Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)
Transcription
Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)
TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4) Penggal 3 Tahun 2014 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. __________________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 33 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2014 1 TERHAD TERHAD Kandungan Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif Penilaian 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 3–4 3.0 Pelaksanaan Kajian Luar 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Calon 4–7 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 7 – 10 5.0 Langkah Menjalankan Kajian Luar 6.0 Kaedah Kajian 12 7.0 Peralatan dan Kegunaannya 12 8.0 Format Penulisan 12 – 13 9.0 Struktur Penulisan 13 – 14 10 – 11 10.0 Penskoran 15 11.0 Skop Kajian Luar 11.1 Alam Sekitar Fizikal 11.2 Alam Sekitar Manusia 16 – 20 Lampiran 21 – 26 BAHAGIAN II : CALON 12.0 Tanggungjawab Calon 27 – 28 13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 27 – 28 14.0 Format Penulisan 28 – 30 15.0 Struktur Penulisan 30 – 31 16.0 Soalan Kerja Kursus (Kajian Luar) 32 – 33 2 TERHAD TERHAD BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi. Kajian luar ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). 2.0 Objektif Penilaian Kajian luar ini dilaksanakan untuk menilai keupayaan calon dalam kemahiran berikut. 2.1 Kemahiran kognitif, 2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan sebaliknya serta mencadangkan langkah untuk mengatasinya dalam konteks setempat, 2.1.2 menjelaskan pelbagai bentuk, pola, dan proses dalam alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia serta faktor yang mempengaruhinya, 2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar di lapangan, dan 2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan sebaliknya. 2.2 Kemahiran manipulatif, 2.2.1 mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer, 2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer di lapangan, 2.2.3 mengumpul, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuat turun bahan daripada sumber Internet, 2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menganalisis data dan maklumat yang diperoleh, dan 2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh dari lapangan ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi menganalisis dan mempersembahkan data. menjadual, dan 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills), 2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan, 2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan, 2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yang dilaksanakan secara berkumpulan, 3 TERHAD TERHAD 2.3.4 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan, 2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah, 2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif, 2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik, 2.3.8 menyedari dan menghargai tentang kepentingan alam sekitar, 2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika, dan 2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi. 3.0 Pelaksanaan Kajian Luar 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Kertas kerja kursus (kajian luar) Geografi wajib diambil oleh semua calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan 3.1.2 Kertas kerja kursus (kajian luar) Geografi hendaklah dibuat dalam Penggal 3 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah 3.2.2 Memastikan Ahli Jawatan Kuasa Kerja Kursus Sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Geografi 3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kajian luar calon telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan 3.2.5 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon 3.2.6 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kajian luar dipenuhi 3.3 Tanggungjawab Guru Geografi 3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) memahami skop tugasan dan merancang (b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan (c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 4 TERHAD TERHAD 3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti kajian luar semasa di lapangan, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti kajian luar 3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi secara individu 3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0/13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi 3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Geografi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus (kajian luar) hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertas Geografi STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kajian luar) 5 TERHAD TERHAD 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kajian luar) calon 3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus (kajian luar) Geografi calon 3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.22 Menilai pembentangan calon dan memberi markah secara individu serta mengisi Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi (Lampiran 4) 3.3.23 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kajian luar) Geografi bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 5) 3.3.24 Memasukkan markah kerja kursus (kajian luar) calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan menghantar markah kerja kursus (kajian luar) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4 3.3.25 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kajian luar) calon bersama dengan seorang lagi guru Geografi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan ketika memasukkan markah calon 3.3.26 Menghantar semua salinan (hardcopy) BMKKC ke MPM 3.3.27 Memastikan kerja kursus (kajian luar) Geografi, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Calon 3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kajian luar) 3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan 3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan 3.4.