Permainan Tradisional [Wau]_

Transcription

Permainan Tradisional [Wau]_
Senarai Kandungan
1. Pengenalan
2. Sumber Monograf
2.1.
2.2.
2.3.
Permainan Warisan Rakyat
Permainan Wau
Biro Teknik – Syarat-syarat & Undang-undang Pertandingan Wau
Tradisional Malaysia
3. Sumber Jurnal & Majalah
3.1 Wings Of Gold
- Antara wau dan layang-layang
3.2 Dewan Siswa
- Wau menguasai angkasa raya
3.3 Dewan Budaya
- Fenomena sains dalam permainan wau
4.
Sumber Internet
Pelayangjohor.com/new/page.php?page=JENIS-JENIS_WAU
www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=2
http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau_gal.htm
5. Sumber Elektronik
5.1 Utusan Malaysia
‐ Pertandingan wau meriah
‐ ‘1 Langit 1 Budaya’ keunikan festival layang-layang
‐ Festival beri peluang asah bakat
‐ Pantai Irama tumpuan peniaga kecil
‐ 150 murid sertai persidangan antarabangsa
‐ Aktiviti menarik di Festival Layang-layang Selangor 2011
‐ Muzium Wau Kelantan pusat rujukan seni kraf wau sedunia
‐ Pesta Wau sempena 30 tahun MSU, PTPL
‐ Wujudkan muzium wau di Kelantan
5.2 Sumber NST Emedia
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
Tranformasi Pasar Seni
Panorama Dabong
‘Wau Mas’ teroka angkasa
Anggota bomba juara pertandingan wau
Cuaca buruk tak halang jadi juara
Ibarat perhimpunan seni
Tuah mainan tradisional melayu
‘Seronok buat wau’
Festival layang-layang tarik 557 peserta
Otai wau
Semarak suasana desa
Wau ilham kreatif pelajar
Terapi layang-layang
10,000 ribu lihat layang-layang
50,000 dijangka kunjungi festival
5.3 Sumber Blis
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
Lebih 200 sertai pesta wau antarabangsa Borneo 2011
Muzium Wau Kelantan sebagai pusat rujukan seni kraf wau sedunia
OKU johan wau antarabagsa Kelantan 2011
Terengganu rancang anjur pertandingan wau tarik pelancong
Wau milik Helmet Georgi dari Austria muncul wau besar paling kreatif
Festival layang-layang sedunia bakal catat rekod terbangkan 3,000 wau
serentak
Kelantan perluas penyertaan negara luar dalam pertandingan wau
Kelantan bercadang bina muzium wau di Pantai Irama Bachok
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
‐
Kelantan anjur pesta wau jemputan antarabangsa 2010
Pelayang cadang kerajaan wujudkan muzium wau
Pembuat wau guna kemahiran untuk bantu ‘jual’ Malaysia
Pesta wau antarbangsa tarik lebih ramai peserta luar negara
Pesta wau antarabangsa Kelantan 2008 terima penyertaan 18 negara
Jurutera tukar kerjaya kerana wau bulan
Persembahan wau bertaraf dunia di Sarawak bulan ini
Bengkel pakar pembuat wau tradisional diberi wajah baru
Bengkel pakar pembuat wau Kelantan dalam keadaan daif
Che Gu Kasmin, temui “pelangi” dalam membuat wau
Jadikan permainan wau dan layang-layang ikon negara
Bintulu tuan rumah festival wau antarabangsa Borneo 2006
Pos Malaysia lancar setem wau
Pelajar SK Machang 2 terbangkan 48 wau jalur gemilang
Pulau wau ada potensi sebagai destinasi baru pelancongan
Sukan: Malaysia sertai pertandingan wau dunia
Perlis cadang pesta wau Asean dimasukkan dalam kalendar pelancongan
Festival Wau serlah semangat kerjasama Asean melalui budaya
Festival Wau Asean turut warnai sambutan Tahun Melawat Perlis
Sars: Pesta Wau Antarabangsa Kelantan tiada penyertaan luar
Pesta Wau sebagai tarikan baru Johor
Wau Dugong dan ketupat antara tarikan di Pesta Wau Asean
Malaysia sertai pertandingan dan pameran wau sedunia di Perancis
Terengganu hantar pasukan sertai pertandingan wau
Tiga negara undang Terengganu sertai festival wau antarabangsa
Terengganu berjaya perkenalkan wau Malaysia di luar negara
Terengganu sertai festival wau Jakarta
2001 wau antarabangsa di Pantai Cahaya Bulan
Terengganu hantar 45 wau ke Pesta Wau Antarabangsa Kelantan
Pelayang Terengganu wujud bengkel wau
Malaysia sertai festival wau di England dan Jakarta
Malaysia hantar 30 wau ke festival wau antarabangsa di Itali
Empat puluh negara diundang sertai pesta wau
Pertandingan wau untuk tarik pelancong ke Langkawi
Kelantan anjur Pesta Wau Antarbangsa Malaysia 1999
Main wau di sawah jadi produk baru pelancongan
Pesta Wau: nafas baru kepada hobi lama
