di sini - Hong Kong Tourism Board
Transcription
di sini - Hong Kong Tourism Board
Hong Kong: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Hong Kong Manjakan Mata, Manjakan Rasa Dicetak di Malaysia Jun 2014 KANDUNGAN Hong Kong merupakan kawasan kepulauan di pesisir pantai selatan China. Kawasan ini terbahagi kepada Hong Kong Island, Kowloon Peninsula, New Territories, dan lebih dari 260 pulau yang tersebar di sekitarnya. Bagi memudahkan percutian anda di Hong Kong, kami menyusun buku panduan ini dengan membahagikan ke dalam empat zon utama: Hong Kong Island, Kowloon, New Territories dan Outlying Islands. Semua tempat mempunyai daya pikatnya yang tersendiri, dan andalah yang perlu memutuskan destinasi pilihan yang akan dituju terlebih dulu. Hong Kong Island 05 31 New Territories Kowloon 55 Outlying Islands Pulau Lantau Pulau Lamma Pulau Cheung Chau 2 02 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa 65 66 73 77 Resepi Butter and Honey with Lemon on Crispy Bun 8 Tomato and Egg with Macaroni 8 Rose Scones with Clotted Cream and Strawberry Jam Hong Kong Style Milk Tea 10 18 37 Scrambled Egg with Truffle 32 Hong Kong Style French Toast 37 Stewed Fish Head with Green Onion 43 Chilled Mango Sago Cream with Pomelo 45 Deep Fried Spring Roll in Squid Shape 52 Maklumat Penting Nombor Penting, Pusat Pelancong 87 Ada Apa Hong Kong 2014 88 Perlu Tahu 90-93 Untuk Pelancong Beragama Islam 94-95 Peta MTR96 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa 03 p o h S & y a l P , t a E Dunia adalah sebuah buku dan mereka yang tidak menjelajah membaca hanya sehalaman sahaja.” Mutiara kata St. Augustine, seorang ahli teologi dan falsafah Rom kuno. Dan dari beberapa halaman buku tersebut adalah Hong Kong yang menawarkan pengalaman pelancongan yang menarik dan tidak ternilai! Eat. Selera makan anda pasti terbangkit apabila anda merasa pelbagai hidangan dari makanan jalanan hinggalah makanan lima bintang yang memang lazat. Bagi kaum Muslimin, usah bimbang kerana terdapat banyak tempat makan di Hong Kong yang khususnya menyediakan makanan yang disahkan halal. Play. Nikmati juga pelbagai destinasi pelancong unik lain yang pasti memuaskan hati anda. Bawalah seluruh keluarga anda dan cipta saat-saat bahagia bersama yang tersayang di Hong Kong, menjelajah arena permainan moden sambil melihat sendiri pelbagai tarikan hebat yang menakjubkan atau pelajari budaya yang eksotik. Shop. Kepuasan yang dikecapi daripada pengalaman membeli-belah anda tidak dapat dijelaskan apabila anda meneroka pasar jalanan hinggalah pusatpusat membeli-belah mewah. Hong Kong–Asia’s World City ini menawarkan pilihan luas dari produk tempatan yang unik lagi menawan hinggalah ke produk antarabangsa yang berbaloi diburu oleh para pelancong yang gemar membeli-belah. www.DiscoverHongKong.com/my Buku panduan ini diterbitkan oleh: Pusat Kreatif Femina Jl. Kebon Kacang Raya No. 1 Flat IV Jakarta 10240 Tel: (021)314 1710 Faks: (021) 319 35677 4 Discover Hong Kong@DiscoverHK@ DiscoverHongKong Hak cipta Hong Kong Tourism Board selaku penerbit. Tiada mana-mana bahagian atau seluruh isi kandungan buku ini boleh digunakan tanpa persetujuan penerbit terlebih dahulu. Kesemua maklumat di dalam buku ini adalah benar dan betul pada masa diterbitkan, iaitu bulan Mei 2014, dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Hong Kong Tourism Board tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kekurangan kualiti, ketepatan, kesilapan atau ketidaksesuaian maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pihak ketiga atau pihak lain yang menggunakan maklumat daripada buku ini. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Hong Kong Island Hong Kong Island Alami sendiri pesona dan menampilkan yang begitu menarik ya Barat dan Timur, gabungan seni buda merlap cahaya ketenangan alam, ge gai tarikan hebat kota raya serta pelba Hong Kong, di Madame Tussauds Park Hong Kong. The Peak dan Ocean eat Pak Lee Café Since 1964 K afe ini adalah bing sutt atau kedai legenda di Hong Kong. Rekaan dalamannya melahirkan nostagia dengan paparan poster dan aneka memorabilia perfileman Hong Kong era 1960an hingga 80an yang dipadukan dengan hiasan urban moden. Selain menu-menu khas bing sutt klasik seperti Pak Lee’s Style Milk Tea, Pak Lee Café Since 1964 juga menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang memberi anda tenaga tambahan untuk memulakan hari anda. Jika anda tidak mahu sarapan yang berat, cubalah ban nenas (pineapple bun) ala Pak Lee, Pineapple Bun with Eggs. Sekiranya anda percaya anda harus memulakan hari dengan sarapan enak, cubalah dengan Macaroni with Beef in Satay Sauce dengan sos resipi rahsia Pak Lee Café. Egg Pearls, donat goreng istimewa Hong Kong dengan taburan gula yang rangup di luar tetapi lembut di dalam juga boleh menjadi altematif mengalas perut anda di pagi hari sebelum anda bergegas menjelajah Hong Kong. Pineapple Bun khas Pak Lee Bing SuTt: Nostalgia Hong Kong Era 1960-an D alam bahasa tempatan, bing sutt bermaksud “bilik sejuk”. Bing sutt berkembang di tahun 1960an sebagai kafe kecil yang lengkap dengan pendingin hawa dan menyajikan ais batu hancur berperisa dan beberapa hidangan sederhana untuk sarapan dan makan tengah hari. Pada masa itu, tidak banyak rumah yang mampu memasang pendingin hawa. Oleh itu, bing sutt menjadi popular sebagai tempat untuk berehat, terutamanya di musim panas. Selepas satu dekad bing sutt pudar berikutan kemasukan makanan segera, kafe dan restoran moden kini tampil dengan penambahbaikan menu serta pengubahsuaian dalaman. Nostalgia zaman bing sutt kembali hadir di tengah kota raya Hong Kong yang moden. 6 Lokasi: UG/F, The Pemberton, 22-26 Bonham Strand, Sheung Wan. Dibuka: Setiap hari kecuali Ahad 07.00 – 22.00. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat D engan hiasan eklektik yang unik dan lukisan berwarnawarni di dinding, Homei dinobatkan sebagai salah satu kafe kecil terbaik di Hong Kong oleh CNN Travel. Terletak di persekitaran yang tenang dan hanya boleh menampung seramai 10 orang, Homei biasanya dipenuhi oleh warga tempatan dan pelancong antarabangsa yang berehat sejenak untuk menikmati makan tengah hari setelah melayari deretan butik dan galeri bergaya di sepanjang jalan Tai Ping Shan. Menyajikan makanan istimewa masakan Eropah, anda boleh memilih aneka sandwic untuk mengisi semula tenaga anda. Salah satunya adalah Tomato and Cheese Sandwich. Homei juga menghidangkan aneka pilihan pasta dan sup yang berbeza setiap hari. Antaranya adalah Spaghetti with Clam, Mushroom and Shallot in Creamy Sauce yang lazat atau Tomato and Carrot Soup yang manis menyegarkan. Kemudian, segarkan diri dengan aneka pilihan teh, kopi dan coklat. Kami mengesyorkan anda mencuba Rose Café Latte yang mempunyai rasa manis yang unik, kehangatan Ginger Mint Tea dengan sari halia segar untuk mengembalikan stamina, atau kesegaran minuman Iced Minty Chocolate. H omei Hiasan vintaj menambah suasana menarik Lokasi: Shop B, G/F, 22-24A Tai Ping Shan Street Soho, Sheung Wan. Dibuka: Isnin – Jumaat 09.00 – 19.00 (Rabu adalah cuti), Sabtu – Ahad ABC K itchen D ari dapur sebesar gerai di pusat membeli-belah utama di Queen Street, ABC Kitchen telah menjadi salah satu restoran Itali yang tersohor di Hong Kong. Anda tidak perlu menempuh suasana medan selera yang bising dan menikmati sepenuhnya satu demi satu hidangan enak di ABC Kitchen. Sajian masakannya memang menggambarkan namanya, A Better Cooking (ABC) Kitchen dengan perkhidmatan dan harga yang lebih baik (baca: berpatutan). Bangkitkan selera anda dengan Pear, Blue Cheese and Caramelised Walnut Salad atau Pan Fried Foie Gras with Rhubarb Compote sebelum Lokasi: Shop CF 7, 1/F Queen Street Cooked Food Market No.38 Des Voeux Road West, Sheung Wan. Dibuka:Isnin-Sabtu, 12.00-14.30 dan 19.00-22.30. Ahad, 19.00-22.30. www.abckitchen.com.hk menikmati pilihan menu utama, iaitu Steak Diane atau Salmon Cooked in Two Ways: Smoked Salmon. Sebelum meninggalkan restoran bersuasana dai pai dong ini, akhiri santapan anda dengan manisan mulut seperti Chocolate Souffle atau Pavlova. eat Sing Heung Yuen K Lokasi: 2 Mee Lun St (near Gough St), Central. Dibuka: Setiap hari 08.00-17.30. Ahad tutup. erusi plastik dan meja sederhana tidak menghalang para pengunjung untuk menikmati sarapan di Sing Heung Yuen, iaitu dai pai dong yang amat terkenal dan wujud sejak 1957. Anda tidak perlu berasa canggung berkongsi meja dengan eksekutif muda, pekerja mahupun pelancong asing. Jangan pula tertidur kerana anda mungkin terpaksa menyertai barisan menunggu yang panjang. Nikmati kelazatan pilihan sarapan Tomato and Egg with Macaroni, Butter and Honey with Lemon on Crispy Bun atau Kaya Toast on Soft Bun with Butter. Atau cubalah pelbagai pilihan menu lain yang menanti anda. Dai pai dong: Ikon Masakan dan Ikon Sejarah Hong Kong S ecara literal, dai pai dong bermaksud “restoran dengan plat lesen yang besar”. Sebenarnya, dai pai dong adalah tempat makan berbentuk sederhana di pinggir jalan. Ia berkembang pesat setelah berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Kunjungi dan nikmati makanan dai pai dong sebagai sebahagian dari pengalaman sajian asli Hong Kong. Resepi Butter and Honey with Lemon on Crispy Bun • Bakar roti bulat atau ban yang dibelah dua di dalam pembakar roti selama 5-10 minit atau sehingga berwarna keemasan. Bakar selama 5 minit lagi supaya roti mejadi ranggup. • Sapukan adunan yang telah disiapkan terlebih dahulu (campuran mentega, air lemon, madu) pada roti dan sajikan segera. 8 Datang awal pagi untuk mendapat ruang duduk. • Campurkan 1 tin sup tomato Campell’s, 1 tin tomato kisar, dan tomato segar yang dikupas kulit dan dipotong dadu ke dalam periuk. Rebus sehingga mendidih. Tomato and Egg Masukkan makaroni dan with Macaroni kemudian, tambahkan garam dan lada yang secukupnya. • Setelah masak, sajikan bersama telur mata kerbau dan daging lembu kisar dalam tin (corned beef). Jika suka, tambahkan daging kisar yang telah ditumis dengan sedikit sos barbeku. Anda juga boleh menggantikan makaroni dengan mihun. • Hidangan untuk 2 orang. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat G rassroots S Pantry iapa kata makanan sihat itu bukan makanan lazat? Grassroots Pantry mendapat inspirasinya dari slow food movement dan percaya bahawa makanan sihat adalah makanan yang tidak hanya lazat, malah baik untuk kesihatan, persekitaran alam dan kehidupan masyarakat. Restoran ini menggunakan bahan makanan organik terbaik yang diperoleh daripada pengeluar tempatan dan menyajikan masakan antarabangsa dengan cita rasa hidangan vegetarian masakan sendiri yang lazat dan berkhasiat. Selain dari menyajikan hidangan vegetarian yang lazat, Grassroots Pantry juga menyediakan perkhidmatan Lokasi: 12 Fuk Sau Lane, Sai Ying Pun. katering, makan minum peribadi dan bengkel Dibuka: Selasa – Jumaat 12.00-15.00 masakan. Menu vegetarian Grassroot Pantry (Makan tengahari) 18.00-22.00 (Makan dipenuhi dengan bahan tempatan yang segar serta malam) berubah mengikut musim. Berdasarkan permintaan Sabtu dan Hari Cuti: 12.00-15.00 (Makan ramai dan untuk melayani lebih ramai pengunjung, tengahari), 15.00-18.00 (Teh), 18.00-22.00 (Makan malam) Ahad 10.00-16.00 (Sarapan Grassroots Pantry membuka kafe sampingan yang tengah hari atau brunch) Isnin tutup dinamakan Prune Organic Deli & Workshop yang www.grassrootspantry.com terletak disebelahnya pada awal 2014 lalu. Teakha R Lokasi: Shop B, 18 Tai Ping Shan Street, Sheung Wan. Dibuka: Selasa-Ahad 11.00-19.00. www.teakha.com eka cipta dalaman Teakha dirancang untuk memberikan persekitaran rumah kecil di desa, dan restoran tersendiri ini menyajikan pelbagai pilihan adunan teh yang unik, manisan serta sandwic untuk mengisi perut. Semua makanan yang disediakan dimasak dengan bahan organik yang berasal hanya dari Asia. Penggemar teh boleh mencuba pelbagai adunan teh yang unik seperti Caramelized Lemon Iced Tea, Keemun Milk Tea with Red Date Honey, dan Roselle and Fresh Mint Tea yang diperbuat daripada bunga rosela dan daun pudina. Anda juga boleh memesan Thai Iced Tea atau Hong Kong Style Milk Tea. Untuk mengimbangi rasa teh, cubalah Osmanthus & Okinawa Black Sugar Chiffon dan manisan terkenal, Green Tea Cheesecake sebagai hidangan penutup. Teakha juga turut menjual pelbagai cenderamata unik seperti cawan teh buatan tangan atau pinggan mangkuk yang merupakan usahasama di antara Teakha dengan artis tempatan di Hong Kong dan China. eat Tea Saloon by A n ot h e r F i n e D ay Rose Scones with Clotted Cream and Strawberry Jam Resepi Bahan: 420g tepung, 7g tepung penaik, 7g soda penaik, 3g garam, 78g mentega sejuk, 260g susu segar, 12g air mawar, 10g kelopak bunga ros, krim pekat (clotted cream) dan jam strawberi (boleh dibeli di pasar raya) Cara membuat: • • • • • • • 10 yak tepung, serbuk penaik dan A soda penaik. Dalam bekas yang besar, adunkan campuran tepung dan mentega sehingga terbentuk doh berpasir. Ketepikan. Tuangkan susu, kacau rata hingga sebati. Bulatkan doh dan canai di atas permukaan yang sudah ditaburi tepung hingga mencapai ketebalan 1 - 2 sm. Gunakan acuan kek berbentuk bulat berdiameter 5 sm. Susun di atas loyang yang permukaannya sudah disapu mentega dan ditabur tepung supaya tidak melekat. Bakar dalam oven suhu 180 darjah selama 20 minit. Untuk skon yang lebih garing, masukkan adunan dalam peti sejuk dan biarkan selama 20-30 minit. Sajikan dengan krim pekat dan jem strawberi. A nda boleh menikmati tradisi minum lewat petang (high tea) khas bangsawan lnggeris di Tea Saloon by Another Fine Day. Penggemar snek manisan Earl Grey Tea Cupcake atau Mango Mousse Cake boleh memilih Ladies’ Afternoon Tea Set manakala mereka yang menyukai snek savori pasti akan menyukai Mini Popover with Black Truffle Cream Cheese atau Mini Chicken Burger With Oolong Tea Sauce boleh memilih Gentlemen’s Afternoon Tea Set. Atau padukan saja keduanya menjadi hidangan lazat tiga-tingkat di petang hari. Faktor unik Tea Saloon by Another Fine Day adalah produk tehnya yang dipadankan dengan 9 jenis personaliti manusia, atau yang lebih dikenali sebagai Enneagram. Sekiranya anda gemar mengumpul barangan era Victoria, anda juga boleh membelinya di sini. Lokasi: G/F, 80-82 Peel Street, Mid-Levels. Dibuka: Selasa-Jumaat 12.00-19.00, Sabtu-Ahad 10.30-19.00 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Bekas penghidang teh yang cantik ini boleh dibeli di sini. eat Coffee A s s e m b ly B udaya minum kopi di Hong Kong mungkin belum serancak di Paris, New York atau Aceh. Namun, sekiranya anda penggemar kopi tegar, anda pasti bergembira. Kedai-kedai kopi terdapat di merata tempat - hampir di setiap sudut Hong Kong. Anda mungkin mengunjungi kedai kopi yang terbaik tanpa diduga, dan salah satunya adalah Coffee Assembly. Ia melangkau ruangan yang kecil tetapi selesa di salah sebuah bangunan di Elgin Street. Coffee Assembly bak oasis kecil di tengah hiruk-pikuk kawasan Central. Anda perlu menunggu sebelum pesanan anda sampai. Tetapi itu tidak penting kerana anda di Hong Kong untuk bersantai, bukan? Coffee Assembly seolah-olah mengingatkan anda bahawa untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda tidak boleh tergesa-gesa. Nikmati kopi asli satu punca (single origin) dari bijian kopi terbaik yang dipilih khas di pelbagai ceruk dunia seperti Ethiopia, Kenya, Panama hinggalah lndonesia. Pecinta latte juga pasti teruja melihat latte art yang beranika, cantik menghias cawan anda. Oh, jangan lupa Banana Muffin yang dibakar sendiri, manis dan lembut, untuk mengimbangi rasa kopi dan sekaligus mengisi perut untuk kembali menjelajah Hong Kong. Lokasi: Cockloft, No. 6 Elgin Street, Soho, Central. Dibuka: Isnin-Selasa 13.00-18.00. Khamis-Ahad 13.00-21.00. Rabu tutup. Selain menjual mesin kopi dan aksesori, Coffee Assembly turut menjalankan bengkel kopi eat i kawasan Sheung Wan yang sentiasa sibuk, hadir Sinmei Tea yang memanjakan penggemar teh hijau dengan pelbagai variasi minuman dan makanan dengan ramuan dasarnya teh hijau. Hiasan dalaman yang bergaya China tradisional dan lengkap dengan alat muzik khas China menyambut anda di Sinmei Tea. Aneka minuman seperti Matcha Classic, Green Tea Mojito, Matcha Snow White dengan ais krim hinggalah Matcha Cappucino membuatkannya ia umpama syurga pencinta teh. Jika anda berasa lapar, pelbagai hidangan boleh dicuba seperti Matcha Fondant Cake dan Hojicha Fondant Cake yang disajikan dengan ais krim vanila, Green Tea Panna Cotta dengan mangga segar, Matcha Cheesecake dan aneka sandwic akan memuaskan para pecinta teh. Sambil menikmati teh, ajaklah Mithu, kucing penghuni Sinmei Tea, untuk bermain-main sejenak. Lokasi: 5/F, CS Tower, 50 Wing Lok Street, Sheung Wan. Dibuka: Setiap hari 11.30-19.30. S inmei Tea Hojieha Fondant Cake Hiasan dalaman yang selesa seperti rumah sendiri V ia T okyo K eghairahan warga Hong Kong untuk mencuba semua yang baru membuatkan masakan dari pelbagai negara mencari tempatnya di sini. Manisan istimewa Jepun dengan tekstur lembut, tidak terlalu manis dan disajikan bersama aneka topping seperti okome (bertih beras yang ranggup), shiratama (bola tepung seperti mochi), dan buah-buahan segar. Cubalah Fruit Matcha Soft Cream Shiratama Anmitsu atau Okome Shiratama Azuki Mix Soft Cream yang lembut dan segar. Sekiranya anda tidak begitu gemar manisan sejuk, cubalah segelas Matcha Latte yang dihias dengan sentuhan unik kartun Jepun. Sebagai pilihan, anda juga boleh menikmati aneka pilihan kopi seperti Single atau Doppio Espresso, Lokasi: Shop no. 1A-1B, Cappuccino, Latte, Americano, G/F, Leishun Court, 106-126 Machiato, dan aneka teh seperti Leighton Road, Causeway Bay Dibuka: Isnin-Jumaat 09.30Earl Grey, Chamomile, Liquorice 22.30, Sabtu-Ahad 09.30-22.30. dan Peppermint. 12 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Foto: dok. sinmei tea. D eat T he R P awn estoran ini terkenal dengan sajian makanan British moden yang lazat dan ciri-ciri bangunan klasiknya yang mempunyai nilai sejarah. The Pawn menduduki tiga tingkat sebuah gedung membeli-belah bergaya Guangzhou dari peninggalan abad ke-19 yang menggabungkan seni bina China dan Barat. Ia terbahagi kepada tiga tingkat yang masing-masing memiliki daya tarikan berbeza: Living Room yang santai dengan konsep bar dan kafe, Dining Room yang berkonsep restoran dan Rooftop Garden yang menampilkan idea taman terbuka yang khusus disewa untuk pelbagai majlis. Spot pula adalah beranda yang tersedia di setiap tingkat dan menawarkan keselesaan jelas kerana terlindung dari deruan angin kuat dan membolehkan anda melihat pemandangan kawasan Wan Chai dan sekitarnya. Pilihan menu - menu utama akan pasti memberikan kepuasan apabila anda menjamu selera: Butter Poached Salmon, Fish and Chips, Wagyu Hanger Steak, Roasts Selection, Treacle Tart dan Apple and Blueberry Crumble. Atau, beberapa pilihan lain yang tidak kalah menggoda selera: Boston Mussels, Calamari, Garlic, Shallot, Thyme & White Wine Butter, Cigar Rum, Old Fashioned Cocktail, Pawn Broker Cocktail, atau Roast Meats. Jejak sejarah gedung yang dihuni The Pawn terpampang di salah satu dindingnya The Pawn Soup The Pawn Dessert_ Treacle Tart Lokasi: 62 Johnston Road, Wan Chai. Dibuka: Setiap hari* www.thepawn.com.hk * Living Room: Isnin-Sabtu: 11.00-02.00 (last order: 24.00). Ahad & Hari cuti: 11.00-24.00 (last order: 23.00). Dining Room : Isnin-Jumaat Makan tengahari: 12.00-15.00 (last order: 14.30). Makan malam: 18.00-24.00 (last order: 23.00). Sabtu, Ahad & Hari cuti: Makan tengahari: 11.00-15.00 (last order: 14.30). Makan malam: 18.00-24.00 (last order: 23.00). eat D imulakan oleh chef berpengalaman dari Syria, hidangan asli Timur Tengah akan menggoda tunas rasa anda di restoran kecil ini. Fattouche, salad Lebanon dengan minyak zaitun dan limau nipis serta Hummus berkrim dengan sedikit kemasaman segar boleh menjadi pembuka selera anda. Teruskan kepada hidangan utama anda dengan Chicken Shawarma atau Lamb Rack with Fried Rice, daging ayam dan kambing yang lembut, berjus dan kaya rempah akan melengkapkan hari anda di Hong Kong. Bukan sahaja hidangan lazat, pelayan ramah Oh Food mampu mengesyorkan hidangan yang sesuai bagi anda yang tidak biasa dengan hidangan Timur Tengah. Lokasi: 11/F, Flat A & B, Southern Commercial Bldg, 11-13 Luard Rd, Wan Chai. Dibuka: Isnin-Jumat 11.30-14.30, 18.00-21.00. Ahad 12.30-14.30, 18.00-21.00, Sabtu tutup. www.ohhalalfood.com I sl amic C entre C anteen D i sinilah satu-satunya tempat makan di Hong Kong yang menyediakan hidangan Canton halal. Oleh itu, tidak hairan tempat makan ini dipenuhi dengan warga Islam tempatan serta para pelancong antarabangsa pada waktu makan. Kantin yang terletak di tingkat lima bangunan Islamic Centre ini amat terkenal, bukan sahaja di Hong Kong, malah di pentas antarabangsa, dengan dim sum yang enak. Anda harus datang antara pukul 10.0015.00 untuk menikmatinya. Apa pun pilihan dim sum, anda pasti tidak akan kecewa, baik dari rasa atau harganya. Dari ‘bakpau’ seperti Chicken and Black Mushroom Buns, Red Bean Paste Buns, atau Butter Egg Cake sehinggalah ke ladu atau dumpling seperti Steamed Siu Mai with Chicken, Steamed Beef Balls, Steamed Soybean Sheet with Chicken and Vegetable. Anda mahukan nasi goreng? Pesan sahaja Chicken and Salty Fish Fried Rice. Dijamin sedap! 