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu 3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu; (a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, (b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan (c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.4.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kajian luar 6 TERHAD TERHAD 3.4.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat 3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kajian luar) 3.4.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar) calon 3.4.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4 3.4.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 3.4.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.4.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.4.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kajian luar) 3.4.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh MPM 4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus (kajian luar) Geografi adalah seperti berikut: 7 TERHAD TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon MPM memuat 12 Mei naik bahan berikut hingga 10 Jun 2014 dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 12 Mei 2014: i. Manual Kerja Kursus yang mengandungi Bahagian I: Guru, Bahagian II : Calon ii. Soalan tugasan iii. Kriteria penilaian dan pemarkahan Mesyuarat penyelarasan peringkat negeri antara PN dengan PD dan seterusnya mesyuarat penyelarasan peringkat daerah antara PD dengan guru-guru (bermula 12 Mei 2014) Memuat turun manual kerja kursus berserta kriteria penilaian dan pemarkahan Memberi taklimat tugasan kepada calon Memilih soalan dan menetapkan lokasi kajian Merancang jadual kerja Membuat tinjauan awal lokasi Memohon kebenaran lawatan/kajian luar daripada JPN (jika perlu) Menerima soalan tugasan Memahami skop tugasan kajian luar Persiapan sebelum 16 Jun ke lapangan hingga 20 Jun 2014 Menyediakan suratmenyurat Menghubungi agensi yang berkaitan Mengagihkan calon mengikut kumpulan Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring Menyediakan peralatan dan instrumen kajian Mengurus sumber kewangan Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah yang dinilai Menilai kemahiran insaniah Mendapatkan sumber kewangan Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan Menyediakan kerangka tugasan Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder 8 TERHAD TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon Perlaksanaan 23 Jun kajian di lapangan hingga 4 Julai 2014 Membimbing calon melaksanakan aktiviti di lapangan Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Penulisan kajian 7 Julai setelah kembali hingga 4 Ogos 2014 dari lapangan Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan kajian Membimbing calon menulis penulisan kajian luar mengikut format yang ditetapkan Menilai progres/kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan Menetapkan tarikh akhir penghantaran laporan kajian luar mengikut arahan MPM Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar 9 TERHAD TERHAD Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tarikh Tindakan Penyelaras/Guru 5 Ogos hingga 23 September 2014 Penilaian laporan kajian luar Pembentangan berkumpulan hasil kajian luar oleh semua calon 24 September hingga 24 Oktober 2014 Penyemakan silang markah kerja kursus Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus ke MPM melalui perisian e-submission Penghantaran salinan (hardcopy) setiap borang markah kerja kursus calon (BMKKC) ke MPM September 2015 5.0 Tindakan Calon Menerima penulisan kajian luar daripada setiap calon Membuat penilaian dan pemarkahan bagi setiap calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Menilai kebolehan dan keupayaan setiap calon dalam kemahiran yang diperlukan Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan) Menghantar penulisan kajian luar masingmasing kepada guru Membentangkan hasil kajian luar secara berkumpulan Tidak berkenaan Tidak berkenaan Langkah menjalankan kajian luar 5.1 MPM memberikan dua soalan tugasan berdasarkan sukatan pelajaran Geografi STPM (rujuk para 11.1 dan 11.2). Guru dan calon perlu berbincang untuk memilih hanya satu soalan tugasan sahaja. 5.2 Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Hanya satu kawasan kajian sahaja diperlukan bagi setiap soalan. Pada amnya, kawasan kajian yang dipilih mengandungi gabungan perkara yang berikut: 5.2.1 Berskala mikro 5.2.2 Unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia 5.3 Pemilihan lokasi kajian luar hendaklah mengambil kira jarak dari sekolah kerana ini akan melibatkan kos pengangkutan dan masa perjalanan. Sebaik-baiknya perjalanan pergi dan balik dari lokasi kajian itu tidak memakan masa lebih daripada dua jam. Dengan itu, calon akan mempunyai masa sekurang-kurangnya enam jam berada di lapangan untuk melaksanakan kajian luar. 5.4 Semasa melaksanakan kajian luar, calon dibahagikan kepada kumpulan kecil (4–5 orang) untuk memudahkan mereka menjalankan kajian, dan memudahkan guru mengawasi serta menjaga keselamatan mereka. 