Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Bahasa Melayu
Transcription
Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Bahasa Melayu
TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat Penggal 2 Tahun 2014 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 25 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2013 1 TERHAD TERHAD KANDUNGAN Perkara Halaman BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA 1 Pengenalan 3 2 Objektif 3 3 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Kerja Kursus 3 3 4 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 5 3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 5 6 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta BAHAGIAN II: CALON 4 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 7 3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 7 3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 8 3.9 Kes Plagiat PBS 9 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 10 4.2 Calon Sekolah Swasta 13 4.3 Calon Persendirian Individu 17 5 Format Penulisan 19 6 Struktur Penulisan 19 7 Penskoran 20 8 Borang yang Digunakan 22 Lampiran 1: Muka Hadapan Kerja Kursus 23 Lampiran 2: Borang Perakuan Calon 24 Lampiran 3: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon 25 2 TERHAD TERHAD BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA 1 PENGENALAN Setiap calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 8%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran. 2 OBJEKTIF Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon untuk 3 2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu 2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini PELAKSANAAN KERJA KURSUS 3.1 Arahan Kerja Kursus (a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei berformat) wajib dilaksanakan oleh semua calon pada penggal 2. (b) Calon dikehendaki menulis lapan esei berformat berdasarkan soalan yang disediakan oleh guru atau pemeriksa. (c) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 2. 3.2 Tanggungjawab Pengetua (a) Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Enam peringkat sekolah (b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei berformat mendapat bimbingan daripada guru (c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei berformat diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan (d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan penulisan esei berformat calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon (e) Memastikan penulisan esei berformat dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan (f) Memastikan penulisan esei berformat calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan (g) Memastikan guru menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM (h) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan (i) Mengesahkan markah penulisan esei berformat yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission (j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei berformat calon di sekolah 3 TERHAD TERHAD (k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei berformat calon dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (l) 3.3 Memastikan evidens penulisan esei berformat calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat (c) Menyediakan soalan penulisan esei berformat untuk calon. Soalan yang disediakan mestilah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Sekiranya guru menciplak soalan daripada mana-mana sumber, MPM akan mengarahkan guru berkenaan untuk menyediakan soalan esei berformat semula dan calon perlu menulis esei berformat berkenaan semula. (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap jenis format esei (e) Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon pada akhir P&P setiap format esei (f) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat (g) Memastikan calon menulis esei berformat dalam waktu P&P (h) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon. (i) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang lain (j) Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (k) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM (l) Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik markah masing-masing (m) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3) (n) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (o) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (p) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (q) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 4 TERHAD TERHAD 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu) 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menyerahkan soalan esei berformat kepada sekolah swasta yang ditetapkan oleh MPM. Soalan yang diserahkan mestilah merupakan soalan yang digunakan di sekolah pemeriksa sendiri. (c) Menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3) (d) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM (e) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (g) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei berformat sahaja) (h) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei berformat sahaja) 3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan esei berformat dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan (c) Menyerahkan soalan esei berformat kepada calon. Soalan yang diserahkan mestilah merupakan soalan yang digunakan di sekolah pemeriksa sendiri. (d) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. (e) Memastikan calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (f) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM (g) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3) (h) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (i) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) 5 TERHAD TERHAD (j) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (k) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat dari aspek tugasan (c) Menghubungi pemeriksa yang ditetapkan