EKo-ManifEsto - FGI - Transparency International Malaysia

Transcription

EKo-ManifEsto - FGI - Transparency International Malaysia
EKo-Manifesto
Eco-Manifesto
2013
Hutan,
Rakyat dan
Kelestarian
di Malaysia
Forests, People
and Sustainability
in Malaysia
Disahkan oleh / Endorsement by
sTransparency International-Malaysia (TI-M)
sBar Council (Committee on Orang Asli Rights)
sBorneo Resources Institute Malaysia Sarawak (BRIMAS)
sCentre for Orang Asli Concerns (COAC)
sEducation and Research Association for Consumers (ERA Consumers)
sEmpower
sEnvironmental Protection Society Malaysia (EPSM)
sFederation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA)
sYayasan Kajian Pembangunan Masyarakat (YKPM)
sInstitute of Foresters, Malaysia (IRIM)
sJawatan Kuasa Bertindak Wilayah dan Tanah Adat Tasik Chini
sMalaysian Association of Standards Users
sMalaysian Nature Society (MNS)
sMy Khatulistiwa
sJaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
sPersatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (KUASA)
sPertubuhan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA)
sSoutheast Asia Council for Food Security and Fair Trade (SEACON)
sTenaganita
sSociety for the Promotion of Human Rights (PROHAM)
sTreat Every Environment Special (TrEES)
sPartners of Community Organisations, Sabah (PACOS)
sPenang Consumer Protection Association (PCPA)
aFriends of Bukit Kiara
EKo - Manifesto
ECo-Manifesto
2013
Kandungan
1.0) Pengenalan
(I): Orientasi dan Rangka Kerja Tindakan
2.0) Pengisytiharan “Eko-Kecemasan Nasional
mengenai Kemusnahan dan Degradasi Hutan”
3.0) Pengikraran dan Kepimpinan oleh Ahli
ahli Parlimen, Ahli Undangan Negeri,
Ahli-ahli politik dan Pemimpin Badan-badan
Masyarakat Sivil Negara
4.0) Mengkaji Semula, Memikirkan Semula dan
Membaharui Dasar Negara: Mengurus,
Memelihara dan Membangunkan Hutan
(II): Kempen Kebangsaan untuk Hutan Kita
5.0) Aktiviti Kempen Tahunan “Rakyat untuk Hutan,
Hutan untuk Rakyat”
6.0) Kempen untuk Mempromosi dan
Memperkukuhkan Tekad Politik Negara
(III): Langkah-Langkah ke Hadapan
01
04
04
06
08
13
13
16 18
Contents
1.0) Preamble
(I): Orientation and Action Framework
2.0) Declaration of a “National Deforestation
and Forest Degradation Eco-Emergency”
3.0) Pledge and Leadership by Parliamentarians,
State Legislators, Politicians and Leaders of
National Civil Society Organisations
4.0) Review, Rethink and Reform National Policy: Manage, Conserve and Develop Forests
(II): National Campaigns for Our Forests
5.0) Annual “People for Forest, Forests for People”
Campaign Activities
6.0) Campaign to Promote and Strengthen Our
National Political Will
(III): The Way Forward
21
23
23
25
27
32
32
35 37
1.0) Pengenalan
Hutan
mempunyai hak tersendiri. Hutan melibatkan
kehidupan kita dalam pelbagai cara. Ia merupakan tempat
tinggal masyarakat Orang Asal. Ia dicintai oleh anak-anak kita. Ia
adalah suci. Ia adalah seni. Ia melegakan tekanan hidup. Ia adalah
untuk ketenangan dan meditasi. Ia menguatkan kefahaman kita
yang segalanya saling berkaitan. Ia memungkinkan kehidupan
di bandar. Ia adalah mengagumkan. Ia melindungi. Ia memberi
sumber kehidupan. Ia memampankan. Ia memupuk. Hutan
semula jadi adalah aset yang amat bernilai dari segi sosial,
budaya, ekonomi, agama dan kerohanian kepada masyarakat
tempatan, global, bandar, luarbandar dan masyarakat Orang
Asal.
Malangnya, ia juga adalah komoditi untuk menjanakan
ekonomi yang bergantung kepada penggunaan sumber asli
yang terlalu banyak, yang membawa kepada kemusnahan
dan kerosakan hutan semula jadi yang kini melanda Malaysia
dan seluruh dunia. Kemusnahan ini mengganggu kelestarian
hutan dan berada pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebimbangan mengenai hutan kita tidak terhad ke peringkat
nasional. Kini ia telah menjadi isu global. Ia adalah, dalam erti
kata, ibu kepada segala kebimbangan (mother of all concerns)
... kerana jika kita terus memusnahkan hutan kita, kita akan
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
1
menyebabkan Bumi ini tidak lagi boleh didiami oleh spesisspesis unik yang kini wujud. Adalah penting disedari bahawa
semakin ramai orang mula berpendapat bahawa keadaan ini
adalah suatu eko kecemasan global.
Kemusnahan hutan telah menyebabkan, dan akan terus
menyebabkan beberapa akibat kritikal, yang menjejaskan kita
dari segi dimensi masa dan ruang, di antara generasi dan dari segi
geografi. Akibat-akibat lain termasuk: kehilangan biodiversiti
dan kebudayaan Orang Asal, peningkatan keluasan tanah
hutan yang ditukar menjadi ladang hutan sejenis (monoculture
forest), ketidakstabilan tanah, peningkatan dalam kejadian
banjir kilat, peningkatan perubahan iklim global, kehilangan
sumber pendapatan mampan yang bergantung kepada hutan,
makin bertambah kemusnahan kawasan perumahan Orang Asal
di kawasan hutan, kehilangan pengetahuan tradisional yang
berkaitan dengan etno botani untuk perubatan, kebudayaan,
warisan, amalan hidup, upacara dan kepercayaan Orang Asal,
dan kemusnahan langsung warisan semula jadi kebangsaan
dan global. Kita menuju ke arah masa depan tanpa kewujudan
hutan semula jadi.
