application/pdf
Transcription
application/pdf
ORAL HISTORY UNIVERSITY TECHNOLOGY MARA TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI BAGI FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT BERMULA 2009 SEHINGGA KINI NURUL SHAFINI BT YA’ACCOB NOORHAMIDAH BT MOHAMED NOORZELI 2008795343 2008328657 PROJEK INI DI MAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UiTM PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603 MEI 2010 TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Sekapur sireh Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan transkrip ini walau pelbagai cabaran yang terpaksa kami harungi. Jutaan terima kasih kami berikan kepada Doktor Azman Bin Mat Isa atas kesudiaan beliau untuk meluangkan masa bagi membolehkan kami menemu ramah beliau. Komitment yang beliau berikan memang banyak membantu kami. Keduanya kami ingin mengucapkn jutaan terima kasiah kepada Encik Nazir yang banyak memberikan tunjuk ajar serta pelbagai tip yang berguna bagi membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna serta mengikut standard yang dikehendaki. Begitu juga kepada pembantu pensyarah, Kak Huda dan Kak Ayun atas kesudian mereka untuk memeriksa kesilapan pada transkrip kami tanpa mengeluh. Yang terakhir, kami inging mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, dan semua sahabat yang tidak putus-putus member semangat mental dan fizikal sehingga siapnya ‘Transkrip temu bual bersama Doktor Azman bin Mat Isa mengenai pengalaman beliau sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Teknologi Maklumat’. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Biodata penulis 1 Nama: Nurul Shafini bt Ya’accob Tarikh lahir: 8 Januari 1987 Tempat lahir: Taiping, Perak Hobi: membaca, bersiar-siar Pendidikan awal: Sekolah Rendah perempuan Methodist : Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai : Universiti Teknologi MARA, Segamat. : Universiti Teknologi MARA, Puncak Perdana. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Biodata penulis 2 Nama: Noorhamidah bt Mohamed Noorzeli Tarikh lahir: 3 Januari 1987 Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang Hobi: Riadah Pendidikan awal: Sekolah Kebangsaan Mengkuaang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lela Pahlawan Universiti Teknologi MARA, Kedah Universiti Teknologi MARA, Puncak Perdana TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Singkatan Akronim ITM - Institut Teknologi MARA UiTM -Universiti Teknologi MARA UPM -Universiti Pertanian Malaysia /Universiti Putra Malaysia UIA -Universiti Islam Antaranbangsa PHD -Ijazah kedoktoran HEP -Hal Ehwal Pelajar TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Abstrak Abstrak: urul Shafini binti Ya’accob dan oorhamidah binti Mohamed oorzeli telah menemubual Dr. Azman bin Mat Isa mengenai pengalaman beliau sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat. Temubual ini dijalankan di bilik pensyarah pada 1 haribulan Mac 2010. Dr. Azman bin Mat Isa berasal dari Gunung Semanggol, Daerah Kerian, Perak Darul Redzuan. Dr. Azman mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol pada tahun 1978. Selepas itu beliau ditawarkan belajar di Sekolah Menengah Sains Taiping, Perak pada tahun 1984. Selepas tamat program matrikulasi, Dr. Azman melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik. Beliau seterusnya menyambung pengajian dalam Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1997. Dr. Azman telah menyambung pengajiannya hingga ke tahap PHD. Selain itu, Dr. Azman merupakan seorang yang aktif berpidato ketika di menuntut sekolah dan universiti. Temubual selama dua jam ini adalah berkenaan pengalaman beliau sebagai Timbalan Dekan, mengetahui latar belakang keluarga dan pendidikan, sejarah kerjaya awal, dan pandangan beliau mengenai halatuju Fakulti Pengurusan Maklumat. Temubual ini banyak memberi fokus kepada pengalaman beliau sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat. Kata kunci: Dr. Azman bin Mat Isa, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY PE(GE(ALA( Universiti teknologi MARA (UiTM) merupakan salah satu daripada institut pengajian tinggi awam yang wujud di Malaysia serta menjadi universiti awam yang terbesar. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1956. terdiri daripada sebuah kampus utama, 3 buah kampus satelit, 12 buah kampus cawangan dan 6 buah kampus Bandar. Kampus Shah Alam merupakan kampus induk, dimana 45.5 peratus pelajar di tempatkan. Manakala selebihnya ditempatkan di kampus cawangan. Setiap kampus UiTM menawarkan peluang kepada golongan bumiputra yang layak untuk melanjutkan pelajaran. Terdapat pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan. Salah satu daripada bidang yang ditawarkan ialah bidang pengurusan maklumat yang bernaung di bawah fakulti pengurusan maklumat. Fakulti ini menawarkan pengajian bermula dari peringkat diploma sehinggalah peringkat ijazah kedoktoran (Ph.d). Dalam peringkat ijazah sarjana muda pelajar boleh memilih salah satu daripada 3 bidang utama yang ditawarkan iaitu: ‘information management’, ‘library management’ dan ‘records management’. Setiap daripada kursus yang ditawarkan telah direka supaya ianya memenuhi kehendak industri bagi memastikan setiap pelajar dalam fakulti ini dapat menyesuaikan diri dalam industri yang mencabar. Setiap graduan dari fakulti ini peneraju utama dalam pembinaan untuk menghasilkan masyarakat yang bermaklumat serta berpengetahuan. Oleh yang demikian setiap pelajar akan dibekalkan dengan ilmu dari 4 bidang yang penting iaitu: ‘Information Technologies’, ‘Professional and Technical Aspects of Information’ dan ‘Records Management’, ‘Public Relations’, dan ‘Users’ Needs and Services’. Pelajar dalam peringkat diploma bagi kursus ini tidak ditempatkan di kampus utama sebaliknye ditempatkan 4 buah kampus cawangan yang terletak di Sungai Petani, Kedah, Segamat, Johor, Machang, Kelantan dan Kota Samarahan, Sarawak. Pelajar yang ditempatkan di setiap kampus terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai negeri yang berbeza bagi mewujudkan persekitaran yang TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY sihat serta mengukuhkan perhubungan yang tidak bersifat kenegerian. Manakala pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda ditempatkan di kapus satelit yang terletak di kampus Puncak Perdana. Kampus Puncak Perdana yang terletak di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan merupakan kampus terbaru Universiti Teknologi MARA. Fakulti Pengurusan Maklumat (Information Management) yang merupakan pelopor kampus ini ditempatkan di sini. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media juga telah dipindahkan ke sini. Bukan semua pelajar baru dan lama akan masuk di sini walaupun sebelum ini para pelajar baru akan dihantar ke kampus Arau selama 1 semester <-- untuk course tertentu sahaja.Pada awal 2005, kampus ini telah menerima pelajar-pelajar dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik walaupun lokasi pembelajaran mereka terletak di seksyen 13 (stadium Shah Alam). Kini fakulti tersebut telahpun berpindah sepenuhnya ke Puncak Perdana sekaligus menjadikan bangunan blok 6 sebagai fakulti rasmi mereka. apatah lagi kini fakulti terbabit telah diterajui oleh dekan baru iaitu Dr. Hatta Azad Khan. Kampus Puncak Perdana juga mengisi sebilangan pelajar Fakulti Pengurusan Kesihatan dan lain-lain fakulti walaupun bilangan mereka adalah kecil.Terdapat kemudahan asasnya yang ada di sini ialah Blok Fakulti, Blok Kediaman Pelajar yang dipanggil Kolej Puncak Perdana, Blok Dewan makan, dan Pusat Islam Al-Iqra yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Kemajuan Islam , Pusat pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM. Setiap fakulti mempunyai dekan dan timbalan dekan. Dekan bagi fakulti pengurusan maklumat ialah Assoc. Prof. Dr. Adnan Jamaludin. Manakala timbalan dekan bagi fakulti pengurusan maklumat ialah Dr. Azman Mat Isa. Dr. Azman Mat Isa merupakan timbalan dekan bagi pelajar dan alumni. Beliau merupakan orang yang bertanggung jawab bagi menguruskan aktiviti pelajarpelajar fakulti pangurusan maklumat. Bukan itu sahaja beliau juga turut terlibat dengan banyak mesyuarat penting bagi memastikan bahawa setiap pelajar dalam TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY fakulti maklumat ini menjadi pelajar yang mempunyai kualiti yang tinggi. Beliau juga turut membantu dekan bagi mengemudi fakulti ini. Setiap cadangan atau penambaikan yang mampu meningkatkan identiti atau imej fakulti akan cuba dilaksanakan. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Biodata tokoh Nama: Azman bin Mat Isa Tarikh lahir: 8.4.1971 Tempat lahir: Gunung Semanggol, Daerah Kerian, Perak Darul Redzuan. Pendidikan awal: Rendah: Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol Sekolah menengah: Sekolah Raja Tun Aznah Shah di Taiping. Universiti : matrikulasi sains UPM [Universiti Pertanian Malaysia] Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik, UPM [Universiti Pertanian Malaysia] Ijazah sarjana, UIA [Universiti Islam Antarabangsa]. Sarjana di Universiti College, London [Kolej Universiti London]. PHD [Doktor Falsafah] di Glasgow. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Berikut merupakan sejarah lisan yang telah dijalankan oleh saya Noorhamidah binti Mohamed Noorzeli dan juga rakan saya Nurul Shafini binti Ya’accob bersama Dr. Azman bin Mat Isa mengenai pengalaman beliau sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat. Temubual ini dijalankan di bilik pensyarah pada 1 haribulan Mac 2010. KASET 1 BAHAGIA( A (H( : Sekarang kita bersama Dr. Azman bin Mat Isa, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM [Universiti Teknologi MARA]. Dr. , terlebih dahulu saya ingin mengetahui latar belakang Dr. sebagai Timbalan Dekan. Pertama sekali kami ingin mengetahui siapakah nama panggilan Dr. ? AMI: Baik, latar belakang saya sebagai Timbalan Dekan. Sebagai Timbalan Dekan, saya mula menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bermula pada satu Januari dua ribu sembilan [1 Januari 2009]. Nama panggilan saya memang nama sayalah, Azman. Kalau pelajar belum kenal saya, mungkin mereka panggil Dr. tetapi kalau pelajar saya sepertimana saya mengajar mereka ketika itu, mereka panggil saya encik dan biasanya panggilan itu [pada] saya pun tidak menjadi masalah. (H( : Pada tarikh bilakah Dr. dilahirkan? AMI: Saya dilahirkan pada lapan haribulan April sembilan belas tujuh puluh satu [8th April 1971] (H( : Di manakah Dr. dilahirkan? Maksudnya di manakah tempat kelahiran Dr.? AMI: Saya dilahirkan di Gunung Semanggol, Daerah Kerian, Perak Darul Redzuan. Pernah dengar Gunung Semanggol? NHN : Pernah. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY (H( : Apa cita-cita Dr. sejak kecil ? AMI: Cita-cita sewaktu kecil agak terhad. Ada ketika dulu hendak menjadi juruterbang, ada ketika hendak menjadi jurutera dan yang selalunya hendak menjadi guru kerana persekitaran waktu itu tidak begitu luas. Jadi lain-lain pekerjaan profesional tidak begitu diketahui sangat. Yang dari awal itu mulanya masa sekolah rendah hendak menjadi guru. (H( : Siapakah nama ibubapa Dr. ? AMI: Ibu saya [bernama] Misah binti Desa. Ayah saya Mat Isa bin --(H( : Apakah pekerjaan ibubapa Dr. ? AMI: Kedua-duanya adalah petani. (H( : Ibubapa Dr. berasal dari mana ? AMI: Ibu saya berasal dari Kubu Gajah di Gunung Semanggol. Ayah Saya berasal dari Sungai Pekan, juga dari Gunung Semanggol. (H( : Di manakah Dr. menetap sekarang? AMI: Sekarang saya tinggal di Seksyen U12 di Shah Alam berhampiran Seksyen tujuh. (H( : Berapakah bilangan adik-beradik Dr. dan Dr. merupakan anak yang ke berapa? AMI: Saya ada lapan adik-beradik sekarang, asalnya sembilan. Adik saya yang paling kecil meninggal dunia kerana menghidap jantung berlubang. Ketika itu saya tingkatan tiga. Sekarang saya ada lapan adik-beradik. Saya anak yang ke- empat. (H( : Siapakah nama isteri Dr. ? AMI: Isteri saya namanya panjang sedikit. Wan Markhairulnizah binti Haji Wan Ahmad. [ Nama sebenarnya Wan Markhairulnizah binti Haji Dato’ Wan Ahmad] TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY (H( : Isteri Dr. berasal dari mana? AMI: Beliau berasal dari Padang Sidir, Pauh, Arau, Perlis. (H( : Boleh Dr. beritahu pekerjaan isteri Dr. sekarang? AMI: Beliau bertugas sebagai seorang guru di sekolah menengah di Klang. (H( : Bilakah Dr. mendirikan rumahtangga bersama isteri? AMI: Pada satu haribulan tiga tahun sembilan belas sembilan puluh tujuh [1.3. 1997]. Hari ini hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke tiga belas. (H( : Sehingga kini, Dr. dan isteri dikurniakan berapa orang cahaya mata? AMI: Alhamdulillah kami dikurniakan empat orang cahaya mata. Yang pertama hingga ke-tiga lelaki. Hari ini juga hari jadi anak saya yang ketiga dan yang paling kecil seorang perempuan. (H( : Apakah aktiviti Dr. ketika masa lapang? AMI: Saya suka membaca, saya suka berkebun dan rekreasi, sukan untuk masa lapang. Selain itu suka menonton bola sepak terutamanya. (H( : Sekarang kita akan mengetahui sejarah pendidikan awal dan kerjaya awal Timbalan Dekan kita, Dr. Azman bin Mat Isa. Pertama sekali bilakah Dr. mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan? AMI: Pada tahun sembilan belas tujuh puluh lapan (1978). (H( : Di mana sekolah Dr. yang pertama Dr. mula belajar dahulu? AMI: Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol. (H( : Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak keadaan sekolah pada TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY masa itu? AMI: Sekolah pada waktu itu memang menyeronokkan. Saya dihantar oleh ayah saya hanya pada pagi yang pertama dan saya balik dengan abang saya. Jadi memang ayah saya hantar, tengok sekejap saya di situ dan tinggalkan saya. Jadi tidak pula ada perasaan takut ketika itu. Mungkin agaknya sudah biasa begitu. Jadi [ini mungkin antara] pengalaman yang saya masih ingat. (H( : Apakah pengalaman Dr. ketika mula masuk ke alam persekolahan? AMI: Pengalaman yang pertama dari segi pergaulan dengan kawankawan. Yang keduanya saya masih ingat ketika dulu ada satu diberi suntikan. Saya tidak pasti BCG [sejenis suntikan] tetapi saya antara terkecil kanak-kanak dalam kelas. Apabila melihat budak sekampung saya yang berbadan besar dan apabila jururawat datang ke kelas saya tidak menangis apabila saya diberikan suntikan tetapi budak itu walaupun badannya besar dia menangis paling kuat dalam kelas. Jadi saya rasa saya ada kekuatan dari segi mental saya. (H( : Pada tahun berapakah Dr. mula masuk ke sekolah menengah? AMI: Sekolah menengah pada tahun sembilan belas lapan puluh empat [1984]. (H( : Apakah nama sekolah menengah tersebut? AMI: Pada waktu saya masuk tingkatan satu sekolah itu namanya Sekolah Menengah Sains Taiping Perak. Kemudian namanya ditukar ketika saya tingkatan empat menjadi Sekolah Raja Tun Aznah Shah di Taiping. (H( : Apakah bidang yang Dr. pelajari ketika di sekolah menengah? Adakah Dr. pelajar aliran Sains atau pelajar aliran Sastera? AMI : Saya memang pelajar aliran Sains. (H( : Ketika di sekolah menengah, adakah Dr. mengikuti apa-apa TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY aktiviti ataupun persatuan dan badan beruniform ? AMI : Memang ia wajib ketika di peringkat sekolah sepertimana kamu juga. Waktu saya pasukan beruniform PBSM [Persatuan Bulan Sabit Merah]. Mungkin PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah] yang paling tidak mencabar. Jadi masuknya yang ramai dan persatuan pula saya waktu tingkatan empat dan lima saya menjadi pengerusi Persatuan Persuratan Melayu Malaysia kerana mungkin saya aktif di dalam aktiviti debat sekolah. (H( : Apakah jenis sukan yang Dr. ceburi ketika belajar di sekolah tersebut? AMI: Selalunya bola sepak, sepak takraw dan juga badminton. Yang paling saya tidak gemari hoki kerana merasa tidak berani bermain hoki. (H( : Adakah Dr. menjawat apa-apa jawatan semasa bersekolah di sekolah menengah? AMI: Itulah tadi saya nyatakan hanya di peringkat kelab kerana saya tidak menjadi seorang pengawas perpustakaan mahupun pengawas sekolah. Jadi saya sebagai pendebat utama atau ketua Persatuan Debat di samping menjadi pengerusi Persatuan Persuratan Melayu Malaysia. (H( : Ketika sekolah menengah, adakah Dr. pernah mendapat sebarang anugerah atau pengiktirafan? AMI: Ya, yang lazimnya berkaitan dengan aktiviti debat. Beberapa kali saya menerima hadiah sebagai pendebat terbaik dan mewakili sekolah ke pesta Piala Perdana Menteri selama dua tahun berturutturut. Pada saya itu satu pencapaian membanggakan kerana saya tidak berkecimpung dari tingkatan satu sebaliknya tingkatan tiga saya mula dan saya yakin cikgu melihat pada potensi saya dan terus tingkatan empat saya dibawa saya pergi bersama tingkatan TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY lima untuk menjadi pendebat. Bukan sebagai pendebat simpanan tetapi sebagai pendebat utama. Saya rasa itu satu pengalaman yang cukup baik. (H( : Matapelajaran apakah yang Dr. minati ketika di sekolah menengah ? AMI: Ada dua mata pelajaran yang paling saya minat. Yang pertama Matematik Moden, yang kedua Biologi. (H( : Adakah Dr. mengambil pendidikan tambahan pada waktu luar sekolah? Contohnya kelas tambahan bagi sesuatu matapelajaran atau kelas agama. AMI: Tidak ada kerana pada ketika itu kelas tambahan juga adalah sesuatu yang agak jarang diikuti apatah lagi saya tinggal di sekolah asrama penuh. Jadi memang tiada kelas tambahan. (H( : Bolehkah Dr. ceritakan sejarah bagaimana Dr. dapat melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi? AMI: Selepas SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] pada tahun sembilan belas lapan puluh lapan [1988] saya membuat pilihan sendiri. Mugkin kerana ketika itu abang-abang saya berada di universiti. Maknanya melihat pada prospektif ketika itu tiada online application [aplikasi atas jaringan] seperti sekarang dan universiti awam pun tidak banyak. Mungkin lima atau enam universiti ketika itu dan saya mengisi borang permohonan itu berdasarkan pada cita rasa saya dan saya mohon program matrikulasi sains UPM [Universiti Pertanian Malaysia/Universiti Putra Malaysia] ketika itu kerana ada satu persepsi bahawa matrikulasi UPM [Universiti Pertanian Malaysia/Universiti Putra Malaysia] tidak dibuat di sekolah. Jadi ingin bebas dari alam persekolahan sebab itu saya memohon UPM [Universiti Pertanian Malaysia/Universiti Putra Malaysia]. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY (H( : Pada tahun berapakah Dr. melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah? AMI: Habis matrikulasi dua tahun maknanya tahun sembilan belas lapan puluh sembilan [1989] bermula sampai sembilan belas sembilan puluh [1990]. Tahun sembilan belas sembilan puluh satu (1991) saya mula buat Ijazah Sarjana Muda di sana. (H( : IPT manakah Dr. lanjutkan pengajian tersebut? AMI: Di Universiti Pertanian Malaysia. Sekarang Universiti Putra Malaysia. (H( : Pada ketika itu Dr. lanjutkan pengajian dalam bidang apa? AMI: Saya habis matrikulasi sains selama dua tahun ketika itu kemudian saya lanjutkan pengajian dalam bidang matematik. Nama program itu Sarjana Muda Sains [Kepujian] Matematik. (H( : Adakah Dr. ditawarkan Program Tenaga Pensyarah Muda yang dikeluarkan oleh UiTM [Universiti Teknologi MARA]? AMI: Ya, memang saya ditawarkan Program Tenaga Pensyarah Muda. Ini kerana selepas saya belajar di UPM [Universiti Putra Malaysia] selama enam tahun saya menyambung pengajian lagi selama setahun di sini di Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat. Ketika itu memang itu adalah pengkhususan saya yang benar membawa saya ke kedudukan saya hari ini kerana program setahun berkenaan saya berbincang dengan abang saya adakah saya akan mengikuti KPLI yang sememangnya ketika itu telah ditawarkan tempat ataupun saya hendak pergi ke suatu bidang yang tidak diketahui ramai tetapi saya rasa itu minat saya. Setelah mendapat nasihat abang saya, akhirnya saya buat keputusan saya datang ke ITM [Institut Teknologi MARA] pada ketika itu. (H( : Apakah yang mendorong Dr. memilih pengajian tersebut ketika itu? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Kerana minat saya. Mungkin seperti yang saya nyatakan tadi untuk menjadi seorang pendebat saya banyak membaca dan banyak mencari maklumat malah ketika di UPM [Universiti Putra Malaysia] sendiri saya tidak begitu arif mencari maklumat apatah lagi pada masa itu tidak ada google [Jaringan Internet] untuk cari maklumat. Jadi untuk cari maklumat itu merupakan satu process yang memakan masa panjang, walaupun pergi ke perpustakaan tetapi tidak tahu kedudukan bahan-bahan rujukan. Kemudian hasil dari pembacaan saya yakin dan percaya bahawa maklumat itu perlu diuruskan dengan sistematik. Jadi saya telah tengok semua universiti awam ketika itu tetapi tidak ada universiti yang menawarkan bidang pengurusan maklumat tetapi setelah membuat sedikit kajian saya yakin dan percaya bahawa lepasan Ijazah Sains yang saya ikuti selepas itu adalah bidang yang paling hampir dengan minat saya dalam bidang pengurusan maklumat dan alhamdulillah itu sebenarnya memang pilihan saya yang tepat. (H( : Siapakah yang mendorong Dr. melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi? AMI: Ke peringkat pengajian tinggi kalau dari sekolah sebab abang saya yang sulung telah berjaya melanjutkan pengajian ke UTM [Universiti Teknologi Malaysia] kemudian diikuti oleh abang saya yang kedua dan di kampung memang tiada orang lain. Apabila abang saya yang sulung berjaya seolah-olah menjadi suatu kemestian untuk kami yang lain dan alhamdulillah mugkin kerana saya ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh memberi peluang yang lebih baik untuk saya melanjutkan pelajaran ke IPT [Institut Pengajian Tinggi]. (H( : Selama Dr. bergelar mahasiswa ketika itu apakah aktivitiaktiviti universiti atau persatuan mahasiswa yang Dr. ceburi? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Banyak. Saya aktif di kolej berbanding di fakulti kerana di kolej seperti sekarang kalau saya memastikan tanggungjawab saya sebagai seorang Timbalan Dekan Pelajar dan Alumni saya juga sedia maklum bahawa pelajar sepatutnya atau kelazimannya lebih aktif di kolej berbanding di fakulti. Di sini alhamdulillah para pelajar aktif di fakulti sepertimana di kolej. Sewaktu saya memang saya pernah dicabar oleh seorang senior sewaktu minggu orientasi. Jadi saya ambil cabaran itu untuk jadi seorang yang pemidato sewaktu minggu orientasi tanpa sebarang persediaan. Maknanya ucapan yang saya sampaikan itu secara sponton dan saya selitkan sedikit unsur jenaka, bukan jenaka kosong tetapi jenaka berisi ketika itu dan saya menjadi johan ketika itu tanpa persediaan yang rapi. Jadi bermula dari situ salah seorang dari super senior dan juga bekas guru yang memang saya kagum dengan kehebatan dia berpidato dan memimpin dan dia melihat saya mungkin sebagai seorang yang boleh diketengahkan untuk jadi pemimpin. Jadi di universiti bermula dari situ kemudian saya dilantik menjadi pengacara majlis-majlis besar di peringkat kolej seperti di _melibatkan menteri-menteri datang kemudian di fakulti juga jika ada program-program rasmi atau hari keluarga saya seringkali diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. (H( : Adakah Dr. aktif di peringkat universiti ketika itu? AMI: Di peringkat universiti ada satu kelab di UPM [Universiti Putra Malaysia] yang dipanggil Kelab Forensik tetapi ia sebenarnya lebih kepada debat. Bukan forensik perubatan tetapi debat dan saya sememangnya aktif cuma saya tidak begitu gemar untuk menonjolkan diri untuk dipilih sebagai pendebat kerana saya lebih senang melihat orang lain begitu teruja hendak dapatkan tempat itu. Biarkan mereka kerana pada hakikatnya pada saya apabila tiba TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY ketikanya saya akan mengambil peluang tetapi ketika orang lain bersungguh-sungguh biarkanlah mereka. (H( : Boleh Dr. ceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis ketika bergelar mahasiswa? AMI: Pada zaman itu mahasiswa _____Di UPM [Universiti Putra Malaysia] yang seronoknya banyak kawasan hijau Padang Bukit Ekspo di UPM [Universiti Putra Malaysia] itu memang tempat yang mana saya kerap naik motor dari kolej pergi ke Bukit Ekspo dan berjoging di sana. Pada waktu pagi terutamanya pada hujung minggu selepas sarapan naik motor pergi ke sana suasananya cukup nyaman dan tenteram. Memang saya suka suasana sebegitu. Itu yang manis. Yang pahitnya tidak ada apa sangat. Mungkin excident [kemalangan] motor, jatuh motor. Naik motor kalau tidak jatuh tidak sah. Tetapi saya bawa roomite [kawan sebilik] saya tetapi roomite [kawan sebilik] saya lebih teruk dari saya. Itu yang saya sedikit kesal dengan cara bawa motor itu sedikit merbahaya. Ada selekoh kita hendak pemijak kaki sangkut sampai atas jalan. Hari itu berlaku memang betul di belakang kolej. Saya tinggal di belakang kolej keenam UPM [Universiti Putra Malaysia]. Saya tinggal di blok belakang sekali. Sebelum sampai ke blok itu ada satu selekoh memang sedaplah kalau orang naik motor suka corner baring [membelok dengan cara yang bahaya]. So [jadi] hari itu ada pokok kacang yang besar lebih kurang macam buih jering besarnya. Tiga atau empat biji buah jantuh di selekoh yang paling sedap kita hendak ambil itu. Jadi hendak mengelak kacang-kacang yang besar itu terjatuh dan saya pitam sekejap. Roomite [kawan sebilik] saya dia pakai slacks [seluar yang berkain lembut] dan saya pakai jeans [seluar yang berkain keras]. Jadi apabila jatuh selalunya penumpang yang lebih teruk dan memang lutut dia cedera teruk tetapi tidak sampai ke tahap kena tahan wad atau hospital. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY (H( : Selama pengajian Dr. , apakah penganugerahan tertinggi yang pernah Dr. perolehi ketika belajar? AMI: Ketika belajar tidak ada sebarang pencapaian dalam akademik yang saya perolehi melainkan melengkapkan saya punya matrikulasi dan degree [ijazah] dengan jayanya dan juga Ijazah Sains Perpustakaan di ITM [Institut Teknologi MARA] (H( : Pada tahun berapakah Dr. melanjutkan pengajian pada peringkat PHD [Dr. Falsafah]? AMI: Saya mula pada tahun dua ribu empat [2004] tetapi sebelum itu untuk dapat PTM dan alhamdulillah saya diberi peluang untuk belajar di London di University College London pada sembilan belas sembilan puluh lapan [1998]. Lebih kurang seminggu sebelum kerajaan buat keputusan untuk tidak menghantar pelajar lagi ke luar negara kerana kegawatan ekonomi yang sangat teruk dan PHD alhamdulillah saya diberi peluang ke luar negara untuk kali yang kedua sebelum ITM [Institut Teknologi MARA] membuat ketetapan sesiapa yang telah belajar di luar negara tidak boleh pergi ke sana lagi untuk kali yang kedua. Jadi rezeki saya yang kali kedua itu saya belajar di kelas dua Scotland. (H( : Dalam peringkat PHD, Dr. melanjutkan pengajian dalam bidang atau kursus apa dan berapa lamakah pengajian tersebut? AMI: Saya buat kajian saya adalah tentang Accountability of Governance and Record Management [Kebertanggungjawaban Tadbiran dan Pengurusan Rekod] Jadi melihat hubungkait peranan pengurusan rekod atau peranan rekod itu sendiri dengan ketelusan dan accountability [kebertanggungjawaban] sesebuah organisasi dan kursus PHD saya selama tiga tahun setengah saya berada di TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY sana dan balik selepas tempoh berkenaan. Kemudian lebih kurang setahun selepas itu saya akhirnya menamatkan PHD. (H( : Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman Dr. ketika menuntut di luar negara? AMI: Ya menuntut di luar negara ini sebenarnya memberi satu pengalaman yang cukup bermakna kerana bukan sekadar bidang pengajian yang dipelajari tetapi budaya dan cara hidup masyarakat negara maju banyak memberi pengalaman berguna terutama sekali kalau diperhatikan cara bagaimana mereka memberi perhatian kepada pelajar membuat kajian. Saya membuat penyelidikan saya di beberapa institusi swasta dan awam di sana dan alhamdulillah mereka melayan seorang penyelidik PHD dengan begitu baik sekali. Saya rasa itu akan saya praktikan di sini. Kalau ada pelajar PHD dan Masters [Ijazah Sarjana] atau seperti kamu datang ke sini pelajar berhak diberi layanan yang terbaik oleh sesiapa juga yang dilawati mereka. (H( : Boleh Dr. ceritakan pengalaman manis atau pahit ketika menuntut di luar negara? AMI: Salah satu daripadanya dari segi--- Saya punya ada lebih kurang tiga tahun. Kalau ikut peraturan mereka pada tahun pertama bagi pemegang lesen memandu komanwel lesen hanya sah satu tahun sahaja tidak kira kita mengambil lesen antarabangsa ataupun tidak dan saya telah membuat keputusan saya akan mengambil lesen memandu British kerana saya fikir saya perlu tahu bagaimana selok- belok bagaimana cara memandu yang sebenarnya di sana. Saya peruntukan sebahagian daripada wang biasiswa itu untuk memastikan saya dapat lesen dan alhamdulillah berjaya pada cubaan pertama. Tidak banyak kes begitu tetapi alhamdulillah mugkin niat dan juga diizinkan Allah. Saya masih ingat saya punya ujian pada musim sejuk dan segala macam yang teruk-teruk itu TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY diuji pada saya. Alhamdulillah saya berjaya mendapat lesen dengan hanya membuat beberapa kesalahan minor sahaja. Ada syaratnya kesalahan minor tidak boleh lebih daripada tujuh dan saya salah tiga sahaja dan saya rasa itu cukup memberangsangkan buat saya kerana pada hakikatnya cara orang memandu di Malaysia sangat menakutkan. Jadi tidak menghairankan kalau tiaptiap hari ada orang mati di jalan raya. Jika musim perayaan pun kerana cara orang kita memandu tiada hormat antara satu sama lain dan semua hendak cepat tanpa ada tolak ansur. (H( : Adakah Dr. aktif berdebat ketika menuntut di luar negara? AMI: Tidak. Di luar negara tidak kerana pengajian saya di peringkat PHD. PHD selalunya ada setengah orang itu pergi dan dia duduk dengan dunianya sahaja tetapi saya masih aktif dalam aktiviti bepersatuan dan saya kerap keluar dalam beberapa family (keluarga) berekreasi pada cuti hujung minggu atau pada musim panas. (H( : Bilakah Dr. tamat pengajian di IPT tersebut dan apakah kelulusan tertinggi Dr. perolehi? AMI: Saya akhirnya mendapat PHD saya. Konvokesyen pada Disember tahun lepas. Tamatnya pada awal bulan Oktober dan konvokesyen bulan Disember. Bidangnya kalau ikut pada pengkhususan yang diberikan oleh universiti berkenaan University of _ ialah bidang Humanities Computing (Maklumat Kemanusiaan). (H( : Selepas tamat pengajian pada tahun berapakah Dr. mula berkhidmat sebagai pensyarah? AMI: Apabila saya balik itu teruslah saya kembali ke fakulti dan berbakti sebagai seorang pensyarah biasa. (H( : Berapa lamakah Dr. berkhidmat sebagai pensyarah? AMI: Saya mula berkhidmat di sini pada tahun sembilan belas sembilan TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY puluh lapan [1998] pada Disember sepuluh haribulan. Kalau kita kira sekarang sembilan belas sembilan puluh lapan (1998) tolak dua ribu sepuluh [2010] ada dalam dua belas tahun. (H( : Di manakah Dr. berkhidmat ketika itu? AMI: Ketika itu fakulti berada di tingkat empat menara Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. So [jadi] ketika ditawarkan jawatan sememangnya saya ditempatkan di sana. (H( : Ketika Dr. berkhidmat sebagai pensyarah, Dr. mengajar dalam bidang apa? AMI: Mulanya memanglah saya mengajar dalam bidang pengurusan rekod dalam satu kursus tetapi ketika itu banyak kursus berkaitan IT yang telah diberikan kepada saya dan saya pernah dilantik menjadi ketua program untuk IS dua dua satu (IS221) kerana latar belakang saya sewaktu saya buat Sarjana Muda saya mengambil sebahagian besar subjek atau kursus berkaitan dengan Sains Komputer. Itu satu fakor yang menyebabkan saya diberi tanggungjawab mengajar kursus berkaitan IT. (H( : Boleh Dr. ceritakan cabaran yang Dr. hadapi semasa memegang jawatan sebagai pensyarah? AMI: Sebagai pensyarah ketika itu memang banyak cabaran. Ketika itu pelajarnya ramai kerana Vice Cansellor atau rector ITM [Institut Teknologi MARA] pada ketika itu Dato’ Zaidi Laidil adalah untuk menjadi mega universiti. Universiti yang pelajar seramai seratus ribu oarang sedangkan kekangan dari segi ruang memang sedia ada tetapi pertambahan pelajar berlaku dengan mendadak dan akibatnya satu kelas kita ada sampai enam puluh orang. Suasananya juga tidak begitu kondusif bangunan itu adalah TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY bangunan lama dan tidak ada sebarang ubahsuaian dibuat untuk menjadikan ruang kondusif. Jadi cabarannya ketika itu pelajar ramai pensyarah sedikit dan kerja-kerja seperti penyediaan bilik untuk peperiksaan juga dilakukan oleh saya dan pensyarahpensyarah yang lain. Angkat kerusi susun kerusi angkat meja susun meja untuk student [pelajar] hendak ambil peperiksaan. (H( : Apakah pengalaman yang Dr. perolehi sepanjang bertugas sebagai pensyarah? AMI: Pengalaman banyak sangat kerana sebagai pensyarah yang pertamanya memegang amanah menyampaikan atau menjadi pendidik. Itu yang sangat besar. Itu satu. Yang keduanya sebagai pensyarah juga ada kalanya diberi tanggungjawab sebagai seorang pentadbir akademik seperti ketua program. Dari situlah saya belajar untuk mengadaptasi diri dengan pelbagai situasi menghadiri mesyuarat di pelbagai peringkat kerana ketika itu ITM [Institut Teknologi MARA] tidaklah sebesar UiTM [Universiti Teknologi MARA] hari ini. Jadi memang kerap kali hadir mesyuarat kadang kala mungkin merasakan diri ini terlampau kecil ketika itu kerana hadir di mesyuarat itu juga orang yang telah bergelar Dr. dan Profesor tetapi itu adalah pengalaman yang cukup baik untuk menimba pengalaman dan memantapkan lagi keyakinan. Hari ini alhamdulillah mungkin kerana pengalaman sebegitu yang saya rasa saya ini tidaklah begitu kekok lagi untuk menghadiri mesyuarat sebagai Timbalan Dekan. (H( : Apakah pendapat Dr. tentang kerjaya sebagai pensyarah? AMI: Kerjaya sebagai pensyarah ini sebenarnya cukup mulia sepertimana guru. Pensyarah kita juga mendidik anak bangsa tidak kiralah dalam konteks UiTM [Universiti Teknologi MARA] ini, anak bangsalah. Bangsa melayu Islam bumiputera. Saya sering percaya bahawa sebagai pensyarah sebagai apa jua profesion yang kita TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY ambil kita mesti ada passion [kegairahan] atau terjemahannya kegairahan terhadap kerjaya itu sendiri. The more we have the pasion the lest we have the tension [ lebih banyak kita ada kegairahan, lebih sedikit kita ada tekanan]. Maknanya kalau kita ada minat yang tinggi perkara-perkara yang menjadi kesusahan itu tidaklah menjadi kudis kepada kita. Itu lumrah yang boleh kita hadapi dengan keyakinan tanpa mencalarkan kita sedikit pun. Dari situ barulah teruja hendak melaksanakan amanah. TAMAT KASET 1 BAHAGIA( A TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY KASET 1 BAHAGIA( B (SY : Pada pendapat Dr., adakah bidang pengajian yang Dr. ambil ketika di universiti membantu kerja Dr. pada masa sekarang? AMI: Ya. Kerana saya sebenarnya ada berapa universiti yang saya belajar. Yang pertama di UPM (Universiti Putra Malaysia) dan saya datang ke ITM (Institut Teknologi MARA) sebelum saya ke luar Negara atas tiket tenaga pensyarah muda, tenaga pengajar muda saya belajar secara separuh masa di UIA [Universiti Islam Antarabangsa]. Buat Master, Sarjana di sana secara separuh masa. Kemudian saya belajar buat sarjana di Universiti College, London [Kolej Universiti London]. Kemudian PHD [Dr. Falsafah] di Glasgow. Jadi yang tempatan nya ada tiga buah universiti, luar Negara ada dua buah universiti. Dan saya rasa ini memberi sesuatu pengalaman yang sangat bermakna kepada saya, kepada kerjaya saya hari ini. Yang pertama kerana bidang latar belakang bidang akademik yang saya rasa sebahagian besarnya adalah bidang sains tulin kemudian saya datang ke bidang sains sosial seperti ini dan apa yang saya pelajari di peringkat Sarjana Muda itu memang menjadi aset yang sangat berguna tentu sekali. Kerana pensyarah saya semasa di UPM [Universiti Putra Malaysia] pernah menyebut mathematics is the father of philosophy, if you can master math or mathematics, you can master other fields[matematik adalah falsafah yang paling penting, jika anda boleh menguasai matematik maka anda boleh menguasai bidang lain]. Jadi saya masih menyanjung apa yang disampaikan itulah. Kerana saya ia menjadi teras kepada keyakinan saya. (SY : Sekarang kita teruskan pula dengan pengalaman Dr. sebagai timbalan dekan. Boleh Dr. ceritakan, bilakah Dr. dilantik sebagai timbalan dekan? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Pada satu Disember dua ribu lapan [1/12/2008]. (SY : Bagaimanakah Dr. dilantik sebagai timbalan dekan? AMI: Proses lantikan sebagai timbalan dekan ini, surat perlantikan dating daripada naib canselor. Ketika itu Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Professor Ibrahim Abu Shah Dan selalunya dekan yang akan mengenal pasti siapa yang akan berada di bawah beliau sebagai timbalan dekan, kedua-duanya akademik dan juga hal ehwal pelajar. Dan sesetengah fakulti ada tiga timbalan tapi kita ada dua timbalan. Selalunya dekan yang akan mengenal pasti kerana untuk menyokong dekan dia memerlukan seorang yang boleh benar-benar diharapkan untuk membantu untuk mencapai matlamat fakulti dan UiTM [Universiti Teknologi MARA]. (SY : Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang timbalan dekan? AMI: Untuk menjadi timbalan dekan kelayakan yang paling penting adalah keupayaan untuk menyelesaikan tanggungjawab kerana di institusi akademik seperti ini kelayakan akademik semuanya dah hampir sama. kalau peringkat Master [Ijazah Sarjana] Sarjana sekali pun mungkin dari segi pengalaman dah [sudah] cukup luas, PHD [Dr. Falsafah], itu memberikan satu kelebihan kepada dekan. Kerana bila dah [sudah] ada PHD [Dr. Falsafah] dari segi reputasi akademik selalunya lebih tinggi. Jadi kalau dekan mempunyai dua timbalan dekan dengan kelayakan PHD [Dr. Falsafah] tentu itu lebih menaikkan impak dan reputasi fakulti. (SY : Ada tak peperiksaan tertentu yang perlu Dr. ambil atau pun perlu menghadiri temu duga? AMI: Tidak ada. Setakat ini tidak ada peperiksaan tertentu mahu pun proses temu duga untuk jawatan timbalan dekan. (SY : Berapa lamakah Dr. sudah memegang jawatan sebagai timbalan TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY dekan? AMI: Untuk ketika ini setahun dua bulan. Hari ini satu hari bulan tiga, setahun dua bulan. (SY : Apakah tugas-tugas sebagai timbalan dekan? AMI: [Baik]. Kerana portfolio saya Timbalan Dekan Pelajar dan Alumni maka sebahagian besar daripada tugasan berkaitan dengan aktiviti pembangunan pelajar dan hal ehwal pelajar. Dan alumni itu semestinya saya akan usahakan satu aktiviti yang akan kita panggil carnival at puncak [carnival di Puncak] ini dan kita akan menjemput alumni untuk datang. Ini yang pertama kali kita buat secara besarbesaran. (SY : Adakah Dr. mempunyai sebarang tugas-tugas tambahan yang perlu dilaksanakan macam [seperti] tugas-tugas khas ke? AMI: Ya itu memang. Sememangnya, sebagai timbalan dekan ini, segala macam aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dan juga pengurusan akademik di fakulti. Memang menjadi tanggungjawab kerana dua timbalan dekan, Dr. Zuraidah dan diri saya dan ada kalanya kami saling membantu satu sama lain. [keduadua timbalan dekan mempunyai tugas-tugas khas dan saling bantu membantu]. (SY : Adakah Dr. perlu menyiapkan sebarang kertas kerja? AMI: Ya. Sekiranya ada sesuatu yang perlu dimohon daripada pihak atasan. Itu yang lebih penting. Kalau setakat untuk programprogram tertentu di fakulti memang disiapkan juga kerana kertaskertas kerja ini bukan saya yang meluluskan secara personal [sendirian] selalunya di bawa kepada sebuah committee [organisasi] yang di situ nanti yang akan diluluskan semua kertas kerja. [Setiap kertas kerja perlu mendapat kelulusan dari organisasi yang di wujudkan]. (SY : Boleh saya tahu apakah nama committee [organisasi] tersebut? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Komuniti atau committee [organisasi]? Committee [organisasi] (SY : Committee [organisasi] AMI: Ini adalah satu jawatankuasa yang terdiri daripada penolong pendaftar kanan, dan juga bendahari dan juga timbalan dekan. Ini salah satu yang lazimnya. Berkaitan dengan aktiviti pembangunan pelajar. Tapi [tetapi] ada lain-lain lagi. Banyak lagi jawatankuasa sebagaimana yang sering kali ada. Macam Lembaga Akademik Fakulti dan Jawatankuasa Pembangunan Pemantapan Pembangunan Program dan banyak jawatankuasa yang dari masa ke semasa memang ada keperluan untuk di wujudkan. (SY : Adakah Dr. turut bertugas sebagai penasihat kepada dekan? AMI: Tidak sebagai penasihat. Kerana penasihat ini selalunya orang yang lebih berpengalaman memberi nasihatkan. Tapi [tetapi] dekan selalunya memang memanggil kedua-dua timbalannya untuk berkongsi pandangan terutamanya jika sesuatu perkara itu memerlukan perhatian yang serius. (SY : Apakah keistimewaan yang Dr. terima sepanjang memegang jawatan ini? AMI: Keistimewaan. Keistimewaan sebagai timbalan dekan. Ya yang pertamanya dari segi perlepasan jam mengajar. Diberi sepuluh jam pelepasan maknanya saya hanya mengajar dua kelas sahaja untuk satu-satu semester dan dari segi imbuhan kewanganlah. Walaupun tak [tidak] banyak namun ialah sebagai imbuhan kerana kita telah meluangkan masa yang lazimnya melangkaui jam lapan pagi hingga lima petang. (SY : Sepanjang Dr. berkhidmat sebagai timbalan dekan, apakah masalah yang pernah ditimbulkan oleh pelajar-pelajar? AMI: Masalah yang pernah ditimbulkan oleh para pelajar sebenarnya tidaklah banyak. Cuma ada satu kes yang rasa sangat berat iaitu TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY ketika saya baru dilantik menjadi timbalan dekan dan kes itu besar. Dan memberi impak kepada reputasi pelajar dan fakulti. Yang lainlain itu saya anggap sebagai lumrah kerana pelajar atas kapasiti pelajar nama pun belajar memang belajar. Jadi saya tidak menganggap itu sebagai satu masalah tapi [tetapi] sebagai satu tanggungjawab saya untuk membetulkan. Kerana selagi saya memikul amanah ini saya akan cuba memberi yang terbaik supaya pelajar dapat membuat penambah baikkan. (SY : Bagaimana Dr. menyelesaikan masalah yang berkaitan pelajar tersebut? AMI: Kalau masalah disiplin selalunya kita boleh selesaikan di peringkat fakulti. Kita ada juga Lembaga Disiplin di fakulti. Dan kalau kes itu besar maka kita akan bawa pergi kepada pengetahuan HEP [Hal Ehwal Pelajar]. Kerana sesetengah keputusan tidak ada dalam kapasiti fakulti. Jadi kita bawa pergi ke HEP [Hal Ehwal Pelajar]. Mereka yang akan melaksanakan tugas atau aktiviti undang-undang tersebut. (SY: Sebagai timbalan dekan pernahkah Dr. terlibat dengan aktiviti- aktiviti pelajar? AMI: Ya itu tentu sekali. Kerana portfolio saya sebagai timbalan dekan pelajar dan alumni memang kerap kali. Terlampau banyak. Bukan pernahkah lagi. Tapi [tetapi] terlampau banyak. (SY: Adakah Dr. mempunyai setiausaha sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas? AMI: Tidak. Tapi [tetapi] saya ada seorang pegawai eksekutif Cik Saripah Ibrahim. Dan kalau dari segi professionalnya saya ada penolong pendaftar kanan Tuan Norul Hisham. Yang juga bertanggungjawab dalam urusan berkaitan pembangunan pelajar. Dan adalah pegawaipegawai kerani. Ya ada dua orang pegawai kerani Encik Esmirul dan juga Encik Wan Ibrahim. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY (SY : Berapa ramaikah bilangan staf yang berada dibawah penyeliaan Dr. sekarang? AMI: Yang dibawah penyeliaan maknanya kalau ikut penyeliaan. Kerana mereka yang buat proses ini ada dua. Kalau kamu faham, di tempat kerja ini kita menilai prestasi kakitangan yang dibawah seliaan. Jadi yang mereka yang bertanggungjawab dengan saya seperti yang saya sebutka tadi ada tiga orang yang tadi pegawai eksekutif, Cik Saripah Ibrahim dan juga Encik Esmirul dan Encik Wan Ibrahim. Namun penilaian prestasi mereka lebih dilaksanakan oleh penolong pendaftar kanan Tuan Haji Norul Hisham. (SY : Apakah yang Dr. lakukan untuk memastikan kualiti mutu kerja staf di bawah seliaan Dr. ? AMI: Selalunya lebih kepada perbincangan kerana sekiranya ada sesuatu tugasan yang perlu dilaksanakan yang memerlukan perhatian tinggi memang satu committee [organisasi] jawatankuasa akan dibentuk dan disitulah proses bagaimana maklumat dan juga arahan itu dikongsi supaya semuanya jelas tentang perlaksanaan program berkenaan. (SY : Bagaimana Dr. berhubung atau pun menyampaikan arahan kepada mereka? AMI: Kebiasaannya tiga cara. Yang pertama menerusi telefon. Kedua email [surat elektronik]. Dan ketiga secara bersemuka. (SY : Adakah Dr. terlibat dalam proses pengambilan pensyarah baru? AMI: Ya. Saya terlibat di dalam proses pengambilan pensyarah baru kerana apa yang paling penting bagi pihak pengurusan, terutamanya di peringkat timbalan dekan dan dekan kami membuat proses yang telus untuk proses pengambilan pensyarah kerana ini adalah proses yang sangat penting untuk masa depan fakulti. Kita tak [tidak] mahu berlaku pengambilan pensyarah yang tidak mengikut TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY prosedur, mungkin pensyarah yang tidak memenuhi syarat yang di tetapkan. Sudahnya nanti [kesudahannya] hasil keputusan hari ini akan balik kepada fakulti. Jadi kita nak satu proses yang telus dan Alhamdulillah [syukur kepada Allah] itu telah dan sedang dilaksanakan. (SY : Apakah ciri-ciri atau pun syarat untuk pengambilan seorang pensyarah? AMI: Kalau sekarang ini umumnya syarat yang dari masa ke semasa ada dinyatakan di dalam portal pejabat pendaftar. Tapi yang lazimnya yang paling penting dari segi pencapaian akademik. Macam TPM (Tenaga Pensyarah Muda), contohnya. CGPA (nilai gred purata) tidak kurang tiga perpuluhan sifar sifar (3.00) dan kerana bilangan pelajar yang mendapat CGPA tinggi ramai jadi kita akan buat cut off point [potonagn perpuluhan] yang tertentu mungkin tiga perpuluhan empat (3.4) atau tiga perpuluhan tiga (3.3). Jadi itu yang menjadi asas kepada penawaran atau panggilan temuduga tapi [tetapi] yang paling penting prestasi sewaktu temuduga. Dan ini berubah dari semasa ke semasa jadi kalau tak [tidak] ramai calon maka kita akan rendahkan sedikit sehingga tahap minimum tiga perpuluhan sifar sifar (3.00). (SY : Adakah Dr. terlibat dalam penilaian prestasi pensyarah baru? AMI: Penilaian prestasi lazimnya dilakukan oleh ketua program. ketua program yang buat. Saya sebagai timbalan dekan jadi tidak ada sebarang program yang secara langsung berada di bawah saya. Jadi pensyarah baru atau lama saya memang tidak melaksanakan penilaian tetapi ada satu proses di fakulti yang mana kami menilai prestasi, bukan prestasi final [akhir] semester tetapi lebih kepada proses untuk memantapkan lagi pengendalian kuliah, pengajaran pensyarah terutamanya daripada pensyarah baru. (SY : Berapa lamakah seorang pensyarah baru itu perlu dinilai? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Kalau kita buat penilaian selalunya untuk satu [seorang] orang pensyarah dalam satu semester ada satu kelas yang kita pantau. Yang selalunyalah, yang paling tidak [sekurang-kurangnya satu kelas akan dipantau]. Dan jangka masa penilai berada di dalam kelas tidak lama sebenarnya. Lebih kurang sepuluh hingga lima minit. Dan proses ini adalah untuk memastikan bahawa ia tidak sampai satu tahap yang mengganggu fokus pensyarah berkenaan. Kalau penilainya terlalu lama berada di dalam kelas pensyarah, dia mungkin tak [tidak] boleh mengajar seperti lazimnya dia mengajar. Tetapi tujuan kita adalah untuk pemantapanlah. Sekiranya ada kekurangan kita beri maklum balas kepada pensyarah berkenaan. (SY : Apakah kriteria dalam menilai prestasi pensyarah baru tersebut? AMI: Kalau dah jadi pensyarah maknanya ke arah nak memantapkan. Maknanya dia dah [sudah] masuk ke fakulti, jadi kita kena cari kaedah bagaimana kita nak [hendak] mantapkan dia sesuatu tahap yang boleh menjadi kebanggaan fakulti. Kalau yang positif kita maklumkan positif, yang negatif kita maklumkan yang negatif. Supaya proses itu tidaklah menjadi suatu proses yang dilihat oleh pensyarah baru terutamanya sebagai satu proses untuk mencari kesalahan semata-mata. Baik. Yang positifnya tidak disebut sama sekali. Tidak begitu. (SY : Apakah nilai yang perlu ada pada seorang bakal pensyarah? AMI: Hm nilai. Nilai yang pertama itu tentulah self displin ataupun disiplin diri. Pertama dari segi penampilan dan juga perawakan. Kalau orang yang merapu cakapnya tentulah kurang sesuai. Tetapi itu mestilah kena dipadankan dengan pencapaian akademik. Baik. Kerana syarat akademik itu yang paling utama sekali. Sebagai pensyarah kalau pengetahuannya terhad, CGPAnya [nilai gred terkumpul] sangat rendah then tentulah sukar. Melainkanl kalau dia keluar bekerja dahulu, lima tahun kemudian dia datang semula memohon kita akan melihatlah. Mungkin kadang-kadang tak [tidak] TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY semua graduan yang CGPAnya [nilai gred terkumpul] tidak sampai tiga perpuluhan sifar sifar (3.00) itu tidak bagus. Kadang mungkin belajarnya [pembelajaran] tak [tidak] begitu seronok, tak [tidak] begitu minat tapi [tetapi] bekerja sebagai seorang pekerja dia cemerlang. Jadi itu mungkin akan menjadi aset kepada individuindividu seperti ini. (SY : Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pensyarah yang pernah berkhidmat di sektor lain sebelum dilantik menjadi pensyarah UiTM [Universiti Teknologi MARA]? AMI: Saya dah [sudah] jawab soalan ini kan? Maknanya sekarang dengan visi ataupun ketetapan yang telah dibuat oleh naib canselor yang baru maknanya orang yang dalam industri dia sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman diluar. Dan selepas itu baru boleh mohon untuk jadi pensyarah di UiTM [universiti Teknologi MARA]. Ya dari segi akademiknya samalah. Lazimnya sama. (SY : Pada pendapat Dr. , adakah fakulti ini mempunyai tenaga pengajar yang sudah mencukupi? AMI: Masih belum mencukupi. Ini kerana kita di UiTM [universiti Teknologi MARA] ini yang pertamanya kita mengajar sebanyak lapan belas (18) jam satu minggu ye berbanding universiti lain sekitar enam jam satu minggu. Tapi itu mungkin kerana UiTM [Universiti Teknologi MARA] ini asasnya ITM [Institut Teknologi MARA] yang teras aktiviti akademiknya adalah pengajaran, penyampaian kuliah berbandingan dengan universiti lain. Asasnya juga dah [sudah] berbeza. Namun Tuan Dekan sekarang Professor Madya Dr. Adnan memang merancang proses pengambilan pensyarah dengan begitu rapi dan kita sekarang ini ditawarkan biasiswa tenaga pengajar muda lingkungan tiga puluh lima (35) orang. Yang sedang membuat pengajian di peringkat Sarjana. Jadi TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY kalau mereka tamat, berjaya dan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan Insyaallah [diizinkan Allah] mereka akan ditawarkan sebagai jawatan pensyarah dikemudian hari. (SY : Seperti yang Dr. cakapkan tadi bilangan tenaga pengajar masih tidak mencukupi, jadi apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh fakulti untuk menambah bilangan tenaga pengajar? AMI: Kita akan membuat pengambilan pensyarah dari semasa ke semasa. Bergantung kepada keperluan berapa cepat dan berapa lambat itu bergantung kepada keperluan dan sama ada ia mendesak atau tidak. [Bergantung kepada keperluan berapa cepat dan berapa lambat itu bergantung sama ada ia mendesak atau tidak]. Kalau begitu mendesak maka kita akan memproses ianya dengan kadar segera. Ye jadi kita tak [tidak] mahu perkara ini dilengah-lengahkan kerana kita melihat komited untuk memberi yang terbaik kepada pelajar. (SY : Boleh Dr. terangkan tentang carta organisasi jabatan yang terdapat dalam fakulti ini? AMI: Kalau diperhatikan di depan sana di ruang pejabat ada carta organisasi yang mana tentu sekali diatas sana tuan dekan