pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian
Transcription
pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ii UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II SESI PENGAJIAN : Saya : 2009/2010 AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : D0-15, P/PURI SEERI MESRA _______________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) PM. DR. ZALEHA BT. ISMAIL (NAMA PENYELIA) TAMAN WAWASAN, 43100 HULU LANGAT, SELANGOR Tarikh : Tarikh : CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ii PENGAKUAN PENYELIA “Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)” Tandatangan: ………………………………............ Nama Penyelia: PM. DR. ZALEHA BT. ISMAIL Tarikh: ……………………………………… iii PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : ....................................... Nama Pelajar : AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN Tarikh : ....................................... iv DEDIKASI Jutaan Terima Kasih Kepada Ayahanda, Abd Rahman B Jupri Bonda, Tosilah Bte Marmin Serta Adinda-adinda Di Atas Kasih Sayang, Tunjuk Ajar Dan Doa v PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan laporan ini selengkapnya. Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala keburukan, kekurangan dan kesilapan yang berlaku adalah hasil daripada kelemahan diri saya sendiri selaku hamba yang lemah. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada PM. Dr. Zaleha Bt. Ismail atas kerjasama, tunjuk ajar, bimbingan, toleransi serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan beliau kepada saya sepanjang proses penyediaan laporan ini. Tunjuk ajar beliau serta komen-komen membina yang beliau berikan banyak membantu dalam meningkatkan lagi kualiti laporan saya supaya memenuhi kehendak-kehendak yang disasarkan untuk PSM ini. Tidak lupa kepada ibu bapa yang dikasihi yang banyak memberikan bantuan, dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar. Kepada rakan-rakan, Kak Ikin, Aina dan Kak Zida, Kakak semoga jasa baik kalian dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T. Akhir sekali, saya sudahi dengan salam takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Sekian. Terima Kasih. vi ABSTRAK Pemikiran statistik adalah strategi pemikiran yang melibatkan perwakilan, penyiasatan empirik berulang, gabungan konteks dalam statistik, kepelbagaian, pengenalan bagi keperluan data serta penaakulan terhadap model. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik KBSM yang menekankan penaakulan matematik. Walaupun KBSM memfokuskan kepada pemikiran kreatif dan kritis, penaakulan dan penyelesaian masalah, namun di peringkat perlaksanaan lazimnya penumpuan terbatas kepada kemahiran prosedur sahaja. Di samping itu, pembelajaran berasaskan web adalah satu alternatif yang berkesan dalam pendidikan kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang menyokong pembelajaran kendiri. Sekarang ini, pembelajaran menggunakan epembelajaran banyak diterapkan di sekolah di mana kebanyakan sekolah yang melanggani beberapa web portal yang sedia ada hanya menekankan pembelajaran berasaskan peperiksaan semata-mata. Kebanyakkan sekolah yang melanggan adalah untuk pelajar-pelajar mereka yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR atau SPM. Namun, berbeza dengan web portal sedia ada, web portal yang dibangunkan ini lebih memfokuskan kepada strategi pemikiran statistik yang menjangkau isi kandungan statistik di sekolah. Bagi membangunkan Web Portal Pemikiran Statistik II ini, perisian sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai MOODLE dipilih. MOODLE mempunyai ciri-ciri interaktif dan mesra pengguna disamping reka bentuknya yang menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Bagi memastikan pembangunan dilakukan dengan sistematik, model ADDIE yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian telah digunakan. Bahan E-Pembelajaran yang terdapat dalam Web Portal Pemikiran Algebra ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif seperti kuiz yang pelbagai format, tugasan, forum, ‘chat’ dan jurnal. Selain itu, persekitaran pembelajaran web portal ini turut disertakan dengan grafik, audio, video dan animasi yang menarik. vii ABSTRACT Statistical thinking is a thinking strategy that involves representation, empirical enquiry cycle, integrating contextual with statistical, variation, recognition of the need for data and also reasoning with model. This strategy is paralleled with the objective of mathematics education in KBSM which emphasize on mathematical reasoning. In the recent learning of practice, the statistic concentrated only on procedure skills in spite of KBSM that emphasize on creative thinking, reasoning and problem solving. Alternatively, Web-based learning is observed as an efficient means of conveying courses in education as well as this method can sustain studentcentered learning. At the present time, numerous schools persuade their students to learn through e-learning which they subscribed the web portal in the marketplace. Unfortunately, these web portals are too focusing on exam oriented. These are for those students who are going to sit for the upcoming UPSR, PMR or SPM. Different from the others web portal in market, this web portal focuses on statistical thinking strategies. The Web Portal Statistic II was constructing on course management system software called MOODLE. MOODLE is interactive and user-friendly while supporting the principles of social constructivism. To ensure the development is systematic, ADDIE’s model which comprises of five phases namely analysis, design, development, implementation and evaluation are adopted. This web portal provides a lot of interactive activities likes quiz of various formatting, lesson, assignment, forum, chat and journal. Besides that, the learning environment is enhanced with an interactive graphics, audio, video and animations. viii ISI KANDUNGAN BAB 1 TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI LAMPIRAN xvi SENARAI SINGKATAN xvii PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Penyataan Masalah 7 1.4 Objektif Projek 7 1.5 Kepentingan Projek 8 1.5.1 Pelajar 8 1.5.2 Guru 9 1.5.3 Sekolah 9 1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 10 1.6 Skop dan Batasan Kajian 10 1.7 Kerangka Teori 11 ix 1.8 Definisi Istilah 11 1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 1.8 2 11 1.8.2 Pelajar 12 1.8.3 Web Portal Pendidikan 12 1.8.4 E-Pembelajaran 12 1.8.5 Sistem Sokongan Kendiri Atas Talian 13 1.8.6 Pengajaran 13 1.8.7 Pembelajaran 13 Penutup 14 TINJAUAN PENULISAN 15 2.1 Pengenalan 15 2.2 E-Pembelajaran 