Terengganu anjur Pesta Wau ‘98
Kelantan anjur Pesta Wau Antarabangsa 1998
Pelayang cadangkan festival wau IMT-GT
‐
‐
Sebanyak 35 pelayang sertai festival wau di Thailand
Wilayah Satun undang Malaysia sertai festival wau
6. Rujukan
Layang-layang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti
menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai
barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu
kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat
pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut
akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan
wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk
kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna,
keaslian ciptaan dan ukurannya.
Isi kandungan
•
•
•
•
•
•
•
•
1 Sejarah wau
o 1.1 Di Malaysia
o 1.2 Mitos permainan wau
2 Jenis wau
3 Cara bermain
4 Menghasilkan wau
5 Perincian wau
o 5.1 Teknik pembuatan wau tradisional
ƒ 5.1.1 Petua dan pantang larang pemilihan buluh
ƒ 5.1.2 Penyimpanan buluh
ƒ 5.1.3 Meraut buluh
ƒ 5.1.4 Membuat bingkai
ƒ 5.1.5 Mengukur, melukis dan menyobek corak
ƒ 5.1.6 Memasang jambul atau rambu
ƒ 5.1.7 Memasang belalai
ƒ 5.1.8 Memasang busur
6 Rujukan
7 Sumber
8 Pautan luar
1 Sejarah wau
Di Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di
Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.[perlu rujukan]
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah
berlangsung sejak zaman Greek lagi.
Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien
(Fujian). Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.
Pada masa dahulu, orang-orang Melayu di Singapura turut menggunakan layanglayang bagi menangkap ikan.[1]
Mitos permainan wau
Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan
yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada
tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun
nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu
putus talinya, dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang
empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau".
Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi
Dewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke
laut. Maka Mak si Dewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa
duduk di kayangan, lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnya
tembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadi
seorang dewa yang dinamakan Awang si Jambul Lebat dan selaput tembuni Dewa
Muda itulah dijadikan “rangka” Wau untuk Dewa Muda.
Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk
dijadikan bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda
dijadikan tangan dan badan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila
Wau ini dinaikkan, maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam.
Dari bunyi busur itulah wujudnya nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang
tidak ada busur atau busurnya tidak berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam
dipanggil "layang-layang".
2 Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada satu hari,
seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan
seorang anak perempuan yang cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap
hari membawakan minuman dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia
bermain di rumah padi, yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati isteri.
Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diri dari rumah petani
tersebut menghala angina barat.
Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang
penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi.
Untuk memohon maaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan
sekarang ini dan dinaikkan setelah menuai.
Mengikut asal usul yang lain, Wau Bulan lahir sebagai lambang penyatuan kembali
Empayar Srivijaya oleh Dewa Muda. Setelah kemangkatan pembina Empayar Srivijaya
iaitu Sri Maharaja Sri Jayanaga, maka empayar yang meliputi seluruh Asia Tenggara ini
mulai berpecah diperintah secara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu Medang
Bhumi.
Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang
bernama Jaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai gelaran, antaranya Sabjaya atau
Sanjaya Putera, Inu Dewa, Seri Panji, Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapati
atau Raden Asmarajaya dan Hyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam ceritacerita tradisi sebagai Dewa Muda. Dewa Muda telah mengadakan beberapa serangan
untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya.
Sebelum Dewa Muda mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila
selesai, dia pulang dari gua tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau
‘lembaga’ wau bulan yang baginya merupakan peta penyerangan dan penaklukan
kembali Empayar Srivijaya atau Asia Tenggara itu.Dewa Muda menakluk kembali
empayar yang agung itu kira-kira pada tahun 713 hingga 779 Masihi. Setelah mendapat
kemenangan, Wau Bulan yang menjadi lambang Empayar Srivijaya dikenali sebagai
‘Sejagat Tanah Jawa’.
Kepala dan tengkuk wau bulan yang berbentuk garuda itu melambangkan raja segala
burung yang sebenarnya seorang wali. Namanya ialah Riah, dalam Bahasa Arab
disebut ‘Nabi Mahlail Alaihissalam’ antara 313 rasul dan dalam Bible, beliau disebut
dengan nama ‘Mahalelselt’. Dalam cerita-cerita tradisi dia digelar ‘Burung Petala
Indera’. Jadi, kepala Wau Bulan ini melambangkan roh dan semangat Empayar
Srivijaya, dan memberi erti asas kebudayaan dan asas peradaban dalam empayar ini.
Dikisahkan bahawa busur wau ini memiliki dua belas bahasa, dua belas ragam yang
melambangkan negeri atau daerah yang disatukan kembali dengan negara pusat
Empayar Srivijaya. Dua belas negeri tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting,
Kemboja-Laos-Thailand Tengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur
3 menganjur ke Kepulauan Andaman, Pulau Irian dan Pulau Sulawesi. Sementara dua
belas ragam bererti dua belas suku terdapat di dua belas daerah/negeri tersebut tadi.
Bulatan bulan pada Wau Bulan melambangkan negeri-negeri daratan yang dinamakan
Nusarantang-kawasan yang bersambung. Bintang yang terletak di antara bulatan bulan
sabit penuh dilambangkan sebagai ‘negara pusat’ atau ‘kawasan pusat pemerimtahan’
yang dinamakan ‘Nusa Kencana-Kawasan Emas dan bulan sabit penuh yang menjadi
bahagian bawah wau ini dilambangkan dengan negeri-negeri kepulauan yang
dinamakan Nusantara-Kawasan yang dirantai oleh laut-laut.
Wau Bulan ini memiliki tiga teraju yang melambangkan tiga bahagian empayar Srivijaya
dan tiga teraju ini diikat oleh satu tali, yang melambangkan Empayar Srivijaya ini
diperintah oleh satu pentadbiran pusat.
Dalam asal usul yang lain pula, wau dinyatakan berasal dari Kembayat Negara di
zaman Siti Zubaidah dan wau ini bernama Wau Lenggang Kembayat. Wau inilah yang
dinaikkan oleh Pembina Empayar Srivijaya iaitu Dewa Muda. Bentuknya tidaklah seperti
Wau Bulan seperti yang dinyatakan dalam asal usul di atas. Wau Lenggang Kembayat
ini bentukya seperti Wau Ikan yang wujudnya sekarang ini.
Banyak lagi terdapat asal usul wau, tetapi hampir semuanya menyerupai asal usul yang
telah dicatat.
Jenis wau
Wau bulan.
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung, wau pari, wau
katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau
sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
1.
2.
3.
4.