diikuti dua timbalan dekan kemudian tuan dekan ada pembantu peribadinya di sana setiausaha dan diikuti oleh pendaftar kanan. Penolong pendaftar ini dia mengambil tanggungjawab untuk kakitangan pentadbiran. Dekan keseluruhannya tapi [tetapi] bila sampai ketika untuk hal yang berkaitan dengan pentadbiran itu memang di bawah tanggungjawab penolong pendaftar. Kita ada dua timbalan dekan dan di bawah itu ada ketua-ketua program dan koordinator. (SY : Boleh Dr. ceritakan tentang aliran tugas Dr. dalam carta organisasi tersebut ? AMI: Aliran tugas. Baik lazimnya kalau tugas kerana tuan dekan dia telah menurunkan kuasa untuk membuat keputusan kepada kedua-dua TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY timbalan dekan termasuk saya jadi untuk hal yang berkaitan aktiviti pelajar sememangnya saya yang diberi amanah untuk buat keputusan. Segala proses atau kertas kerja yang dihantar oleh pelajar untuk memohon kelulusan aktiviti pemohonan aktiviti pelajar memang saya yang akan mempengerusikan mesyuarat yang saya sebutkan diawal-awal tadi. Yang dianggotai tiga orang termasuk saya. (SY : Adakah tugas sebagai timbalan dekan ini memerlukan Dr. untuk bertugas diluar kawasan? AMI: Ya. Itu memang kerap. Maknanya atas kapasiti timbalan dekan sering kali pergi menghadiri bengkel atau kursus atau seminar atau mesyuarat. Yang dianjurkan oleh pihak HEP [Hal Ehwal Pelajar] dan itu tidak kira di mana sajalah sekiranya apabila menerima arahan maka akan akurlah pada arahan berkenaan. (SY : Adakah tugas Dr. memerlukan Dr. bekerja lebih masa dan juga ketika cuti hujung minggu? AMI: Ya. Memang betul. Macam hari sabtu yang lepas ada ceramah oleh Ketua Ppengarah Arkib Negara Malaysia dan saya hadir dari pagi, jam sembilan setengah (9.30) saya dah [sudah] ada sampai pukul dua petang pada hari sabtu cuti. Tapi [tetapi] itu bukanlah satu masalah besar kerana ia satu tanggungjawab yang saya dah faham dari awal saya menerima surat perlantikan, maka saya tidak boleh merungut tentang hal-hal ini. Sebaliknya saya rasa bersyukur kerana sesi berkenaan juga saya boleh memberi maklumat atau nasihat kepada pelajar untuk kebaikan mereka. (SY : Sepanjang Dr. menjalankan tugas sebagai timbalan dekan, adakah Dr. pernah menyertai apa-apa kursus? AMI: Ya itu memanglah, banyak kali. Macam hari pun saya ada bengkel. [1 Mac 2010] Bengkel untuk mengenal pasti pemberat. Nanti bila TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY kamu bekerja kamu taulah [tahulah] prestasi kita bekerja ini akan diukur. Hari ini HEP [Hal Ehwal Pelajar] buat bengkel untuk mengenal pasti apakah ukuran kepada prestasi semua pensyarah dan kakitangan bukan akademik yang terlibat dengan aktiviti pembangunan pelajar. (SY : Boleh Dr. nyatakan contoh-contoh kursus yang Dr. turut sertai? AMI: Lain-lain kursus, kursus kepimpinan, gavernence. Macam diperingkat fakulti ada juga kita buat team building [pembinaan kumpulan] contohnya, strategic planning [pelan strategi] memang ini berterusanlah dari masa ke semasa. (SY : Pernah tak kursus-kursus tersebut membawa Dr. sehingga ke luar negara? AMI: Setakat ini belum pernah diperingkat HEP [Hal Ehwal Pelajar] tidak. [setakat ini diperingkat HEP [Hal Ehwal Pelajar] belum pernah. (SY : Adakah Dr. terlibat dalam menguruskan aktiviti-aktiviti pelajar? AMI: Ya. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi. (SY : Apakah kriteria-kriteria aktiviti pelajar yang akan diluluskan? AMI: Baik. Sebenarnya HEP [Hal Ehwal Pelajar] telah menggariskan ada sembilan elemen kalau tak [tidak] salah saya, yang sekarang ini menjadi teras kepada kemahiran insaniah. Maknanya kemahiran insaniah ini untuk memastikan pelajar kita mempunyai, graduan kita kekuatan untuk bersaing dengan graduan dari universiti lain. Jadi saya rasa itu sangatsangat penting untuk kita beri perhatian supaya aktiviti pelajar yang dilaksanakan disini mendapat impak atau memberi impak yang cukup bagus kepada pelajar kita. Supaya nanti bila keluar ada nilai-nilai yang menjadi aset kepada mereka untuk bersaing dengan graduan dari universiti lain. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY (SY : Pada pendapat Dr. adakah aktiviti-aktiviti pelajar dapat membentuk jati diri mereka? AMI: Ya saya harap begitu kerana apa yang tertera pada kertas kerja yang mereka hantar memang nampak begitu dan saya sering kali berpesan pastikan semua matlamat yang nak di capai itu dilaksanakan supaya hasilnya nanti menjadi satu aset kepada semua pelajar. (SY : Bagaimanakah Dr. dapat dihubungi? AMI: Saya ada pelbagai cara. Paling senang kalau pelajar terus datang ke bilik saya. Kalau saya ada dan tidak begitu sibuk tentu skali saya akn membenarkan mereka masuk dan mengajukan masalah. Selain daripada itu pelajar juga suka menghantar SMS [khidmat pesanan ringkas] kepada saya. Baik lazimnya saya balas semua dengan kos sendiri tidak ada elaun telefon tidak ada tapi saya fikir itu tidak menjadi masalah. E-Mail (surat elektronik). Satu lagi kaedah dan juga sekarang ini facebook [aplikasi internet yang popular dikalangan pelajar sekarang] pun pelajar gunakan juga untuk menganjur bertanya soalan. Dan juga saya menggunakan i-learn [satu aplikasi yang dicipta oleh UiTM untuk membolehkan pensyarah memuat naik nota dan berbincang] untuk komunikasi dengan pelajar-pelajar kelas saya. (SY : Adakah Dr. pernah menerima apa-apa anugerah sepanjang memegang jawatan ini? AMI: Tidak, tidak ada anugerah yang specificlah [khusus] tetapi pencapaian diberi pengiktirafan. Contohnya dalam proses menghasilkan sistem, penglibatan semua timbalan dekan untuk menghasilkan sistem kemahiran insaniah dan pada semester pertama saya menjadi timbalan dekan fakulti kita telah mendapat tempat ketiga dalam pilihanraya majlis perwakilan pelajar dan TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY jawatankuasa perwakilan pelajar ye. Itu pada saya sesuatu yang cukup bagus kerana tempat ketiga daripada dua puluh lima (25) fakulti disini tanpa saya jangka. Tidak menjadi niat saya pun tapi [tetapi] saya katakan pada jawatankuasa pilihanraya peringkat fakulti kita cuba yang terbaik kerana saya yakin pelajar-pelajar di fakulti ini semuanya komited dan kiranya kita beri sedikit galakan lagi pada mereka, mereka akan melaksanakan tugasan. Dan Alhamdulillah [syukur kepada Allah] yang semester baru ini pun keputusan kita lapan puluh perpuluhan lima dua (80.52 ) jadi tidak kurang daripada lapan puluh (80). Cukup bagus. (SY: Apakah halangan dan masalah yang Dr. hadapi ketika menjalankan tugas? AMI: Halangan sebenarnya tidak ada halanganlah kerana kerjasama daripada semua pihak. Dari segi masalah mungkin kerana masalah ye sebenarnya masa itu semua orang dua puluh empat (24) jam satu hari untuk semua orangkan tapi kerana semester ini pelajar semester akhir kita ada seramai tiga ratus lapan belas (318) orang berbanding dengan semester lepas sekitar seratus lapan puluh (180) orang jadi projek pelajar semester akhir ini banyak. Semester ini saya menjangkakan kita akan ada lebih kurang empat puluh (40) aktiviti okey. Berbanding dengan yang lepas-lepas kita ada sekitar dua puluh dua (22), dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25) tapi untuk kali ini pun dah mencecah hampir empat puluh (40) aktiviti. Memang kita ada lima belas (15) minggu. Empat belas (14) minggu tolak seminggu semester breakkan [cuti semester]. Jadi bayangkanlah. (SY : Bagaimanakah Dr. mengatasi masalah-masalah yang Dr. sebutkan tadi? AMI: Maknanya dari segi mengatur strategi kemudian mengenal pasti pegawai atau pensyarah yang akan memikul tanggungjawab dan TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY dalam konteks ini saya lebih gemar untuk member peluang kepada pelajar menimba pengalaman macam [seperti] projek-projek yang boleh di kendalikan oleh persatuan-persatuan pelajar saya beri kepada mereka. Ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka belajar. Bukan setakat teori tetapi melaksanakan teori itu atau mengaplikasikan apa yang dipelajari itu adalah satu pengalaman yang cukup-cukup berharga. (SY : Adakah Dr. turut merancang hala tuju UiTM [Universiti Teknologi MARA]? AMI: Ya secara tidak langsung. Apabila kita aktiviti merancang pelajar atau pun hadir dalam mesyuarat-mesyuarat penting melibatkan peranan dan tanggungjawab timbalan dekan itu secara tidak langsung. [melalui perancangan aktiviti pelajar dan kehadiran ke mesyuarat-mesyuarat penting]. (SY : Pernahkah Dr. di jemput untuk menyampaikan ucapan dalam sesuatu majlis? AMI: Yalah. Sejak menjadi timbalan dekan ini memanglah. Lazimnya banyak jemputan dan saya gembira jika diberi peluang berkenaan. (SY : Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak pengalaman Dr. sepanjang menjalankan tugas timbalan dekan ini? AMI: Sedikit sebanyak pengalaman. Yang paling penting kena bersedialah pada bila-bila masa. Bila ada surat panggilan mesyuarat macam yang hari ini punya bengkel ni. Suratnya datang hari Khamis, Jjumaat cuti, Sabtu cuti Ahad cuti Isnin terus pergi. Jadi maknanya kena bersedialah sepanjang masa. Kalau very short notis [notis yang singkat] pun selalunya memang saya akan pergi ke mesyuarat berkenaan kerana Puncak Perdana ke Shah Alam tidak terlalu jauh dan apatah lagi rumah saya di sebelah sana. Kalau tidak ada TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY komitmen lain yang telah diberikan yang telah dijanjikan pada pihak lain maka saya akan pergi. TAMAT KASET 1 BAHAGIA( B TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY KASET 2 BAHAGIA( A (SY : Pada pendapat Dr. , apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang Timbalan Dekan yang berwibawa? AMI: Ini soalan yang berat untuk dijawab kerana ia menjadi suatu gambaran kepada kualiti yang perlu ada pada seorang Timbalan Dekan. Kalau Timbalan Dekan _____ penampilan, perawakan selalu diteliti oleh pelajar. Tidak dinafikan bahawa tidak semua tugas kita perlu serius. Ada ketikanya kita perlu berjenaka dengan pelajar. Kalau terlampau serius nanti pelajar juga agak gementar atau mungkin pelajar akan menjauhkan diri kerana risau Timbalan Dekan langsung tidak pernah berjenaka. Kalau kita boleh menjadi model yang baik kepada siswa siswi dan juga mempamerkannya kerana ia tidak menjadi suatu yang kita pura-pura melakukannya. Ia semestinya datang dari dalam diri kita dan rutin harian. Kalau itu sudah menjadi suatu kebiasaan seorang Timbalan Dekan, saya fikir itu bukanlah suatu yang sukar hendak dilaksanakan. (SY : Apa pendapat Dr. tentang seorang Timbalan Dekan yang terlalu tegas? AMI: Pada saya mungkin kalau individu berkenaan tegas mungkin beliau mahu pastikan pelajar benar-benar buat apa yang disuruh dan belajar sebagaimana yang dikehendaki oleh beliau. Kadang-kala kalau kita memberi tugasan ataupun nyatakan kemahuan kita dengan cara begitu bersantai ataupun tidak tegas mungkin ada yang tidak memahaminya kerana atas ciri-ciri seorang Timbalan Dekan seperti apa yang diperkatakan itu mesti diberi perhatian oleh pelajar. Tetapi kalau bercakap atau disampaikan dengan nada yang lebih tegas, saya rasa pelajar akan memberi perhatian yang lebih. (SY : Apakah harapan Dr. terhadap pelajar-pelajar UiTM [Universiti TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Teknologi MARA] di masa akan datang? AMI: Sekarang zaman yang sangat mencabar untuk graduan. Masa akan datang sebahagiannya ditentukan oleh hari ini. Susah senang hendak dapat kerja pada masa masa akan datang ditentukan oleh betapa komitednya pelajar pada hari ini. Kalau kita nampak cabaran-cabaran yang bakal dihadapi kemudian kita akan menyediakan bekalannya pada hari ini. Maknanya kerana ini adalah peluang untuk belajar. Saya kalau pelajar mengambil peluang ini dengan sepenuhnya, melakukan kesilapan pada hari ini lebih baik daripada melakukan kesilapan selepas bukan graduan lagi. Ketika itu majikan melihat atau bakal majikan, kerana kalau majikan itu mungkin dengan dunianya sahaja kerana sedang bekerja. Kalau bakal majikan dia mungkin tidak ambil untuk dijadikan kakitangannya. Jadi sebab itu melakukan kesilapan pada hari ini lebih baik. Kalau melakukannya dalam proses memohon kerja nanti. (SY : Apakah sasaran Dr. di masa hadapan dalam bidang pekerjaan? AMI: Sebagai kakitangan akademik, saya tentu sekali sebagaimana para pensyarah yang lain untuk mencapai tahap professor. Dalam akademik, PHD itu adalah kelayakan atas kertas yang kita melalui proses yang sebegitu. Tetapi professor adalah satu jawatan yang paling tinggi dalam akademik. Maknanya kita melakukan research (penyelidikan) dan segala macam aktiviti akademik. Jadi menampakkan kesarjanaan seorang ahli akademik. (SY : Apakah prinsip yang Dr. pegang sampai ke hari ini? AMI: Prinsip yang saya pegang, prinsip yang paling penting adalah bercakap apa yang ada dihati dan adakan di hati apa yang dicakap. Maknanya saya rasa begitu kekok kalau saya bercakap sesuatu perkara itu saya tidak bercakap benar atau bercakap tidak benar. Ada dua perkara, tidak bercakap benar maknanya kita merahsiakan TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY apa yang benar. Bercakap tidak benar kita menyatakan sesuatu yang tidak benar. Yang sebaiknya bercakap benar, sentiasa benar. Kalau dalam bahasa kita mungkin kita kata cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap. Jadi kalau itu senang. Kalau kita berpura-pura bercakap seolah-olah kita baik sentiasa sedangkan hakikatnya kita menyorok-nyorok ada perkara tidak baik kita buat, maka itu adalah sesuatu yang sudahnya nanti akan memberi tekanan kepada diri sendiri. Jadi pada saya memanglah dari kecil tidak suka perkaraperkara yang mengarut. Maksud saya bahasa-bahasa yang tidak sesuai, saya tidak pernah tuturkan dalam kehidupan saya sejak saya kecil sehinggalah sekarang. Yang prinsip saya adalah menjaga tatasusila, perawakan, itu memang sentiasa saya jaga. [Kedengaran bunyi getaran telefon bimbit] Percakapan terutama sekali. Itu sangat penting kerana biasanya kalau kita banyak bercakap mungkin mendatangkan banyak orang terasa. Tetapi kalau kita bercakap perkara ada fakta, kena cara dan juga penyampaiannya, insyaAllah saya fikir itu tidak menjadi masalah kepada kita ataupun hal kepada orang lain. (SY : Kadang-kala bercakap benar ini akan menyakiti pihak lain. Apakah pendapat Dr. ? AMI: Kita kena menerangkan asas kenapa perlu bercakap. Kadang-kala saya juga bercakap kepada staf ataupun kakitangan yang di bawah tanggungjawab saya. Saya bercakap atas kapasiti. Kalau kapasiti saya Timbalan Dekan, maka saya perlu melaksanakannya. Kalau saya berdiam diri, saya tidak menyatakan apa yang tidak betul telah dilakukan, maka saya tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik. (SY : Bagaimanakah penerimaan keluarga Dr. setelah Dr. dinaikkan pangkat sebagai seorang Timbalan Dekan? AMI: Mereka tentu tumpang gembira, tentu sekali. Namun yang lebih TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Besar adalah setelah saya menerima PHD kerana PHD adalah satu proses yang sangat panjang, penuh cabaran, perlu banyak pengorbanan. Bukan saya sahaja yang berkorban tetapi isteri dan anak-anak saya dan ahli keluarga yang lain. Mereka memang banyak berkorban untuk saya. Jadi kenaikan atau perlantikan sebagai Timbalan Dekan ini tentu mereka suka. Namun mengatasinya adalah setelah berjaya mendapatkan PHD. (SY : Bagaimanakah Dr. membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga? AMI: Baik. Selalunya saya bekerja sampai ke rumah. Adakalanya e-mail pelajar- pelajar saya, saya balas seawal enam empat puluh lima pagi (6.45 am) kerana kadang-kala begitu sibuk, macam hari ini begitu sibuk sehingga tidak sempat membalas e-mail. Kadang-kala pelajar telefon saya sampai hujung minggu. Sekiranya pada waktu cuti dan saya tidak tidak sibuk pada waktu itu, saya akan jawab. Begitu juga dengan sms tetapi saya lebih senang kalau hujung minggu itu, hantar e-mail kerana saya kadang perlukan masa untuk keluarga kerana ketika saya melaksanakan. (SY : Apakah perbezaan skop pekerjaan pensyarah dan Timbalan Dekan? AMI: Timbalan Dekan lebih luas. Macam_____ Timbalan Dekan Pelajar dan Alumni, saya memang terlibat secara langsung sebagaimana memastikan segala kriteria aktiviti pembangunan pelajar dijalankan oleh HEP [Hal Ehwal Pelajar] ketika cuti oleh Kementerian Pengajian Tinggi dijalankan di peringkat fakulti dan kerjasama pensyarah memang sangat penting _____ untuk menjadikan pelajar UiTM [Universiti Teknologi MARA] ini pelajar berkualiti tinggi. (SY : Apakah ciri-ciri untuk seorang pensyarah tersebut dinaikkan ke TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Timbalan Dekan? AMI: Itu bergantung sebenarnya. Bergantung kepada Dekan. Kalau Dekan, tentunya dia akan mengambil orang yang dia yakin dan percaya serasi untuk bekerja dengannya. Begitu juga nanti. Macam saya bermula Disember dua ribu lapan (Disember 2008) sampai tiga puluh November tahun dua ribu sepuluh (30 November 2010) habislah. Jadi tugas saya tamatlah. Tugas saya selama dua tahun. Bergantung jika mereka hendak teruskan, saya akan menerimanya. Sekiranya tidak, saya akan memberi fokus pada pendidikan akademik. (SY : Apakah halatuju Dr. terhadap Fakulti Pengurusan Maklumat? AMI: Halatuju. Saya begitu teruja untuk memastikan fakulti kita dilihat Sebagai sebuah fakulti yang menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi serta graduan yang terbaik di luar sana ataupun di sektor awam dan saya sangat berharap kalau pelajar-pelajar kita dapat meningkatkan kualiti komunikasi terutamanya dalam Bahasa Malaysia dan tidak kurang dalam Bahasa Inggeris kerana ia menjadi aset yang sangat penting dan juga pelajar atau graduan kita perlu kreatif. Tidak semua situasi tercatat dalam buku bagaimana cara hendak menyelesaikannya. Tetapi kita akan lebihlebih kreatif atau berdaya saing sekiranya kita melalui situasi atau masalah atau berfikir sentiasa. Kalau diperhatikan kalau kucing dikurung dalam satu sangkar, kucing itu akan berusaha sampai ia boleh keluar. Kalau berjaya keluar untuk kali pertama, kita letak untuk kali kedua, mudah untuk ia keluar untuk kali kedua itu. Kalau pada peringkat pertama, ia fikir macam mana hendak keluar. Kreativiti, macam mana kita menyelesaikan masalah, macam itulah ia selesaikan masalah. Adakalanya kita perlu berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa. Kalau pernah pergi kursus motivasi ada mengatakan, think out of box (berfikir di luar kelaziman) untuk TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY kita menyelesaikan masalah. Ada cara lain untuk selesaikan masalah dan saya senang jika graduan kita kreatif dalam menyelesaikan masalah. (SY : Fakulti ini telah banyak kali berpindah tempat. Apa pendapat Dr. ? AMI: Berpindah tempat ini bukan kehendak kita. Kita akur dengan Pengurusan atasan UiTM [Universiti Teknologi MARA]. Tetapi sering kali kita rasa tidak suka untuk berpindah, kita akan memberi alasan kenapa kita tidak mahu berpindah. Tetapi keputusan itu adalah pihak pengurusan atasan UiTM [Universiti Teknologi MARA]. Kalau dia kata kita pindah, kita pindah. Memanglah banyak kali kita pindah. (SY : Apakah visi dan misi fakulti ini? AMI: Kita hendak menjadi tempat atau institusi yang melahirkan professional maklumat yang bertaraf antarabangsa. Kalau dilihat kepada apa yang tertera di web page (laman web) fakulti, memang kita hendak atau melahirkan graduan-graduan atau profession (bidang) maklumat yang hebat. Jadi may be (mungkin) kita perlu menumpukan usaha, mengembeling tenaga ke arah itu. (SY : Pada pendapat Dr. , apakah perbezaan di antara pelajar dahulu dan pelajar sekarang? AMI: Pelajar dahulu, berapa lingkungan maksud dahulu itu? (SY : Mungkin semasa Dr. belajar dahulu dengan sekarang? AMI: Baik, saya rasa pelajar dahulu dari segi perawakan, dulu walaupun ia tidaklah begitu bersopan santun dari segi pakaian, tetapi mereka masih menghormati pensyarah. Mereka tidak ramai atau payah saya hendak melihat kelakuan kurang sopan dengan pensyarah ataupun kakitangan yang lain. Tetapi hari ini, mungkinlah beza masa sudah begitu pesat. Jika saya bercakap ini, saya juga risau sekiranya anak-anak saya tidak mempunyai nilai sopan-santun TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY yang tinggi. Dulu pelajar tidak mempunyai kelebihan sebagaimana pelajar hari ini. Tidak ada internet, tidak ada telefon sebagai hari ini. Maknanya dari segi tarikan-tarikan yang tidak membantu kepada pancapaian akademik tidaklah banyak. Tetapi hari ini, malah dalam kelas pun ada pelajar yang sms di depan pensyarah contohnya. Jadi bukanlah tidak boleh tetapi kenalah dengan caranya, adab sopannya. Nilai harus kekal walaupun keadaannya berbeza. (SY : Pada pendapat Dr. , apakah beza pelajar fakulti ini dengan pelajar fakulti lain? AMI: Yang pertama kalau diperhatikan dari segi penampilan, pelajar kita alhamdulillah, masih lagi bersopan-santun pakaiannya. Tidak menjadi satu kerisauan. Baik, itu yang pertama. Yang kedua, yang saya harap sangat pelajar kita dapat meningkatkan kemahiran sebagaimana saya nyatakan tadi, iaitu Bahasa Inggeris terutamanya dan memperlihatkan keyakinan apabila berada di khalayak umum. Itu sangat penting kerana pelajar sebenarnya menjadi duta kepada fakulti. Apa juga pelajar hasilkan atau sampaikan dalam masyarakat pelajar, mahasiswa akan memberi impak kepada inisiatif yang telah disampaikan oleh fakulti. Jadi apa yang saya perhatikan pelajar kita perlu diberi kesedaran tentang cabarancabaran hidup masa depan. Kerana hari ini, seperti yang sering saya nyatakan dalam ceramah-ceramah terutamanya untuk pelajar baru fikir bagaimana cabaran kamu untuk hidup sepuluh tahun akan datang. Jadi setelah graduan tidak ada peluang untuk tinggal sepertimana pelajar, setiap pelajar mesti kena tinggalkan tempat ini untuk keluar dan bekerja. Kemudian ada keluarga, ada tanggungjawab untuk mempunyai kewangan yang sangat tinggi, adakah hari ini kita telah sebenar benarnya telah bersedia. Kalau hendak dapatkan jawatan yang cukup baik, gaji yang lumayan, TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY atau tidak lumayan pun mungkin mencukupi kita perlu ada kualiti yang disenangi, diperlukan apabila kita hendak bekerja. (SY : Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat mempunyai kelebihan berbanding fakulti lain. Apa pendapat Dr. ? AMI: Apa maksud kelebihan itu? (SY : Maksudnya dari segi skop pelajaran mereka? AMI: Ya, saya rasa begitu, kerana bidang pengurusan maklumat ini memang digunapakai di mana sahaja. Maknanya kalau ada menyatakan pelajar mengikuti program IS220, hanya boleh bekerja di perpustakaan, saya rasa tidak setuju sama sekalilah dengan kenyataan itu, kerana pengurusan maklumat itu universal. Maknanya ia bersifat semestar, semua organisasi perlukan maklumat, maka pengurusan rekod penting untuk semua organisasi. Tetapi cabaran bagaimana kita hendak memasarkan ilmu yang kita ada itu. Jadi itu suatu yang menjadi kelebihan. Maknanya kalau kita yakin dan tahu bagaimana strategi hendak memastikan ilmu itu digunapakai, maka majikan akan mempercayai mutu yang ada pada kita. (SY : Boleh Dr. ceritakan berapakah jumlah pelajar fakulti ini semasa awal penubuhan sehingga sekarang? AMI: Sekarang kita ada lingkungan tiga ribu orang pelajar. Di awal penubuhan fakulti memanglah sangat sedikit. Sewaktu Profesor Dato’ Dr. Haji Abdullah antara yang terawal. Jika tahun sembilan belas sembilan puluhan (1990-an) dahulu, dan jika ditanya berapa orang Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat dahulu, rakan sekelas saya adalah seramai tujuh orang. Yang sebelum saya, tiga orang sahaja. Yang selepas saya itu, saya ingat tidak lebih dari lima orang. Itu yang tahapnya sama macam sekarang. Untuk peringkat degree (ijazah) pun, sarjana muda pun tidak ramai. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Hanya sedikit bilangannya. Bilangan sekarang jauh berlipat ganda, terutamanya sekali kerana kita telah mempunyai program peringkat diploma. Jadi memang jauh meningkat bilngan sekarang berbanding dahulu berbanding sebelum ini. (SY : Jika dibandingkan, apakah perbezaan Fakulti Pengurusan Maklumat pada awal penubuhannya sehingga sekarang? AMI: Dari segi bidang pengajian, memang ini satu sahaja, Sains Perpustakaan Kemudian berkembang, ditawarkan kursus-kursus pengurusan rekod. Kemudian berkembang lagi kepada empat pengurusan pada hari berperingkat-peringkat. ini. Kemudian Diperkenalkan bertambah peringkat apabila sarjana, kemudian diploma, dan_. Jadi memang telah mencakupi semua tahap dan bidang yang sesuai. Namun, kita masih lagi bercadang untuk adakan program-program baru selaras dengan matlamat mempelbagaikan atau integrasi antara bidang-bidang yang berkaitan. (SY : Bagaimanakah prestasi pelajar-pelajar fakulti ini? AMI: Prestasi, dari segi akademik ke apa? (SY : Akademik? AMI: Ya, prestasinya tentu semakin baik. Dulu kita tidak ada programProgram seperti KACA [Ke arah Kecemerlangan Akademik] ke arah pencapaian akademik contohnya. Tidak banyak kem motivasi untuk pelajar-pelajar ini tingkatkan prestasi akademik. Jadi secara keseluruhannya adalah lebih baik. (SY : Adakah semua pelajar dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan? AMI: Tidak semua. Tetapi melebihi sembilan puluh lapan peratus. Lazimnya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY (SY : Baru-baru ini Dr. ada melancarkan_. Apa pendapat Dr. ? AMI: Itu yang saya sebut tadi. Maknanya kerjasama antara dua fakulti yang melaporkan bidang yang mana pasaran graduannya _____ Itu sangat baik kerana seperti yang saya nyatakan pengurusan maklumat itu universal. Terutamanya bidang perubatan, bidang business [perniagaan]. Itu memang membuka ruang kepada pelajar dan graduan kita. (SY : Seperti yang Dr. nyatakan tadi terdapat pelajar yang tidak menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Adakah pihak fakulti atau UiTM [Universiti Teknologi MARA] memberi peluang kepada pelajar tersebut melanjutkan pengajian melalui penukaran mod pengajian? AMI: Itu memanglah. Dia ada banyak masalah kenapa dia tidak dapat menamatkan pengajian sepenuh masa. Ada setengahnya itu mengambil cuti khas kerana sakit atau dilanda masalah. Ada setengahnya itu kerana gagal. Selalunya gagal kursus pada semester akhir. Kalau di semester awal itu dia boleh selitkan lagi pada semester berikutnya. Tetapi kalau gagal pada semester akhir, tiada pilihan. Terpaksa tambah semester pengajian. Selalunya mereka ini, kita tidak buang daripada sistem, tidak gugurkan taraf belajar mereka. Jadi kerana ada beberapa asas diberikan pertimbangan sebelum seseorang pelajar itu digugurkan taraf. (SY : Pada kebiasaannya, ada berapa bilangan pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh masa tersebut? AMI: Sangat kecil, seperti saya nyatakan tadi selalunya tidak kurang dari sembilan puluh lapan peratus. Sebenarnya tidak kurang dari sembilan puluh sembilan peratus lulus. Yang gagal ini adalah TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY pelajar yang tidak melengkapkan pengajian. Itupun kerana dia tidak lulus satu kursus. Jadi memang tidak ramai. Sangat kecil. (SY : Apakah program yang dirancang fakulti untuk meningkatkan prestasi pelajar fakulti ini? AMI: Prestasi ada banyak. Prestasi akademik seperti yang saya nyatakan tadi. Kita ada KACA, aktiviti-aktiviti, sedikit kem motivasi untuk para pelajar untuk memastikan prestasi graduan atau kualiti graduan, mugkin. Dari segi elemen-elemen yang diberikan kepada graduan. Contohnya macam kita ada finishing school [tamat pengajian]. Saya dari semasa ke semasa cuba melaksanakan aktiviti-aktiviti debat, pidato. Bukanlah kerana saya minat semestinya semua orang minat. Saya percaya dan yakin ia akan memberi satu platform untuk mengasah pemikiran. Kerana untuk pendebat atau pidato tidaklah sekadar tahu atau sampaikan tanpa ada kajian. Jadi itu asasnya. (SY : Adakah corak pembelajaran atau pembahagian kursus sesuai mengikut tahap pengajian pelajar fakulti ini? AMI: Ya, tentu sekali kerana hendak membuat sesuatu program itu perlukan kajian dan ia juga diluluskan oleh pihak-pihak yang mempunyai authority (kuasa) sebelum ditawarkan kepada pelajar. (SY : Apakah perbezaan bagi setiap tahap pengajian, contohnya dari diploma, ke ijazah sarjana muda? AMI: Yang pertama dari segi pengkhususan. Diploma diikur dengan cara istimewa, tetapi dengan cara yang lebih ringkas, sesuai dengan tahap. Jadi bila keluar diploma, mereka akan memegang jawatan, kalau di sektor awam sebagai penolong pegawai. Maknanya dari cangkupan pengetahuan yang disampaikan itu lebih berunsurkan kepada kemahiran sahaja. Bila masuk peringkat sarjana muda macam kamu sekarang ini, nanti TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY sudahnya akan keluar menjadi pegawai, profesional. Maknanya jenis unsur pengurusan dimasukkan di situ. Peringkat sarjana ia lebih kepada pengurusan, ia tidak banyak hands on (bergantung), macam habis belajar peringkat diploma dan degree (ijazah). PHD tentu sekali ia kajian akademik yang sangat tinggi tahap kesarjanaannya. (SY : Adakah fakulti melakukan usahasama dengan pihak luar bagi memasarkan graduan-graduan fakulti? AMI: Itu memang telah dilakukan secara umum terutamanya dengan Pihak Perpustakaan Negara, di perpustakaan akademik di universiti-universiti kita dan juga Arkib Negara. Baru nampak sedikit peluang. (SY : Berapakah peratusan pelajar yang telah berjaya memperolehi pekerjaan? AMI: Peratusan itu bergantung kepada setiap semester. Kalau hendak kira Secara keseluruhan itu mungkin agak sukar, untuk semester ini saya telah berpakat dengan pensyarah, ketua program IS dud dua satu (IS221) untuk melaksanakan kajian pengesanan graduan. Graduan telah ramai di luar sana tetapi sebelum ini tidak ada inisiatif sedemikian. Jadi saya fikir tiba masanya kali ini untuk saya membuat inisiatif, membuat penyelidikan. Hendak kaji susur jalur perjalanan kerjaya graduan graduan kita. Supaya itu dapat dijadikan pamduan untuk kita merangka kurikulum yang di sini, dan mugkin dengan industri supaya graduan kita lebih banyak peluang untuk bekerja nanti. (SY : Pada pendapat Dr. majoriti graduan-graduan fakulti ini berkhidmat dalam sektor awam atau swasta? AMI: Saya boleh katakan, tujuh puluh- tiga puluh, atau enam puluh- TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY empat puluh. Enam puluh percent [peratus] sektor awam, empat puluh percent [peratus] sektor swasta. Ramai graduan kita berkhidmat di sektor swasta. (SY : Boleh Dr namakan antara organisasi swasta yang selalu mengambil pelajar-pelajar fakulti ini sebagai pekerja mereka? AMI: Organisasi swasta, selalunya bekerja di ST (News Strait Times). memang semua di bahagian itu datang dari fakulti kita. Jadi library Online dan memnag banyak organisasi yang mengambil graduan kita bekerja di pusat-pusat sumber, dan perpustakaan mereka. (SY : Adakah terdapat graduan yang menganggur setelah tamat pengajian? AMI: Itu memang tidak dapat dinafikan, Itulah yang saya katakan, kalau kalau kamu membuat persiapan hari ini ketika sedang pegang status pelajar itu, mugkin ada peluang begitu banyak untuk membaiki kelemahan. Tetapi kalau setelah graduan, baru sedar sepatutnya menimba pengalaman lebih luas, mungkin itu agak telah terlewat. Memang ada. Saya pernah terjumpa seorang, bekas pelajar juga. Berkhidmat sebagai penolong pegawai untuk beberapa tahun. Tetapi itu hakikatnya, saya pernah mengajar, jadi saya tahu orang itu memang pendiam sangat orangnya, tidak bergaul dengan pelajar lain. Jadi bila tengok keadaannya begitu, saya tidak terkejut, cuma simpati dengan apa yang berlaku. (SY : Adakah UiTM [Universiti Teknologi MARA] menyediakan suatu cara untuk graduan-graduan yang menganggur mendapat pekerjaan? AMI: Tidak secara begitu kerana universiti asas penubuhannya tidaklah memastikan semua graduan mendapat kerja. Kita telah menyediakan yang terbaik dalam tempoh yang diberikan. Jadi TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY siswa siswi perlu mengambil peluang berkenaan dan VC [ Vice Canselor] yang baru telah menegaskan tentang pentingnya untuk menjadi majikan kepada orang lain. Maknanya kalau bidang kita pengurusan maklumat, kalau hendak buat perniagaan di luar sana perlukan maklumat. Hendak menjadi petani profesional, perlukan maklumat untuk menjana kewangan, menjalankan aktiviti pertanian, untuk pasarkan produk pertanian, semua itu perlukan maklumat. (SY : Apakah nasihat Dr. kepada pelajar-pelajar yang membuat latihan praktikal? AMI: Manfaatkanlah peluang itu dengan sebaiknya kerana ini sebagai seorang pelajar latihan pratik. Kalau silap pun orang tidak marah kerana kita seorang pelajar. Ini masa untuk belajar dari a sampai z. Perlu jaga adab sopan dan tatasusila dan jaga disiplin diri kerana pemantauan dari organisasi ini akan sampai kepada kita. Prestasi pelajar ini kita perlu lihat untuk kita beri kepada pelajar akan datang. Sekiranya pelajar buat hal, ia akan mencemarkan imej fakulti kita. (SY : Terdapat sesetengah organisasi yang tidak mahu mengambil pelajar menjalani latihan pratikal di organisasi mereka. Bagaimanakah mengatasi masalah ini? AMI: Mungkin mereka tidak bersedia dari segi ruang tempat kerja, tidak bersedia memberi elaun walaupun kita tidak meminta elaun. Jadi peluang itu tidak disediakan. (SY : Apakah kriteria yang diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan belanjawan dari fakulti untuk menjalankan sesuatu aktiviti? AMI: Pelajar boleh dapat sumbangan. Untuk pelajar diploma, sarjana TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY muda. Jadi buat kertas kerja kepada saya. Jadi kertas kerja ini akan dinilai berapa wang sumbangan akan diberikan untuk mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti. (SY : Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar yang ingin melakukan sebarang permohonan sesuatu aktiviti selain menghantar kertas kerja? AMI: Perlu dilihat dari segala aspek. Dari segi penulisan kertas kerja. Jadi dinasihatkan kepada pelajar supaya menghasilkan kertas kerja yang berkualiti. Ada kertas kerja yang saya lihat dibuat tanpa ada panduan. Jadi jika begitu, apabila bekerja orang akan melihat kualitinya. Jadi itu peranan saya untuk memberi panduan sebagai Timbalan Dekan. (SY : Adakah Dr. ada menyediakan garis panduan untuk menyediakan sesuatu kertas kerja? AMI: Kita ada menyediakan garis panduan untuk rujukan palajar-pelajar berkenaan. (SY : Berapa lamakah permohonan tersebut mengambil masa untuk diluluskan? AMI: Ia bergantung kepada kekerapan mesyuarat. Ia sekurang-kurangnya seminggu sekali. (SY : Adakah Dr. orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan pengisian modul? AMI: Ya, kerana ia berkaitan pengisian maklumat modul tersebut. Jadi saya telah diberi tanggungjawab semenjak awal perlantikan saya sebagai timbalan dekan. Jadi, asas-asas pengurusan maklumat itu penting. Bukan sekadar untuk bidang kita. (SY : Selain Dr. siapakah yang bertanggungjawab dalam pengisian modul? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Kalau pengisian modul memang tanggungjawab timbalan dekan. Selain itu, wakil kolej, pegawai pegurusan pelajar. Tetapi bagi fakulti ini memang saya yang bertanggungjawab. (SY : Pada pendapat Dr. adakah modul LDK benar-benar dapat meningkatkan jati diri pelajar? AMI: Ya, jika diikuti sepenuhnya oleh pelajar. Kalau yang memberi fokus kepada aktiviti, dia akan mendapat manfaat. Kalau sekadar memenuhi aktiviti, dia tidak akan mendapat apa yang sepatutnya dia perolehi kerana kalau kamu perhatikan, TAMAT KASET 2 BAHAGIA( A KASET 2 BAHAGIA( B AMI: Ada dua puluh orang dalam satu kumpulan kalau mereka nak diam mereka boleh diam. Kalau yang nak nak yang begitu ramah dia akan bercakap sentiasa begitu jadi bergantung kepada sifat dan persenaliti diri dia. Tapi saya berharapkan dan saya percaya modul ini kalau semua beri fokus memang dapat nilai-nilai yang kita kehendaki. (SY : Ada sebahagian pelajar menganggap modul LDK [latihan dalam kumpulan] ini sebagai satu bebanan. Apa pandangan doktor? AMI: Lebih baik beban sekarang daripada beban dikemudian hari. Beban kemudian hari tak da siapa nak tolong. Nak buat LDK [latihan dalam kumpulan] bila dah graduate [tamat]. Jadi sebab tu saya kata tengok positif selain belajar apa lagi komitmen? Masa dua puluh empat jam. Apa lagi komitmen? Ibubapa hantar ke sini untuk belajar untuk dapat segala ilmu yang perlu untuk keluar bekerja. Kalau tak bekerja dengan majikan, kita sendiri jadi majikan. Jadi kalau elemen-elemen yang kita tawarkan ini disia-siakan jadi saya rasa itu memang sesuatu yang amat merugikan. Memang orang gemar memberi alasan. Tapi bergantung kepada individu kalau rasa TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY selesa member alas an teruskan. Sehingga nanti tidak ada alas an lagi untuk dia tidak menjadi majikan contohnya. Melainkan jika mensiakan semua tawaran-tawaran hari ini. Nak buka business hari ini bukan senang. Tidak ada kemahiran komunikasi tidak boleh. Kalau tidak ada keyakinan diri tidak boleh. (SY : Bagaimana fasilitator-fasilitator dalam modul LDK [latihan dalam kumpulan] di pilih atau diambil? AMI: Fasilitator ini ada banyak kategori. Kalau pensyarah memang kita menjemput mereka yang benar-benar berminat. Kalau sebagai pelajar ini selalunya saya melantik penyelaras untuk modul LDK [latihan dalam kumpulan] kerana tidak terdaya untuk saya melaksanakannya melainkan saya menurunkan kuasa ini dengan melantik seorang penyelaras Modul LDK dan dia yang akan memaklukan kepada saya tentang siapa yang akan dilantik dan kita juga melibatkan kaunselor, melibatkan kakitangan lain, bukan kakitangan akademik di UiTM ini, selain daripada pelajar-pelajar atau pun graduan kita. Sesetengah graduan yang menyambung ke peringkat Master juga kita lantik sebagai fasilitator sekiranya dia memenuhi criteria yang ditetapkan. (SY : Jika ada pelajar yang ingin fasilitator apakah saluran yang perlu mereka [ikuti]? AMI: Untuk menjadi fasilitator di peringkat fakulti sama ada boleh terus datang kepada saya atau pun penyelaras. Kita ada penyelaras Encik Kamarul Azwan dan juga pensyarah baru kita Encik Jaffarizan diberi peluang untuk understudy atau terus ke HEP. Kadang HEP diorang akan mengiklankan jawatan fasilitator. Jadi kena alert maknanya berwaspada dengan iklan mungkin akan keluar. Terutamanya pada hujung semester. Ianya untuk semester depan, jadi semester ini kita dah [sudah] keluarkan iklan. (SY : Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pelajar untuk menjadi fasilitator? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Ialah nilai-nilai positif yang kita nyatakan dalam modul itu dah [sudah] dimiliki oleh pelajar berkenaan. Kemahiran komunikasi sangat penting dan akademiknya tidak semestinya cemerlang tiga point [perpuluhan] lima (3.5) keatas. Tapi dia mesti minat dengan aktiviti berkenaan. Sebab minat paling penting. Sebagaimana yang saya katakan tadi passion. Kalu tak [tidak] minat maknanya bagilah kerja apa pun kalau dia tak [tidak] minat memang dia tidak akan member yang terbaik untuk apa juga tanggungjawab yang diamanahkan. (SY : Adakah pelajar yang menjadi fasilitator akan diberi sebarang elaun untuk mereka? AMI: Baiklah. Ya mereka ada elaunyang akan dibayar oleh HEP [Hal Ehwal Pelajar]. Surat lantikan mereka datang daripada HEP [Hal Ehwal Pelajar]. Jadi HEP [Hal Ehwal Pelajar] telah memperuntukan elaun kepada mereka. (SY : Macam yang doktor katakana tadi pointer itu amat penting. Bagaimana jika mereka tidak mencapai pointer sehingga tiga point [perpuluhan] lima (3.5) tapi [tetapi] begitu berminat untuk menjadi seorang fasilitator? AMI: Untuk fasilitator bukan syarat tiga point [perpuluhan] lima [3.5]. kita sebenarnya fleksibel, dua point lapan pun kalau dia ada kualiti kepimpinan yang baik kita tawarkan. Sebab yang tiga perpuluhan lima itu kalau menjadi tenaga pensyarah muda itu memang keutamaan. Kalau untuk fasilitator ini asalkan dia ada kualiti peribadi atau pun personality yang boleh diketengahkan kita akan pilih orang yang sedemikian. Yang paling penting mesti minat. (SY : Apakah harapan doktor terhadap semua pelajar UiTM dan juga kepada pelajar yang bakal bergelar pelajar UiTM? AMI: Yang pertama pelajar UiTM ini kita sebenarnya membawa satu reputasi tentang bumiputra melayu Islam. Yang mana penting untuk dipelihara dan diperhebatkan lagi. Bagi yang nak [hendak] masuk sini TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY kena faham bahawa ini adalah institusi yang ditubuhkan khusus untuk mengimbangkan sosio ekonomi. Kalau dikaji sejarah, kita adalah penduduk asal disini dan sejarah itu tidaklah sebegitu lama dahulu. Hanya kurang seratus tahun dahulu. Jadi tentu sekali kita merasa bahawa sangat penting untuk kita kembali menjadi tuan kepada tanahair kita. (SY : Apakah nasihat doktor kepada semua pelajar-pelajar UiTM? AMI: Pada saya yang paling penting kalau kita sentiasa ingat bahawa ibubapa kita menghantar kita ke sini untuk Berjaya dalam akademik. Tidak perlu dipesan berkali-kali maknanya sentiasa ingat. Sekarang ini dunia penuh cabaran, banyak tarikantarikan yang akan merosakkan. Kalau pelajar lalai dan terikut-ikut dengan keseronokan yang bersifat sementara ini saya rasa sudahnya nanti mungkin dah [sudah] terlewat untuk sedar kembali yang hasrat ibubapa hantar pelajar hantar ke sini untuk belajar dengan cemerlang. (SY : (asihat doktor untuk pelajar-pelajar yang pernah tersalah haluan? AMI: Selagi ada peluang, selagi ada hayat, selagi ada daya perbetulkanlah. Kerana peluang tak [tidak] datang kali yang kedua (2) atau kali yang ketiga(3) tentu sukar. Tapi kalau ______ ______ ______. Cuma kadang lalai, leka, terikut-ikut dengan orang lain dan itu alasan yang selalu digunakan. Terikut kawan. Yang kawan pun bagi alasan terikut dia pulak. Sudahnya dua-dua tak [tidak] mengaku salah. Kawan kata dia dan dia kata kawan. Tapi sebenarnya akal ada. Bukannya pelajar tadika. Pelajar tadika pun cerdik sekarang. Jadi sebab itu saya kata, pelajar universiti sepatutnya tidak harus alpa tentang tanggung jawab yang mereka ikrar akan laksanakan dan tidak lagi menghampakan harapan ibubapa. (SY : UiTM sering kali memberi peluang kedua atau ketiga kepada pelajar yang berhenti dan diberhentikan. AMI: Berhenti ke di berhentikan? (SY : Berhenti. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Kalau berhenti memang dia boleh apply [mohon] balik. Kita ada cuti khas, boleh ambil dua semester. Kalau tidak salah saya. Kalau berhenti sendiri, dia apply nanti dia akan masuk semula di semester satu. Itu sahaja. (SY : Kalau diberhentikan? AMI: Diberhentikan pun sama juga. (SY : Maksudnya pelajar-pelajar ini tidak akan di diskriminasi? AMI: Tidak. Tidak ada istilah diskriminasi. Masuk ke sini kita tidak pernah beza-bezakan pelajar yang gagal kursus kali pertama mengulang kursus atau pelajar yang gagal program datang semula bermula di semester satu. (SY : Seperti yang kita tahu fakulti Pengurusan maklumat akan mengadakan carnival yang bermula pada dua puluh tujuh Mac sehingga dua puluh lapan Mac . Boleh doktor ceritakan apakah objektif carnival tersebut? AMI: Baiklah. Objektif karnival itu yang dinamakan carnival at puncak [carnival di puncak] ini yang asalnya idea ini daripada kelab kakitangan fakulti kita secara kerjasama dengan pentadbiran yang mana asalnya adalah untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan kakitanagan dan sesama warga fakulti. Saya melihat ini sebagai satu peluang yang cukup baik bagi pelajar juga melibatkan diri. Jadi sebab itu saya mencadangkan kepada pengarah program ini iaitu Hussain Hasyim agar melibatkan pelajar dalam program ini. Kerana sekarang ini penekanan yang diberikan kepada mahasiswa ialah untuk memantapkan kemahiran keusahawanan. Jadi saya mengambil peluang ini untuk memberi ruang kepada peljar kita berjinak-jinak dengan aktiviti keusahawanan dengan berniaga pada hari berkenaan. Pada ruang-ruang yang disediakanlah. Selain daripada itu saya juga menjemput alumni fakulti kita yang telah sekain lama dan sekian ramai kita hasilkan untuk kembali ke fakulti pada hari sabtu ini, petang TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY dengan tujuan kita dapat mengumpul maklumat alumni yang kedua alumni sesama alumni dan juga dengan pensyarah dan pelajar semasa disini berkenalan satu sama lain yang mana ini akan mengukuhkan lagi hubungan diantara pihak fakulti dan industri selaindaripada itu juga mungkin memberi peluang kerja kerana hubungan alumni ini suatu yang cukup significant. Jadi ini mengkin meluaskan lagi peluang kerjaya kepada bakal graduan kita. (SY : Boleh doktor ceritakan siapakah yang menyumbangkan idea untuk mewujudkan carnival tersebut? AMI: Seperti yang saya dah [sudah] sebutkan tadi, asalnya idea ini daripada encik Hussin dan ahli kelab kakitangan. Jadi saya seperti yang dikatakan tadilah melihat ini satu peluang yang cukup baik untuk semua bergabung tenaga supaya manfaat dan keseronokan itu dapat dirasai oleh semua. (SY : Pendapat doktor apakah cara yang paling berkesan untuk mempromosikan fakulti pengurusan maklumat di kalangan bakal mahasiswa? AMI:Ada banyak kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan untuk mempromosi program-program yang ditawarkan di fakulti kita. Saya suka kepada aktiviti yang melibatkan pelajar melalui aktiviti kursus akademik digembelingkan diarahkan kepada aktiviti yang melibatkan promosi maknanya aktiviti mereka ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan golongan-golongan tertentu. Jadi sekiranya ini boleh dihala tujukan kearah promosi jadi saya rasa memang tidak begitu membimbangkanlah. Jadi pelajar juga akan meyumbangkan kearah promosi, pensyarah juga menyumbang kearah promosi. Bagaimana yang dilakukan pada minggu lepas, pensyarah kita pergi ke beberapa sekolah di sekitar Shah Alam malah hingga ke Banting juga untuk mempromosikan fakulti ketika TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY keputusan STPM [Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia] dikeluarkan. Jadi itu satu pendekatan yang saya kira aggressive bagi meramaikan lagi orang difakulti kita. (SY : apakah inisiatif melalui ceramah atau mengadaka program-program di sekolah, dapat menarik minat para pelajar untuk menyertai bidang pengurusan maklumat apabila mereka memasuki Universiti nanti? AMI: Ya. Itu adalah antara yang sangat penting kerana bidang pengurusan maklumat dan pengurusan perpustakaan terutamanya tak [tidak] ramai yang tahu apa sebenarnya kerjaya perpustakawan. Munkin ada yang menyatakan kerjaya perpustakawan ini ialah orang yang menyusun buku di rak. Kerana itu yang sering dilihat oleh pengguna. Pada hal perpustakawan tidak berada disitu, pustakawan berada di meja masing-masing yang mana mereka adalah penggerak utama kepada perpustakaan yang melibatkan pengurusan dan juga perolehan koleksi dan juga perkhitmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Jadi penting bagi tahu kepada pelajar kerana kalau tanggapan dia masih lagi kerja sebagai seorang yang menyusun buku di rak-rak buku saya rasa tak [tidak] ada siapa yang nak datang buat peringkat degree serta ijazah disini yang sudahnya nanti keluar susun buku di rak. Jadi itu satu yang sangat penting untuk dimaklumkan kepada pelajar sekolah. (SY : Pada pendapat doktor, adakah maklumat mengenai fakulti pengurusan maklumat pada laman web ini menncukupi? AMI: Ya. Pada ketika ini saya Nampak sudah semakin baik. Kerana UiTM telah melantik pegawai-pegawai dari jabatan system maklumat PSMB (Pusat Sumber Maklumat Bersepadu) dan pensyarah kita juga dilantik untuk menyeragamkan web page atau halaman web fakulti. Dan saya melihat kepada satu standard untuk keseluruhan fakulti di UiTM yang mana dari segi isi kandungannya TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY juga sama. Jadi pada saya untuk ketika ini ya sangat bermaklumat. Dan saya juga menggunakan laman web fakulti ini untuk menwarwarkan apa juga aktiviti pelajar yang bakal diadakan. (SY : Apakah perkara yang doktor suka atau tidak dalam sikap pelajar ketika berurusan dengan doktor? AMI:Baiklah. Ini memang satu perkara yang saya sentiasa member perhatian. Yang positif saya beri pujian dan yang negative saya beri nasihat. Teguran itu mungkin kasar sikit bunyinya tapi bergantung kepada tahap serius sebagaimana seriusnya ketidak pekaan pelajar terhadap sesuatu perkara yang patut di beri perhatian. Yang pertama apabila pelajar masuk bilik tanpa tahu adap-adap sopan. Jika kita berurusan dengan seseorang yang autoritinya lebih tinggi maka kita perlu tahu adab sopan. Ketuk pintu, beri salam dan perkenalkan diri. Itu antara asas yang sebaiknya untuk pelajar yang masih kekok atau tidak biasa jadi memang saya akan menegur dengan cara yang tidak memalukan. Tapi tegas untuk menyatakan bahawa mereka perlu memberi perhatian kepada perkara berkenaan. Supaya membiasabiasakan diri dengan perkara-perkara berkenaan kalau kita tahu beradap sopan contohnya ada tetamu bertamu di kita punya rumah dia ada adap, orang akan menerima kita dengan lebih mesra. Apa juga perkara yang sukar di selesaikan tetapi pendekatan kita begitu mesra, begitu sopan santun, saya rasalah tiada siapa yang akan mengelak untuk membantu menyelesaikan. (SY : Boleh doktor ceritakan apa yang pelajar perlu faham tentang peranan sebagai timbalan dekan? AMI: Baiklah. Saya sebenarnya kalau dari segi aktiviti pelajar sebenarnya, saya memang suka member peluang pelajar yang membuat, merancang dan melaksanakan aktiviti berkenaan. Dan ada pensyarah yang terlibat sebagai penasihat. Jadi kesulitan sedikit seketika ini adalah mungkin pelajar atau penasihat yang tidak begitu TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY jelas tentang kapasiti sebagai penasihat. Jadi kalau tahu kapasiti dan tanggung jawab penasihat kebanyakan kertas kerja itu akan menjadi lebih kemas. Kerana saya begitu prihatin dengan penggunaan bahasa yang telah didokumentasikan sebagai bukti. Contohnya kertas kerja untuk memohon sesuatu peruntukan. Kalau bahasa yang tidak mencerminkan kualiti seorang mahasiswa, jadi saya akan sentiasa menegur. Kerana ini adalah masa untuk memastikan bahawa mereka menghasilkan sesuatu yang berkualiti. (SY : Pada pandangan anak-anak doktor, doktor bertugas sebagai apa dan adakah mereka memahami skop pekerjaan doktor? AMI: Pada pandangan anak-anak saya? (SY : Ya. AMI: Mereka masih terlalu kecil untuk faham tugas saya sebagai timbalan dekan, tapi bila saya nyatakan yang saya sibuk dan adakalanya saya balik lewat ke rumah memang kadang-kadang itu mereka fahamlah. Saya sering kali membawa mereka bersiar atau melakukan aktiviti rekreasi pada hujung minggu. Jadi itu mungkin tidak selalu membosankan mereka kerana setiap hari sepanjang minggu semester ini, hari isnin saya da kelas sampai malam. Sampai pukul Sembilan setengah [9.30] dan juga hari khamis. Hari lain selalunya akan pulang jam lima [5]. Tidak awal dari jam limalah [5] sebab saya memang seorang yang workaholic. So [jadi] selesa dan minat untuk bekerja jadi itu dah [sudah] kira awallakan. Tapi saya pulang awal pun kerana saya nak [hendak] memastikan kesihatan sayalah. Pulang awal, balik ke rumah untuk berjoging atau apa ke, sekurangkurangnya sekali seminggu. Pada umumnya mereka tahulah yang saya ini sangat sibuk disebabkan oleh tanggungjawab saya sebagai timbalan dekan. (SY : Sepanjang doktor bertugas sebagai pensyarah selama ini, pernahkah doktor terfikir doktor akan menjadi timbalan dekan pada hari ini? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY AMI: Saya sebenarnya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk memegang jawatan pentadbiran akademik, kerana dalam bidang akademik adalah menjadi kepuasan apabila pencapaian dari segi akademik mencapiai pencapian paling tinggi dalam bidang akademik. Jadi dalam jawatan pentadbiran akademik memanglah ada kelebihannya. Cuma ia tidak sepatutnya menyebabkan saya langsung lupa tentang pentingnya untuk membuat penyelidikan. Kerana penyelidikan itu akan member nilai tambah kepada pengetahuan yang saya ada. Dan paling penting, itu sepatutnya membuat penambahbaikkan kepada sesuatu situasi dalam komuniti kita. (SY : Seperti yang kita sedia maklum, tempoh doktor sebagai timbalan dekan akan tamat pada penghujung tahun ini. Adakah doktor terus berminat untuk terus memegang jawatan ini sekiranya tugas doktor sebagai timbalan dekan dilanjutkan? AMI: Selagi saya diberi kepercayaan dan selagi keadaan mengizinkan. Kadang kala kepercayaan diberi tetapi kadang kala mungkin keadaan kesihatan atau pun sesuatu factor lain yang menjadi penentu. Tetapi sekiranya diberi peluang insyaallah [dengan izin Allah] saya akan menerima selagi saya termampu untuk berbakti kepada UiTM [Universiti Teknologi MARA]. (SY : Apakah perasaan doktor sekiranya tugas doktor sebagai timbalan dekan di sambung lagi? AMI: Tentulah bersyukur. kerana itu sebenarnya merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan yang telah saya beri pada penggal pertama. Jadi selalunya saya sentiasa berazam untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik daripada sedia ada. Mungkin saya akan lebih memperbanyakkan lagi aktiviti, berpesatuan, aktiviti yang melibatkan pertandingan debat dan pidato yang mana dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat yang terpendam. Kerana sebagaimana yang saya dimaklumkan oleh Puan Haliza, TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY pensyarah dua dua kosong yang menjadi pengadil pada pertandingan pidato pada hari rabu, beliau terkejut dengan pemenang pertama pertandingan berkenaan kerana beliau tidak menjangka sama sekali yang pelajar ini berbakat. Dan itu sebenarnya refleksi daripada apa yang saya lalui semasa di zaman sekolah dahulu. Kalau tak [tidak] diberi peluang, tidak ada ruang untuk mereka menunjukkan bakat yang mungkin sewaktu sekolah dulu cemerlang tapi [tetapi] di sini tidak pernah pun ada pertandingan sedemikian jadi berkubur mungkin semua itu. Jadi bila kita buat pertandingan sebegitu, jadi dia rasa itu adalah yang terbaik. Bukan kerana nak menunjuk-nunjuk tapi [tetapi] itu memang kehebatan yang dia perlu dia gilap dan majukan lagi. (SY : Apakah perancangan doctor dalam kerjaya pada masa hadapan? AMI: Kalau dalam akademik insyaallah [dengan izin Allah] saya begitu cintakan bidang akademik, jadi apa yang saya nak [hendak] dalam bidang akademik ini adalah saya boleh membuat penyelidikan lebih banyak dan hasil daripada penyelidikan ini selalunya kita akan menerbitkan sama ada dalam jurnal ataupun buku yang ini semua akan menjadikan seorang ahli akademik itu lebih hebat. (SY : Sebagai penutup boleh doctor ceritakan pengalaman yang pernah doctor lalui sepanjang hidup untuk dikongsi bersama? AMI: Baik. Sebenarnya saya dulu melalui zaman yang berbeza ketika dilahirkan. Tapi saya rasa saya sangat bertuah kerana saya lahir dan mula mengenal dunia ini ketika zaman pembangunan baru bermula. Maknanya saya masih ingat bagaimana pembangunan berlaku di kampung saya. Daripada jalan yang lorongnya kecil kemudian dibesarkan dan masih lagi jalan tanah merah. Jalan biasa yang diratakan oleh jentolak. Saya juga melihat bagaimana ada individuindividu tertentu di kampung saya yang ketika itu saya melihat jentera seperti jentolak itu sebagai sesuatu yang sangat hebat. Dan TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY ada steamroll [jentera yang dogunakan untuk meratakan jalan] datang ke kampung tapi zaman budak-budak, zaman tu [itu] tengok tu memang hebatkan. Dan yang memandu jentolak itu cina. Ada pula oarng melayu kita yang saya rasa itulah pertama kali wujud perasaan tidak selesa dalam diri saya apabila ada seseorang yang melanggar atau tidak menghormati hak orang lain. Kerana untuk menggembirakan orang lain. Saya masih ingat, sewaktu cina yang bawa steamroll [jentera yang dogunakan untuk meratakan jalan] itu atau pun trektar kalau tidak salah saya meratakan jalan di depan rumah saya. Ketika itu buah staq, tau [tahu] buah staq? [sambil bertanya kepada penulis]. Kalau sini orang panggil buah remia. Di depan rumah say ada dua pokok yang waktu itu buahnya memang banyak, memang lebat dah [sudah] macam [seperti] buah anggur. Cantik. Dan saya betul-betul tak [tidak] faham mengapa ada seorang yang dewasa, yang saya rasa matang pemikirannya tapi [tetapi] tidak cerdik dan tidak tahu menghormati hak ayah saya. Pokok itu ditanam oleh ayah saya dan berbuah. Buah remia ni [ini] rasanya masam, kalau masak pun masam. Manisnya pun tidaklah semanis buah rambutan. Inikan buah muda. Diambilnya setangkai buah yang sangat besar, diberi kepada cina itu. Cina itu makan sikit dan masam yang sangat-sangat lalu di buang. Saya rasa cukup kecewa dan marah dengan orang itu dan rupanya orang itu sikapnya memang begitu. Malah sampai ke sudah dia memang begitu perangai [sikap] dia. Dan saya rasa saya telah membuat satu penilaian yang betul pada ketika itu. Yang menyebabkan saya tidak suka. Rupanya bukan setakat saya di kampung itu tapi kalau orang kenal dia memang tidak suka. Itu satu perkara yang saya belajar dalam proses ketika kita begitu teruja terhadap kemajuan yang di bawa orang dari luar, ada sesetengah orang yang mengambil peluang untuk menggembirakan orang itu dan rasa it the best time that we can be friend [kita boleh menjadi kawan]. Tetapi dengan TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY mengorbankan atau melanggar hak-hak orang lain. Bila zaman saya sekolah, saya selalunya pergi sekolah dengan abang. Menumpang naik basikal dia. Dia bawa saya pergi sekolah, then (kemudian) ada suatu ketika yang saya rasa telah berkorban pula untuk adik saya. Jadi adik beradik ramai, masa kecil saya menumpang abang. Bila saya dah [sudah] naik darjah lima, enam adik saya pula naik dengan saya. Ada sekali tu [itu] waktu darjah enam, seminggu sekali kami kena sembahyang di masjid di Pekan Semanggol. Jarak dari sekolah ke rumah saya adalah lebih kurang lima atau enam kilometer dari sekolah. Ada ketikanya saya balik jalan kaki saja [sahaja] dari sekolah sampai ke rumah. Memang jauh, sangat-sangat jauh. Dan tidaklah pernah rasa begitu kecewa kerana terpaksa berjalan kaki. Kerana ada kalanya abang saya habis kelas lambat. Darjah satu, dua habis awal. Jadi berjalan kaki. Ada kawan sekampung yang berjalan, saya pun jalan. Tapi rumah saya di kampung antara rumah yang jauh ke dalam. Jadi memang ada kalanya saya memang berjalan. Jalan kaki dulu beg bukan macam [seperti] sekarang yang boleh galas dua-dua. Dulu beg talinya satu sahaja. Ada yang simpangkan begini [sambil menunjukkan kearah dada beliau], ada yang letak dekat dahi dan jalan bongkok begitu [sambil membongkokkan sedikit badan beliau]. Buku berat, dan jauh perjalanan ketika itu tengah panas. Kalau orang utara dia [mereka] kata panas lit-lit. tahukan panas lit-litkan?[bertanya kepada penulis dan penulis menganggukkan kepala tanda tahu]. Tengok dekat jalan raya hujung tu [itu] Nampak bahang saja [sahaja] naik. Tapikan alah bias tegal biasa. Dan saya masih ingat ada sekali itu, ketika saya darjah enam hari rabu pergi sembahyang di masjid di Pekan Gunung Semanggol. Hari tu [itu] adik saya kata dia lapar sangatsangat, adik saya darjah tiga dan saya darjah enam. Jadi dah [sudah] melihatkan kasihan dekat dia, saya pun kayuh basikal bawa dia nampak masjid saya terus saja [sahaja] sebab adik saya dah [sudah] TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY lapar. Lepas itu balik. Esoknya ustaz tanya siapa tak [tidak] pergi sembahyang semalam? Jadi, yalah budak-budak akan bercakap betul, tidak berani nak [hendak] menipu. Dan saya rasa sesuatu yang patut saya buat ketika itu ialah saya kena beri tahu ustaz itu. Saya diam sahaja dan saya pergi ke depan [hadapan] ustaz tu [itu] pulas [cubi] perut angkat keatas cikit. Sakit memang sakit. Tapi sepatutnya saya bagi tahu ustaz itu. Adik saya lapar, takkan saya nak bawa adik saya pergi sembahyang juga. Dia dah lapar waktu tukan [itu]. Jadi ini yang saya tekankan kepada anak saya sekarang. Kalau apa juga kesulitan, cakap perkara yang sebenar. Kerana guru manusia, sesiapa juga manusia. Jadi kalau kita terlalu memikirkan bahawa tidak ada ruang untuk orang memahami kita saya rasa itu tidak memberi peluang kepada diri kita sendiri. Kita cerita dahulu, apa reaksi orang berkenan itu hak dia. Tapi kalau kita cerita perkara yang sebenar, saya rasa kita dah [sudah] memaklumkan apa kesulitan yang kita lalui. Kemudian, waktu itu memang zaman susah. Saya tidak pernah pergi ke sekolah pada waktu petang. Pagi pergi sekolah petang tak yah [tidak perlu] pergi. Zaman itu tak da [tiada] macam [seperti] sekarang. Ada sekolah agama wajib ke semuanya [tidak ada sekolah agama wajib]. Dan saya hanya sekali dua sahaja dapat pergi ke sekolah untuk pergi ke perpustakaan. Dan saya juga kebanyakan masa tinggal di rumah untuk mengasuh [menjaga] adik saya yang kecil-kecil. Mak dan ayah saya pergi ke bendang [sawah padi]. Saya seawal umur darjah tiga sudah mengasuh [menjaga] adik saya yang kecil-kecil. Jadi makna kalau kata kena buai, memang saya buat semua itu. Adik saya kecil menangis pun saya akan pastikan sampai mak saya balik dia baik. So [jadi], sampai mengasuh adik kecil pun saya buat semua. Jadi saya rasa kalau hari ini, zaman yang penuh dengan kesenangan pelajar lansung tidak tahu nak [hendak] menghargai kesenangan itu satu yang pada saya amat mengecewakan. Saya ingat saya pergi TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY sekolah kalau pergi pun sekali dua sahaja untuk pergi perpustakaan lepas itu petang boleh main bola. Itu cukup seronok. Saya pinjam buku di kutub khana [perpustakaan]. Zaman itu di panggil kutub khana [perpustakaan]. Tak [tidak] panggil perpustakaan. Ada sekali itu saya tergerak hati untuk pinkam buku bahasa inggeris. Tidak ada sapa-sapa [sesiapa] ajar saya. Saya pinjam buku bahasa inggeris itu pun sebab comparison between leopard and cheetah [perbandingan antara harimau bintang dan harimau kumbang] Saya masih ingat buku itu sebab buku itu bukunya sangat asas bahasa inggerisnya. Tapi [tetapi] hati saya tergerak nak [hendak] baca buku bahasa inggeris. Dan saya pinjam bawa balik baca. Sebab itu saya boleh ingat sampai sekarang. Bangunan yang menjadi kutub khanah tu [itu] pun masih segar dalam ingatan saya. Bangunan dulu, sekolah dulu dia [sekolah] ada lubang di tepi-tepi dinding. Dan tak ramai budak pergi ke perpustakaan pun, dan saya mengambil peluang sesekali dapat pergi ke situ saya pergi ke kutub khanah. Pas tu [selepas itu] ada juga saya belajar mengaji dengan imam yang di segani juga di sana. Tapi [tetapi] kerana rumah saya jauh, saya kadang kala tidak boleh pergi. Sebab kena jaga adik saya. Tapi itulah ada ketika itu ustaz itu hendak bawa saya jadi qori [pembaca Al-Quran lelaki]. Tapi saya tidak yakin kepada diri waktu itu kerana saya tidak belajar mengaji selain daripada ustaz berkenaan dan mak [emak] saya. Jadi kebanyakkan masa emak sayalah yang ajar mengaji dari alif [huruf pertama di dalam bahasa arab] sampai khatam Al- Quran. Rasa satu tak da [tiada] masa untuk ke sana selalu dan kedua tiada keyakinan diri. Dan saya ketika itu of course [sudah tentu] tidak ada tuisyen [kelas tambahan]. Saya penilaian darjah lima keputusan keluar ada enam A mungkin dan saya tidak percaya apabila cikgu saya berkata ‘Azman dapat empat A satu B’. empat A satu B betul ke? Tanya sekali lagi. Ya, betul dia kata empat A satu B. Seronoklah. Tapi tidaklah begitu girang. Balik ke TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY rumah cakap pada emak saya, emak saya tidak ada apa-apa pun. Empat A satu B tidak ada apa pun. Tapi cikgu saya sekolah dia kata begitu bagus. Sangat baik. Jadi saya pun melihat emak saya biasa sahaja riaksinya, saya pun fikir tidak ada apa-apa. Rupanya dengan keputusan itu membawa saya pergi ke sekolah asrama penuh. Baru saya tahu. Itu pun ketika itu saya bukan dari keluarga yang senang, saya tidak juga dari keluarga yang sederhana tapi [tetapi] keluarga yang susah. Jadi bila dapat tawaran untuk pergi ke sekolah asrama penuh, saya tengok yuran untuk kemasukkan dan membeli kelengkapan hampir lima puluh ringgit. Waktu itu tahun belas Sembilan lapan puluh tiga [1983]. Emak saya kerja bendang [sawah padi], abang saya yang sulung belajar lagi di Sekolah Teknik di Penang [Pulau Pinang], abang saya yang kedua ambil SRP [Sijil Rendah Pendidikan], ya baru lepas SRP [Sijil Rendah Pendidikan]. Dan kakak saya tingkatan satu. Saya pula hendak menggunakan duit yang cukup banyak berbanding orang lain. Semua sekolah, tiada siapa yang kerja ketika itu. Bayangkan. Memang duit sentiasa tidak cukup. Tapi itulah ibu ayah saya berkorban banyak untuk memastikan saya masuk asrama penuh. Sebab saya dah [sudah] cakap pada emak saya ‘saya tak nak [tidak mahu] pergi sebab tak [tidak] ada duit’. Tapi emak ayah saya berikhtiar juga. Pinjam pada mak cik saya. Kemudian saya pergi kerana abang saya kata sekolah ini sekolah asrama penuh, bukan macam sekolah teknik yang dia pergi belajar di Penang [Pulau Pinang]. Dia kata sekolah itu tidak sama. Saya tak [tidak] tahu sebab tidak ada yang beri tahu dan zaman itu surat khabar tidak beli jadi hendak baca pun susah. Tapi saya rasa semua ini berlaku kerana ketentuan Allah dan kerana ibubapa saya yang memberi penekanan tentang pentingnya belajar. Saya ingat dulu rumah saya dinding bertam. Yang luar dinding papan. Abang saya yang sulung dia suka potong kartun di surat khabar, dia susun dekat dinding bertam itu. Saya tengok kartun, TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY baca sikit-sikit. Itu sebenarnya ada nilai yang sangat tinggi. Bila abang yang sulung berjaya kita adik-adik ni [ini] akan terikut-ikut juga. Jadi lepas saya masuk ke sekolah Sains Taiping, di situ banyak yang berubah kehidupan saya. Tetapi sewaktu zaman kanak-kanak itu memang zaman yang mengajar saya menjadi seorang yang jimat- cermat. Ayah saya bagi [beri] sepuluh ringgit cukup satu penggal. Sekarang anak saya sehari pun tidak kurang tiga ringgit [RM3]. Tapi iyalah zaman berbeza. Tapi saya berjimatcermat kerana saya tahu emak ayah saya tidak mampu nak [hendak] bagi banyak. Dan saya tidak belanja dengan sewenang-wenangnya. Kawan-kawan makan burger pada waktu malam. Balik dari kelas malam, beli burger di kantin. Satu dorm [bilik], dua puluh orang. So [jadi] makan burger bau satu bilik. Kita ni [saya ini] telan air liur. Itu zaman-zaman yang saya rasa benar-benar menguji saya. Tapi tinggal di asrama penuh itu, member ruang pergaulan yang lebih luas pada saya. Saya bergaul dengan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang. Jadi itu yang melatih saya mempunyai pemikiran saya rasa jauh lebih matang daripada kawan-kawan lain ketika itu. Kerana mungkin saya menjaga adik saya dari kecil, saya nampak susah payah ayah saya pergi bendang [sawah padi dan saya juga pergi bendang dari kecil [sawah padi]. Tapi sekarang tidak boleh pergi bendang [sawah padi], gatal sambil tersenyum]. Tapi sebenarnya dulu saya memang pergi bendang [sawah padi]. Kalau ikut kakak saya dia kata saya ni [ini] perangai saya masa kecil sama macam perangai anak saya yang nombor dua sekarang. Tidak boleh duduk diam. Di bendang [sawah padi] berlari di atas jerami [batang padi]. Jerami [batang padi] dulu-dulu bukan macam sekarang. Sekarang orang pakai [guna] mesin. Dulu orang potong guna pisau pengerat kemudian orang memukul [proses untuk meleraikan biji padi daripada batangnya] pula. Selepas itu di longgok-longgok tinggi. Itulah tempat saya bergimnastik. Berlari atas tu [itu]. Miang TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY tidak menjadi masalah. Zaman itu memang cukup seronok. Tapi sekarang memang jauh berbeza. Apa-apa yang saya dapat itu memang kakak saya kata memang saya banyak bertanya soalan dari kecil. Apa yang saya ada hari ini memang adalah saya ini dari dulu [dahulu] saya tidak duduk diam. Maksudnya bercakap banyak. Dan saya rasa mungkin itu kelebihan saya. Dan satu lagi saya rasa mungkin kerana kita mengaji. Kalau kita mengaji bacaannya lancar, insyaallah [dengan izin Allah] kita boleh bertutur dengan mudah. Saya sering kali berfikir mengapa? Mungkin ini satu anugerah saya boleh bercakap tanpa perlukan text [skrip]. Dan lazimnya kawankawan akan memberi pujian kerana bercakap bahasa yang tersusun tanpa perlu ada text [skrip]. Tanpa perlu mengarang apa-apa ayat. Saya kira itu satu anugerah yang patut saya gunakan untuk kebaikan. Sesetengah orang lahir-lahir terus ada bakat. Seperti saya semasa tingkatan satu, seorang kawan saya begitu hebat kemahiran pidatonya. Tingkatan satu dia sudah masuk pertandingan pidato peringkat yang tinggi dan saya lihat dia bercakap hebat. Lepas itu ada pertandingan pidato, Piala Diraja di sekolah saya. Saya lihat yang bercakap itu semuanya hebat-hebat. Saya juga minat. Kerana tidak ada peluang maka senyap saja [sahaja]. Sampai saya diberi peluang. Semasa tingkatan tiga, saya ingat lagi cikgu saya itu orang Simpang [nama tempat di Perak]. Dia duduk di Simpang sekarang ini. Cigu tu [itu] pakai tudung labuh. Tengok memang tidak sangka cikgu ini hebat. Dia orang pertama yang mencungkil bakat saya untuk berdebat. Pengalaman yang saya sering kali berkogsi dengan pelajar, ketika pelajar membuat pembentangan saya komen [kritik] ketika itu juga kerana itu yang terbaik. Kita mendengar komen [kritikan] supaya kita boleh membuat penambahbaikan. Kalau kamu present, pensyarah diam sahaja dan bagi markah sahaja. Kamu pun tidak tahu. Akan datang present lagi. Tidak tahu lagi apa kelemahan yanh perlu diperbaiki. Nama cikgu itu cikgu Noraini TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Abdul Aziz. Dia yang mencungkil bakat saya. Saya masih ingat ketika saya berdebat dalam kelas, dia panggil saya ke hadapan. Lutut saya menggeletar tanpa dapat dikawal. Betul. Saya tidak berjenaka [sambil ketawa]. Memang lutut saya menggeletar betulbetul. Jadi saya boleh faham kalau kita tidak biasa memang akan gementar. Tapi [tetapi] selepas itu saya menjadi semakin-semakin maju dalam bidang debat ini. Sehingga diberi kepercayaan, dan adakalanya terpaksa berdebat in from two. Saya masih ingat lagi selepas SRP tidak ada aktiviti lain. Jadi berdebat walau kedua-dua kumpulan tidak bersedia. Tiba-tiba cikgu panggil untuk berdebat. Bagi selesai pertandingan debat. Alhamdulillah boleh buat. Yang paling tidak suka kalau waktu itu jadi pendebat pertama. Pendebat pertama ini kita kena mula dulu. Selepas itu kita kena gulung. Jadi kalau tidak bersedia macam mana hendak bercakap dengan yakin dan lancar. Kita pun jadi malu kalau tidak boleh bercakap. Tapi Alhamdulillah [syukur kepada Allah] saya boleh buat, dan selepas itu timbul keseronokan. Kalau nak berdebat, hendak jadi pendebat pertama sahaja. Tidak mahu yang ketiga, kerana boleh cakap banyak. Seronok. Itu adalah suatu yang saya rasa, hari ini untuk berdebat saya percaya kita perlu banyak membaca. Saya suka membaca dan sebab itu saya terjun ke bidang pengurusan maklumat ini kerana untuk dapat pengetahuan, perlu membaca. Membaca itu adalah untuk mencari maklumat. Sama juga dengan apa yang saya gemari. Sebab itu saya selesa dalam bidang kita di sini. TAMAT KASET 2 BAHAGIAN B. TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Ralat Ralat merupakan bunyi-bunyi yang mengganggu semasa proses rakaman temu bual di jalankan. Antara ralat yang ada ialah: • Bunyi deringan telefon • Bunyi mesin gerudi. Kerana ketika temu bual aktiviti pembaikan sedang dijalankan. • Bunyi helaian kertas TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY SE(ARAI SOALA( TEMUBUAL 1.0 Latar Belakang Tokoh 1) Siapakah nama panggilan Dr.? 2) Pada tarikh bilakah Dr. dilahirkan? 