Rabiul Akhir 1433 / Mac 2012
Transcription
Rabiul Akhir 1433 / Mac 2012
Nukilan MAS J id BULAT • Bil 4/12 | R-Akhir !"#$%& * ا( و+, و ر./012 م456ا Kami alu-alukan perlantikan Ustaz Ahmad Hafizuddin bin Ismail sebagai Bilal/Siak dan Ustaz Wildan bin Hamid sebagai Siak/Bilal dan mengucapkan selamat datang kepada mereka berdua. Tahniah diucapkan di atas pencapaian Ustaz Ahmad Faisal bin Abdul Hamid yang dikurniakan Doktor Falsafah dalam Pengajian Islam baru-baru ini. Al Fatihah dan ucapan takziah daripada Nazir, JKT dan warga MTAA kepada ahli keluarga Allahyarhamah Salmi bt Abd Majid yang telah kembali ke Rahmtullah pada Ahad, 26 Februari yang lalu. 8.3.2012 Majlis High Tea dan Pemantapan Al-Jabari bersama fasilitator pada jam 5.30 petang di Dewan Dato’ Abdul Wahab. 243 . .2012 9.00 pagi - 12.00 tengahari di Dewan Dato’ Abdul Wahab: • Pelancaran Tabung Khairat dan Kematian. • Upacara pecah tanah rumah jenazah. • Pelancaran Buku Jenazah. • Ceramah Pelaburan dan Wasiat. Segala puji itu hanya bagi Allah S.W.T, Tu h a n P e n t a d b i r seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sungguhlah bulan Rabiul Awal/Februari yang baru sahaja berlalu merupakan bulan yang begitu bersejarah dan bermakna buat kita semua, khususnya kami yang berada di Masjid Tun Abdul Aziz. Pertama kali meraikan hari ulangtahun sejak dirasmikan 35 tahun yang lalu oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj banyak program dan kerja-kerja pengindahan yang dirancang untuk tahun ini sahaja termasuklah hari majlis sambutan pada 25 Februari yang lalu. Ahli kariah dan jemaah yang datang ke masjid pasti terserempak dengan kesibukan pekerja-pekerja menjalankan kerja-kerja pengindahan dewan solat dan dewan serbaguna. Pada waktu yang sama, kuliahkuliah ilmu dan pelbagai aktiviti lain tetap berjalan seperti biasa. Sungguh kami amat terharu dengan tindakbalas yang datang dengan begitu cepat dari jemaah apabila saja disebutkan kerja-kerja pengindahan masjid akan dijalankan khususnya yang membabitkan penulisan khat di dewan solat. Segala niatniat murni untuk mewakafkan sejumlah wang ini dengan segera pula diterjemahkan oleh ahli-ahli kariah dan jemaah. Sebagai fasa pertama projek Khat, hanya 9 jidar atau bahagian dewan sahaja yang dihiasi dengan ayat dari surah-surah pilihan. Untuk makluman, sumbangan dan pungutan wakaf untuk dewan solat begitu juga kerja pengindahan penambahbaikan masih lagi dibuka kepada ahli kariah dan jemaah. Alhamdulillah, kerja-kerja pengindahan biarpun belum begitu sempurna, dapat dilihat keserlahannya sewaktu majlis 1433/Mac 2012 sambutan ulangtahun yang berlangsung pada 25 Februari lalu. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YBhg Datuk Paduka Wan Mahmood bin Pawan Teh, Orang Besar Daerah Gombak yang sudi menghadirkan diri untuk menyampaikan Ucaptama mengenai Allahyarham Tun Abdul Aziz bin Abdul Majid, insan berjasa kepada negeri Selangor dan negara yang namanya dipilih untuk dijadikan nama masjid kita yang unik ini. Benarlah unik masjid kita, tidak sunyi dari pelbagai aktiviti, tidak sunyi dari kunjungan jemaah, tidak sunyi dari panggilan telefon siang dan malam hari. Dalam meraikan kemeriahan sambutan ulangtahun dan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sejak awal tahun, sukalah saya menarik perhatian ahli kariah dan jemaah mengenai jamuan makan yang tidak pernah gagal mengiringi setiap majlis ilmu yang dianjurkan. Rasanya perlu kita berhenti sejenak untuk memikirkan apakah kita ke masjid untuk mengikuti pengajian ilmu, untuk mengisi minda atau semata-mata untuk makan. Kesalahan kami sebenarnya kerana ter lalu ghairah menyediakan makanan sehingga menjadikan ia sebagai satu kemestian dan majlis seperti tidak sempurna jika tidak ditutup dengan jamuan. Amatlah malang jika masjid kita yang terkenal dengan nama Masjid Tun Abdul Aziz atau Masjid Bulat mula lebih dikenali sebagai Masjid Makan. Bermuhasabah diri dan kembali kepada ajaran agama kita, kami kira pendekatan sentiasa menyediakan makanan untuk setiap majlis ilmu ini perlu diberikan penelitian semula. Makanan adalah satu keperluan dalam kehidupan, namun sudah sampai masanya kita berpada-pada. Harapan kami nanti, ahli kariah dan jemaah turut memahami. bersambung... na dari ahli kariah. Kami alu-alukan ahli kariah yang mahu kehadapan dengan satu cadangan dan satu pendekatan, sekadar melontar suara. Sebaiknya, ahli kariah yang ... Bicara Nazir p meluangkan masa merapatkan diri dengan pentadbiran h kami dilantik sebagai pentadbir. kami Turut perlu disebutkan di siniDan jugabenar adalahjugalah kursus melatih beri kepercayaan untuk mentadbir, lantas pantas kami mentadbir, guru-guru dan jemaah dalam pengajian baca dan tulis ngan kekuatan yang diberikan Allah S.W.T, berharap dapat Al-Quran melalui pendekatan Al-Jabari. Didatangkan dan nakan dengan sebaik-baik mungkin. Kerana itulah kami diperkenalkan buat pertama kalinya di negara kita, khususnya uat beberapa keputusan yang kadang kala tidak di masjid kita. Seramai 38 peserta telah hadir menyertai nangkan atau dalam lain-lain perkataan, tidak popular. Perlu kursus yang cadangan diadakan selama hari mulai yang 21 hingga an bahawa apainijuga atau 3tindakan kami23 Februari 2012. Kemuncak ini adalah seminardan yang adalah berpandukan kepada pengajian keperluan semasa diadakan padasedikit hari Ahad, 26.2.2012yang di mana para perserta ngan semua. Amat tindakan diambil tanpa menerima penyertaan dan sijil yang melayakkan mereka warah. Hatta dari sijil sekecil-kecil perkara hinggalah kepada ebesar-besarnya, baik yang memerlukan belanja mahupun untuk mengajar menggunakan pendekatan Al-Jabari. dak. Apatah lagi sekiranya ia memerlukan perbelanjaan Usaha kini sedang dijalankan untuk membentuk suatu badan nggi. Dan tiada seorang pula dari ahli Jawatan Kuasa Tadbir, yang dapat pengajian ini yang membabitkan uga Jawatan Kuasa menggerakkan Kerja yang mengambil imbuhan dari jika tidak semua, sebahagian dari tenaga pelatih yang berjaya. ang disumbangkan oleh orang perseorangan, syarikatInsya Allah, kelas-kelas swasta walau sekecil zarah. pengajian pada beberapa peringkat umur akan dimulakan secara rasmi di masjid kita dalam masa -aktiviti ini pula, ada yang dijalankan di dewan solat, ada di terdekat. bawah dan bilik darjah dan ada yang dijalankan di bilik AgakAda sedikitjuga lewatyang keluaran Nukilan edisi Akhirmasjid ini, saya ah as-Sarif. dijalankan diRabiul kantin Rasionalmohon di sebalik penempatan ini usaha adalah maaf. Keterbatasan waktu danaktiviti tenaga dalam dukan kepada kesesuaian tempat, jumlah kehadiran , keselesaan, ilmu, waktunya dan ada ketika ditunda atau hkan kerana ada keperluan. | KENALI AL-JABARI ada aktiviti 1 yang dipinggirkan, tidak ada juga yang diberi aan. Setiap perubahan yang dibuat, dilakukan mengikut Lewat Januari lalu, uan semasa tanpa mempunyai apa-apa Ustazkepentingan. Ab Rashid, Pengurus Bahagian pendekatan Al-Jabari. Hal Ehwal Islam dan Hardy, Pengurus Yayasan Semesta m e n g u n j u n g i Ya y a s a n A l - J a b a r i d i Bandung untuk mengikuti kursus faham, kita bersangka baik, banyak perkara sentime sentimental boleh diselesaikan. Kita bukan belajar di kaki lima tetapi di kawasan masjid. hari Jumaat ada kalanya menunaikan solat di dewan baw tepi tangga. Alangkah malangnya nasib masjid kita jika jem lari meninggalkan bulat kerana menjalankan tugas-tugasmasjid lain menyebabkan tugasdianggap menghormati mereka? Ilmu menyediakan nukilan diketepikan buatboleh seketika.dipelajari Saya akhiri di mana Fadilat iktikaf diterima bila diniatkan sekali Bicara Nazir, mengingatkan diri saya sendiri dan kitasewaktu semua menimb di dalam masjid seperti yang disampaikan oleh Mantan akan kata-kata ini, Besar, Tuan Haji Mokhyi pada ceramahnya suatu ketika Orang itu memiliki empat tanda: Tetapiriya’ iktikaf juga boleh dilakukan pada bila-bila masa ant sementara 1. Malasmenanti ketika bersendirian, masuk waktu, selepasnya, tidak dan tidakketika juga berada tertakluk pada manusia panjang dan p masanya 2. Bersemangat di tengah waktunya. ramai, 3. Bertambah amalannya jika dipuji, dan Marilah kita kembali ke pangkal jalan; kebenaran itu adal milik4.bersama. Berkurangan amalan jika tidak mendapat pujian. Wassalam. Sekian, terima kasih. Wassalam. !"#$%&' Prof. Dato’ Dr.Tun Zulkifli b Hj. Mohd Yusoff Nazir Masjid Abdul Aziz NAZIR 2| KHAT DAN AWAN LARAT MASJID Bulat baru-baru ini telah menjalankan kerja-kerja pengindahan dewan solat dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada kumpulan Khat yang didatangkan khas dari Yayasan Al-Jabari. Selama berada di Bandung, kedua-dua pengurus tersebut telah berpeluang untuk mendalami pendekatan pantas baca dan tulis melalui pendekatan Al-Jabari. Di samping itu mereka juga dapat membuat bandingan di antara Al-Jabari dan pendekatan Al-Baghadi yang kini sedang dijalankan di negara kita. Terdahulu daripada itu, beberapa perjumpaan telah diadakan di antara Nazir dan JKT MTAA serta kumpulan penulis Khat untuk menentukan jidar, ayat-ayat Al-Quran, jenis tulisan Khat begitu juga rekabentuk awan larat yang hendak dilakarkan di bahagian atas sekali dinding dewan solat termasuk di kubah dan cincinnya. Satu majlis doa selamat turut diadakan sebelum kerja-kerja pengindahan bermula. Peluang itu juga digunakan untuk melihat sendiri bagaimana pihak yayasan mengur us dan menjalankan program tersebut yang semakin menarik perhatian masyarakat Indonesia. Kami ucapkan syabas kepada para pekerja Al-Jabari dan wargakerja MTAA yang sama ber tungkus lumus menyediakan peralatan yang diperlukan begitu juga menyediakan makanan di samping sibuk menjalankan tugas-tugas harian. Turut menemani kedua-duanya adalah Dr Tajuddin Jali, orang yang memungkinkan pembelajaran AlJabari ini dibawa ke masjid kita. Penulis khat dan pelakar awan larat ini mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan hiasan di dewan solat begitu juga tulisan nama masjid di dinding luar bangunan masjid yang dapat dilihat dengan jelas. 2 | NUKILAN R-AKHIR 1433 3 | SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 35 2 5 F E B RUA R I 2 0 1 2 a d a l a h tarikh yang amat bersejarah di Masjid Tun Abdul Aziz kerana buat pertama kalinya masjid meraikan hari ulangtahunnya yang ke 35. D e w a n D a t o ’ A b d u l Wa h a b dihias indah sempena keraian ini melihat kehadiran YBhg D a t u k Paduka Wan Mahmood bin Pawan Teh, Orang Besar Gombak yang memang mengenali Allahyarham Tun Abdul Aziz, yang telah diambil namanya sebagai nama masjid ini, memberikan Ucaptama. Membangkitkan nostalgia, insan yang banyak berjasa ini membuatkan JKT dan warga masjid merasa terpanggil untuk menjadikan Masjid Tun Abdul Aziz sebaik-baik tempat untuk menyatupadukan ummah dengan penyediaan pelbagai aktiviti untuk pelbagai peringkat umur. Majlis telah dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Wan Ainuddin Hilmi, disusuli ucapan Aluan oleh Nazir. Hadirin kemudiannya disajikan dengan paparan video mengenai masjid, dihiburkan oleh nyanyian lagu-lagu bercorak keagamaan oleh pelajar-pelajar KAFA sebelum diakhiri dengan Forum “Peranan Masjid dalam Transformasi Masyarakat”. Bual bicara yang menarik, ringkas dan padat oleh Prof. Datin Dr Azizan bt Baharuddin, Timbalan Pengarah IKIM, Dr Norrodzoh bt Hj Siren dari Universiti Malaya serta Ust Syed Mohd Norhisyam b Tuan Padang dan dikemudikan oleh Imam Muda Hizbur Rahman b Omar Zuhdi menyebabkan masa yang berlalu tidak terasa. Majlis telah diakhiri dengan jamuan dan harapan semua yang hadir berpuashati dengan apa yang telah dihidangkan di pagi tersebut. 4 | JAHITAN MANIK Setelah berihat beberapa minggu, Biro Wanita telah menganjurkan satu bengkel jahitan manik yang berlangsung di Maktabah as-Sharif pada 11.2.2012. Setiap peser ta dibekalkan dengan bahan-bahan yang diperlukan dan hanya dikenakan bayaran minima sebanyak RM10.00. Para perserta telah ditunjukkan teknik asas menjahit manik di atas kain. • WAKT U SO L AT Tarikh Subuh Syuruk Zohor Asar 01/3 08/3 15/3 22/3 29/3 6:08 6:07 6:04 6:01 5:58 7:25 7:23 7:20 7:17 7:14 Maghrib Isyak 13:28 16:43 19:29 13:27 16:39 19:28 13:25 16:33 19:27 13:23 16:27 19:25 13:21 16:20 19:24 20:38 20:37 20:36 20:34 20:33 Lawat www.masjidbulat.org untuk mendapatkan waktu solat harian terkini. 5| SEMINAR DAN PENYAMPAIAN SIJIL Kursus teknik pembelajaran pantas baca dan tulis Al-Quran melalui pendekatan Al-Jabari untuk tenaga pengajar (Training of the Trainers | TOT) telah diadakan di Maktabah as-Sharif dari 21 -23 Februari yang baru berlalu. Seramai 38 peserta telah mendaftar dan berjaya mengikuti kursus ini yang menggunakan bacaan/nyanyian Selawat Badar sebagai teknik menguatkan daya ingatan bunyi huruf-huruf hijaiyah. Kursus dikendalikan mengikut modul pembelajaran yang disediakan dan dikelolakan oleh badan Yayasan Al-Jabari yang turut melatih peserta menulis mengikut tulisan khat yang betul. Peserta-peserta terdiri daripada beberapa orang guru KAFA Al-Aziziah, pelajar-pelajar Universiti Malaya dan orang perseorangan. Turut menyertai kursus tersebut adalah Hj Mohd Khanafiah yang merupakan Ketua Bahagian Dakwah dan Islah. Seminar Al-Jabari pula telah diadakan pada 25.2.2012 di mana hadirin yang diundang khas telah diberi penerangan keberkesanan kaedah Al-Jabari oleh pengasasnya sendiri. 6| JALINAN PERSAHABATAN MULAI Januari lalu, Bahagian D a k w a h dan Islah telah memulakan satu perniagaan menjual pakaian, bergandingan B i ro Wa n i t a y a n g menjual makanan beku. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan oleh Biro Wanita adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal menambah pendapatan keluarga. Manakala usaha yang dilakukan oleh Bahagian Dakwah pula adalah untuk membantu Masjid Anwar di Ho Chin Minh, Vietnam yang menampung pembelajaran lebih kurang 60 orang kanak-kanak beragama Islam di situ. Untuk makluman pembaca, seramai 6 orang pelajar telah dibawa ke Malaysia pada tahun 2006 untuk mengaji di Kolej Insaniah di mana 2 orang telahpun berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir dan 1 orang di Thailand. Jumlah mereka telahpun bertambah dan seramai 30 orang pelajar kini mengikuti pengajian di Yayasan Al-Bukhari dan sejumlah lagi di beberapa tempat di Terengganu. Dalam majlis ringkas penyerahan hasil dari jualan baju kurung oleh Datin Norfiah kepada Ustaz Abdul Rahman bin Abdul Rahim baru-baru ini, turut dibincangkan adalah barangan lain yang boleh meningkatkan hasil jualan. NUKILAN R-AKHIR 1433 |3 7 | MAULIDUR RASUL 9 Buat pertama kalinya Majlis Maulidur Rasul telah diadakan di masjid secara besar-besaran yang membabitkan perarakan pelajar-pelajar serta guru-guru KAFA dan anggota JKT serta wargakerja MTAA. | MAJLIS SILATURRAHIM 1 Wa k i l - w a k i l k aw a s a n perumahan telah diraikan di dalam satu jamuan petang di awal bulan Februari. Majlis tersebut telah diatur untuk meraikan perhubungan silaturrahim yang baru saja dijalin juga untuk mendapat maklumat serta maklumbalas mengenai keadaan dan keperluan penduduk-penduduk di kawasan mereka. Biarpun jaraknya tidak sejauh mana, ia sedikit sebanyak mendatangkan kepuasan dan menghilangkan rindu kerana perarakan sudah lama tidak diadakan. Keperluan-keperluan ini diharap nanti dapat diteliti yang akhirnya nanti dapat diterjemahkan dengan bantuan dari Yayasan Semesta, samada di dalam bentuk penyediaan tenaga pengajar kelas tiusyen, bengkel kemahir an atau cer amahceramah motivasi. Majlis telah mengundang Kumpulan Al-Hilal dari Pendang untuk bacaan berzanji dan rawi yang diakhiri dengan acara tahnik dan potong jambul. Golongan muda barangkali tidak begitu menghargai bacaan berzanji tetapi golongan warga emas dilihat begitu tekun mendengar butir-butir bacaan yang dilontarkan oleh ahli-ahli kumpulan Al-Hilal yang merupakan bekas-bekas Qari Kebangsaan negara. 8 | MAULIDUR RASUL Memenuhi undangan SMKP Sri Aman, kami t e l a h m e b aw a X i f u Naser, pensyarah UIA yang juga seorang pendakwah bebas untuk memberikan ceramah di sekolah tersebut pada 9.2.2012 sempena majlis sambutan Maulidur Rasul. Xifu Naser mengambil pendekatan yang berbeza dalam menzahirkan peribadi Rasulullah S.A.W iaitu dengan membuat perbandingan agama, menerangkan apa yang halal dan haram dari segi makanan, perbuatan dan amalan. Sesi ceramah ini berjalan dalam suasana santai dan ceria membuatkan pelajar-pelajar juga guru-guru tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Alhamdulillah. 10 | MAJLIS SILATURRAHIM 2 Kami juga merasa amat gembira dengan sambutan yang telah diberikan oleh sekolah-sekolah menengah dan rendah yang diundang untuk majlis silaturrahim yang diadakan baru-baru ini. Sesi ini memberi peluang untuk JKT masjid saling berkenalan dan mendengar Pengetua, Penolong Pengetua juga Ketua Panatia dan guru-guru memberi sedikit penjelasan mengenai sekolah-sekolah mereka. Kehadiran Nazir pada petang itu memberi ruang kepadanya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru-guru yang hadir. Hubungan dengan SMKP Sri Aman sudahpun terjalin, semuga menjadi lebih akrab dan perhubungan dengan sekolah-sekolah lain pula dijalin dan dengan berkerjasama, beberapa program berbentuk ilmiah dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan. • Mutu gambar di dalam Nukilan tidak begitu memuaskan. Lawat www.facebook.com dan klik album gambar • Nukilan Masjid Bulat diterbitkan oleh Masjid Tun Abdul Aziz (MTAA | Masjid Bulat), Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 79585868 | E-mel: nukilan@masjidbulat.org | L/web: www.masjidbulat.org | www.facebook.com/masjidbulat | V/4.3.2012
Similar documents
Rabiul Awal 1433 / Feb 2012
Al-Quran mulai hari Jumaat, 2.12.2011 yang lalu. Perkhidmatan ini disediakan pada hari Jumaat pertama setiap bulan untuk pesakit-pesakit yang datang dari seksyen 14 dan kawasan persekitaran.
More information