Wau barat
Wau bayan
Wau bulan
Wau burung
4 5. Wau jala budi
6. Wau katak
7. Wau kucing
8. Wau lenggang kebayan
9. Wau merak
10. Wau pari
11. Wau sewah
Cara bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila
angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan
menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan
menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah
dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang
dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan
layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan
perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Menghasilkan wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut
buluh untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk
rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak
berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau
mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti
alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah
bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
5 Perincian wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala
wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
Teknik pembuatan wau tradisional
Antara bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam
daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan
sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh
terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan pantang larang pemilihan buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih
dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang
Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu
tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi
rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh
daripada dilangkah manusia.
6 Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat
ialah :1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu
jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Meraut buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti
ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk
dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah
benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan
mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan.
Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter
untuk memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan
digosok pula dengan kertas pasir.
Membuat bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping
untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah
kepingan buluh.
Rangka bingkai wau kemudian akan diikat:
1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3
bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.
7 3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian
tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian
sayap.
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya
kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di
tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu
bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Langkah terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh
daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada
wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut
lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah:
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
Mengukur, melukis dan menyobek corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat:
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak
dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain
lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.
8 Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup
kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.
Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas
yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan
dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan
wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Memasang jambul atau rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Jambu biasanya diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting
secara memanjang untuk membentuk rambu.
Memasang belalai
Belalai menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala
wau.
Memasang busur
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri
daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian
bunyi yang dikehendaki.
3. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua
sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
4. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala
wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat
menggunakan benang nilon.
Rujukan
1.
↑ Malay magic: an introduction to the folklore and popular religion of the ...
By Walter William Skeat
Sumber
•
Pogadaev, Victor. "Svetly Mesyatz-Zmei Kruzhitsa" (My Lord Moon Kite) “Vostochnaya Kollektsia” (Oriental Collection). M.: Russian State Library. N 4
(38), 2009, 129-134. ISSN 1681—7559
9 Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Layang-layang
•
•
•
•
Perpustakaan Negara malaysia - Wau.
Khusus Sejarah PMR 2008 Wau.
(Inggeris) Malaysian National Wau Competition - Pasir Gudang 2001
Keluaran 14 - Layang-Layang Tradisional
p•b•s
Wau di Malaysia
Malaysia
Wau barat • Wau bayan • Wau bawal • Wau bulan • Wau burung • Wau daun •
Wau dodo helang • Wau helang • Wau jala budi • Wau kangkang • Wau kapal •
Wau katak • Wau kekek • Wau kemetet • Wau kucing • Wau lenggang kebayan •
Wau merak • Wau pari • Wau payung • Wau pungguk • Wau puyuh • Wau seri
bulan • Wau seri negeri • Wau sewah
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Layang-layang
Tarikh Akses : 15 Mei 2012
10 RUJUKAN
Layang-layang. [Online].
Available:http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Layanglayang (15 Mei 2012)
Syed Mahadzir,.
Permainan Warisan Rakyat. Kuala Lumpur: E1
Publication Sdn. Bhd., 2009.
Fieda,.
Permainan Wau. Selangor: OAK ENTERPRISE., 2003.
Majlis Pelayang Malaysia.
Biro Teknik: Syarat-syarat & Undang-undang
Pertandingan Wau Tradisional Malaysia.
Mahzan Musa
Antara wau dan layang-layang. Wings Of Gold: 74-75;
April 1994.
Khiruddin Abdullah.
Wau Menguasai Angkasa Raya. Dewan Siswa: 42-43;
Julai 1996.
Abdul Razak Abu Bakar.
Fenomena Sains Dalam Permainan Wau. Dewan
Budaya: 6-7; Ogos 1996.
WAU.
Available:
Pelayangjohor.com/new/page.php?page=JENISJENIS_WAU(15 Mei 2012)
WAU.
Available: www.memorikedah.com/page_pengenalan.php?p=2 (15 Mei 2012)
WAU.
Available:
http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau_gal.htm (16
Mei 2012)
WAU
Available: http://.utusan.com.my (16 Mei 2012)
WAU.
Available: http://emedia.com.my (16 Mei 2012)
WAU.
Available: http://blis.bernama.com/mainHome.do.
(17 Mei 2012)