oleh MPM untuk mendapatkan soalan penulisan esei berformat (d) Menjalankan P&P bagi setiap jenis format esei (e) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat (f) Memastikan calon menulis esei berformat dalam waktu P&P (g) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon. (h) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang lain (i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon (j) Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (k) Menyerahkan penulisan esei berformat yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir penghantaran penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut: (i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014 (ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi: 18 April 2014 6 TERHAD TERHAD BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat (c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei (d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru (e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu P&P (f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut: (i) Syarahan (ii) Ceramah (iii) Teks ucapan (iv) Memorandum (v) Laporan (vi) Minit mesyuarat (vii) Kertas cadangan (viii) Surat kiriman rasmi * Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan PBS Penggal 2. Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon. (h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (i) Menambah baik markah penulisan esei berformat yang telah disemak oleh guru. (j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat. 3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat (c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei (d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru (e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu P&P 7 TERHAD TERHAD (f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut: (i) Syarahan (ii) Ceramah (iii) Teks ucapan (iv) Memorandum (v) Laporan (vi) Minit mesyuarat (vii) Kertas cadangan (viii) Surat kiriman rasmi * Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan PBS Penggal 2. Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon. (h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Tarikh akhir penghantaran penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut: (i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014 (ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi: 18 April 2014 Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (i) Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir penghantaran (j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat. 3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan penulisan esei berformat dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan. (c) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada pemeriksa (e) Menulis esei berformat secara individu (f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut: (i) Syarahan (ii) Ceramah (iii) Teks ucapan 8 TERHAD TERHAD (iv) Memorandum (v) Laporan (vi) Minit mesyuarat (vii) Kertas cadangan (viii) Surat kiriman rasmi * Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan PBS Penggal 2. Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber (h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir penghantaran penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut: (i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014 (ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi: 18 April 2014 Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X. (i) Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir penghantaran (j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat. 3.9 Kes Plagiat PBS (a) Calon mestilah menulis esei berformat sendiri, berdasarkan soalan yang disediakan oleh guru atau pemeriksa, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. (b) Perbincangan soalan dan isi penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. (c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan. (d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan. 9 TERHAD TERHAD 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Tarikh Perkara Tindakan Guru 17/12/2013 Manual pelaksanaan penulisan esei berformat Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Penyediaan soalan esei berformat Menyediakan lapan soalan esei berformat berdasarkan kandungan sukatan pelajaran 6/1/2014 hingga 10/1/2014 Pengenalan penulisan esei berformat Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan Mendengar penerangan guru mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan 13/1/2014 hingga 11/4/2014 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) esei berformat Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang format esei, seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Mengikuti P&P dan mempelajari format esei 10 Tindakan Calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Catatan MPM memuat naik Manual PBS Bahasa Melayu pada 16 Disember 2013 TERHAD TERHAD Tarikh Perkara Tindakan Guru Penulisan esei berformat Menyerahkan soalan esei berformat kepada calon dan membimbing mereka dalam penulisan esei berformat Menerima soalan esei berformat dan menulis esei berdasarkan soalan yang diterima Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei berformat Menyemak dan menilai penulisan esei berformat berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM Menghantar penulisan esei berformat yang dihasilkan kepada guru untuk disemak dan dinilai * Pelaksanaan penulisan esei berformat hendaklah dibuat apabila P&P bagi sesuatu format esei telah selesai. Tindakan Calon Catatan Penghantaran esei berformat: Setiap penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon hendaklah terus dihantar kepada guru sebelum guru memulakan P&P bagi format esei yang lain. Penyemakan dan penilaian penulisan esei berformat: Guru hendaklah menyemak dan menilai semua penulisan esei berformat yang dihantar oleh calon. Guru mestilah memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik markah masing-masing. 