16 2.2.1 Definisi E-Pembelajaran 16 2.2.2 Kelebihan E-Pembelajaran 18 Portal Pendidikan 20 2.3.1 Kelebihan Portal Pendidikan 21 2.3.2 Portal Pendidikan di Malaysia 22 2.3 2.3.2.1 Score A 22 2.3.2.2 Cikgu.Net 23 2.3.2.3 Portal Pendidikan Utusan 24 2.3.2.4 Guru.net 25 2.3.3 Portal Pendidikan Luar Negara 26 2.3.3.1 CoolMath.com 26 2.4 LMS (Learning Management System) 27 2.5 MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment) 2.6 30 Kelebihan MOODLE sebagai LMS Pilihan 31 2.7 MOODLE Sebagai Bahan Bantu Mengajar 33 2.8 Teori Pembelajaran yang disokong MOODLE : Teori Konstruktivisme Sosial 2.9 Pemahaman Konsep dan Penyelesaian 34 x berasaskan masalah bagi topik ’Statistics II’ Matematik Tingkatan Tiga 2.10 2.11 2.12 3 36 Miskonsepsi dalam Topik ’Statistics II’ Matematik Tingkatan Tiga KBSM 37 Pemikiran Statistik 40 2.11.1 Definisi Pemikiran Statistik 40 Penutup 42 PROSEDUR PEMBANGUNAN 43 3.1 Pengenalan 43 3.2 Kaedah Pelaksanaan 43 3.2.1 Analisis ( analysis ) 45 3.2.1.1 Pengguna 46 3.2.1.2 Persekitaran Pembelajaran 46 3.2.1.3 Matlamat Pelajaran 47 3.2.1.4 Aras Soalan 47 3.2.1.5 Miskonsepsi Berkaitan Topik Statistics II Matematik Tingkatan Tiga KBSM 48 3.2.1.6 Perbandingan Ciri-Ciri yang Dimiliki dengan Web Portal Pendidikan Sedia Ada 51 3.2.2 Reka bentuk ( design ) 3.2.3 51 3.2.2.1 Pembentukan Objektif 51 3.2.2.2 Pembinaan Item Teori 53 3.2.2.3 Pemilihan Strategi 54 Pembangunan (development) 54 3.2.3.1 Nota Pengajaran Guru (Teacher’s Note) 55 3.2.3.2 Nota Pembelajaran Pelajar (Student’s Note) 55 3.2.3.3 Kuiz (Quiz) 55 3.2.3.4 Tugasan (Assignment) 56 3.2.3.5 Forum 56 xi 3.2.3.6 Chat 56 3.2.3.7 Jurnal 56 3.2.4 Implementasi (Implementation) 57 3.2.5 Penilaian (evaluation) 3.3 4 Penutup 57 58 HASIL PEMBANGUNAN 59 4.1 Pengenalan 59 4.2 Sistem Sokongan Kendiri Atas Talian (Online Self Study Support System) 60 4.2.1 Skrin akses Daftar Masuk ‘Login’ 60 4.2.2 Penstrukturan dalam penyampaian bahan E-Pembelajaran 4.3 62 Hasil Projek bahan E-Pembelajaran bertajuk ‘Statistics II’ 62 4.3.1 Nota Pembelajaran dan Latihan (Learn & Practice) 63 4.3.2 Kuiz (Test Yourself) 65 4.3.3 Nota Guru (Lecture Note) 67 4.3.4 Tugasan Offline (Do it Offline) 69 4.3.5 Forum (Which one is the average?) 5 70 4.3.6 Forum 72 4.3.7 Perbualan (Chat) 72 4.3.8 Jurnal (Journal) 73 4.4 Pengujian 74 4.5 Penutup 75 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 76 5.1 Pengenalan 76 5.2 Perbincangan 78 5.2.1 Kelebihan Web Portal 78 xii 5.2.2 5.3 Kelemahan Web Portal 79 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan Projek 80 5.3.1 Kepakaran Yang Terhad 80 5.3.2 Capaian Internet 81 5.3.3 Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran 81 5.4 Cadangan 82 5.5 Kesimpulan 83 5.6 Penutup 83 RUJUKAN 85 Lampiran 89-97 xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL 3.1 TAJUK Jadual Item Soalan, Jawapan dan Maklumbalas Bagi Kuiz Statistics II 3.2 MUKA SURAT 49 Jadual Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran mengikut sukatan matapelajaran Statistics II Tingkatan Tiga 52 xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kerangka Teoari Projek 11 2.1 Laman Utama Portal Pendidikan Score A 22 2.2 Laman Utama Portal Pendidikan CikguNet 23 2.3 Laman Utama Portal Pendidikan Utusan 25 2.4 Laman Utama Portal Pendidikan Guru.net 26 2.5 Laman Utama Portal CoolMath.com 27 2.6 Dimensi 1 : Kitaran Penyiasatan bagi Rangka Kerja ‘Statistical Thinking’ 41 3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 45 3.2 Aras Soalan Dalam Domain Kognitif Bloom (1956) 48 4.1 Skrin Daftar Masuk(Login) 61 4.2 Skrin Create new account 61 xv 4.3 Skrin Pilihan Topik 4.4 Skrin Main Menu topik ‘Statistics II’ 4.5 Skrin yang menunjukkan penggunaan butang navigasi 4.6 Skrin latihan dan maklumbalas dalam nota pembelajaran dan latihan 4.7 61 63 64 Skrin maklumbalas bagi jawapan yang salah bagi topik ‘Statistics II’ 4.8 64 65 Skrin maklumbalas bagi jawapan yang betul bagi topik ‘Statistics II’ 66 4.9 Skrin paparan markah 66 4.10 Skrin pilihan untuk menyimpan nota 67 4.11 Slaid yang terus dimainkan dalam mode skrin penuh 68 4.12 Skrin learning outcome bagi subtopik ’Pie Charts’ 69 4.13 Skrin tugasan bagi topik ‘Statistics II’ 70 4.14 Skrin forum yang memberi arahan untuk aktiviti Statistical Thinking 4.15 Skrin yang menunjukkan pelajar perlu untuk menekan ‘Reply’ untuk memberikan pandangan. 4.16 71 71 Skrin ‘Discussion’ forum untuk membincangkan masalah pelajar 72 xvi 4.17 Skrin aktiviti Chat 73 4.18 Skrin journal bagi topik ‘Statistics II’ 73 xvii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A ITEM MAKLUMBALAS 89 B ANALISIS ITEM MAKLUMBALAS 92 xviii SENARAI SINGKATAN CD ROM - Compact Disc – Read Only Memory CMS - Course Management System DVD - Digital Video Disc FTP - File Transfer Protocol HTML - Hyper Text Markup Language ICT - Information and communication technologies IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam IT - Information Technology KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Tinggi LAN - Local Area Network LMS - Learning Management System MMLS - Multimedia Learning System xix MMU - Multimedia University MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment MSC - Multimedia Super Corridor MyLMS - My Learning Management System NITA - National Information Technology Agenda NITC - National Information Technology Council ORB - Object Request Broker OUM - Open University of Malaysia OSSS - Online Self-Study Support System P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PMR - Penilaian Menengah Rendah SPM - Sijil Penilaian Menengah UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia WAN - World Area Network 2 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dengan melihat dunia pada masa kini, hampir boleh dikatakan telah tercabar dengan kemajuan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang serba canggih dan moden kerana perkembangannya yang pesat dan membangun di mana ianya sejajar dengan perjalanan masa sebagai pengaruh apabila ciptaan baru boleh ditemui pada setiap hari. Sumber maklumat pada masa ini amat mudah diperolehi jika hendak dibandingkan dengan masa lampau kerana ianya tidak terhad pada satusatu sumber sahaja contohnya seperti surat khabar, televisyen malah radio di antaranya. Sumber-sember maklumat kini boleh didapati di dalam pelbagai bentuk medium di mana salah satu antaranya yang paling popular iaitu pencarian dan mendapatkan maklumat melalui jaringan internet. Segalanya kini menjadi mudah hanya berhadapan dengan monitor, menaip dan menekan tetikus sahaja. Sesuai dengan perbandingan bahasa yang bermaksud dunia