Fakta Sekilas Pandang
Transcription
Fakta Sekilas Pandang
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 144 Malaysia Business Celcom Operasi-Operasi Antarabangsa Fakta Sekilas Pandang Fakta Sekilas Pandang Fakta Sekilas Pandang Tinjauan Tinjauan Operasi Jumlah Asas Pelanggan Pelanggan-pelanggan Internet Jalur Lebar 7.2 juta + 18% Pelanggan Mudah Alih Jumlah Hasil 1,265,308 + 46.4% RM5,157.1 juta + 13.1% 32.6 juta + 45.3% PATAMI Pelanggan Prabayar 5.9 juta + 22.9% Pelanggan Pascabayar 1.3 juta + 8.3% RM744.9 juta + 19.7% TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 145 Ulasan Perniagaan MALAYSIA BUSINESS 148 CELCOM (MALAYSIA) BERHAD 158 OPERASI-OPERASI 166 ANTARABANGSA – PERKHIDMATAN KABEL GLOBAL, 184 JANGKAUAN DAN PELABURAN ANTARABANGSA TM VENTURES 186 – ANTARABANGSA & DOMESTIK 202 INFRASTRUKTUR & RANGKAIAN GENTIAN OPTIK UTAMA EKONOMI ASIA DAN SEKTOR TELEKOMUNIKASI: TINJAUAN DAN GAMBARAN TM Ventures Fakta Sekilas Pandang Tinjauan EBITDA RM462.3 juta + 114.6% PATAMI RM189.5 juta + 247.1% 204 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 146 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 147 Sebuah Galaksi Warna-Warni Dikatakan bahawa melihat cengkerang Paua ibarat memandang sebuah galaksi warna yang berkilauan. Anda akan dipukau oleh gemerlapan, sinar dan warnanya yang berubah-ubah dan mempesonakan. Sinaran dan kepelbagaian warna Paua ibaratkan imaginasi yang tiada penghujung. Kemungkinan yang Tiada Batasan Bukalah kunci imaginasi agar dapat pergi nun lebih jauh daripada perkhidmatan talian tetap dan mudah alih… setibanya di situ lihatlah potensi luas yang disediakan oleh jalur lebar. Dengan meningkatnya permintaan terhadap jalur lebar, warga Malaysia akan lebih bersedia menghadapi masa depan – masa depan yang tiada had, hanya kemungkinan yang tiada batasan. TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 148 Business Malaysia Ulasan Perniagaan DATO’ ZAMZAMZAIRANI MOHD ISA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Malaysia Business Fakta Sekilas Pandang Tinjauan Pelanggan-pelanggan Internet Jalur Lebar TINJAUAN Malaysia Business (MB) ditubuhkan pada Ogos 2006 sebagai sebuah Unit Perniagaan Strategik (SBU) untuk menggabungkan semua perkhidmatan talian tetap domestik TM di bawah satu pasukan kepimpinan. Penubuhan Malaysia Business juga merupakan respon strategik untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh perniagaan domestik, terutamanya dalam sektor talian tetap. Dengan mewujudkan sebuah pasukan yang khusus dan fokus di bawah kepimpinan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, keutamaan strategik TM bagi pasaran domestik akan lebih sejajar dan keputusan juga boleh dibuat dengan lebih baik. Hasilnya, peningkatan prestasi lebih ketara telah dapat dilihat sepanjang tahun lalu. 148 TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 1,265,308 + 46.4% TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 PRESTASI KEWANGAN Selepas melancarkan Program Peningkatan Prestasi (PIP) pada Ogos 2006 serta meneruskan inisiatifinisiatifnya dalam tahun 2007, MB berjaya menangani penurunan hasil dalam operasi talian tetap sebagai sebahagian daripada pelan pembaikpulih. Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007, operasioperasi MB merekodkan pendapatan RM7.6 bilion iaitu peningkatan sebanyak 2.0%, berbanding tahun 2006. Ini membawa kepada EBITDA berjumlah RM3.0 bilion bagi tahun tersebut. Walau bagaimanapun, margin EBITDA menurun sebanyak 5.0% berbanding tahun 2006 ekoran kos langsung dan kos sokongan yang meningkat naik serta kos yang dibuat sekali sahaja dan peruntukan hutang lapuk. Perkhidmatan suara kekal sebagai penjana hasil utama bagi MB pada tahun 2007 yang menyumbangkan sebanyak 64.2% kepada pendapatan unit, namun ia menunjukkan penurunan sebanyak 4.5% ke atas sumbangan hasil yang dicatatkan pada tahun 2006 ekoran penghijrahan pelanggan yang berterusan ke komunikasi mudah alih 7:54 PM Page 149 dan komunikasi berasaskan Internet. Namun penurunan tersebut lebih rendah berbanding 6.5% yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Sejajar dengan haluan industri yang menunjukkan pilihan pelanggan terhadap perkhidmatan Internet dan multimedia, pendapatan daripada segmen ini menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 22.7% yang telah menyumbangkan 14.1% daripada jumlah hasil operasi berbanding 11.7% pada tahun 2006. Peningkatan jumlah pelanggan jalur lebar yang terdiri daripada pelanggan Streamyx, Hotspot Streamyx dan Direct kepada 1,265,308 direkodkan pada tahun 2007, menunjukkan peningkatan 46.4% berbanding tahun sebelumnya. Perkhidmatan data menyumbang sebanyak 14.7% kepada hasil MB, sementara perkhidmatan telekomunikasi dan bukan telekomunikasi lain menyumbang kepada hasil yang selebihnya sebanyak 7.0%. Jumlah kos dalam MB, termasuklah susut nilai bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2007 meningkat sebanyak 4.9% berbanding 2006 kepada RM6.6 bilion pada tahun 2007. Peningkatan kos adalah disebabkan peningkatan dalam kos langsung dan kos operasi serta peruntukan yang lebih tinggi bagi hutang lapuk dan hutang ragu. Walau bagaimanapun, penurunan dalam kos bahan selain caj susut nilai dan pelunasan merupakan sesuatu yang positif. Didorong oleh keperluan untuk menyelaraskan perniagaan dengan agenda yang serupa serta memanfaatkan sinergi, MB terus memfokuskan kepada 3 segmen perniagaan teras iaitu