11 TERHAD TERHAD Tarikh 14/4/2014 hingga 14/5/2014 Jun 2014 hingga Oktober 2015 Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Penghantaran markah penulisan esei berformat kepada MPM Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Tidak berkenaan Penyelarasan PBS oleh KPK Mengemukakan sampel penulisan esei berformat untuk penyelarasan markah oleh KPK Tidak berkenaan Penyimpanan evidens Menyimpan evidens penulisan esei berformat di sekolah dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan Tidak berkenaan 12 Catatan Sampel mestilah terdiri daripada penulisan esei berformat calon yang dipilih oleh KPK. TERHAD TERHAD 4.2 Sekolah Swasta Tarikh Perkara 17/12/2013 6/1/2014 hingga 10/1/2014 Tindakan Pemeriksa Tindakan Guru Tindakan Calon Manual pelaksanaan penulisan esei berformat Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Pengenalan penulisan esei berformat Memberikan penerangan kepada calon mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan Mendengar penerangan guru mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada guru sekolah swasta yang ditetapkan oleh MPM Catatan MPM memuat naik Manual PBS Bahasa Melayu pada 16 Disember 2013 Menerima soalan penulisan esei berformat daripada pemeriksa yang ditetapkan oleh MPM 13/1/2014 hingga 14/2/2014 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) esei berformat Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah bagi format esei yang berikut: (i) Laporan (ii) Teks ucapan (iii) Ceramah Mengikuti P&P dan mempelajari format esei yang berikut: Tidak berkenaan (i) Laporan (ii) Teks ucapan (iii) Ceramah (iv) Syarahan (iv) Syarahan 13 TERHAD TERHAD Tarikh Tindakan Pemeriksa Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Penulisan esei berformat Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon Menulis laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru Tidak berkenaan Menghantar penulisan esei berformat laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan kepada guru untuk diserahkan kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai Menerima, menyemak, dan menilai penulisan esei berformat laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan yang diserahkan oleh guru sekolah swasta Membimbing calon menulis laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan 17/2/2014 hingga 21/2/2014 Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei berformat 24/2/2014 hingga 11/4/2014 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) esei berformat Penulisan esei berformat Memastikan semua calon menghantar penulisan esei berformat laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan serta menyerahkannya kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai Mengadakan Mengikuti P&P sesi P&P di dan mempelajari dalam bilik format esei yang darjah bagi berikut: format esei yang (i) Memorandum berikut: (ii) Minit (i) Memorandum mesyuarat (ii) Minit (iii) Kertas mesyuarat cadangan (iii) Kertas (iv) Surat cadangan kiriman (iv) Surat kiriman rasmi rasmi Membimbing calon menulis memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi Menulis memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru 14 Catatan Tidak berkenaan Tidak berkenaan TERHAD TERHAD Tindakan Pemeriksa Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon 14/4/2014 hingga 18/4/2014 Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei berformat Memastikan semua calon menghantar penulisan esei berformat memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi serta menyerahkannya kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai Menghantar penulisan esei berformat memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai Menerima, menyemak, dan menilai penulisan esei berformat memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi yang diserahkan oleh guru sekolah swasta 14/4/2014 hingga 14/5/2014 Penghantaran markah esei berformat kepada MPM Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar markah calon kepada MPM melalui perisian e-submission Penyelarasan PBS oleh KPK Tidak berkenaan Tidak berkenaan Mengemukakan sampel penulisan esei berformat untuk penyelarasan markah oleh KPK 15 Catatan Sampel mestilah terdiri daripada penulisan esei berformat calon yang dipilih oleh KPK. TERHAD TERHAD Tarikh Jun 2014 hingga Oktober 2015 Perkara Penyimpanan evidens Tindakan Guru Tindakan Calon Tidak berkenaan Tidak berkenaan 16 Tindakan Pemeriksa Catatan Menyimpan evidens penulisan esei berformat di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan TERHAD TERHAD 4.3 Calon Persendirian Individu Tarikh Perkara 17/12/2013 Manual pelaksanaan penulisan esei berformat Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Catatan MPM memuat naik Manual PBS Bahasa Melayu pada 16 Disember 2013 Menghubungi calon persendirian individu yang telah ditetapkan oleh MPM untuk memaklumkan tarikh, masa, dan tempat untuk bertemu 6/1/2014 hingga 10/1/2014 Pengenalan penulisan esei berformat Bertemu dengan calon persendirian individu untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan esei berformat dari aspek tugasan dan memaklumkan tarikh penyerahan tugasan Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan penulisan esei berformat dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan Menyerahkan soalan esei berformat kepada calon 17 TERHAD TERHAD Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon 13/1/2014 hingga 14/2/2014 Penulisan esei berformat Tidak berkenaan Menulis empat esei berformat berdasarkan soalan yang diberikan oleh pemeriksa (i) Laporan (ii) Teks ucapan (iii) Ceramah (iv) Syarahan 17/2/2014 hingga 21/2/2014 Penghantaran dan penyemakan penulisan esei berformat Menerima, menyemak, dan menilai penulisan esei berformat laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan yang dihantar oleh calon persendirian individu Menghantar penulisan esei berformat laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai 24/2/2014 