[first - 29] bh/dalam_negeri/pages 08/07/11
Transcription
[first - 29] bh/dalam_negeri/pages 08/07/11
SUKAN Berita Harian Jumaat, 8 Julai 2011 29 SEKILAS Menaruh harapan pada dua beradik SILAT Pesilat pelapis dan muka baru sertai kejohanan di Kuala Lumpur Oleh SAPARIN RASIKIN saparin@sph.com.sg PESILAT adik-beradik, Saiedah dan Elyasak Said, adalah antara yang menggalas harapan Singapura dalam Kejohanan Pencak Silat Asean Ketiga di Kuala Lumpur selama empat hari mulai Isnin ini. Tiga lagi pesilat senior dalam pasukan 13 peserta ialah Mohd Saifullah Mohd Julaimi, Herwan Harryanto dan Nur Zulaikha Zakaria. Pengurus pasukan, Dzulfadly Mohd Jaffar, berkata: “Kami tidak menyertakan se- mua pesilat senior kerana mahu memberi peluang kepada para pesilat pelapis dan yang baru. “Kejohanan bukan menjadi kayu ukur bagi pasukan ke Sukan SEA Indonesia kerana kami menjangka negara-negara peserta lain tidak akan menurunkan pesilat-pesilat terbaik mereka. “Oleh itu, kami mengambil pe- SAIEDAH SAID: Berharap dapat meneruskan rentak kemenangan. – Foto-foto fail luang ini dengan memberikan pendedahan kepada para pesilat muda dan muka baru bagi menimba pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa.” Empat muka baru dalam pasukan ke Kuala Lumpur ialah Irfan Samian, Ahmad Zarouk Muhd Hanif, Shariena Shariff dan Nur Hidayah Arifin. Juara dunia 2004, Saiedah, 26 tahun, merupakan pemenang pingat emas dan terpilih sebagai Pesilat Terbaik dalam Kejohanan Pencak Silat Asia yang berlangsung di sini awal tahun ini. “Kami berharap Saiedah dapat meneruskan rentak kemenangan bagi menyemarakkan semangat dan keyakinan menghadapi Sukan SEA nanti,” jelas Dzulfadly, yang juga bertindak sebagai jurulatih pasukan. Elyasak, 19 tahun, yang memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Asia, diharap dapat membaiki pencapaiannya. Menurut Dzulfadly, latihan diteruskan sejak kembali daripada Kejohanan Antarabangsa Sabah lebih sebulan lalu dan para pesilatnya berada dalam keadaan yang baik. Saifullah dan Herwan, yang masing-masing memenangi perak dalam Kejohanan Asia, juga berharap dapat membaiki persembahan dan pencapaian masing-masing. Begitu juga dengan Zulaikha, yang terlepas beraksi dalam Kejohanan Asia kerana cedera, berazam mahu mengembalikan persembahan yang baik bagi merebut tempat ke Sukan SEA. Para pesilat lain yang menjadi harapan ialah Atiq Asnarti Roslan, yang memenangi pingat emas dalam kejohanan di Sabah. “Kejayaan memenangi pingat SUKAN OLIMPIK KHAS 2011 Pulang dengan 12 emas Oleh ZAINAL JAMARI jaz@sph.com.sg KONTINJEN Olimpik Khas Singapura kembali ke tanah air semalam dengan membawa pulang sejumlah 37 pingat – 12 emas, 13 perak dan 12 gangsa. Pencapaian tersebut adalah lebih baik daripada 32 pingat – tujuh emas, sembilan perak dan 16 gangsa – yang dipungut peserta negara empat tahun lalu. Seramai 46 peserta negara semalam pulang dari Sukan Olimpik Khas 2011 yang berlangsung di Athens, Greece, dan disambut kira-kira 80 peminat, rakan dan kaum keluarga. Turut menyambut ketibaan mereka di Lapangan Terbang Changi ialah Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yacob. Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Mejar-Jeneral (Kerahan) Chan Chun Sing, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan tersebut. Beliau berkata: “Tahniah kepada semua athlit Olimpik Khas Singapura kerana telah membanggakan Singapura, dan dalam proses itu, mengatasi persembahan Sukan yang lalu. “Pujian istimewa kepada para anggota keluarga mereka, jurulatih dan penyokong kerana membolehkan semua ini dicapai. “Anda semua adalah pemenang.” Untuk pertama kalinya, pasukan bola sepak lima sepasuk Singapura memenangi pingat emas selepas perlawanan akhir yang menarik menentang Chile. Selepas perlawanan berakhir dengan seri 2-2, Singapura mengalahkan Chile melalui tendangan penalti 3-2. Singapura memenangi paling banyak pingat emas dalam acara atletik, iaitu enam butir kesemuanya. Muhammad Syaiful Rahmat mendahului pungutan emas acara atletik dengan memenangi dua butir – acara acara 