perniagaan retail, wholesale dan global. RETAIL Dalam menawarkan perkhidmatan kepada segmen pelanggan retail utama seperti pengguna di Perusahaan Kecil Sederhana (EKS), perusahaan dan kerajaan, perniagaan retail MB menumpukan kepada aktiviti-aktiviti jualan dan membina hubungan dengan pelanggan bagi sepanjang tahun laporan. SEGMEN PENGGUNA PERKHIDMATAN SUARA Pada tahun 2007, MB meningkatkan usaha ke arah mengekang penurunan dalam penggunaan perkhidmatan suara-talian tetap dan mengekalkan jumlah pengguna talian tetap. Salah satu inisiatif utamanya adalah pengenalan kempen Let’s Talk yang berjaya memberikan nafas baru kepada perkhidmatan talian tetap. Let’s Talk ditawarkan dalam beberapa pakej untuk disesuaikan dengan gaya hidup pelanggan dan keperluan penggunaan yang berbeza, termasuk kadar panggilan domestik dan antarabangsa terendah dengan kualiti suara yang terbaik. Hasil daripada aktiviti-aktiviti promosi yang agresif menerusi kempen ini, MB dapat melihat perubahan positif dalam sikap terhadap penggunaan talian tetap seperti yang dibuktikan oleh peningkatan panggilan talian tetap ke talian tetap. TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 149 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco Ulasan 08/04/2008 7:54 PM Page 150 Per niagaan Malaysia Business MB turut bekerjasama dengan rakan niaganya untuk meluaskan liputan Streamyx Hotspot yang memberikan pelanggan lebih pilihan untuk mengakses Internet dari lokasi-lokasi pilihan mereka. Pertumbuhan jumlah pengguna Streamyx Hotspot pada tahun 2007 juga menunjukkan peningkatan populariti perkomputeran tanpa wayar menggunakan komputer riba dan lainlain peranti mudah alih di kalangan rakyat Malaysia. Perkhidmatan dengan senyuman MB juga terus mengekalkan kepimpinan dalam pasaran VoIP prabayar menerusi pelbagai tawaran promosi terutama sekali pada musim-musim perayaan. Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2007, MB memperkenalkan siri kad iTalk Travellers yang menampilkan beberapa jenis reka bentuk kad iTalk edisi khas yang memaparkan tempat-tempat menarik di Malaysia, yang disasarkan kepada pelancong asing. Lebih banyak penambahan produk dilakukan apabila MB melancarkan iTalk Buddy akhir tahun lalu untuk memenuhi keperluan segmen remaja dengan ciri-ciri online interaktif yang lebih menarik. MB turut bekerjasama dengan AmBank (M) Bhd untuk melancarkan NexG-iTalk Prepaid Mastercard yang membolehkan pelanggan membeli-belah dan membuat panggilan pada masa yang sama. 150 Hasil daripada aktiviti-aktiviti ini, pendapatan tahunan perkhidmatan suara mengalami penurunan yang lebih perlahan iaitu daripada negatif 13.2% pada tahun 2006 kepada negatif 11.4% pada tahun 2007. PERKHIDMATAN INTERNET/JALUR LEBAR MB mencatatkan pertumbuhan Internet yang ketara pada tahun 2007 dan mencapai jumlah pelanggan sebanyak 1.3 juta menjelang Disember 2007. Pertumbuhan tersebut didorong oleh aktiviti-aktiviti promosi dan jualan yang agresif seperti Streamyx Super Duper Deal dan program jualan semula yang dipertingkatkan di bawah inisiatif PIP. Promosi tersebut bertujuan untuk menggalakkan peningkatan penggunaan perkhidmatan jalur lebar di kalangan rakyat Malaysia dengan memberi nilai tambahan kepada pelanggan dalam pakej gaya hidup digital yang menyeluruh. TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 JUALAN & PEMASARAN Dari segi jualan, tumpuan telah diberikan kepada dua siri jelajah yang dijalankan di seluruh negara iaitu Syoknya Fiesta TM dan Let’s Talk Road Show sebagai wadah untuk mewujudkan kesedaran dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan TM kepada orang ramai. Dalam inisiatifnya untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan, MB memperkenalkan Frontliner Goes to Customer, suatu program inovatif yang direka untuk meningkatkan interaksi pelanggan menggunakan komputer tanpa wayar berteknologi tinggi yang berfungsi sebagai kaunter maya untuk melayan pelanggan serta memperkenalkan tawaran-tawaran terbaru dari TM. PIP juga memfokuskan kepada usaha meningkatkan program jualan semula dengan garis panduan yang lebih jelas serta menyediakan kriteria pemilihan wakil jualan semula bagi membantu MB meluaskan aktiviti-aktiviti jualannya. SEGMEN EKS PERKHIDMATAN SUARA Bagi segmen EKS, MB menawarkan rangkaian pelan panggilan mengikut keperluan seperti Pelan Merdeka dan pakej Smartcall bagi membolehkan TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 151 Malaysia Business 58,000. Faedah-faedah keahlian termasuklah: (a) (b) (c) (d) pelanggan berhubung dengan klien dan rakan niaga pada kadar rata yang rendah dan menarik. Pelan-pelan panggilan ini mampu mempertahankan penggunaan perkhidmatan suara tetap daripada saingan pembekal perkhidmatan suara yang lain. Dari segi pendapatan perkhidmatan suara dalam segmen ini, MB berjaya merekodkan penurunan tahunan yang diperlahankan daripada negatif 6.4% pada tahun 2006 kepada negatif 1.3% pada tahun 2007. PERKHIDMATAN INTERNET/JALUR LEBAR Perkhidmatan Internet seperti Streamyx terus dipromosikan dengan hebat oleh MB untuk mendorong penggunaan Internet jalur lebar dalam sektor EKS. Pakej-pakej promosi termasuklah tawaran-tawaran produk yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan kecil seperti pakej SOHO dan pakej Business Broadband. PERKHIDMATAN DAN RUMUSAN DATA Meskipun pertumbuhan perkhidmatan data tradisional tercabar oleh penurunan harga, MB terus memperkembangkan perkhidmatan