14 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Lokasi: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Rd, Wan Chai. Dibuka: Makan pagi & siang 10.00-15.00. Ahad & hari cuti 09.00-15.00. Makan malam 18.00-21.00. eat R abbit H ole C o ff e e and Roaster T erletak di salah sebuah jalan yang sibuk di kawasan Wan Chai, Rabbit Hole menyambut anda dengan hiasan dalaman ala perindustrian yang bergaya - berlantai konkrit, kerusi logam, meja kayu serta pencahayaan yang nyaman. Suasananya menenangkan dan tawaran kopinya menyegarkan. Espresso, Latte, Siphon, Coffee Drip– jika anda bukan penggemat kopi yang tegar, anda mungkin berasa bingung untuk membuat pilihan. Jangan segan bertanya kepada barista ramah yang boleh membantu anda mengesyorkan dan menentukan kopi yang paling sesuai dengan selera anda. Bagi pencinta kopi tegar yang merancang untuk tinggal di Hong Kong bagi tempoh yang lebih lama, mereka dapat mencari aktiviti menarik untuk mengisi masa. Rabbit Hole menawarkan Introduction Class atau Kelas Pengenalan yang terdiri daripada beberapa kelas yang akan menambah pengetahuan anda tentang kopi . Di Hand Drip Class, misalnya, anda boleh mempelajari teknik membancuh kopi yang sempurna bagi mendapatkan secawan kopi hand-drip yang lazat. Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari membuat aneka corak indah di cawan latte, ikuti Latte Art Class sementara Coffee Tasting Class akan menajamkan deria rasa dan bau anda supaya lebih peka terhadap pelbagai jenis bijian kopi terbaik yang datang dari seluruh. Tiap-tiap kelas juga menyediakan Kelas Khas atau Custom Class yang boleh disesuaikan dengan masa anda di Hong Kong. Lokasi: 3 Landale Street, Wan Chai. Dibuka:Isnin-Jumat 08.00-20.00. Sabtu-Ahad dan hari cuti 09.00-20.00. www.rabbitholecoffee.com Kelas Hand Drip Kopi Gayo dari Aceh, antara kopi yang digemari pengunjung eat Brunch Club & Supper D engan sajian masakan Eropah yang menyelerakan, Brunch Club & Supper popular di kalangan pekerja bandar di Hong Kong. Suasana tenang dan hiasan dalaman minimalis yang lengkap dengan seni mural di salah satu dindingnya akan menyambut anda apabila anda menjejak masuk ke restoran ini. Untuk menu sarapan tengah hari atau brunch, pilihlah Pancake with Fresh Mix Berry Coulis yang boleh memberi anda ledakan tenaga di pagi hari. Tidak menjadi masalah sekiranya anda mahukan manisan pada waktu malam kerana menu ini tersedia sepanjang hari. Bagi menambah tenaga setelah penat bekerja seharian, pasti enak menjamu Eggs Benedict with Smoked Salmon untuk makan malam. Telur Benedict ini padat dengan isi ikan salmon yang sedap. Anda juga boleh mencuba Hong Kong Dog Rescue Croissant atau New Zealand Lamb Burger sebagai alternatif menu sepanjang hari. Ia begitu menyelerakan pada bila-bila masa sahaja, baik untuk sarapan, brunch, makan tengah hari, ataupun makan malam. Usah bergegas pulang! Nikmati kesegaran Red Chi dengan rasa masam buah beri, Lemonade dengan buah lemon yang menyegarkan atau Pinkie Peach yang manis segar. Tunggu sejenak dan bersembang-sembang. Dan jangan lupa menikmati Dessert of The Day sebagai penutup pengalaman gastronomik anda. Lokasi: First Floor 13 Leighton Road, Causeway Bay. Dibuka: Ahad-Khamis 09.00-23.00. Jumaat-Sabtu: 09.00-larut malam. www.brunch-club.org 16 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Pilihan hiasan dalaman klasik menambah seri suasana makan anda eat F i at Caffé Nikmati keunikan rasa Limey Espresso paduan espresso dan limau nipis S Lokasi: Shop G5-G6, Leighton Centre, 77 , Causeway Bay. Dibuka: Setiap hari, 11.30-23.00. inggah untuk menjamu selera di Fiat Caffé adalah satu perkara wajib anda lakukan ketika mengunjungi Hong Kong. Bukan sahaja hiasan dalamannya mencuri tumpuan (masakan tidak kerana kafe ini terletak di dalam bilik pameran kereta Itali yang terkenal, Fiat), malah hidangannya juga mengujakan selera. Oleh itu, selain selera anda dibangkitkan oleh barisan menunya yang hebat, pandangan anda turut dimanjakan oleh kereta dan aksesori keren Fiat yang turut dijual di sana. Sebagai ‘kedai’ ltali, semestinya anda mendapatkan menu khas ltali di kafe yang mampu mendudukkan sekitar 20 orang. Pada awal makan malam anda, cuba rasa Ricotta Figs Salad, hidangan ringan yang membuka selara dengan keju istimewa Itali. Teruskan jamuan makan anda dengan Grilled Calamari, White Truffle Mushroom with Trofie atau Macaron untuk melengkapkan malam anda. Untuk minuman, Italian Smooch atau Honey Figs Margarita menjadi pilihan hebat sebagai penutup malam. eat The Match Box S uasana retro mendominasi kafe ini, dari hiasan dalamannya, muzik hinggalah ke pakaian seragam para pelayan. Ia membuatkan anda seolah berada di sebuah adegan filem Mandarin klasik era 1960an. Jika anda mencari makanan memberi ketenangan istimewa Hong Kong, cubalah Chicken Pie in a Green Bean Soup. Berbeza dengan kerak pai ayam yang biasanya masin, kerak pai ayam The Match Box pula berasa manis yang berpadu sempurna dengan sup kacang pis yang berkrim dan lazat. Bagi penggemar manisan, tiga lapisan Hot Buttered Walnuts and Jamaican Banana Pancake dengan sos karamel enak menjadikannya hidangan yang mesti dicuba. Cuba juga hidangan utama yang menggabungkan masakan Eropah dengan cita rasa tempatan seperti Deep Fried Chicken Leg with Salad dan Spaghetti with Salted Ox Tongue & Tomato. Selain Teh Susu istimewa Hong Kong yang menjadi minuman wajib di setiap bing sutt, anda juga harus mencuba minuman sensasi lagi unik Mixed Coffee and Tea. Lokasi: 2 Sun Wui Road, Causeway Bay. Dibuka: Setiap hari 08.00-23.00. 18 Resepi Hong Kong Style Milk Tea A nda boleh mencipta semula rasa teh istimewa – Teh Susu gaya Hong Kong – dengan menggabungkan tiga jenis teh: Teh yang berperisa “kuat” seperti Teh Pu-erh, Teh Assam, Teh Darjeeling, teh berperisa “lembut” seperti Teh Oolong, dan teh uncang Lipton Yellow Label. Nisbah gabungannya adalah 2:2:1. Didihkan ketiga-tiga daun teh selama 10 minit. Teh Susu versi tradisional biasa ditapis dengan kain yang menyerupai sarung kaki wanita sehingga ia dikenali sebagai “pantyhose milk tea” atau “silk stocking milk tea”. Bagi memudahkan tugas anda, tapis sahaja air teh tersebut sebanyak dua kali dengan penapis biasa. Hidangkan dengan menambah susu pekat manis mengikut cita rasa atau susu sejat untuk menghasilkan rasa teh yang lebih kuat. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa shop K onzepp D Lokasi: 50 Tung St, Sheung Wan. Dibuka: Setiap hari 12.00-20.00. shop.konzepp.com H omeless adalah salah satu jenama produk gaya hidup yang terbesar di Hong Kong. Ia menampikan pelbagai jenis produk sepeti perabot, lampu, kelengkapan dan hiasan rumah. Homeless menawarkan empat jenama produk gaya hidup (Homeless, Lost & Found, Mr.Blacksmith dan Homeless & sidekick) dan dua restoran, Basement dan Full/half di Hong Kong. Mula beroperasi sejak 2003, Homeless kini mempunyai lima cawangan yang tersebar di Hong Kong. Di kedai ini, anda boleh mencari sekitar 3,000 produk unik yang tidak hanya mempunyai fungsi bernas tetapi reka bentuk yang tersendiri. Lihat sendiri keunikan produk-produk Homeless, dan anda juga boleh membelinya sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk orang tersayang. ari luar, kedai Konzepp memikat mata dengan bahagian luarnya yang unik: garisan tak simetri menarik dengan warna kuning garang. Walaupun lokasi Konzepp agak tersembunyi di salah sebuah jalan di kawasan Sheung Wan, ia amat mudah dicari. Konzepp didirikan bersama oleh Geoff Tsui dan Willie Chan (penerbit filem dan pengurus bakat yang melonjakkan nama pelakon kungfu Jackie Chan). Anda akan menemui pelbagai produk menarik seperti pakaian, aksesori, minyak wangi, gajet canggih hinggalah ke produk-produk eksklusif hasil ciptaan pereka-pereka tempatan. Lokasinya yang tersembunyi membuat Konzepp bak sebuah peti harta karun yang tersembunyi. H omeless Lokasi: G/F, 29 Gough Street, Central. Dibuka: Isnin-Sabtu 11.30-21.30. Ahad dan hari cuti 11.30-18.30. www.homeless.hk shop D e a r B e ll Lokasi: G/F, 13 Aberdeen Street, Central. Dibuka: Setiap hari 12.00-21.00. www.dearbell.com D i kawasan Central yang memang riuhrendah, anda boleh memasuki dunia dogeng ala Alice in Wonderland. Di sini, anda boleh mencari pelbagai barang kodi dan perhiasan seperti boneka binatang dan patung watak kartun, atau pelbagai aksesori seperti kalung, gelang, cincin, dan anting-anting yang memperlihatkan reka bentuk yang aneh dan mengejutkan kerana ciri-cirinya yang unik. Visi pemilik DearBell adalah kesemua produknya mestilah berbeza dan membuat orang mengungkap kata “Wow!”. Lagi satu perkara yang membuat DearBell istimewa adalah semua produknya merupakan buatan tangan. Kelainan yang didapati di DearBell telah menambat selebriti Hong Kong menjadi pelanggan setianya. Sekiranya anda ingin tampil unik dengan aksesori edgy, berfesyen tinggi atau kelihatan feminin dengan gaya vintaj, DearBell menawarkan tempahan dalam talian atau online dan menghantar produk ke seluruh dunia. V isionaire S ebahagian dari Gough Street yang hip dan bergaya, Visionaire menampilkan aksesori dan perhiasan yang terbaik dari setiap penjuru dunia. Hiasan dalamannya membuat anda seperti di sebuah kedai kecil di Paris. Visionaire menawarkan produk dengan reka bentuk dan kualiti terbaik seperti dari Finland, Itali hinggalah ke UK dengan rangkaian produk beg tote, beg galas, pouch kembara, skarf, produk penjagaan wajah dan tubuh hinggalah ke wangian rumah mewah dan megafon mini. Koleksi Visionaire memberi sentuhan bergaya pada penampilan anda serta elemen unik di rumah anda. Cuma perlu berhati-hati kerana beg pakaian anda pasti akan menjadi bertambah berat dengan pelbagai produk yang dibeli setelah pulang dari Visionaire. 20 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Lokasi: G/F, No.26 Gough Street, Central. Dibuka: Isnin-Jumaat 11.30-20.30. Sabtu 11.30-21.30. Ahad 12.00-18.30. www.visionaire.hk Megafonemini, 'oleholeh' unik untuk smartphone anda. shop T ang T ang T ang T ang T ang Tang Tang Tang dibangunkan oleh Sir David Tang, pengasas Shanghai Tang yang juga jenama fesyen dan gaya hidup terkenal dari Hong Kong. Dengan konsep butik gaya hidup yang memberikan sentuhan mewah di setiap aspek, Sir David Tang memilih bekas kedai pajak gadai yang memiliki seni bina gaya Cina - Anglo 125 tahun di Wan Chai. Dalaman Tang Tang Tang Tang memperlihatkan gabungan warna kuning emas padu khas China dari era Dinasti Tang dan kuning satu warna (monotone) Inggeris dari zaman Victoria. Ruang seluas 325m2 ini dibahagikan kepada bilik keluarga yang serba lengkap, ruang makan, dapur dan bilik mandi. Setiap bilik menampilkan koleksi mengikut fungsinya: kimono, gaun tidur dan fesyen untuk lelaki dan wanita di dalam bilik tidur, peralatan memasak di dapur, pinggan-mangkuk, peralatan mandian di bilik mandi, serta gajet dan aksesori di ruang tamu. Menggabungkan fungsi dan estetika, reka cipta moden minimalis dan warna-warna yang menyegarkan, Tang Tang Tang Tang bekerjasama dengan pereka British, Czechoslovakia dan tempatan untuk membentangkan hasil kualiti yang unggul – seunik nama “Tang Tang Tang Tang” yang diilhamkan dari empat nada pembuka Beethoven di Symphony No.5. Periuk Nasi: Kotak ini pasti membuat tetamu ke rumah anda berasa kagum Lokasi: 66 Johnston Road, Wan Chai. Dibuka: Setiap hari 10.30-20.00. www.tangtangtangtang.com shop Picture This G emerlap lampu neon di Nathan Road, siluet pencakar langit yang boleh dilihat dari Victoria Harbour, atau Hong Kong pada suatu masa dahulu apabila wanita berjalan anggun memakai cheong sam. Permandangan seperti inilah yang telah menarik jurugambar dunia untuk cuba menangkap jiwa Hong Kong ke dalam foto gambar sejak dulu lagi. Berbeza dengan galeri balai seni yang mempamerkan karya eksklusif artis, Picture This menghasilkan semula karya-karya jurugambar berpengalaman di dunia. Bukan sahaja foto-foto Hong Kong lama, malah Picture This juga mempunyai koleksi jurugambar fotografi yang luas dan bertaraf dunia serta melangkai pelbagai subjek: alam liar Afrika, selebriti dan peristiwa-peristiwa bersejarah. Picture This juga mempunyai koleksi antik peta, buku-buku klasik dan poster vintage. poster 'jadul' Chinese Missionary Lokasi: - Kedai: 212, 2nd Floor Prince’s Building, Central. Dibuka: Isnin-Sabtu 10.00-19.00. Ahad dan hari cuti 12.00-17.00. - Galeri & Pejabat: Suite 1308, 13th Floor, Office Tower, 9 Queen’s Road, Central. Dibuka: Isnin-Sabtu 11.00-18.00. www.picturethiscollection.com Sin Sin Fine Art K Lokasi: 53-54 Sai Street, Central. Dibuka: Isnin-Sabtu 09.30–18.30. www.sinsinfineart.com 22 awasan Tai Ping Shan yang bergaya dan tenang turut menempatkan beberapa galeri seni, dan salah satunya adalah Sin Sin Fine Art Gallery yang menampilkan pelbagai artis Indonesia. Ini adalah kerana cinta pemilik Sin Sin Fine Art ke atas seni lndonesia. Di bina pada tahun 2003, Sin Sin Fine Art Gallery adalah galeri yang pertama membawa artis lndonesia ke Hong Kong. Sin Sin Fine Art turut mempopularkan seni lukisan lndonesia di Hong Kong melalui pameran yang kerap dianjurkan termasuklah: Eddie Hara, I Gusti Ngurah Buda, Putu Sutawijaya, S. Teddy Darmawan dan Tisna Sanjaya. Selain seni kontemporari Indonesia, Sin Sin Fine Art juga menghargai karya seni di Asia Tenggara dan juga daripada negara-negara lain di dunia. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa shop H ysan P lace P Foto: dok. Hysan place. ara pelancong yang gemar membeli-belah pasti berasa puas di Hysan Place. Pusat membeli-belah dengan konsep semula jadi moden ini menempatkan 120 cawangan produk-produk ternama tempatan dan antarabangsa. Dari produk fesyen dan kecantikan hinggalah gaya hidup dan budaya, anda boleh mendapatkannya di gedung membeli-belah 17 tingkat ini. Dengan hiasan dalaman dan seni lampu yang cantik, moden, berteknologi tinggi dan mutakhir, Hysan Place menjadi destinasi membeli-belah yang selesa dan menyenangkan. Lokasi: 500 Hennessy Road, Causeway Bay. Dibuka: - Ahad-Khamis 10.00-22.00. Jumaat, Sabtu dan hari cuti 10.00-23.00. - Restoran 11.00-24.00. hp.leegardens.com.hk Foto: dok. sogo. B eroperasi sejak 1985, pusat membeli-belah ala Jepun terbesar ini menjadi salah satu ‘sasaran utama’ para pelancong domestik dan antarabangsa kerana tempatnya yang selesa dan rangkaian produknya yang luas. Pusat membeli-belah 11 tingkat ini menawarkan pelbagai jenis produk berjenama, dari fesyen, kecantikan, peralatan rumah tangga, elektronik, dan mainan kanak-kanak. Anda juga boleh mencari buku, komik, novel, dan majalah Jepun di tingkat atas dalam suasana yang selesa. Lokasi: 555 Hennessy Road, Causeway Bay. Dibuka: Ahad-Khamis 10.00-22.00. Jumaat, Sabtu dan hari cuti 10.00-23.00. www.sogo.com.hk B ersiar-siar di Causeway Bay tidak lengkap tanpa melangkahkan kaki ke Times Square, gedung yang paling berprestij di kawasan ini sejak satu dekad yang lalu. Gedung ini membawakan 230 kedai yang menjual produk rangkaian sederhana hingga premium, iaitu dari pakaian, aksesori, elektronik, perlengkapan rumah dan barang permainan. Dengan dua pusat membeli-belah, sebuah pasar raya dan lebih dari 20 restoran yang menyajikan masakan Cina, Korea, Jepun, dan Eropah, Lokasi: 1 Matheson Street, Causeway Bay. Times Square menjadi Dibuka: Setiap hari 10.00pusat membeli-belah 22.00. yang terbesar di pulau www.timessquare.com.hk Hong Kong. Foto: dok. times square. Sogo Times Square shop Stanley Dibuka: Setiap hari 09.00-22.00. P usat perabot dan kelengkapan rumah terbesar di Hong Kong adalah Horizon Plaza. Ia meliputi 28 tingkat dan membawakan jenama-jenama terkenal seperti Lane Crawford, Max Mara, Joyce Warehouse, Armani dan sebagainya. Susunan dalam kedai yang rapi membuat pengalaman membelibelah anda selesa dan menyenangkan. Turut menarik perhatian penggemar makanan adalah pilihan tiga buah kafe dan pasar raya Itali di pusat ini. Sedikit tip untuk anda supaya tidak perlu beratur lama apabila memasuki lif adalah mengambil brosur panduan membeli-belah yang tersedia di pintu masuk. Anda berupaya membuat pilihan lokasi keutamaan anda atau kalau ingin berjalan-jalan melihat produk yang ada, naik saja lif dan tekan ke tingkat paling atas, dan turun menggunakan eskalator. 