Buletin KSM Edisi 1/2016
Transcription
Buletin KSM Edisi 1/2016
Buletin Buletin KSM EDISI 1/2016 Tinta Ketua Setiausaha Assalamualaikum wbr. dan salam sejahtera. Penerbitan Buletin bagi edisi pertama tahun 2016 merupakan satu wadah untuk Kementerian Sumber Manusia mengetengahkan pelbagai aktiviti yang berlaku di Jabatan dan agensi di bawah KSM. Pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pencapaian KPI perlu diberi penekanan secukupnya supaya objektif KSM dapat dicapai. Selain itu KSM turut menekankan kreativiti dan inovasi serta menitikberatkan soal perbelanjaan berhemat bersesuaian dengan kehendak kerajaan dalam melaksanakan program untuk kepentingan rakyat. Warga KSM perlu menyemai budaya kerja cemerlang, berkualiti dan berinovasi. Ini adalah satu budaya di mana warga KSM diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan lebih sempurna dan teratur seterusnya dapat meningkatkan prestasi kerja yang berkualiti dan disanjung tinggi. Saya menyeru semua Jabatan dan agensi di bawah KSM dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh yakin dan berbelanja secara berhemat sesuai dengan saranan semasa kerajaan. DATO’ SRI ADENAN AB RAHMAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ISI KANDUNGAN 3 Memorandum Persefahaman Malaysia Bangladesh berkaitan Pekerja Asing 4 - 5 Projek Perintis ‘House Keeper’ anjuran Kementerian Sumber Manusia 6 - 7 Seminar Perhubungan Perusahaan dan Majlis Pemyerahan Watikah Pelantikan Yang Dipertua dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia 8 - 13 Amanat Tahun baru 2016 14 Kenyataan Media Latihan Kemahiran, Teknikal Perlukan Pembiayaan Tambahan di dalam Akhbar Borneo Post Bertarikh 9 Mac 2016 15 Bengkel Pengurusan Aduan 2016, Kementerian Sumber Manusia 16 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Sidang Redaksi Penasihat Dato’ Sri Adenan Ab Rahman Ketua Pengarang Dr. Mohd Gazali bin Abas Timbalan Ketua Pengarang Ahmad Asri Zakaria Pengarang/Penyelaras Ropidah Mohamad & Laly Haizan Bahari 2 01 BULETIN Kementerian Sumber Manusia Jurufoto Mohd Azali Syam Ariffin MOU BANGLADESH Memorandum Persefahaman MALAYSIA BANGLADESH berkaitan Pekerja Asing Memorandum persefahaman Malaysia Bangladesh berkaitan pekerja asing Malaysia yang diwakili Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem telah memeterai perjanjian persefahaman berkaitan pekerja asing pada 18 Februari 2016 di Dakka, Bangladesh. Perjanjiaan ini adalah bagi kerjasama kerajaan dengan kerajaan supaya peranan kedua dua buah Negara dilibatkan dalaam urusan pengambilan pekerja asing terutama dari Bangladesh di mana agensi yang bertanggungjawab untuk memilih dan menilai pekerja asing diletak dibawah Bangladesh Recruitment Agencies(BRA). Dalam perjanjian tersebut pengambilan pekerja asing adalah berdasarkan keperluan semasa di pelbagai sektor pekerjaan. Pekerja yang akan dibawa masuk ke Malaysia perlu menjalani latihan yang berkaitan dengan sektor yang mereka akan ditempatkan dan mendedahkan mereka dengan peraturan dan undang-undang di Negara Malaysia. Selain itu mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan juga tidak mempunyai kesalahan jenayah sebelum dihantar bekerja di Malaysia. Angka kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia masih dalam kajian dan keperluan sebenar masih dikaji dan akan dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia. Setakat ini jumlah pekerja Bangladesh di Malaysia adalah seramai 282,287 orang yang terlibat dalam sektor pembuatan (104,311 pekerja), pembinaan (109,743 pekerja), perkhidmatan(32,609 pekerja), perladangan (21,253 pekerja) dan pertanian(14,371 pekerja). Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia telah menangguhkan kemasukan pekerja asing dari semua Negara sehingga diberitahu kelak bagi memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk memenuhi pekerjaan di pelbagai sektor. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri di Kuching, Sarawak. BULETIN Kementerian Sumber Manusia 130 PROJEK PERINTIS Projek Perintis ‘HOUSE KEEPER’ ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam perancangan melaksanakan Projek Perintis ‘House Keeper’. Secara umum, projek ini menawarkan peluang pekerjaan kepada semua Warganegara Malaysia yang mencari pekerjaan atau menambah pendapatan. Peluang kerjaya sebagai ‘House Keeper’ tidak memerlukan kelayakan dan kelulusan yang tinggi kerana melibatkan kerja-kerja mengemas dan membersihkan rumah yang asas sahaja. LATAR BELAKANG PELAKSANAAN Projek ini dilaksanakan berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Januari 2015: “Perkhidmatan pekhidmat domestik secara ‘outsource’ perlu dirangka secara lebih sistematik dan komprehensif untuk menarik minat rakyat Malaysia menceburi perniagaan ini yang akan memberikan pendapatan yang baik” SKOP TUGAS ‘HOUSE KEEPER’ Senarai tugas ‘House Keeper’ adalah berdasarkan kepada kerja-kerja asas pembersihan yang boleh dilaksanakan oleh semua peserta ‘House Keeper’ dengan kemahiran yang minimum. Secara spesifik tugas-tugas ‘House Keeper’ adalah seperti berikut: • Menyapu, memvakum, menggilap dan mencuci lantai dan perabot, atau mencuci tingkap dan lek vapan lain; • Mencuci, menyeterika, dan membersihkan linen dan tekstil lain; • Mencuci pinggan mangkuk; • Membersihkan, menyahjangkit, dan menyahbau dapur, bilik air dan tandas; • Membersihkan tingkap dan permukaan kaca yang lain; dan • Menjalankan tugas lain-lain yang berkaitan. 