datanya dengan cara menawarkan perkhidmatan rangkaian terurus seperti penyelesaian rangkaian, aplikasi hos dan e-commerce. Apabila syarikat-syarikat EKS memperluaskan perniagaan mereka, permintaan yang meningkat terhadap keupayaan akses dan kecekapan boleh dipenuhi oleh perkhidmatan serta penyelesaian data MB. Hasil daripada usahanya, MB mencatatkan penurunan pendapatan perkhidmatan data yang lebih perlahan daripada negatif 11.9% pada tahun 2006 kepada negatif 0.5% pada tahun 2007. AKTIVITI-AKTIVITI JUALAN DAN PEMASARAN Pasaran EKS memberikan peluang yang cerah bagi MB sepanjang tahun laporan. Industrial Business Solution Seminar (IBSS) tahunan dan aktiviti-aktiviti SMI Biz Net dijalankan untuk mempromosikan rumusan untuk perniagaan baru kepada komuniti EKS, meningkatkan interaksi para pelanggan dan memahami keperluan perniagaan mereka dalam menyarankan penyelesaian-penyelesaian yang bersesuaian. Program kesetiaan SME Save N Grow merupakan satu inovasi bagi membantu SME dalam usaha mengembangkan perniagaan sambil mewujudkan semangat kerjasama dengan pelanggan sedia ada. Pada tahun 2007, keahlian SME Save N Grow telah mencecah (e) Penjimatan kos telekomunikasi. Cakera padat rundingan perniagaan untuk membantu ahliahli menyelaras proses-proses perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka. Jemputan untuk mendaftar untuk program-program membina kemahiran dalam bidang kewangan, pemasaran dan teknologi maklumat. Penjimatan kos dan perluasan perniagaan melalui tawarantawaran daripada rakan niaga dalam bidang kewangan, insuran, logistik dan keselamatan pejabat. Penggunaan kemudahankemudahan TM untuk menjalankan mesyuarat dan seminar-seminar perniagaan. SEGMEN-SEGMEN PERUSAHAAN DAN KERAJAAN PERKHIDMATAN SUARA Teras utama bagi tahun 2007 adalah pengekalan hasil dan sokongan terhadap perniagaan pelanggan dengan menawarkan kadar panggilan yang kompetitif dan kualiti perkhidmatan yang tinggi. Pelan-pelan panggilan yang direka khusus seperti Smartcall digunakan secara efektif bagi menguruskan perkhidmatan suara dan juga memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kecekapan kos. PERKHIDMATAN DATA MB melancarkan Perkhidmatan Metro Ethernet, suatu teknologi berasaskan piawaian Carrier Class Ethernet, pada 17 Mei 2007 dan menawarkan lebar jalur berkelajuan tinggi dan selamat, daripada 4.0Mbps sehingga 1Gbps. Dengan perkhidmatan-perkhidmatan ini, pelanggan boleh menambah lebar jalur TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 151 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco Ulasan 08/04/2008 7:54 PM Page 152 Per niagaan Malaysia Business dalam gandaan 1.0Mbps apabila diperlukan berdasarkan konsep yang dipanggil lebar jalur berdasarkan permintaan. Perkhidmatan TM Metro Ethernet ditawarkan ke atas rangkaianrangkaian persendirian dan rumusan berasaskan sambungan. Sementara itu, MB turut bekerjasama dengan pembekal-pembekal perkhidmatan penyelesaian tambah-nilai untuk menawarkan pelbagai aplikasi di samping perkhidmatan-perkhidmatan rangkaiannya. Antara penyelesaian yang ditawarkan adalah perkhidmatan keselamatan terurus, aplikasi-aplikasi pengurusan lebar jalur dan perkhidmatan penyimpanan terurus. Dengan pasukan pengurusan akaun yang mantap, MB berjaya meningkatkan hasil tahunannya daripada negatif 0.1% pada tahun 2006 kepada 15.3% pada tahun 2007 dalam segmen ini. Sumbangan utama adalah daripada peluang-peluang penjualan dan pelaksanaan projek tepat pada masanya yang telah menyumbang kepada realisasi hasil dalam tahun 2007. AKTIVITI-AKTIVITI JUALAN DAN PEMASARAN Aktiviti-aktiviti jualan dan pemasaran dijuruskan ke arah mewujudkan hubungan kukuh dengan pelanggan yang disokong oleh pasukan jualan khas dan berpengalaman bagi menguruskan para pelanggan perusahaan. MB turut menjalankan program insentif jualan untuk memotivasikan kakitangankakitangan jualan. PERNIAGAAN WHOLESALE DOMESTIK Secara keseluruhan, Perniagaan Wholesale Domestik atau DWB mencatatkan pendapatan lebih rendah sebanyak RM18.4 juta berbanding tahun 2006 ekoran pencapaian hasil minit PSTN dan VoIP yang lebih rendah serta penggunaan perkhidmatan DSL Wholesale yang kurang menggalakkan. Walau bagaimanapun, hasil interconnect domestik merekodkan pertumbuhan 6.0% dari tahun 2006 ke tahun 2007. Ini didorong oleh pemantapan pengkategorian jenis-jenis panggilan. PERKHIDMATAN SUARA Minit trafik VoIP DWB menyediakan kemudahan kepada Pembekal Perkhidmatan VoIP untuk mewujudkan dan menjalankan operasi perkhidmatan-perkhidmatan panggilan dan faks dan juga rangkaian aplikasiaplikasi tambah-nilai. Dengan menggunakan liputan rangkaian domestik TM yang luas, DWB menawarkan Akses VoIP yang membolehkan hubungan suara melalui platform VoIP yang kos-efektif bagi pasaran wholesale. Dengan perkhidmatan Clearing House yang kukuh, perkhidmatan VoIP Premium dan rangkaian kerjasama serta liputan yang luas, DWB berperanan penting untuk memenuhi keperluan perniagaan berlesen domestik. Perkhidmatan Interconnect Dalam menangani persaingan yang meningkat dalam pasaran telekomunikasi sedia ada, DWB telah mengukuhkan kedudukannya melalui perkhidmatan interconnect yang berdaya saing yang menghubungkan perkhidmatan-perkhidmatan talian tetap, suara mudah alih, ISDN dan perkhidmatan SMS tetap. PERKHIDMATAN INTERNET/ JALUR LEBAR Jalur Lebar Dengan mensasarkan pembekal perkhidmatan Internet (ISP), pembekal perkhidmatan rangkaian (NSP) dan pembekal perkhidmatan