimakan potensi diri masing-masing. Kurikulum juga dilihat sebagai hasrat, pelan atau preskripsi mengenai 'apa' diingini berlaku di sekolah. Dalam bentuk pemahaman yang mudah kurikulum menghubungkan antara hasrat dengan relaiti. Faktor utama yang menjadi penentu kepada penyebaran kurikulum ialah ideologi atau pengetahuan penyebar [guru]. Ideologi boleh difahami sebagai premis nilai tentang perkara-perkara yang membawa kepada penggubalan pendidikan. Ini mencerminkan tentang perkara yang bernilai atau bermanfaat dipelajari pelajar di sekolah. Dua konsep penting berkait dengan ideologi ialah nilai dan kepercayaan. Urutan daripada ini ialah bagamana guru menyebarkan kurikulum yang dihasratkan ini bersulam dengan ideologi [nilai dan kepercayaan]yang tersedia dalam pemikiran para guru itu sendiri. Kepercayaan diri guru merupakan satu set tingkah laku yang merancang dan memandu jenis-jenis tingkah laku guru, sebab tingkah laku mengesahkan kepercayaan diri. Maka, pegangan kepercayaan [dan nilai] guru mempengaruhi pengajaran guru berdasarkan pemikiran yang difikirkan memberi manfaat kepada pelajar. Orientasi nilai kepercayaan ini mempengaruhi pengajaran untuk pelajar di bilik darjah guru berkenaan. Akhirnya, sikap guru terhadap kurikulum dan pengajaran menentukan kejayaan atau kegagalan penyebaran kurikulum. Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada kurikulum dianjurkan terlaksana. Guru perlu mempunyai lokus kawalan diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran. Guru ini akan berinisiatif tinggi dan berperanan sebagai 'pengusaha' terbaik menterjemahkan pengajaran menyebar kurikulum. Terdapat tiga jenis kurikulum; kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang beroperasi dan kurikulum yang dipelajari. Kurikulum dihasratkan bersifat ideologi, kurikulum beroperasi mencakupi pengetahuan kemahiran dan nilai yang disusun dan dilaksanakan oleh guru di bilik darjah. Manakala, kurikulum yang dipelajari ialah perkara yang telah diperolehi pelajar hasil kurikulum beroperasi. Ternyata kurikulum yang beroperasi sangat berpengaruh dan guru yang diberi mandat bertindak sebagai 'jurutera' membentuk pemikiran pelajar hasil pancaran pemikiran professional guru itu sendiri. Persoalannya, sejauh mana tahap profesionalisme pemikiran guru mengoperasikan kurikulum? Metod Kertas kerja ini disediakan berdasarkan soalan-soalan temuduga terpimpin yang dikemukakan kepada sekumpulan 46 orang pelajar yang sedang mengikuti program sarjana muda pendidikan di salah sebuah IPTA tempatan. Semua pelajar berada di semester akhir pengajian masing-masing. Sebelas orang pelajar adalah pelajar lulusan STPM atau setaraf dengannya dan selebihnya ialah pelajar rancangan pendidikan guru dalam perkhidmatan yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama. Guru-guru dalam perkhidmatan memberi respon masing-masing terhadap soalan yang diberikan berdasarkan pengalaman diri sebagai guru bukan siswazah dan sebagai pelajar IPTA, manakala responden lain memberi respon berdasarkan pengalaman diri sebagai pelajar baik sama ada di sekolah, kolej atau di IPTA berkenaan. Setiap pelajar ditemuduga secara berasingan selama 2 0 - 3 0 minit daripada jadual yang disusun khas. Tiada sebarang rakaman audio dilakukan. Setiap respon pelajar dicatat dan dikategorikan. Hasil daripada temuduga itu, kandungan dikelompok kepada beberapa kategori kecil. Kategori-kategori kecil ini dikenal pasti dan dikelompok kepada beberapa kategori besar mewakili kategori kecil ini. Akhirnya kesemua respon ini boleh dikelompokkan kepada 4 elemen profesionalisme profesion yang besar. Empat elemen profesionalisme profesion kajian yang dikenal pasti adalah; i. persediaan profesional ii. sikap profesional iii. pembangunan kerjaya profesional iv. pemikiran professional Sementara itu, pemerhatian dilaksanakan semasa sesi pembentangan makro pelajar. Setiap sesi melibatkan dua orang pelajar. Pelajar dipasangkan secara rawak. Setiap pasangan diberi tajuk pembentangan yang mengambil masa 20 minit setiap sesi. Pemungutan data bagi sesi ini dilaksanakan oleh penyelidik berdasarkan senarai 4 kategori yang disediakan. Sesi pemerhatian tertumpu kepada mengidentifikasi aspek terjemahan kurikulum guru sewaktu pembentangan. Berikut dilaporkan dapatan kajian. Fokus utama kajian ialah mentaksir permikiran profesional guru atau responden kajian sewaktu sesi pembentangan itu berlangsung. Dapatan kajian telah didigeskan bagi memudahkan perbincangan dilaksanakan. Pemikiran dan Profesionalisme Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui perlakuan seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Merujuk kepada permasalahan yang dibangkitkan maka, ini bermakna pemikiran guru merupakan faktor penting menentukan variasi pendidikan. Pemikiran ini sangat berpengaruh dalam enviromen pembelajaran yang dicipta oleh guru. Hal ini melibatkan 'bagaimana' guru mengumpul, mengorganisasi, menginterpretasi dan menilai maklumat sebelum disebarkan. Semasa aktiviti ini, kraf seorang guru, pengetahuan professional, kemahiran 'in-action' dan refleksi banyak digunakan. Aktiviti ini merupakan resipi terpenting peranan guru menentukan 'apa' yang difikir guru dengan 'apa' yang dilaksanakan serta memahami penenrimaan dan penolakan kurikulum terhadap pelajar. Pengukuran tentang pemikiran guru ini boleh dikesan hasil interaksi tiga perlakuan utama yang saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain, iaitu tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan pencapaian pelajar. Janet, (2003) menyarankan kepentingan melahirkan tenaga kerja yang mempunyai keupayaan pemikiran yang kritikal dan bereflektif tinggi. Saranan ini dapat melahirkan ahli professional yang bebas dari kokongan dan cara 'tradisi' mengidentifikasi dan menyelesaikan masalah (di bilik darjah). Beliau menambah bahawa dua komponen penting pemikiran diri ialah keupayaan untuk membezakan antara membuat 'conscious reflection' dengan 'recognition of conflicting values'. Secara mudah dapat membuat refleksi yang adil dan seimbang tanpa mengutamakan kepentingan pemikiran diri. Pemikiran guru akan menentukan sejauh mana kurikulum yang dihasratlkan terlaksana. Hal ini berkaitan dengan kepecayaan, pemikiran, pertimbangan, pengetahuan dan keputusan guru. Dalam perkara ini, 'bagaimana' guru memikirkan kurikulum dan pelabagai interaksi yang berlaku dalam proses perlaksanaan kurikulum akan menjelaskan jurang yang wujud antara ekspektasi guru terhadap pelajar dan amalan pengajaran sebenar. Memahami pemikiran guru juga bermakna mengetahui bahawa 'apa' yang dibuat guru dipengaruhi pemikiran guru itu sendiri. Kefahaman tentang pemikiran guru ini juga meningkatkan kefahaman tentang penenrimaan dan penolakan guru terhadap sesuatu inovasi dan menggambarkan kesediaan guru untuk menerima dan mengadaptasi kurikulum dalam persekitaran pendidikan yang wujud disekitar guru. Sekaligus tahap profesionalime guru boleh dibaiki dan ditingkatkan. Dapatan a. Kesedaran tentang perubahan dan amalan pedagogi yang tidak dirancang teliti tetapi sebaliknya hanya berdasarkan pemahaman konsepsi guru semata-mata amatlah 'merbahaya' dan kerap menerima kegagalan atau penerimaan yang 'songsang' oleh penerima. Maka, penyebaran kurikulum melalui pemikiran guru harus cuba menghampiri kontekstual keperluan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengwujudkan hasrat pradigma progresif khususnya meliputi 'apa' yang dihasratkan dengan ruang litup pemikiran guru tentang pendidikan, konsepsi teori dan amalan, organisasi sekolah dan peranan guru dan sekolah dengan masyarakat. b. Guru berpengalaman tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang kandungan pelajaran dan guru baru pula mempunyai pedagogi yang terbatas bagi menentukan keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Pengetahuan yang kukuh akan dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik konsep dan proses menimba ilmu bagai sesuatu subjek di sekolah jika di sulam dengan pedagogi terbaik dan terpilih. Maka, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah i. pengetahuan isi kandungan ii. pegetahuan pedagogi am iii. pengetahuan kurikulum iv. pengetahuan konten pedagogi v. pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri vi. pengetahuan konteks penting vii. pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan. c. Guru memiliki pengetahuan professional yang serdahana bagi melaksanakan tugas sebagai guru dengan jayanya. Pengetahuan professional ini perlu bagi memandu pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan keputusan tentang pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan fenomena bilik darjah. d. Guru tidak memiliki 'kraf yang memadai sebagai seorang guru. Kraf adalah sesuatu yang unik dan dimiliki sebagai kemahiran atau pengetahuan individu itu. Kraf juga boleh difahami sebagai kemahiran praktikal kreativiti guru. Kraf terbina hasil kebijaksanaan guru menggunakan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman melaksanakan penyebaran kurikulum yang dihasratkan. Secara mudah kraf adalah hasil interaksi antara pengetahuan professional dengan pengetahuan peribadi seorang guru. e. Guru sebagai ahli professional yang 'conformist' iaitu yang lebih mudah berperanan sebagai penerus tradisi daripada bersifat kreatif atau innovatif. Tambahan pula dunia guru tidak memberi peluang yang banyak kepada penerimaan terhadap perubahan. f. Guru bersifat seperti pembina yang menurut spesifikasi yang ditetapkan bukan sebagai seorang yang boleh mengubah suai dan pencipta baru. Guru perlu bertindak sebagai pembina yang membina insan pelajar bukan robot matrix yang taat dan setia tanpa pemikiran. Hal ini berhubungan dengan kompleksiti bilik darjah yang mengakibatkan guru perlu kepada konsep 'survival' untuk meneruskan aktiviti pengajaan dan pembelajaran di bilik darjah. Survival bermaksud guru perlu meneruskan 'apa' yang diketahui dan dapat dilaksanakan dengan apa yang dihasratkan. Kepuasan tidak semestinya diperoleh dengan ketepatan menepati apa yang dihasratkan. Persepsi dan survival guru akan terlihat sewaktu penyebaran kurikulum dilaksanakan. g. Penerimaan terhadap sesuatu kurikulum itu bukan suatu isu, yang lebih penting ialah pelaksanaannya. Bagi memastikan perlaksaaannya berkesan, guru perlu mengenal pasti kekangan dan peluang yang wujud bagi dimanipulasikan sebaiknya mencapai hasrat kurilum itu sendiri. Pengecaman ini bermula pada peringkat bilik darjah lagi seperti ruang, peralatan, sais kumpulan pelajar yang diajar, pembahagian pelajar kepada aliran, kuantiti dan sumber diperolehi, masa pengajaran dan peperiksaan mampu membentuk rangka kekangan dan peluang bagi guru membuat keputusan. Keputusan yang perlu dibuat khususnya tentang kandungan