hanya berada di hujung jari. Sumber yang diperolehi adalah sangat tidak terhad. Kaedah pencarian maklumat berubah seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Revolusi maklumat yang seterusnya mewujudkan era maklumat yang akan membawa perubahan yang menyeluruh kepada cara hidup masyarakat baru yang lebih celik ICT (Baharuddin, 2003). Maka dengan ini, masyarakat kini yang 2 terbentuk kesan daripada perubahan ini adalah lebih berupaya dan berilmu pengetahuan selari dengan perkembangan teknologi maklumat. Penerimaan yang diperolehi ini boleh dikatakan memberi impak yang cukup besar terutamanya dari aspek pendidikan di mana apabila kita melihat kepada pendidikan itu sendiri ianya membawa maksud proses penerimaan dan pemberian maklumat melalui komunikasi diantara pendidik dan pelajar, secara tidak langsung proses penyampaian dalam pendidikan mengalami perubahan yang amat ketara kerana melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kini dengan hanya berhubung melalui jaringan internet, seseorang itu boleh mendapatkan maklumat hanya di hujung jari. Berbalik semula kaitan antara teknolgi maklumat dengan pendidikan, gaya pembelajaran yang baru kini dikenali sebagai EPembelajaran. E-Pembelajaran walaupun bukanlah sebagai penyelesaian yang menyeluruh akan tetapi ianya dilihat sebagai pilihan yang terbaik bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran untuk menggantikan kaedah tradisi ‘chalk and talk’. Modul E-Pembelajaran Interaktif yang diperkenalkan ini merupakan suatu alternatif kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang lama, iaitu bagaimana sesetengah sumber maklumat itu boleh digarap untuk disampaikan secara elektronik kepada ramai orang. Laman web E-Pembelajaran ini dapat merealisasikan segala kemungkinan yang tidak dapat dinyatakan di dalam kelas kerana ianya merupakan sesuatu yang tidak terbatas kepada pengajaran secara lisan, namun melibatkan pemvisualan dan lebih penting ianya adalah interaktif di mana dapat menjadikan suasana persekitaran pembelajaran lebih bermakna. Apa yang dapat diertikan dengan E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul penyediaan bahan bantu mengajar secara elektronik atau yang lebih tepat melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Modul dan kertas cadangan ini secara tidak langsung akan dapat membincangkan kepentingannya dalam proses pembelajaran dan membantu guru-guru di dalam proses pengajaran. Walaubagaimanapun ia bukanlah penyelesai bagi proses pengajaran dan pembelajaran akan tetapi salah satu strategi alternatif dalam membawa perubahan bagi proses pembelajaran dan pengajaran dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dalam satu-satu subjek yang mungkin sukar. E-Pembelajaran ataupun dikenali sebagai ‘E-Learning’ ini 3 merupakan kaedah pembelajaran secara elektronik dan digital. Ianya telah lama diketengahkan oleh intelektual pendidikan dunia dan Malaysia sendiri. Melalui modul ini juga, segala pengajaran dapat di tambah dan dibaiki dalam peringkat pelaksanaan. Melalui E-Pembelajaran ini juga yang merupakan modul pembelajaran tidak terhad di dalam kelas dan di luar kelas, pelajar tidak hanya memperolehi maklumat melalui buku teks dan rujukan sahaja akan tetapi terus dengan mengakses laman web yang berkenaan secara tidak langsung. Bagaimana pun, maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD (Compact Disc-Read Only Memory) dan keduaduanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia. Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan di mana ianya dapat meringankan beban guru sekaligus membolehkan para guru dapat memfokuskan lebih kepada pengajaran. Kaedah ini juga membantu guru menyelesaikan masalah penyampaian konsep dalam matematik dengan lebih berkesan kerana murid memperolehi gambaran langsung tentang sesuatu permasalahan itu. Dengan ini, laman web seperti E-Pembelajaran ini dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik dengan pengertian yang lebih interaktif apsbila ianya diselitkan dengan penggunaan elemen-elemen multimedia. Selain itu, ianya juga dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dan selaras dengan kemajuan teknologi pada hari ini. Sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya kini hampir dapat dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Penyampaian konsep pembelajaran melalui strategi ini juga dapat dilaksanakan dengan mudah. Seharusnya, E-Pembelajaran mengurangkan beban guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Hari ini, pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi ‘ICT’ tidak lagi dalam terhad kepada aspek dan sektor ekonomi semata akan tetapi ia berperanan besar dalam bidang pendidikan dalam melahirkan generasi yang intelektual dan berilmu pengetahuan serta tidak buta IT (Information Technology). Perkongsian maklumat dapat berlaku dengan berkesan melalui teknologi ini dalam aspek pendidikan secara terus-menerus. Sekaligus memungkinkan untuk pelajar menjadi lebih berjaya dalam aspek pembelajaran. 4 1.2 Latar Belakang Masalah Akhir ini acapkali didengari rungutan pelajar yang tidak memahami sesuatu subjek disebabkan oleh penyampaian konsep yang mungkin tidak sistematik, terutamanya di dalam subjek matematik itu sendiri. Maka berlakulah kesalahan konsep di mana ianya nampak ketara di dalam topik statistik. Kesalahan konsep selalunya di definisasikan sebagai sesuatu yang lebih kepada keadaan yang terbatas atau kongkongan, seperti ketidakfahaman yang berlaku dalam memberikan arahan terutamanya, penegasan berkenaan perbezaan konsep yang alternatif adalah berdasarkan daripada pengalaman dan kehidupan biasa (Guzzetti et al., 1993). Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang di dasarkan melalui pendekatan secara tradisional adalah tidak lagi sesuai dan relevan pada masa kini, seiring dengan perubahan arus masa, ianya kini dianggap lapuk dan ketinggalan zaman. Sistem pembelajaran kini yang berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata melumpuhkan tujuan utama pembelajaran itu sendiri di mana ianya adalah pembelajaran sepanjang hayat yang tidak terhad. Tambahan pula, orientasi ini lebih kepada kandungan yang menjadikan pelajar berasa amat bosan dan tidak suka untuk mengikuti kelas yang dijalankan (Esah, 2003). Jika dibandingkan dengan teknik dan kaedah penyampaian lalu, E-Pembelajaran mampu mengaplikaikan konsep-konsep yang diterapkan dan bersesuaian dengan maksud pembelajaran sepanjang hayat apabila Matematik itu dapat digunakan di dalam kehidupan seharian. Menurut Mat Jizat (2006), dalam proses pembelajaran pelajar perlu dan berkemahiran untuk melakukan aktiviti dan berkreativiti untuk mendapatkan ilmu. Rentetan itu, bermulalah perubahan sedikit demi sedikit dalam kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar seperti kaedah berkumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, permainan (games), simulasi dan lain-lain kerana pelajar masa kini dilihat lebih cenderung kearah pembelajaran yang disifatkan sebagai menyeronokkan keran ianya aktif dan berpusatkan pelajar itu sendiri. Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Ini secara tidak langsung membuatkan pelajar menjadi lebih tertekan dengan 5 menjadikan subjek matematik tu sendiri adalah sukar. Guru juga tidak mampu untuk menyelia kelas dengan baik kerana kekangan masa dan bilangan pelajar yang ramai sekiranya kaedah tradisional ini masih lagi digunakan. Pembelajaran yang diklasifikasikan sebagi berjaya kebanyakkannya juga bergantung kepada usaha samada guru dan juga pelajar pelajar itu sendiri. Kaedah tradisional yang melibatkan kaedah ataupun teori sperti behaviorisme dan sebagainya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks mengakibatkan pengetahuan pelajar menjadi tersekat kepada pengetahuan di dalam buku teks itu sahaja. Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru menjadi lebih terhad ditambah beban lain sekiranya guru itu adalah seorang yang aktif di sekolah. Penyampaian isi pelajaran dan konsep pembelajaran adalah bergantung kepada guru yang kreatif untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan menyeronokkan. Sehingga ke hari ini, pengajaran dan pembelajaran (P&P) hanya dapat dijalankan secara formal terhad di dalam bilik darjah sahaja. Jika dibandingkan dengan E-Pembelajaran, matlamat utama memfokuskan kepada pelajar kerana bersifat berpusatkan pelajar. Pelajar lebih aktif dalam mencari dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang lebih menyeronokkan. Persekitaran pembelajaran E-Pembelajaran dapat membuka pelajar untuk membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri (Jaya Kumar, 2001). Di samping ianya dapat membina daya pemikiran statistik pelajar dalam mencari ilmu matematik berkenaan statistik, pelajar itu sendiri berupaya berfikir secara kritis dan kreatif di mana tidak tertumpu kepada silibus sekolah sahaja. Pemerolehan ilmu tanpa penerokaan hanyalah untuk kepentingan pada markah sahaja apabila ianya berpusatkan untuk peperiksaan semata. Soalan-soalan yang diberikan kebiasannya lebih menekankan kepada kemahiran untuk menjawab soalan rutin, menggunakan formula dan prosedur bagi menjawab soalan. Bertepatan dengan BenZvi (2006), menyatakan bahawa pelajar kini lebih kepada kaedah penghafalan fakta tertentu dan juga prosedur, di mana ianya tidak lagi menekankan pada penyelesaian masalah statistik. 6 Melalui kaedah pembelajaran E-pembelajaran ini, pelajar dapat menerima dan memahami konsep serta berfikiran kritis dengan lebih berkesan kerana elemen multimedia yang diketengahkan, seharusnya pelajar itu dapat merancang gaya pembelajarannya yang tersendiri. Teori pembelajaran masteri ini yang melibatkan pelajar itu meneroka sendiri mengenai apakah yang menjadi pertanyaan sambil dipantau oleh guru dapat secara tidak langsung dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi di mana akhirnya berlaku proses pengaplikasian konsep dalam suasana kehidupan hariannya. Penggunaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan seperti E-Pembelajaran menurut Yahya dan Wahyu (2006),akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya 2. Pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya 3. Pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuan 4. Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri. Dengan E-Pembelajaran, pelajar tidak perlu berasa malu untuk mengulangi topik pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman konsep mereka sebelum beralih ke topik pembelajaran yang lain. Kemudahan capaian internet yang lebih mudah dan meluas kini dapat menjadikannya fleksibel dan sekaligus mengurangkan beban pelajar dalam mempelajari kandungan ataupun pembelajaran berdasarkan penyelesaian masalah . 7 1.3 Penyataan Masalah E-pembelajaran merupakan alternatif utama dalam membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan dalam proses-proses kerja selaras dengan kehendak organisasi sekarang iaitu mengiktiraf bahawa pembelajaran bukanlah semata-mata berlaku hanya di dalam bilik darjah. Selain itu, kita juga dapat lihat kurangnya pembangunan bahan E-Pembelajaran yang berasaskan sumber terbuka pada masa kini. Melalui penganalisisan yang dilakukan terhadap pelajar, kita juga dapat mengagak trend pembelajaran pada masa kini adalah lebih berpusatkan pelajar berbanding pembelajaran bersifat konvensional. Selaras dengan itu, satu projek web portal dilaksanakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti untuk para pelajar dalam menghadapi globalisasi pendidikan Matematik kini. Web Portal yang dihasilkan adalah untuk mata pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Tiga topik “Statistics II”. Pembangunan Web Portal ini dihasilkan bagi menerapkan lagi pemikiran statistik dikalangan pelajar sekolah bagi memenuhi kehendak dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menekankan kepada penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4 Objektif Projek Objektif bagi projek pembangunan E-Pembelajaran ini yang berasaskan MOODLE ini ialah untuk membangunkan sebuah web portal dengan menggunakan Learning Management System (LMS) bagi topik Statistics II dalam mata pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Tiga. Ia merangkumi: 8 1. Sumber Pembelajaran Pelajar yang merangkumi nota untuk pemahaman konsep stastistik dan latihan (Student’s Lesson) 2. Sumber Pengajaran Guru yang dapat digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas (Teacher’s Lesson) 3. Kuiz pengukuhan mengikut subtopik (Quiz with reinforcement) 4. Ruangan Pemikiran Statistik yang menggalakkan pelajar menganalisis, membanding serta berfikir secara kreatif dan kritis (Statistical Thinking) 5. Forum dan Perbualan (Forum and Chatting) 1.5 Kepentingan Projek Projek ini dibangunkan bagi kepentingan individu atau golongan tertentu dalam peringkat yang berbeza. 