aplikasi (ASP), perkhidmatan jalur lebar mewujudkan hubungan DSL dari Unit Terminal Jarak Jauh pengguna hingga ke platform rangkaian IP TM. Pada penghujung tahun 2007, DWB telah menyediakan 1.6 juta port jalur lebar di seluruh negara. Memperkenalkan laman web di sekolah-sekolah 152 TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 153 Malaysia Business dan memaksimakan keuntungan bagi panggilan antarabangsa dari perniagaan retail dan domestik wholesale, serta menekankan kepada perniagaan hab trafik dalam pasaran International Carrier Wholesale. Mengukuhkan hubungan dengan vendor PERKHIDMATAN DATA Perkhidmatan Lebar Jalur Sebagai peneraju pembekal utama perkhidmatan lebar jalur wholesale dan permintaan yang meningkat terhadap perkhidmatan lebar jalur, terutama sekali untuk menawarkan perkhidmatan tanpa wayar seperti 3G kepada pengguna, DWB menawarkan media transmisi dengan prestasi yang dijamin dan terurus melalui Dense Wave Division Multiplexing (DWDM) di seluruh negara. Walau bagaimanapun, DWB masih terus menawarkan perkhidmatan jalur sempit, jalur lebar dan lebar jalur optikal di atas platform teknologi terdahulu seperti Digital Data Network (DDN) dan Synchronous Digital Hierarchy (SDH). PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR Perkhidmatan infrastruktur membolehkan rangkaian seluruh negara pelanggan diperluaskan secara efektif daripada segi masa dan kos. Ianya popular untuk menggantikan pembangunan infrastruktur melalui perkongsian infrastruktur, lokasi bersama rangkaian dan perkhidmatan sewa. DWB juga menawarkan infrastruktur sokongan secara menyeluruh bagi pelanggan yang meliputi ruang menara untuk antena kekal dan piring gelombang mikro, bekalan tenaga, kawalan cuaca dan pengurusan bangunan. Prestasi perniagaan trafik suara GB sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan hab trafik yang tinggi dan inisiatif-inisiatif lain seperti berikut: 1. Permintaan terhadap trafik Bangladesh yang meningkat hasil daripada penguatkuasaan peraturan untuk menghapuskan kawasan luar liputan. 2. Usaha sama perniagaan dengan subsidiari-subsidiari TMI dan Celcom untuk mengalihkan trafik organik melalui GB. 3. Sumbangan perkhidmatan tambah nilai, kejayaan kerjasama dalam penyediaan perkhidmatan premium melalui VoIP dan naik taraf TMUSA Softswitch. 4. Streamline Volume Commitment yang membataskan penawaran trafik perkhidmatan talian tetap suara kepada umum di Malaysia yang membawa kepada kestabilan kadar pasaran perkhidmatan suara-talian tetap. 5. Pelaksanaan automated routing dan monitoring tools for integrity control dalam perniagaan perkhidmatan suara GB. PERNIAGAAN GLOBAL Perkhidmatan Data Penyelesaian teknologi DWB dalam perkhidmatan data berjaya memenuhi keperluan pelanggan dalam menghubungkan lokasi-lokasi perniagaan yang berbeza. Perkhidmatan data domestik yang ditawarkan termasuklah Frame Relay, ATM dan rangkaian IP berasaskan MPLS untuk menyepadukan keperluan pelanggan. Terdapat juga perkhidmatan Wholesale Ethernet untuk menyokong pakej-pakej produk dan perkhidmatan TM seperti TM Direct, TM IPVPN dan Digital Home. Perniagaan Global MB (GB) mempunyai fokus yang berterusan untuk memacu pendapatan baru dalam masa yang sama memaksimumkan aset-aset TM seperti sistem kabel dasar laut, pusatpusat data dan stesen-stesen satelit bumi. Pada tahun 2007, jumlah pendapatan GB meningkat sebanyak 30.4% berbanding tahun 2006. Ini adalah berikutan daripada pertumbuhan tinggi dalam perkhidmatan suara dua hala dan perniagaan lebar jalur. PERKHIDMATAN SUARA GB menyediakan perkhidmatan suara melalui PSTN dan VoIP. Fungsi utama perkhidmatan suara GB adalah untuk memastikan pengurangan kos talian PERKHIDMATAN INTERNET/JALUR LEBAR Global IP Transit Sebagai menyokong permintaan yang berterusan terhadap keperluan capaian Internet daripada pasaran serantau pada tahun 2007, TM meletakkan perkhidmatan Global IP Transit sebagai TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 153 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco Ulasan 08/04/2008 7:54 PM Page 154 Per niagaan Malaysia Business salah satu tawaran utama bagi perkhidmatan premiumnya. Dengan menggunakan platform rangkaian IP ATOM (Any Transport over MPLS) ia kini menyokong keperluan antarabangsa perkhidmatan Streamyx dan diiktiraf sebagai salah satu pembekal utama serantau. Perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada pelanggan dengan hubungan capaian akses khas daripada pusat perkhidmatan globalnya dengan kelajuan daripada 64kbps sehingga 10Gbps melalui sistem kabel dasar laut, perkhidmatan satelit dan litar suwa tempatan dalam negara atau Metro Ethernet. Produk tersebut turut menyediakan pilihan untuk digabungkan dengan Global Co-location, Managed Router dan perkhidmatan Transit IPv6. Pusat Perkhidmatan IP Transit Rantau Negara Asia Malaysia Singapura Hong Kong Jepun Korea Jakarta* Amerika Utara Palo Alto San Jose Los Angeles Ashburn New York* Eropah London Amsterdam Asia Selatan Sri Lanka Timur Tengah Bahrain* Mesir* PERKHIDMATAN DATA Perkhidmatan Lebar Jalur Antarabangsa Bagi hubungan melepasi sempadan Malaysia, liputan perkhidmatan lebar jalur ditawarkan melalui infrastruktur rangkaian antarabangsa TM yang menggabungkan sistem kabel gentian optik dasar laut, darat dan juga satelit. Melalui One Stop Shopping (OSS) dan Full Channel Service (FCS), perkhidmatan lebar jalur antarabangsa menghubungkan Malaysia dengan mana-mana destinasi di dunia. Sistem dasar laut utama TM adalah SMW3, SMW4, SAFE/WASC/SAT-3, APCN2, JUSCN, CUSCN, DMCS dan BRCS yang menghubungkan Malaysia ke Asia Utara dan Selatan, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Bagi memenuhi permintaan yang meningkat, TM kini sedang di dalam usaha menaik taraf kabel dasar laut SMW4, APCN2 dan SAFE yang dijangka akan sedia digunakan seawal tahun 2009. * Disediakan melalui rangkaian Global Ethernet 154 TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 Litar Suwa Persendirian Antarabangsa (IPLC) TM menawarkan hubungan digital khas yang berkelajuan tinggi bukan sahaja dari Malaysia ke dunia tetapi juga menghubungkan sesebuah negara dengan yang lain melalui rangkaian sistem kabel dasar laut global utama. Perkhidmatan Satelit Antarabangsa Dengan lebih daripada 10 satelit di ruang angkasa Asia, perkhidmatan Lebar Jalur TM melalui satelit menawarkan hubungan khas pusat-kepusat dari Malaysia ke seluruh dunia. TM menggunakan sistem-sistem satelit utama seperti MEASAT, INTELSAT, PANAMSAT, ASIASAT dan JSAT yang mewujudkan hubungan ke hampir seluruh lokasi di dunia. VSAT Global menawarkan teknologi Single Channel Per Carrier (SCPC) berasaskan satelit yang menggunakan antena Very Small Aperture Terminal (VSAT) dan unit indoor yang menyediakan hubungan komunikasi pelbagai hala yang baik dan digunapakai di seluruh dunia. Mempelopori peluang dengan jalur lebar TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 155 Malaysia Business dan melaksanakan gelombang kedua PIP yang berpegang kepada dua teras: Jalur lebar di mana sahaja berada Bandwidth Transit Bandwith Transit merupakan rumusan hubungan yang pantas dan berkesan yang menghubungkan dua negara melalui Malaysia. Bandwidth Backhaul Bandwidth Backhaul adalah penyelesaian kapasiti khusus di antara Cable Landing Stations atau Border Stations di Malaysia yang dimiliki pelanggan, atau kapasiti Indefeasible Right of Use (IRU) dalam sistem kabel dasar laut antarabangsa atau kemudahan sempadan. IPVPN Global IPVPN Global TM merupakan penyelesaian rangkaian terurus yang kos efektif di mana ia menawarkan rangkaian komunikasi yang mudah, selamat dan berskala. Pada tahun 2007, TM terus memperluaskan nod di Sri Lanka untuk memasuki pasaran IP di rantau Asia Selatan. Ini akan melengkapkan nod sedia ada yang telah diletakkan di rantau Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah, Amerika Syarikat, ASEAN dan Asia Utara. Bagi meluaskan capaian global, inisiatif-inisiatif Network-toNetwork Interconnection (NNI) telahpun dimulakan yang membolehkan TM dan rakan-rakan niaganya memanfaatkan rangkaian IPVPN masing-masing. Projek NNI yang strategik telah dilaksanakan dengan jayanya bersama AsiaNetcom, ACASIA dan C&W. Di bawah kerjasama ini, TM kini dapat menawarkan perkhidmatan yang dipertingkatkan dan tanpa batasan serta meliputi kawasan perkhidmatan yang lebih luas. PROSPEK Secara keseluruhannya, pasaran perkhidmatan talian tetap Malaysia dijangka akan meningkat pada tahun 2008 dengan kecenderungan terhadap perkhidmatan data dan jalur lebar dalam semua segmen pelanggan. MB berada di posisi ideal untuk memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan ini dengan menerajui perkhidmatan suara asas, jalur lebar dan data. Ini menyediakan peluang kepada MB untuk menjadi pembekal komunikasi generasi akan datang yang terunggul di Malaysia dengan memenuhi keperluan pelanggan melalui inovasi dan kecemerlangan pelaksanaan. MB akan memperkayakan gaya hidup dan pengalaman pengguna, meningkatkan prestasi pelanggan perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan generasi akan datang, memberi penyelesaian bermutu tinggi dan mengekalkan prinsip-prinsip mengutamakan pelanggan. 2008 akan menjadi tahun yang penting bagi MB kerana ia mengambil bahagian dalam langkah pengasingan strategik • Meningkatkan kecemerlangan komersil bagi mendorong pendapatan utama; dan • Mendorong kecemerlangan operasi ke arah pengurusan kos dan keuntungan yang lebih kukuh. Meningkatkan kecemerlangan komersil bagi mendorong pendapatan utama Bagi perniagaan retail, fokus bagi segmen pelanggan dan EKS adalah untuk mengekalkan pertumbuhan jalur lebar yang kukuh dan menstabilkan penurunan perkhidmatan suara; manakala bagi segmen perusahaan, peluang-peluang baru terletak pada pembekalan perkhidmatan luar organisasi dan pengurusan proses perniagaan. Dalam perniagaan wholesale domestik keutamaan adalah dalam mengekalkan penerajuan dalam pasaran dan menggunakan peluang pertumbuhan dalam perkhidmatan suara dan lebar jalur. Bagi perniagaan global, tumpuan diberikan pada perluasan perniagaan sedia ada. Mendorong kecemerlangan operasi ke arah pengurusan kos dan keuntungan yang lebih kukuh Inisiatif-inisiatif yang dirancang bagi tahun ini akan memfokuskan kepada dorongan kecemerlangan perolehan; pelaksanaan rangkaian yang mantap dan operasi perniagaan berlandaskan amalan terbaik serta peningkatan kualiti dan operasi-operasi perkhidmatan pelanggan. Rangka kawalan dalam setiap jenis perniagaan akan diperkukuhkan untuk memastikan pengurusan kos dan keuntungan yang lebih berkesan. TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 155 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 156 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 157 Lambang Kecantikan Dianggap mutiara tercantik, Mutiara Biru sesungguhnya amat unik. Amat sukar ditemui, hanya Paua yang mampu menghasilkan mutiara berkualiti tinggi dengan kilauan luar biasa sepertinya. Justeru, setiap mutiara adalah sesuatu yang lahir daripada ketabahan, kesempurnaan dan pemeliharaan yang teliti. Mahkota Kebanggaan Celcom merupakan anak didik terbaik yang dilahirkan oleh TM. Dengan azam untuk merevolusikan industri mudah alih Malaysia, Celcom telah menunjukkan kepimpinannya dan menawarkan antara produk dan perkhidmatan yang paling inovatif. Ia sememangnya salah satu mutiara TM. Di sebalik kejayaan menyerlah Celcom hasil daripada gabungan kemahiran, kreativiti dan teknologi, dorongan utama datangnya daripada pengiktirafan TM terhadap potensinya. Dengan pembentukan dan pembangunannya yang teliti, Celcom kini bersedia untuk menentukan masa depannya sendiri. TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 158 (Malaysia) Berhad Celcom Ulasan Perniagaan DATO’ SRI MOHAMMED SHAZALLI RAMLY KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Celcom (Malaysia) Berhad Fakta Sekilas Pandang Tinjauan Jumlah Asas Pelanggan 7.2 juta + 18% Jumlah Hasil TINJAUAN Prestasi Celcom pada 2007 merupakan yang paling cemerlang berbanding tahun sebelum ini. Usaha-usaha pemulihan yang dimulakan sejak tahun 2006 terus diperhebatkan dan momentum yang dikekalkan telah menghasilkan prestasi mengatasi rekod di luar jangkaan pasaran. 158 TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 RM5,157.1 juta + 13.1% Pelanggan Prabayar 5.9 juta + 22.9% Pelanggan Pascabayar 1.3 juta + 8.3% TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 Kejayaan Celcom dalam pelaksanaan Program Peningkatan Prestasi telah membawa kepada aktiviti-aktiviti jualan dan pemasaran yang agresif, inisiatif yang diperhebatkan bagi pembentukan semula saluran pengedaran serta usaha untuk melaksanakan strategi jenama yang berfokuskan segmen. Hasilnya, Celcom telah mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran dan menyediakan asas yang teguh bagi pertumbuhan yang lebih baik pada tahun 2008. Celcom terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dari segi kualiti liputan dan rangkaian 2G, 2.5G, 3G dan HSDPA; standard perkhidmatan pelanggan telah dibawa ke tahap baru dan persepsi jenama keseluruhan direkodkan pada tahap tertinggi. 2007 turut menyaksikan Celcom menerajui industri dalam memulakan beberapa langkah pertama dalam industri. Celcom merupakan pengendali pertama memulakan kedai-kedai runcit berjenamanya sendiri yang dinamakan Blue Cube. Strategi kerjasama Celcom menghasilkan MVNO pertama Malaysia 7:54 PM Page 159 dan perjanjian perayauan domestik seluruh negara yang pertama. Celcom juga adalah pengendali pertama melancarkan konsep perkhidmatan pelanggan berjenama yang memperkenalkan ikon ‘Anna’. Strategi perkhidmatan jalur lebar dan data yang inovatif turut membawa kepada pengenalan pelan-pelan data ‘daily use’ dan ‘monthly capped’ yang pertama. PRESTASI KEWANGAN Kumpulan Celcom menghasilkan prestasi terpuji bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2007 walaupun dalam suasana persaingan sengit yang kian meningkat. Kumpulan Celcom mencatatkan tiga rekod pencapaian yang penting: keuntungan selepas cukai melebihi RM1 bilion, hasil melebihi paras RM5 bilion dan jumlah asas pelanggan meningkat sehingga melebihi 7 juta. Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti berjumlah RM1,051.6 juta menggambarkan pertumbuhan sihat dan penting sebanyak 28.8% daripada RM816.4 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya. Ini didorong oleh momentum pertumbuhan kukuh dalam hasil sepanjang tahun. Jumlah hasil yang termasuk pendapatan pengendalian lain yang dicatatkan bagi tahun laporan meningkat sebanyak 13.1% daripada RM4,560.1 juta pada tahun 2006 kepada RM5,157.1 juta pada tahun 2007, rekod tertinggi setakat ini. Pertumbuhan hasil diraih terutamanya daripada segmen prabayar yang merekodkan kenaikan dalam jumlah asas pelanggan seramai 1.1 juta atau 22.9% yang membawa kepada jumlah pelanggan prabayar seramai 5.9 juta daripada 4.8 juta sebelum ini. Segmen pascabayar mewujudkan cabaran bagi Celcom pada tahun 2007 dengan meningkatnya tekanan harga dan persaingan agresif. Di sebalik penurunan jumlah asas pelanggan pada separuh tahun pertama, pengenalan pelbagai produk-produk pascabayar berinovatif baru pada separuh tahun kedua membawa kepada pertukaran aliran dengan jayanya dalam menangani penurunan malahan juga menghasilkan pertumbuhan bersih pascabayar bagi tahun lalu. Secara bersihnya, jumlah pelanggan pascabayar meningkat daripada 1.2 juta pada 2006 kepada 1.3 juta pada Disember 2007. Sehingga 31 Disember 2007, jumlah terkumpul asas pelanggan Celcom melepasi paras 7 juta, suatu peningkatan sebanyak 18.0% daripada 6.1 juta kepada 7.2 juta pelanggan. Asas hasilnya yang kukuh digandingkan dengan kawalan kos yang berterusan membawa kepada catatan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) Celcom sejumlah RM2,310.6 juta pada tahun 2007 daripada RM1,962.9 juta pada tahun 2006, suatu peningkatan sebanyak 17.7%. Sejajar dengan ini, margin EBITDA turut meningkat daripada 43.0% kepada 44.8% pada tahun 2007. Pada September 2007, Celcom mengagihkan RM730.1 juta dalam bentuk tunai kepada pemegangpemegang sahamnya sebagai langkah pembayaran semula modal. Ini telah menghasilkan peningkatan dalam beberapa petunjuk kewangan utama seperti perolehan sesaham dan pulangan ke atas ekuiti daripada 36.1 sen kepada 66.6 sen dan dari 32.1% kepada 37.9% masing-masingnya. TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 159 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco Ulasan 08/04/2008 7:54 PM Page 160 Per niagaan Celcom (Malaysia) Berhad OPERASI Memanfaatkan kepimpinannya dalam liputan rangkaian dan 3G, Celcom terus meluaskan keupayaan rangkaiannya bagi memenuhi kenaikan permintaan terhadap perkhidmatannya. Kepimpinannya dalam sektor mudah alih diperkukuhkan lagi apabila Celcom dinobatkan sebagai pembekal perkhidmatan T2 terbaik di antara pengendali-pengendali selular pada tahun 2007, suatu anugerah yang diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Bermodalkan kelebihannya, Celcom melancarkan kempen baru ‘Tiada Tandingan’ yang menekankan keunggulannya daripada segi kepantasan, liputan, kadar dan perkhidmatan. Kempen tersebut merupakan kejayaan besar dan menampilkan barisan terkini Power Ikon Celcom seperti Ryan Giggs, John Terry, Wang Lee Hom dan Peterpan. Pada tahun 2007, Celcom turut memperkenalkan inisiatif Branded Customer Service yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang menyeluruh. Sehubung dengan ini, Celcom memperkenalkan Anna, Duta Perkhidmatan Pelanggan, ikon yang melambangkan kepentingan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, mesra, prihatin dan membantu. Sewaktu pelancaran inovasi ini, Celcom turut memperkenalkan inisiatif-inisiatif perkhidmatan pelanggan yang lain daripada pendaftaran laman web dalam talian bagi pelanggan pascabayar sehingga panggilan percuma sepanjang hari ke pusat panggilan. Pakaian 160 Penyambungan mudah alih – meningkatkan pilihan seseorang seragam baru yang bersesuaian dengan Branded Customer Service juga menarik perhatian sepertimana pelancaran kios tunai di seluruh negara untuk pembayaran tunai, cek dan kad kredit. Pada tahun 2007, Celcom turut melancarkan Channel X, iaitu Saluran Mobiliti Interaktif Maksimum yang menawarkan pelanggan kandungan mudah alih dan muat turun terbaru yang meliputi muzik, filem dan permainan video. Channel X adalah jenama kandungan media silang yang pertama membolehkan pelanggan menikmati kandungan mudah alih melalui Internet, WAP mudah alih, TV dan radio. Portal Channel X boleh diakses di www.channelx.com.my atau dengan mendail *118# dari telefon mudah alih. XPAX Produk prabayar Xpax terus menjadi penyumbang utama hasil keseluruhan Celcom. Ini adalah sebahagian besarnya ekoran kejayaan kempen Xpax Bonus yang menonjolkan 4 bonus berbeza – Bonus Bulanan, Bonus Hari Jadi, Bonus Reload dan Bonus Kekal Aktif. Hasilnya, jumlah pelanggan prabayar meningkat sebanyak 22.9% kepada 5.9 juta. TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 Kempen ‘Siapa Kata Xpax’ juga merupakan kejayaan utama yang bermatlamatkan reposisi Xpax sebagai satu-satunya prabayar yang menawarkan kadar terbaik, liputan terluas, rangkaian terpantas dan bonus terbaik. Dalam usaha menjangkau segmen pekerja asing, Celcom juga memperkenalkan pakej-pakej sasaran dan promosi-promosi khusus bagi komuniti India, Indonesia dan Filipina. JUALAN Dalam arena jualan, tahun 2007 menyaksikan kesinambungan program insentif rakan niaga Celcom yang merupakan faktor kejayaan utama dalam pemulihan yang dialami oleh Kumpulan pada separuh kedua 2006. Jumlah rakan niaga Celcom juga meningkat melebihi 15,000. Celcom turut memperkenalkan konsep kedai runcit berinovatif Blue Cube yang bermatlamat merevolusikan peruncitan telekomunikasi dengan menyediakan para pelanggan peluang merasai teknologi-teknologi terkini. Blue Cube adalah pusat sehenti yang utuh bagi gaya hidup menggunakan alat mudah alih, perkhidmatan 3G dan kandungan mudah alih. Ia adalah kedai berkonsep TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 161 Celcom (Malaysia) Berhad yang pertama membolehkan pelanggan mengalami, menikmati dan merasai rangkaian penuh produk gaya hidup mudah alih yang ditawarkan oleh Celcom. Sehingga Disember 2007 lebih daripada 30 kedai Blue Cube telah dibuka di seluruh negara. Bagi melengkapi Blue Cube, lebih daripada 70 kios mikro dibina dan diletakkan secara strategik di semua pusat membeli-belah utama di seluruh negara yang sekaligus mengukuhkan kewujudan jenama Celcom di lokasilokasi utama ini. Pengenalan tambah nilai mudah Celcom yang didokong oleh platform caj semula dalam talian yang baru dibangunkan dengan kapasiti 1.2 juta transaksi sehari juga telah menghasilkan kestabilan prestasi dalam pasaran. Celcom Business menikmati pertumbuhan teguh perkhidmatan data terkini pada tahun 2007. Ia mencatatkan kenaikan jualan BlackBerry terpantas di rantau ini dan mendapat kontrak pelanggan utama mesin-ke-mesin (M2M) bagi bacaan meter jarak jauh, mengesan kenderaan, POS tanpa wayar dan sambungan ATM. Jualan produk suara teras pada tahun 2007 juga ditingkatkan melalui perluasan saluran dengan wujudnya program Value-Added Reseller dan kerjasama dengan sekutusekutu serantau dan nasional. JALUR LEBAR Bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap hubungan jalur lebar ‘bila-bila masa, di mana sahaja’, Celcom melancarkan perkhidmatan PERNIAGAAN Di sebalik persekitaran berdaya saing yang semakin meningkat, Celcom terus meningkatkan kehadirannya dalam pasaran perusahaan dan dipercayai menjadi pembekal perniagaan mudah alih terbesar negara dari segi hasil. Celcom Business telah diperkenalkan pada tahun 2007 bagi memperjelaskan tawaran produk, komitmen perkhidmatan dan saranan nilai keseluruhan bahagian kepada pelanggan perniagaan. Ini melibatkan peningkatan portfolio produk – dipasarkan di bawah jenama PowerTools – dan mempelbagaikan hubungan suara dan data asas kepada perkhidmatan dan aplikasi perniagaan tambah nilai. Perletakan semula ini diperkukuhkan oleh pengenalan Piagam Perkhidmatan Pelanggan dengan komitmen tahap perkhidmatan yang jelas bagi pelanggan korporat utama. Membawa semangat komuniti ke sekolah-sekolah – Celcom XCHANGE TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 161 TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco Ulasan 08/04/2008 7:54 PM Page 162 Per niagaan Celcom (Malaysia) Berhad jalur lebar berjenama, Celcom Broadband pada Julai 2007 bagi hubungan perniagaan dan peribadi. Produk ini menyediakan tawaran nilai terhebat, jalur lebar mudah alih penuh dan berkelajuan tinggi pada kadar berpatutan. Celcom Broadband menyediakan kelajuan sehingga 3.6 Mbps berdasarkan teknologi Akses Paket Data Berkelajuan Tinggi (HSDPA) dengan liputan 3G dan HSDPA terluas dalam negara, meliputi anggaran 60% daripada populasi. Pelanggan Celcom Broadband juga boleh membuat rayauan secara global menggunakan rangkaian 2.5G atau 3G masing-masing melalui 168 pengendali dan 59 pengendali. Satu ciri unik tawaran jalur lebar adalah fleksibiliti untuk pelanggan memilih Celcom Broadband, atau menggunakan telefon 3G sedia ada sebagai modem. ‘Celcom Broadband’ – Pada bila-bila masa di mana jua 162 TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 Celcom berjaya melancarkan pelbagai pakej harga berinovatif yang menyediakan pilihan pelanggan yang mudah, memenuhi keperluan semua pelanggan: pengguna sederhana boleh memilih pelan bayar bagi setiap penggunaan dengan had bulanan; bagi pengguna pada masa tertentu, Celcom menyediakan satu-satunya pelan tanpa had di Malaysia; pengguna kerap boleh memilih sama ada pakej tanpa had bulanan berkelajuan 384k atau 3.6Mbps. HUBUNGAN STRATEGIK Bagi meluaskan jangkauan dan memanfaatkan peluang-peluang perniagaan baru, Celcom menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa syarikat korporat. Pada tahun 2007, Celcom menjadi pengendali pertama dan satu-satunya pengendali di Malaysia yang menyertai pelbagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNOs) untuk melengkapi perniagaan Celcom yang sedia ada. Buat pertama kali MVNO yang mensasarkan pekerjapekerja asing dilancarkan bersama dengan Merchantrade Asia Sdn Bhd pada Julai 2007 sementara itu juga memorandum persefahaman turut ditandatangani dengan REDtone dan Tune Talk yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2008. Jalinan kerjasama ini akan membolehkan Celcom menumpukan perhatian pada segmen sasaran khusus bagi jenama utamanya sambil membolehkan ia menembusi pasaran baru melalui rakan perkongsian. Selain itu, Celcom turut menandatangani perjanjian perayauan tempatan Malaysia yang pertama di seluruh negara bersama UMobile (dahulunya ini dikenali sebagai MiTV Networks Sdn Bhd). Di bawah perjanjian ini, pelanggan UMobile akan dapat membuat panggilan perayauan dalam rangkaian 2G Celcom yang unggul. TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 163 Celcom (Malaysia) Berhad Celcom juga menandatangani memorandum persefahaman dengan Tune Money untuk melancarkan Kad Visa Prabayar Mudah Alih pertama di Malaysia pada tahun 2008. PROSPEK Tahun 2008 dijangkakan akan menjadi tahun yang menarik dan mencabar bagi industri telekomunikasi mudah alih Malaysia. Selain pelaksanaan Kebolehubahan Nombor Mudah Alih (MNP) dan kemasukan pelbagai MVNO, dua operator 3G lain yang dijangkakan akan melancarkan perkhidmatan mereka akan turut serta bersaing dengan Celcom. Perkembanganperkembangan ini dijangka akan menyemarakkan lagi suasana industri telekomunikasi yang penuh dengan persaingan. Ini juga akan mendorong pengendali-pengendali mudah alih untuk menjadi lebih agresif dan lebih berfokuskan segmen terutama pengambilalihan pelanggan dalam mempertingkatkan pasaran tepu. Di sebalik cabaran-cabaran industri pada tahun 2008, Celcom yakin bahawa inisiatif dan strategi yang dilaksanakan akan membentuk asas teguh bagi prestasi kukuh yang berterusan. Bagi tahun 2008 Celcom meletakkan matlamat untuk: • • • • memfokuskan kepada kekangan nilai dan pertumbuhan sambil mengekalkan keuntungan dengan memberi keutamaan kepada segmen-segmen pasaran utama meluaskan perniagaan perusahaan melalui kerjasama dan meningkatkan pengkhususan berusaha ke arah meningkatkan pengekalan pelanggan dengan memanfaatkan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 2007 meningkatkan usaha untuk menaiktarafkan rangkaian edaran dan mewujudkan saluran-saluran baru, meningkatkan proses-proses operasi dan pelaksanaan sinergi penjimatan kos • • Meluaskan kepimpinan dalam jalur lebar mudah alih dan meningkatkan penggunaan dalam perkhidmatan dan kandungan data mudah alih. Mencipta aliran hasil baru dalam m-commerce dan pengiklanan mudah alih. Celcom juga yakin bahawa selepas langkah pengasingan, sebagai sebahagian daripada operasi mudah alih yang bermatlamat, RegionCo akan menyediakan peluang-peluang yang lebih untuk mencipta nilai dengan mengenal pasti dan melaksanakan amalan terbaik serantau dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat TMI lain untuk merealisasikan peluangpeluang penjimatan kos. Pakej-pakej Celcom yang mempunyai harga yang inovatif dan berpatutan TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 163