4 01 BULETIN Kementerian Sumber Manusia OBJEKTIF ‘HOUSE KEEPER’ Pelaksanaan Projek Printis ‘House Keeper’ adalah bertujuan: (i) mengurangkan kebergantungan terhadap pembantu rumah asing (PRA); (ii) mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia untuk menambahkan pendapatan; dan (iii) menawarkan peluang perniagaan dalam bidang perkhidmatan pekhidmat domestik tempatan SYARAT DAN KELAYAKAN PENYERTAAN • • • Tiada syarat khas bagi kelayakan akademik Memiliki kemahiran asas mengemas dan kerja pembersihan yang minimum Warganegara Malaysia (Yang berminat amatlah dialu-alukan) KAEDAH PENGGAJIAN • Upah dibayar sekurang-kurangnya RM 6.00/ jam bekerja. FAEDAH-FAEDAH BEKERJA SEBAGAI HOUSE KEEPER • Liputan Akta Kerja 1955; - Cuti rehat, sakit, perayaan, bersalin, Kerja lebih masa (Overtime) • Waktu Kerja Anjal (Fleksibel) ; - Sepenuh Masa / Separuh masa (part –time) • Pengangkutan dari rumah ke tempat kerja disediakan (pergi-balik); • Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – simpanan; • Caruman Pertubuhan Keselamantan Sosial (PERKESO) - perlindungan keselamatan; • Kadar upah minimum RM 6.00 setiap jam bekerja (melepasi gaji minimum>RM1000); dan • Pakaian seragam disediakan (uniform). KAEDAH PELAKSANAAN PROJEK PERINTIS ‘HOUSE KEEPER’ (i) • Kumpulan Sasar: Semua Warga Malaysia (Wanita /Lelaki) yang berminat: Turut terlibat: Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal, balu, warga emas, Orang Kurang Upaya dan sebagainya.. (ii) Lokasi permulaan pelaksanaan Projek Perintis ‘House Keeper’ melibatkan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan permintaan tinggi daripada majikan yang menggajikan PRA berbanding negeri-negeri lain; (iii) Waktu bekerja formal (pejabat) dan tidak perlu menetap di rumah majikan (iv) Garis panduan dan kontrak penggajian (contract employment) yang standard dan diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Kementerian mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai projek ini. Sebarang pandangan dan maklum balas adalah amat dialu-alukan. Sekiranya terdapat pertanyaan, bolehlah menghubungi wakil Cawangan Dasar Perburuhan, Bahagian Dasar Kementerian Sumber Manusia seperti berikut: (i) (ii) (iii) Encik Faizal bin Hj. Zainudin, Ketua Penolong Setiausaha: 03-8886 5102/ faizalz@mohr.gov.my; Encik Nor Rodzam bin Othman, Penolong Setiausaha: 03-8886 5143/ rodzam@mohr.gov.my; dan Puan Siti Khalilah binti Abdul Nasir, Penolong Setiausaha: 03-8886 5144/ khalilah@mohr.gov.my BULETIN Kementerian Sumber Manusia 150 SEMINAR SEMINAR PERHUBUNGAN PERUSAHAAN DAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN YANG DIPERTUA DAN PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA 21 JANUARI 2016 (KHAMIS) HOTEL PULLMAN, KUCHING, SARAWAK M ahkamah Perusahaan telah mula ditubuhkan pada tahun 1940 di bawah Industrial Courts Enactment 1940. Mahkamah Perusahaan telah melalui beberapa transformasi dan perubahan selaras dengan pindaan undang-undang yang dibuat dari masa ke semasa. Pada masa sekarang, penubuhan Mahkamah Perusahaan telah diperuntukkan di dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Di antara fungsi-fungsi utama Mahkamah Perusahaan ialah: a) Mendengar dan membicarakan kes-kes pertikaian Perusahaan dan pembuangan kerja yang dirujuk oleh YB Menteri atau rujukan terus oleh pihak yang bertikai; b)Memutuskan dan menurunkan Award ke atas kes-kes pertikaian perusahaan dan pembuangan kerja yang didengar dan dibicarakan; c) Mendaftar dan memberi pengiktirafan kepada Perjanjian Kolektif yang melibatkan Kesatuan Sekerja Pekerja dan majikan. Sebelum sesuatu kes pertikaian perusahaan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, Kesatuan Sekerja atau majikan terlibat atau seseorang pekerja yang terlibat dengan pemecatan kerja 6 01 BULETIN Kementerian Sumber Manusia perlu membuat representasi kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan. Sekiranya proses rundingan damai yang dijalankan di peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan tidak dapat diselesaikan, kes tersebut akan dirujuk kepada YB Menteri dan seterusnya YB Menteri akan membuat keputusan samada sesuatu kes itu dirujuk atau tidak dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Sehingga kini, terdapat 22 buah Bahagian Mahkamah Perusahaan di seluruh Malaysia iaitu 15 di Kuala Lumpur, dua (2) di Johor dan Pulau Pinang dan satu (1) di Perak, Sabah dan Sarawak. Pada bulan April 2015 yang lepas, Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan di buat ke atas Subseksyen 23A(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) berkaitan dengan pelantikan Presiden dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan. Sebelum pindaan, Akta 177 memperuntukkan bahawa seseorang itu layak untuk dilantik sebagai Presiden dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan, sekiranya beliau pernah menjadi peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166) selama tempoh tujuh tahun sebelum pelantikannya, atau sebagai anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau Perkhidmatan undang-undang Negeri. Melalui pindaan ini, kelayakan untuk dilantik sebagai Presiden dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan telah diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak. Dengan pindaan ini bermakna mereka-mereka yang berpengalaman menjadi peguam bela di negeri Sabah atau Sarawak di bawah Advocates Ordinance of Sabah [Sabah Cap. 2] atau Advocates Ordinance of Sarawak [Sarawak Cap. 110] boleh dilantik sebagai Presiden atau Pengerusi Mahkamah Perusahaan. Tujuan pindaan ini adalah untuk memberi peluang dan hak kesamarataan bagi pengamal undang-undang di Sabah dan Sarawak supaya mereka juga boleh dilantik sebagai Presiden atau Pengerusi Mahkamah Perusahaan. Pada hari ini, kita bersama-sama berkumpul bagi meraikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Yang Di-Pertua dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia iaitu: a) Yang Arif Tuan Ishak Bin Mohd Yusoff Presiden Mahkamah Perusahaan Malaysia b) Yang Arif Puan Ani ak Solep @ Julia Anne Marie Solep Pengerusi Mahkamah Perusahaan Sarawak c) Yang Arif Tuan Mohd Azari Bin Harun Pengerusi Mahkamah Perusahaan Saya amat berbangga dan kita semua patut berbangga bahawa Yang Arif Puan Ani ak Solep @ Julia Anne Marie Solep adalah merupakan pengamal undang-undang anak Sarawak yang pertama dilantik sebagai Pengerusi Mahkamah Perusahaan selepas pindaan kepada Akta 177 dibuat. Ini boleh dianggap sebagai hari yang bersejarah buat rakyat Negeri Sarawak. Oleh itu, saya berharap, dengan pelantikan Presiden dan dua (2) orang Pengerusi ini, mereka akan dapat memberi sumbangan ke arah meningkatkan lagi pencapaian Mahkamah Perusahaan khususnya dan turut memberi sumbangan ke arah perkembangan perundangan perhubungan perusahaan di Negara ini. Perkhidmatan awam pada hari ini dan yang mendatang berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat kerana rakyat kini lebih bijak dan mempunyai banyak maklumat. Perkhidmatan awam sentiasa dituntut menjadi lebih cekap dan lebih pantas melalui pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan dari semasa ke semasa termasuklah inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). menggunakan teknologi Sistem Perekodan Digital (SPD) di dalam proses perbicaraan mereka. Sistem SPD ini akan merekodkan secara digital, audio dan video semasa sesi perbicaraan di dalam Mahkamah dan dengan penggunaan teknologi sistem pengecaman suara (voice recognition system), keterangan yang diberikan oleh pihak-pihak yang terlibat semasa perbicaraan akan ditukar ke dalam bentuk teks (auto transcript) dan diformatkan menjadi Nota Perbicaraan (Notes of Proceeding). Dengan sistem ini, Pengerusi yang membicarakan kes tidak lagi perlu membuat catatan atau menulis tangan segala keterangan yang diberikan oleh saksi di dalam Mahkamah. Dengan ini, proses perbicaraan kes di Mahkamah Perusahaan dapat dipercepatkan. Saya difahamkan bahawa sistem SPD ini merupakan sistem pertama yang digunakan di Malaysia dan sistem ini telah mula digunakan di 11 buah Mahkamah Perusahaan pada Januari 2015. Pada tahun 2014 juga, pihak Kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk Mahkamah Perusahaan menambahbaik sistem Pengurusan Kes secara atas talian (Sistem e-MP). Di antara inisiatif yang ditambah baik di bawah sistem e-MP ini ialah dengan memperkenalkan sistem e-Pemfailan dan e-Penyerahan (e-Filing & e-Service). Dengan penggunaan sistem ini, pihakpihak yang terlibat dengan Mahkamah tidak perlu lagi hadir ke Mahkamah untuk mengemukakan dokumen-dokumen sebaliknya pengemukaan dokumen boleh dibuat secara atas talian (on line) dan begitu juga penyerahan dokumen kepada pihak yang satu lagi. Dengan penggunaan sistem ini, ianya dapat menjimatkan kos dan masa pihak yang terlibat serta menjimatkan ruang penyimpanan fail di Mahkamah. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Mahkamah Perusahaan di atas kejayaan melaksanakan inisiatif-inisiatif tersebut di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif transformasi tersebut, ianya dapat meningkatkan produktiviti serta memberi memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan Mahkamah Perusahaan kepada rakyat. Selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baru tersebut, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Mahkamah Perusahaan telah dapat meningkatkan pencapaian Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2015 kepada 109 peratus berbanding dengan pencapaian 2014 sebanyak 73 peratus sahaja. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mahkamah Perusahaan di atas pencapaian tersebut. Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), sukacita saya memaklumkan bahawa Mahkamah Perusahaan juga tidak ketinggalan di dalam mengaplikasikan teknologi ICT di dalam proses kerja mereka ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Pada tahun 2014, pihak Kerajaan telah meluluskan permohonan Mahkamah Perusahaan untuk membangunkan 11 buah Mahkamah yang BULETIN Kementerian Sumber Manusia 170 AMANAT Amanat Tahun Baru 2016 Bersempena dengan Tahun Baru 2016, YB Menteri Sumber Manusia telah menyampaikan amanat khas kepada semua warga KSM dalam majlis Perhimpunan Bulanan Januari. Turut hadir di majlis tersebut ialah KSU KSM, TKSU dan Ketua-ketua Jabatan di bawah KSM. Antara amanat YB Menteri adalah seperti berikut; TAHUN BARU DAN ALU-ALUAN 1. Pertama sekali, marilah kita memanjat rasa syukur kepada Tuhan kerana atas keizinan-Nya kita dapat berhimpun dalam Majlis Perjumpaan pertama bagi tahun 2016 sebagai sebuah keluarga KSM. Saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul bersua muka dan beramah mesra di awal tahun ini bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Semoga Tuhan terus memberkati kita dengan kebaikan, kebijaksanaan, kekuatan fizikal dan moral agar dapat kita sempurnakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan cemerlang dan berintegriti. 2. Saya ingin mengalu-alukan kedatangan YBhg. Dato’ Sri Adenan Bin Ab. Rahman yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang baharu berkuat kuasa16 Disember 2015. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan beliau sebagai KSU KSM, menggantikan YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin bin Hj. Kasim yang telah dilantik sebagai KSU Kementerian Pengangkutan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sepanjang berkhidmat sebagai KSU KSM selama hampir 2 tahun. Kepada YBhg. Dato’ Sri Adenan, saya ucapkan selamat bertugas. 3. Saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan pegawai dan kakitangan yang baru memulakan perkhidmatan di KSM. Saya menaruh harapan yang tinggi bahawa tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memberikan sumbangan terbaik dan bermakna dalam usaha KSM memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada kumpulan sasar dan rakyat Malaysia amnya. 8 01 BULETIN Kementerian Sumber Manusia REFLEKSI TAHUN 2015 DAN FOKUS TAHUN 2016 4. Tahun 2015 telah kita tinggalkan dengan kenangan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru 2016” kepada semua warga KSM. Semoga kedatangan tahun 2016 ini kita semaikan lembaran baru dengan harapan kejayaan yang lebih membanggakan dan yang paling utama sekali, memenuhi aspirasi rakyat Malaysia terhadap KSM sebagai sebuah Kementerian yang perkhidmatannya begitu dekat di hati sanubari rakyat. 5. Tidak dinafikan, pelbagai cerita kejayaan telah kita capai sepanjang tahun 2015 sungguhpun dengan pelbagai cabaran menggetirkan yang terpaksa dihadapi. Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia dan naik turun nilai mata wang Ringgit adalah antara cabaran utama yang masih kita perlu tangani sehingga hari ini. Beberapa insiden luar jangka seperti gempa bumi dan kes penculikan warga tempatan di Sabah mengingatkan kita supaya lebih siap siaga walau pun perancangan rapi telah dibuat. 6. Sempena majlis pada pagi ini, saya akan berkongsi beberapa cerita kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun 2015 dan program-program yang bakal menjadi fokus kementerian pada tahun 2016. PERBELANJAAN BERHEMAT 7. Dalam aspek prestasi perbelanjaan bagi tahun 2015, KSM telah mencapai tahap yang amat cemerlang dan membanggakan. KSM mencapai 100% bagi Perbelanjaan Mengurus (Operating Expenditure) dan mencapai 95% bagi Perbelanjaan Pembangunan (Development Expenditure). Prestasi ini meletakkan KSM sebagai antara 5 kementerian terbaik dalam aspek pengurusan kewangan daripada 25 buah kementerian. Saya percaya bahawa komitmen seluruh warga KSM yang berada pada tahap tertinggi telah membolehkan kita mencapai prestasi perbelanjaan yang maksimum pada tahun 2015. Saya menaruh penuh keyakinan bahawa prestasi cemerlang ini akan dapat dikekalkan malah dipertingkatkan lagi bagi tahun 2016 ini. 8. Walau bagaimanapun, sebagaimana saya sebutkan sebentar tadi, negara terpaksa menghadapi cabaran genting berikutan penurunan harga minyak mentah dunia yang bakal memberi kesan kepada ekonomi dan pengurusan kewangan Kerajaan. Inisiatif pengukuhan ekonomi yang dirangka sebelum ini perlu disemak semula termasuk langkah konsolidasi fiskal Kerajaan. Sungguhpun demikian, Kerajaan dan KSM khasnya komited untuk meneruskan program dan aktiviti yang memberikan kesejahteraan kepada kumpulan sasar Kementerian. Bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian serta Jabatan-jabatan adalah tidak terjejas, saya menyeru supaya Ketua Setiausaha selaku pegawai pengawal Kementerian dan semua Ketua-Ketua Jabatan agar melaksanakan perbelanjaan berhemat dan melaksanakan prinsip “value for money” dalam mengoptimumkan perbelanjaan. KAJIAN HOLISTIK UNDANG-UNDANG BURUH DAN PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK 9. KSM sedang melaksanakan kajian secara holistik ke atas tiga undang-undang utama perburuhan negara iaitu Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1957. Sepanjang tahun 2015, kita telah mengadakan sesi libat urus di seluruh negara dengan pelbagai kumpulan stakeholders. Kajian ini melibatkan pelbagai aspek untuk menyesuaikan undang-undang perburuhan negara dengan landskap pasaran buruh semasa dan masa depan, daripada aspek mengawal selia hubungan