1.5.1 Pelajar Tujuan utama bagi kajian ini adalah diharapkan agar bahan pembelajaran seperti E-Pembelajaran ini dapat melicinkan dan memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) sama ada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Dengan wujudnya web portal ini, para pelajar dapat mengembangkan lagi pengetahuan serta menambah ilmu sedia ada di sambil dapat memanfaatkan segala bahan rujukan yang ada. Ini adalah sebagai nilai tambah kepada para pelajar supaya dapat menjadikan bahan bantu mengajar ini sebagai medium untuk mengulang kaji pelajaran di rumah kerana ia dapat dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua serta ianya dapat digunakan semaksimum yang mungkin. Malah corak pembelajaran adalah lebih berbentuk konstruktif dan menarik minat pelajar untuk melakukan eksplorasi dalam 9 mendalami dan mencari ilmu pengetahuan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi (KPM, 2001). 1.5.2 Guru Semenjak akhir ini, pergerakan dan tugas seorang guru tidaklah terhad untuk pengajaran di dalam bilik darjah sahaja, akan tetapi perlu untuk guru mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran dalam mengendalikan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memungkinkan segala kesulitan untuk menghadapi dunia baru yang serba canggih dan moden. Jurnal IPDA (2004), guru-guru seharusnya peka dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat ke arah peningkatan diri dan profesionalisme. Dilihat apabila adanya web portal ini, beban guru sekaligus dapat dikurangkan memandangkan isi pelajaran yang disediakan adalah mengikut silibus Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ia boleh ditambah dan diperbaharui dari masa ke semasa. 1.5.3 Sekolah Projek E-Pembelajaran ini amatlah penting kerana ia dapat membantu meringankan beban guru dan pada masa yang sama dapat membantu dalam memudahkan pengurusan akademik di sekolah. 10 1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat Projek ini adalah sangat penting dalam mewujudkan spersekitaran dan suasana masyarakat Malaysia yang celik ICT dan mampu bersaing bagi merapatkan lagi jurang digital dan teknologi antara negara Malaysia dengan negara-negara yang lain. Selain itu, para penjaga dan ibu bapa pelajar mempunyai lebih peluang untuk membuat pemantauan prestasi anak-anak mereka di dalam pelajaran melalui MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment). Pada waktu yang sama sekaligus dapat memberi perhatian dan menjadi lebih prihatin terhadap anak-anak mereka di dalam pelajaran. 1.6 Skop dan Batasan Projek Skop projek ini adalah dalam menyediakan: 1. Resource (Sumber) 2. Lesson (Nota Pembelajaran) 3. Assignment (Tugasan) 4. Quiz (Kuiz) 5. Exercise (Latihan) 6. Journal (Jurnal) 7. Forum (Forum) 8. Kepelbagaian Batasan projek ini adalah untuk menyediakan bahan pembelajaran bagi satu tajuk lengkap Statistics II sahaja dan ia merupakan tajuk pertama dalam sukatan mata pelajaran Matematik KBSM Tngkatan Tiga. Projek ini juga terbatas kerana berfungsi secara atas talian (online) sahaja. Tanpa perkhidmatan internet, web portal ini tidak dapat dilayari. 11 1.7 Kerangka Teori KONSTRUKTIVISME Setiap individu membentuk perwakilan pengetahuan mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami Pembelajaran berlaku jika terdapat ketidakseimbangan antara kerangka terkini dengan pengalaman baru Pembelajaran berlaku dalam konteks sosial, interaksi antara rakan adalah bahagian penting pembelajaran Konstruktivisme sosial – Pembelajaran bersifat sosial secara semulajadi, aktif, kolaboratif dan menekankan persekitaran penemuan. Pembelajaran konseptual - pemikiran statistik Moodle – Dikenali sebagai sistem pengurusan kursus (Learning Management System) Model ADDIE Rajah 1.1 Kerangka Teori Projek 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud modaliti multimedia interaktif dan sumbangannya melalui saluran pantas seperti broadband dan aplikasi perdananya. 12 1.8.2 Pelajar Pelajar dalam konteks penulisan ini merujuk kepada pelajar Tingkatan Tiga yang mengambil mata pelajaran Matematik. 1.8.3 Web Portal Pendidikan Web portal pendidikan bermaksud pintu gerbang yang menyediakan pelbagai bentuk kandungan pendidikan di alam maya seperti bahan pengajaran, latihan, rancangan mengajar, maklumat dan berita terkini, mesej, forum, e-mel dan sebagainya. 1.8.4 E-pembelajaran Jamaludin (2000) menakrifkan E-Pembelajaran sebagai pendekatan pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web atau cakera keras, CD ROM, storan mudahalih berkeupayaan tinggi seperti ORB (Object Request Broker) atau Iomega Zip ataupun melalui sistem jaringan organisasi. Secara ringkas, E-Pembelajaran ialah penyampaian pendidikan atau latihan melalui internet dengan menggunakan komputer. 13 1.8.5 Sistem Sokongan Kendiri Atas Talian (Online Study Support System, OSSS) OSSS menggunakan ciri-ciri teknologi terkini yang menyediakan sumbersumber dan aktiviti bagi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan guru-guru tempatan mahupun luar negara, pelajar dan juga ibu bapa. Tidak seperti pakej pembelajaran tambahan yang konvensional, sistem ini dapat menyokong pembelajaran yang aktif dengan memberikan perhatian yang khusus tentang kesesuaian pengguna dan suasana kolaboratif. Secara umumnya, aktiviti yang terdapat dalam OSSS adalah merangkumi kuiz, ruangan sembang, tugasan, forum, dan juga soal selidik. OSSS ini telah dibangunkan oleh pelajar-pelajar projek sarjana muda di bawah penyeliaan PM Dr Zaleha Ismail pada tahun 2008 sebagai penyatuan projek-projek sebelumnya di bawah satu bumbung. Sehingga kini, sebanyak 31 topik Matematik sekolah menengah dan 15 topik Biologi telah dikumpul. 1.8.6 Pengajaran Mengikut Kamus Dewan (1998), pengajaran membawa maksud segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar. 1.8.7 Pembelajaran Kamus Dewan Edisi (2002) mendefinisikan pembelajaran sebagai proses (kegiatan) belajar. Menurut Ragbir Kaur (2005), proses pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku tetap yang dihasilkan melalui pengalaman. Menurut 14 Ee Ah Meng (1995), pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku yang agak kekal dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. 1.9 Penutup Web portal pendidikan merupakan satu usaha yang cuba dibangunkan untuk dimanfaatkan oleh murid-murid, guru-guru tempatan dan luar negara. Pembelajaran berteraskan web portal ini diharapkan dapat mempermudahkan dan mempertingkatkan proses P&P di sekolah sekaligus mengharungi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dalam merealisasikan cita-cita negara iaitu Wawasan 2020. Web portal ini menyediakan aktiviti yang tidak dapat ditawarkan di dalam kelas yang biasa seperti chat, forum, permainan dan pentaksiran komputer. 