pelajaran, kaedah, organisasi kelas, penggunaan masa, peranan setiap pelajar, kumpulan dan susunan fizikal kelas. Seterusnya faktor fizikal seperti bangunan, kemudahan dan peralatan, keadaaan social dan psikologikal lokasi pengajaran. h. Batasan dan limitasi diri meliputi keupayaan, latihan dan tingkah laku. Jika perlu, hal yang melibatkan polisi pendidikan secara am dan paling kritikal aspek pelanggan seperti latar belakang, umur, sikap dan keupayaan dan juga perhatian perlu untuk memaksimakan peluang dan mengurangkan kekangan. i. Terdapat tiga masalah utama mengukur pemikiran professional guru. Pertamanya guru tidak sedar akan pemikiran dan kepercayaan diri. Kedua guru tidak melafazkan pemikiran tersebut dan kekurangan kosa kata mendeskripsikan pemikiran tersebut. Akhirnya, guru menolak kepercayaan yang tidak popular atau mempunyai konotasi yang negatif. j. Guru berpengalaman dapat mengidentifikasi, meninterpretasi dan menganalisis corak-corak peristiwa di bilik darjah dengan pengetahuan prosedur. Guru baru tidak sedar perkara ini dan tertakluk kepada pengetahuan 'declarative' menyelesaikan masalah bilik darjah. Guru baru bertindak dalam cerminan diri sebagai pelajar. Epilogue Ringkasnya, semua catatan ini meliputi aspek-aspek terpenting merangkumi kurikulum, pengajaran, enviromen bilik darjah dan organisasi. Kurikulum yang 'rigid' menghadkan penyebaran. Guru yang tiada 'kraf menyukarkan perlaksanaan kurikulum kerana terlalu 'patuh' kepada peraturan yang menyekat kreativiti dan inovasi. Enviromen bilik darjah sebagai kekangan rutin guru dan kelansungan kepada oragnisasi dan pentadbir. Maka, isu terpenting ialah pemikiran professional guru itu harus didasari dengan tuntutan kehendak, tututan tugas, dan persepsi tugas guru terhadap tugas tersebut. Persepsi ini menjadi dasar kepada penerimaan atau penolakan terhadap kurikulum. Guru harus menganggap diri sebagai agen yang aktif dalam perkembangan professional diri. Guru mampu membuat keputusan berdasarkan pengetahuan yang memimpin tingkah laku dalam sesuatu situasi. Guru melihat diri sebagai autonomous dan menganggap pengajaran sebagai bernilai, kompleks dan satu profesion yang mempunyai tuntutan yang tinggi. Guru harus dapat memokus pemikiran kepada pengajaran yang telah dirancang [termasuk semua prosedur pengajaran] dan bertindak merubah keputusan apabila rutin 'diganggu' atau pelajar tidak menunjukkan respon yang sesuai. Guru yang baik amalan pemikiran profesionalnya mempunyai 'praktis intuitif dan konsep 'bertindak dan refleksi berkadar keadaan' menghadapi kemungkinan bilik darjah yang sentiasa berubah. Pemikiran professional guru harus mempunyai konstruk tersendiri terhadap tugas dengan kesedaran bahawa guru mempunyai variasi yang mendasari pemilihan tindakan masing-masing. Kajian ringkas ini menyimpulkan bahawa pemikiran guru terhadap kurikulum dan pengajaran sangat kompleks dan pengetahuan 'apa' yang diketahui guru dengan 'bagaimana' dan refleksi pemikiran guru sangat kritikal melaksanakan kurikulum yang dihasratkan. Namun, guru yang professional sentiasa memikirkan minat dan kepentingan klien guru, pelajar di sekolah. Dicadangkan guru diberi pengupayaan dengan keistimewaan dan status. Guru-guru yang telah menjalani satu tempoh latihan yang mencukupi, memperoleh ilmu pengetahuan yang mencukupi dan berdedikasi melaksanakan tugas patut menyedari tuntutan profesional profesion ini. Guru harus sedar akan perubahan peranan, keadaan yang memerlukan reformasi dan etika komuniti dalam masyarakat kontemporari. Guru yang dapat membawa diri ke tahap professional, kemungkinan besar menikmati tahap kejayaan yang lebih baik dan hasrat profesion akan lebih tersusun dan teratur. Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebabmusabab melaksanakan tugas ini. Ternyata pemikiran professional guru merupakan terjemahan konstruk profesionalisme masing-masing. Konstruk pemikiran diri terhadap diri, rakan sejawat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kandungan pengetahuan dan enviromen persekolahan menjelaskan sejauh mana falsafah peribadi profesionalisme guru. Pancarkan ketokohan profesionlisme guru. Rujukan Claderhead, J. (1987). (Ed). Exploring Teachers' Thinking. London, Casell. Janet, P. & Jerome, Q. (2003). Contemporary Sp Management. Champaign, Human Kinetics. Kagan, DM & Tippins, DJ. (1991). How teachers' classroom express their pedagogical beliefs. Journal of Teacher Education. 42 (4), 281-291. Page 1 of 2 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama Oleh Dato' Dr. Haji Abdul Malek Md. Hanafiah (Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pendidikan Negeri Perak) PROFESION perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Malahan profesion perguruan merupakan profesion yang paling utama di dalam proses hidup manusia kerana ia membabitkan proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat. Dalam Islam, proses penyerapan ilmu adalah sesuatu yang wajib yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada kita melalui ayat AlQuran surah Al-Iqra' iaitu ayat yang pertama sekali diturunkan kepada Rasullullah. Oleh kerana profesion perguruan tersangat penting dalam proses pembangunan manusia dan negara, maka ianya adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk menjaga, melindungi dan meningkatkan martabat profesion ini agar integriti dan autoritinya sentiasa terpelihara, diyakini dan dihormati. Institusi di dalam profesion ini juga harus mempunyai 'substance' dan Pelbagai langkah boleh dimainkan di dalam pakatan bijak ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dari segi kerajaan di samping peningkatan di dalam kandungan kursus-kursus pedagogi, pengurusan dan psikologi yang diberikan kepada guru-guru melalui Maktab Perguruan, Institut Latihan Aminuddin Baki dan kursus-kursus di dalam perkhidmatan kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan haruslah memperkukuh dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru untuk memastikan mereka sentiasa bertugas dengan betul, berdedikasi dan tidak menyeleweng dari tanggungjawab yang diamanahkan. Tanpa sistem pengawasan yang baik dan berkesan segala kebaikan di dalam ilmu-ilmu profesion perguruan akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, peranan kerajaan (Kementerian Pendidikan) haruslah bersifat formal, rigid dan tegas supaya profesion perguruan ini dapat dimartabatkan sepanjang masa. Anggota-anggota masyarakat pula, khususnya institusi-institusi seperti PIBG, JKKK, Jawatankuasa Masjid dan Surau, RELA harus juga sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah, guru-guru dan mengambil tahu proses pendidikan disekolah- sekolah kawasan masing-masing secara tidak langsung. Guru lebih menumpukan perhatian kepada pendidikan formal di sekolah. Guru hanya bertumpu kepada lebih kurang 6 jam sehari. Bakinya lebih kurang 18 jam adalah ditangan keluarga dan masyarakat. Anggotaanggota masyarakat haruslah memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan file://G:\Nk Print\memartabatkan profesion guru.htm Akhir sekali, warga guru sentiasa berusaha I mempertingkatkan kemar masing-masing di dalam bidang ilmu. Guru-guru ha membaca, meningkatka pengetahuan di dalam p am lebih-lebih lagi di da pengkhususan masing-ma guru juga harus pendekatan dan kaedah-ka di dalam proses penyam supaya cara pengajaran sentiasa berubah da 'stereotype'. Guru juga harus kembali k perguruan yang dipelajari dalam latihan perguruan a sentiasa bekerja dan tanggungjawab dengan amanah dan ikhlas. profesion perguruan seba profesion yang penting dar segi agama dan negara. Tanggungjawab cintakan haruslah diamalkan b sungguh oleh warga g memudahkan mereka r semangat tersebut kepada masing-masing. Kesungguh untuk menjaga kepentinga perguruan telah dilakukan masa sejak kita merdeka yang lalu. Beberapa laporan dan S telah diwujudkan ke arah n perkhidmatan perguru termasuklah Laporan Pelaj Razak, Laporan Abdul Rah Suruhanjaya Gaji Aziz da Kabinet. Peruntukan untuk dan perguruan sejak Malaysia Pertama hinggal Rancangan Malaysia Kela bertambah berpuluh kali ga 1/13/2004 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama 'content' agar peranannya untuk menjana proses penyerapan dan pembinaan ilmu di dalam masyarakat dapat diperkukuhkan sepanjang masa. Dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan ini, suatu pendekatan yang bersepadu dan pelbagai dimensi haruslah diamalkan. Kedua-dua pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak di dalam masyarakat. Bukan sahaja usaha berpanjangan dari kerajaan tetapi juga sokongan dari masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta hams ada suatu pakatan bijak smart partnership) agar tanggungjawab meningkatkan kecemerlangan pendidikan ini dianggap sebagai tanggungjawab bersama. Kenapakah dikatakan ianya sebagai tanggungjawab bersama? Ini adalah kerana anak-anak yang akan dikendali atau diajarkan oleh para guru di sekolah-sekolah adalah anak kita semua. Walaupun para guru dipertanggungjawabkan di dalam proses pendidikan formal di sekolah-sekolah tetapi sekiranya kita sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat mengambil sikap tidak ambil peduli maka akhirnya kita juga akan mengalami kerugian, mungkin ianya akan menjadi suatu penyesalan sepanjang hayat. sekolah-sekolah. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PEMADAM dan pertubuhan-pertubuhan belia seperti GPMS, 4B, MAYC, Belia Bimbingan, ABIM, Tamil Bell dan Iain-Iain boleh juga menyumbang ke arah memartabatkan profesion perguruan melalui aktiviti-aktiviti penerangan di kalangan ahli-ahlinya yang juga terdiri sebahagian besarnya dari kalangan guru-guru muda. Aktiviti-aktiviti kepimpinan, pembinaan semangat, motivasi, gotong-royong adalah antara aktiviti-aktiviti yang positif ke arah mencapai matlamat tersebut. Page 2 of 2 Peluang-peluang kenaikan telah diperbanyakkan pengwujudan jawatan-jawa Penolong Kanan Pentad Ehwal Murid, Kokurikulum, pengetua pakar yang k adalah untuk memartabatka perguruan. Maka bersempena dengan Hari Guru pada 16 Mei 2003 disambut di Negeri Mel diharapkan semua pihak bekerjasama, eratkan perp sayangkan negara agar perguruan ini akan sepanjang masa. Pihak swasta juga harus menjalankan aktiviti-aktiviti membantu kegiatan sekolah dan guru-guru di dalam proses pembinaan ilmu ini. Pihak swasta adalah dianjurkan memulakan program 'Mesra Pekerja' dengan mewujudkan pusat-pusat penjagaan anak dan taman didikan ditempat-tempat yang berhampiran dengan kawasan industri masing-masing. Pihak swasta juga boleh mengambil sekolah-sekolah berdekatan sebagai sekolah angkat mereka dan menyediakan peruntukan untuk membantu program-program kecemerlangan di sekolah-sekolah angkat tersebut. Dengan cara ini profesion perguruan akan lebih kukuh dan meyakinkan. file://G:\Nk Print\memartabatkan profesion guru.htm 1/13/2004 PERUTUSAN KHAS HARI GURU 2007 YB. DATO' SRI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera 1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayah- Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru yang Ke-36 pada tahun ini. Sebagai seorang guru dan sekaligus sebagai rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana saban tahun kita tidak pernah gagal untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini. Setiap tahun juga, sambutan diadakan secara besar-besaran di semua peringkat, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, disertai oleh kepimpinan Negara dan lebih istimewa lagi, kita dapat meraikannya dengan penuh meriah dan gembira dalam suasana aman dan damai. Inilah nikmat perpaduan dan kesejahteraan yang perlu sentiasa kita syukuri sebagai sebuah bangsa yang merdeka. 