pekerjaan baharu sehinggalah kepada aspek memudahcara urusan perniagaan. Antara isu yang sedang diperhalusi adalah menambahbaik liputan dan perlindungan, mempercepatkan penyelesaian pertikaian perusahaan dan tuntutan pemecatan tidak adil serta memperkasakan aktiviti penguatkuasaan. Sebagai sebuah negara perdagangan global, pematuhan undangundang perburuhan negara kepada konvensyen, standard dan instrumen antarabangsa juga diambil kira dalam kajian ini. 10. Pada masa yang sama, rombakan ke atas undang-undang perburuhan negara juga perlu dilaksanakan jika Kerajaan bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Dalam hal ini, TPPA menghendaki BULETIN Kementerian Sumber Manusia 190 Malaysia dan 11 buah negara lain iaitu Brunei, Chile, New Zealand, Singapura, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada, Jepun dan Amerika Syarikat untuk mematuhi terma dan syarat Bab Buruh. Bab Buruh TPPA menghendaki Malaysia dan 11 buah negara lain iaitu Brunei, Chile, New Zealand, Singapura, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada, Jepun dan Amerika Syarikat mematuhi standard perburuhan antarabangsa seperti mana yang dinyatakan dalam Deklarasi ILO Tahun 1998 mengenai prinsip-prinsip asas dan hak-hak di tempat kerja (fundamental principles and rights at work). 11.Pematuhan Bab Buruh yang dinyatakan dalam Deklarasi ILO 198 memerlukan pembaharuan undang-undang perburuhan yang signifikan khususnya dalam aspek membasmi buruh kanak-kanak dan buruh paksa, meningkatkan kebebasan berkesatuan (freedom of association) dan menghapuskan diskriminasi berkaitan pekerjaan. KSM perlu melaksanakan pembaharuan undang-undang bagi menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan dan mogok serta menghadkan kuasa Kerajaan dalam pendaftaran dan pembatalan kesatuan sekerja. Bagi aspek perundingan kolektif, pembaharuan undang-undang perlu menghapuskan sekatan ke atas perkara-perkara yang boleh dirundingkan antara pekerja dan majikan. 12.Bagi membolehkan Malaysia mematuhi Bab Buruh TPPA, KSM perlu meminda 8 undang-undang buruh termasuklah undang-undang utama seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Untuk makluman para hadirin sekalian, pindaan undang-undang ini mesti diselesaikan dalam tempoh 24 bulan selepas TPPA ditandatangani. Oleh yang demikian, kita perlu bekerja secara pantas sekiranya Kerajaan memutuskan untuk menandatangani TPPA. Saya menyeru seluruh warga KSM untuk mengambil tahu mengenai TPPA supaya dapat menyampaikan maklumat yang betul kepada orang ramai. Suka saya mengingatkan, di sebalik polemik yang timbul berkaitan TPPA, Kerajaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat semasa rundingan TPPA termasuklah dengan menjalankan analisis kos dan faedah (cost and benefit analysis) yang terperinci. Kerajaan hanya akan bersetuju menandatangani TPPA jika faedah yang diperoleh melebihi kos yang terlibat. HAK DAN PERLINDUNGAN PEKERJA SEKTOR SWASTA 13.Semasa Majlis Sambutan Hari Pekerja 2015 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menaikkan siling caruman kepada RM4,000 daripada RM3,000. Serentak dengan peningkatan ini, liputan perlindungan keselamatan sosial akan diperluaskan meliputi semua pekerja sektor swasta di mana 500 ribu orang akan mendapat faedah. Ia akan meningkatkan faedah yang akan diterima oleh orang yang diinsuranskan atau waris jika pekerja mengalami keilatan atau ditimpa bencana pekerjaan. Pihak majikan pula dilindungi daripada dibebankan untuk membayar pampasan, menanggung kos perubatan dan pemulihan orang berinsurans yang mengalami bencana dan hilang upaya. 14.Perkara ini sedang dalam tindakan akhir melalui Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2015 yang telah dibaca kali pertama pada 30 November 2015 yang mana bacaan kedua dijangka pada sesi Parlimen akan datang. Pindaan ini antara lain juga memperuntukkan ‘enabling provisions’ kepada PERKESO untuk mentadbir skim perlindungan sosial lain bagi memperluaskan lagi liputan perlindungan pekerja. 15. Susulan syor yang dikemukakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara setelah perbincangan mendalam mengenai kajian semula perintah gaji minimum, YAB Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 telah mengumumkan kadar gaji minimum yang baharu. Penetapan kadar gaji minimum yang baharu ini telah melalui suatu proses yang rumit dan banyak sesi konsultasi dengan pihak pekerja dan majikan. Kadar baharu ini akan mula dikuat kuasakan pada tahun ini. KSM perlu memperkasakan lagi aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan gaji minimum dibayar kepada setiap pekerja yang layak. PENGANJURAN ASEAN SKILLS COMPETITION 2016 16. Pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN Skills Competition (ASC) Ke-11. Bersempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) pada 20 Oktober 2015 yang lalu, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan pelancaran ASC 2016. ASC yang dianjurkan 10 01 BULETIN Kementerian Sumber Manusia secara bergilir antara negara ASEAN setiap dua tahun ini akan berlangung pada 19 hingga 29 September 2015 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). KSM akan bertindak selaku penganjur utama dengan kerjasama beberapa kementerian lain seperti Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Belia dan Sukan. 