10 TERHAD TERHAD 5.5 Sebelum ke lapangan, guru membuat persiapan awal seperti berikut: 5.5.1 Menentukan lokasi kajian dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengan soalan tugasan 5.5.2 Menentukan kumpulan calon 5.5.3 Menguruskan surat-menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran dari sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 5.5.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi 5.5.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring 5.5.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal selidik 5.5.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian 5.6 Semasa di lapangan, calon menjalankan pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang telah dipilih (calon mesti mendapatkan data primer dalam melaksanakan tugasan kajian luar). 5.7 Sekembali dari lapangan, calon melaksanakan tugasan berikut: 5.7.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang telah dipilih 5.7.2 Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh 5.7.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai 5.7.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah 5.7.5 Menyiapkan penulisan kajian mengikut format yang ditetapkan oleh MPM 5.7.6 Membuat kesimpulan daripada hasil kajian dalam pembentangan 5.7.7 Membentangkan hasil kajian masing-masing. Tempoh pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 20 minit bagi setiap kumpulan 5.7.8 Penggunaan TMK dalam pembentangan adalah digalakkan 11 TERHAD TERHAD 6.0 Kaedah kajian 6.1 Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder 6.2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik 6.3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet 7.0 Peralatan dan kegunaannya Bagi menjalankan kajian luar, peralatan/bahan berikut boleh digunakan 7.1 Peta topografi digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakar sesuatu kawasan kajian 7.2 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian 7.3 Pancang jajar digunakan untuk menjajarkan sesuatu pengukuran linear semasa mengukur profil, dan sekiranya yang diukur ialah profil pantai, pancang jajar ini boleh juga digunakan untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya 7.4 Pita ukur digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak 7.5 Kompas prismatik digunakan untuk menentukan arah 7.6 Alat GPS (Global Positioning System) digunakan untuk menentukan letakan, ketinggian, dan arah 7.7 Higrometer putar dan air suling digunakan untuk merekodkan suhu kering dan suhu basah dan mengira kelembapan bandingan 7.8 Termometer Sixes, tolok hujan, anemometer, dan barometer digunakan untuk mengukur unsur cuaca 7.9 Alat pengukur kecerunan (Alat Aras Abney, Klinometer, dan Teodolit digunakan untuk merekodkan kecerunan dan ketinggian sesuatu poin yang diukur) 7.10 Kamera digunakan untuk merakam gambar foto sebagai bukti tempat itu dan bahan sokongan kajian 7.11 Alat perakam suara 8.0 Format Penulisan 8.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan 8.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian luar mengikut format berikut: 8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 8.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja 8.2.3 Langkau (spacing): 1.5 12 TERHAD TERHAD 8.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten. Contoh: 2.0 Objektif kajian 2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji 8.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 8.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah. Contohnya, i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..." ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..." 8.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan penyataan lokaliti 8.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut: 8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 8.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi (Lampiran 4) 8.5.5 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 5) 8.5.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 8.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 9.0 Struktur Penulisan Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 9.1 Isi kandungan 9.2 Penghargaan 9.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan 9.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan 9.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian 9.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta 13 TERHAD TERHAD 9.7 Hasil kajian dan perbincangan – Huraian tentang dapatan kajian yang telah dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta 9.8 Kesimpulan – Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan 9.9 Senarai rujukan 9.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut: Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat. Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2015. Tanjung Malim: MDTM. 9.9.3 Rujukan internet seperti contoh berikut: Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13 http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999]. Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation. http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000]. 9.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut: Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New Straits Times, 21 February: 20. Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang). 