2. Pada tahun 2007 ini, sambutan Hah Guru menjadi lebih istimewa dan lebih bermakna. Ini adalah kerana tahun ini juga negara kita yang tercinta mencapai usia 50 tahun kemerdekaan. Sudah pasti sambutan Hah Guru tahun ini diraikan dengan semangat dan bahang kehangatan Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan yang sememangnya sudah mula dirasai. Sudah tentu juga Sambutan Hah Guru yang disambut bersama Sambutan Jubli Perak Kemerdekaan Negara ini mempunyai nilai dan makna yang tersendiri buat setiap daripada kita. Namun hakikatnya, persamaan yang tidak boleh dileraikan adalah identiti kita sebagai bangsa Malaysia yang seharusnya berasa bangga dengan kemakmuran dan kemajuan negara yang telah sama-sama kita bina selama ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 3. Setiap daripada kita mempunyai pandangan tersendiri sejauh mana perjalanan kita sepanjang tempoh 50 tahun ini; sesetengah pihak menganggap jangka masa itu secara relatifnya amat panjang dan seharusnya kita telah mencapai kemajuan lebih jauh daripada apa 2 yang ada di depan mata pada hari ini. Ada pula yang melihat tempoh itu amat singkat untuk kita membina sebuah Negara baru jika dibandingkan dengan dengan jangka waktu ratusan tahun kita dijajah. Walau apa sekalipun kesimpulan yang dibuat, kita tidak boleh hanya menoleh ke belakang kerana apa yang lebih penting adalah langkah-langkah kita ke hadapan untuk membina masa depan negara tercinta ini. 4. Kita perlu bersyukur kerana prestasi kemajuan kita berada pada tahap yang membanggakan berbanding Negara-negara lain yang seusia dan seangkatan dengan Negara Malaysia. Pada masa yang sama, kita tidak patut berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Kita seharusnya sedar dan insaf bahawa perjuangan ini masih jauh dan tuntutan serta cabaran masa depan jauh lebih getir dan mencabar. Kesedaran dan keinsafan tersebut perlu diterjemahkan dengan kesungguhan untuk terus bersatu dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat bersama - membina sebuah Negara Malaysia yang maju menurut acuannya sendiri. 3 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 5. Perjuangan kita dalam bidang pendidikan bermula lebih awal dari tarikh keramat kemerdekaan Negara. Kita terharu kerana jasa guru-guru lama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi fakta penting dalam lipatan sejarah tanahair. Kita bangga kerana sumbangan para guru dalam perjuangan mengisi kemerdekaan mendapat pengiktirafan tinggi dan pengorbanan itu menjadi sebahagian daripada sejarah pembangunan negara yang telah dan sedang dicipta. 6. Sesungguhnya, profesion keguruan yang amat murni ini tidak pernah gagal menyumbang khidmat dan baktinya. Sebagai ahli kepada keluarga besar warga pendidik, setiap daripada kita yang bergelar guru pada hari ini perlu bermuhasabah diri, menilai apakah tahap komitmen kita dalam melaksanakan tanggungjawab, sejauh mana iltizam kita dalam menjunjung imej dan kedudukan profesion ini, dan seterusnya adakah sumbangan kita memadai untuk menjadi sebahagian daripada sejarah yang sedang dan akan dicipta oleh profesion keguruan pada era ini. 4 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 7. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan, telah banyak kemajuan yang kita capai dalam bidang pendidikan. Pencapaian ini mendapat pengiktirafan sama ada di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. Selain dari kejayaan pelajar-pelajar kita dalam pelbagai kajian dan pertandingan berorientasikan akademik dan ko-kurikulum di luar Negara, kurikulum yang kita guna pakai di sekolah pada hah ini telah dijadikan panduan bagi pembangunan pendidikan Negara-negara lain. Dalam lawatan rasmi saya ke Ibu Pejabat UNESCO di Paris pada bulan April 2007 yang lalu, saya sendiri terkejut bila dimaklumkan bahawa program PPSMI kita telah menjadi bahan kajian dan model untuk pembangunann kurikulum beberapa negara di bawah kelolaan UNESCO. Sistem Pendidikan Islam kita pula telah diguna pakai sebagai kurikulum subjek Pengajian Islam di Negara Afghanistan. Saya sedar semua ini tidak akan berlaku tanpa sumbangan, pengorbanan dan kerja keras guru-guru saya di semua peringkat. 5 8. Saya amat berharap komitmen dan iltizam yang ditunjukkan oleh para guru selama ini dapat diteruskan dan ditingkatkan. Agenda kita untuk membangunkan Negara ke tahap yang lebih tinggi bergantung kepada modal insan yang lahir daripada sistem pendidikan Negara. Sesungguhnya, kerajaan dan seluruh anggota masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada kita untuk memastikan anak-anak bangsa dididik sehabis baik untuk menyediakan generasi masa depan yang akan memimpin Negara menuju kegemilangan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 9. Peredaran masa membawa bersama pelbagai tuntutan dan cabaran baru. Sistem pendidikan kita perlu sentiasa dipastikan bukan sahaja memenuhi tuntutan zaman malah hams mempunyai keupayaan untuk mendepani cabaran masa depan. Atas kesedaran itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis 6 sekolah, lokasi dan kaum. Pelan ini adalah pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu dan digubal berpandukan matlamat dan teras kerangka besar Misi Nasional dan Wawasan 2020. 10. Dalam tempoh yang hanya tingal lebih kurang 3 tahun setengah untuk kita memastikan segala agenda dan program yang digariskan dalam PIPP mencapai matlamatnya, agak mustahil untuk saya turun sendiri berjumpa semua guru-guru untuk memberikan penerangan berhubung pelan ini. Saya pasti bengkel dan siri penerangan sedang berlangsung di pelbagai peringkat. Mengambil kira inilah Perutusan Hah Guru saya yang pertama sejak PIPP dilancarkan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan huraian serba ringkas. Ini adalah kerana sebagai penggerak di barisan hadapan, para guru perlu mempunyai kefahaman yang sewajarnya untuk memastikan pelan ini dapat digerakkan dengan berkesan. 7 11. Secara ringkasnya, terdapat 2 pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan pelan induk ini, iaitu; o Pertamanya; untuk menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan lima tahun sebelum ini iaitu memastikan akses kepada pendidikan dan menyama ratakan medan persaingan di kalangan pelajar, dan o Keduanya; untuk berusaha melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan institusi yang telah bersedia ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi agar dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia. 8 12. Dua pendekatan ini akan dijadikan kerangka besar bagi melaksanakan 6 teras strategik yang telah dikenal pasti, iaitu; 1. Teras Pertama - Membina Negara Bangsa 2. Teras Kedua - Membangunkan Modal Insan 3. Teras Ketiga - Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 4. Teras Keempat - Merapatkan Jurang Pendidikan 5. Teras Kelima - Memartabatkan Profesion Keguruan 6. Teras Keenam - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan 13. Dalam Teras Pertama, iaitu Membina Negara Bangsa, fokus akan diberikan untuk membina sebuah Negara Bangsa Malaysia yang bersatu padu, bersikap patriotik, berbangga dengan identiti nasional, mencintai dan menghargai seni warisan bangsa, serta memahami inti pati dan kehendak pendekatan Islam Hadhari, dan bagi umat Islam untuk mereka mempraktikkan pendekatannya di dalam kehidupan seharian mereka. 9 14. Dalam Teras Kedua, iaitu Membangunkan Modal Insan, fokus akan diberikan untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilainilai murni seterusnya memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar. 15. Dalam Teras Ketiga, iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, fokus akan diberikan kepada usaha untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan, yang merupakan sekolah aliran perdana, kekal sebagai pilihan utama masyarakat agar perpaduan kaum dapat disemai sejak peringkat awal persekolahan tanpa perlu menyekat dan menghalang kewujudan sekolahsekolah aliran lain. 16. Dalam Teras Keempat, iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan, fokus akan diberikan untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosio-ekonomi dan tahap keupayaan pelajar agar semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. YAB. 10 17. Dalam Teras Kelima, iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan, fokus akan diberikan untuk menghasilkan guru yang berkualiti, kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan, dengan memenuhi sebahagian besar keperluan intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru. 18. Dalam teras terakhir, Teras Keenam, iaitu Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan, fokus akan diberikan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan mengikut kelompok sekolah agar, melalui perhatian dan pendekatan yang lebih khusus, sekolah-sekolah ini dapat menjadi penanda aras dan showcase tentang kejayaan sistem pendidikan kita kepada masyarakat antarabangsa. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 19. Setelah 4 bulan dilancarkan dan setelah setahun 4 bulan gerak kerja dimulakan, saya berpuas hati dengan perkembangan dan pencapaian kita sehinga ke hah ini. Banyak faktor 11 yang mendasari keberkesanan pelaksanaan PIPP setakat ini, namun secara peribadi saya melihat kesungguhan dan komitmen para pegawai dan guru-guru saya merupakan teras kepada kejayaan awal ini. Terima kasih cikgu, terima kasih kepada semua warga pendidik yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung melaksanakan pelan ini. 20. Kita akan dapat menilai prestasi sebenar kita dalam tempoh tersebut melalui report card pertama yang akan siap disediakan pada penghujung bulan Jun 2007 depan. Namun sebelum itu, marilah kita bersama-sama memastikan Sambutan Hari Guru pada tahun ini berlangsung dengan meriah. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 21. Pada tahun ini, selain dari Sambutan Hari Guru, KPM telah menetapkan bulan Mei sebagai 'Bulan Guru' setelah berakhirnya bulan April yang merupakan 'Bulan ICT'. Ini bermakna pada bulan ini, KPM juga akan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan strategi 12 dan fokus yang telah digariskan untuk Teras Ke-5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan. 22. Setakat ini, beberapa pengumuman telah dibuat yang berhubung kait dengan para guru sekalian. la merupakan sebahagian daripada perancangan dan pembaharuan yang kita laksanakan dalam menggerakkan agenda kita untuk meningkatkan kualiti guru, memantapkan kerjaya guru dan menambah baik kebajikan guru. Sebahagian daripada inisiatif dan pendekatan baru yang kita laksanakan tersebut telah diperjuangkan dan diharapkan sekian lama oleh guru-guru sehingga ada yang mencecah 30 tahun. Sebahagian daripada insentif dan skim baru yang diperkenalkan adalah unik dan hanya dinikmati oleh para guru sahaja. Semua ini adalah tanda pengiktirafan dan "Terima Kasih" kerajaan terhadap jasa dan sumbangan guru-guru selama ini. 13 23. Akhir kata, semoga khidmat bakti para guru sekalian diberkati dan diberi pembalasan yang seadil-adilnya daripada Allah SWT. Bersempena dengan Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara, tidak ada perkataan yang lebih wajar dan bermakna untuk diucapkan selain ucapan ikhlas daripada saya, Selamat Hari Guru dan "Terima Kasih Cikgu". Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamu 'alaikum Wrt. Wbt. 14 SELAMAT HARI GURU 2 0 0 5 GURU BERKUALITI PEMANGKIN KEGEMILANGAN' Ucapan Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah MARA Bismillahirrahmanirrahim Tidak dinafikan, tingkah laku sebahagian kecil pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah sedikit sebanyak telah menjejaskan salam sejahtera tumpuan guru dalam memberikan yang terbaik Para pendidik MARA yang dikasihi, kepada pelajar keseluruhannya. Hal ini juga menjejaskan imej sekolah dan kepimpinan setiap Bersyukur kita ke hadrat peringkat hinggalah ke ibu pejabat. Pihak saya Allah s.w.t. kerana dengan memandang serius trend sebegini dan limpah kurnia-Nya, dapat mengharapkan kerjasama semua pihak supaya kita bersama-sama sekali gejala negatif sebegini tidak terus menular. lagi menyambut dan meraikan Hari Guru pada Tanggungjawab guru pada abad ke-21 ini lebih hari ini. Tanggal 16 Mei sangat bermakna bukan mencabar berbanding guru pada dekad sahaja kepada warga pendidik, malahan kepada sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, masyarakat keseluruhannya. Pada hari ini, kita akan liberalisasi dan perkembangan ICT menuntut bersama-sama merayakan hari yang amat istimewa semua insan yang bergelar guru terus gigih bagi setiap guru. Sambutan Hari Guru ini yang telah berusaha bagi menghasilkan anak didik yang dimulakan pada tahun 1972, membuktikan mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu pengiktirafan dan penghargaan berterusan terhadap bersaing pada peringkat tempatan dan global. pengorbanan dan komitmen warga pendidik dalam Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk menggembleng tenaga membentuk anak-anak merealisasikan aspirasi ini menerusi bangsa kita untuk menjadi manusia yang berguna pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya kepada agama, bangsa dan negara. yang memberi teladan dan integriti keperibadiannya. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi semua Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru yang berjaya meletakkan MRSM sebagai guru bukan sahaja mengajar subjek yang mereka institusi cemerlang dalam peperiksaan utama negara ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda iaitu PMR dan SPM bagi tahun 2004, dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan negara 'Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan' sekali adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai lagi dipilih sebagai tema Hari Guru pada tahun ini. oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru Tema ini jelas membuktikan betapa pentingnya sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda aspek kualiti untuk mencapai kegemilangan. Oleh adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan itu, pengurusan kualiti dalam pendidikan hendaklah negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan diberi perhatian yang serius oleh para pendidik kita. teknologi masa kini. Tahap profesionalisme dan integriti para pendidik hendaklah dipertingkatkan lagi supaya profesion Khusus bagi guru-guru MRSM, pihak Kementerian guru atau pendidik akan terus dihormati dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi disenangi oleh masyarakat walaupun musim mengharapkan kita memainkan peranan berubah dan suasana bertukar. utama meningkatkan cirkiri keusahawanan dalam Assalamualaikum w.b.t. dan. kalangan pelajar masing-masing. Samasamalah kita menjayakan hasrat ini. Sempena sambutan Hari Guru pada hari ini, saya berharap agar guru-guru kita hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan bagi meningkatkan lagi pencapaian pendidikan dan seterusnya memartabatkan profesion keguruan. SELAMAT HARI GURU. Sekian, terima kasih. DATO'ZAMANI BIN MD.NOOR Page 2 Buletin BPL(M) UNITY By Ray A. Lingenfelter I dreamed I stood in a studio And watched two sculptors there The clay they used was a young child's mind And they fashioned it with care One was a teacher The tools she used were books, music & art; One was a parent With a guiding hand And gentle loving heart And when at last their work was done They were proud of what they had wrought For the things they had worked into the child Could never be sold or bought And each agreed she would have failed If she had worked alone For behind the parent stood the school And behind the teacher stood the home Jun 2/2005 Page 3 Buletin BPL(M) In this book the author provides an alternative approach to personal and professional leadership development. Twenty chapters of the book explore key issues to profound professional development through self-understanding and self-management. Issues at school level especially the individual leadership required, practical activities and evidence of best practices are included to enhance understanding. The book brings together a wide range of topics for education leaders: - Individual and personal learning, - Interpersonal and team development processes • Current concern such as knowledge management, the learning organization and the work-life balance. Chapter 7 focuses on Developing Creativity, Institution and Innovation in Schools. According to Higgins, 1995 if schools are innovative they demonstrate seven characteristics. 1) A stated and working strategy of innovation - staff should question the school's cultural norms. Questioning orthodoxy allows new understandings to emerge. The leader should visibly develop her/his creativity skills. 2) Forming team - which know they are required to question current assumptions and seek new solutions. 3) Rewarding creativity and innovation - schools traditionally reward responsibility or classroom performance. The achievement of explicit creativity goals for tasks, projects and whole-school issues should be rewarded. 4) Allowing mistakes - the Relative Advantage Principle of Creativity shows that people undertake creative actions if they expect them to confer advantages relative to alternative approaches. 5) Training in creativity - in - service training to develop skills in creative techniques. Those who have limiting beliefs in their creative capability are challenged. 6) Managing the organizational culture - so it is responsive to innovations. Ambiguity provides opportunities for new thinking but may lead to anxiety. Creativity is served by dispelling fears and engendering positive emotions. 7) Creating new opportunities proactively - not simply futures thinking, but creating the future. The school should concentrate their creative acts on the key evaluative domain focusing on the priorities of children and parents. Educational Leadership is a comprehensive resource and opportunity for all those concerned with educational leadership. a learning Jun 2/2005 Page 4 Buletin BPL(M) Jun 2 / 2 0 0 5 Page 1 of 12 Memperkasa Guru SebenarGuru Selamat Datang Ke Laman Guru Sebenar Guru Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang berakal apatah lagi yang sedikil ilmunya tapi langsung tidak berakal; itulah punca amal dan bual tidak mcnjadi bekal. MEMPERKASA GURU SEBENAR GURU KE SEKOLAH TIDAK JEMU MENGAJAR TIDAK LESU "The mediocre teacher tells, the good teacher explains. The superior teacher demonstrate. the great teacher inspires." ~ William A. Ward Keranamu Malaysia Pendahuluan Mempersiapkan generasi pelajar hari ini bagi menghadapi dan menangani cabarancabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi informasi abad ke-2l terletak di tangan dan dibahu seluruh kaum guru dan pendidik di pelbagai peringkat lebih-lebih lagi peringkat persekolahan rendah, amat memerlukan kesedaran yang tinggi bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Page 2 of 12 Memperkasa Guru Sebenar Guru setiap aspek profesionalisme keguruan ke suatu tahap yang tidak mungkin lag: dipertikai dan diperlekehkan oleh masyarakat dan negara,. Usaha terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan Standarc Tinggi Kualiti Pendidikan mulai tahun 2001 adalah manifestasi dan bukti kepada komitmen bagi menggerakkan semua pihak untuk mencapai kecemerlangan pendidikar negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu, sekali gus memartabatkan pendidikan yang bertaraf dunia. Oleh kerana sifat sesuatu yang baru itu sering dipandang serong dan diragui, maka begitu juga persepsi sebahagian golongan pendidikan dan pentadbir pendidikar sehinggakan wujud semacam 'desakan' bagi mempermudahkan dan pengubahsuaiar kepada instrumen Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualit Pendidikan ini, adalah suatu sikap yang kurang wajar dalam konteks kita hendak memartabatkan pendidikan dan profesion keguruan. Bagaimana Fenomena Pendidikan dan Pengurusan Sekolah masa kini? Hamzah Mohamed Mengenai Saya Sila ke Laman Latar Belakang Saya Klik Di Sini Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari." Menurut Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Jemaah Nazir Sekolah (2001) menyebut bahawa; "Orang ramai semakin kerap mempersoalkar kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepadc kewuibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapat kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dar negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebaga pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepadc pemajuan negara-bangsa dan global," (hlm.24). Fenomena