Di Malaysia wujud pengisytiharan untuk mengekalkan
lima puluh peratus daripada keluasan tanah sebagai hutan,
kelestarian hutan untuk generasi akan datang, dan pengiktirafan
hak tanah Orang Asal serta hutan sebagai sumber pendapatan
mereka. Pengisytiharan ini memerlukan sokongan orang ramai
untuk pembentukan Dasar Hutan Negara yang menyeluruh dan
berorientasikan tindakan. Dasar sedemikian boleh memulihkan
tren tempatan, nasional dan global lalu memberi kesan yang
positif terhadap masalah penebangan rapi dan kemusnahan
hutan semulajadi di Malaysia, yang sedang berlaku pada tahap
yang tinggi. Sehubungan dengan ini, kerajaan pusat haruslah
2
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
menyalurkan sumber kewangan untuk pembangunan negeri
untuk mengelakkan penyahutanan.
Untuk maju ke hadapan dan menyumbang secara aktif
kepada orientasi, perlindungan dan pembangunan hutan
semula jadi sebagai warisan negara, kita memerlukan beberapa
strategi tindakan, mekanisme dan juga sokongan daripada rakyat
Malaysia. Walaupun setiap rakyat diandaikan akan menyumbang
kepada perlindungan hutan kita, manifesto ini menumpukan
perhatian kepada penggubal dasar dalam kerajaan negara dan
negeri, ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli politik, badan-badan
masyarakat sivil, anggota media, dan golongan mahasiswa dan
murid-murid sekolah (dari sekolah rendah ke tahap pendidikan
tertiari). o
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
3
(I): Orientasi dan Rangka Kerja Tindakan
2.0) Pengisytiharan “EkoKecemasan Nasional mengenai
Kemusnahan dan Degradasi Hutan”
K
ehilangan kawasan hutan semulajadi boleh di sabitkan
dengan aktiviti pembalakan komersil dan pembangunan ladang
hutan mono-kultur, perladangan tanaman tunai (khususnya
kelapa sawit). Sebahagian besar daripada kawasan ladang ini
meliputi kawasan alam sekitar yang mudah termusnah, seperti
kawasan paya dan termasuk juga kawasan yang diwartakan
sebagai hutan perlindungan. Kemusnahan alam sekitar dan
ketidakadilan kepada komuniti orang asal akan berterusan
melainkan jika tren yang tidak lestari seperti berikut diperiksa:
a. Pembalakan berleluasa di hutan perlindungan dan
kawasan perhutanan;
b. Pengembangan aktiviti pembangunan tidak mampan
(pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman hutan,
perlombongan, memperkenalkan spesies bukan asli di
hutan perlindungan, akuakultur dalam hutan bakau,
dll);
c. Penukaran kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit;
d. Penebangan di kawasan permatang tanah tinggi dalam
skala besar untuk penanaman sayur-sayuran;
4
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
e. Pencerobohan penempatan masyarakat Orang Asal
untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi.
Kerana tren semasa adalah tidak mampan untuk
mengekalkan tempat tinggal dan kehidupan Orang Asal,
kebajikan generasi akan datang dan juga eko sistem hutan,
kita perlu dengan segera, mengisytiharkan Eko-Kecemasan
Nasional mengenai Kemusnahan dan Kerosakan Hutan.
Perisytiharan Kecemasan memerlukan persetujuan dan
kesedaran tentang kepentingan dan keperluannya daripada
ahli-ahli politik dan orang awam. Rangka kerja khas undangundang dan institusi di bawah Eko-Kecemasan Nasional akan
membolehkan kita untuk bertindak segera dengan cara yang
berkesan untuk menggalakkan tren dan membina warisan
semula jadi kita ke arah kestabilan ekologi di peringkat
tempatan, nasional dan global, sambil menyumbang terhadap
gerakan ekologi.
Pengisytiharan Eko-Kecemasan oleh Kerajaan Negara
memerlukan tindakan berikut dengan segera:
a. Penubuhan jawatankuasa yang melibatkan semua
pihak berkepentingan (dipimpin oleh Orang Asal).
b.Tempoh kecemasan dengan masa yang ditentukan,
petunjuk prestasi, dan masa tamat.
c.Instrumen undang-undang dan struktur keinstitusian
kebangsaan yang inovatif dan telus.
d. Komunikasi, pendidikan, strategi dan latihan untuk
penglibatan orang awam.
e.Audit dalaman dan luaran. f
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
5
3.0) Pengikraran dan Kepimpinan oleh
Ahli-ahli Parlimen, Ahli Undangan
Negeri, Ahli-ahli politik dan Pemimpin
Badan-badan Masyarakat Sivil Negara
Dalam usaha untuk mengukuhkan Eko-Kecemasan
Nasional, kita memerlukan penglibatan yang berdedikasi
daripada ahli-ahli parlimen, ahli-ahli politik dan pemimpinpemimpin daripada badan-badan masyarakat sivil. Dedikasi ini
mesti dilihat sebagai komitmen yang tulen dan penuh dengan
perasaan. Ia harus menjadi sebahagian daripada manifesto
parti-parti politik dan badan-badan masyarakat sivil dengan
tujuan membina masa depan yang lebih mampan. Hutan yang
hidup segar dan subur harus menjadi sebahagian daripada
masa depan negara kita. Harapan kita adalah untuk melihat
kumpulan ini dapat bekerjasama dan meyokong satu sama lain
dalam menjayakan ikrar tersebut.
Eko-Manifesto ini mencadangkan lima bidang ikrar:
a. Semangat Kemampanan. Kita perlu memupukkan
pemikiran dan amalan dengan semangat yang menggalakkan
kemampanan, di semua peringkat kehidupan kebangsaan
secara peribadi dan profesional. Ini akan membantu kita
untuk menaklukkan sasaran pembangunan nasional dan
tempatan yang hanya menitik beratkan kepentingan
jangka masa pendek dan mengubah proses-proses kepada
kepentingan jangka masa yang panjang dan mampan, serta
menjaga kepentingan yang tidak tertakluk kepada kawasan
geografi atau generasi kita.
b. Orang Asal. Hak Orang Asal keatas tanah kediaman turun
temurun merupakan sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.