800 meter (Divisyen M4) dan 1,500 meter (M3). Dalam acara setengah maraton dengan Singapura menghantar pesertanya buat kali pertama, Tan Too Sheng (M8), turut memenangi emas sementara Huan Kia Song (M5) memenangi perak. Emas keempat Singapura dalam acara atletik dimenangi Suhairi Suhani dalam acara 800 meter (M1). SAMBUTAN VIP: Menteri Negara Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Cik Halimah Yacob, mengucapkan tahniah kepada pemenang emas separuh maraton, Tan Too Sheng. – Foto-foto SPECIAL OLYMPICS TEAM SINGAPORE SELAMAT PULANG: Pemain bowling Mohamad Fadly (empat dari kanan) sempat bergambar dengan keluarga. EMAS KALI PERTAMA: Pasukan dan pegawai skuad bola sepak lima sepasuk yang mengalahkan Chile untuk memenangi emas. Khairuna Mohamed Sah (F4) dan Azizah Karim (F9) masing-masingmemenangi emas dalam acara 400 meter. Benson Tan memenangi emas tunggal negara dalam kolam renang melalui acara kuak lentang 100 meter (M7). Adeline Yeo dan Adelene Yue juga menang emas acara bowling beregu (Divisyen 3), sementara Muhammad Farhan Ismail (Divisyen 14) dan Mohamad Fadly Mohamad Aron (Divisyen 16) masing-masing menang emas bowling perseorangan. Akhir sekali, Mohamad Rausyan Mohamad Ya’acob menang emas badminton perseorangan (M3). emas pertama di peringkat antarabangsa membuatnya lebih yakin dan saya berharap beliau dapat meningkatkan lagi persembahannya,” kata Dzhulfadly mengenai Isnarti. Berikut barisan pesilat Singapura: Lelaki: Ridhwan Selamat (Kelas A), Herwan Harrywanto (Kelas B), Ahmad Kaffee Azman (Kelas C), Irfan Samian (Kelas D), Mohd Saifullah Mohd Julaimi (Kelas E), Elyasak Said (Kelas F) dan Ahmad Zarouk Muhd Hanif (Kelas I). Wanita: Atiq Isnarti Roslan (Kelas B), Saiedah Said (Kelas C), Nur Zulaikha Zakaria (Kelas D), Shariena Shariff (Kelas E), Zafirah Hamizah Zulkifli (Kelas F) dan Nur Hidayah Arifin (Seni Tunggal). Singa Muda dan Albirex menang ALBIREX Niigata mengalahkan Hougang United dengan jaringan 5-1 dalam perlawanan Liga-S Great Eastern Yeo’s di Stadium Jurong East malam tadi. Shotaro Ihata melakukan jaringan hat-trick apabila beliau menyumbatkan gol pada minit-minit kesembilan, ke-11 dan ke-21. Dua lagi gol Albirex dijaringkan Atsushi Shimono (ke-59) dan Yosuke Saito (ke-83) sementara gol Hougang dijaringkan Vitor Borges pada minit ke-75. Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Woodlands, Courts Singa Muda mengalahkan Woodlands Wellington FC dengan jaringan empat gol. Semua puji kelakuan Vettel ELYASAK SAID: Berazam mahu membaiki persembahan. Kami tidak menyertakan semua pesilat senior kerana mahu memberi peluang kepada para pesilat pelapis dan yang baru. Kejohanan bukan menjadi kayu ukur bagi pasukan ke Sukan SEA Indonesia kerana kami menjangka negara-negara peserta lain tidak akan menurunkan pesilat-pesilat terbaik mereka. Oleh itu, kami mengambil peluang ini dengan memberikan pendedahan kepada para pesilat muda dan muka baru bagi menimba pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa. ’ – Dzulfadly Mohd Jaffar, pengurus pasukan. SILVERSTONE: Sebastian Vettel telah melakukan yang terbaik menjelang Grand Prix Britain hujung minggu ini, iaitu merendah hati, tidak membebel dan berpuas hati dengan rekodnya tahun ini. Juara dunia yang meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-24 Ahad lalu itu dipuji semua pihak musim ini kerana kelakuannya yang disifatkan sebagai baik sekali. – AFP. JADUAL Bola sepak LIGA-S GREAT EASTERN-YEO’S: Tampines Rovers FC lwn Etoile FC (Stadium Jalan Besar, 7.30 malam). BOLA SEPAK ENGLAND Tevez yakin ada kelab Eropah mampu bayar wang pemindahan £50 juta LONDON: Carlos Tevez yakin salah sebuah kelab terkemuka Eropah mampu membayar wang pemindahan sebanyak £50 juta ($98 juta) bagi mendapatkan tenaganya. Difahamkan, kelabnya, Manchester City, akan menuntut £50 juta bagi mana-mana kelab yang ingin memikat kapten pasukannya itu. Tevez mengumumkan beliau mahu meninggalkan City tetapi terdapat keraguan sama ada kelab yang mampu membayar wang pemindahan dan gaji pemain tersebut. Bagaimanapun, terdapat