lain ialah wujudnya keadaan kepakaran dan profesionalisme guru tidak kemas kini dan relevan ke arah pembangunan diri insan yang menyeluruh dar seimbang seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Kajian pihak Nazir Sekolah juga mendapati kelesuan proses pendidikan ini ada kaitar secara sebab-akibat dengan amalan pentadbiran organisasi persekolahan yang lebih menguruskan hal-hal mekanikal seperti pengendalian perjawatan, gaji dan bangunan. Oleh itu kesempurnaan yang menonjol di sekolah bukan pada pelakuan manusianya tetapi pada hal-hal kebendaan, maka terhasillah keluaran sekolah yang berkembang d tahap persepsi atau tanggapan fenomena luaran sahaja sehingga kurang upaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan rasional dan membangun. Fenomena "Low Performing Schools "? ~ Umar ai-Khattab Salah satu kayu ukur bagi menentukan sesebuah sekolah itu baik, maju, meningkat dar membangun hingga ke tahap cemerlang (atau sebaliknya) adalah menerusi pencapaiar peperiksaan. Berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolh Rendah (UPSR) tahur 1999, sejumlah 1,919 buah sekolah rendah telah dikenalpasti sebagai "sekolah prestasi rendah " yakni sekolah-sekolah yang pencapaian peratus kelulusannya di bawah 30% Dalam hubungan penarafan sekolah di bawah Standard Tinggi Kualiti Pendidikan in: pula pihak Jemaah Nazir Sekolah telah mendapati bahawa penilaian keseluruhan file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 3 of 12 sekolah-sekolah setakat ini berada pada tahap tiga iaitu lemah dalam indeks komposit tahap sekolah dengan skor antara 30 hingga 49 peratus. Kemudian kita didedahkan pula dengn dapatan hasil kajian sepasukan penyelidik Universiti Malaya terhadap "keberkesnan 3M" di antara sekolah-sekolah kebangsaar dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina khasnya, yang juga sekali lag: menampakkan "kelemahan dan ketidakberkesanan" yang ketara sekali berlaku d sekolah-sekolah kebangsaan kita. Lama sebelum ini pun YAB Perdana Menteri Dato' Seri Doktor Mahathir Mohamac pernah "menyelar" sikap "tidak serius" yang terdapat di kalangan segelintir Guru Besar di sekolah-sekolah kebangsaan dan senario negatif dan "kurang menarik" yang wujud dan berlaku di sekolah-sekolah ini. Apakah tidak ada kaitannya apabila kita memperkatakan prestasi dan kualiti pendidikan ini dengan masalah dan dilema yang dihadapi seperti isu-isu kegagalan memenuhi kuota 55% kemasukan pelajar-pelajar Melayu ke IPTA kerana pencapaian yang rendah di dalam peperiksaan SPM dar STPM? Rumusan kajian-kajian ini menyatakan bahawa pelajar-pelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi. Untuk mengatasinya kita perlu berpatah balik jauh ke belakang. Usaha membentuk pelajar-pelajar Melayu yang berdaya saing perlu bermula di peringkat sekolah kebangsaan (Isahak Haron, 2001) Nah begitu lantang sekali seruan ini dan sudah sewajarnya disambut bukan sahaja dengan semangat ingin menebus maruah malah memartabatkan pendidikan berkualiti d kalangan anak-anak Melayu. Maka inilah yang hendak dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan menerusi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. Ke Arah Pembaharuan Tema dan Sistem Pendidikan Seperti yang diketahui abad ke-21 adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapa "melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang dibawa oleh era cyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping berakhlak dan beradab (Wan Liz Ozman Wan Omar, 2000). Pembaharuan perlukan perubahan. Perubahan yang sangat utama dan penting ialah perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dar bersaing secara cekap dan berketrampilan. Satu daripadanya ialah konsep 'belajar sepanjang hayat' perlu menjadi amal budaya setiap pelajar menguasai 'belajar cara belajar' (UNESCO, 1995) dari segi: • Belajar untuk mengetahui (Learning to Know) • Belajar untk membuat (Learning to Do) • Belajar untuk menjadi insan sempurna (Learning to Be) • Belajar untuk hidup bersama (Learning to Live Together) Noor Azman Ibrahim (1998) menyenaraikan enam tema penting sistem pendidikar file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 4 of 12 abad ke -21 dengan pembelajaran cara baru di mana pembelajaran tidak lagi merupakar satu proses yang dikendalikan oleh institusi pendidikan (Tapscott, 1996) Enam tema tersebut adalah: • Tema 1 : Pekerjaan dan pembelajaran makin menjadi perkara yang sama. • Tema 2 : Pembelajaran makin menjadi cabaran seumur hidup. • Tema 3 : Pembelajaran beranjak dari sekolah dan universiti formal. • Tema 4: Beberapa institusi pendidikan bekerja keras ke arah kesesuaian dengan • perubahan. • Tema 5 : Kesedaran organisasi diperlukan untuk mewujudkan organisas: pembelajaran (learning organization). • Tema 6 : Media baru boleh mengubah pendidikan dengan mewujudkan infostruktur bekerja belajar. Kewibawaan yang Dipersoalkan Apakah ertinya apabila Tapscott (1996) menyatakan bahawa pembelajaran tidak lag: dikendalikan oleh institusi pendidikan awam (sahaja)? Di Amerika Syarikat muridmuird yang belajar di rumah (home schooling) semakin meningkat dari tahun ke tahun merupakan fenomena baru sejak beberapa dekad lalu sebagai manifestasi kepadz 'ketidakpercayaan' ibu bapa dan orang awam terhadap mutu dan prestasi pendidikar yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah awam. Patricia M. Lings (1999) melaporkan sesi persekolahan tahun 1990-1991 terdapa 250,000 hingga 350,000 orang; sesi tahun 1995-1996 pula seramai 700,000 hingge 750,0000 orang kanak-kanak yang mengikuti homeschooling ini, dan manakala bag: sesei 1997-1998 telah mencecah seramai 1,000,000 orang kanak-kanak menyerta kaedah dan pendekatan belajar di rumah ini. Salah satu daripada rtiga sebab mengapa berkembangnya konsep belajar di rumar (homeschooling) ini menurut Erica Clery (1998), ialah wujudnya kebimbangar berlakunya 'kerosakan' mental, fizikal dan spiritual ke atas kanak-kanak yang belajar d sekolah-sekolah di bawah tadbiran dan seliaan kerajaan. Tidakkah 'bunga-bunga kepada senario yang sama akan berlaku suatu hari nanti di negara kita sendiri, apatar lagi setelah mencapai status negara maju seperti yang diwawaskan? Tidakkah jug* 'gejala-gejala kerosakan' ini sudah pun wujud dan berlaku dan saban tahun ianyj semakin parah dan berdarah sehingga sistem pendidikan kita didakwa 'sudah ketinggalan zaman' oleh kesatuan perguruan kebangsaan Malaysia? Dengan yang demikian kita selaku guru-guru perlulah menyedari, memahami, dar menghayati betapa konsep penambahbaikan yang berterusan itu perlu dilaksanakar tanpa garis penamat sebagaimana gagasan yang dibawa menerusi Standard Tingg Kualiti Pendidikan. Memperkasa Diri file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 5 of 12 Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatar kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualit: proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidal mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dar tidak berkesan. Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapa mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat latihan-latihar khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang tentu membolehkar atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan secara berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya. Menjadi guru yang perkasa bukanlah bererti perkasa dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang lebih penting ialah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya keutuhan keperibadiannya, kecekapan dan ketrampilannya, mental dar keintelektualannya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan dar kepemimpinannya. Oleh itu menjadi seorang guru yang perkasa amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya; teguh, tegas dar utuh atau rapuh, lemah dan tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya; luas, tingg dasn mendalam atau sebaliknya dari segi intelektualnya yang digambarkan menerus kesedaran-diri dan faham-kendiri yang mendasari kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Seorang guru yang perkasa juga seorang guru yang cekap dan berkesan. Eilane (2000) ytelah mengenalpasti beberapa ciri seseorang guru yang amat berkesar (highly effective) yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu: • Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan. • Ciri mengajar yang memberikan hasil. • Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri. 1. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real'yakn yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biai pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; d: samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anal didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja. 2. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspel 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang muridmuridnya mesti buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengar semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajarar dan pembelajaran. 3. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'menta life' yang segar, berkembang dan bersifat 'berpenyugnguhan kendiri' (selfactualization) dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupar di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat ile://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 6 of 12 menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak. Memperkasa dengan Penilaian dan Berpusatkan Prinsip Guru sering menilai anak didiknya tetapi pernahkah kita menilai diri sendiri? Sedarkah kita sebagai guru yang kerjanya 'mengajar sepanjang ha at' (sebelum bersara wajib kita telah tidak cukup melakukan satu perkara sepenting ini? Kalau begitu bagaimana kita tahu dan boleh meningkatkan tahap profesionalisme kita? L. Dee Fink (1999), dalam satu artikelnya "Evaluating Your Own Teaching" menyebut: " Assuming that no one is perfect and therefore everyone has room for improvement, evaluation is the means by which ewe try to identify which aspects of our teaching are good and which need to he changed. The question then arises as two who should take responsibility for doing this evaluation. My believe is that evaluation is an inherent part of good teaching. Therefore it is the teacher himself or herself who should take primary responsibility for doing the evaluation." "To improve is to change. And to be perfect is to change often", demikian ujar Winstor Churchill. Jadi titik tolak bagi melakukan perubahan, dan kemudian mencapa kemahiran dan kesempumaan memakan masa dan dayausaha. Bagi mencapa perubahan yang berjaya dan berkesan perlukan seseorang itu bukan sahaja menambah pengetahuan dan kemahiran baru malah sering pula memerlukan kita belajar semula sesuatu konsep, kaedah dan teknik yang mungkin kini sudah usang. Tidak ada orang yang tidak boleh melakukan aspek belajar semula ini kecuali seseorang itu sudal merasa dirinya sudah lengkap segala-galanya seperti kata Epictetus (55-135 M); "It it impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows.' Pengalaman berserta beraneka kemahiran yang dititipkan oleh guru menerusi proses pengajaran dan pembelajaran umpamanya bermaksud melalukan perubahan sikap seterusnya mengubah pemikiran dan paradigma sehingga terciptalah tangkah-laku yang dihasratkan itu tercapai. Menurut Dee Fink lagi penilaian bagi menghasilkar perubahan ke arah peningkatan profesionalisme individu seseorang guru itu amat besar faedahnya berdasarkan tiga sebab. 