2 BAB 2 TINJAUAN PENULISAN 2.1 Pengenalan Perkembangan ICT ataupun Sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada masa kini menekan dan memaksa bagi setiap pembangun untuk arif serta peka dengan keadaan semasa di mana bagi setiap perisian yang wujud berkembang dan seringkali berubah mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Maka, pendekatan di dalam mengendalikan ICT perlulah untuk umum mengetahuinya bagi menjadikan sesuatu perisian pembangunan menjadi lebih berinovasi dan interaktif. Bab ini bertujuan bagi membincangkan dengan lebih teliti lagi berkait rapat dengan pembangunan laman E-Pembelajaran ini yang berbentuk web portal dengan menggunakan MOODLE sebagai pelantar bagi topik Matematik Tingkatan Tiga ‘Statistics II’. Penekanan terhadap E-Pembelajaran turut diselitkan tambahan aspek komponen Learning Management System (LMS), MOODLE, Kelebihan MOODLE sebagai LMS pilihan, teori pembelajaran yang disokong MOODLE iaitu teori konstruktivisme sosial, pembelajaran berasaskan kepada penyelesaian masalah, pemahaman konsep dan miskonsepsi iaitu pola kesilapan dan kesukaran di dalam topik Statistics II Matematik Tingkatan Tiga serta pemikiran statistik yang diterapkan. 16 2.2 E-Pembelajaran 2.2.1 Definisi E-Pembelajaran Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2003), E-Pembelajaran ini membolehkan pembelajaran paling canggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak sama ada jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh sebab EPembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran atau teknologi portal yang menggabungkan sistem data dengan sistem maklumat yang lain, maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi ataupun kaedah dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan lebih menarik. Selain itu E-Pembelajaran juga merupakan satu penggunaan teknologi internet dalam penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan keupayaan. E-Pembelajaran tidak hanya memperkenalkan penggunaan teknologi dari segi perkakasan dan perisian tetapi membuka ruang kepada cara pemikiran yang baru ke arah mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu dalam arus perdana ini. “The next big killer application for the Internet is going to be education” (John Chambers, CEO, Cisco Systems) Definisi E-Pembelajaran atau pembelajaran elektronik seringkali berubahubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Menurut Wahyu dan Yahya (2006), secara umumnya, E-Pembelajaran adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit, pita audio atau video, televisyen interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh dijalankan 17 secara synchronously (pada waktu yang sama) atau asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian atau online (Learnframe, 2001). E-Pembelajaran merujuk kepada penggunaan teknologi internet untuk menyampaikan penyelesaian yang luas yang meningkatkan pengetahuan dan prestasi menurut Rosenberg (2001). Ia berasaskan tiga kriteria utama iaitu: 1. E-Pembelajaran adalah berangkaian, yang membuatnya berupaya untuk melakukan pengemaskinian, menyimpan atau mendapatkan kembali, menyebar dan berkongsi pengajaran atau maklumat dengan pantas. Keupayaan ini sangat penting yang mana ia menjadi keperluan mutlak bagi E-Pembelajaran. CD-ROM dan DVD (Digital Video Disc) digunakan untuk penyampaian pengajaran dan maklumat, terutamanya untuk simulasi berasaskan media yang banyak, tetapi ia kurang keupayaan dari segi rangkaian yang membolehkan maklumat dan pengajaran disebarkan dan dikemaskinikan dengan pantas. Sungguhpun CD-ROM suatu sistem pembelajaran berasaskan teknologi, ia tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai E-Pembelajaran. 2. Ia disampaikan kepada pengguna akhir melalui komputer menggunakan teknologi internet yang berpiawai. 3. Ia memfokus terhadap pandangan yang luas terhadap pembelajaran dan penyelesaian pembelajaran yang melampaui paradigma latihan tradisional. Melihat kepada keadaan ini, E-Pembelajaran telah meluaskan skop pembelajaran tidak lagi seperti suatu masa dahulu yang acapkali membincangkan tentang keberkesanan bantuan pembelajaran berasaskan komputer yang statik sahaja tidak terhad kepada penggunaan internet sebagai medium pengajaran. EPembelajaran bukan sekadar penggunaan powerpoint untuk pengajaran dan pembelajaran, tetapi ia suatu pendekatan di mana interaksi pelajar dan guru dengan 18 sistem serta pelajar diberikan tumpuan. Dalam menggunakan laman web portal seperti ini, elemen interaktiviti amatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana maklum balas sewajarnya dan pelajar dapat memberikan respon yang menggalakkan. Dalam projek ini, pembangun akan membina sebuah EPembelajaran yang merujuk kepada sebuah web portal pendidikan yang menggunakan rangkaian elektronik iaitu internet untuk berfungsi dan dilayari. Kata lainnya, E-Pembelajaran ini berfungsi secara atas talian (online). Pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh dijalankan secara pada waktu yang sama (synchronously) atau pada waktu yang berbeza (asynchronously). Elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video diselitkan dalam bahan pengajaran ini. Ia juga mempunyai kemudahan untuk perbincangan kumpulan. E-Pembelajaran yang dibangunkan juga mempunyai kriteria-kriteria yang telah disebut oleh Rosenberg (2001) dan seperti yang telah ditakrifkan oleh O’Leary et al. (2003). 2.2.2 Kelebihan E-Pembelajaran Melihat kepada perkembangan pantas terarah pembelajaran teknologi dan elektronik jelas dimotivasikan oleh pelbagai faedah yang ditawarkan.Diyakini bahawa, teknologi yang semakin canggih ini tidak akan menghapuskan keadah pembelajaran yang ada tetapi sebaliknya dapat membaiki sistem lama yang sedia ada agar ianya menjadi lebih berkesan. Tidak dapat dinafikan, secanggih mana pun teknologi, pengajar yang menghubungkan manusia secara dekat dan berhadapan juga mempunyai kelebihan. Cuma, kemajuan teknologi ini akan menjadi sangat penting sekiranya terdapat kekangan untuk menerima pembelajaran secara muka ke muka. Beberapa kelebihan dalam menggunakan E-Pembelajaran telah disenaraikan oleh Kevin Kruse (2006). Penulisannya adalah lebih memfokuskan kepada organisasi atau pelatih, namun ianya juga bersesuaian untuk tujuan bagi pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihannya ialah: 19 1. Pengurangan Kos Bahan – perbelanjaan pengangkutan, bahan-bahan seperti kertas dapat di kurangkan. 2. Pengurangan Masa Pembelajaran – masa pembelajaran yang dapat di singkatkan memandangkan pelajar tidak perlu bergerak ke kelas dan hanya berada di bilik atau di mana-mana sahaja untuk menerima pembelajaran. 3. Penyampaian konsisten – kandungan yang disampaikan adalah konsisten kepada setiap pengguna 4. Pengetahuan pakar – dalam menggunakan E-Pembelajaran, pengguna boleh merujuk pakar-pakar yang menyampaikan isi kandungan (hasil tulisan / kerja yang telah dimasukkan dalam web atau boleh juga menghantar email menanyakan pendapat mereka.) 