Hak ini perlu diakui dan mereka seharusnya boleh mengakses
6
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
sumber asli dari hutan. Mereka merupakan sumber manusia
yang memiliki masa silam, kini dan masa hadapan, dimana
mereka merupakan sebahagian daripada hutan yang mereka
duduki. Mereka mempunyai hak mutlak yang perlu kerajaan
iktiraf, lindungi dan pelihara.
c. Penglibatan Orang Awam. Dalam semua perkara yang
berkaitan dengan hutan semula jadi, orang awam harus
melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan
dan proses-proses perubahan selaku mengoperasikan
amalan demokrasi. Kumpulan utama yang terlibat haruslah
orang-orang yang akan terjejas, iaitu ‘mangsa’ proses yang
berkepentingan pembangunan, bukan kumpulan pihak
luar. Semua usaha ‘permodenan’ mesti dibuat dengan
persetujuan pihak-pihak yang akan terjejas.
d. Konvensyen Global. Malaysia selaku penandatangan
kepada beberapa perjanjian dan konvensyen global yang
melindungi hutan kita, juga merupakan penandatangan
kepada konvensyen-konvesyen yang menggalakkan
demokrasi. Semua ini mesti dibangkitkan untuk kesedaran
orang awam serta dilaksanakan. Kita memerlukan petunjuk
prestasi supaya orang awam mengetahui komitmen global
kita bukan hanya di atas kertas, tetapi dipatuhi dengan
semangat yang bersungguh-sungguh.
e. “Inter-Party Eco-Platform”. Adalah penting bagi parti-parti
politik, dan badan-badan masyarakt sivil, berkerjasama demi
membangunkan hutan semula jadi kebangsaan dengan satu
suara tanpa berbelah bahagi. Suatu “platform” akan bantu
membina konsensus di peringkat kebangsaan untuk hutan
kita dan untuk demokrasi. k
Nota: Ikrar dan kepimpinan yang dinyatakan di atas seharusnya mendapat
sokongan syarikat awam tersenarai yang mempunyai aktiviti tanggungjawab
sosial korporat yang kukuh seperti yang tertera dalam laporan tahunan syarikat
tersebut.
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
7
4.0) Mengkaji Semula, Memikirkan
Semula dan Membaharui Dasar
Negara: Mengurus, Memelihara
dan Membangunkan Hutan
Tujuan
kritikal usaha ini adalah untuk mengkaji secara
komprehensif, memikirkan semula dan mereformasikan
orientasi ekonomi yang agresif dan imperialis terhadap hutan
dan sumber-sumber hutan atas nama pembangunan ekonomi
tetapi tidak prihatin terhadap kelestarian. Penekanan utama
bukan sahaja pemuliharaan hutan dan ekosistem, yang secara
langsung akan menyumbang terhadap pemeliharaan kehidupan
penduduk di hutan atau masyarakat yang bergantung kepada
hasil hutan, tetapi juga untuk mengukuhkan usaha ke arah
kelestarian hutan, pemuliharaan dan pembangunannya selaku
warisan nasional dan global, penting untuk semua rakyat
Malaysia dan juga masyarakat sedunia.
Untuk mengubah dari ketidaktentuan dan tren yang
tidak mampan di dalam orientasi negara kita kepada amalan
perhutanan dan penggunaan yang lebih stabil dan lestari,
langkah pertama adalah untuk mengkaji, memikirkan semula
dan memperbaharui dasar kebangsaan kita. Eko-manifesto ini
mencadangkan sasaran-sasaran yang tertentu, terikat dengan
masa, berorientasikan tindakan, dan disokongi oleh langkahlangkah, institusi-institusi dan sumber-sumber berkaitan untuk
memudahkan proses pengurusan hutan yang lestari dalam
rangka kerja Eko-Kecemasan dan Kemusnahan Hutan.
8
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
Berikut adalah orientasi dan sasaran yang perlu distruktur
dan dicapai secara sistematik dalam tempoh masa 5 tahun akan
datang. Ini memerlukan peranan bersama kerajaan pusat serta
kerajaan-kerajaan negeri, juga masyarakat awam dan media.
a. Satu Dasar Kebangsaan Bersepadu “Hutan Asli dan
Perhutanan Pemuliharaan”
Satu dasar bersepadu kebangsaan, dipandu oleh
semangat kemampanan, yang menggalakkan perhutanan
pemuliharaan dan pembangunan hutan semula jadi,
melalui dasar-dasar negara seperti Rancangan Fizikal
Negara, Dasar Penggunaan Tanah, Dasar Pendidikan
Negara, Dasar Komunikasi, Central Forest Spine, Dasar
Pembangunan Ekonomi dan lain-lain, menekankan
kepentingan mengekalkan hutan semulajadi untuk
kepentingan generasi masa kini dan yang akan datang,
bagi Malaysia dan sedunia. Satu komponen penting dasar
ini adalah untuk menghentikan penebangan hutan yang
berleluasa dan kemusnahannya. Kerajaan persekutuan
perlu memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri
untuk mengelakkan penebangan hutan.
b. Memeriksa semula dan membentuk semula Dasar
Penggunaan Tanah
Satu analisis dasar penggunaan tanah dari kerangka
kemampanan negara diperlukan dengan segera. Kita
perlu menghadapi dan mengambil langkah-langkah
untuk menangani masalah dinamik kuasa institusi
politik dan ancaman yang kritikal yang ditimbulkan oleh
dinamik tersebut untuk mengembali kepada ‘status quo’
dasar untuk perlindungan persekitaran hutan semula
jadi kita. Selanjutnya hendaklah dinilai semula jika hutan
perlu ditebang semata-mata untuk penggunaan tanah.