17.Penganjuran ASC bertujuan untuk menggalakkan kerjasama antara pihak Kerajaan, industri dan agensi latihan negara-negara ASEAN melalui pertukaran kaedah, teknologi dan proses pembuatan serta perkhidmatan yang diamalkan. Ia juga diharap dapat menggalakkan pembangunan nilai-nilai kerja teknikal dan vokasional yang berkualiti di kalangan belia dan pekerja mahir. ASC melibatkan penyertaan belia daripada semua negara ASEAN dan sebanyak 25 bidang kemahiran dipertandingkan yang meliputi pelbagai bidang seperti teknologi automotif dan penyelanggaraan kapal terbang sehinggalah kepada reka bentuk laman web dan kimpalan. 19.Jelas sekali, ASC 2016 merupakan antara acara terbesar yang akan dikendalikan oleh KSM bagi tahun ini. Saya menyeru semua warga KSM daripada pelbagai peringkat supaya dapat berganding bahu dan memberi komitmen tertinggi bagi menjayakan acara ini. Seluruh warga KSM memainkan peranan amat besar dalam mencerminkan keupayaan dan imej negara lebih-lebih lagi ASC adalah satu acara yang berprestij di peringkat antarabangsa. Saya yakin, jika setiap daripada kita memainkan peranan dengan sempurna, penganjuran ASC 2016 akan diiktiraf sebagai edisi terbaik sejak ia mula diperkenalkan. Suka juga saya memaklumkan bahawa kita telah menetapkan sasaran untuk memperoleh 15 pingat emas seterusnya merangkul gelaran juara keseluruhan dalam ASEAN Skills Competition 2016. PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET) 20.Bagi mencapai aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Kerajaan telah mensasarkan 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) adalah pekerjaan yang memerlukan kelayakan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Dalam hal ini, negara kita perlu meningkatkan pengambilan pelajar berkaitan TVET setiap tahun secara berperingkat daripada 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020. Kerajaan telah memperuntukkan RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta semasa tempoh rancangan yang lalu. 21. Saya berpandangan cabaran di depan kita bukan hanya untuk mencapai sasaran pengambilan pelajar di institut latihan kemahiran sahaja. Menurut maklum balas daripada pihak industri, wujud jurang antara pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan TVET berbanding dengan keperluan di tempat kerja. Oleh yang demikian, program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diadaptasi daripada model TVET di negara Jerman yang mana 70 peratus kandungan latihan dan berorientasikan perantisan akan dipertingkatkan lagi bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam program apprenticeship ini. Kerajaan juga bercadang memberi insentif berbentuk geran dan pengecualian cukai pendapatan kepada semua industri yang terlibat. Pada masa yang sama, sebanyak 112,889 persijilan telah dikeluarkan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bermula pada tahun 1996, dan angka ini dijangka meningkat dengan usahasama agensi awam dan swasta serta industri. 22.Apabila kita berbicara soal latihan kemahiran, “pengajar” merupakan salah satu elemen penting dalam mengarusperdana dan memperluas akses kepada program TVET yang berkualiti dan memenuhi keperluan industri. Bagi menangani jurang kompetensi tenaga pengajar, Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) serta kampus-kampus satelit ciast telah BULETIN Kementerian Sumber Manusia 111 0 dipertanggungjawabkan mengeluarkan pengiktirafan Vocational Training Officer (VTO) yang dilengkapkan dengan kemahiran pedagogi dan kemahiran mengajar. JPK melalui CIAST juga akan membina data profil secara berpusat bagi menyemak tahap kemahiran pengajar dan data yang diperolehi akan digunakan oleh agensiagensi yang mempunyai pengajar TVET bagi memberikan latihan bersesuaian untuk mengisi kompetensi yang diperlukan. Di samping itu, pendedahan tenaga pengajar kepada suasana kerja di industri dan latihan di dalam industri juga akan sentiasa dipertingkatkan. 23. Pada tahun 2016 ini, kita akan mencatat satu lagi sejarah penting dalam usaha memenuhi keperluan tenaga mahir negara. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri telah berkenan mencemar duli untuk merasmikan ADTEC Taiping pada 23 Februari 2016. Saya menyeru seluruh warga KSM supaya memberi sokongan dan kerjasama kepada Jabatan Tenaga Manusia bagi menjayakan Majlis Perasmian tersebut dengan penuh gilang-gemilang. KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 24. Kadar kemalangan tempat kerja di Malaysia adalah 3.10 bagi setiap 1,000 orang pekerja pada tahun 2014 ialah 3.10 berbanding 5.84 tahun 2004. Pencapaian positif ini menunjukkan kejayaan yang berterusan dan ianya tidak akan dicapai tanpa usaha yang bersungguh- sungguh oleh semua pihak iaitu Kerajaan, majikan dan pekerja. Kadar kemalangan di tempat kerja menunjukkan penurunan kadar kemalangan sejak tahun 2004. Walau bagaimanapun, saya berharap supaya usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan ini akan dipertingkatkan lagi agar kadar kemalangan di Malaysia setanding