9.10 Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks 14 TERHAD TERHAD 10.0 Penskoran Bil. Markah penuh Peratus (%) 1. Pengenalan 1 2 2. Objektif kajian 1 2 3. Lokasi kawasan kajian 5 10 4. Kaedah kajian 1 2 5. Hasil kajian dan perbincangan 26 52 6. Kesimpulan kajian 1 2 7. Senarai rujukan 1 2 8. Lampiran 1 2 Jumlah Markah 37 74 B Pembentangan 5 10 C Kemahiran manipulatif 3 6 D Kemahiran insaniah 5 10 Jumlah Markah 13 26 Jumlah Besar 50 100 A Item Penilaian Penulisan 15 TERHAD TERHAD 11.0 Skop Kajian Luar 11.1 Alam Sekitar Fizikal Kajian luar alam sekitar fizikal dikhususkan kepada empat tajuk yang berikut: (a) Sistem geomorfologi (b) Sistem atmosfera (c) Sistem hidrologi (d) Sistem ekologi 11.1.1 Kajian luar sistem geomorfologi boleh dilakukan di salah satu kawasan berikut: (i) Lembah sungai (ii) Cerun (iii) Pinggir pantai (iv) Tanah tinggi (v) Tanah pamah Tumpuan kajian bagi setiap sistem geomorfologi yang dipilih adalah seperti berikut: (i) Proses geomorfologi (ii) Faktor yang mempengaruhi (iii) Kepentingan kepada pembentukan bentuk muka bumi (iv) Interaksi dan impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia (v) Cadangan untuk mengurangkan impak tersebut 11.1.2 Kajian luar berkaitan sistem atmosfera boleh dilakukan di stesen kaji cuaca atau kaji iklim. Kajian perlu ditumpukan kepada aktiviti mencerap, merekod, menganalisis unsur cuaca, menjelaskan faktor yang mempengaruhinya serta impak ke atas alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Unsur cuaca yang dikaji adalah seperti berikut: (i) Suhu (ii) Hujan (iii) Angin (iv) Sejatan (v) Kelembapan bandingan (vi) Litupan awan (vii) Tekanan udara 11.1.3 Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut: (i) Luar bandar (ii) Bandar (iii) Perumahan (iv) Perindustrian 16 TERHAD TERHAD (v) Pertanian (vi) Bencana Banjir Kemarau Pencemaran air Kajian luar sistem hidrologi perlu ditumpukan kepada: (i) Aspek permintaan dan bekalan air serta faktor yang mempengaruhinya [untuk kawasan (i) hingga (v)] (ii) Kejadian banjir, kemarau, dan pencemaran air serta faktor yang mempengaruhinya [untuk kawasan (vi)] (iii) Interaksi dan impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia (iv) Cadangan untuk mengurangkan impak tersebut 11.1.4 Kajian luar berkaitan sistem ekologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut: (i) Hutan (ii) Tasik (iii) Sungai (iv) Pinggir pantai (v) Paya (vi) Kawasan ekosistem buatan manusia Kajian perlu ditumpukan kepada: (i) Komponen asas ekosistem (ii) Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem (iii) Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem 11.2 Alam Sekitar Manusia Kajian luar alam sekitar manusia dikhususkan kepada tiga tajuk yang berikut: (a) Penduduk (b) Transformasi desa dan pembandaran (c) Pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar Pemilihan ketiga-tiga tajuk ini dibuat setelah mengambil kira masa, kos, logistik, dan kesesuaian tema dengan keupayaan dan keperluan pelajar tingkatan enam. 11.2.1 Kajian luar berkaitan dengan penduduk dilakukan terhadap subtajuk berikut: (i) Taburan penduduk (ii) Ciri-ciri penduduk (iii) Migrasi (iv) Kaitan penduduk dengan aktiviti ekonomi Tumpuan kajian bagi setiap subtajuk penduduk adalah seperti berikut: 17 TERHAD TERHAD (i) Taburan penduduk dari segi lokasi kediaman, pola, kepadatan, dan komposisi kaum (ii) Faktor geografi setempat yang mempengaruhi pola/corak taburan penduduk (iii) Ciri penduduk, seperti kadar kelahiran dan kematian, struktur umur dan jantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan (iv) Faktor yang mempengaruhi ciri penduduk di kawasan kajian (v) Pengaruh ciri penduduk di sesebuah kawasan ke atas pembangunan ekonomi dan sosial setempat (vi) Arah alir, isi padu, dan komposisi migrasi masuk dan keluar di kawasan kajian (vii) Faktor yang mempengaruhi migrasi masuk dan keluar di kawasan kajian (viii) Masalah dan isu migrasi di kawasan kajian serta cadangan mengatasinya (ix) Kaitan antara taburan dan ciri penduduk dengan aktiviti ekonomi setempat (x) Impak aktiviti penduduk terhadap alam sekitar fizikal setempat dan cadangan mengatasinya 11.2.2 Kajian luar berkaitan dengan transformasi desa dan pembandaran boleh dijalankan di sebuah kawasan luar bandar atau bandar. Kajian di kawasan luar bandar meliputi aktiviti ekonomi desa, interaksi desa bandar, dan pembangunan dan pemodenan desa. Tumpuan kajian adalah terhadap perkara berikut: (i) Pelbagai jenis aktiviti ekonomi desa di kawasan yang dikaji (ii) Faktor yang mempengaruhi aktiviti ekonomi dan perkembangan ekonomi desa (iii) Interaksi dan saling bergantung desa – bandar daripada segi pemasaran, penggunaan perkhidmatan, pengangkutan, dan penyebaran maklumat serta inovasi (iv) Impak interaksi desa – bandar ke atas ekonomi dan sosial, guna tanah kawasan desa yang dikaji (v) Program pembangunan dan pemodenan desa yang dijalankan dari segi ekonomi, guna tanah, prasarana, kemudahan sosial, dan pembangunan modal insan (gunatenaga) di kawasan kajian (vi) Masalah dan isu pembangunan desa (vii) Kesan pembangunan desa terhadap persekitaran fizikal setempat (viii) Langkah untuk mengurangkan kesan pembangunan desa terhadap persekitaran fizikal setempat Kajian di kawasan bandar meliputi pelbagai fungsi bandar, kawasan pengaruh bandar, dan pembangunan serta perkembangan bandar. Tumpuan kajian adalah meliputi perkara berikut: (i) Pelbagai fungsi bandar dari segi perkhidmatan, perniagaan, pemasaran, perindustrian, pentadbiran, penyebaran maklumat, dan inovasi 18 TERHAD TERHAD (ii) Kawasan pengaruh bandar yang dikaji berdasarkan fungsi, kepentingan dan interaksi bandar tersebut dengan kawasan sekitar atau dengan bandarbandar lain yang berdekatan (iii) Perkembangan bandar yang dikaji dari segi ekonomi, guna tanah, prasarana, kemudahan sosial, dan perkhidmatan bandar (iv) Masalah dan isu pembandaran terhadap penduduk setempat dari segi ekonomi, sosial, dan kualiti hidup (v) Impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal setempat (vi) Langkah untuk mengurangkan impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal setempat 11.2.3 Kajian luar berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar boleh dilakukan terhadap aktiviti ekonomi berikut; (i) Ekonomi Primer Pertanian Penternakan Perikanan Perhutanan Perlombongan atau kuari (ii) Ekonomi Sekunder Pemprosesan Pembuatan Pembinaan (iii) Ekonomi Tertier Pengangkutan dan perhubungan Pelancongan Perniagaan dan perdagangan Perkhidmatan awam dan swasta Utiliti (elektrik, air, dan gas) Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Tumpuan kajian bagi setiap aktiviti ekonomi di atas meliputi perkara berikut: (i) Ciri aktiviti ekonomi di kawasan kajian yang dipilih (ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti ekonomi yang dikaji (iii) Kepentingan aktiviti ekonomi yang dikaji kepada penduduk dan sosioekonomi setempat 19 TERHAD TERHAD (iv) Masalah dan isu yang dihadapi oleh sektor ekonomi berkenaan (v) Program pembangunan yang dijalankan terhadap sektor ekonomi yang dikaji (vi) Impak alam sekitar yang ditimbulkan oleh aktiviti ekonomi yang dikaji (vii) Langkah pengurusan alam sekitar yang boleh dilaksanakan di kawasan yang dikaji 20 TERHAD TERHAD Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) PENGGAL 3 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU TANDATANGAN GURU TARIKH MARKAH 21 TERHAD TERHAD Lampiran 2 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) PENGGAL 3 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Peperiksaan Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kajian luar) Geografi (942) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Geografi di sekolah. Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kajian luar) Geografi (942) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kajian luar) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kajian luar) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru Nama Guru Tarikh Alamat 22 TERHAD TERHAD Lampiran 3 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) PENGGAL 3 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : ………………………… Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon) No. Kad Pengenalan : ……………………… Ulasan Guru Tandatangan Tandatangan Calon Guru (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Geografi Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi STPM 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ………………..……………………………… Nama Guru: ……….………………………………………………. Tarikh : …………………............................................................ Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai. 23 TERHAD TERHAD Lampiran 4 BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) GEOGRAFI (a) Senarai Nama Ahli Kumpulan 1. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: - - 2. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: - - 3. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: - - 4. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: - - 5. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: - 24 - TERHAD TERHAD Lampiran 4 (b) Borang Penilaian Individu Calon Kriteria Penilaian Pembentangan 1 2 3 4 5 Boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan Boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan Berupaya mengurus masa mengikut jadual pembentangan Berupaya menunjukkan keyakinan diri dan motivasi Berupaya menghasilkan pembentangan secara kreatif dan inovatif Jumlah Markah (c) Komen Penilai: PENGAKUAN GURU Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………................. Nama : ……………………………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : …………………………………………….. No. Telefon (sekolah) : …………………………… (bimbit) : …………………………… Tandatangan Penyelaras: ……………………… Nama : …………………………………………. No. Kad Pengenalan : …………………………. Tarikh : ………………………………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………. (bimbit) : ………………………. 25 TERHAD TERHAD Lampiran 5 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) PENGGAL 3 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : ………………………………………........ No. Kad Pengenalan : …………………………….......... Angka Giliran : …………………….... (Untuk diisi oleh guru & penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Penuh A. Penulisan 1. Pengenalan 2. Objektif kajian 3. Lokasi kawasan kajian 4. Kaedah kajian 5. Hasil kajian dan perbincangan 6. Kesimpulan kajian 7. Senarai rujukan 8. Lampiran Jumlah B. Pembentangan C. Kemahiran manipulatif D. Kemahiran insaniah Jumlah Jumlah Markah Keseluruhan PENGAKUAN GURU Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Markah Guru Markah Penyelaras 1 1 5 1 26 1 1 1 37 5 3 5 13 50 PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………................. Nama : ……………………………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : …………………………………………….. No. Telefon (sekolah) : …………………………… (bimbit) : …………………………… Tandatangan Penyelaras: ……………………… Nama : …………………………………………. No. Kad Pengenalan : …………………………. Tarikh : ………………………………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………. (bimbit) : ………………………. Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 26 TERHAD TERHAD BAHAGIAN II : CALON 12.0 Tanggungjawab Calon 12.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kajian luar) 12.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan 12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan 12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu 12.