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
9
c. Pematuhan kepada Rancangan dan Dasar Negara
dan Konvensyen Antarabangsa
Semua aktiviti yang melibatkan hutan, khususnya
pembalakan yang dilakukan dalam Hutan Simpanan
Kekal (HSK) dan kawasan berhutan mestilah mematuhi
rancangan pengurusan hutan yang termaktub dan dasar
berkaitan penggunaan tanah negara (seperti Rancangan
Fizikal Negara dan Central Forest Spine) dan konvensyen
antarabangsa yang telah ditandatangani.
d. Melindungi Kawasan Alam Sekitar yang Sensitif
Memastikan tiada pembukaan hutan di kawasan yang
diklasifikasikan sebagai Kawasan Alam Sekitar yang
Sensitif tahap 1 dan 2 (seperti yang dihuraikan di bawah
Rancangan Fizikal Negara). Ini termasuk kawasan curam
melebihi 300m, kawasan tadahan air, kawasan berpaya
termasuk sungai, tasik dan hutan bakau pesisir pantai dan
kawasan yang dilindungi. (Semua pembangunan tidak
mampan yang berlaku di kawasan ini mesti dihentikan
untuk melindungi alam sekitar dan kepelbagaian
biologi termasuk melindungi kehidupan dan sumber
pendapatan manusia).
e. Majlis Perhutanan Negara
Memperkenalkan semula Majlis Perhutanan Negara.
Kuasa dan keberkesanan institusi ini perlu dikaji semula,
diubah, dan diperkukuhkan dalam mempertahankan
hutan semula jadi negara kita dan untuk menggalakkan
semangat kelestarian hutan dalam usaha-usaha negara
berhubung dengan hutan semulajadi.
10
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
f. Mendefinisikan Semula Hutan
‘Apakah hutan?’ Soalan ini menjadi semakin kritikal
dalam membentuk rancangan dan dasar-dasar nasional.
Kebimbangan dan kekeliruan dengan apa yang
dimaksudkan oleh hutan perlu dikaji semula, dengan
fokus pada definisi ke arah menghentikan kemusnahan
dan kerosakan hutan semula jadi kita.
g. Rundingan Mandatori dengan Pihak Awam
Rundingan dengan pihak awam dijadikan mandatori
di peringkat negeri dan kebangsaan bagi apa-apa jua
keputusan yang berkaitan dengan hutan kita, sama ada
ini melibatkan isu-isu berkaitan dengan dasar-dasar dan
pelan semasa atau untuk masa hadapan. Kaji semula
dan ubah Kanun Tanah Negara khususnya seksyen 4 &
seksyen 8 dengan penglibatan awam.
h. Persetujuan Berdasarkan Persetujuan Bebas, Telus
dan Ikhlas (Free, Prior and Informed Consent)
Masyarakat tempatan mestilah memberi persetujuan
mereka secara bebas, telus and ikhlas mengenai aktivitiaktiviti pembalakan berhampiran penempatan mereka,
dan bagi masyarakat Orang Asal, di atas tanah adat
mereka (tanah tradisional). Menggalakkan dan memberi
kuasa kepada komuniti tersebut untuk bertanggungjawab
menggunakan hutan mereka secara bijak, dengan
meningkatkan penglibatan mereka dalam pengurusan
hutan tersebut.
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
11
i. Spesies Bukan Asli
Hentikan ‘ladang hutan’ dalam Hutan Perlindungan
dengan spesies bukan asli dan pertanian / tanaman
tunai.
j. Pemantauan Hutan
Kita perlu merasmikan satu sistem pemantauan melalui
penglibatan orang awam yang semakin berminat (melalui
aktiviti-aktiviti seperti inisiatif ‘Forest Watch’ oleh TI-M,
pemakaian Akta Whistleblower dan berfungsi sebagai
badan-badan pengawasan bebas untuk memastikan
ketelusan dalam sistem dasar dan pentadbiran hutan).
k. Teknologi untuk Pengurusan Hutan
Pemantauan dan audit boleh diperbaikkan lagi melalui
teknologi digital. Pemodenan pengurusan akan
membawa manfaat melalui teknologi mesra alam, yang
memberi tumpuan kepada peningkatan pemantauan
dan pengukuhan keupayaan penguatkuasaan.
l. Advokasi dan Kempen Pendidikan
Penggunaan kempen advokasi dan tindakan melalui
undang-undang untuk menghentikan penukaran hutan
yang tidak berasas dan pembalakan yang tidak mapan
(termasuk pembalakan haram). Untuk mencapai kempen
advokasi yang berjaya, kempen-kempen kesedaran dan
pendidikan dalam sektor formal dan tidak formal perlu
digiatkan. a
12
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
(II): Kempen Kebangsaan untuk Hutan Kita
Seperti di atas, gabungan dan kerjasama di antara peranan
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, penubuhan persatuan
awam Negara dan organisasi media memainkan peranan
penting terhadap kempen. Kempen boleh diterajui oleh
organisasi individu atau boleh jadi usahasama antara pelbagai
organisasi. Ini akan membuka peluang dan kemungkinan untuk
membentuk platform tindakan Negara untuk mempromosi dan
memelihara hutan semulajadi negara.