24 P ara pelancong yang gemar makanan dan membelibelah tidak boleh terlepas dari mengunjungi destinasi yang terletak di daerah selatan Hong Kong Island ini. Suasananya yang santai dengan pemandangan Laut China Selatan serta pelbagai pilihan restoran dan pub membuatkan lokasi ini menjadi kegemaran para pelancong Barat dan warga tempatan yang ingin berehat. Kunjungi Stanley Market untuk membeli-belah pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, aksesori, kraftangan, cenderamata, perhiasan hinggalah barangbarang antik istimewa dari oriental pada harga yang berpatutan. Apabila terasa penat, kunjungi salah satu atau beberapa restoran dan kafe atau pub dengan pelbagai pilihan masakan antarabangsa di persisiran pantai di sepanjang jalan utama kampung nelayan kecil ini. Bersantai bersama teman atau keluarga sambil menikmati makanan setelah berbelanja di suasana nyaman merasa sepoi-sepoi angin laut .. ada yang lebih nyaman dari itu? Horizon P laza Lokasi: 2 Lee Wing Street, Ap Lei Chau. Dibuka: Setiap hari 10.00-19.00 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa PLAY D ipanggil The Peak kerana lokasi ini memang terletak di titik tertinggi di Hong Kong Island, The Peak merupakan kawasan elit sejak era jajahan. Udaranya yang sejuk menarik orang berada dan selebriti. Kini, pemandangan kota dari The Peak menjadi daya tarikan orang ramai termasuk para pelancong. Kontras pemandangan bandar antara siang dan malam tentu akan memukau anda. Anda boleh menikmati keindahan bandar di beberapa tempat iaitu di Sky Terrace 428, Lugard Road Lookout, Lions View Point Pavilion, dan di dek pemerhatian di Peak Galleria. Anda boleh melihat keindahan tersebut sambil menikmati hidangan lazat di beberapa restoran di sana. Atau bersiar-siarlah sepanjang 3.5km di Peak Circle Walk. Lebih suka pilihan lain? Naik The Peak Tram, trem bersejarah yang mula beroperasi sejak 1888. The Peak Lokasi: Mid Levels. Dibuka: - The Peak Tram & Peak Tram Historical Gallery: Setiap hari 07.00-24.00. - The Peak Tower, Sky Terrace 428, The Sky Gallery: Isnin-Jumaat 10.00-23.00. Sabtu-Ahad-hari cuti 08.00-23.00. www.thepeak.com.hk Foto: dok. hong kong discovery. Shek O S hek O menjadi salah satu destinasi luar yang digemari oleh pelancong pecinta alam. Di sini terdapat denai kembara jalan kaki yang melangkau pemandangan indah alam di sekitar Dragon’s Back Hike (Shek O Country Park). Majalah TIME Asia pernah menobatkannya sebagai “Best Urban Hike in Asia”. Selain pohon rimbun dan pokok bungaan, anda juga akan turut dihiburkan dengan kicauan pelbagai jenis burung dan pemandangan alam yang menakjubkan. Tidak jauh dari Dragon’s Back adalah pantai yang menjadi sasaran para pelayar, Big Wave Bay Beach. Pantai ini juga merupakan tempat penemuan peninggalan batu terpahat dari zaman prasejarah yang kini dinamakan Declared Monument. Ia memaparkan reka bentuk geometri dan binatang sebagai ‘dokumentasi’ era prasejarah, dan merupakan satu dari sekian banyak batu pahat yang ditemui di pesisiran Hong Kong. Lokasi: Di bahagian tenggara Hong Kong Island play P Ocean Polar Adventure elbagai tarikan menarik yang menggabungkan hiburan, Jelajahlah Kutub Utara dan Kutub Selatan hanya dalam pendidikan, dan pemuliharaan satu hari di sini. Anda akan melihat haiwan-haiwan alam boleh anda nikmati di taman khas kutub. Apabila ingin rehat, Tuxedos Restaurant pelancongan yang memenangi menawarkan makanan dan minuman sambil terhibur Applause Award pada tahun 2012 menyaksikan aksi burung penguin. satu-satunya anugerah tertinggi dalam bidang industri tarikan wahana di seluruh dunia ini. Terletak di selatan Hong Kong, taman kedua ini berada di kawasan seluas 870,000 meter persegi. Keunikan budaya Hong Kong era 50an, 60an, dan Ocean Park terbahagi kepada dua 70an boleh dirasai di sini. Anda boleh menikmatinya di bahagian, iaitu The Summit (Headland) atas Tram Kolonial. Bawalah pulang cenderahati antik dan The Waterfront (lowland). Keduaistimewa Hong Kong supaya anda sentiasa mengingati duanya boleh diakses menggunakan saat menarik di Old Hong Kong. kereta kabel dan Ocean Express. Saat musim perayaan, Ocean Park yang dibuka pada 1977 ini menganjurkan pelbagai acara unik Rasakan sensasi kutub seperti Halloween Bash - sebuah di North Pole Encounter. pesta Halloween terbesar di Asia, atau Summer Splash - bermain air sepuas-puasnya di musim panas. Sebagai kawasan pemuliharaan, Ocean Park komited dalam menyokong pemuliharaan haiwan di Hong Kong dan Asia. Sebahagian dari perolehannya dijana kepada Yayasan Pemuliharaan Taman Laut Hong Kong untuk membiayai projek pemuliharaan haiwan. Bagi memastikan penerokaan anda di Ocean Park menarik, anda disyorkan untuk mengambil peta dan jadual tarikan yang disediakan di pintu gerbang. Lokasi: Wong Chuk Hang. Dibuka: Setiap hari 10.30-19.00, Summit ditutup pada pukul King Penguin 18.00 www.oceanpark.com.hk Old Hong Kong 26 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa play Park Aqua City Masakan Halal Pengembaraan bawah laut Aqua City akan memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saksikan Symbio, sebuah persembahan yang 0 memaparkan skrin 360 pertama dunia. Lihat sendiri 5,000 ikan dari lebih 400 spesies dan keajaiban bawah laut lain di kubah air yang terbesar di dunia atau melalui panel pemerhatian. Bahkan, sensasi unik makan di dalam akuarium juga boleh anda kecapi di Neptune ‘s Restaurant. Ocean Park juga menyediakan hidangan halal untuk pelancong Muslim. Kunjungi saja Lakeside Snacks dan nikmati menu-menu halalnya sambil berseronok melihat pemandangan tasik. Ada beberapa pilihan sajian halal di restoran ini seperti nasi ayam Hainan, sate ayam, sate daging, special chicken wraps, salad daun hijau dan pelbagai buah segar. Thrill Mountain Pelbagai wahana yang merangsang adrenalin boleh anda rasakan di sini. Bergantungan dari tepi tebing di roller coaster tanpa lantai, bergantungan terbalik sambil berayun di The Flash, terbang bersama The Aviator, atau cuba Rev Rooster berkelajuan tinggi. Tuxedos Restaurant perut dan hati terpuaskan. The Rainforest Kekayaan alam hutan hujan tropika bakal membuat anda kagum. Perilaku lucu monyet terkecil di dunia - Pygmy Marmoset, tikus terbesar di dunia - Kinkajou, atau burung Toucan terkecil di dunia Aracari Hijau boleh dijumpa di sini dan tentu saja pelbagai tanaman tropika yang eksotik. Burung Toucan terkecil di dunia, Toco Toucan. play Madame Tussauds Hong Kong Lokasi: Shop P101, The Peak Tower 128 Peak Road, The Peak. Dibuka: Setiap hari 10.00 - 22.00. www.madametussauds.com/hongkong 28 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Idola gadis masa kini, Robert Pattinson. Alatan atau props untuk berfoto turut disedikan apabila bergambar dengan idola Materi foto dalam artikel ini menampilkan sosok patung lilin yang dibuat dan dimiliki oleh Madame Tussauds. (foto: dok. Madame Tussauds) J ika ingin berfoto bersama selebriti dan idola, ke mana lagi kalau bukan ke Madame Tussauds. Lebih dari 100 patung lilin dan para selebriti dunia siap menanti anda untuk diajak foto bersama. Dari bintang filem, atlet, tokoh kartun hinggalah ke pemimpin dunia, dari tokoh lama hingga tokoh masa kini, semua ada di sini. Pasti anda kagum dengan patung-patung yang sangat mirip dengan personaliti asalnya sehingga ketinggian dan perincian wajah turut tepat. Selain bergambar, anda juga berkesempatan membawa pulang buah tangan beraneka macam barangan yang menarik. Madame Tussauds adalah muzium patung lilin yang ditubuhkan oleh Anne Mane Grosholtz, seorang wanita tukang patung lilin yang berbangsa Perancis. Beliau memulakan usahanya membuat muzium patung lilin di Britain, Amsterdam, dan Las Vegas dan mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat dunia. Madame Tussauds Hong Kong adalah muzium pertama di rantau Asia yang dibuka pada tahun 2000. play Hollywood Road H ollywood Road menghubungkan kawasan padat Central dan Sheung Wan serta merupakan salah satu jalan yang tertua di Hong Kong. Bagaimanapun, jalan ini sebenarnya tiada sebarang kaitan dengan kawasan Hollywood di Amerika Syarikat. Kononnya, nama Hollywood berasal dari deretan semak-semak holly yang banyak tumbuh di kawasan ini semasa Hollywood Road dibina di pertengahan abad ke-17. Di sepanjang Hollywood Road, terdapat deretan kedai-kedai yang menjual barang-barang antik khas China, dari seramik dan skrin dari era Dinasti Ming, patung dan lukisan Buddha hinggalah ke poster dan memorabilia dari era Mao. Tidak hairan juga jika Hollywood Road turut dikenali sebagai Antique’s Street. Berhampiran dengan Upper Lascar Row, kawasan ini juga dipanggil sebagai ‘Antique Market’. Selain dari koleksi barangan antik, kini galeri seni kontemporari mula muncul di Hollywood Road. Lokasi: Sheung Wan. Dibuka: Setiap hari 11.00-18.00. Central-Mid-Levels Escalator H Lokasi: Central-Mid-Levels. Dibuka: Setiap hari 06.00-10.00 (turun). 10.00-24.00 (naik). ong Kong mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, lalu-lintas dan gaya hidup seharian yang amat sibuk. Berserta dengan topografinya yang berbukit-bukit membuat Kerajaan Hong Kong memerah otak mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Mula beroperasi sejak tahun 1993, CentralMid-Levels Escalator berfungsi sepanjang 800 meter dengan ketinggian menegak mencapai 135 meter dan dinobatkan sebagai “The World’s Longest Covered Outdoor Escalator”. Central-Mid-Levels Escalator menghubungkan Des Voeux Road di Central dengan Conduit Road di Mid-Levels. Eskalator ini bergerak turun ke satu arah pada pukul 06.00-10.00 dan naik semula pada pukul 10.00 hingga ke tengah malam. Tip untuk anda - elakkan menggunakan eskalator pada waktu sibuk yang berlangsung hingga jam pukul 09.00. Perjalanan dari Central ke Mid levels dengan eskalator ini memakan masa kira-kira 20 minit. Sepanjang perjalanan, anda boleh melihat warga Hong Kong menghabiskan masa di deretan kafe dan restoran di kanan kiri eskalator. play Man Mo Temple S ebagai bandaraya moden Asia, Hong Kong adalah contoh bagaimana tradisi dan kemodenan boleh berjalan seiringan. Contohnya, Man Mo Temple yang tetap berdiri megah di tengah hiruk-pikuk Sheung Wan sejak ditubuhkan pada tahun 1847. Man Mo Temple didedikasikan untuk Dewa Sastera (Man) dan Dewa Perang (Mo). Tidak jauh berbeza dengan tradisi lama, sehingga kini para pelajar dan orang tua memenuhi kuil untuk memanjatkan doa dan persembahan kepada Man agar diluluskan dan diberi kenaikan pangkat. Manakala para peniaga serta orang dewasa memanjatkan doa dan persembahan pada Mo. Selain patung Man dan Mo, di dalam kuil ini juga terdapat patung Dewa Keadilan, Pau Kung dan Dewa Pelindung Bandar, Shing Wong. Anda juga boleh membaca sejarah Man Mo pada papan maklumat yang terletak di dekat pintu masuk. Pada tahun 2009, Man Mo Temple disenaraikan Lokasi: 124-126 Hollywood Road, Sheung Wan. Dibuka: Setiap hari 08.00-18.00. sebagai Grade I Historic Building dan menjadi www.lcsd.gov.hk salah satu Declared Monument di Hong Kong. Hong Kong D Park i tengah-tengah lanskap Hong Kong yang dipenuhi dengan deretan bangunan pencakar langit, Hong Kong Park hadir sebagai oasis kecil yang nyaman. Taman ini dirancang dengan seni reka yang harmoni dengan persekitaran bandar di sekelilingnya. Anda boleh mengunjungi Hong Kong Visual Arts Centre atau muzium barangan dan perlengkapan minum teh Flagstaff House. Bersantailah di restoran yang terdapat di Hong Kong sambil menikmati bunyi gemercik air dari air pancut dan Lokasi: 19 Cotton Tree Drive, Central. kolam bunga lili yang indah. Hong Kong Park juga memiliki rumah kaca dan taman burung yang menempatkan lebih dari 80 spesies burung yang dibina seperti hutan hujan tropika. Para pencinta burung juga berkesempatan mengikuti acara memerhati burung secara percuma pada setiap hari Rabu yang dianjurkan oleh Leisure and Cultural Services Department dan Hong Kong Bird Watching Society. 30 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Kowloon anan yang Dari kilauan lampu jal eriahan berwarna-warni, kem ktu malam, membeli belah di wa tempatan kelazatan hidangan lbagai pusat dan antarabangsa, pe pertunjukan membeli belah, juga semuanya boleh akhbar multimedia, diterokai di sini. eat Capital Café D inobatkan sebagai salah satu yang terbaik daripada bing sutt generasi baru oleh CNN Travel dan New York Times, Capital Café mengadunkan rasa khas nostalgia bing sutt dengan meja kayu, kipas, dan hiasan dengan gaya retro chic. Anda harus mencuba Scrambled Egg with Black Truffle yang lembut dan sedap dengan bauan enak truffle. Citron Honey Tea yang segar dan panas, atau minuman terlaris Capital Café, Red Bean and Fresh Milk adalah lazat. Sekiranya anda sukar untuk membuat keputusan, Capital Café juga menyediakan pilihan menu set: Breakfast Set boleh didapati bermula pada jam 07:00 hingga 12:00. Regular Set boleh didapati selepas 12.00 atau Light Meal Set boleh didapati sepanjang hari. Lokasi: G/F, 107 Sai Yeung Choi Street South. Dibuka: Setiap hari 07.00-23.00. Tai Choi Go: Agar-agar sejuk berbentuk telur ini boleh menjadi pilihan pencuci mulut yang menyegarkan. Resepi Scrambled Egg with Truffle Cara membuat: Untuk scrambled egg: Pukul telur, tidak terlalu kuat, sehingga putih dan kuning telur bercampur. Tambahkan susu, garam dan lada hitam dan pukul sehingga sebati. Panaskan mentega dalam kuali leper tidak melekat dengan api rendah sehingga mentega cair. Tuang telur dan masak selama 20 saat sebelum digaul menggunakan sudip kayu. Biarkan selama 10 saat dan kemudian gaul sehingga telur masak tetapi masih lembut. Matikan api, angkat kuali dan biarkan telur di dalam kuali selama beberapa saat. Gaulkan telur sesaat. Sajikan scrambled egg di atas roti bakar. 1 2 Bahan: 2 biji telur, 6 sudu besar susu segar atau susu cair penuh lemak, garam dan lada hitam secukupnya, mentega secukupnya untuk menggoreng, ½ black truffle – dicincang halus, 1 keping roti bakar 32 Untuk truffle: * Tumiskan truffle seketika dengan sedikit mentega sehingga bau cendawan naik. Angkat dan taburkan ke atas scrambled egg. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat He She Eat S Foto: dok. he she eat. ekiranya anda gemar benda-benda manis, ayuh ke He She Eat. Dengan tingkap kaca yang mendominasi bahagian luar, He She Eat adalah tempat untuk ‘melihat dan dilihat’. Hiasan dalaman berwarna fuschia dan magenta yang terang dengan meja kayu serta candelier kontemporari membuat anda seronok untuk menghabiskan masa di sini. Pelbagai variasi souffle, pannacotta, crepe, waffle, pastry, atau pemanis mulut berasaskan susu, coklat, dan telur boleh anda rasa di sini. Anda boleh mencuba Sakura Strawberry Panna Cotta yang menyegarkan, Kahlua and Baileys Souffle with Cookie Ice Cream yang enak, Lemon Cream Pancake Roll yang manis, dan Soft Hazelnut Chocolate yang ‘mencairkan hati’. Anda juga boleh mencuba Japanese Caramel Cheesecake yang kaya rasanya dan Mango Napoleon rangup. Bukan hanya sekadar lazat, pemanis mulut di He She Eat juga dihidangkan dengan cantik, seperti Double Chocolate Mousse yang dihidangkan dalam balang kecil. Sedap! Lemon Cream Pancake Roll Lokasi: Shop 4, G/F, Ngai Hing Mansion, 22 Pak Po Street, Mong Kok. Dibuka: Setiap hari 14.00-01.00. www.facebook.com/HeSheEat Makanan Jalanan alanan M akanan jalanan di Hong Kong memiliki status sendiri dalam himpunan masakan dunia. Bukan itu sahaja, pengalaman merasai makanan jalanan juga menjadi penanda untuk menentukan kesahihan kunjungan anda ke Hong Kong. Di setiap sudut jalan di Hong Kong, amat mudah untuk anda menemui penjual makanan jalanan. Anda hanya perlu mengikut bau sedap yang dibawa angin atau hanya dengan memerhatikan Rasa barisan panjang yang menanti pesanan. masam-pedas Dalam kesibukan Kowloon, anda perlu mencuba takoyaki beberapa makanan jalanan istimewa Hong Kong. Bukan membuat lidah hanya wafel telur atau bebola ikan, tetapi juga pelbagai anda menari) makanan laut yang dipanggang, dibakar, atau digoreng. Ada juga sayur-sayuran seperti terung atau lada. Belum Lokasi: Jalan-jalan sekitar Mong Kok lagi pelbagai pilihan sos yang boleh anda cuba: sos kari, Dibuka: Setiap hari, biasanya sehingga mustard, sos BBQ, atau serbuk cili. Hmmm... gabungan tengah malam kelazatan tanpa batas. eat Hui Lau Shan D idirikan sejak tahun 1960an di kawasan Yuen Long, Hui Lau Shan kini menjadi salah satu kedai pemanis mulut yang paling popular di Hong Kong serta mudah ditemui di mana sahaja. Menyajikan pemanis mulut istimewa Hong Kong yang didominasi rasa mangga yang manis segar seperti Mango Combo yang terdiri dari potongan buah mangga dan buah-buahan segar, ais kisar, dan santan. Untuk dikongsi bersama rakan-rakan, anda boleh memesan Mango Platter, tiga pemanis mulut berbeza: Mango Chunks with Mango Puree and Glutinous Rice Balls, Crystal Jelly with Mango Chunks and Mango Ice Cream, dan Mango Mochi with Fresh Mango. Hui Lau Shan juga menyajikan pemanis mulut mengikut musim seperti pemanis mulut istimewa musim, Stewed Bird’s Nest with Harsmar, yang dihidangkan panas dalam tempurung buah kelapa. Kandungan sarang burungnya dipercayai mampu menjaga stamina apabila musim sejuk tiba. Lokasi: 58-60 Sai Yeung Choi Street. Dibuka: Setiap hari 11.00-01.00. Jumaat, Sabtu dan hari cuti 11.00-02.00. www.hkhls.com Ming Fat Spicy Crabs R asai pengalaman masakan asli Hong Kong dengan menjamu selera di dai pai dong di kawasan Yau Ma Tei, lengkap dengan suasana masa silam Hong Kong di sekitar Temple Street. Sesuai dengan namanya, Ming Fat Spicy Crabs menyajikan makanan laut istimewa Hong Kong, Spicy Crabs. Ketam kaya dengan rasa enak disajikan dengan cepat dan panas. Bukan hanya ketam, Ming Fat juga menyajikan pelbagai hidangan makanan laut istimewa Hong Kong seperti Fried Squids yang rangup, Spicy Snails yang pedas dan mengujakan, dan banyak lagi. Jika anda berkunjung ke Hong Kong pada musim sejuk, Ming Fat Spicy Crabs juga menawarkan pelbagai pilihan periuk tanah dan periuk panas dengan pelbagai lauk atau sayuran goreng untuk menghangatkan perut di malam yang sejuk. 34 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Lokasi: G/F, No 105 Woosung Street, Jordan. Dibuka: Setiap hari. eat Dai Mok X injiang dikenali sebagai daerah yang didiami orang Muslim di China. Berabad-abad yang lalu, Xinjiang adalah salah satu kota perdagangan yang sibuk pada era Laluan Sutera. Tidak hairanlah apabila masakan Xinjiang dipengaruhi masakan Timur Tengah. Kelazatan masakan Xinjiang dapat anda nikmati di Dai Mok. Suasana Xinjiang juga tidak hanya dirasai oleh hidangan, tetapi juga dengan seni bina dalaman yang dihias dengan barang kodi dan hiasan khas Xinjiang serta muzik tradisional Xinjiang yang beralun lembut. Anda boleh menikmati keunikan sensasi masam segar Salted Jelly Fish sebagai hidangan pembuka. Sebagai hidangan utama, Dai Mok menyediakan daging biri-biri menjadi pelbagai hidangan lazat seperti Lamb Rack yang berjus atau Hand Roll Minced Lamb. Akhiri hidangan anda dengan Lamb Yogurt dan teh herbal Lemon Honey Osmanthus Tea yang panas dan menyegarkan. Lokasi: 27C Pak Tai Street, To Kwa Wan. Dibuka: Rabu-Ahad 12.00-15.00, 18.00-22.30. Ma’s R e s ta u r a n t R estoran ini boleh menjadi pilihan anda sekiranya anda ingin mencari hidangan halal di Hong Kong, terutamanya ketika anda berada di Kowloon. Poster masjid dan warna hijau membuatkan Ma’s Restaurant mudah ditemui. Menyajikan masakan halal Kanton sebagai menu utama dan juga masakan Xinjiang, Ma’s Restaurant digemari oleh bukan hanya pelancong Muslim bahkan juga orang tempatan. Ma’s Restaurant menyajikan begitu banyak pilihan makanan. Anda tidak perlu risau, sebagai hidangan utama, anda boleh mencuba Sliced Beef with Vegetable Chow Mein atau sayur goreng penuh rasa, Braised Vegetable with Dried Scallop and Mushroom, diiringi semangkuk nasi panas. Sliced Beef with Vegetable Chow Mein Cubalah mi sejuk’ Shredded Beef with Bean Thread Sheets ini. Rasanya unik) Lokasi: G/F, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Sham Shui Po. Dibuka: Setiap hari, 11.30-23.00. eat C afé N eo S iapa yang tidak tergoda dengan bufet masakan laut segar dan lazat serta masakan antarabangsa a la carte yang tersaji sehingga larut malam? Manjakan lidah anda dengan hasil laut berkualiti terbaik seperti udang putih Amerika Syarikat, isi ketam Alaska, kekapis Australia, dan kupang New Zealand di Café Neo. Ditambah pula dengan hiasan dalaman serta ruangan yang selesa dan layanan mesra, acara makan anda akan menjadi sempurna. Selain daripada masakan utama seperti Braised Grouper on Bean Curd and Mushroom and Fried Rice with Seafood, anda juga boleh memilih sajian lain seperi Chicken Makhni, Indian Vegetable Soup, Mutton Curry dan Tandoori Lamb Chops yang asli dan penuh perisa. Selain itu, Café Neo juga menyajikan menu a la carte seperti pasta, sandwic, dan pilihan pemanis mulut seperti Golden Chestnut Cake yang dibuat dari buah beri segar dan krim. Dengan kapasiti 298 orang, Café Neo menyajikan bufet sepanjang hari mulai dari Breakfast Buffet pada pukul 06.30-10.30, Brunch Buffet 11.00-15.00, Lunch Buffet 12.00-14.30, Tea Buffet 15.00-17.30, sehingga Dinner Buffet 18.30-21.30, setiap hari. Mutton Curry Braised Grouper on Bean Curd and Mushrooms Lokasi: B1, Regal Oriental Hotel, 30-38 Sa Po Road. Dibuka: Setiap hari 06.30-23.00. www.regalhotel.com/regal-oriental-hotel/en 36 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat Kam Wah Café “P ineapple bun” atau bo lo bau – salah satu ikon makanan Hong Kong – terbaik boleh didapati di sini. Keenakannya diakui pelbagai media dan penulis blog antarabangsa. Roti ini dipanggil “Pineapple Bun” kerana bentuk rekahan keemasan di bahagian atas roti yang menyerupai corak kulit nenas. Bo Lo Bau Kam Wah Cafe dikenali kerana tekstur