5. Bukti penyiapan dan pensijilan – apa yang disampaikan di dalam internet boleh direkod dan disimpankan. Menurut Wahyu dan Yahya (2006), E-Pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan E-Pembelajaran ini telah dirancang, disediakan secara profesional dan baik. Untuk menyampaikan kandungan pelajaran yang berkesan dan menarik, elemen multimedia di adun dalam pembangunan isi pengajaran. Pelajar juga boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Tambahan pula, pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Sebarang persoalan yang timbul boleh diajukan dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. E-Pembelajaran yang dirancang dan diuruskan dengan baik mampu untuk menyimpan rekod pembelajaran pelajar dengan sistematik agar memberikan kesan yang baik untuk dijadikan rujukan pelajar, guru, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang menjadi pemantau kepada pembelajaran mereka. 20 Menurut Wahyu dan Yahya (2006) lagi, penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya 2. Pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya 3. Pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuan 4. Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri. Ciri-ciri menarik yang ada pada E-Pembelajaran ini menjadikan pelajar berminat untuk membina pengetahuan mereka dengan mengaplikasikan bahan-bahan di internet. Maka sampailah masanya E-Pembelajaran ini digunakan dengan meluas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda IT kebangsaan (NITA) banyak bergantung kepada perlaksanaan ICT di sekolah. Sekiranya pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan ‘e-learning’ dengan cara berfaedah maka ianya akan dapat membantu mengurangkan penggunaan elemen negatif yang lain semasa mengakses internet. 2.3 Portal Pendidikan Mengimbas kembali bahawa sejarah portal ini telah bermula pada tahun 1993 apabila Jerry Yang dan Filo iaitu pelajar lepasan universiti mengkaji mengenai pelayaran web bagi mendapatkan maklumat yang dikategorikan mengikut topik tertentu (Noor Diyana, 2008). Rentetan daripada kajian mereka, Jerry Yang’s Directory to the WWW iaitu sebuah direktori web telah dibangunkan. Seterusnya usaha mereka menghasilkan enjin carian Yahoo!. Penciptaan enjin carian Yahoo! ini 21 melambangkan permulaan kepada perkembangan portal dalam bidang teknologi maklumat. Pada ketika ini, diyakini bahawa institusi pendidikan sama ada sekolah mahupun universiti mempunyai laman portal tersendiri. Bermula pada tahun 2000, beberapa buah institusi Pengajian Tinggi Awam telah membangunkan portal untuk tujuan pembelajaran. Tetapi kini, hampir semua Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia mempunyai portal termasuk Universiti Teknologi Malaysia. Menurut Noor Diyana (2008) lagi, sehingga kini hampir kesemua IPTA di Malaysia beralih kepada portal yang bersifat lebih dinamik untuk memudahkan warganya memperolehi dan bertukar maklumat. 2.3.1 Kelebihan Portal Pendidikan Beberapa implikasi positif dari pelbagai aspek penggunaan portal dalam dunia pendidikan telah dirumuskan oleh Aslina (2005). Antaranya ialah : 1. Komunikasi dan kolaborasi 2. Penciptaan dan perkongsian maklumat dan pengetahuan 3. Mewujudkan social-capital di kalangan ahli komuniti 4. Capaian ke atas repositori pengetahuan 22 2.3.2 Portal Pendidikan di Malaysia Di Malaysia, terdapat beberapa web portal yang umum diketahui dikalangan pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah untuk mendapatkan maklumat. Antaranya ialah Score A, web portal Utusan, Cikgu.net, dan Guru.net 2.3.2.1 Score A (http://www.scorea.com/bm/index.cfm) Score A adalah satu program interaktif yang komprehensif untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan. Score A dibangunkan oleh Kenshido International. Web portal mula dibangunkan pada tahun 1995. Antara bahan yang disediakan dalam web portal ini adalah e-Notes, e-Past Year Exam, e-Topic, e-Progress, e-Trial Exam, e-Assessment dan e-Report card. Rajah 2.1: Laman utama Portal Pendidikan Score A 23 2.3.2.2 Cikgu.Net (http://www.cikgu.net.my/) Portal Cikgu.Net diperkenalkan untuk mewujudkan kolaborasi di kalangan mereka yang terlibat dan berminat di dalam bidang pendidikan. Portal ini boleh diakses di URL http://www.cikgu.net.my. Ia merupakan usaha bersepadu dalam penyediaan platform antara pihak pembekal bahan kandungan, penyelia teknologi dan ahli akademik bagi berpadu kepakaran untuk membantu pendidik merealisasikan usaha ini. Cikgu.Net menyediakan kemudahan seperti forum, edisi khas, senarai artikel, radio online, bank soalan interaktif, permainan, e-mel, e-kelas, chat, kad ucapan, kalendar dan pengurusan web serta profail. Portal ini tidak hanya tertumpu kepada bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi turut memuatkan ruangan pendapat, Info Sihat, Hari Ini Dalam Sejarah, Undian Pendidikan dan carian. Berita dan peristiwa turut dimuatkan mengikut taksonomi tertentu manakala fungsi carian disediakan untuk memudahkan pencarian maklumat di dalam portal CikguNet. Rajah 2.2 : Laman utama Portal Pendidikan CikguNet 24 2.3.2.3 Web Portal Pendidikan Utusan (http://www.tutor.com.my) Portal Pendidikan Utusan merupakan salah satu usaha pihak syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad untuk menyediakan bahan pendidikan yang boleh dicapai oleh semua pihak dan seluruh lapisan masyarakat. Walaupun usaha tersebut telah disediakan dalam bentuk cetakan di ruangan pendidikan akhbar Utusan Malaysia sebelum ini, namun disebabkan keterbatasan ruang dan ketidak upayaan semua pembaca mendapatkan cetakan di setiap keluaran, maka langkah menyediakannya dalam bentuk Internet dianggap satu langkah terbaik. Kumpulan sasaran bagi portal pendidikan ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu: 1) Pelajar - Ia menyediakan bahan pembelajaran yang lebih berstruktur, nota lengkap dan ringkas, papan diskusi, bank soalan, latih tubi, contoh-contoh soalan dan lain-lain yang melibatkan pelbagai subjek teras. Antaranya ialah subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. 2) Guru - Membantu guru menyediakan rancangan mengajar, aktiviti pembelajaran, latihan, sumber rujukan serta bank soalan bagi setiap waktu pembelajaran mengikut mingguan dan bulanan. 3) Penjaga/ ibu-bapa - Membolehkan penjaga memantau, menyemak rancangan atau turut serta menjadi pembimbing kepada anak-anak dengan cara menggunakan bahan yang disediakan sebagai satu sokongan pembelajaran di rumah (Tutor, 2004). Pelbagai aplikasi kolaboratif disediakan di dalam portal ini. Antaranya ialah e-tuisyen, sembang maya, forum pelajar, motivasi dan ekaunseling. 