5.0) Aktiviti Kempen Tahunan
“Rakyat untuk Hutan, Hutan untuk
Raykat”
a. Menganjur “Pesta Hutan Kebangsaan” - pameran hasil
hutan lestari, seni, buku, masyarakat, fotografi, festival
filem mini, pertandingan kebudayaan, dan penganjuran
aktiviti lain untuk mempromosi dan memupuk
semangat cinta terhadap hutan dan keperluan untuk
melindunginya.
b. Merancang aktiviti kesedaran awam sebagai fungsi tetap
kerajaan dan pihak penguatkuasa tempatan, semua
parti politik, organisasi media, institusi pendidikan, dan
badan masyarakat sivil.
c. Mendidik kanak-kanak dan remaja untuk memupukkan
cinta terhadap hutan dan segala manfaat darinya untuk
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
13
kehidupan kita, untuk menimba ilmu dan masa depan
kita, di peringkat formal dan juga tidak formal. Ia juga
harus memberi fokus dan kesedaran kepada perubahan
gaya hidup yang dapat menghapuskan mentaliti bahawa
hutan itu hanya merupakan suatu komoditi.
d. Menggalakkan penglibatan aktif masyarakat tempatan
dalam pengawasan hutan (contohnya mengawasi
kawasan terancam) untuk dilapor.
e. Menetapkan usaha pemulihan hutan yang sesuai untuk
tindakan awam.
f. Memulakan dan mempromosikan kempen tandatangan
melalui internet mengenai isu-isu hutan yang kritikal dan
penyebaran maklumat melalui media sosial.
g. Menghormati dan mempromosi hak-hak Orang Asal ke
atas tanah dan sumbernya. Memastikan penglibatan
Orang Asal di dalam pengurusan sumber hutan di tanah
mereka sendiri.
h. Mewujudkan peluang untuk wanita di dalam bidang
perhutanan lestari dan aktiviti yang berkaitan dengan
perhutanan.
i. Memulakan “Universiti Hutan” yang diuruskan oleh
orang-orang berpengetahuan di dalam masyarakat
orang asal untuk pelajar-pelajar dari luar kawasan hutan.
j. Mewujudkan “Bulan Media” untuk menggalakkan dan
menyokong komitmen organisasi media cetak dan
televisyen dari segi menggalakkan aktiviti media yang
berkaitan dengan hutan.
14
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
k. Menggalakkan kerjasama masyarakat sivil dengan pihak
berkuasa kerajaan dan sektor korporat sosial berorientasikan
masyarakat untuk menyokong usaha perancangan
pembangunan, pemuliharaan dan pengurusan hutan.
l. Menggalakkan penekanan yang lebih besar kepada
perusahaan sosial yang mengambil pendekatan yang lebih
serius penggunaan piawai laporan “triple bottom line”
untuk mengurangkan penggunaan karbon dan sumber
asli mereka.
m. Membina rangkaian serantau dan global untuk mengukuhkan
pergerakan cintai hutan meliputi aspek sosial, budaya,
ekonomi, keagamaan dan kerohanian. Menggalakkan
perantaraan dan perjumpaan serantau.
n. Kerajaan memberi sokongan dan membiayai kempen
kesedaran dan tindakan oleh kumpulan-kumpulan alam
sekitar. d
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
15
6.0) Kempen untuk Mempromosi
dan Memperkukuhkan Tekad
Politik Negara
a. Menilai Tekad Politik: Menilai semula tekad politik
negara dan institusi-institusi politik sokongan berhubung
kemusnahan dan degradasi hutan semula jadi. Suatu
“Indeks Tekad Politik” perlu diwujudkan.
b. Indeks Prestasi Urustadbir Hutan: Laporan secara
berkala mengenai prestasi urustadbir negara berhubung
hutan semula jadi kita khususnya mengenai tren
kemusnahan dan degradasi hutan semula jadi.
c. Amaran Melalui Media: Memberi peringatan dan
publisiti mengenai kesalahan serius (merujuk kriteria
yang spesifik) berkaitan pemusnahan hutan kita. Amaran
ini juga perlu meliputi ahli-ahli Parlimen / ahli-ahli
politik yang mempunyai rekod tidak memberi perhatian
kepada isu-isu berkaitan dengan pemusnahan hutan
kita di kawasan mereka.
d. Mengharamkan Penggunaan Racun: Mengamalkan
pengharaman mutlak pada penggunaan racun perosak
dan bahan-bahan toksik dalam bidang perhutanan.
Menganjurkan kempen publisiti media atas kes-kes
ketidakpatuhan.
16
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
e. Penguatkuasaan yang boleh Diukur: Menggubal cara
untuk mengukuhkan penguatkuasaan melalui tindakan
komuniti, tindakan berkait dengan undang-undang dan
kempen publisiti menggunakan media - penguatkuasaan
diukur pada perlindungan alam sekitar dalam hal-hal
yang berhubungan dengan hutan semulajadi negara
kita.
f. EIA oleh pihak yang bebas: Penglibatan agensi EIA
daripada pihak yang bebas untuk memantapkan
langkah-langkah pemuliharaan hutan semasa.
g. Pemantauan dan Penilaian yang Komprehensif:
Menjalankan penilaian menyeluruh yang berorientasikan
hasil untuk menepati keperluan pemulihan hutan
dengan
mengutamakan kawasan-kawasan
yang
memerlukannya.
h. Perkhidmatan
Pemuliharaan
Hutan:
aktiviti
pemuliharaan hutan dengan menggalakkan penggunaan
buruh tempatan, dan penglibatan organisasi-organisasi
masyarakat tempatan (terutamanya warga pilihan
raya) dan pelajar-pelajar dibawah tajuk “perkhidmatan
pemuliharaan hutan”.
i. Rangkaian Antarabangsa dan Bantuan: Dapatkan
bantuan antarabangsa di bawah pembiayaan REDD+
untuk kerja pemuliharaan hutan di seluruh negara. b
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
17
(III): Langkah-Langkah ke Hadapan
Hutan
semula jadi adalah warisan negara kita. Semua
penghuni hutan mempunyai hak yang mesti diiktiraf dan
tindakan sewajarnya perlu di ambil. Kita perlu prihatin
terhadap senario masa depan mengenai kepentingan hutan.
Ini bermaksud (i) memahami situasi semasa, (ii) menghentikan
tren kemusnahan dan kerosakan hutan dan (iii) memelihara
kelestarian hutan. Ia juga bermakna, kita perlu memikirkan
semula strategi pembangunan ekonomi kita, mengkaji semula
mentaliti menganggap ‘hutan hanya sebagai komoditi’ dan
menilai semula gaya hidup kita yang telah mengakibatkan
hutan menjadi mangsa kepada kehendak dan ketamakkan kita.