rotinya yang gebu dan lembut serta rasa manis perasa dari hiasan atas Bo Lo Bau yang berwarna keemasan. Di Kam Wah Café, anda wajib mencuba Bo Lo Yau. Sebagai alternatif, anda boleh membelah Bo Lo Bau yang masih panas dan memasukkan kepingan mentega di tengahnya. Pelbagai makanan penenang dan makanan ringan istimewa Hong Kong ini juga wajib dicuba: Egg Tart dengan kulit rangup dan adunan kastard yang manis, Mexican Bun yang beraroma kopi, Hong Kong Style French Toast, atau untuk tenaga tambahan di waktu pagi, anda juga boleh mencuba Satay Beef Noodle. Lokasi: G/F, 47 Bute Street, Prince Edward. Dibuka: Isnin-Ahad 06.30-12.00. Resepi Hong Kong Style French Toast Bukti-bukti pengiktirafan ke atas kelazatan juadah di kafe ini) Bo Lo Yau French Toast istimewa Hong Kong menggunakan dua keping roti yang disapu mentega kacang, ditangkupkan, kemudian dicelupkan ke dalam telur yang dipukul lalu digoreng dengan minyak yang banyak. Pastikan minyak sudah panas ketika anda menggoreng supaya Hong Kong French Toast anda ranggup dan tidak menyerap minyak. Bahan: 2 keping roti tawar, 2 biji telur - dipukul, mentaga kacang untuk sapuan, susu pekat manis – jika perlu, mentega, madu secukupnya Cara membuat: 1 2 3 4 Sapu roti dengan mentega kacang dan susu pekat manis Celup ke dalam telur yang telah dipukul sehingga rata Goreng sehingga berwarna keemasan Sajikan panas dengan mentega cair dan madu eat S tarbucks Sai Yee Street K edai Starbucks ini menjadi tempat tumpuan pelbagai budaya dan trend terbaru di tengah Sai Yee Street yang dinamik. Dengan visi untuk mencerminkan ciri-ciri Mong Kok yang kaya dan bertenaga serta mempromosikan budaya dan karya seniman tempatan, Sai Yee Street Starbucks mengandungi jenama cara hidup tempatan G.O.D dan seniman Stanley Wong dalam merancang dua tingkat Sai Yee Street Starbucks. Dengan keluasan besar melebihi 550m2, Sai Yee Street Starbucks menjadi kedai konsep yang dihias dengan koleksi gambar dari masyarakat tempatan yang melakukan aktiviti di Sai Yee Street. Filem, salah satu ikon budaya di Hong Kong, juga dimanfaatkan Sai Yee Street Starbucks sebagai elemen penting melalui teater mini dengan skrin seluas 100 inci, pemain video HD, dan audio yang hebat. Lokasi: 1/F & 2/F, Wai Kee House, 89-91 Sai Yee Street, Mong Kok. Dibuka: Isnin-Khamis, Ahad dan hari cuti 08.00-24.00. Jumaat-Sabtu 08.00-01.00. Duddell Street D uddell Street dengan anak tangga yang diperbuat daripada batu granit dan empat lampu gas masa silam Hong Kong menjadi inspirasi bagi gerai Starbucks. Menyatukan suasana nostalgia masa lalu Hong Kong dengan reka bentuk istimewa minimalis moden Starbucks, Duddell Street Starbucks adalah satu-satunya dan juga Starbucks pertama di dunia yang memiliki sudut bing sutt. Bekerjasama dengan jenama cara hidup tempatan G.O.D. salah satu sudut di Duddell Street Starbucks bertukar rupa menjadi Bing Sutt istimewa Hong Kong, lengkap dengan pelbagai hiasan dan barangan hiasan dari era 1950an dan 1970an. Melangkah masuk ke dalam Duddell Street Starbucks akan membuat anda seolah-olah melangkah ke masa lalu Hong Kong. Lokasi: Shop M2, Mezzanine Floor, Baskerville House, 13 Duddell Street, Central. Dibuka: Isnin-Khamis 07.00-21.00, Jumaat 07.00-22.00. Sabtu 08.00-22.00, Ahad dan Hari cuti 09.00-20.00. 38 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat Harbour Plaza 8 Degrees Hotel M asyarakat Muslim di Asia, memang sudah biasa dengan Harbour Plaza 8 Degrees Hotel. Jangan terkejut sekiranya di hotel empat bintang yang berlokasi strategik di daerah Kowloon ini, anda dengan mudah bertembung dengan personaliti-personaliti Asia Tenggara dan Asia Selatan. Salah satu sebab ramai pelancong memilih hotel ini adalah lokasinya. Dari hotel dengan reka bentuk condongan 8 darjah ini di beberapa bahagian dalamannya, anda mudah menuju ke MTR Station, Kowloon Bay, kawasan beli belah Kwun Tong, dan Tsim Sha Tsui. Harbour Plaza 8 Degrees juga menyediakan bas ulang-alik dari hotel ke beberapa tempat. Anda akan berasa selesa dengan keramahan staf hotel dan kebersihan kawasan hotel. Lokasi: 199 Kowloon City Road, Tokwawan. www.harbour-plaza.com/hp8d Penerima Best Mid-Range Hotel in Hong Kong 4x berturutturut sejak 2010 dan pelbagai penghargaan lain M C afé 8 D egre es enu halal juga menjadi salah satu sebab utama orang Muslim mengunjungi hotel ini. Nikmati sajian bufet atau pun a la carte pilihan anda di Cafe 8 Degrees. Ada beberapa menu yang boleh anda cuba kelazatannya di sini seperti Yum Sum O (udang dan salad limau bali dengan kacang dan cili), Spaghetti Bolognaise with Cheese, Roasted Lamb Chop with Rosemary Sauce, atau Indian Curry Chicken. Untuk minuman, nikmati kesegaran Salty Mango Lassi, Strawberry Lemonade atau Masala Chai. Dibuka: Setiap hari Sarapan pagi: 06.30-10.00, Makan tengahari: 12.00-14.30 Teh: 15.0017.00, Makan malam: 18.00-23.00 Ahad (Lunch buffet): 12.00-14.30 eat Cuisine Cuisine at the Mira J ika anda ingin makan di tempat yang selesa dengan hiasan dalaman moden yang berani dan mewah di Hong Kong, Cuisine Cuisine adalah pilihan yang tepat. Hiasan candelier yang menarik di atas perabot berwarna hijau zamrud yang direka sesuai dengan feng shui bakal menambah tumpuan upacara makan anda. Restoran yang meraih penghargaan satu Bintang Michelin ini menyediakan hidangan Kantonis dan Cina dengan rasa dan hiasan yang unik memikat hasil kreativiti para chef kelas antarabangsa yang akan menyediakan menu yang berbeza di setiap musim. Di sini, anda bakal mengalami tradisi dim sum yang berbeza dan meninggalkan kesan di hati. Anda juga boleh mencuba Steamed Lobster with Scallops and White Truffle atau Steamed Crab Meat, Shrimps and Vegetables. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai Steamed Crab Claw with Black Truffles on Winter Melon dan Steamed Lobster with Egg White Topped with Sea Urchin and Fish Roe. Terdapat juga hidangan-hidangan lain dengan rasa eksklusif yang boleh anda rasai. Steamed Crab Claw with Black Truffles on Winter Melon. Lokasi: 3rd Floor The Mira, 118 Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Lunch: Isnin-Sabtu 11.3014.30, Ahad & Hari cuti 10.30-15.00 Makan Malam: setiap hari 18.0022.30 www.themirahotel.com 40 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat A lle g r e t t o V i v a E s p r e ss o A nda tentu sudah biasa dengan pelbagai pilihan latte art di cawan kopi anda. Namun, bagaimana pula dengan latte art 3 dimensi atau kopi 3D dalam pelbagai bentuk haiwan yang melucukan? Di Allegretto, kreativiti penyaji kopi (barista) dalam membentuk latte art 3 dimensi membuatkan pengunjung rela menunggu hingga 30 minit, hanya untuk mendapatkan secawan kopi dengan latte art berbentuk panda, beruang, atau kucing yang comel. Walau apa pun kopi yang menjadi pilihan, anda boleh meminta penyaji kopi untuk menghasilkan latte art 3 dimensi secara percuma. Untuk menemani kopi, anda boleh mencuba Tiramisu yang gebu dan berkrim, Napoleon Hazelnut Cake dengan kek coklat mousse yang kaya dan taburan kacang yang ranggup, kek keju dengan jem strawberi dan aneka buah beri yang masam segar, atau aneka mufin yang lazat. Lokasi: Shop 1A, Promenade Level of Tower 3, China Hong Kong City, 33 Canton Road, Tsim Sha Tsui Dibuka: Isnin-Sabtu 08.00-20.00 Ahad 10.00-20.00 P a tiss e ri e Tony Wong T Lokasi: - 74 Fuk Lo Tsun Road, Kowloon City. Dibuka: Setiap hari, 11.00-21.00. www.patisserietonywong.com ony Wong yang berpengalaman lebih dari 30 tahun, tidak menghentikan inovasinya dalam mencipta kek unik daripada bahan yang berkualiti terbaik. Salah satu hasil kreatifnya yang masyhur ialah Rose Cake. Kelopak kuih yang berbentuk mawar ini dibuat daripada coklat yang dibuat dan dirangkai satu persatu. Ia disediakan dalam pelbagai pilihan warna seperti merah jambu, coklat, merah, ungu, oren keemasan dan hijau epal. Selain daripada Rose Cake, Patisserie Tony Wong juga menghasilkan kuih bertema Tahun Baru Cina, Hari Natal, kuih dengan bentuk unik serta kuih dekoratif yang biasa anda pesan untuk musim perayaan bersama orang tersayang. Patisserie Tony Wong juga mencipta ciptaan baru daripada kuih turun-temurun yang diberikan sentuhan rasa Asia seperti Green Tea Opera atau Azuki yang dimadukan dengan rasa Matcha, teh hijau, dan kacang merah. eat Spice D i tengah kepadatan dan banyaknya kawasan Tsim Sha Tsui, anda selalu boleh bertemu di tempat makan dengan atmosfera dan suasana yang nyaman serta–tentu sahaja–menawarkan hidangan yang lazat. Terletak di dalam sebuah bangunan komersial, Spice yang merupakan salah sebuah restoran halal, menyajikan kulinari autentik Malaysia, Thailand, dan India. Hiasan dalamannya yang moden dan elegan dengan beragam pernik khas Asia menyambut kedatangan anda. Mulai suapan anda dengan Thai Pomelo Salad yang segar lagi pedas dengan udang yang sedap. Malay Satay dengan kuah kacang masam pedas lagi segar, Stir Fried Mixed Vegetables yang renyah, atau Thai Green Curry Chicken dan Thai Yellow Curry Chicken yang sedap juga boleh membuatkan lidah anda berdecak. Bagi penggemar makanan pedas, hidangan autentik India Lamb Rogan Josh mesti dirasa. Acara menjamu selera tentu tidak lengkap tanpa Naan, roti khas India yang selalu ada semasa acara menjamu selera. Spice turut menyediakan Garlic Naan. Akhiri dengan Mango Lassi yang pekat dan manis serta menyegarkan. Sukar untuk membuat pilihan? Spice menyediakan 3-Course Set Lunch yang disediakan setiap hari jam 12.00-14.30 dan terdiri daripada Soup of The Day, 2 pilihan salad, dan 8 pilihan hidangan utama untuk anda pilih salah satu daripadanya. Spice juga menyediakan ruangan VIP untuk santapan peribadi. Lokasi: 2/F, No. 1 Knutsford Terrace, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Setiap hari 12.00-15.00, 18.00-00.00. www.spice-restaurant.hk 42 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat Empire City R oasted Duck Lokasi: Shop 221, Level 2, K11 Art Mall, 18 Hanoi Road, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Setiap hari, 11.00-23.00. D i sini wujudnya sajiani khas dari China, terutamanya Beijing dan Szechuan, di tengah-tengah kota Hong Kong. Dengan interior yang moden dan nyaman, nikmati santapan tengah hari dengan satu bahagian Peking yang disajikan sesuai dengan tradisi autentik di Beijing: dipanggang dengan kayu laici, disajikan dengan cara digulung bersama kulit pastri khusus, hirisan sayur segar, gula, dan sos BBQ. Variasi menu yang lain tidak kurang lazatnya. Salah satunya adalah Stewed Fish Head with Green Onion. Kelembutan daging ikan yang lembut dan sedap bergabung dengan bumbu yang manis dan daun bawang yang segar, sesuai untuk menjamu selera tengah hari bagi anda dan keluarga. Atau cuba juga Stewed Fish Head with Homemade White Sauce bersama sensasi rasa yang kaya, sedap dan berkrim. Resepi Stewed Fish Head with Green Onion Bahan: 1 kepala ikan tawar berukuran besar Cendawan butang–jumlah mengikut cita rasa–dibelah dua 1–2 tangkai daun bawang–potong serong memanjang 3 ulas bawang putih–ditumbuk halus 1 biji bawang merah–dipotong halus Seledri secukupnya 1-2 senduk makan angciu Stok ayam yang pekat Cara membuat: 1 2 3 4 Goreng kepala ikan selama lebih kurang 5 minit, asingkan. Tumis cendawan butang, seledri, daun bawang, bawang putih, bawang merah, halia, dan angciu di kuali selama 2-3 minit sampai berbau harum. Tambahkan kepala ikan dan kuah ayam yang pekat secukupnya. Rebus selama 10 minit hingga kepekatan terserap. Hidangkan segera. eat Dim Sum Bar M enikmati dim sum autentik merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya anda tangguhkan seandainya berada di Hong Kong. Ada sebegitu banyak variasi dim sum di Hong Kong ini yang jarang atau bahkan tidak akan anda temui di negara sendiri. Untuk pengalaman menikmati dim sum dalam suasana moden, kasual, dan mengikut aliran, orak langkah kaki anda ke Dim Sum Bar. Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan istimewa seperti Baked Abalone and Chicken Pastry yang kaya dengan rasa, Deep Fried Squid Balls yang lazat, atau Steamed Rice Flour Rolls with Crispy Rice Nest and Seafood yang sedap dan kenyal. Pelbagai pilihan bubur, mi, nasi mahupun beraneka hidangan yang sesuai mengikut musim juga disediakan. Anda boleh memilih Breakfast Set yang disediakan dari jam 08.00-11.00 atau Lunch Set yang disediakan dari jam 11.30-14.30. Keduaduanya juga disediakan untuk dibungkus jika anda sedang mengejar masa. Lokasi: Shop G103, Ground Floor, Gateway Arcade, Harbour City, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Isnin-Ahad 08.00-22.30. www.cafedecogroup.com Kemanisan rasa Chilled Coconut Milk and Osmanthus Pudding boleh mengimbangi rasa sesudah menikmati dim sum yang sedap. Antara Dim Sum dan Yum D Baked Abalone and Chicken Pastry 44 Cha im sum (bererti “menyentuh hati”) ialah hidangan dalam bahagian yang kecil yang biasa dimakan bersamasama. Kini, dim sum yang mempunyai variasinya sehingga lebih daripada 2,000 ini sudah menjadi hidangan utama dengan banyak modifikasi dalam sajiannya. Umumnya, teh menjadi minuman wajib bersama dengan dim sum. Tidak hairanlah apabila memakan dim sum juga dikenali sebagai juga yum cha atau minum teh. Ketika berada di restoran, cuba perhatikan pelanggan yang mengetukkan tiga batang jari di meja. Ini ialah cara yang berasal dari era Dinasti Qing (1644-1911) sebagai tanda terima kasih ketika seseorang atau pelayan yang menuangkan air teh ke cawan. Jari telunjuk mewakili kepala yang menunduk sebagai tanda hormat, dua batang jari yang lainnya menggambarkan lengan yang sedang sujud. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat D essert K itchen M Lokasi: G/F, 12-12A Hau Fook Street, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Isnin-Ahad 15.00-01.00. www.dessertkitchen.com.hk Resepi erehatkan kaki dan berbual di petang hari sambil menikmati pencuci mulut lazat setelah seharian menjelajah Tsim Sha Tsui sudah tentu terasa sangat menenangkan jiwa. Dessert Kitchen menyajikan beraneka pilihan sajian pencuci mulut yang menyegarkan, bermula daripada yogurt beku, parfait, sundae, puding, ais campur hingga pencuci mulut khas Hong Kong, sama ada yang panas ataupun sejuk. Cuba hidangan pencuci mulut istimewa mereka, Purple in Love, buih dengan rasa anggur yang segar, bola tapioca, rasa manis anggur yang segar dari Jepun, bergabung dengan taro mocha yang kenyal, sirap anggur dari sari anggur semulajadi dan ais campur ini boleh mengembalikan senyuman pada waktu anda berehat setelah berjalanjalan. Selagi masih berada di Hong Kong, cuba pula pencuci mulut khas kebanggaan orang Hong Kong, Chilled Mango Sago Cream with Pomelo yang menyepadukan manisnya potongan buah mangga dengan asam segar limau Bali, disirami sirap mangga dan susu pekat manis. Bagi pencinta pencuci mulut yang berkrim boleh mencuba Passion Couple Parfait, atau Strawberry Pudding yang segar dan Caramel Pudding yang manis. Chilled Mango Sago Cream with Pomelo Bahan: 15 gram limau Bali (pomelo) 2 sudu besar susu segar 1 sudu besar santan 1 sudu besar susu sejat pekat manis 300-400 gram isi buah mangga dipotong dadu (sisa isi buah mangga dikisar dan dicampurkan dengan sirap cair hingga pekat supaya menjadi sirap mangga) 1 sudu besar sagu mutiara 1 sudu teh sirap gula Cara membuat: 1. Tuangkan susu segar, santan, dan susu sejat pekat manis. Tambahkan sirap mangga. Adunkan dengan sekata. 2. Tambahkan sagu mutiara. Adunkan dengan sekata. 3. Tambahkan pomelo dan potongan mangga. Juga boleh ditambahkan dengan ais campur. 1 2 shop Street Market Ladies’ Market Sneakers Street S F alah sebuah destinasi membeli-belah yang paling meriah di Mong Kok ialah Tung Choi Street, atau lebih dikenali sebagai Ladies’ Market. Lebih daripada 100 buah kedai pakaian, sama ada pakaian wanita, lelaki, dan anak, aksesori, dan cendera mata, seperti rantai kunci, magnet dan set teh. Ladies’ Market menjadi lokasi yang sering berada dalam senarai tugasan pelancong apabila berkunjung ke Hong Kong. Bagi mendapatkan tas tangan pada harga yang rendah, anda perlu bersiap sedia untuk mengamalkan ilmu tawarmenawar. Dibuka: Setiap hari, kebanyakan kedai dibuka sebelum jam 12.00-24.00. a Yuen Street lebih dikenali sebagai Sneakers Street kerana di sinilah anda boleh menemui deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kasut dan perlengkapan olahraga dengan harga yang berpatutan. Cuci mata anda kerana anda akan menemui koleksi terbaru atau edisi terhad daripada jenama kasut kesayangan anda di sini. Psst... kononnya atlet tersohor dunia juga sering mengunjungi Sneakers Street, salah seorangnya ialah atlet NBA Lebron James. Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00/23.00. Pasar Khusus yang lain M ong Kok juga menawarkan pengalaman membelibelah yang tidak dapat dilupakan, sekali gus menjadi latar belakang bagi pengambilan gambar yang menarik. Sayang sekali jika anda tidak mengunjungi deretan bunga dan tanaman hiasan yang beraneka warna di Flower Market yang ada di sepanjang Flower Market Road di kawasan Prince Edward. Malahan, Goldfish Market di Tung Choi Street North juga yang menawarkan pelbagai ‘hidupan air’ dan perlengkapannya. Yuen Po Bird Garden di Yuen Po Street juga menjadi alternatif lain buat pencinta unggas. Dibuka: - Flower Market: Setiap hari 07.00-19.00. - Goldfish Market: Setiap hari 10.00-20.00/22.00. - Bird Garden: Setiap hari 08.00-18.00. 46 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa shop K11 Art Mall K 11 Art Mall terletak di tengah-tengah bandar Tsim Sha Tsui, berdekatan dengan Hong Kong Museum of Art dan Hong Kong Museum of History. Dengan keluasan 340,000 m2 dan terdiri daripada 7 tingkat, K11 Art Mall telah dinobatkan sebagai “The World’s First Art Mall”. Anda boleh menemui lebih daripada 75 karya seni dari maestro dunia di K11 Collection. Lokasi: 18 Hanoi Road, Tsim Sha Tsui. Manakala di K11 Design Store, disediakan produk eksklusif daripada pereka ternama dunia. Secara Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00 www.k11concepts.com eksklusif, beberapa jenis produk telah dilancarkan buat kali pertama di Hong Kong. L angham P lace L angham Place Mall yang dikenali sebagai “Hong Kong shopping hotspot” adalah yang terbesar di kawasan Mong Kok. Dibangunkan dengan konsep pusat membeli-belah yang menegak, Langham Place Mall didirikan di kawasan seluas 56,000 m 2 , dan setinggi 15 tingkat. Dengan reka bentuk unik The Spiral di Aras 9 hingga Aras 12, anda tidak perlu menggunakan eskalator untuk menerokai setiap tingkatnya. Namun, jika sedang bergegas, anda boleh memilih Xpresscalators, eskalator setinggi sekitar 76 meter. Nikmati juga kelazatan pelbagai kulinari di medan selera di tingkat 4 atau ruang makan dalam alfresco di tingkat paling atas. Lokasi: 8 Argyle Street, Mong Kok. Dibuka: Setiap hari 11.00-23.00. www.langhamplace.com.hk/en M ira M all D engan keluasan 100,000 m2 , Mira Mall terletak di dalam kompleks hotel The Mira Hong Kong. Fesyenista boleh mencari koleksi terkini jenama antarabangsa di dua tingkat teratas dari keseluruhan tingkat. Sedangkan bagi barangan gaya hidup seperti perhiasan rumah, anda boleh mencari di dua tingkat bawah. Apabila beg membeli-belah anda mulai penuh, berehatlah di Room One Lounge atau Vibes Open Air Longe Bar. Pelbagai pilihan kulinari Eropah, China, Jepun yang lazat dan kafe untuk bersantai juga ada di sini. Lokasi: 118 Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00. www.mira-mall.com shop iS quare P usat membeli-belah yang menempatkan kawasan Hotel Hyatt Regency ini merupakan pusat membeli-belah dengan konsep one-stop shopping and entertainment yang bersambung dengan stesen MTR Tsim Sha Tsui. Mencecah sehingga setinggi 31 tingkat, iSquare terdiri daripada pelbagai penyewa. Selain puluhan outlet fesyen dan pelbagai keperluan rumah, anda juga boleh menyaksikan filem di Pawagam UA yang memiliki 5 cineplex canggih termasuk UA iSquare IMAX yang terbesar di Hong Kong. Sudah tentu ia dilengkapi dengan berpuluh gerai makanan dan minuman yang menyajikan aneka makanan multinasional, dan sebuah restoran fine dining di tingkat 30 dan 31 dengan pemandangan yang menakjubkan pada 270 darjah Victoria Harbour. M The One Acara pakaian beragam menjadi daya tarikan pengunjung Lokasi: 100 Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Setiap hari 11.00-23.00. www.the-one.hk 48 Lokasi: 63 Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Dibuka: 10.30 – 22.30. www.isquare.hk enjadi kompleks barangan runcit tertinggi di Hong Kong dengan 23 tingkat, The One seolaholah menyegarkan wilayah Tsim Sha Tsui dengan menghubungkan daerah perbelanjaan tradisional di sepanjang Canton Road dan Tsim Sha Tsui Central, sehingga menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang. The One menggabungkan lebih daripada 200 buah kedai di dalamnya dan menawarkan pengalaman runcit unik semuadalam-satu bagi pelancong. Penuhi nafsu berbelanja anda, daripada produk perhiasan, pakaian, aksesori, kosmetik, perlengkapan rumah, dan sebagainya. Untuk berehat semasa membeli-belah, anda boleh memilih beberapa restoran di Sky Dining yang terletak di tingkat 17 hingga 21 untuk menikmati pelbagai hidangan lazat sambil menghayati pemandangan indah Hong Kong dari ketinggian itu. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa shop H arbour C ity D engan keluasan melebihi 185 ribu m 2, bersedialah menerokai Harbour City, pusat membeli-belah yang terbesar di Hong Kong. Tidak jauh dari Victoria Harbour, Harbour City menawarkan pengalaman membeli-belah, menjamu selera dan hiburan paling lengkap di Tsim Sha Tsui. Harbour City terbahagi kepada 5 seksyen: Gateway Arcade, Ocean Centre, Ocean Terminal, Marco Polo Hong Kong Hotel Arcade dan Star Annex serta 8 kategori kedai runcit. Masing-masing menawarkan pengalaman berbelanja yang tidak dapat dilupakan. Bermula dengan jenama fesyen antarabangsa, perhiasan, jam tangan, produk kecantikan hinggalah ke alat elektronik. Apa pun yang anda inginkan, boleh didapati di Harbour City. Setelah penat membelibelah, Harbour City menawarkan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan dengan pemandangan indah Victoria Harbour di lebih daripada 50 restoran. Lokasi: 3–27 Canton Road, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00. G ranville R oad A da begitu banyak alternatif destinasi membeli-belah yang ditawarkan di Hong Kong. Bagi anda yang menyukai fesyen, Granville Road menjadi destinasi yang mesti dikunjungi. Deretan pengeluar kilang yang menjual jenama tempatan dan antarabangsa serta butik yang menawarkan fesyen jalanan yang digemari oleh anak muda, sedia menanti kunjungan anda. Jika anda ingin mengetahui arah aliran fesyen di Hong Kong, kunjungi Rise Shopping Arcade di Granville Road atau Beverly Shopping Centre di Chatham Road South. Di sini, pereka muda Hong Kong sering mencari inspirasi untuk koleksi terbarunya. Sama seperti mereka, anda juga boleh mencari inspirasi gaya dari fesyenista dan penggaya jalanan atau ‘streetstyler’ Hong Kong yang lalu-lalang di Granville Road. Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00/23.00. shop 1881 Heritage B Lokasi: 2A Canton Road, Tsim Sha Tsui. www.1881heritage.com M ayangkan perasaan membeli-belah jenama fesyen dan jenama mewah antarabangsa seperti Rolex, Tiffany & Co, Cartier, dan Shanghai Tang di gedung bersejarah. Anda boleh merasakan pengalaman berbelanja unik ini di 1881 Heritage. 1881 Heritage menghidupkan kembali suasana Hong Kong pada era Victoria di tengah gemerlap Kowloon, dengan memanfaatkan gedung bekas markas Hong Kong Marine Police. Selain membeli-belah, di kompleks 1881 Heritage juga ada beberapa bangunan bersejarah Hong Kong dari era Victoria yang telah dibina semula, namun masih mengekalkan struktur aslinya. Bangunan ini kini digunakan sebagai hotel warisan, ruang pameran, dan medan menjamu selera fine dining. Di sini juga ada Time Ball Tower, menara penanda waktu bagi kapal yang akan berlabuh di Hong Kong pada era sebelum komunikasi radio dijumpai, serta penanda taufan manual yang bersejarah. Silvercord asih di kawasan Canton Road, pusat membeli-belah Silvercord Shopping Centre juga seharusnya anda kunjungi. Dengan suasana yang lebih santai dan tidak sesak, anda boleh mencari barangan fesyen kasut dan aksesori yang mengikut fesyen yang dijual di seluas enam tingkat pusat membeli-belah dengan luas keseluruhan lebih daripada 20 ribu m2 ini. Jenama fesyen ternama seperti Burberry, Calvin Klein, Benetton, atau Longchamp boleh anda temui di Silvercord. Destinasi membeli-belah ini juga menawarkan pelbagai restoran dengan aneka hidangan antarabangsa untuk anda berehat semasa berbelanja. Dengan semua kelebihan tersebut, ditambah dengan jaraknya yang hanya tiga minit dari Stesen MTR Tsim Sha Tsui, Silvercord menjadi salah satu Lokasi: 30 Canton Road, Tsim Sha Tsui. destinasi pelancongan antarabangsa Dibuka: Setiap hari 10.00-22.00. untuk memenuhi keghairahan anda www.silvercord.hk berbelanja. 50 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Foto: dok. Kee Wah Bakery S hopping C entre play sky100 Hong Kong N Observation Deck ikmati permandangan 360° di Victoria Harbour yang lengkap dengan bangunan pencakar langit serta pemandangan cahaya kota Hong Kong dari aras ketinggian 393 meter. Anda akan dibawa dengan lif yang berkelajuan tinggi untuk menuju ke sky100 Hong Kong Observation Deck yang terletak di tingkat 100 International Commerce Centre dalam 60 saat! International Commerce Centre ini merupakan pusat membeli-belah yang tertinggi di Hong Kong. Sekiranya anda ingin meluangkan masa, anda boleh menikmati Set Jamuan Hidangan Teh ‘Sky High Tea’ untuk dua orang di Vista@sky100. Di paras ini juga, anda boleh menyaksikan pameran interaktif melalui persembahan multimedia mengenai kehebatan sejarah dan kebudayaan Hong Kong. Sebagai cenderahati, ambillah gambar di ruangan bergambar yang dilengkapi teknologi Augmented Reality (AR) yang terkini. Maklumat lanjut mengenai pembelian tiket masuk, sila kunjungi laman sesawang sky100. Lokasi: 100/F International Commerce Centre, 1 Austin Road West. Dibuka: Setiap hari 10.00-21.00 (kemasukan terakhir 20.00). www.sky100.com.hk ICC Light and Music Show G uinness Book of World Records telah menobatkan ICC Light and Music Show sebagai ‘pertunjukan cahaya dan muzik terbesar di sesebuah bangunan’. Pertunjukan cahaya LED yang menakjubkan ini telah dicipta oleh Hirohito Totsune, seorang pereka cahaya yang terkenal. Beliau juga turut mereka seni lampu untuk Tokyo Skytree. ICC Light and Music Show juga mengikut tema yang tertentu bergantung kepada musim atau perayaan tertentu yang popular bagi masyarakat Hong Kong. Pertunjukan ini boleh dilihat di sepanjang Waterfront Promenade dari Sheung Wan sehingga ke Causeway Bay. Bagi menikmati pemandangan visual yang terbaik, pergilah ke anjung di Podium 3 dan Podium 4 IFC Mall yang juga dilengkapi sistem bunyi audio terbaik untuk mendapatkan kesan bunyi yang menakjubkan. Lokasi: International Commerce Centre, 1 Austin Road West. Dibuka: Setiap hari 19.45 dan 21.00. www.icclightshow.com.hk Petak gambar yang memaparkan teknologi Augmented Reality PLAY Easy 123 S Dining And Cooking Studio Resepi Bahan: Lokasi: Shop 221, 2/F, K11, 18 Hanoi Road, Tsim Sha Tsui. Dibuka: Setiap hari 12.00-22.00. www.easy123.com.hk/eng Deep Fried Spring Roll in Squid Shape • 5 helai kulit popiah, dibentuk salah satu bahagian tepi agar menyerupai tentikal sotong. • 2-3 helai kulit popiah, dipotong segi tiga (untuk kepala sotong) • 60 gram isi sotong kurita • 20 gram isi sotong, dicincang halus • 10 gram cendawan butang, dicincang halus • Garam dan gula secukup rasa • Putih telur untuk melekatkan kulit popiah 52 elain menyediakan kek atau kek cawan dengan dekorasi yang khusus mengikut pesanan anda, Easy 123 Dining and Cooking Studio juga menganjurkan kelas memasak. Sekiranya anda mempunyai waktu yang terluang serta ingin menambah pengetahuan sambil bercuti, anda boleh menyertai Dim Sum Cooking Class. Kelas memasak dim sum ini juga boleh diikuti oleh anak-anak kecil. Anda dan si kecil boleh bersama-sama membuat dim sum yang lazat berbentuk penguin atau sotong kurita. Dibantu oleh tenaga pengajar yang profesional, Easy 123 Dining and Cooking Studio kerap menganjurkan kelas-kelas mengikut tema menjelang perayaan atau hari pelepasan am seperti Kelas Hidangan Tahun Baru Cina, Kek Cawan Valentine atau Hidangan Pemanis Mulut Easter. Selain itu juga, Easy 123 Dining And Cooking Studio juga menganjurkan kelas memasak dengan tema yang tertentu mengikut hari. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari website Easy 123 Dining And Cooking Studio. 1 2 3 4 Cara Membuat: Daging sotong kurita dicincang sehingga halus dan berbentuk pes. Pes sotong kurita dicampur dengan isi sotong yang dicincang bersama dengan cendawan butang yang dicincang. Letakkan isi yang dicampurkan tadi dengan secukupnya ke atas kulit popiah. Gulung dan cantumkan dengan putih telur. Cantumkan potongan kulit popiah yang berbentuk segi tiga dengan menggunakan putih telur agar kepala sotong terbentuk. Kulit popiah tersebut digoreng secara keseluruhannya sehingga warna bertukar keemasan, kemudian angkat dan toskan. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa PLAY S Kowloon Park etelah menempuh suasana kesesakan di sekitar Tsim Sha Tsui, berkunjunglah ke Kowloon Park untuk mencari ketenangan diri, sebuah taman yang terletak berdekatan Masjid Kowloon. Taman yang bagaikan oasis di tengah kesibukan kota ini secara rasmi telah dibuka kepada umum pada 24 Jun 1970 oleh kerajaan yang memerintah. Tempat ini amat sesuai untuk berehat. Anda boleh bersiar-siar sambil menyusuri jalur pejalan kaki di Chinese Garden yang terdapatnya kolam teratai dua tingkat. Percikan air dari sebuah lata yang menghubungkan dua kolam dan sebuah junjung di atasnya pasti akan menambahkan ketenangan anda. Di sini juga anda dapat melihat kura-kura yang berjemur di bawah sinaran terik sang suria. Atau lawati Maze Garden, taman yang berbentuk labirin di sebuah kawasan seluas 40 x 20 meter. Selain aneka bunga yang indah, anda juga dapat menjalankan aktiviti riadah yang terdapat di sana. Tidak mustahil pada waktu petang dan hari kelepasan am, terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang menjalankan aktiviti rekreasi dan sukan di sini. Lokasi: Tsim Sha Tsui. www.lcsd.gov.hk Terletak di sebelah Masjid Kowloon, ramai pelancong mengunjungi taman ini Kung fu Corner Pelbagai tarikan sering di selenggarakan di taman ini. Setiap minggu, tepat jam 14:30 hingga 16:30, misalnya, di salah satu sudut Sculpture Walk Kowloon Park, terdapat pertunjukan kung fu (atau pelbagai seni mempertahankan diri yang lain) dan pertunjukan tarian singa untuk pengunjung. PLAY Avenue of Stars S ekiranya Amerika Syarikat memiliki Hollywood of Fame, Hong Kong pula terdapat Avenue of Stars. Terletak di sepanjang jalan Victoria Harbour, lokasi ini ditujukan khas buat para profesional di industri perfileman Hong Kong yang telah berjaya mengharumkan nama tanah air ke dunia persada antarabangsa. Ruangan ini telah dibuka secara rasminya kepada masyarakat umum pada 28 April 2004. Di sepanjang 400 meter jalan ini, terdapat plak penghargaan, cetakan tangan para seniman yang masyhur, kenangan filem, patung lagenda perfileman Bruce Lee dan banyak lagi. Selain memperingati dunia perfileman Hong Kong, anda juga boleh menyaksikan 30 pertunjukan muzik, teater, dan tarian yang dianjurkan setiap bulan di Avenue of Stars. Di kawasan kompleks pula terdapat Museum of Art, Space Museum, Cultural Centre dan Clock Tower yang menarik para pelancong. Lokasi: the Avenue of Stars Promenade, Tsim Sha Tsui. www.avenueofstars.com.hk 54 A Symphony of Lights D i antara semua ini, pertunjukan yang paling menakjubkan adalah A Symphony of Lights yang dapat anda saksikan dari sepanjang persiaran Avenue of Stars. Ini adalah persembahan multimedia yang melibatkan lebih dari 40 buah pusat membeli belah dari keduadua bahagian pelabuhan Victoria. Guinness World Record telah menobatkan Symphony of Lights sebagai pertunjukan lampu dan bunyi kekal yang terbesar di dunia, melibatkan cahaya laser dan pancaran lampu dari puluhan pusat membeli belah di sekitarnya. Alunan dan tarian cahaya diselarikan dengan muzik yang dimainkan dengan tema yang tertentu. Terdapat lima tema yang dimainkan seperti Kebangkitan, Tenaga, Warisan, Persahabatan dan Perayaan. Setiap pertunjukan ini diadakan setiap malam pada jam 20.00. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa New Territories t harta Di Hong Kong, terdapa yi. Jauh karun yang tersembun da boleh dari kesibukan kota, an r sambil menikmati udara sega urung yang memerhati burung-b njelajah berterbangan serta me n dengan di kawasan pendalama tkan seperti aktiviti yang menyiha rbasikal. mendaki bukit atau be eat L’Eau Restaurant S ambil menikmati permandangan sungai Shing Mun, L’eau Restaurant di Regal Riverside Hotel menawarkan pengalaman kulinari yang tiada tolok bandingnya. Bagi yang beragama Islam, anda tidak perlu berasa was-was kerana di restoran ini juga menyediakan sajian yang halal untuk anda. Pada tahun 2013, L’eau Restaurant telah memperoleh sijil halal dari The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong. Anda boleh menikmati hidangan anda tanpa perlu berasa risau kerana dapur dan proses penyediaan makanan di restoran ini juga telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan untuk memperolehi sijil halal tersebut. Menu halal yang terdapat di L’eau Restaurant menawarkan sajian asli dari negara India yang disediakan oleh chef yang berpengalaman berbelasan tahun. Chicken Curry, Fish Curry dan Lamb Masala kaya dengan rempah ratus serta masakan Chicken Tandoori segar dan pedas disajikan bersama hidangan anda. Untuk melengkapkan hidangan anda, Saffron Rice yang harum serta pelbagai pilihan roti Paratha dan Roti Naan, sama ada roti naan kosong atau roti naan bawang putih melengkapkan hidangan anda. Selepas anda selesai makan, puaskan rasa dahaga anda dengan Mango Lassi yang amat menyegarkan. *) Lokasi: 3/F, Regal Riverside Hotel, 34-36 Tai Chung Kiu Road, Shatin. Dibuka: Setiap hari* www.regalhotel.com 56 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Berbagai-bagai bahan makanan menjadi perhiasan unik restoran - Bufet Sarapan Pagi 06:00-10:30, - Bufet Makan Tengah Hari 12:00- 14:30 - Bufet Makan Malam 18:00- 21:30 (Setiap hari) - Bufet Minum Teh 15:00-17:00 (Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am) - Bufet Hidangan Lewat Malam 22:00- 00:30 (Jumaat, Sabtu) eat C huen K ee B Seafood Restaurant erhampiran dengan dermaga Sai Kung, anda boleh membeli hasil laut yang segar dari nelayan tempatan. Pelbagai hasil dari laut dengan bermacam-macam perisa yang sangat menyelerakan boleh didapati di sepanjang pelantar laluan, di antaranya hidangan kudapan sotong kering yang manis dan pedas. Sekiranya perut berasa lapar, jejakkan kaki ke Chuen Kee Seafood Restaurant. Anda boleh memilih bermacam-macam hidangan makanan laut dari tangki-tangki yang disediakan di hadapan restoran untuk dimasak. Antara hidangan terkenal di restoran ini adalah Boiled Shrimps, Deep-fried Mantis Shrimps with Pepper, dan Steamed Abalone yang dimasak bersama rempahan bawang sehingga membangkitkan selera anda. Sekiranya jumlah hidangan menu yang mencapai ratusan ini membuatkan anda bingung, pilihlah menu set hidangan. Bagi 5 orang, Chuen Kee akan menyediakan 5 jenis hidangan makanan laut, 1 sayuran dan 1 pencuci mulut. Lokasi: 51-55 Hoi Pong Street, Sai Kung. Dibuka: Setiap hari 07.00-15.00 (Yum Cha), 11.00-22.30 (Seafood). S ai K ung Café & Bakery S ambil berjalan-jalan di Sai Kung yang tenang dan cerah, singgahlah sebentar ke Sai Kung Café and Bakery. Selain menyajikan kuih serta manisan istimewa Hong Kong, kafe ini juga terkenal dengan Portugese Egg Tart dengan kastard yang diperbuat dari kuning telur dan berasa sungguh lazat dan kental, serta Fresh Milk Tart yang diperbuat dari putih telur dan susu segar. Kulit luar tart yang ranggup serta kastard yang lazat, dan disajikan panas, keduaduanya amatlah sesuai untuk dijadikan santapan sampingan sambil berjalan-jalan menyusuri Sai Kung atau boleh dinikmati ketika duduk bersantai sambil menikmati pemandangan. Sai Kung Café and Bakery juga menyediakan pelbagai jenis hidangan teh, kopi mahupun hidangan minuman coklat sambil anda menikmati makanan pilihan anda. Lokasi: G/F, 6-7 Kam Po Court, 2 Hoi Pong Square, Sai Kung. Dibuka: Setiap hari 07.00-22.30. eat Fung Lum T Lokasi: 45-47 Tsuen Nam Road, Tai Wai, Sha Tin. Dibuka: Setiap hari 11.00-15.00 (lunch), 17.30-22.30 (dinner) idak mustahil untuk anda mengecam Fung Lum Restaurant yang terletak di seberang Exit A Tai Wai MTR Station, dengan dinding yang berwarna kuning terang serta pintu gerbang yang melengkung seperti kediaman Cina pada waktu lampau. Di bahagian dalamannya, ciri-ciri istimewa jelas kelihatan. Meja bulat, gaya hiasan, gaya pembahagian klasik, sehinggalah pelayan restoran yang ramah dan segak dalam pakaian vest dan baju kot. Antara menu terkenal yang termasuk dalam Michelin Guide Hong Kong dan Macau 2013 adalah: Baked Shrimp with Salt, Roast Pigeon, Lettuce with Crab Meat, Fried Stuffed Bean Curd with Soy dan Minced Beef Soup. Sebagai hidangan penutup, cubalah salah satu pemanis mulut istimewa kulinari Kanton: Red Bean with Sticky Rice. Dengan kualiti dan rasa sebenar yang terpelihara selama puluhan tahun, maka tidak hairanlah jika pelanggan setia Fung Lum terdiri dari kalangan orang-orang yang masyhur di Hong Kong. Honeymoon Dessert C ubalah Durian Pancake ala Honeymoon Dessert di ‘tempat kelahirannya’, iaitu daerah Sai Kung. Didirikan sejak tahun 1995, kedai yang khususnya menyediakan hidangan pencuci mulut ini telah berkembang sehingga ke negara luar. Penyediaan dengan balutan plastik yang khas semakin menguatkan gaya tersendiri Honeymoon Dessert. Semua menu yang terdapat di sini harus dicuba. Misalnya, Mango Pomelo & Sago Tofu Pudding with Sweet Soup adalah pemanis yang sejuk. Terdapat juga Double Mountain – dua bebola ais krim yang disajikan di dalam sos vanilla. Sekiranya anda mahukan hidangan yang panas, pesan Sweet-Potato Soup yang disajikan bersama sirap halia, amat sesuai dinikmati ketika musim sejuk. Kulinari Hong Kong memang tidak ada tolok bandingnya untuk hidangan cita rasa yang asli. 58 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Lokasi: G/F, 10A, B, C Po Tung Rd, Sai Kung. Dibuka: Setiap hari 13.00-02.00. www.honeymoon-dessert.com eat Buah Tangan Berbentuk Snek Sebagai salah satu syurga masakan dunia, adalah wajar apabila makanan istimewa Hong Kong dibawa pulang ke tanah air sebagai cenderahati. Dua tempat ini harus dicuba. Wing Wah Cake Shop B ermula sebagai sebuah kedai kuih yang sederhana di kawasan Yuen Long pada tahun 1950, Wing Wah Cake Shop kini memiliki lebih daripada 40 buah cawangan di seluruh Hong Kong. Salah satunya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Dengan matlamat untuk memperkenalkan secara meluas serbuk teh dan kuih muih yang mempunyai ciri-ciri istimewa Hong Kong, Wing Wah hanya menggunakan ramuan yang terbaik untuk menjamin kualiti produknya. Cubalah koleksi Chinese Cakes dari Wing Wah, antaranya Wife Cake, Egg Rolls, Phoenix Rolls, Sesame Cakes, Walnut Cookies dan Almond Cakes and Cookies. Wing Wah juga menawarkan bermacam-macam pilihan serbuk teh Cina yang sangat berkualiti yang boleh dibawa pulang. Kee Wah BAKERY D Lokasi: Shop SHT15, MTR Shatin Station, Shatin (lihat juga lokasi