hingga 11/4/2014 Penulisan esei berformat Tidak berkenaan Menulis empat esei berformat berdasarkan soalan yang diberikan oleh pemeriksa Catatan (i) Memorandum (ii) Minit mesyuarat (iii) Kertas cadangan (iv) Surat kiriman rasmi 14/4/2014 hingga 18/4/2014 Penghantaran dan penyemakan penulisan esei berformat Menerima, menyemak, dan menilai penulisan esei berformat memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi yang dihantar oleh calon persendirian individu 18 Menghantar penulisan esei berformat memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi kepada pemeriksa untuk disemak TERHAD TERHAD Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon 14/4/2014 hingga 14/5/2014 Penghantaran markah esei berformat kepada MPM Menghantar markah calon kepada MPM melalui perisian e-submission Tidak berkenaan Penyelarasan PBS oleh KPK Mengemukakan sampel penulisan esei berformat untuk penyelarasan markah oleh KPK Tidak berkenaan Penyimpanan evidens Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan Tidak berkenaan Jun 2014 hingga Oktober 2015 5 Catatan Sampel mestilah terdiri daripada penulisan esei berformat calon yang dipilih oleh KPK. FORMAT PENULISAN (i) Panjang esei berformat yang dihasilkan mestilah antara 600 hingga 650 patah perkataan. (ii) Esei mestilah ditulis dengan menggunakan tulisan tangan. 6 STRUKTUR PENULISAN Penulisan esei berformat oleh calon hendaklah mengikut format yang ditetapkan oleh MPM. (Rujuk Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat PBS Bahasa Melayu) 19 TERHAD TERHAD 7 PENSKORAN Skema Pemarkahan Esei Berformat (i) Skema pemarkahan penulisan esei berformat laporan, syarahan, ceramah, teks ucapan, dan memorandum Perkara Markah Kerelevanan 16 Pendahuluan Isi (2) (12) Kesimpulan (2) Pengolahan 3 Bahasa 6 Jumlah 25 (ii) Skema pemarkahan penulisan esei berformat minit mesyuarat Perkara Markah Ketepatan format dan kandungan 19 Tajuk (1) Tarikh/Hari/Masa/Tempat (1) Kehadiran (1) 1.0 Ucapan (3) 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat (1) 3.0 Perkara Berbangkit (2) 4.0 Perbincangan Aktiviti/Mesyuarat (6) 5.0 Hal-hal Lain (2) 6.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat (1) Tandatangan (1) Bahasa 6 Jumlah 25 20 TERHAD TERHAD (iii) Skema pemarkahan penulisan esei berformat kertas cadangan Perkara Markah Ketepatan format dan kandungan 19 Muka depan (1) Pengenalan (2) Objektif (3) Rasional (3) Tarikh/Hari/Masa/Tempat (1) Peserta/Tetamu/Penceramah (1) Program Tentatif (2) Kewangan (2) AJK (1) Penutup (2) Tandatangan (1) Bahasa 6 Jumlah 25 (iv) Skema pemarkahan penulisan esei berformat surat kiriman rasmi Perkara Markah Ketepatan format dan kandungan 19 Nama dan alamat pengirim (1) Garis panjang (1) Nama dan alamat penerima Untuk perhatian (opsyenal) (1) Rujukan/Tarikh (1) Rujukan kehormat (1) Tajuk surat (1) Pendahuluan surat (2) Isi surat (6) Perenggan penutup surat (2) Penamat surat/Cogan kata (1) Pengakuan pengirim (1) Tandatangan dengan nama dan jawatan pengirim (1) Bahasa 6 Jumlah 25 21 TERHAD TERHAD 8 BORANG YANG DIGUNAKAN Terdapat tiga jenis borang yang digunakan, iaitu (i) Muka hadapan kerja kursus (Lampiran 1) (ii) Borang perakuan calon (Lampiran 2) (iii) Borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3) 22 TERHAD TERHAD Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014 PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 4 (910/4) FORMAT ESEI NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH MARKAH 23 TERHAD TERHAD Lampiran 2 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Bahasa Melayu Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon .......................................................................................................... No. Kad Pengenalan Calon .......................................................................................................... Angka Giliran Calon .......................................................................................................... Nama Sekolah/Pusat PBS Calon .......................................................................................................... Makluman kepada Calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan semua kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon .......................................................................................................... Tarikh .......................................................................................................... Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa semua kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa .......................................................................................................... Nama Guru/Pemeriksa .......................................................................................................... Tarikh .......................................................................................................... 24 TERHAD TERHAD Lampiran 3 BRMKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ........... BAHASA MELAYU (910/4: PENULISAN ESEI BERFORMAT) BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : …………………....................……… Angka Giliran : ………......………...…........... No. Kad Pengenalan : …………….....…….............. Format/Kriteria penilaian 1. Laporan 2. Syarahan 3. Ceramah 4. Teks ucapan 5. Memorandum Format/kriteria penilaian 6. Minit mesyuarat 7. Kertas cadangan 8. Surat Kiriman Rasmi Penilai Kerelevanan [16] Pengolahan [3] Ketepatan format dan kandungan [19] Bahasa [6] Bahasa [6] Jumlah [25] Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Penilai Jumlah [25] Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………….………...….. Tandatangan Penyelaras:…………………….….……..…….. Nama : …………………………………………………..….. Nama : ………………………………………...…..………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ……………………………………….......... Tarikh : ……………………………………….......... No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan oleh MPM. 25 TERHAD