Sebagai sebuah negara, untuk menjayakan ikrar ini, kita
perlu mempunyai rangka kerja urus tadbir yang aktif, mampan
dan telus. Kita juga perlu mengiktiraf kepentingan hutan kita
tanpa mengira sempadan. Ini bukan sahaja memerlukan
“kesedaran planet” malah juga “kewarganegaraan ekologi”
(yang merupakan asas kepada masyarakat lestari).
Tekad politik merupakan asas kepada semua ini dan kita
tidak boleh berkompromi dalam menjaga dan memelihara
hutan kita, kerana ia bukan sahaja untuk generasi kita, tetapi
juga untuk masa depan anak-anak kita yang akan membentuk
masa depan negara, bukan sahaja bagi Malaysia tetapi juga
untuk seluruh dunia. x
18
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
ECo-Manifesto
2013
Forests,
People and
Sustainability
in Malaysia
1.0) Preamble
F
orests have inalienable rights. Forests engage us in many
ways. It is the home of many indigenous communities. It is the
love of our children. It is sacred. It is art. It is a stress-reliever.
It is silence and meditation. It strengthens our sense of interconnectedness and inter-dependence. It makes life possible
in urban areas. It is awe-inspiring. It protects. It provides. It
sustains. It nurtures. Any natural forest is a valuable social,
cultural, economic, religious and spiritual asset to local and
global, urban, rural and indigenous communities.
Unfortunately, it is also just another commodity for a
resource-hungry, resource-heavy human economy, which has
led to the current levels of deforestation and degradation of
natural forests in Malaysia and the world. This has reached an
alarming stage of unsustainability. The concern for our forests
is no more national. Today it is certainly a trans-boundary,
planetary concern. It is, in a sense, mother of all concerns…for if
we destroy our forests, we will make Mother Earth uninhabitable
to all the unique species that populate it. It is important and
urgent to recognise that more and more people are beginning
to view it as a global eco-emergency.
Deforestation has led, and continues to lead, to a number
of critical consequences, both in and across time and space,
affecting us both geographically and inter-generationally.
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
21
There is mounting loss of biodiversity and indigenous cultures,
increasing replacement of natural forest with ‘monoculture,
cash-crop forests’, increase in water-soil instability, growing
incidents of flash floods, intensification of global climate
change, disappearance of forest-based sustainable livelihoods,
growing destruction of forest homes of indigenous people, loss
of traditional knowledge pertaining to herbs with preventivecurative pharmaceutical import, and ethno botanical (medicinal
plants) knowledge, culture, heritage, customs, rituals and beliefs
of the Orang Asal, and irreversible destruction of national and
global natural heritage. We are on the way to creating a future
without natural forests.
In Malaysia, there is a declared aim of maintaining fifty
percent of land area under forest, forest sustainability for
posterity, and recognition of land rights of Orang Asal and the
indigenous peoples of Sabah and Sarawak and their livelihood
from the forest. This declared aim urgently needs public support
for an action-oriented comprehensive National Forest Policy.
Such a policy can reverse the local, national and global trend
and impact of the high level of deforestation and degradation of
natural forests in Malaysia. Therefore, the federal government
has to provide revenue for development in the various states to
avoid deforestation.
To move ahead to actively contribute to the orientation,
protection and development of our natural forests as national
heritage, we need a number of action strategies, tools and the
Malaysian people. While all citizens are expected to participate
to protect and nurture their forests, the Manifesto directs
its attention to policy makers in the national government, to
parliamentarians and politicians, to national civil society groups,
media personnel, and to students (from the primary to the
tertiary educational levels). o
22
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
(I): Orientation and Action Framework
2.0) Declaration of a “National
Deforestation and Forest
Degradation Eco-Emergency”
The massive losses of natural forest areas in Malaysia is
largely attributed to commercial logging and the development
of mono-culture, cash-crop plantations (to be specific oil
palm). These plantations mostly cover the environmentally
fragile wetlands and include to an extent protection forests.
Ecological destruction and injustice to forest communities and
future generations may likely continue in the future unless the
following unsustainable trends are checked:
a. Widespread logging in our natural forest reserves and
forested areas;
b. Expansion of unsustainable development activities (road
construction to deep forest areas, mining, introduction
of non-native species within forest reserves, aquaculture
within mangrove forests, etc);
c. Conversion of peat forests to oil palm;
d. Large scale clearing of highland ridges for vegetable
farming; and
e.Invasion of settlements of all Malaysian indigenous
communities (Orang Asli and others) to meet economic
development needs.
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
23
Because many ill-conceived economic development
plans/strategies/activities contribute to a growing number of
unsustainable trends, it is untenable for sustaining the home and
livelihoods of the indigenous people of Malaysia, the welfare
of future generations of Malaysians, and our forest ecosystem.
Therefore, there is an urgent need to declare a National
Deforestation and Forest Degradation Eco-Emergency.
The declaration of an Emergency requires a heightened
and urgent sense of political and public purpose. The special
legal and institutional framework under the National EcoEmergency will allow us to work immediately and effectively
towards reversing the trend and building our natural heritage
as a significant contribution to ecological stability at local,
national and global levels. It will also be a critical support for
the ecological movement.
The declaration of the Eco-Emergency by the Federal
Government immediately requires:
a. Constitution of an all stake-holders committee (led by
an indigenous leader).
b. Emergency period with definite time frame, performance
indicators and termination.
c.Innovative and transparent national legal instruments
and institutional structures.
d. Communication, educational and people participation
strategies and exercises.
e.Internal and external audit. f
24
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
3.0) Pledge and Leadership by
Parliamentarians, State Legislators,
Politicians and Leaders of National
Civil Society Organisations
I
n the effort to strengthen the National Eco-Emergency,
the complete dedicated involvement of our parliamentarians,
politicians and leaders of national civil society organisations is
needed. This dedication must be heard as commitment and
seen as passionate action. It should be part of the manifestoes of
political parties and civil society organisations and their proposed
commitment to build a more sustainable future. Living, vibrant
natural forests must be part of our national future. It will be
good to witness all these national groupings mutually work and
support each other in taking and implementing the pledge.
The Manifesto proposes five pledge areas:
a. Spirit of Sustainability. We need a sustainability nonsectarian mindset, framework and practice at all levels
of our personal, professional and national life. This will
go a long way to ensure we will subordinate shortsighted
national and local development targets and change
processes to long-term concerns of sustainability, here
and now, and across geographies and generations.
b. Indigenous People. The rights of indigenous people
and Orang Asal to their ancestral land is a pre-existing
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
25
right that cannot be extinguished and that must be
recognized and access to natural resources guaranteed.
They are a people with a past, present and future, in
which they are an integral part of the forest they live
in. They have unalienable rights, which governments
should recognise, protect and nurture.
c. People Participation. In all matters relating to the
natural forests, people should be actively involved in
decision-making and change processes as critical to
operationalising the practice of democracy. The first
group of people to be involved should be those who
will be affected, the ‘victims’ of a development change,
particularly not a group of external stakeholders. All
efforts to ‘modernise’ must be made in the terms of the
people who will be affected.
d. Global Conventions. Malaysia is a signatory to a number
of global treaties and conventions that protect our
forests. It is also a signatory to those conventions that
promote democracy. All these must be raised to popular
consciousness and implemented. We need performance
indicators for people to know that we are pursuing this
global commitment in spirit and letter.
e. Inter-Party Eco-Platform. It will be an important step
for political parties, and supporting national civil society
organisations, to come together for our national, natural
forests with a single non-sectarian voice. A platform will
help build a national consensus for our forests and for
democracy. k
Note: The pledge and leadership mentioned above should also be supported by
public listed companies that are strong in their CSR activities and reflected in their
annual reports.
26
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
4.0) Review, Rethink and Reform
National Policy: Manage, Conserve
and Develop Forests
The
critical purpose of this endeavour will be to
comprehensively review, rethink and reform the aggressive
and imperialistic economic orientation to forests and their
resources in the name of economic or national development
that is blind to sustainability. The primary emphasis will be not
only the democratic conservation of the forest and its ecosystem
that directly contributes to securing the home and livelihood
of forest inhabitants or forest dependent communities but also
the strengthening of sustainable engagement with the forest, its
conservation and development as national and global heritage,
important to all Malaysians and peoples of the world.
The first step at transforming from the present uncertainties
and unsustainable trends in our national orientation and
practice to forestry and land use to a more stable, democratic
and sustainable state of forest development, conservation and
management is to review, rethink and reform our national
policies. This Eco-Manifesto therefore proposes a set of clear
target-driven, time-bound, action-oriented, and institutionand-resources supported measures to facilitate the process of
sustainable and democratic forest development, conservation
and management within the National Deforestation and Forest
Degradation Eco-Emergency framework.
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
27
The following constitutes orientation and targets that must
be structured and systematically achieved in the next 5 years.
In this, the combined and collaborative roles of the national
government, state governments, national civil society formations
and media organisations are crucial.
a. Integrated National Policy on “Natural Forest and
Conservation Forestry”
An integrated national policy, guided by the spirit of
sustainability, that encourages conservation forestry
and natural forest development, to prevail through
national policies such as the National Physical Plan,
Land Use Policy, National Education Policy, National
Communication Policy, the Central Forest Spine, and
Economic Development Policies etc., emphasising the
importance of sustaining natural forests for all of us
today and for posterity, for Malaysia and the for the
world. A critical component of this policy is stopping the
present rampant deforestation and forest degradation.
The federal government has to provide revenue for State
development to avoid deforestation in the States.
b. Re-examining and Re-forming Land Use Policy
An analysis of the land use policy from a national
sustainability framework is urgently needed. We need
to face and take steps to deal with the institutionalpolitical power dynamics and the critical threat this
pose to bring about changes in the policy status quo
for the protection of our natural forest environment.
There is need for the reassessment of the necessity for
further deforestation for land use change.
28
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
c. Compliance to National Plans and Policies and
International Conventions
All interventions involving and affecting the forests,
in particular all forest clearing and logging to be
done within the Permanent Forest Reserve (PFR) and
Standard Forests, must be in compliance with spatial
plans and land use policies of the country (such as the
National Physical Plan and Central Forest Spine master
plan) and international conventions we are party to.
d. Protecting Environment Sensitive Areas
National forests classified as Environmentally Sensitive
Areas Rank 1 and 2 (as described under the National
Physical Plan) should not be cleared. These areas
include the steep land areas above 300m, water
catchment areas, wetland areas including rivers, lakes
and coastal mangrove forests and protected areas.
All unsustainable developments taking place in these
areas must be stopped or removed to safeguard the
environment and the country’s rich biological diversity,
including protecting human life and livelihood.
e. National Forestry Council
Re-introduce National Forestry Council. The authority
and effectiveness of this institution needs to be
reviewed, reformed, and strengthened in defence of
our national natural forests and for promoting the spirit
of sustainability in our national endeavours in relation
to natural forests.
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
29
f. Redefinition of Forest
The ‘what is a forest?’ question is becoming more and
more critical in shaping our national plans and policies.
The concerns and queries of what constitutes a forest
have to be revisited, with the focus on redefinition
targeting the halting of deforestation and degradation
of our natural forests.
g. Mandatory Public Consultation
Mandatory public consultation at state and national
levels for anything related to our forests, whether this
involves issues concerning present policies and plans
or ones that may develop in the future. Review and
change the National Land Code particularly section 4 &
section 8 to include public participation.
h. Free, Prior Informed Consent
Local communities must give their free, prior and
informed consent to clearing and logging activities
near their settlements, and in the case of indigenous
communities, on their tanah adat (traditional land).
Encourage and promote the empowerment of such
communities to take responsibility for using their forest
wisely, through increased participation of stakeholders
in the management of said forests.
i. Non-Native Species
Stop ‘forest plantation’ in Permanent Forest Reserves
with non-native species and agriculture/cash crops.