dengan negara- negara maju seperti Jepun, United Kingdom, Australia, Sweden dan lain-lain lagi. 25. Bagi memantapkan lagi sistem KKP di negara kita, Kerajaan akan melancarkan Occupational Safety and Health Master Plan 2020 (OSH-MP 2020) tidak lama lagi. OSH-MP 2020 akan memberi tumpuan menerapkan nilainilai budaya pencegahan (preventive culture) bagi memperkukuhkan lagi pembentukan “Budaya Kerja Sihat dan Selamat” di kalangan majikan dan pekerja. Ia merupakan kesinambungan kepada penerapan nilai-nilai OSH ownership dan self-regulation dalam 2 pelan induk sebelum ini. 26. Dalam hal ini, semua pihak perlu bergerak bersama-sama dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi menjadikan tempat kerja selamat dan sihat melalui penerapan budaya pencegahan. Bagi mencapai hasrat ini, OSH-MP 2020 menggunakan lima strategi utama yang berteraskan kepada usaha melonjakkan kesedaran, tanggungjawab dan komitmen pihak-pihak berkepentingan dalam KKP di mana strategi tersebut adalah kepimpinan kerajaan, pemantapan pengurusan KKP, perkongsian dan jaringan KKP, kesepakatan antarabangsa dan pemerkasaan kesihatan pekerjaan. 27. Pada masa yang sama, KSM perlu menjadi contoh terbaik kepada semua kementerian dan agensi Kerajaan yang lain dalam aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Saya menyeru supaya seluruh warga KSM sentiasa mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat dan sentiasa melakukan penambahbaikan bagi memantapkan sistem pengurusan KKP di KSM ini. KERJASAMA TRIPARTITE DAN KEHARMONIAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 28. Di bawah RMKe-11 untuk tahun 2016-2020, Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) telah diluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta ringgit bagi program memperkasa pelaksanaan sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti atau productivity-linked wages system (PLWS). Dalam mendukung hasrat kerajaan yang menjadikan PLWS ini sebagai salah satu agenda nasional, beberapa program telah dirancang sepanjang tempoh pelaksanaan RMKe-11, antaranya penganjuran program ASEAN Productivity-Linked Wages Conference (ASEAN-PLIC) yang merupakan program kesinambungan daripada Malaysian Productivity-Linked Wages Conference (My-PLIC) yang telah diadakan pada tahun 2015. 29. Program ASEAN-PLIC ini merupakan program terbesar yang akan dianjurkan oleh JPP bagi tahun 2016 dan bakal diadakan pada bulan Ogos 2016 di Kuala Lumpur. Selain itu, JPP juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menjalankan kajian berkaitan PLWS di bawah peruntukan pembangunan RMKe-11 ini. 12 01 BULETIN Kementerian Sumber Manusia Kajian ini akan digunapakai sebagai medium untuk mempromosikan lagi PLWS di kalangan syarikat-syarikat swasta di Malaysia. Adalah diharapkan agar pelaksanaan PLWS ini akan dapat mendukung hasrat kerajaan dalam meningkatkan produktiviti negara. 30. Saya juga amat berbesar hati berkongsi kejayaan Mahkamah Perusahaan Malaysia yang telah mengatasi sasaran KPI pengurusan kes yang juga merupakan KPI Menteri Sumber Manusia. Mahkamah Perusahaan telah mencapai 56.2% pengurusan kes setakat bulan November 2015 berbanding 55% sasaran yang ditetapkan pada tahun 2015. LAN BERAMBEH ANAK SARAWAK 2016 31.Untuk makluman bersama, saya telah dilantik sebagai Pengerusi sambutan program “Lan Berambeh Anak Sarawak 2016”. Frasa “Lan Berambeh” ini adalah dalam bahasa tempatan Sarawak yang bermaksud “mari berkumpul”. Acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2008 bertujuan mengumpul anak-anak Sarawak di Semenanjung berhimpun bagi merapatkan silaturahim antara anak perantau Sarawak. Program “Lan Berambeh” juga bertujuan memperkenalkan keunikan negeri Sarawak kepada orang lain khususnya rakan-rakan dari Semenanjung. 32. Dalam hal ini, saya berharap supaya seluruh warga KSM dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada saya untuk menjayakan program “Lan Berambeh Anak Sarawak 2016” yang dijangka diadakan pada bulan September di Johor Bahru. Saya berpandangan kita wajar merebut peluang baik ini untuk mempromosikan perkhidmatan KSM kepada para pengunjung seperti mengadakan karnival kerjaya, program penempatan pekerjaan atau klinik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kita wajar menyediakan pengisian program yang dapat memberi nilai tambah kepada para pengunjung agar mereka memperoleh manfaat yang berpanjangan melalui penganjuran program seperti ini. PENUTUP 33.Sebagai kementerian yang menguruskan isu-isu berkaitan pembangunan mahupun pengurusan sumber manusia, kita harus lebih kreatif dan berinovasi agar aspirasi rakyat dapat dipenuhi dalam lanskap ekonomi global yang penuh kompetitif pada masa kini. Kejayaan 2015 haruslah dijadikan panduan dan pada tahun 2016 ini, kita perlu meningkatkan lagi usaha agar kementerian ini dapat berdiri sama tinggi bersama-sama dengan kementerian yang lain. 34. Diharapkan semua warga KSM dapat memperlihatkan usaha dan daya saing yang tinggi serta mampu memberikan komitmen yang berterusan ke arah mencapai misi dan visi kementerian yang digalas bersama ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua warga KSM atas perkhidmatan yang cemerlang tahun lepas dan saya berharap kita semua akan berusaha dengan lebih gigih ke arah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara yang kita cintai ini selaras dengan semangat “Semarak Malaysia, Gemilang Di Persada”. 