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu; (a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, (b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan (c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kajian luar 12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif pencarian/pengumpulan data/maklumat dan kemahiran insaniah semasa 12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kajian luar) 12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar) calon 12.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4 12.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi 12.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 12.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kajian luar) 27 TERHAD TERHAD 12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi 13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Calon MPM memuat naik bahan berikut 12 Mei dalam portal MPM hingga 13 Jun 2014 (www.mpm.edu. my) pada 12 Mei 2014: i. Manual kerja kursus yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon ii. Soalan tugasan iii. Kriteria penilaian dan pemarkahan Menerima soalan tugasan Memahami skop tugasan kajian luar Persiapan sebelum ke lapangan 16 Jun hingga 20 Jun 2014 Mendapatkan sumber kewangan Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan Menyediakan kerangka tugasan Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder Perlaksanaan kajian di lapangan 23 Jun hingga 4 Julai 2014 Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder 28 TERHAD TERHAD Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tarikh Tindakan Calon Penulisan kajian setelah kembali 7 Julai dari lapangan hingga 4 Ogos 2014 Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar 5 Ogos hingga 23 September 2014 Menghantar penulisan kajian luar masing-masing kepada guru Membentangkan hasil kajian luar secara berkumpulan Penilaian laporan kajian luar Pembentangan berkumpulan hasil kajian luar oleh semua calon 14.0 Format Penulisan 14.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan 14.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian luar mengikut format berikut: 14.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 14.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja 14.2.3 Langkau (spacing): 1.5 14.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten. Contoh: 2.0 Objektif kajian 2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji 14.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 29 TERHAD TERHAD 14.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah. Contohnya, i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..." ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..." 14.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan penyataan lokaliti 14.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut: 14.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 14.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 14.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 14.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi (Lampiran 4) 14.5.5 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 5) 14.5.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 14.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 15.0 Struktur Penulisan Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 15.1 Isi kandungan 15.2 Penghargaan 15.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan 15.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan 15.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian 15.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta 15.7 Hasil kajian dan perbincangan – Huraian tentang dapatan kajian yang telah dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta 15.8 Kesimpulan – Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan 30 TERHAD TERHAD 15.9 Senarai rujukan 15.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut: Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat. Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2015. Tanjung Malim: MDTM. 15.9.3 Rujukan Internet seperti contoh berikut: Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13 http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999]. Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation. http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000]. 15.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut: Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New Straits Times, 21 February: 20. Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang). 15.10 Lampiran – Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks 31 TERHAD TERHAD 32 TERHAD TERHAD Jawab satu soalan sahaja. Soalan 1 Calon dikehendaki melakukan kajian luar di sebatang sungai tidak kurang 100m panjang alur yang mempunyai ciri hakisan dan pemendapan. Berdasarkan kajian luar tersebut, tuliskan satu penulisan lengkap yang merangkumi perkara berikut. (a) Ciri fizikal sungai yang dikaji, (b) Faktor yang mempengaruhi pembentukan ciri fizikal sungai tersebut, (c) Kesan hakisan atau pemendapan sungai terhadap persekitaran manusia di kawasan kajian, (d) Cadangan untuk meningkatkan potensi sedia ada sungai tersebut. [50] Soalan 2 Calon dikehendaki melakukan kajian luar di sebuah kawasan pelancongan dalam lingkungan tidak melebihi 2km persegi. Berdasarkan kajian tersebut, tuliskan satu penulisan lengkap yang merangkumi perkara berikut. (a) Aktiviti pelancongan di kawasan kajian, (b) Jenis perniagaan, perkhidmatan, dan kemudahan sosial di kawasan kajian, (c) Faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke kawasan kajian, (d) Isu yang timbul berkaitan aktiviti pelancongan terhadap kawasan kajian, (e) Cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan di kawasan kajian untuk menarik lebih banyak bilangan pelancong ke kawasan kajian. [50] 942/4 33 TERHAD