3) Di manakah tempat kelahiran Dr.? 4) Apakah cita-cita Dr. ketika kecil? 5) Siapakah nama ibubapa Dr.? 6) Apakah pekerjaan ibubapa Dr.? 7) Ibubapa Dr. berasal dari mana? 8) Di manakah tempat Dr. menetap sekarang? 9) Berapa bilangan adik-beradik Dr. dan Dr. merupakan anak yang ke berapa? 10) Siapakah nama isteri Dr.? 11) Isteri Dr. berasal dari mana? 12) Apakah pekerjaan isteri Dr.? 13) Bilakah Dr. mendirikan rumahtangga bersama isteri? 14) Sehingga kini, Dr. dan isteri dikurniakan berapa orang cahaya mata? 15) Apakah aktiviti Dr. ketika masa lapang? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY 2.0 Sejarah Pendidikan Awal dan Kerjaya Awal 16) Bilakah Dr. mula-mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan? 17) Nama sekolah pertama Dr. belajar dahulu? 18) Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak keadaan sekolah pada masa itu? 19) Apakah pengalaman Dr. ketika mula masuk ke alam persekolahan? 20) Pada tahun berapakah Dr. mula masuk ke sekolah menengah? 21) Apakah nama sekolah menengah tersebut? 22) Apakah bidang yang Dr. pelajari ketika di sekolah menengah? Adakah Dr. pelajar aliran sains atau aliran sastera? 23) Ketika sekolah menengah, adakah Dr. mengikuti apa-apa aktiviti ataupun persatuan dan badan beruniform? 24) Apakah jenis sukan yang Dr. ceburi ketika belajar di sekolah tersebut? 25) Adakah Dr. menjawat apa- apa jawatan semasa bersekolah di sekolah menengah? 26) Ketika sekolah menengah, adakah Dr. pernah mendapat sebarang anugerah atau pengiktirafan? 27) Matapelajaran apakah yang Dr. minati ketika di sekolah menengah? 28) Adakah Dr. mengambil pendidikan tambahan pada luar waktu sekolah? Contohnya kelas tambahan bagi sesuatu matapelajaran atau kelas agama. 29) Bolehkah Dr. ceritakan sejarah bagaimana Dr. dapat melanjutkan pelajaran ke Pengajian Tinggi? 30) Pada tahun berapakah Dr. melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah? 31) Di Universiti (IPT) manakah Dr. melanjutkan pengajian tersebut? 32) Pada ketika itu, Dr. melanjutkan pengajian dalam bidang apa dan pengajian tersebut mengambil tempoh selama berapa tahun? 33) Adakah Dr. ditawarkan program Tenaga Pensyarah Muda yang dikeluarkan oleh UiTM? 34) Apa yang mendorong Dr. memilih pengajian tersebut ketika itu? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY 35) Siapakah yang mendorong Dr. untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi? 36) Selama Dr. bergelar mahasiswa ketika itu, apakah aktiviti-aktiviti universiti atau persatuan mahasiswa yang Dr. ceburi? 37) Adakah Dr. aktif di peringkat universiti ketika itu? 38) Boleh Dr. ceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis ketika bergelar mahasiswa? 39) Selama pengajian Dr., apakah penganugerahan tertinggi yang pernah Dr. perolehi ketika belajar? 40) Pada tahun berapakah Dr. melanjutkan pengajian pada peringkat PHD? 41) Dalam peringkat PHD, Dr. melanjutkan pengajian dalam bidang atau kursus apa dan berapa lamakah pengajian tersebut? 42) Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman Dr. ketika menuntut di luar negara? 43) Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman Dr. ketika menuntut di luar negara? 44) Boleh Dr. ceritakan pengalaman manis atau pahit ketika menuntut di luar negara? 45) Adakah Dr. aktif berdebat ketika menuntut di luar negara? 46) Bilakah Dr. tamat pengajian di IPT dan apakah kelulusan tertinggi Dr. perolehi? 47) Selepas tamat pengajian, pada tahun berapakah Dr. mula berkhidmat sebagai pensyarah? 48) Berapa lamakah Dr. berkhidmat sebagai pensyarah? 49) Dimanakah Dr. berkhidmat ketika itu? 50) Ketika Dr. berkhidmat sebagai pensyarah, Dr. mengajar dalam bidang apa? 51) Boleh Dr. ceritakan cabaran yang Dr. hadapi semasa memegang jawatan sebagai pensyarah? 52) Apakah pengalaman yang Dr. perolehi sepanjang bertugas sebagai pensyarah? 53) Apakah pendapat Dr. tentang kerjaya sebagai pensyarah? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY 54) Pada pendapat Dr., adakah bidang pengajian yang Dr. ambil ketika di universiti membantu kerjaya Dr. pada masa sekarang? 3.0 Pengalaman Sebagai Timbalan Dekan 55) Bilakah Dr. dilantik sebagai timbalan dekan ? 56) Bagaimanakah Dr. dilantik sebagai timbalan dekan ? 57) Adakah Dr. perlu mengambil peperiksaan tertentu atau perlu menghadiri temuduga ? 58) Berapa lamakah Dr. memegang jawatan sebagai timbalan dekan ? 59) Apakah tugas-tugas timbalan dekan? 60) Adakah Dr. mempunyai tugas-tugas tambahan yang perlu dilaksanakan selain tugas-tugas khas sebagai timbalan dekan ? Sekiranya ada, apakah tugas-tugas tersebut ? 61) Adakah Dr. perlu menyiapkan sebarang kertas kerja ? 62) Boleh saya tahu apakah nama committee [organisasi] tersebut? 63) Adakah Dr. turut bertugas menjadi penasihat dekan? 64) Apakah keistimewaan yang Dr. terima sepanjang memegang jawatan ini ? 65) Sepanjang Dr. berkhidmat sebagai timbalan dekan, apakah masalah yang pernah ditimbulkan oleh pelajar ? 66) Bagaimanakah Dr. menyelesaikan masalah berkaitan pelajar tersebut ? 67) Sepanjang Dr. berkhidmat sebagai timbalan dekan, pernahkah Dr. terlibat dalam aktiviti yang melibatkan pelajar ? 68) Adakah Dr. mempunyai setiausaha sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas ? 69) Berapakah bilangan staf yang terdapat di bawah penyeliaan Dr. sekarang ? 70) Apakah yang Dr. lakukan untuk memastikan kualiti mutu kerja staf di bawah seliaan Dr.? 71) Bagaimanakah caranya Dr. berhubung atau menyampaikan arahan kepada orang bawahan? 72) Adakah Dr. terlibat dalam proses pengambilan pensyarah baru? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY 73) Adakah Dr. terlibat dalam menilai prestasi pensyarah baru? 74) Apakah ciri-ciri atau syarat untuk pengambilan seorang pensyarah? 75) Adakah Dr. terlibat dalam pengambilan pensyarah baru ? 76) Berapa lamakah seseorang pensyarah baru perlu dinilai? 77) Apakah kriteria dalam menilai prestasi pensyarah baru? 78) Apakah nilai yang perlu ada pada bakal pensyarah? 79) Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pensyarah yang pernah berkhidmat di sektor lain sebelum dilantik menjadi pensyarah UiTM? 80) Pada pendapat Dr., adakah Fakulti Pengurusan Maklumat mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi? 81) Sekiranya tidak, apakah langkah- langkah yang dilakukan oleh fakulti untuk menambah bilangan tenaga pengajar? 82) Boleh Dr. terangkan tentang carta organisasi jabatan-jabatan yang terdapat dalam fakulti ini? 83) Boleh Dr. ceritakan tentang aliran tugas Dr. dalam carta organisasi? 84) Adakah tugas sebagai timbalan dekan memerlukan Dr. bertugas di luar kawasan ? 85) Adakah tugas Dr. memerlukan Dr. bekerja lebih masa dan ketika cuti hujung minggu ? 86) Sepanjang Dr. menjalankan tugas sebagai timbalan dekan, adakah Dr. pernah menyertai apa-apa kursus ? 87) Boleh Dr. nyatakan contoh-contoh kursus yang Dr. turut sertai? 88) Pernahkah kursus-kursus tersebut membawa Dr. sehingga ke luar negara ? 89) Adakah Dr. terlibat dalam meluluskan aktiviti-aktiviti pelajar? 90) Apakah kriteria aktiviti- aktiviti pelajar yang akan diluluskan? 91) Pada pendapat Dr., apakah aktiviti-aktiviti pelajar yang dapat membentuk jati diri mereka? 92) Bagaimanakah Dr. dapat dihubungi? Adakah Dr. menggunakan e- mail dalam berurusan dengan pelajar? 93) Adakah Dr. pernah menerima apa-apa anugerah sepanjang memegang jawatan ini? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY 94) Apakah halangan dan masalah yang Dr. hadapi ketika menjalankan tugas? 95) Bagaimanakah Dr. mengatasi masalah tersebut? 96) Adakah Dr. turut merancang halatuju UiTM? 97) Pernahkah Dr. dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam sesuatu majlis? 98) Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman Dr. sepanjang menjalankan tugas sebagai timbalan dekan? 99) Pada pendapat Dr., apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang timbalan dekan yang berwibawa? 100) Apa pendapat Dr. tentang seorang Timbalan Dekan yang terlalu tegas? 101) Apakah harapan Dr. terhadap pelajar-pelajar UiTM [Universiti Teknologi MARA] di masa akan datang? 102) Apakah sasaran Dr. di masa hadapan dalam bidang pekerjaan? 103) Apakah prinsip yang Dr. pegang sehingga ke hari ini? 104) Kadang-kala bercakap benar ini akan menyakiti pihak lain. Apakah pendapat Dr. ? 105) Bagaimanakah penerimaan keluarga Dr. setelah Dr. dinaikkan pangkat sebagai seorang Timbalan Dekan? 106) Bagaimanakah Dr. membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga? 107) Apakah perbezaan skop pekerjaan pensyarah dan timbalan dekan? 108) Apakah ciri-ciri untuk seorang pensyarah tersebut dinaikkan ke Timbalan Dekan? 109) Apakah halatuju Dr. terhadap Fakulti Pengurusan Maklumat? 110) Fakulti ini telah banyak kali berpindah tempat. Apa pendapat Dr. ? 111) Apakah visi dan misi Fakulti Pengurusan Maklumat? 112) Pada pendapat Dr., apakah perbezaan pelajar dahulu dan pelajar sekarang? 113) Apakah yang membezakan pelajar-pelajar fakulti ini dengan pelajar-pelajar fakulti lain, dari segi skop pembelajaran? 114) Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat mempunyai kelebihan berbanding fakulti lain. Apa pendapat Dr. ? 115) Maksudnya dari segi skop pelajaran mereka? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY 116) Berapakah jumlah pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat pada awal penubuhan sehingga sekarang? 117) Jika dibandingkan, apakah perbezaan Fakulti Pengurusan Maklumat pada awal penubuhannya sehingga sekarang? 118) Bagaimanakah prestasi pelajar fakulti ini? 119)Adakah semua pelajar dapat menamatkan pengajian pada tempoh yang ditetapkan? 120) Baru-baru ini Dr. ada melancarkan_. Apa pendapat Dr. ? 121) Sekiranya terdapat pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, adakah pihak fakulti dan UiTM memberi peluang kepada pelajar tersebut melanjutkan pengajian melalui penukaran mod pengajian? 122) Sekiranya ada, berapakah bilangan pelajar tersebut? 123) Apakah program yang dirancang oleh Fakulti Pengurusan Maklumat untuk meningkatkan prestasi pelajar fakulti ini? 124) Adakah corak pembelajaran atau pembahagian kursus sesuai mengikut tahap pengajian pelajar fakulti ini? 125) Apakah perbezaan bagi setiap tahap pengajian, contohnya pelajar diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, PHD? 126) Adakah fakulti melakukan usahasama dengan pihak luar bagi memasarkan graduan-graduan fakulti? 127) Berapakah peratusan pelajar yang telah berjaya memperolehi pekerjaan? 128) Boleh Dr. ceritakan majoriti graduan- graduan fakulti ini berkhidmat dalam sektor awam atau swasta? 129) Boleh Dr. namakan organisasi swasta yang sering mengambil graduan fakulti ini sebagai pekerja mereka? 130) Adakah terdapat graduan yang menganggur setelah tamat pengajian? 131) Adakah UiTM [Universiti Teknologi MARA] menyediakan suatu cara untuk graduan-graduan yang menganggur mendapat pekerjaan? 132) Apa nasihat Dr. kepada pelajar-pelajar yang membuat latihan praktikal? 133) Terdapat sesetengah organisasi yang tidak mahu mengambil pelajar TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY menjalani latihan praktikal di organisasi mereka. Bagaimanakah mengatasi masalah ini? 134) Apakah kriteria yang diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan belanjawan dari fakulti untuk menjalankan sesuatu aktiviti? 135) Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar yang ingin melakukan sebarang permohonan sesuatu aktiviti? 136) Adakah Dr. turut menyediakan garis panduan untuk menyediakan sesuatu kertas kerja? 137) Berapa lamakah permohonan tersebut mengambil masa untuk diluluskan? 138) Adakah Dr. orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan pengisian modul? 139) Selain Dr. siapakah yang bertanggungjawab dalam pengisian modul? 140) Pada pendapat Dr., adakah modul LDK dapat meningkatkan jati diri pelajar? 141) Pada pendapat Dr. adakah modul LDK [Latihan Dalam Kumpulan] boleh menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar? 142) Ada sebahagian pelajar menganggap modul LDK latihan dalam kumpulan ini sebagai satu bebanan. Apa pandangan Dr. ? 143) Bagaimana fasilitator-fasilitator dalam modul LDK [latihan dalam kumpulan] di pilih atau diambil? 144) Jika ada pelajar yang ingin fasilitator apakah saluran yang perlu mereka ikuti? 145) Apakah cirri-ciri yang perlu ada pada seorang pelajar untuk menjadi fasilitator? 146) Adakah pelajar yang menjadi fasilitator akan diberi sebarang elaun untuk mereka? 147) Macam yang Dr. katakana tadi pointer itu amat penting. Bagaimana jika mereka tidak mencapai pointer sehingga tiga point [perpuluhan] lima (3.5) tapi begit berminat untuk menjadi seorang fasilitator? 148) Apakah harapan Dr. terhadap semua pelajar UiTM [Universiti TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY Teknologi MARA] dan juga kepada pelajar yang bakal bergelar pelajar UiTM [Universiti Teknologi MARA]? 149) Apakah nasihat Dr. kepada semua pelajar-pelajar UiTM? 150) Nasihat Dr. untuk pelajar-pelajar yang pernah tersalah haluan? 151) UiTM sering kali memberi peluang kedua atau ketiga kepada pelajar yang berhenti dan diberhentikan. 152) Maksudnya pelajar-pelajar ini tidak akan di diskriminasi? 153) Seperti yang kita tahu fakulti Pengurusan maklumat akan mengadakan carnival yang bermula pada dua puluh tujuh Mac sehingga dua puluh lapan Mac . Boleh Dr. ceritakan apakah objektif carnival tersebut? 153) Boleh Dr. ceritakan siapakah yang menyumbangkan idea untuk mewujudkan carnival tersebut? 154) Pendapat Dr. apakah cara yang paling berkesan untuk mempromosikan fakulti pengurusan maklumat di kalangan bakal mahasiswa? 155) apakah inisiatif melalui ceramah atau mengadaka program-program di sekolah, dapat menarik minat para pelajar untuk menyertai bidang pengurusan maklumat apabila mereka memasuki Universiti nanti? 156) Pada pendapat Dr. , adakah maklumat mengenai fakulti pengurusan maklumat pada laman web ini menncukupi? 157) Apakah perkara yang Dr. suka atau tidak dalam sikap pelajar ketika berurusan dengan Dr. ? 158) Boleh Dr. ceritakan apa yang pelajar perlu faham tentang peranan sebagai timbalan dekan? 159) Pada pandangan anak-anak Dr. , Dr. bertugas sebagai apa dan adakah mereka memahami skop pekerjaan Dr. ? 160) Sepanjang Dr. bertugas sebagai pensyarah selama ini, pernahkah Dr. terfikir Dr. akan menjadi timbalan dekan pada hari ini? 161) Seperti yang kita sedia maklum, tempoh Dr. sebagai timbalan dekan akan tamat pada penghujung tahun ini. Adakah Dr. terus berminat untuk terus memegang jawatan ini sekiranya tugas Dr. sebagai timbalan dekan dilanjutkan? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY 162) Apakah perasaan Dr. sekiranya tugas Dr. sebagai timbalan dekan di sambung lagi? 163) Apakah perancangan doctor dalam kerjaya pada masa hadapan? 164) Sebagai penutup boleh doctor ceritakan pengalaman yang pernah doctor lalui sepanjang hidup untuk dikongsi bersama? TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA ORAL HISTORY TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA