7. Buletin Sintok Edisi Nov 2010
Transcription
7. Buletin Sintok Edisi Nov 2010
Teruskan langkah... ciptakan sejarah... Kita boleh ! BULETIN SINTOK S K B A N D A R B A R U S I N T O K NOVEMBER 2010 www.skbbsintok.net BIL. 7 04-9244299 Cikgu Hulmi menulis... Assalamualaikum. Kepada murid Tahun 6, bersyukur kerana kamu telah sampai ke penghujung persekolahan rendah dengan jayanya. Langkah kamu di depan masih jauh. Banyak lagi ranjau dan onak yang akan kamu tempuhi selepas ini. Suatu hari nanti, kamu pasti membuat keputusan sendiri tanpa kamu merujuk lagi kepada ibu, ayah, guru, kawan-kawan dan sebagainya. Keputusan yang kamu buat akan menentukan hidup kamu, masa depan kamu. Kamu perlu membuat keputusan sama ada ya atau tidak, mahu atau tidak mahu, nak teruskan tindakan kamu atau berhenti daripada melakukan sesuatu perkara. Pastinya ia suatu keputusan yang akan kamu buat berdasarkan pengetahuan dan ilmu yang ada dalam diri kamu. Silap keputusan yang kamu buat, akan memberi kesan yang mendalam dalam diri kamu nanti. Akhir kata, SELAMAT BERCUTI dan INSYAALLAH, kita akan berjumpa lagi di tahun hadapan. Selamatbergraduasi1 Selamatbergraduasi1 Jangan lupakan kenangan kita di sini !! Credit to Cikgu Syed Rizan buletin sintok Page 2 AKTIVITIKITASANASINI... 2929-30 Oktober - Unit Beruniform sekolah telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Kedawang, Langkawi. Di sana, mereka telah mengadakan aktiviti Flying Fox sempena sambutan 100 tahun sekolah itu. Selain itu, kami turut melawat Kilang Gamat, Makam Mahsuri, Galeri Perdana, Dataran Helang serta membeli belah di Pekan Kuah. Rumah Hantu merupakan salah satu acara sempena Hari Kokurikulum pada Selasa, 9 November yang lalu. Ianya mendapat sambutan hangat dari para murid. Selain itu, turut diadakan persembahan band muzik yang diundang khas, tayangan video, pemeriksaan mata percuma selain jualan dari gerai-gerai. Nampaknya adik Mohd Syatir, 1 Sena berjaya memenangi sebuah basikal dalam acara cabutan bertuah tahun ini. SENARAI MURID 5A UPSR 2010 1. Faten Najiah bt. Mohamad Fadzil 2. Alya bt. Amri 3. Nor Syuhada bt. Azam 4. Anis Fatini bt. Shamsul Bahrain 5. Aida Farzana bt. Mohd Hafizie 6. Engku Afif Akramin b. Engku Mohd Nazri 7. Muhamad Nor Sufyan b. Yazi 8. Muhd Akmal b. Ariffin 9. Qistina Fisha bt. Mohd Fisol 10. Nurul Najiah bt. Khairul Najmy 11. Fatin Izzaty bt. Yusri 12. Nor Aqilah bt. Muhammad Asri 13. Nur Nazifa bt. Rosli 14. Nurul Amirah bt. Mohd Naser 15. Zatil Iffah bt. Mohd Zamri 16. Khairul Nur Wahida bt. Kamisan 17. Nor Shahira bt. Hassan 18. Anis Amira bt. Shaheen Azizi 19. Arissa Suraya bt. Zulfitri 20. Puteri Nur Juhanis bt. Jefry Keseluruhan lulus = 65.3 % BM1 (94%) BM2 (88%) BI (72.7%) MAT (78.7%) Sc (92%) Laporan Perkhemahan Perdana Unit Berunifom Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok Pada hari Rabu, 6 hingga 8 Oktober 2010 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok telah mengadakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform. Seramai 189 ahli pelbagai unit beruniform telah menyertai perkhemahan yang telah diadakan. Tujuan perkhemahan ini diadakan untuk mendedahkan ahli-ahli unit beruniform kepada semangat berkumpulan, berkerjasama dan berdikari. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya ialah mendirikan khemah, kawad kaki, memasak dan sebagainya. Perkhemahan yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Tuan Haji Ahmad Hulmi B. Haji Ismail. Selepas mendengar taklimat yang diberi daripada guru besar, kami pula diberi sedikit taklimat berkenaan peraturan-peraturan yang ditetapkan sepanjang perkhemahan dijalankan.Kedatangan Jabatan Pertahanan Awam sangat bermakna dan dialu-alukan kerana kami diberi peluang untuk belajar cara-cara mencegah kebakaran, merawat luka dan mengelakkan daripada tercekik. Selain itu kami turut mengadakan aktiviti Jalan Lasak sejauh 8km, seisi burung hantu serta aerobik beramai-ramai. Sebelum majlis penutupan, kami berkawad di padang sekolah untuk kali keduanya. Sewaktu majlis penutupan guru besar menyerahkan sijilsijil penyertaan kepada para peserta. Di dalam taklimat guru besar, beliau sempat menyatakan perasaan gembira kerana perkhemahan kali ini dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar. Guru Besar juga berkata bahawa beliau amat kagum melihat sikap pelajar-pelajar, ‘Bagaikan Aur Dengan Tebing’. Para peserta perkhemahan berasa amat seronok kerana mendapat banyak pengalaman sepanjang perkhemahan tersebut diadakan. Disediakan oleh, …………………….. (NUR AFINI MOHD LATFEE) Setiausaha, Persatuan Pengakap Kanak-Kanak Malaysia, 11 OKTOBER 2010 Catatan: Terima kasih kepada Nur Ira Enati (Puteri Islam), Najiah Mokhtar (PBSM) kerana turut membantu menyediakan laporan ini. November 2010 Page 3 CATATANDIARIKUoleh Azrul Irfan (6 Teja) dan Nur Nazifa (6 Jati) LAWATANSAMBILBELAJARMURIDTAHUN$ Khamis, 21 Ooktober 2010 Aku sungguh teruja apabila dapat tahu aku terpilih antara semua murid Tahun 6 untuk pergi lawatan ke Pulau Pinang. Pada pukul 2:15 petang, aku serta kawan-kawan menaiki bas dan bertolak ke Pulau Pinang. Kira-kira 40 murid dan 6 guru mengikuti lawatan sambil belajar. Kata Ustaz Mior, program ini diharap melahirkan generasi saintis Islam tersohor. Tiga jam kemudian kami tiba di Pulau Pinang dan menuju ke destinasi yang pertama iaitu ke Pusat Falak Sheikh Tahir. Di sana terdapat banyak anak tangga. Kami berhenti sementara kerana keletihan menaiki tangga itu. Namun, ia tidaklah mematahkan semangatku. Pada waktu malam, kami berlawan Roket Penyedut Minuman. Selepas itu, kami diberi taklimat buruj, bintang dan bulan oleh fasiliator di sana. “skodeng ape tu, Baidi ?” Kira-kira pukul 11.00 malam aku terus ke tempat untuk mencerap bulan dan Planet Jupiter. Apabila aku melihat bulan, aku terasa bulan itu berada sangat dekat denganku. Betapa keagungan dan kebesaran Ilahi. Dijangka pada pukul 3 pagi, kami bakal menyaksikan hujan meteor (meteor shower) namun aku berasa sedih kerana hujan mulai turun. Diramalkan juga akan berlaku peristiwa ini lagi pada 13 - 15 Disember nanti. Tak sabar rasanya menanti tarikh itu.!! Bersama fasilitator di Pusat Falak Jumaat, 22 Oktober 2010 Pada pukul 9:00 pagi, kami bertolak ke destinasi kedua iaitu Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM. Tiba di sana, kami diberi sedikit taklimat oleh Profesor Dr. Chong sebelum kami dibawa ke Bilik Peta Buruj. Wah, begitu bersemangan dan menghiburkan dengan penerangan dia. Kami turut diajar cara untuk membina sendiri sebuah roket air. Apabila siap, kami terus mencuba untuk melancarkannya. Fuhhh... gempak gila!!! Di situ juga, terdapat pelbagai pameran dan info sains yang amat menarik. Kami berpeluang mencerap Matahari dengan menggunakan teropong khas. “Kawan-kawan jangan pandang direct ke matahari, nanti buta tau.” Kami juga sempat Pelancaran roket air oleh Aida Farzana Saya bermain buih sabun “terima kasih Dr. Chong” bermain buih-buih sabun... Besttt!! Kemudian, kami pergi ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Pusat Akuarium dan Taman Burung. Agak hampa kerana Pusat Akuarium terpaksa ditutup kerana kerja-kerja pengubahsuaian. Manakala, ketika di Taman Burung pula, kami dihiburkan dengan pelbagai keletah burung yang bernama Johnny dan Adam. Seronok tengok burung hantu yang terlatih terbang melintasi kepala kami. Budak perempuan melompat ketakutan apabila dihampiri burung flamingo yang besar tu... Selepas selesai Birds Show, hehehe sama lah, aku pun lari!! kami mengambil Kami berhenti solat jamak di R&R Gurun dan tiba di kesempatan bergambar sekolah jam 9 malam. Aku berasa amat gembira kerana lawatan bersama burung enggang ini telah membuka minda kami tentang bidang astronomi dan dan burung helang sumbangan cendikiawan Islam terdahulu. Sesungguhnya semuanya telah dinyatakan dalam Quran. Pengalaman ini amatlah berharga, insya Allah akan aku serta kawan-kawan bersama mengembangkan bidang sains dan teknologi selaras dengan syiar Islam. AMIN!! Bersama kawankawan-kawanku bermain dengan burung nuri SekitarKarnivalSukan(Permainan SKBBSpada+, SKBBSpada+,-Oktober1 -Oktober1 Credit to Cikgu Syed and Cikgu Sharizan Wajah gembira Akhbar setelah muncul wira, dengan menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan penalti. Page 4 Aisey.. Wahida terjatuh sewaktu perebutan bola jaring !! Catur (L) 1. Syarafuddin (Kinabalu) 2. Solihin (Ledang) 3. Mukri Hadi (Jerai) Catur (P) 1. Alya Amri (Tahan) 2. Nur Adila (Kinabalu) 3. Nur Amanina (Ledang) Bola Sepak 1. Kinabalu A 2. Jerai A 3. Ledang B Sepak Takraw 1. Jerai A 2. Ledang A 3. Ledang B Bola Jaring 1. Jerai A 2. Tahan A 3. Ledang B Bola Baling 1. Jerai A 2. Tahan A 3. Ledang B Meskipun meledak dengan 5 gol, Kamil ‘Kaka’ sedih kerana gagal membantu pasukannya, Jerai muncul juara. Tak apa, cuba lagi tahun hadapan!! Pemain Terbaik Perlawanan Bola Sepak Sepak Takraw Bola Jaring Bola Balin g - Mohd Fahmi Aminuddin b. Kassim dari 5 Jati (Kinabalu) - Mohd Najmie dari 6 Teja (Ledang) - Nur Fatin Najwa bt. Rosaidi dari 5 Jati (Jerai) - Noor Izzah Athirah bt. Baharain dari 5 Saga (Tahan) Coach sibuk mengatur strategi pasukan Ledang The Blues