lain di laman web rasminya) Dibuka: Setiap hari 07.30-22.00. www.keewah.com Lokasi: 86 Main Road, Yuen Long. (lihat juga lokasi lain di laman web rasminya) Dibuka: Isnin-Ahad 08.00-21.00. www.wingwah.com idirikan pada tahun 1938, Kee Wah Bakery kini telah mempunyai lebih dari 50 buah cawangan di seluruh Hong Kong termasuk di Hong Kong International Airport. Produknya turut dikenali sebagai The Souvenir of Hong Kong yang terkenal dengan Chinese pastries. Bawa pulang Winter Melon Pastries, pastri klasik istimewa Hong Kong yang diperbuat daripada tepung gandum yang terbaik, pes buah kundur, dan bijan. Atau Sweet Crispies, snek manis tradisional Manchu yang diperbuat daripada kacang gajus dan walnut yang disajikan bersama madu. Egg Rolls yang ranggup dalam perisa Mentega, Bijan Hitam, Kelapa dan Kopi atau Panda Cookies dengan rasa coklat yang lemak dan berbentuk lucu juga boleh dijadikan cenderahati. play FOTO: DOK. HONG KONG HERITAGE MUSEUM The Hong Kong Heritage Museum D i muzium ini, anda dapat mempelajari pelbagai budaya eksotik dan sejarah Hong Kong. Latar belakang lokasinya kelihatan indah di kelilingi rimbunan pepohon dan di tepi sungai yang luas. Tambahan lagi, lokasinya yang jauh dari bangunan pencakar langit di Sha Tin membuatkan bangunan muzium ini tampak hebat dengan gaya seni bina tradisional Si He Yuan yang cantik dipandang mata. Dibuka pada Disember 2000, The Hong Kong Heritage Museum ini terbahagi kepada 12 galeri pameran yang setiap satunya menceritakan tentang peninggalan budaya, sejarah, dan kesenian Hong Kong dan di sekitar Wilayah Cina Selatan. Anda juga boleh melihat koleksi lukisan indah karya dari artis Zhao Shao’ang serta mendalami perkembangan opera Kanton yang terkenal. S ‘Rumah’ Bruce Lee ekiranya anda hanya mengenali Bruce Lee sebagai lagenda kung fu, anda juga harus mengunjungi pameran Bruce Lee: Kung Fu.Art.Life yang dikenali sebagai Hong Kong Heritage Museum yang turut bekerjasama dengan Yayasan Bruce Lee di Amerika Syarikat. Di muzium ini, anda boleh mengenali Bruce Lee yang bukan sahaja sebagai pendekar seni mempertahankan diri, tetapi juga keperibadian dan falsafah hidupnya yang sangat jitu. Anda pasti terpesona dengan lebih dari 600 memorabilia yang berkaitan dengan Bruce Lee dan perjalanan hidupnya. Ini semua dikumpulkan daripada pengumpul dan organisasi tempatan serta antarabangsa. Lokasi: 1 Man Lam Road, Sha Tin. Dibuka: - Isnin, Rabu-Jumat 10.00-18.00. - Sabtu, Ahad, hari cuti 10.00-19.00. - Hari Krismas dan Tahun Baru Cina 10.00-17.00. - Selasa tutup (kecuali hari cuti) dan dua hari pertama Tahun Baru Cina www.heritagemuseum.gov.hk 60 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Dok. Hong Kong Heritage Museum Dok. Hong Kong Heritage Museum Dok. Hong Kong Heritag e Museum play FOTO: DOK. HONG KONG WETLAND PARK OF THE AGRICULTURE, FISHERIES AND A Hong Kong Wetland Park jak si kecil untuk belajar mencintai dan melestarikan alam sejak awal dengan mengunjungi Hong Kong Wetland Park. Taman pelancongan eko bertaraf dunia ini terdiri daripada Visitor Centre seluas 10,000 m2 dan 60 hektar kawasan bakau rizab tanah lembap Wetland Reserve. Setelah menjelajahi Wetland Interactive World di Visitor Centre, anda dan si kecil boleh mengunjungi galeri pameran, menonton filem di teater, serta bermain di taman dalam bangunan Swamp Adventure. Di Wetland Reserve, anda dan si kecil boleh melihat pelbagai flora dan fauna endemik Hong Kong. Anda dan si kecil boleh melihat burung di tiga kawasan habitat burung, melihat kupu-kupu di Butterfly Garden, atau menyelusuri lorong Stream Walk dan Mangrove Boardwalk. Lokasi: Wetland Park Road, Tin Shui Wai. Dibuka: Isnin, Rabu-Ahad 10.00-17.00* (Selasa dan hari cuti tutup). Kaunter tiket dibuka mulai pukul 09.30-16.00 www.wetlandpark.gov.hk * Waktu operasi boleh berubah mengikut keadaan cuaca Fotanian H Open Studios ong Kong juga memiliki poket budaya yang patut anda terokai. Salah satunya Fotanian Open Studios. Memanfaatkan kekurangan ruang, para seniman mengimbangi ruang-ruang kosong bangunan di pusat industri Wah Luen menjadi studio seni dan mempamerkan karya mereka. Komuniti Fotanian kini sudah mempunyai lebih dari 250 pekerja seni dan lebih 88 studio seni. Pada setiap Januari, para seniman Fotanian menganjurkan Fotanian Open Studios Programme. Dalam acara ini, anda boleh mengunjungi bengkel dan berinteraksi secara langsung dengan para seniman. Selain itu, ketika Fotanian Open Studios Programme juga diadakan Fotanian Open Studios Guided Tours. Sila lawati laman web rasmi Fotanian Open Studios untuk maklumat lebih lanjut. Lokasi: Wah Luen Industrial Centre, 15-21 Wong Chuk Yeung Street, Fo Tan. www.fotanian.org play B erb a sik a l Di tengah kesesakan lalu lintas dan bangunan yang tinggi, Hong Kong menawarkan anda pengalaman menyeronokkan untuk berbasikal. Dengan lokasi yang tidak jauh dari ibu kota, laluan berbasikal ini bakal membawa anda menyelusuri alam, sejarah dan budaya Hong Kong. © Hong Kong Discovery JaLAN Sha Tin ke Tai Po Laluan: Sungai Shing Mun ke Tai Po Waterfront Park Masa perjalanan purata: Kurang dari 3 jam Jarak: Sekitar 16 km Tahap Kesukaran: Mudah © Hong Kong Discovery D i laluan berbasikal ini anda dapat menyaksikan keindahan pemandangan gunung-ganang dan pantai di New Territories. Anda akan melalui Sungai Shing Mun yang pada mulanya merupakan sebuah teluk kecil yang diubah menjadi sungai untuk mengembangkan Sha Tin sebagai daerah pinggir bandar dan Hong Kong Science Park, pusat perniagaan dan penyelidikan untuk industri sains dan teknologi Hong Kong serta pelbagai bangunan dengan gaya seni bina moden dan canggih. Lokasi lain yang dilalui adalah Pak Shek Kok Promenade yang menghubungkan Sha Tin dan Ma Liu Shui, Tolo Harbour Cycling Track dengan pemandangan alam yang 62 © Hong Kong Discovery cantik Pat Sin Leng, sebuah gunung yang mempunyai lapan puncak selari. Laluan ini berakhir di Tai Po Waterfront Park, taman urban terbesar di Hong Kong (22 hektar) yang memiliki lokasi menarik seperti Insect House, teater terbuka dan sebagainya. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa play JalAN Tai Po ke Tai Mei Tuk Laluan: Tai Po Waterfront Park ke Tai Mei Tuk Masa perjalanan purata: Kurang dari 1.5 jam Jarak: Sekitar 9 km Tahap Kesukaran: Mudah © Hong Kong Discovery Tokong Tai Wong Yeh) Suasana alam yang indah di Plover Cove Country Park © Hong Kong Discovery D ari Tai Po Waterfront Park, anda akan dibawa menuju Tokong Tai Wong Yeh yang berada di Yen Chau Tsai, bekas pulau kecil. Tokong ini dibina oleh sekelompok nelayan ketika dinasti Qing (1644-1911) untuk menyimpan batu keramat yang dipercayai memiliki kekuatan untuk melindungi diri. Setelah mengunjungi tokong, perjalanan diteruskan ke Tai Mei Tuk. Di sini, banyak aktiviti boleh dilakukan seperti barbeku, sukan air, dan bermain layang-layang. Dari sini, anda dapat menaiki cerun menuju ke empangan Plover Cove Reservoir dan berbasikal di sana sambil menikmati pemandangan hamparan luas air yang biru. © Hong Kong Discovery PLAY Tip Berbasikal di Hong Kong 1 Carilah laluan yang boleh anda tempuhi. Jika ingin berbasikal di jalan raya, anda perlu lebih berhati-hati mempertimbangkan keadaan jalan dan pengguna jalan raya yang lain. Patuhi juga penanda lalu lintas yang ada. 3 Periksa keadaan basikal dan kelengkapannya sebelum digunakan. Bawa sekali peta, air minuman, makanan ringan, baju hujan dan kit pertolongan cemas. Elakkan daripada membawa barang-barang besar yang boleh menganggu anda menunggang basikal. 5 Di tempat sewaan basikal, pelajari peraturan yang ada sebelum membayar. 64 BIKE RENT 2 Sepanjang laluan, jangan berbasikal bersebelahan, kecuali ketika memotong. Berbasikal terus di sebelah kiri dan jangan zig-zag, serta jaga jarak dengan orang berbasikal di hadapan. 4 Perhatikan cuaca dan keadaan jalan raya. Jangan memaksa diri sekiranya hujan dan keadaan jalan menjadi licin. 6 Untuk kecemasan, sila hubungi 112 atau 999. HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Outlying Island n Keselesaan lingkunga uat anda kepulauan akan memb an msyarakat relaks, bersatu deng nikmati kampung sambil me rgunungan keindahan barisan pe njadi yang seolah-olah me ani pasir aid penjaga bagi perm n kilauan air sepanjang pantai da laut yang melimpah. play Pulau Lantau J Pemerintah menandai setiap rumah sebagai identitas resmi penduduk asli. elajahi Tai O, sebuah perkampungan nelayan masyarakat Tanka – masyarakat tradisional yang tinggal di atas kapal di pesisiran Cina bahagian selatan dan menjadikan memancing sebagai mata pencarian. Mereka membina rumah yang bersebelahan, membentuk komuniti kukuh yang tinggal di atas air. Pada hari kelima bulan kelima kalendar Cina, para nelayan mengadakan sebuah ritual keagaaman yang dikenali dengan nama Perarakan Air Perahu Naga Tai O (atau Perarakan Dewadewa Tai O) sebagai tanda kesyukuran mereka kepada para dewa. Selain itu, pulau terbesar di kelompok Outlying Islands ini menawarkan pelancongan yang menyenangkan mata, rasa, dan jiwa. Nikmati perjalanan yang menenangkan jiwa di Jalan Kearifan dan Biara Po Lin dengan Giant Buddha, atau bersuka ria di Hong Kong Disneyland. Semestinya pemandangan alam di luar bandar dan pantai ini menyeronokkan hati manakala barisan pasar makanan yang menggecarkan lidah. Tai O Heritage Hotel M asa sehari tidak cukup untuk menjelajahi Pulau Lantau. Anda boleh memilih Tai O Heritage Hotel dan menginap di situ. Hotel yang dibuka pada tahun 2012 ini pada mulanya merupakan stesen polis Tai O untuk menjaga penduduk dari lanun dan penyeludup serta memperkenalkan undang-undang Inggeris ke seluruh tanah jajahan. 66 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat TAI O STREET FOOD T ai O menawarkan suasana yang damai dan tenang bandar kecil. Selain sejarah dan pemandangan semula jadinya, anda tidak boleh melepaskan keunikan makanan dan minuman tempatan serta membawa pulang cenderamata laut istimewa Tai O. Salah satu makanan ringan istimewanya adalah keropok yang dihidangkan dengan gula malt cair yang sudah jarang ditemui di Hong Kong. Namun kemuncak dari pengembaraan kulinari anda sudah tentulah adalah makanan ringan dari hasil laut tempatan istimewa Tai O. Cuba bebola ikan atau perut ikan dengan perasa kari istimewa yang diolah dari 12 perisa istimewa di kedai Ching Ching. Kelazatan pelbagai jenis hasil laut tempatan yang dipanggang dengan perasa pedas manis juga boleh anda rasai di Tai O Grilled Street Food. Jangan lepaskan rasa garing egg waffle (gaidaan jai) ala Tai O yang dinobatkan sebagai salah satu egg waffle terbaik di Hong Kong oleh CNN Travel. Anda hanya perlu memilih perisa pandan atau vanila. Untuk menghilangkan dahaga setelah berjalan menyusuri Tai O, anda boleh mencuba manisan limau Mandarin Tai O istimewa yang dipercayai mampu menyembuhkan sakit tekak. Masyarakat tempatan biasanya menghidangkannya panas dengan air garam, atau disajikan sejuk dengan Sprite sehingga menghasilkan rasa segar yang unik. Atau, nikmati toufu fa (puding tauhu) yang dihidangkan sejuk dan dilitupi dalam sirap halia pekat. Pelbagai puding dengan cita rasa tempatan seperti osmanthus dan bijan juga boleh anda bawa sebagai makanan ringan dalam perjalanan pulang ke Hong Kong. Semuanya boleh didapati dengan mudah di hampir semua gerai penjaja makanan ringan tempatan. Lokasi: Ching Ching: Market Street 13, Tai O Street Market. Tai O Grilled Street Food: Wing On Street 14. play Budaya & Tradisi D aya penarik Tai O bukan hanya sekadar deretan pentas di perkampungan nelayan tradisional. Di Tai O Cultural Workshop anda boleh melihat bagaimana kehidupan tradisional sehari-hari di Tai O. Muzium peribadi ini mengumpulkan peralatan rumah tangga dan gambar-gambar sekitar Tai O dari warga tempatan. Melalui kenang-kenangan tersebut, anda boleh mengetahui tradisi dan budaya orang-orang Tanka, penduduk asli Tai O, sebelum disentuh kepesatan kemodenan. Pembikinan baram dan industri perikanan dahulunya menjadi mata pencarian utama penduduk Tai O. Pembikinan garam mulai ditinggalkan apabila Tai O memasuki era moden, paya bekas pembuatan garam perlahan-lahan mula ditumbuhi dengan tanaman bakau. Kini, separuh dari spesis bakau di Hong Kong boleh ditemui di Yim Tin Mangrove Forest. Salah satunya adalah tanaman oleh warga tempatan yang di sebut pokok tahan ombak kerana ketahanan dan kelenturannya menahan gelombang laut. Produk budaya yang lain tentulah makanan istimewa. Bukan sahaja toufu fa atau puding tauhu yang lembut dengan sirap halia yang panas, Tai O juga memiliki makanan dan minuman ringan seperti cha guo atau kek teh yang manis kenyal, serta puding kacang merah yang lembut dan manis. Tai O Cultural Workshop Lokasi: 54 Tai O Wing On Street. 68 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Toufu fa, segar dinikmati dengan sirap halia) play Ngong Ping 360 M enjelajahi Pulau Lantau boleh dilakukan dengan cara yang lebih cepat dan mudah, iaitu dengan menaiki kereta kabel terbesar di Asia, Ngong Ping 360. Hanya 25 minit dan anda boleh menikmati pemandangan sebahagian Hong Kong dari tempat yang tinggi. Dengan kereta kabel yang melalui kabel sepanjang 7.5km dari terminal Tung Chung ke terminal penamat Ngong Ping ini anda akan menyaksikan keindahan air laut yang biru dan pergunungan yang hijau melalui lantai kaca di bawah kaki anda. Perjalanan anda menjelajahi Pulau Lantau akan berterusan dengan eksotik. Sebaik sahaja turun dari kereta kabel, anda akan disambut oleh kampung warisan budaya, kampung Ngong Ping seluas 1.5 hektar. Di sini anda boleh menikmati pelbagai destinasi budaya seperti patung Tian Tan Buddha atau lebih dikenali sebagai Big Buddha, sebuah patung Buddha gangsa duduk di luar bangunan terbesar di dunia, Biara Po Lin, Piazza Ngong Ping, dan Wisdom Path. Jangan pula terlepas pertunjukan multimedia Walking with Buddha yang mengisahkan tentang Siddhartha Gautama dengan kesan visual menarik, serta membeli makanan dan barangan cenderamata di Country Market. Rindukan masakan halal? Silakan singgah di restoran bersijil halal Ebeneezer’s Kebab and Pizzeria yang menyediakan hidangan Timur Tengah dan kebab India. Lokasi: Ngong Ping, Lantau Island. Dibuka: Isnin-Jumaat 10.00-18.00, Sabtu-Ahad & hari cuti 09.00-18.30 www.np360.com.hk Pertunjukan multimedia Walking with Buddha play Hong Kong Disneyland Pesta kembang api Disney in the Stars Flights of Fantasy Parade idak perlu ke tempat jauh sehingga ke negara Uncle Sam untuk mewujudkan fantasi keluarga anda di rumah si tikus cilik, Mickey Mouse dan si itik comel, Donald Duck. Di Hong Kong Disneyland Resort, yang jaraknya cuma tiga jam setengah penerbangan dari Kuala Lumpur, anda sudah boleh berpuas hati dengan keseronokan bermacam karakter hidup Disney, keseronokan pelbagai daya tarikan dan pengembaraan, pelbagai cenderamata istimewa Disney yang unik, serta tentu sekali, hmmm... kelazatan makanan yang tersedia. Sejak dibuka pada September 2005, Hong Kong Disneyland Resort telah menarik lebih 38 juta pengunjung dari seluruh dunia. Saksikan perarakan Flights of Fantasy yang unik dan interaktif dan dibuat secara eksklusif hanya untuk Hong Kong Disneyland. Barisan daya tarikan ini juga perlu anda cuba: The Many Adventures of Winnie the Pooh, pengembaraan Jungle River Cruise, pertunjukan unik tiga dimensi Mickey’s PhilharMagic, dan kenderaan mendebarkan seperti Space Mountain dan RC Racer. Seluruh daya tarikan di sana termasuk dalam senarai lima teratas sebagai daya tarikan yang paling diminati oleh pengunjung. Lokasi: Lantau Island. Dibuka: Setiap hari 09.30-21.00 (boleh berubah pada bila-bila masa) www.hongkongdisneyland.com 70 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa FOTO: DOK. HONG KONG DISNEYLAND T Hidangan Halal Hong Kong Disneyland Mencari makanan di Hong Kong Disneyland adalah mudah bagi pelancong Muslim. Terdapat lima restoran yang menyediakan hidangan bersijil Halal dari The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong sejak musim bunga tahun 2012. Selain Walt’s Cafe di Hong Kong Disneyland serta Chef Mickey dan Studio Lounge di Disney’s Hollywood Hotel, terdapat dua lagi restoran di Hong Kong Disneyland Park, iaitu: FOTO: DOK. HONG KONG DISNEYLAND Explorer’s Club M enawarkan pelbagai hidangan terkenal dari Indonesia, Japan, Korea, dan Asia Tenggara seperti Korean Ginseng Chicken Soup, Nasi Goreng, dan Javanese Vegetable Curry. Anda akan berasa selesa dan menjamu dengan penuh selera bersama keluarga di dalam tempat yang sangat luas dan dihias dengan hiasan eksotik yang dibahagikan kepada ruang-ruang makan bertemakan Mesir, Rusia, Maghribi, India, dan China Lokasi: Mystic Point, Hong Kong Disneyland Park, Lantau Island. Dibuka: Setiap hari 11.30 sehingga pertunjukan Disney in the Stars dimulakan. Tahitian Terrace R estoran yang bertemakan tropik ini menawarkan pelbagai hidangan Asia Selatan seperti Middle East Chicken Steak with Rice, dan Singaporean Laksa Rice Noodle Soup serta masakan vegetarian cara India. Anda juga boleh menemui pelbagai kari, kebab, laksa dan masakan istimewa Malaysia di restoran yang berada di dalam bahagian Adventureland ini. Anda juga boleh mencuba Black Lentil Set dan Lemongrass Chicken Steak with Coconut-flavoured Rice. Lokasi: Adventureland, Hong Kong Disneyland Park, Lantau Island. Dibuka: Setiap hari 11.30 sehingga pertunjukan Disney in the Stars dimulakan. shop Citygate Outlets Mall I ni adalah salah satu destinasi pilihan pelancong untuk membeli-belah. Merupakan outlet mall terbesar di Hong Kong, Citygate Outlets Mall menyediakan lebih daripada 80 jenama antarabangsa yang menawarkan diskaun dari 30 sehingga 70 peratus sepanjang tahun. Dari pakaian dewasa dan kanak-kanak, peralatan sukan, aksesori, produk kecantikan sehinggalah ke perhiasan rumah. Selain itu, terdapat juga 16 cawangan kulinari dan kemudahan hiburan seperti pawagam UA Citygate dan juga spa. Pusat membeli-belah ini direka khas dengan sebuah tempat makan terbuka yang terletak di sebelah air pancut kinetik terbesar di Asia. Terletak hanya 10 minit dari Hong Kong International Airport dan berdekatan dengan stesen MTR Tung Chung berhampiran Novotel, Citygate Outlets berbaloi menjadi persinggahan pertama sebaik tiba di Hong Kong dan boleh juga menjadi tempat untuk membeli-belah saat akhir sebelum meninggalkan Hong Kong! Lokasi: 20 Tat Tung Road, Tung Chung, Lantau Island. Dibuka: 10.00-22.00 www.citygateoutlets.com.hk 72 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Ambil risalah panduan membelibelah di pintu masuk supaya perbelanjaan anda lebih berkesan play Pulau Lamma L okasinya yang tidak jauh dari pusat bandar Hong Kong dengan hanya 30 minit perjalanan. Tempat yang tenang, alam yang indah, dan kepelbagaian budaya, ditambah pula dengan laluan mendaki yang mencabar, kedai dan kafe pelbagai budaya, dan restoran makanan laut, membuatkan pulau ini menjadi tempat percutian hujung minggu yang terkenal. Ada pelbagai destinasi berbaloi dikunjungi pelancong yang pastinya bakal mengagumkan anda. Dari kampung nelayan tradisional dengan penduduk asal sehingga masyarakat moden yang memiliki percampuran budaya antara Barat dan Cina. Perbezaan ini mencipta suasana unik yang membezakannya dengan kawasan sibuk di tengah kota Hong Kong. Kampung Nelayan Lamma K ehidupan di Pulau Lamma tidak dapat dipisahkan dari laut dan masyarakat yang memupuknya sungguhpun industri perikanan sudah tidak lagi menonjol seperti suatu masa dahulu. Di sini anda boleh memahami cara kehidupan di pulau walaupun dengan industri yang berkembang pesat di dalamnya. Di bawah arahan penduduk asli dan nelayan yang telah bersara, mereka membuat beberapa jenis projek untuk mempertahankan kaedah tradisional dalam menangkap ikan, tidak hanya di Pulau Lamma bahkan juga di Hong Kong. Anda akan dibawa untuk mencuba beberapa cara seperti mengail, menangkap ikan besar, menebar jalan, dan menjalin tali. Hmm...menyeronokkan! Lokasi: 2/F, 20 Sok Kwu Wan First Street, Sok Kwu Wan Lamma WINDS Lokasi: Tai Ling. www.hkelectric.com I ni adalah kincir angin yang menjadi penjana elektrik menggunakan tenaga angin pertama di Hong Kong. Dengan ketinggian 71 meter, kincir angin ini mampu menggerakkan turbin berkuasa 800 kW. Maklumat tentang projek Lamma Winds boleh diketahui di bawah menara turbin, boleh juga dilihat meter tenaga yang menunjukkan data masa sebenar dari prestasi turbin, termasuk kelajuan angin, pengeluaran kuasa, jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan, dan kadar CO2 yang dikurangkan. Di Lamma Winds, anda juga boleh menyaksikan pameran tenaga yang boleh diperbaharui. play Tokong Tin Hau T Pantai Hung Shing Yeh S atu-satunya pantai di Pulau Lamma ini terkenal di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa disebabkan air laut yang jernih dan pasirnya yang putih. Pantai Hung Shing Yeh adalah pilhan yang tepat untuk dijadikan destinasi pelancongan bersama pasangan, keluarga, atau rakan-rakan. Kawasan pantai ini yang luas menjadikan lokasi ini menjadi pilihan tempat melakukan aktiviti bersuka, bermain layang-layang, berbabeku, dan yang paling digemari, berjemur. Untuk sampai ke pantai ini, anda perlu berjalan kaki selama 30 minit dari jeti Yung Shue Wan. Sambil berjalan, anda akan menikmati pemandangan alam yang mempesonakan di sepanjang Lamma Island Family Trail. Kanu yang tersusun rapi in Hau adalah Dewi Laut yang memelihara dan melindungi para nelayan dan masyarakat Pulau Lamma yang bergantung hidup dari hasil laut. Tokong ini merupakan tempat pemujaan bagi Dewi, dan dibina lebih dari seabad yang lalu. Tokong Tin Hau memiliki keunikan jika dibandingkan dengan tokong yang lain. Bentuk patung singa yang tersergam ‘menjaga’ pintu masuk bergaya Barat dan bukannya Cina seperti tokongtokong lain. Sementara itu, di dalam tokong ini, anda boleh menemui loceng gangsa peninggalan era Qianlong (1736-1796), di belakang tokong ini pula terdapat astaka kecil yang dari situ kita boleh menyaksikan pantai di bawah. Lokasi: Yung Shue Wan. www.lcsd.gov.hk Lokasi: Yung Shue Wan. GUa Kamikaze D i susur Family Trail, anda boleh menyaksikan sebuah gua peninggalan Perang Dunia II, Gua Kamikaze. Gua ini dinamakan begitu kerana ia telah menjadi lokasi strategik bagi pasukan Jepun yang pernah menduduki Hong Kong selama PD II. Mereka menempatkan pasukan bunuh diri (Kamikaze) dan bot laju yang digunakan untuk menyerang pasukan Bersekutu di dalam gua ini. Lokasi: Sok Kwu Wan. www.islandsdc.gov.hk 74 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat S ebagai sebuah perkampungan nelayan dan seperti di Tai O, makanan laut menjadi bahan utama makanan jalanan di Pulau Lamma. Salah satunya adalah ikan bilis yang dikeringkan dengan cara dijemur lalu dipanggang dan ditaburkan bijan atau udang kering dengan perasa pedas manis. Ada juga makanan jalanan seperti ketam cili, udang bawang, sotong goreng, dan ikan kukus dengan halia dan daun bawang yang segar. Di susur mendaki Family Walk berhampiran Pantai Hung Shing Yeh, anda boleh berehat sebentar sambil mencuba toufu fa di Kin Hing Ah Po Tofu Dessert. Walaupun kedainya kelihatan sederhana, toufu fa di sini disarankan oleh pelbagai majalah pelancongan dunia, antaranya seperti Time Out. Dihidang sejuk, kelembutan puding tauhu dicampur dengan sirap halia pekat boleh mengembalikan tenaga anda. Bookworm CAfe K Lokasi: 79 Main Street, Yung Shue Wan. Dibuka: Isnin-Jumaat 10.00-21.00, Sabtu-Ahad 09.00-22.00. www.bookwormcafelamma.blogspot.com Lamma Island S treet F ood etenangan Pulau Lamma menjadikannya salah satu tempat beristirehat para ekspatriat di Hong Kong. Hanya 5-10 minit berjalan kaki dari Yung Shue Wan, anda boleh menemui restoran, kafe, dan pub yang menawarkan masakan Eropah. Salah satunya adalah Bookworm Cafe, satu-satunya kafe di Pulau Lamma yang menyajikan hidangan organik vegetarian. Anda boleh menyegarkan diri dengan teh herba panas Revitalize Tea atau Jazzy G, atau Banana Lassi yang segar dan penuh nutrien. Bookworm Cafe juga memiliki menu makanan seperti Green Goddess Lasagna, Shepherdess Pie, Organic Hummus Sandwich dan banyak lagi hidangan organik vegetarian yang lain. Untuk pemanis mulut, anda boleh menikmati Mango Cheesecake yang gebu dan segar. Lebih menarik lagi, sekiranya anda pencinta buku-buku klasik boleh menemui khazanah berharga di antara koleksi buku terpakai di sini. Sediakan buku anda dan tukarkan dengan koleksi buku di Bookworm Cafe secara percuma. eat Rainbow Seafood K etika berlabuh di Sok Kwu Wan, Rainbow Seafood Restaurant akan menyambut anda untuk pengalaman kulinari terbaik di Pulau Lamma. Dibina pada tahun 1984 dengan kapasiti hanya 40 kerusi, Rainbow Seafood Restaurant kini berkembang menjadi restoran terbuka terbesar di Pulau Lamma dengan kapasiti sehingga 1,000 kerusi. Restoran ini yang memenangi pelbagai penghargaan, seperti dari Hong Kong Tourism Board and Hong Kong Award for Services, menyajikan hasil laut tempatan yang terbaik. Rasalah kelazatan ketam segar yang dimasak dengan perasa istimewa, Fried Crab with Honey and Pepper pemenang Pingat Emas dalam Best of the Best Culinary Award. Atau, anda boleh mencuba masakan pedas yang segar Fried Bamboo Clams with Black Bean and Chili Sauce, serta kesedapan Rainbow Seafood Restaurant menawarkan Steamed Scallops with Garlic Sauce, Steamed perkhidmatan feri ulang-alik dari Central Pier Seasonal Fish, dan Boiled Shrimps. 9, Jeti Tsim Sha Tsui, atau Jeti Aberdeen ke Sok Kwu Wan di Pulau Lamma setiap hari. Perkhidmatan ini disediakan bagi anda yang akan menjamu selera di Rainbow Seafood Restaurant. Anda perlu lakukan tempahan terlebih dahulu dan tiket akan diserahkan oleh wakil perkhidmatan pelanggan Rainbow Seafood Restaurant serta merta sebelum bertolak. Cubalah Steamed Seasonal Fish yang harum dan segar ini Lokasi: 23-25 First Street, Sok Kwu Wan, Lamma Island Dibuka: Isnin-Ahad 10.00-23.00 www.rainbowrest.com.hk 76 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa PLAY Pulau Cheung Chau D alam bahasa Cina, Cheung Chau bermaksud ‘pulau panjang’. Pulau kecil yang terletak sekitar 10 km sebelah barat daya dari Pulau Hong Kong ini berbentuk memanjang dan kelihatan seperti dumbbell. Kerana itu, pulau ini juga dikenali sebagai ‘Dumbbell Island’. Tidak ada bunyi bising dari kenderaan bermotor membuatkan jalan sesak menjadikan pulau ini mesra pejalan kaki atau penunggang basikal. Anda boleh mengelilingi pulau dengan basikal yang boleh disewa sebaik sahaja anda meletakkan kaki di pulau yang mempunyai penduduk lebih dari 20,000 orang ini. Kayuh basikal anda menyelusuri Sai Tai Road dan nikmatilah pemandangan laut si satu sisi serta deretan penjual makanan dan pelbagai kedai di seberangnya. Dari jalan ini, anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat lain yang menarik di sekitar pulau. Pantai Tung Wan dan Kwun Yam P ada hujung minggu, beberapa peluncur tempatan meluncuri ombak di pantai-pantai yang ada di Pulau Cheung Chau. Di sini juga adalah tempat kelahiran pemenang pingat emas pertama untuk Hong Kong di Olimpik Atlanta 1996, Lee Lai-Shan (alias Shan Shan). Anda boleh bersamasama merasai keindahan Pantai Tung Wan dengan kebiruan air laut serta pemandangan malam yang mempesona. ‘Jiran’ Pantai Tung Wan juga tidak kurang hebatnya, iaitu Pantai Kwun Yam. Di sini terdapat Cheung Chau Windsurfing Centre, tempat para peluncur muda berlatih dan muncul sebagai peluncur profesional. Anda juga boleh melihat deretan batuan pantai yang terbentuk unik dan Mini Great Wall. PLAY Anda perlu berhatihati apabila memasuki gua disebabkan ruang yang sempit GUa Cheung Po Tsai C heung Po Tsai adalah watak wira dalam pelbagai cerita dan filem yang digambarkan sebgai Robin Hood versi moden. Dia adalah seorang lanun terkenal di Laut Cina Selatan pada abad ke-16 yang dikatakan pernah memimpin 600 kapal dengan 50,000 anak kapal. Cheung Po Tsai menyerahkan diri kepada pemerintahan Qing tahun 1810 dan telah diberikan jawatan ketua Angkatan Laut Cina. Gua ini merupakan salah satu tempat persembunyian Cheung. Anda boleh masuk ke dalamnya dan turut merasai perjuangan Cheung pada masa itu. Percutian anda pasti tidak akan dilupakan. Tapi jangan pula lupa untuk membawa lampu kerana tiada cahaya di dalam gua ini. Cheung Chau Bun Festival S alah satu daya tarikan yang tidak boleh dilepaskan adalah Cheung Chau Bun Festival yang diadakan sehari dalam setahun setiap hari ke-5 sehingga ke-9 bulan ketiga dalam kalendar Cina. Dalam acara yang hebat ini diadakan pertandingan memanjat menara yang diperbuat daripada buluh dan mengambil ribuan kuih bulan (bun) yang dibungkus. Acara ini yang diadakan di hadapan tokong Pak Tai ini termasuk dalam ‘Top 10 Quirky Local Festivals’ dunia versi Time.com. Cheung Chau Bun Festival diadakan sebagai rasa terima kasih kepada para dewa, mengusir roh-roh jahat supaya tidak mengganggu pulau, dan juga sebagai peringatan kejadian penduduk tempatan yang meninggal dunia disebabkan serangan lanun ke atas pulau ini di abad ke-19. 78 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa eat Kulinari Cheung Chau S eperti pulau-pulau yang lain, kulinari di Pulau Cheung Chau banyak didominasi oleh makanan berasaskan makanan laut, tetapi makanan ringan berasaskan sayuran juga boleh didapati dengan mudah. Di sepanjang jalan utama dan beberapa jalan kecil di Pulau Cheung Chau, anda boleh mendapatkan dengan mudah pelbagai deretan makanan jalanan seperti bebola ikan, dim sum, BBQ, kuih kering, tauhu, atau bakpao. Bukan itu sahaja, di sini anda boleh menemui sushi atau tong shui. Namun begitu, jangan lepaskan kesegaran ‘sate buah ais’ yang diperbuat daripada potongan buah-buahan segar berserat ais yang disajikan seperti sate. Rasa segar-manismasamnya berbaloi dinikmati di tengah hari sambil berjalan menikmati pemandangan pantai. Jika mahu yang berperisa, cubalah kerepek kentang yang juga dihidangkan unik (dihiris dalam bentuk lingkaran mengelilingi sebatang lidi) dengan pelbagai pilihan rasa, pedas, manis, dan sedap. B Rasa segar-manismasamnya berbaloi dinikmati di tengah hari) Seafood Street erdekatan jeti Pulau Cheung Chau terdapat jalan yang dikenali sebagai Seafood Street. Pelbagai restoran yang dibuka sehingga malam boleh memuaskan rasa ingin makan makanan laut anda. Mereka menjual pelbagai jenis ikan, temasuk ketam dan kerang yang masih segar untuk anda pilih dan kemudiannya dimasak mengikut permintaan anda. Dengan lokasi berdekatan pantai, suasana makan anda bakal menjadi lebih tenang dan senang dengan pemandangan puluhan perahu yang berlabuh, aktiviti nelayan, dan matahari terbenam yang indah. Anda boleh berhenti di So Bor Kee, salah satu restoran makanan laut dan hirup rasa enak hidangan terunggul seperti Steamed Fish yang disajikan dengan kuah segar, Garlic and Chili Crab yang pesas dan sedikit manis, atau Fried Mantis Shrimps with Salt & Pepper yang berperisa dan rangup. Untuk mengimbangi menu makanan laut anda, pesan sahaja satuean Stir Fried Green Beans with Eggplant. Enak! Lokasi: G/F, 11 C Pak She Praya Road, Cheung Chau. Dibuka: Setiap hari 11.00-22.30. play Explore Hong Kong Tours* J angan terus puas menjelajah Hong Kong dengan hanya menikmati kilauan bandar dan kalazatan masakannya. Hong Kong masih mempunyai ribuan khazanah yang boleh anda terokai untuk memuaskan pengalaman pelancongan anda. Dari destinasi alam seperti keindahan pantai, pulau dan pergunungan, hinggalah ke destinasi sejarah dan budaya seperti tokong bersejarah, kotakota kuno, pelbagai tradisi tempatan, dan seni mempertahankan diri. Bukan sekadar melawat, anda juga boleh mengetahui kisah-kisah menarik di sebalik tempat-tempat tersebut. Sudah tentulah ia akan mengambil masa berharihari untuk melawat semua tempat tumpuan pelancong itu. Namun, jangan kecewa. Anda boleh mendapatkan semua ini hanya dengan mengikut beberapa pilihan program lawatan jelajah Hong Kong. Pilih salah satu (atau semua) program lawatan ini, dan jadikanlah percutian anda sebagai percutian yang sangat bermakna. Untuk maklumat lebih lengkap, kunjungi www.DiscoverHongKong.com/explorehongkongtours (*Semua maklumat lawatan ini betul ketika penerbitan pada bulan Mei 2014, sebarang pertukaran maklumat mungkin berlaku tanpa sebarang notis. Hong Kong Tourism Board tidak bertanggung jawab ke atas kekurangan kualiti, ketepatan, kesalahan, atau ketidaksesuaian maklumat dari pihak lain yang menggunakan maklumat ini) 80 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa PLAY ‘Wing Chun’ Kung Fu Experience Tour W ing Chun adalah teknik kung fu tradisional yang dikaji dan diterokai oleh lagenda Bruce Lee. Dengan program lawatan ini, anda akan dibawa mempelajari bentuk asas wing chun di Yip Man Martial Arts Association dan mengamalkannya bersama Master Sam Lau, pelajar generasi pertama dari mentor Bruce Lee, Grandmaster Yip Man. Setelah kelas yang mengambil masa selama satu jam tamat, anda boleh mengunjungi pameran Bruce Lee: Kung Fu•Art•Life di Hong Kong Heritage Dok. Hong Kong Heritage Museum Museum, melihat patung Bruce Lee yang berdiri gagah di Avenue of Stars, Tsim Sha Shui, dan tidak lupa juga menikmati kelazatan dim sum Hong Kong yang istimewa dan asli di Shamrock Hotel yang menjadi tempat makan kegemaran Bruce Lee dan Grandmaster Yip Man. Anda tidak perlu menjadi penggemar filem kung fu untuk mengikuti lawatan ini. Ini kerana, selain daripada teknik kung fu, anda juga akan belajar cara-cara menjalani kehidupan seorang tokoh, Bruce Lee yang memiliki karakter dan falsafah hidup yang kuat. B u tir a n L awata n Masa berlepas: Tempoh: Bahasa: Harga: Pengelola: Laman web: E-mel: Tel.: Fax: Isnin, Khamis dan Jumaat pukul 09.50 6 jam Inggeris HKD 700/orang (min. 8 orang/lawatan) Shoestring Travel Ltd. www.shoestringtravel.com.hk shoetvl@hkstar.com (852) 2723 2306, (852) 2723 0218 (852) 2721 2085 PLAY Cycling the Castle Houses of Southern CHina M Perhatian Tempahan sekurangnya lima hari sebelum berlepas. Sila hubungi agen pelancongan anda untuk maklumat lebih lanjut. Visa diperlukan bagi sebahagian besar warga negara asing. Jadi pastikan anda membuat visa sebelum berangkat atau boleh juga mengemukakan permohonan di Hong Kong. Sekiranya terjadi hal-hal di luar kawalan seperti bencana alam, pembatalan dan pemulangan wang akan diberikan. enyusuri kawasan bersejarah Kaiping World Heritage di wilayah Guangdong dengan berbasikal merupakan cara senang untuk mempelajari sekeping sejarah Hong Kong dan China Selatan. Anda akan dibawa menjelajahi kampung “Castle House” – rumahrumah unik berbentuk istana – yang menggabungkan reka bentuk Cina dan Barat sehingga kawasan Kaiping menjadi indah. Dahulu, kawasan ini dibangunkan pada tahun 1920-1930-an oleh para pendatang yang pulang dari perantauan. Mereka membina rumah istana ini khusus untuk melindungi mereka dari para penjahat. Kini Kaiping ditetapkan menjadi tapak warisan sejarah oleh UNESCO. Lawatan dimulakan dari Hong Kong, dan anda akan bertolak ke Jiangmen dengan feri dan kemudian menaiki kereta menuju ke Kaiping. Di sini perjalanan berbasikal anda akan dimulakan dengan melalui jalan kampung dan laluan kecil di hutan. Anda akan berkunjung ke kawasan warisan sejarah Kaiping dan Chikan, juga kawasan lain seperti Liyuan Garden, Zili Village, dan Majianglong. B u tir a n L awata n Masa berlepas: Isnin dan Jumaat pukul 07.00 Tempoh: 3 hari 2 malam Bahasa: Inggeris (permintaan bahasa lain boleh dilakukan jika sesuai) Harga: HKD 7,000/orang (10 orang atau lebih/lawatan), HKD 8,500/orang (kurang dari 10 orang/lawatan) Jumlah Peserta: Minimum 4 orang Pengelola: Hikari International Travel Ltd. Laman web: www.mountainbikingasia.com E-mel: chinabike@mountainbikingasia.com Tel.: (852) 2454 9191 Fax: (852) 3585 2834 82 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa PLAY HONG KONG MUSEUMS Dengan pelbagai muzium di Hong Kong, perjalanan anda boleh menjadi benar-benar menyeronokkan dan bermanfaat. Lebih dari 70% dari 500 alatan sains yang dipamerkan di sini merupakan model, termasuk robot, realiti maya dan pengangkutan. Banyak keajaiban sains yang boleh membuat anda kagum akan anda lihat dan alami secara langsung di muzium ini. Lokasi: 2 Science Museum Road, Tsim Sha Tsui East, Kowloon. hk.science.museum Hong Kong Science Museum Hong Kong Museum of Art Lokasi: 10 Salisbury Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon. hk.art.museum Menyimpan lebih dari 15,000 karya seni termasuk kaligrafi, barangan antik Cina, lukisan sejarah, dan karya seni lain yang dibuat oleh seniman tempatan. Di sini juga sering diadakan pelbagai pameran seni baik peringkat tempatan juga antarabangsa. The Flagstaff House Museum of Tea Ware di Taman Hong Kong adalah cawangan dari Hong Kong Museum of Art. The Hong Kong Museum of History Planetarium terkenal di Hong Kong ini terbahagi kepada Stanley Ho Space Theater, Hall of Space Science, dan Hall of Astronomy. Anda boleh menyaksikan pelbagai daya tarikan atau menguji kenderaan simulasi untuk menjelajah luar angkasa dengan tempat duduk yang dilengkapi sistem interaktif dan berbilang bahasa. Hong Kong Space Museum Lokasi: 10 Salisbury Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon. www.lcsd.gov.hk Sejarah berusia 400 juta tahun diringkaskan dengan baik di dalam muzium seluas 7,000m2 ini. Anda boleh mempelajari sejarah, arkeologi, etnografi, dan sejarah semula jadi Hong Kong dan Cina Selatan di sini. Pelbagai pameran bertema turut kerap diadakan di sini. Lokasi: 100 Chatham Road South, Tsim Sha Tsui East, Kowloon. hk.history.museum Untuk maklumat lebih lengkap, kunjungi www.DiscoverHongKong.com. Untuk jam buka museum, kunjungi masing-masing di laman web rasminya. PLAY Great Outdoors Hong Kong bukan hanya dikenali dengan pencakar langit dan bandarayanya yang bercahaya. Ia juga memiliki ‘harta’ lain berupa pulau-pulau hijau, kampung-kampung kuno yang eksotik, pasiran pantai, dan pergunungan. Dapatkan pengalaman berbeza anda dengan menjelajahi sisi liar yang cantik di Hong Kong! Hong Kong Global Geopark of China N ikmati keindahan eksotik alam semulajadi yang diciptakan oleh pergerakan bumi di kawasan seluas 50 km persegi ini. Taman alam ini merangkumi Sai Kung Volcanic Rock Region dan Northeast New Territories Sedimentary Rock Region, keduanya membentuk lapan kawasan yang mewakili muka bentuk semulajadi Hong Kong. Di Sai Kung Volcanic Rock Region anda dapat melihat keajaiban geologi dari High Island, seperti ruang heksagon vulvanik dan ruang lereng batu berdekatan East Dam of High Island Reservoir. Di bahagian barat Sai Kung, anda boleh mengunjungi Sharp Island, pulau yang terbentuk di atas batuan beku yang lebih tua dari ruang heksagonal. Anda bakal kagum melihat kepada enapan pantai yang membentuk jambatan pasir sepanjang 250 meter yang menghubungkan Sharp Island dan Kiu Tau Island. Lokasi: High Island, Sai Kung, New Territories. www.geopark.gov.hk 84 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa PLAy FOTO: DOK. KADOORIE FARM & BOTANIC GARDEN Kadoorie Farm & Botanic Garden A ktiviti luar anda dan keluarga bakal menenangkan fikiran dan jiwa dengan mengunjungi destinasi yang merupakan daerah pemuliharaan alam. Kawasan ini dibangunkan oleh Kadoorie bersaudara untuk membantu para petani tempatan. Di sini anda dapat menikmati udara segar di kebun sayuran, rumah hijau dengan pelbagai tanaman bunga dan bermacam haiwan. Di sebalik ini semua, ladang ini juga merupakan perintis kaedah pembangunan persekitaran organik di Hong Kong. Salah satu hasilnya adalah memperkenalkan baka baru khinzir dan ayam yang dapat anda saksikan di sini. Lokasi: Lam Kam Road, Tai Po, New Territories. www.kfbg.org.hk Untuk mempelajari bagaimana pertanian di Hong Kong pada zaman dahulu, anda boleh mengunjungi Farm Museum yang menyajikan gambar-gambar dan pelbagai peralatan pertanian zaman dahulu. Di bahagian yang lebih bawah terdapat kolam kecil tempat pelbagai burung seperti flamingo yang berkumpul dan untuk melihat rusa lebih dekat. Sementara itu di bahagian atas, berhadapan dengan Kadoorie Brothers’ Memorial Pavilion adalah kawasan pemuliharaan. Di sini, jika bertuah, anda boleh menemui landak, tenggiling serta rusa. PLAY engan lokasi yang berhampiran dengan Sungai Kam Tin dan Sungai Shan Pui, dusun Nam Sang Wai banyak menarik perhatian para pemerhati burung, penunggang basikal, pelancong juga jurugambar dan para penerbit filem. Dengan lanskap sawah-sawah dan kolan ikan yang dikelilingi oleh lalang-lalang yang tinggi dan pondok-pondok kayu sederhana. Anda akan berasa seolah-olah berada di ‘syurga’ – udara bersih dan alam cantik, jauh dari kesibukan bandar. Mulakan perjalanan anda dari Nam Sang Wai Road yang mengelilingi desa. Dari situ, anda boleh menyelusuri tepi Sungai Shan Pui dan menikmati keindahan pemandangan alam. Perjalanan anda akan tiba di daratan pasir di persimpangan Sungai Kam Tin dan Shan Pui. Tempat ini sangat bagus untuk memerhatikan pelbagai jenis burung, ikan belacak (ikan amfibia yang boleh memanjat pokok) dan beberapa jenis ketam. Nam Sang Wai FOTO: DOK. HONG KONG DISCOVERY D Anda juga boleh menyeberangi sungai Shan Pui dengan perahu kecil yang selesa. Tentunya dengan berjalan-jalan di Nam Sang Wai, fikiran anda jadi lebih segar, dan jiwa menjadi lebih tenang. Ingin mencari makanan? Di sepanjang jalan desa ini, beberapa warung tempatan menyediakan pelbagai hidangan istimewa. Tetapi, warungwarung ini tidak mempunyai waktu operasi yang tetap, jadi anda disarankan supaya membawa sedikit makanan sebagai langkah berjaga-jaga. Lokasi: Yuen Long District. 86 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa NomBor Penting Perkhidmatan Kecemasan (Polis, ambulans, bomba) 999 Maklumat nombor telefon 1081 Konsulat Jeneral Malaysia +852 2821 0800 Hotline Polis +852 2527 7177 Travel Industry Council of Hong Kong +852 2807 0707 Hong Kong International Airport +852 2181 8888 Jabatan Imigresen Hong Kong +852 2824 6111 Consumer Council +852 2929 2222 Jabatan Kesihatan Hong Kong +852 2961 8989 Customs and Excise Department (24 jam) +852 2815 7711 Hong Kong Post +852 2921 2222 Hong Kong Observatory (untuk maklumat cuaca) +852 1878 200 Hong Kong Hotels Association Hotel Reservation Hotline +852 2383 8380/ +852 2769 8822 Hotline untuk pelancong Pulau Hong Kong Jika anda ingin mendapatkan apa-apa maklumat tentang Hong Kong, anda boleh mengunjungi Hong Kong Tourism Board (HKTB) Visitor Centre di beberapa lokasi berikut: Lokasi: The Peak Piazza (di antara The Peak Tower and The Peak Galleria), The Peak, Hong Kong Island. Dibuka: Setiap hari, 11.00 – 20.00. Perkhidmatan: Maklumat tentang produk mendaki dan acara Maklumat praktikal dan cadangan tempat untuk dilawati Maklumat tentang sukarelawan untuk kegiatan tertentu Hotline Pelancong HKTB: +852 2508 1234 (setiap hari bermula 09.00 – 18.00) Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong Lokasi: Buffer Halls A and B, Arrivals Level, Terminal 1, Hong Kong International Airport, Lantau Island. Dibuka: Setiap hari, 09.00 – 21.00 Perkhidmatan: Tip jalan-jalan interaktif menggunakan aplikasi iPad, peta dan buku panduan Cadangan tentang pelbagai acara dan festival Maklumat berguna tentang kemudahan lapangan terbang, penerbangan, tempat tinggal dan pengangkutan. Kowloon Lokasi: Jeti Star Ferry, Tsim Sha Tsui, Kowloon. Dibuka: Setiap hari, 08.00 – 20.00. Perkhidmatan: Maklumat am tentang produk dan perkhidmatan pelancong. Perancangan jadual perjalanan pelancong Bantuan dalam tempahan pakej pilihan pelancong Maklumat tentang sukarelawan untuk kegiatan tertentu. Pusat Informasi Lo Wu Lokasi: 2/F Arrival Hall, Lo Wu Terminal Building, Lo Wu, New Territories Ada Apag H o n g Ko n 2 0 14 Pelbagai perayaan budaya, festival, olahraga, hiburan, tawaran beli belah dan kulinari – semuanya bakal memeriahkan Hong Kong – Asia’s World City sepanjang tahun ini, dan anda pasti sukar membuat pilihan. Tetapi usah sedih, kami menawarkan beberapa daya tarikan utama yang boleh anda utamakan. Kemudian, anda boleh menikmati pilihan seterusnya. Januari 2014 22 April - 7 Mei 2014 Hong Kong Chinese New Year Tahun Baru Cina adalah perayaan budaya yang terbesar dalam Kalendar Cina – orang membeli bunga, bergembira di Night Parade, dan berdoa di tokong untuk masa depan yang lebih baik. Hong Kong Cultural Celebrations Satu musim, empat festival, ratusan artis dan tradisi ribuan tahun! Jadilah saksi kebudayaan Hong Kong yang tak lapuk dek zaman dan terkandung dalam empat festival setiap musim bunga! 27 Jun - 31 Ogos 2014 6-8 Jun 2014 September 2014 Hong Kong Summer Fun Seri acara tahunan yang berlangsung antara Jun dan Ogos ini akan membawa anda ke dalam sebuah perjalanan penuh sensasi menjelajahi bandar yang sungguh luar biasa. Hong Kong Dragon Boat Carnival Sertai ratusan hingga ribuan pelancong di Victoria Harbour untuk menyaksikan para atlet dunia perahu naga berlumba di Hong Kong International Dragon Boat Races. Hong Kong Mid-Autumn Festival Saksikan daya tarikan gabungan menarik tanglung tradisional dan lampu moden, pameran magic lantern, dan karnival. Daya tarikan terbesar berlangsung di Victoria Park, Hong Kong Island setiap tahun. 88 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Oktober 2014 Hong Kong Halloween Treats Pelbagai pesta kostum, hiburan, hidangan istimewa Halloween, serta gabungan unik budaya Barat dan Timur membuatkan Hong Kong disebut-sebut sebagai ‘ibu kota’ pesta Halloween Asia. Jadilah sebahagian dari kemeriahan ini! November 2014 Great Outdoors Hong Kong Acara tahunan ini akan memanjakan para pecinta alam untuk menjelajahi Hong Kong melalui kegiatan outdoor dengan hiking dan berbasikal. 30 Oktober 2 November 2014 30 Oktober 30 November 2014 Hong Kong Wine & Dine Festival Dapatkan pengalaman pesta yang tidak akan dilupakan di acara ini. Nikmati pelbagai wine dari seluruh pelusuk dunia, ciptaan kulinari tempatan dan antarabangsa, daya tarikan budaya minum anggur, dan hiburan lain. Hong Kong Wine & Dine Month Pelbagai acara diadakan untuk memanjakan deria rasa anda. Acara ini menjadikan Hong Kong sebagai destinasi yang tepat untuk menikmati kehidupan, termasuk wine dari seluruh pelusuk dunia lengkap dengan pelbagai ciptaan kulinari terhebat Hong Kong. November 2014 1 Januari 2015 31 Disember 2014 Hong Kong WinterFest There’s no Christmas like a Hong Kong Christmas! Pelbagai tawaran menarik akan diadakan untuk merayakan Hari Natal, seperti promosi serta diskaun beli belah dan makan. Hong Kong Countdown Celebrations Tandakan kalender anda dan ikuti pestanya dalam kemeriahan dan kemegahan perayaan tahun baru di Hong Kong yang tidak akan hilang dari ingatan. PERLU TAHU Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Jadi, ketahuilah peraturan, adat, dan budaya tempatan agar perjalanan anda selesa daripada sebarang gangguan. Sebelum bertolak 1. Hong Kong membenarkan WNI untuk berada di Hong Kong selama 30 hari tanpa visa. Sila hubungi pihak Imigresen Hong Kong sekiranya anda ingin tinggal lebih lama. 2. Ketahuilah cuaca di Hong Kong. * Musim Bunga : Mac – Mei * Musim Panas: Jun – Ogos * Musim Luruh: September – November * Musim Sejuk: Disember – Februari KETIKA BERADA DI HONG KONG 1. Standard voltan elektrik di Hong Kong adalah 220 volt, 50Hz. Sesetengah hotel mempunyai soket voltan 100 volt di bilik mandi. Bagaimanapun, anda perlu mempunyai pengubah untuk memastikan kesesuaian beberapa peralatan elektrik anda yang menggunakan voltan 100 volt. Majoriti soket di Hong Kong mengikut gaya Inggeris yang memiliki tiga pin. Oleh itu, bawalah adapter dari rumah. 2. Larangan merokok berkuatkuasa di dalam semua tempat awam, termasuk di dalam kenderaan awam dan beberapa kawasan di luar. Melanggar peraturan ini akan menyebabkan anda didenda sebanyak HKD1,500. WAKTU PERNIAGAAN RASMI* 1. Pejabat: 09.00-18.00 (Isnin – Jumaat) dan 09.00-13.00 (Sabtu) 2. Bank: 09.00-16.30 (Isnin – Jumaat), dan 09.00-12.30 (Sabtu) 3.Kedai runcit: 10.00-19.00 atau lebih 4.Restoran: Kebanyakannya beroperasi sehingga pukul 23.00 setiap hari *Maklumat di atas adalah secara umum. Waktu operasi boleh berubah tanpa sebarang notis. 90 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Telekomunikasi & Wi-Fi 1.Untuk memudahkan telekomunikasi, di Hong Kong ada dijual kad SIM khas untuk pelancong dengan pilihan pakej internet 5 hari dan 8 hari. 2.Atau, anda boleh mengakses internet menggunakan Wi-Fi secara percuma di tempat-tempat tertentu seperti bangunan kerajaan, pusat perkhidmatan awam, pusat rekreasi dan budaya, pusat membeli-belah, lapangan terbang, stesen MTR, dan kawasan khas Wi-Fi PCCW (di setiap platform dan persimpangan MTR, Starbucks Coffee, Pacific Coffee, 7-Eleven, Circle K, dan beberapa pondok telefon PCCW) Untuk maklumat lengkap tentang ribuan lokasi percuma Wi-Fi PCCW, muat turun aplikasinya PENGANGKUTAN ULANG-ALIK KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA HONG KONG Pengangkutan di Hong Kong diakui sebagai salah satu sistem pengangkutan awam yang selamat dan cekap di dunia. Untuk memudahkan Anda memilih transportasi di Hong Kong, unduh aplikasi MTR Tourist PAirport Express Kenderaan MTR berkelajuan tinggi ini adalah pengangkutan terpantas (lebih kurang 24 minit) dari lapangan terbang ke Hong Kong Island dan sebaliknya. VMTR (Mass Transit Railway) Ia meliputi beberapa daerah utama termasuk di sempadan Tanah Besar China (Lo Wu Station dan Lok Ma Chau Station). TTeksi Dibahagikan mengikut daerah, semua teksi memiliki meter dan AC. Teksi merah untuk Hong Kong Island atau Kowloon, hijau untuk New Territories, dan biru untuk Pulau Lantau O Feri Sebagai bandar perairan, Hong Kong mempunyai feri yang berulang-alik dari Hong Kong Island, Kowloon, dan Outlying Islands. VTrem Trem bertingkat ini melalui enam laluan di sepanjang pantai utara Hong Kong. Cara pengangkutan ini mula digunakan di Hong Kong sejak 1904. @Octopus Card Ini adalah kad bayar elektronik yang praktikal untuk kegunaan pelbagai pengangkutan awam, juga boleh digunakan di beberapa restoran dan kedai. PERLU TAHU Belanja 1.Anda tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak ketika berjalan-jalan di Hong Kong. Terdapat banyak tempat membeli-belah dan makan menerima pembayaran menggunakan kad kredit. 2.Ketika berbelanja di pasar jalanan, anda boleh menggunakan kalkulator dalam urusan tawar menawar harga dengan penjual yang tidak memahami Bahasa Inggeris. 3. Anda sepatutnya menawarkan harga barang sehingga separuh harga atau lebih dari harga yang diminta penjual ketika membeli-belah di pasar jalanan. Harga yang dipersetujui biasanya lebih dari setengah harga yang diminta. 4.Terdapat banyak tawaran diskaun dan promosi menarik di waktu-waktu tertentu seperti bulan Disember – Februari, terutamanya menjelang Krismas dan Tahun Baru Cina, juga ketika musim panas pada bulan Julai – September Makan 1.Untuk keselesaan, sila kunjungi restoran dan tempat makan yang mempamerkan logo QTS (Quality Tourism Services) sebagai jaminan kebersihan, harga berpatutan, dan perkhidmatan yang memuaskan. QTS juga digunapakai untuk kedai, salon, dan tempat penginapan di Hong Kong. 2.Beberapa restoran popular selalunya ramai ketika waktu makan tengah hari, malam, dan hujung minggu. Jadi, anda dinasihatkan untuk menempah terlebih dahulu agar mendapat tempat. 3.Beberapa restoran mempunyai tradisi menyajikan teh apabila anda datang, lengkap dengan makanan ringan tanpa perlukan pesanan. Anda perlu bertanya kepada pelayan sama ada semua ini diberikan secara percuma atau perlu dibayar. 4.Kebanyakan restoran meletakkan caj perkhidmatan 10%, tetapi ada juga yang tiada seperti di kedai-kedai kopi. Anda boleh bertanya untuk kepastian. 92 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa Dim Sum dan Yum Cha, dari Hong Kong untuk Dunia D im sum (ertinya ‘menyentuh hati’) adalah sebahagian daripada kehidupan seharian dan budaya tempatan Hong Kong yang tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan tanpa mencubanya, pengembaraan kulinari anda tidak lengkap – kerana hati anda belum ‘tersentuh’. Di restoran, menu dim sum boleh mencapai sekitar 150 jenis, namun ada yang mengatakan variasi dim sum mencapai 2000 jenis. Kini, selain dikukus, dim sim juga disediakan dengan digoreng dan dipanggang. Rasanya pula tidak hanya berperisa, tapi ada juga yang manis. Semuanya dihidangkan dalam pelbagai bentuk cantik dalam hidangan kecil dan terhidang 3-4 potong dalam bekas buluh untuk dinikmati bersamasama. Upacara makan dim sum akan lebih dinikmati apabila disulami dengan teh. Ini kerana, upacara makan dim sum juga disebut sebagai “yum cha”, yang bermaksud “minum teh”. Mengikut tradisi, yum cha boleh dilakukan bermula waktu pagi sehingga lewat tengah hari. Namun peraturan itu tidak lagi diikuti, dan banyak restoran yang menyajikan dim sum sehingga lewat malam. Etiket Bersantap Dim sum x Apabila masuk ke restoran, beritahu jumlah orang yang akan menjamu selera kepada pelayan lalu tunggu sehingga anda dibawa ke tempat duduk. Biasanya anda akan dilayan oleh seorang pelayan yang sudah ditugaskan untuk melayan meja anda. Oleh itu, jangan sewenangnya melambai tangai untuk memanggil pelayan lain. x Sentiasa menuangkan teh kepada teman menjamu selera anda sebelum menuangkan teh untuk diri sendiri. Apabila seseorang menuangkan teh untuk anda, ketuk meja dengan jari tengah dan jari telunjuk sebanyak tiga kali sebagai tanda ucapan terima kasih. x Sentiasa berkongsi dim sum yang dihidangkan dengan teman semeja anda. x Jangan terkejut sekiranya anda melihat orang mencuci peralatan makannya dengan teh panas. Kebiasaannya restoran akan menyediakan satu cerek teh panas dan mangkuk untuk mencuci peralatan makan. Cukup dengan membilas gelas, penyepit, serta sudu anda dengan teh panas di dalam mangkuk yang telah disediakan. Namun, tiada masalah jika anda tidak mahu melakukannya. PERLU TAHU Untuk PELANCONG Muslim Hong Kong telah menjadi ‘rumah’ kepada warga Muslim sejak lebih dari seabad yang lalu. Pada waktu ini, tidak kurang 270,000 orang adalah warga Muslim dari tujuh juta penduduk tempatan. Jadi, Hong Kong kini sudah menjadi destinasi yang mesra bagi pelancong Muslim. Selain daripada tempat beribadah, anda juga boleh menemui restoran halal di Hong Kong dengan mudah. MASJID Masjid Jamia/Shelley Street Mosque Merupakan masjid tertua di Hong Kong, dibina pada 1890 dan dipulihkan pada 1905 oleh kerajaan tempatan, bangunan kuno ini diangkat menjadi warisan sejarah. Lokasi: 30 Shelley Street, Central, Hong Kong. ☎ +852 2523 7743 Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre Memiliki gaya seni bina unik dengan satu menara dan tanpa kubah. Masjid ini mempunyai komplek bernama Osman Ramju Sadick Islamic Center yang memiliki ruang serbaguna, perpustakaan, ruang seminar, klinik, pusat jagaan kanakkanak, pejabat, dan kantin. Lokasi: 40 Oi Kwan Road, Wanchai, Hong Kong. ☎ +852 2575 2218 Masjid Chai Wan 94 Masjid ini memiliki tiga dewan utama untuk solat dengan hiasan dalaman mewah yang berhiaskan marmar putih. Di komplek masjid juga terdapat perkuburan Islam. Lokasi: Cape Collision, Chai Wan, Hong Kong. ☎ +852 2556 5507 Masjid Kowloon Diperbaiki pada 1984 bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896. Kini, masjid ini boleh memuatkan lebih dari 3,500 orang. Lokasi: 105 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon. ☎ +852 2724 0095 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa MAKAN Selain daripada beberapa restoran yang sudah diulas di halaman-halaman sebelumnya, terdapat berpuluh-puluh restoran dan warung makan yang mendapat sijil halal dari Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong. Antaranya adalah seperti berikut: 1.27 Kebab House (masakan Timur Tengah), Shop D-E, 27 Hollywood Road, Central, Hong Kong Island +852 2795 2727 2.2star Catering & Fast Food Centre (Nepal), Shop 2, G/F, Galway Court, 9 Cross Road, Wan Chai, Hong Kong Island +852 2575 2601 3.Big Pizza (Italia), Shop 61, G/F, New Mandarin Plaza, 14 Science Museum Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon +852 2369 6200 4.Chicken on the Run (Australia), Shop A, Lower Ground Floor,1 Prince’s Terrace, Mid-Levels, Hong Kong Island +852 2537 8285 5.Halal Yea Yea Bakery, Room 1802, 18/F Wah Hing Commercial Building, 283 Lockhart Road, Wan Chai, Hong Kong Island +852 2511 7078 6.Harbour Cruise-Bauhinia (International) – Upper Deck, North Point (East) Passenger Ferry Pier, North Point, Hong Kong Island +852 2802 2886 7. Popeye’s Chickens and Biscuits (America), Shop 7T103, Level 7, Passenger Terminal 1, Hong Kong International Airport, Lantau Island +852 3118 1334 8.Warung Malang (Indonesia), Flat B-2, 2/F, 9-11 Pennington Street, Causeway Bay, Hong Kong Island +852 2313 1015 Senarai lengkap restoran halal di Hong Kong: www.discoverhongkong.com/my/dine-drink/what-to-eat/special-diets /index.jsp Info penting yang lain: www.iuhk.org dan www.islam.org.hk Tip untuk pelancong Muslim 1. Sebelum bertolak, lawati dahulu DiscoverHongKong.com/my, www.iuhk.org, dan www.islam.org.hk untuk mendapatkan maklumat penting bagi orang Muslim. 2.Sila bawa kompas atau muat turun aplikasi telefon bimbit untuk panduan arah kiblat. Walau bagaimanapun, beberapa hotel di Hong Kong sudah memiliki tanda penunjuk arah kiblat. 3. Sila bawa makanan ringan ketika berjalan-jalan untuk waktu kecemasan sebelum anda menemui restoran halal atau apabila anda melawat tempat-tempat yang mungkin tidak mempunyai restoran halal. 96 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa MUAT TURUN APLIKASINYA PERCUMA! Melawat Hong Kong menjadi lebih Mudah DiscoverHongKong • DiscoverHongKong • Travel Pack AR Koleksi buku panduan Hong Kong Tourism Board (HKTB) yang mempunyai maklumat makanan, tempat menarik, laluan hiking, feng shui, street market, seni bina, sejarah, tip pelancongan, dan sebagainya tentang Hong Kong. Dibuat dengan kerjasama HKTB dan Cathay Pacific Airways untuk membantu anda menikmati pelbagai pengalaman yang ditawarkan Hong Kong dengan Augmented Reality (AR). Rasakan sendiri pengalaman interaktif ini. DiscoverHongKong • DiscoverHongKong • Heritage Walks City Walks Pelajari warna-warni warisan sejarah Hong Kong seperti puak raja-raja, desa kubu, masyarakat nelayan, dan kumpulan masyarakat tanpa undang-undang. Selusuri sudut dan ruang jalanan di Hong Kong untuk merasakan kepelbagaian gabungan budaya Barat-Timur. Anda boleh membuat laluan jalan-jalan sendiri mengikut keinginan. DiscoverHongKong • DiscoverHongKong • Island Walks Jelajahi keindahan alam dan kekayaan budaya Outlying Islands, buat perancangan perjalanan anda sendiri, dan kongsikan pengalaman anda bersama rakan-rakan. 720° Anda akan terpaku melihat pemandangan seluruh Hong Kong secara virtual melalui aplikasi ini. *hanya boleh didapati di App Store *Semua aplikasi di atas diusahakan oleh Hong Kong Tourism Board dan direka untuk penggunaan luar talian. Sila pastikan anda menutup DATA ROAMING untuk mencegah penggunaan yang tidak perlu dibayar. 98 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa www.DiscoverHongKong.com 100 HONG KONG: Manjakan Mata, Manjakan Rasa
Similar documents
Wisata Hemat ke Hong Kong Dengan Waktu
Dari Tung Chung MTR Station, tinggal naik kereta ke stasiun berikutnya, yaitu Sunny Bay. Di stasiun ini, kita akan berganti dengan kereta MTR khusus yang jendelanya berbentuk kepada Mickey Mouse da...
More information