juga pandangan bahawa dengan Tevez membuat pengumuman itu, ia akan segera mendorong kelab-kelab bertindak dengan perkembangan terbaru mengenai pemain Argentina itu. Tetapi sebagai pemain, Tevez tetap kelihatan tenang dengan isu itu. Menurut satu sumber yang rapat dengan ESPN Soccernet: “Kini, dengan Carlos Tevez ingin keluar dari Manchestes City, kita lihat saja kelab manakah yang berminat dan berapa pula tawaran yang sedia dikemukakan. “Setiap orang tahu betapa Manchester City menghargai kapten pasukan dan juga penjaring utama pasukan itu. Apabila anda melihat kepada statistik, anda akan tahu nilai pemain tersebut. “Buat masa ini, tiada apa yang boleh dilaporkan tetapi saja lihat apa yang akan berlaku dalam beberapa hari lagi. “Kita lihat pasukan manakah yang sedia membayar harga yang dituntut City.” Sementara itu, Stefan Savic adalah seorang lagi pemain baru yang akan menyertai City dengan kontrak selama empat tahun. Pemain Partizan Belgrade itu, yang sebelum ini menjadi perhatian kelab Arsenal, menyertai Gael Clicy untuk bersama City menjelang menghadapi kempen Liga Juara-Juara Eropah. Berusia 20 tahun, pemain antarabangsa Montenegro itu menyarung kelab Partizan dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. Savic boleh bergerak sebagai bek tengah atau kanan. “Saya sentiasa menyaksikan pertandingan Liga Perdana England dan saya tahu ia adalah liga yang menjadi perhatian,” katanya. – Soccernet. 5 in 1 Full Set c/w 2 pc selected Mattress MENGENAI PERKARA AKTA SYARIKAT, BAB. 50 DAN MENGENAI PERKARA BANK OF SINGAPORE ASSET MANAGEMENT LTD. (PEMBUBARAN PARA AHLI DENGAN SUKARELA) NO. PENDAFTARAN SYARIKAT 199000468E DENGAN NOTIS INI DIBERITAHU menurut Seksyen 308(1) dari Akta Syarikat, Bab. 50, bahawa Mesyuarat Terakhir bagi para Ahli Syarikat yang tersebut di atas akan diadakan di 8 Cross Street #17-00 PWC Building Singapura 048424, pada 10hb Ogos 2011, jam 10.00 pagi untuk perkara yang berikut:“Menerima laporan dari Pembubar yang menunjukkan bagaimana pembubaran telah dijalankan dan mendengar sebarang penerangan yang mungkin akan disampaikan oleh Pembubar.” Bertarikh 8hb Julai 2011 Steven Tan Hock Choon Pembubar d/a 65 Chulia Street #28-00 OCBC Centre Singapura 049513 Perhatian: Menurut Seksyen 181 dari Akta Syarikat, Bab. 50, seseorang ahli yang layak hadir dan mengundi di dalam mesyuarat ini beliau berhak melantik seorang atau orang-orang lain (sama ada ahli atau bukan ahli) sebagai wakilnya untuk hadir dan mengundi bagi pihaknya. Peroksi-peroksi yang akan hadir di dalam mesyuarat ini hendaklah dikemukakan di pejabat Pembubar sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat bersidang. AKTA PERANCANGAN (BAB 232) PERATURAN-PERATURAN PERANCANGAN (PELAN INDUK) RULES (R1) Notis Di Bawah Peraturan 4 Dengan notis ini dimaklumkan bahawa saranan berikut bagi pemindaan kepada Pelan Induk telah diserahkan kepada Menteri bagi Pembangunan Negara untuk diluluskan: 1) Mengubah semula zon bagi Lot 05719A, 05857K, 08744T(pt) & 08746K(pt), Mukim 17, di Moonstone Lane, daripada Zon Jalan Raya kepada Zon Kediaman pada nisbah plot maksimum yang dibenarkan, iaitu, 1.40 (kasar). 2) Mengubah nisbah plot bagi Lot 16097V, Mukim 18, di Serangoon North Avenue 5, daripada Zon Perniagaan 1 pada nisbah plot 2.50 (kasar) kepada Zon Perniagaan 1 pada nisbah plot maksimum yang dibenarkan, iaitu, 3.00 (kasar). Satu salinan yang diperakui bagi saranan ini boleh diperiksa semasa waktu pejabat di Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), The URA Centre, Tingkat 1, Customer Service Centre, 45 Maxwell Road, Singapura 069118, dari 8 Julai 2011 hingga 6 Ogos 2011. Sebarang bantahan atau pernyataan kepada saranan tersebut boleh dihantarkan secara bertulis kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Negara (MND), Maxwell Road, Singapura 069110, pada atau sebelum 6 Ogos 2011, dengan menyatakan sebab-sebab ia dibuat, sebagaimana yang diperlukan di bawah Peraturan 5 bagi Peraturan-Peraturan Perancangan (Pelan Induk) (R1). HAN YONG HOE bagi pihak KETUA PERANCANG