30
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
j. Forest Watch Initiatives
We need to nationally formalise an independent system
of checks and balances through the participation of an
increasingly concerned public (in such activities as TI-M’s
Forest Watch initiative, utilisation of the Whistleblower
facilities and functioning of independent oversight
bodies) to ensure transparency in forest policy systems
and administration.
k. Technology for Forestry Management
Monitoring and audit can be vastly improved by digital
technologies. Modernising forestry management will
immensely benefit through environmentally sound
technologies, which focus on improving monitoring
and strengthening enforcement capabilities.
l. Advocacy and Educational Campaigns
Advocacy campaigns and legal actions to halt unjustified
forest conversion and unsustainable logging (including
illegal logging). To achieve a successful advocacy
campaign, there is need for intensifying awareness
and educational campaigns in the formal and informal
sectors. a
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
31
(II): National Campaigns for Our Forests
As
above, the combined and collaborative roles of
the national government, state governments, national civil
society formations and media organisations are crucial for the
campaigns. The ownership of campaigns can be taken up by
individual organisations or can be a collaborative effort. This
opens a range of opportunities and possibilities for building
national action platforms to promote and nurture our natural
forests.
5.0) Annual “People for Forest,
Forests for People” Campaign
Activities
a. Organising “National Forest Festivals” – exhibition of
sustainable forest produce, art, books, communities,
photographic exhibitions, mini-film festivals, cultural
competitions, etc. for promoting the love for forests and
the need to protect and nurture them.
b. Setting up organised public awareness activities on forests
as a regular function of national and local governments,
all political parties, media organisations educational
institutions, and civil society formations.
c. Educating children and youth to inculcate the love for forest
and all it offers to our survival, our learning and our
future, both at formal and informal levels. It must also
32
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
be directed at lifestyle changes that increasingly exclude
the forest as commodity mentality.
d. Encouraging active and guided local community
involvement in forest surveillance (e.g. threatened sites)
i.e. monitoring and reporting.
e.Actively prescribing forest restoration efforts appropriate
for public action.
f.Initiating and promoting online signature campaigns on
critical forest issues and information dissemination through
social media.
g. Respecting and promoting rights of indigenous peoples
over their land and its resources. Ensuring participation
of indigenous people in managing forest resources in
their own land.
h. Creating opportunities for women in sustainable forestry
and forestry-related activities.
i. Initiating “Forest Universities” managed by elders of
indigenous and forest communities to outside learners
of specific forest sites.
j. Creating a “Media Month” that encourages and supports
print and television media organisations commitment to
forests in terms of media related activities.
k. Encouraging civil society alliance with government authorities
and the socially-oriented corporate sector in support of
forest development, conservation and management
planning efforts.
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
33
l. Promote a greater emphasis on social enterprises which
take the triple bottom line reporting standards more
seriously and reduce their overall carbon and resource
use footprint.
m. Building regional and global networks to strengthen the
love for the forest movement covering the social, cultural,
economic, religious and spiritual aspects. Encourage
regional exchanges and gatherings.
n. Government to support, endorse and fund public
awareness and action campaigns by environmental
groups. d
34
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
6.0) Campaign to Promote and
Strengthen Our National Political
Will
a. Political Will: Re-assess our national political will,
and political institutions supporting it, in relation to
deforestation and natural forest degradation. We need
to work out a “Political Will Index”.
b. Forest Governance Performance Index: Regular release
of national governance performance in relation to our
natural forests and in particular to the deforestation and
natural forest degradation trends.
c. Media Alerts: Regular institutionally-supported and
mandated alerts and publicity of the ‘worst offenders’
(in relation to definite criteria) in destroying our forests.
The alerts should also cover those MPs/politicians who
have a track record of not attending to destruction of
our forests in their constituencies.
d. Ban of Poisons: Adopt an absolute ban on the use of
pesticides and toxic substances in forestry. Hold media
publicity campaigns for non-compliance.
e. Measurable Enforcement: Ways to strengthen –
community action, legal redressal and media publicity
campaigns – measurable enforcement on environmental
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
35
protection in matters relating to our national and natural
forests.
f. Independent Environmental Impact Assessment
(EIA): Involvement of independent EIA agencies to
complement current forest conservation measures.
g. Monitoring and Comprehensive Assessment: Carry
out a results-oriented comprehensive assessment of
forest restoration needs and nationally prioritising their
localities.
h. Forest Rehabilitation Service: Forest rehabilitation
activities by encouraging greater employment of local
labour, organised community (especially citizens of a
constituency) participation and student involvement as
“forest rehabilitation service”.
i. International Network and Assistance: Obtain
international assistance under REDD+ funding for
nationwide forest rehabilitation work. b
36
Eco-Manifesto 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
(III): The Way Forward
O
ur natural forests are our national heritage. And our
forests and all its habitants have rights. We must recognise this
and act accordingly. We need to conceive future scenarios where
the forests are essential components. It all means (i) first taking
stock of the situation, (ii) arresting deforestation and forest
degradation trends and (iii) nurturing the forests. It also means
rethinking our economic development strategy, reviewing our
short-sighted ‘forest as commodity’ mentality and reassessing
of our lifestyles that have made the forest a victim of our wants
and greed.
As a nation, to make all these happen, we need to have an
active sustainable and transparent governance framework. We
must also recognise the importance of our forests beyond our
borders. Not only does this call for “planetary conciousness”
but also for “ecological citizenship” (the basis of a sustainable
society).
At the root of these is our political will. It must be
uncompromising when it comes to protecting and nurturing our
natural forests, not only for those of us here today but also for
our children who will shape our future, not only for those in
Malaysia but also for the people of the world. x
Eco-ManifestO 2013
Forests, People and Sustainability in Malaysia
37
Transparency International – Malaysia
Forest Governance and Integrity Project
23, Jalan Pantai, 9/7, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
• Tel: 603 7960 6630 • Fax: 603 7960 8690
• e-mail: ti-malaysia@transparency.org.my
• www.transparency.org.my • www.timalaysia-forestwatch.org.my