1. Pertama, tanpa mengambil kira bagaimana baik atau buruk kita sebagai guru-guru kita semua mempunyai potensi, menjadi lebih baik lama-kelamaan. Sementara sebahagian guru-guru bertambah baik dan hampir menemui potensi mereka, sayang sebahagian yang lainnya mengalami peningkatan yang kecil sahaja sewaktu peringka awal kerjaya dan kemudiannya seolah-olah 'mendatar' kualitinya malah kadang-kadang 'merosot'. Kenapa? Natijahnya terdapat perbezaan pokok di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal meningkat, adalah disebabkan golongan pertama itu mengumpul maklumat mengenai pengajaran mereka dan mengambil daya usaha bagi penambahbaikan sesetengah aspek daripadanya - setiap kali mereka mengajar. 2. Sebab kedua mengapa perlunya membuat penilaian adalah bagi mendokumentasikar kualiti seseorang bagi rujukan pihak lain, yang perlu mengetahui track recorc seseorang sepanjang kerjayanya. Satu cara sahaja guru-guru boleh membekalkar maklumat seumpama ini iaitu dengan cara mengumpulnya, dan inilah penilaian Dengan kaedah ini juga dapat membantu seseorang guru itu memahami keberkesanar pengajarannya dengan lebih baik lagi. file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 7 of 12 3. Sebab ketiga pula merupakan satu keperluan yang bersifat peribadi dan keinginar manusia untuk menilai. Hal ini adalah bagi kepuasan mental dan psikologikal dir sendiri. Melakukan sesuatu kerja dengan baik adalah satu perkara; manakala satu perkara lagi dengan memiliki maklumat yang padu, kita tahu kita telah melakukan kerja dengan baik. Pengetahuan dan kepastian ini hanya mungkin jika kita membua penilaian yang rapi dan telus. Antara "Powerful" atau "Powerless" Selepas kita melakukan penilaian baharulah kita tahu status atau kedudukan tahap dan taraf ketrampilan kita selaku guru yang bagaimana; cergas dan cerdas; pantas dan tangkas; cekal dan tabah; mengurus masa atau membuang masa? Kemudian baru kita boleh "memilih" ada untuk menjadi guru yang "powerful" atau "powerless". Tentulah bagi menjadi seorang guru yang perkasa kita mestilah seorang yang "powerful" bukan sebaliknya. Jadi pilihan di tangan kita. Perasaan dan perlakuan "tidak terdaya" ("powerless'") boleh berlaku daripada sekecilkecil insiden atau peristiwa sehingga kepada masalah atau perkara yang besar. Jika kita gagal mengatsasi atau membiarkan keadaan "tidak berdaya" ini kita akan menjadi lebih tidak berdaya saing, lemah jiwa dan raga, lemah mental dan spiritual akhirnya kita melihat dunia dan kehidupan tidak memberi erti apa-apa, selanjutanya kita kecewa dar sengsara serta merintih nasib dan takdir. Apa yang kita buat apabila kita memilih menjadi seorang yang "powerless" ialah; tak kisah, tunggu, lengah atau lewatkan, tidak ambil tindakan atau "buat de' "sahaja, hampa, jadi tidak peduli, abaikan dan jad seorang yang acuh tak acuh, Kemudian apa pula yang kita dapat bila kita merasa "powerless"; status quo, hubungar yang Kalah/Menang (Lose/Win), tidak dijangka/hasil yang tidak diketahui ketidakpastian, hasrat dan angan-angan (fantasi), dan merosot keupayaan seterusnya prestasi jadi rendah. Jadilah Seorang Yang Powerful Jelas menjadi seorang yang "powerless" tidak menjanjikan sebarang kebaikan dar faedah sama ada dari segi peribadi, kumpulan, kelompok atau pun organisasi dar kerjaya yang kita ceburi. Tentulah kita memilih untuk menjadi "powerful" dan berjaya dalam semua bidang dan aspek kehidupan berkeluarga, sosial dan kerjaya dan dapa menyumbang kepada kesejahteraan bangsa dan negara menerusi tugas mendidik yang kita hayati ini. Dalam menajdi "powerful" kita perlu kenal tiga "kuasa" yang masing-masing ada baik dan buruknya iatu i) kuasa paksaan, ii) kuasa utiliti dan iii) kuasa berpusatkar prinsip (principle-centered). Fokus kita ialah kepada kuasa berpusatkan prinsip (principle-centered power) bag mencapai hasrat menjadi guru yang perkasa; guru sebenar guru — ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesul Kuasa berpusatkan prinsip adaah berasaskan apa yang anda boleh buat dengan orang-orang lain. Kuasa berpusatkan prinsip juga ertinya berasaskar 'hormat': individu yang dihormati akan dipercayai, disegani dan menjadi inspiras file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 8 of 12 kepada orang-orang lain, dan oleh itu kepemimpinannya diterima sepenuh hati. Oleh itu guuu-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan menjurus kepada kawalankendiri, tingkah-laku beretika dan kehidupan yang proaktif (Blaine Lee, 1997). Salah satu prinsip penting dalam mengurus diri dan organisasi ialah prinsip samarata atau adil (kepada orang lain dan kepada diri). Oleh itu satu keperluan yang mesti ada ialah keberanian menghadapinya, serta kemampuan dan keupayaan membuat tegurar dan ulasan bagi membetulkan mana-mana individu yang tersasar dari landasan dar terkeluar dari tujuan dan matlamat organisasi. Di sini prinsip 'Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang BetuV hendaklah menjadi pegangan. Intipati kepada prinsip ini ialah apa yang betul atau apa yang tidak betul bukan berdasarkan seseorang itu ketua (boss) atau penngikut (subordinate), tetapi kepada apakah persoalannya apakah kesan atau implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsah, peraturan, dar objektivitinya, di mana matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betu dan tidak dipertikaikan lagi. Kesan dan Hasil Kuasa Berpusatkan Prinsip Guru-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan memberi pengaruh kepada berlakunya transformasi budaya belajar dan mengajar yang hebat. Transformasi ialah perubahan, yakni perubahan yang disebabkan wujudnya perhubungan di mana 'hormat menjadi asasnya. Manusia tidak setia kepada logo ~ mereka setia kepad orang lair (pemimpin berprinsip). Blaine Lee (1997) dalam bukunya The Power Principle. Influence With Honour menyenaraikan empat kesan yang terhasil daripada kuasa berpusatkan prinsip ini sebagaimana berikut: 1. Kuasa berkekalan : Apabila kesan dan pengaruh orang perkasa ini tetap bersama atau di alam diri walaupun orang itu sudah tiada di dunia ini. Ertinya pengaruh orang yang perkasa ini meninggalkan kesan yang bukan sedikit malah berterusan sehingga pengaruh ini di 'turunkan' pula keapada generasi seterusnya. Tidak seperti kesar daripada kuasa paksaan yang cuma berkesan selagi orang takut. Juga tidak sepert: kesan kuasa utiliti, ia datang dan ia pergi dan sangat bersifat sementara. Tetapi kuasa berpusatkan prinsip mewujudkan perhubungan yang berkekalan — ia tidak terhenti bila pengurusan baru mengambil alih, tidak juga menjadi ketinggalan zaman bila muncu sesuatu yang baru. 2. Tingkah-laku Proaktif : Kuasa berpusatkan prinsip menggalakkan tingkah-laku proaktif yang membina dan membawa perhubungan yang bukan bersifat situasiona, tetapi transformasional yang bererti kita membuat pilihan kepada mana yang lebih penting dan mana yang lebih bernilai dan berharga. Tingkah-laku proaktif melahirkar tingkah-laku yang dihormati: tak perlu penyeliaan, tak perlu mandur. Guru-guru yang bertingkah-laku proaktif dalam konteks ini sebenamya memiliki standard dalaman yang lebih tiggi daripada apa yang diletakkan kepadanya. Ia tidak memikirkan untuk bua perkara lain, kerana bertentangan dengan jiwanya. Jika tingkah-lakunya merosot ke bawah paras yang ditentukan (standard), guru yang proaktif ini mampu 'membetulkarn dirinya'. Falsafahnya "Saya boleh buat lebih baik. Saya boleh jadi lebih baik." 3. Kawalan-kendiri : Ini bukan lagi kuasa yang datang dari luar. Kuasa berpusatkar prinsip fokusnya ke dalam diri. Ianya bergantung kepada keupayaan dalaman masingmasing bagi lebih tabah, lebih giat, lebih bersungguh-sungguh bila mengesampingkar apa yang mereka mahu berbanding apa yang lebih besar dan mustahak. Ini akhirnya membuatkan seseorang itu sanggup berkorban; iaitu melupakan apa yang kita hendak sekarang kerana hendakkan perkara-perkara yang lebih mendesak. 4. Membina Kesaling-bergantungan : Dalam kehidupan manusia tidak boleh hidup file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 9 of 12 dan bekerja seorang diri, tidak kira sekaya mana atau selemah atau semiskin mana sekalipun, apatah lagi di dalam organisasi dan institusi zaman sekarang. Menerus: kuasa paksaan kita memupuk dan menggalakkan pelbagai jenis kebergantungan manakala dalam kuasa utiliti ianya memupuk dan menggalakkan kebebasan kebebasan untuk memilih seperti kita boleh memilih untuk bersatu atau kita memilil untuk berpisah. Oleh itu kesaling-bergantungan adalah kesan daripada kuasa berpusatkan prinsip: yang boleh menjawab soalan, "Apa yang boleh dan apa yang akan jadi bila kita bersatu?" Kesaling-bergantungan juga melahirkan sinergi daripada seluruh individu agar matlamat dan objektif institusi dan organisasi tercapai dengar cemerlang dan gemilang. Aspek-aspek yang kita buat daripada budaya berpusatkan prinsip ini adalah meyakinkan; jadi sabar; jadi penyantun; mengajar; menerima; baik hati; menyayangi belajar; berdisiplin; jadi istiqamah dan hidup dengan keutuhan. Ini pula kesan atau hasil yang kita dapat dengan budaya berpusatkan prinsip: rakan dar perkongsian, transformasi yang bertimbal balik, sinergi, risiko yang diambil kira pertambahan keupayaan, kawalan dalaman yang positif, kawalan-kendiri, tingkah-laku beretika, hubungan yang saling bergantung, proaktiviti, kepercayaan, penyelesaiar secara Menang/Menang (Win/Win), persetujuan rakan-kongsi dn kepuasan mendalam hubungan jangka-panjang. Siapa Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu? Sebagai golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih guru-guru bukar sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehar menggunakan teknologi komputer secara kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkar kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depar karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000). Jadi menyediakan diri menjadi guru yang perkasa perlukan latihan dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dar keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dar kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan seperti tersira di dalam Standard Tinggi Kualiti Pendidikan hari ini.] Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebaga penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru ynag perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifatsifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin ceria, amanah, berpegang kepada janji; tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya. Prinsip utamanya seorang guru yang perkasa mesti faham bahwa tugas 'mengajar dar mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru sebenar guru mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad (menentang membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan) dan kerja mengajar pula file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 10 of 12 (tanpa sebarang muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenar guru ini dikelaskar sebagai: • • • • • Al-mu'allim Al-murabbi Al-mu'addib Al-mursyid Al-mudarris : menyampaikan ilmu yang benar : menjayakan proses tarbiah : mengajarkan adab dan budi pekerti : membentuk kepimpinan insan : menitipkan pelajaran dan kemahiran Seorang guru yang perkasa tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia menyalahkan dirinya terlebih dahulu, dan di samping itu pula berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi. Penutup Tugas murni lagi mulia kita sebagai guru seharusnya jangan dicemari dengan gejalagejala buruk yang merosakkan sehingga kelemahan, kemunduran dan kegagalar pendidikan yang kita pikul hari ini dari segi menyediakan pengalaman-pengalamar berguna bagi kegunaan masa hadapan anak-anak didik kita nanti, akan menyebabkar adanya individu yang ingin maju tetapi hanya berlegar sekitar mediocrity, dan tidak pun berupaya menggunakan peranan mereka untuk citarasanya apatah lagi memenuh citarasa bangsa dan negaranya. Kegagalan ini juga nanti menghasilkan individu yang menjalankan sekerja separuh hati, atau sekadar makan gaji (Jemaah Nazir, 2000). Oleh itu selaku guru-guru kita sewajarnya menyedari hal ini dan oleh kerana itu juga amat penting diingat bahawa apa jua yang kita buat dan apa jua yang kita tidak bua akan mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Dalam banyak senario kita boleh liha dan nilai sendiri bagaimana guru yahg dikatakan seorang guru yang tidak jemu apabila sentiasa menampilkan sikap dan perlakuan positif seperti datangnya awal baliknya lewat; atau seorang guru yang tidak jemu mengajar biarpun berhadapan dengar segelintir murid yang lemah., lambat dan dengan berbagai karenah; guru yang tidak lesu tetapi tetap bertenaga dari pagi sampai ke tengah hari (atau petang); ia tidal membezakan murid atau kelas yang cerdas dengan murid atau kelas yang kurang cerdas. Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dar perbuatan kita, kita sangka yang rosak dan buruk hanyalah organisasi atau sekolah kita sahaja; malah kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah buruknya perangai diri sendiri akibat mengikutkan hati dan nafsu ammarah kita sehingga kita tidak mampu lagi mengenal atau membezakan mana kaca mana intan mana emas sepuluh mana emas sepuh. Kita harus berani dan secara gentleman mengakui bahawa apa jua kelemahan dar kebejatan profesionalisme yang wujud dan berlaku di sekolah kita masing-masing (apatah lagi jika kita peneraju atau primadonanya) sehingga senario dan fenomena yang terpancar di kava TV atau di dada-dada akhbar masalah-masalah sosial yan berkaitar dengan sistem pendidikan negara mendesak agar usaha pihak institusi pendidikan perlu diletakkan pada landasan yang lebih efisien lagi. Dan kita tidak mungkin menjad file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Memperkasa Guru Sebenar Guru Page 11 of 12 efisien jika kita bukan seorang guru yang perkasa; jika kita seorang guru yang "powerless"; jika kita seorang guru yang tidak ada prinsip; jika kita seorang yang butc mata hati; jika kita seorang guru yang tahu tapi tidak mahu; atau jika kita seorang gun yang ada ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya. Setiap dari kita pasti mampu dar berjaya menjadi seorang guru yang perkasa: ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu jika kita menghayati sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya; "Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam; dia adalah orangyang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orangyang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam. dia tergolong orang yang dilaknat Allah S. W. T." Rujukan Lee, Blaine (1997). The Power Principle: Influence With Honor. Simon & Schuster New York, USA. Elaine, McEwan (1998-2001). Ten Traits of Highly Effective Teachers, McEwanAdwin Groups. http://www.elainemcewan.com/ten_traits_teachers.htm 30.09.2001 Clery, E.(1998). Home Schooling : The Meaning That The Homeschooled Chile Assigns to This Experience. Issues in Educational Research, 8(1), 1-13 http://cleomurdoch.edu.au/gen/iir/iier8/clery.html Fink, L.Dee (1999). Evaluating Your Own Teaching. Terbit dalam Improving College Teaching oleh Peter Seldin (ed.). University of Oklahoma Instructional Developmen Program, July 20, 1999. Leblanc, Richard (1998). Good Teaching: The To Ten Requirements. Terbit dalam The Teaching Professor. Noor Azmi Ibrahim (1998). Kurikulum Abad Ke-21: Pengembangan dan Penekanan Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur. M.Lings, Patricia (1999). Homeschoolers: Estimating Number and Growth. Nationa Institute on Student Achievement, Curriculum, and Assessment, Office of Educationa Research and Improvement, U.S. Department of Education. Web Edition, 1999 http ://www.nfie.org/2000/htm Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dar Persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. (Ceramah yang disampaikan dalam Program Motivasi Sekolah-sekolah Kelompok Bandar Jengka B Tahun 2001 bertempat di SMK Jengka 16, pada 27 Oktober 2001) file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm 1/13/2004 Profil Tokoh Nama : Mohd Deraman Bin Abdullah TarikhLahir : 27 Mac 1957 Tempat Lahir: Kampung Chengal, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Asal : Kelantan Umur : 51 Tahun Nama Ibu : Siti Minah Binti Che Lah Nama Bapa : Abdullah Bin Jusoh Nama Isteri : Rosmah Binti Sulaiman Bil. Anak : 5 Orang. (Ahmad Lukman, Ahmad Muhsin, Ahmad Bazli, Ahmad Zulkarnain, Ahmad Muinuddin) Jawatan : Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang. Anugerah : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006, Pejabat Pelajaran Daerah Klang. Diploma Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (Bahagian 1), Institut Aminuddin Baki. Ijazah Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya. Sumbangan : Penyelia Kawasan Peperiksaan SPM 2007 Daerah Klang. Penglibatan dalam International Conference on Principal ship and School Management Prcatices in the Era of Globalisation, 2003 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL GURU Dengan ini diakui bahawa DERAMAN BIN ABDULLAH telah tamat LATIHAN PERGURUAN MAKTAB PERGURUAN BAHASA, KUALA LUMPUR di pada 30HB. APRIL, 1980 dengan menyempurnakan syarat-syarat latihan serta lulus dalam Peperiksaan Latihan Perguruan Matapelajaran Khas Pengarah Latihan Guru Angka Giliran 79209013 BAHASA MALAYSIA DAN SEJARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Diploma Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan Setelah memenuhi syarat-syarat yang diwajibkan oleh Lembaga Pengajian dengan ini Institut Aminuddin Baki mengesahkan DERAMAN BIN ABDULLAH Kad Pengenalan: 570327-03-5649 telah dianugerahi Diploma Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan pada 19 Disember 2005 Dato' Dr. Hj. Ahamad bin Sipon Ketua Pengarah Pclajaran Malaysia KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan Adalah dengan ini Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia memperakukan bahawa DERAMAN BIN ABDULLAH Kad Pengenalan: 570327-03-5649 telah dianugerahkan Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan sebagai pengesahan kepada penguasaan ketrampilan-ketrampilan bagi memimpin dan mengurus sekolah menengah pada 19 Disember 2005 Dato' Dr. Mj. Ahamad bin Sipon Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia UNIVERSITI MALAYA IJAZAH SARJANA KEPENGETUAAN Dengan ini disahkan bahawa DERAMAN BIN ABDULLAH dari Universiti Malaya, setelah tamat kursus pengajian yang diluluskan dan setelah memenuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah Universiti dan dengan persetujuan Senat, diperkenankan menerima Ijazah yang dinyatakan di atas dari Universiti Malaya. Dato' Profesor Dr. H a s h i m Yaacob Naib Canselor Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa Dekan. Fakulti P e n d i d i k a n Tarikh: 12 0gos 2003 Dr. Halim Man Pendaftar Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang Sijil Perkhidmatan Cemerlang Dengan sukacitanya Kememerian Pelajaran Malaysia menganugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada DERAMAN BIN ABDULLAH 570327035649 kerana telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2006 Datuk Dr. Zulkurnain Bin Hj, Awang Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Dato' Dr. Hj. Ahamad Bin Sipon Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SURAT PENGAKUAN PENERIMAAN SALINAN TRANSKRIP SEJARAH LISAN Kepada sesiapa yang berkenaan, Saya dengan ini mengaku telah mendapat satu salinan transkrip temubual Sejarah Lisan bertajuk daripada penemubual iaitu dan Transkrip ini telah diserahkan kepada saya pada Untuk sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui :- a) (h/p) b) (h) c) (o) atau di alamat: Nama: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Shah alam, Selangor PERJANJIAN MENGENAI SEJARAH LISAN Syarat-syarat mengenai wawancara vanq telah diadakan antara Universiti Teknologi MARA dengan Pada 1. Pita rakaman hasil wawancara yang tersebut di atas adalah diserahkan kepada Universiti Teknologi MARA untuk disimpan buat selama-lamanya. 2. Pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA akan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu untuk memelihara pita rakaman ini. 3. Pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA boleh membuat tarnskrip pita rakaman dan transkrip-transkrip ini perlu/tidak perlu disemak oleh pengkisah (interviewee). 4. Pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada semua penyelidik sama ada dari Malaysia atau luar negeri yang bertujuan membuat penyelidikan yang sah tanpa syarat-syarat/dengan syarat:Apabila petikan diambil dari pita rakaman/transkrip ini untuk digunakan di dalam penerbitan, tesis dll., sumbernya hendaklah diakui oleh penyelidik-penyelidik. 