35.Mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak urus setia khususnya Jabatan Pembangunan Kemahiran selaku hos atas kejayaan penganjuran perhimpunan kali ini. Selamat berkhidmat bagi tahun 2016. Sekian, terima kasih BULETIN Kementerian Sumber Manusia 1130 KENYATAAN MEDIA LATIHAN KEMAHIRAN, TEKNIKAL PERLUKAN PEMBIAYAAN TAMBAHAN Merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang menyatakan bahawa ramai belia di Institusi TVET terpaksa menolak tawaran latihan disebabkan tidak mendapat pinjaman daripada Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Bagi tujuan latihan, PTPK di bawah Kementerian Sumber Manusia hanya diperuntukkan sebanyak RM 200 juta bagi tahun 2016. Daripada jumlah tersebut Negeri Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM 20.1 juta (10%) yang telah diagihkan kepada Penyedia Latihan di Sarawak bagi membiayai seramai 2,079 pelatih. Kementerian juga perlu membiayai belia-belia di Pusat Latihan yang lain. Walau bagaimanapun memandangkan permintaan yang tinggi oleh belia-belia di negeri Sarawak yang berminat untuk menceburi kerjaya berasaskan TVET, bahawa Kementerian Sumber Manusia melalui PTPK akan memberi peruntukkan tambahan sebanyak RM10 juta lagi pada tahun ini bagi membiayai seramai 1,030 pelatih. Selain daripada itu di bawah RMKe-11 (2016-2020) Negeri Sarawak akan mendapat sebanyak RM 6.8 juta (13%) setiap tahun bagi membiayai latihan jangka pendek dan sederhana termasuk latihan kemahiran untuk persijilan SKM Tahap I dan SKM Tahap II, iaitu 14 01 BULETIN Kementerian Sumber Manusia di bawah Program Latihan Kemahiran B40 (PLKB40) dalam bentuk geran latihan (bukan pinjaman). Sasaran Program PLKB40 ini adalah terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 hingga RM3,800 sebulan. Dato’ Sri Richard Riot menjelaskan demikian berikutan timbul isu berkenaan dalam Borneo Post pada 9 Mac 2016. BENGKEL Bengkel pengurusan aduan 2016, Kementerian Sumber Manusia telah melabuhkan tirainya pada 5 Mac 2016 setelah genap tiga hari berbengkel di Melaka Bandaraya Bersejarah. Bengkel yang pertama kali dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia telah dihadiri oleh seramai 26 peserta dari Kementerian, Jabatan dan Agensi. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam disamping memastikan prosedur aduan sentiasa dikemaskini, terkini dan dipatuhi. Bengkel ini juga memperaktikkan kaedah pengurusan aduan bersama pelanggan bagi meningkatkan kefahaman ke arah penyampaian sistem perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam menangani aduan. Selain itu ia juga bermatlamat memupuk semangat kerjasama, mengenalpasti idea-idea dan kaedah terbaik dalam meningkatkan pelaksanaan sistem pengurusan aduan pelanggan KSM/Jabatan/Agensi. Dalam bengkel ini peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik menangani pengadu tegar, cara berurusan dengan pelanggan dan cadangan penambaikan pengendalian aduan awam. Adalah diharapkan semua peserta dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam pengendalian pengurusan aduan di KSM/Jabatan/ Agensi dengan lebih memahami sistem dan kaedah pengurusan aduan bagi penyampaian perkhidmatan yang lebih baik. Selain itu dengan adanya bengkel ini akan dapat meningkatkan kerjasama dikalangan Pegawai Penyelaras KSM/ Jabatan/Agensi dalam bertukar-tukar maklumat ke arah memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam pengendalian aduan pelanggan. Bengkel PENGURUSAN ADUAN 2016 Kementerian Sumber Manusia BULETIN Kementerian Sumber Manusia 1150 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 YB Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 peringkat Kementerian Sumber Manusia yang berlangsung pada 17 Mac 2016 bertempat di Auditorium Blok D8, Putrajaya. Seramai 654 penerima anugerah tahun 2015 diraikan di majlis tersebut. YB Menteri telah menyatakan ucapan penghargaan kepada semua penerima anugerah kerana telah menunjukkan kecemerlangan melalui sumbangan dan kegiatan dalam melaksanakan tugas ditempat kerja masing-masing. Katanya lagi dengan adanya usaha-usaha oleh Jabatan dan Agensi dibawah KSM sudah pastinya langkah proaktif bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan dasardasar kerajaan seterusnya melonjak KSM sebagai peneraju dalam bidang menjana kemahiran serta pakar dalam bidang latihan teknikal serta pengurusan tenaga manusia khususnya di sektor swasta akan tercapai dengan jayanya. Saya berharap agar anugerah ini akan mendorong penerimanya dan seluruh warga KSM untuk lebih berusaha gigih kearah mencapai sasaran utama KPI kementerian, jelas YB Menteri. 16 01 BULETIN Kementerian Sumber Manusia
Similar documents
Ringkasan Eksekutif - Unit Perancang Ekonomi
dihasratkan dalam Wawasan 2020. Kita berjaya menempa kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial sepanjang 53 tahun kita memajukan negara tetapi kini kita berhadapan dengan cabaran baharu y...
More information