5. Adalah dipersetujui bahawa pita rakaman/transkrip ini akan dibuka. kepada penyelidik-penyelidik dalam dan luar negeri mulai dari (tarikh). Dipersetujui pada oleh kedua pihak yang berkenaan. Pengkisah (interviewee) Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA Latar Belakang 1. Bolehkah kami memanggil encik dengan panggilan cikgu? 2. Siapakah nama penuh cikgu ? 3. Berapakah umur cikgu sekarang ? 4. Apakah nama panggilan yang biasa digunakan oleh keluarga untuk cikgu? 5. Bila dan di manakah cikgu dilahirkan? 6. Cikgu berasal dari mana? 7. Cikgu menetap di mana sekarang? 8. Siapakah nama penuh ibu dan bapa cikgu? 9. Adakah mereka masih hidup ? 10. Jika ya, di manakah mereka sekarang ? 11. Berapakah bilangan adik-beradik cikgu dan cikgu anak yang ke berapa? 12. Apakah pekerjaan adik-beradik cikgu? 13. Siapakah nama isteri cikgu? 14. Apakah pekerjaan isteri cikgu? 15.Bilakah tarikh cikgu berumahtangga? 16. Berapakah bilangan anak cikgu? 17. Dan siapakah nama mereka? 18. Adakah cikgu sudah mempunyai cucu? 19. Jika ya, berapakah bilangan cucu cikgu? 20. Apakah hobi cikgu di masa lapang ? 2 1 . Apakah cita-cita cikgu pada masa kecil dulu ? 22. Apakah pengalaman paling manis yang pernah di alami pada masa kecil dulu? 23. Berapakah umur yang dihadkan oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadi seorang guru ? 24. Tahun berapakah cikgu akan bersara ? 25.Apakah perancangan cikgu selepas bersara nanti ? Latar Belakang Pendidikan (Sekolah Rendah) 26. Di manakah cikgu mendapat pendidikan awal (sekolah rendah) ? 27. Tahun berapakah cikgu memasuki sekolah tersebut ? 28. Dan tahun berapakah pula cikgu tamat belajar di sekolah tersebut sebelum meneruskan pendidikan ke peringkat menengah? 29.Mata pelajaran yang paling cikgu gemari semasa berada di sekolah rendah? 30.Apakah pencapaian tertinggi cikgu semasa menuntut di sekolah rendah tersebut? 31.Adakah cikgu aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum semasa berada di sekolah rendah ? 32.Bagaimanakah kemudahan bilik darjah semasa zaman cikgu belajar dahulu ? 33.Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang menuntut di sekolah rendah tersebut ? 34.Bagaimanakah hubungan antara guru dan pelajar semasa zaman cikgu belajar dahulu? Latar belakang Pendidikan (Sekolah Menengah) 35. Di manakah cikgu mendapat pendidikan sekolah menengah cikgu? 36. Pada tahun berapakah cikgu mula memasuki sekolah tersebut? 37.Mata pelajaran yang paling cikgu gemari semasa berada di sekolah menengah? 38.Adakah cikgu aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum semasa berada di sekolah menengah? 39.Bagaimanakah dengan pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) cikgu di sekolah tersebut? 40.Bagaimanakah pula dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cikgu di sekolah tersebut? 41.Kengan manis yang tidak dapat cikgu lupakan sepanjang menuntut di sekolah menengah tersebut? 42.Adakah cikgu mendapat sebarang tawaran biasiswa atau tajaan semasa belajar dahulu? Kerjaya Perguruan 43.Di manakah cikgu mendapat latihan perguruan? 44.Pada tahun berapakah cikgu mendapat tawaran ke maktab perguruan dan apakah pengkhususan cikgu semasa di maktab tersebut? 45.Bagaimanakah situasi pembelajaran cikgu semasa menuntut di maktab tersebut ? 46.Pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menuntut di maktab tersebut ? 47. Pada tahun berapah cikgu mula menjadi seorang guru ? 48. Bagaimanakah cikgu boleh berminat dengan kerjaya sebagai seorang guru ? 49. Apakah faktor-faktor yang mendorong cikgu untuk menceburi bidang ini ? 50. Di manakah sekolah pertama cikgu mengajar selepas tamat pengajian di maktab ? 51.Apakakah pendapat cikgu apabila pertama kali ditugaskan di sekolah tersebut ? 52. Boleh cikgu ceritakan bagaimana keadaan sekolah semasa cikgu mengajar dahulu ? 53. Apakah mata pelajaran yang cikgu ajar semasa bertugas di sekolah tersebut ? 54. Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran tersebut ? 55.Apakah pendapat cikgu tentang prestasi dan pencapaian kurikulum pelajar di sekolah tersebut? 56. Bagaimana pula dengan pencapaian ko-kurikulum pelajar di sekolah tersebut? 57. Di antara pelajar lelaki dan perempuan, siapakah yang lebih senang bagi cikgu untuk mengajar? 58.Berapa lamakah cikgu mengajar di sekolah tersebut sebelum berpindah ke sekolah yang berikutnya? 59. Apakah mata pelajaran yang cikgu ajar di sekolah yang baru? 60. Apakah pendapat cikgu tentang prestasi pelajar di sekolah baru? 61.Bagaimanakah pencapaian ko-kurikulum di sekolah baru ? 62. Apakah perbezaan yang cikgu dapati di antara sekolah pertama dengan sekolah baru? 63.Bagaimanakah hubungan di antara rakan setugas di tempat baru? 64.Bagaimanakah pula dengan pelajar di sekolah tersebut? 65.Sepanjang cikgu terlibat dalam bidang perguruan ini, boleh cikgu nyatakan berapa banyak sekolah yang pernah diajar oleh cikgu? 66. Di antara sekolah-sekolah tersebut, sekolah manakah yang memberi impak yang paling mendalam pada diri cikgu? 67. Apakah prinsip serta matlamat cikgu semasa cikgu mengajar? 68.Adakah cikgu berpuas hati dengan apa yang telah cikgu berikan kepada para pelajar cikgu? 69. Apakah perasaan cikgu apabila melihat ada di antara pelajar cikgu yang cemerlang di dalam peperiksaan awam yang mereka duduki? 70.Adakah bilangan pelajar boleh mempengaruhi peningkatan peratusan dalam pencapaian akademik di sesebuah sekolah? 7 1 . Boleh cikgu jelaskan bentuk atau jenis hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama cikgu? 72. Dan boleh cikgu jelaskan jenis hukuman serta tindakan disiplin yang ada di sekolah cikgu sekarang? 73.Sepanjang cikgu mengajar, pemahkah cikgu mengenakan hukuman rotan terhadap palajar yang mempunyai masalah disiplin? 74.Apakah reaksi para pelajar terhadap hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama cikgu? 75.Bagaimana pula dengan reaksi para pelajar terhadap hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah cikgu sekarang? 76.Bagaimanakah cikgu dan pihak sekolah mengawal masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah cikgu yang terdahulu ? 77. Dan bagaimanakah pula tindakan cikgu dan pihak sekolah dalam mengawal masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah sekarang? 78. Pada pendapat cikgu adakah kegiatan ko-kurikulum juga penting kepada seseorang palajar? 79. Apakah kegiatan ko-kurikulum di sekolah yang selalu cikgu terlibat? 80. Pada pendapat cikgu di manakah letaknya kualiti seorang guru? 81.Apakah aspek-aspek yang di perlukan untuk menjadi seorang pendidik yang baik? 82. Bagaimanakah pandangan cikgu mengenai masalah prestasi akademik di kalangan pelajar melayu terutama palajar melayu lelaki yang rata-rata lebih rendah prestasi berbanding pelajar perempuan? 83. Apakah pendapat cikgu pula mengenai graduan pendidikan sekarang yang gemar memilih penempatan sendiri selepas tamat pengajian, contohnya tidak mahu ditempatkan di kawasan pedalaman? 84. Adakah ini akan merencatkan usaha kerajaan untuk menaiktarafkan tahap pendidikan sekolah di pedalaman? 85.Hubungan antara guru dan ibubapa amat penting bagi menjamin mutu pendidikan anak-anak mereka. Apakah pendapat cikgu berhubung perkara ini? Pengalaman dan Sumbangan (bidang perguruan) 86.Adakah cikgu pernah menjawat sebarang jawatan penting sepanjang bergelar sebagai seorang guru? 87.Sudah berapa lama cikgu berkhidmat sebagai pengetua di sekolah ini? 88.Boleh cikgu ceritakan perbezaan sistem pendidikan pada zaman dahulu dan sekarang? 89. Apakah anugerah-anugerah yang pernah cikgu terima? 90.Bolehkah cikgu ceritakan pengalaman dan sumbangan cikgu sepanjang terlibat dalam bidang perguruan ini? Pengalaman dan Sumbangan (Lain-lain) 9 1 . Adakah cikgu pernah terlibat dalam mana-mana aktiviti kemasyarakatan ? 92.Adakah cikgu pernah dihantar ke mana-mana untuk menyertai sebarang program dan kursus secara peribadi? 93. Apakah erti perkataan 'guru' pada pandangan cikgu? 94.Siapakah tokoh yang paling cikgu kagumi dan menganggapnya sebagai model? 95. Apakah pendapat cikgu tentang mutu pelajaran sekarang dan apakah yang perlu dipertingkatkan lagi serta diperbaiki? 96.Apakah pendapat cikgu tentang sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar atau pedalaman? 97.Profesion perguruan dikatakan sering menghadapi tekanan tugas yang amat berat. Media sering memaparkan tentang segelintir guru yang merokok, guru yang tidak cergas dan guru yang mengajar sekadar melepaskan batuk di tangga. Apakah pendapat cikgu tentang isu ini? 98. Pada pandangan cikgu, adakah cikgu rasa guru-guru pada zaman sekarang lebih beruntung kerana telah disediakan dengan pelbagai kemudahan dan keistimewaan berbanding guru-guru pada zaman terdahulu? 99. Institusi perguruan telah membekal guru setiap tahun ke pasaran. Namun pencapaian dalam transkrip akhir pengajian belum boleh menjamin tahap professional guru. Apakah pendapat cikgu? 100. Adakah cikgu rasa kerjaya sebagai guru pada masa sekarang adalah lebih mencabar? 101. Petikan dalam rencana utama 'Dewan Masyarakat' pada April 2005, mengatakan bahawa akibat kekurangan kenaikan pangkat profesion perguruan gagal menarik mereka yang terbaik untuk menyertainya. Akibat itu, sebahagian besar kekosongan guru di Negara kita diisi oleh individu yang tidak dikehendaki oleh sector perkhidmatan lain samada awam atau swasta. Apakah pendapat cikgu tentang petikan rencana ini? 102. Apakah kriteria dan aspek-aspek penting yang perlu ada pada seorang guru untuk bergelar seorang "Tokoh Guru"? 103. Jadi, adakah cikgu rasa "Anugerah Tokoh Guru" perlu diteruskan dan diperluaskan lagi supaya guru-guru lain berpeluang untuk menerima anugerah ini? 104. Dewasa ini, kita sering dikhabarkan dengan isu-isu di mana guru dan pelajar sering bertelagah. Sebagai contoh, guru dipukul oleh pelajarnya sendiri. Jadi apakah pendapat cikgu berhubung isu yang semakin berleluasa ini? 105. Apakah komen cikgu sekiranya ibubapa turut campur tangan dalam keskes seperti ini? 106. Dalam bidang pendidikan sekarang, disiplin pelajar adalah salah satu masalah utama. Apakah pendapat cikgu mengenai masalah ini? 107. Adakah cikgu bersetuju dengan pendapat dan pandangan bahawa setiap pihak seperti keluarga, guru, pelajar dan masyarakat perlu memainkan peranan penting bagi menangani isu seperti ini? 108. Apakah perbezaan yang ketara mengenai sifat dan perangai pelajar pada masa kini berbanding dengan pelajar pada zaman dahulu? 109. Adakah cikgu bersetuju yang pelajar zaman kini terlalu dimanjakan dengan pelbagai kemudahan dan kemewahan sehingga mereka lupa dan leka dengan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar? 110. Nasihat cikgu kepada guru-guru sekarang? 111. Akhir sekali, apakah harapan cikgu terhadap sistem pendidikan dan perguruan di Malaysia?