25 Rajah 2.3: Laman utama web Portal Pendidikan Utusan 2.3.2.4 Guru.net (http://www.guru.net.my) Berita Harian telah memperluaskan fungsinya dalam pendidikan. Pendidikan dalam akhbar ini berkembang sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar boleh layari portal pendidikan berita harian http://websekolah.bharian.com.my/ tetapi, bermula pada tahun 2009, portal pendidikan ini telah berubah url dan tema penyampaian menjadi guru.net yang boleh dilayari di url http://www.guru.net.my/. Web Sekolah Pendidikan Harian mempunyai halaman pendidikan tersendiri, Sebelum ini, akhbar sisipan setiap Selasa-Didik, setiap Rabu-Minda pelajar, setiap Khamis-Skor, Buku Soalan Latihan (UPSR dan PMR), Buku Bimbingan Cemerlang, Seminar peperiksaan dan Keluaran Khas Skor di masukkan dalam portal. Namun kini, setelah di naik taraf menjadi Guru.net, pelbagai medium interaktif dimasukkan di dalam web portal ini. 26 Rajah 2.4: Laman utama Portal Pendidikan Guru.net 2.2.3 Portal Pendidikan Luar Negara Terdapat juga web portal pembelajaran luar negara yang menarik dan boleh digunakan dalam pengajaran di sekolah. Apabila diperhatikan, sedikit perbezaan yang dapat dilihat antara web portal luar negara di mana ianya tidak tertumpu hanya peperiksaan semata-mata. 2.2.3.1 CoolMath.com CoolMath.com ialah web yang dibangunkan untuk pelajar yang merasakan matematik itu membosankan, penuh kekeliruan, dan mengecewakan. Laman web ini menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi masih dapat memenuhi 27 objektif pembelajaran. Terdapat banyak pembelajaran dan permainan yang melibatkan matematik yang menyeronokkan. Rajah 2.5: Laman utama Coolmath.com 2.4 LMS (Learning Management System) Pembangunan laman web portal seperti ini haruslah sentiasa berada dalam keadaan berwaspada dan peka dengan pembangunan persekitaran di mana di dalam proses penyelenggaraan E‐Pembelajaran, maka sebuah Learning Management System (LMS) diperlukan (Muhammad Adri, 2008),. LMS berfungsi untuk mengatur tata laksana penyelenggaraan pembelajaran di dalam model E‐Pembelajaran. LMS juga turut dikenali sebagai CMS (Course Management System). Umumnya, LMS dibangun berasaskan web yang akan berfungsi pada sebuah web server dan dapat dimasuk (access) oleh penggunanya melalui pelayar web atau web browser (web client). Server biasanya ditempatkan di universiti atau suatu organisasi dan dapat dilayari dari mana pun oleh penggunanya dengan memanfaatkan rangkaian internet. Menurut Muhammad Adri (2008) lagi, secara dasarnya LMS menyediakan sebuah 28 alat (tool) bagi pengajar, guru atau pendidik untuk membuat laman web pendidikan dan mengatur kawalan masuk (access control), sehingga hanya pengguna yang berdaftar sahaja yang dapat masuk (access) dan melayarinya. Selain menyediakan pengawalan, LMS juga menyediakan pelbagai alat (tools) yang menjadikan pembelajaran lebih efektif dan efisien, seperti menyediakan layanan untuk mempermudahkan kerja memuat naik (upload) dan berkongsi bahan P&P, perbincangan atas talian (online discussion), perbualan (chatting), penyelenggaraan kuiz, soal selidik (survey), laporan (report) dan sebagainya. Cole (2005) mengungkapkan secara umum, antara fungsi‐fungsi lain yang harus terdapat pada sebuah LMS ialah: 1. Memuat naik (upload) dan berkongsi bahan Umumnya LMS menyediakan layanan untuk mempermudah proses menerbitkan isi kandungan (content publishing). LMS menerbitkan isi kandungan dengan menggunakan editor HTML, kemudian mengirim dokumen melalui FTP server, dan dengan demikian memudahkan guru untuk menempatkan bahan P&P sesuai dengan silabus yang mereka buat. Guru boleh memuat naik silibus perkuliahan, catatan bahan, penilaian dan artikel‐artikel pelajaran tidak kira masa dan di mana pun mereka berada. 2. Forum dan perbualan (chat) Forum online dan chatting menyediakan layanan komunikasi dua arah antara guru dengan pelajarnya atau sesama pelajar sendiri, baik dilakukan secara synchronously (chat) atau asynchronously (forum dan emel). Dengan kemudahan ini, pelajar berpeluang untuk menulis tanggapannya dan berbincang dengan rakan-rakan yang lain. 3. Kuiz dan soal selidik Kuiz dan soal selidik secara atas talian (online) dapat digunakan untuk memberikan gred secara serta merta kepada pelajar. Kemudahan ini merupakan alat (tool) yang sangat baik digunakan untuk mendapatkan maklum balas (feedback) langsung daripada pelajar. Proses ini dapat juga dilakukan dengan membangunkan sebuah bank soalan dan kemudian semua 29 soalan tersebut dapat dijanakan secara serentak untuk muncul sebagai kuiz atau soal selidik. 4. Mengumpul dan mengulas tugasan Proses pemberian gred atau markah kepada pelajar dapat juga dilakukan secara online dengan bantuan LMS. 5. Merekod gred Fungsi LMS yang lain adalah melakukan perekodan data gred pelajar secara automatik. Ia disesuaikan melalui konfigurasi dan pengaturan yang dilakukan oleh guru dari awal perkuliahan dilaksanakan. Antara contoh-contoh LMS adalah WebCT, Blackboard, MOODLE, Claroline, Ilias, Atutor dan macammacam lagi. Fazidah Nishtar dan Azizah Abdul Rahman (2006) menyatakan contoh LMS boleh dijumpai di www.wbtsystems.com, http://www.karta.com dan www.moodle.org. Menurut mereka, sistem sistem ini merupakan contoh sistem komersial yang berskala besar dan beroperasi sepenuhnya. Contohcontoh LMS yang digunakan oleh universiti-universiti swasta menurut Marlia Puteh dan Supyan Hussin (2007): …The software package used in the delivery of e-learning at Malaysia Multimedia University (MMU) is the Multimedia Learning System (MMLS)… …E-learning at Open University of Malaysia (OUM) is managed by a homegrown web-based system called MyLMS (My Learning Management System)…” Seterusnya, dalam pembangunan ini, pembangun akan menggunakan MOODLE iaitu selari dengan LMS atau CMS sebagai pelantar untuk membangunkan laman web portal berbentuk web portal sebagai bahan pengajaran dan Pembelajaran E-Pembelajaran. Subjudul seterusnya akan membincangkan tentang MOODLE dan kelebihan MOODLE sehingga dipilih oleh pembangun untuk membangunkan projek ini. 30 2.5 MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment) Menurut Muhammad Adri (2008), MOODLE diperkenalkan pertama kali oleh Martin Dougiamas, seorang ahli sains komputer dan pendidik, yang menghabiskan sebahagian waktunya untuk mengembangkan sebuah Learning Management System di salah sebuah institut perguruan tinggi di kota Perth, Australia. Nama MOODLE memberikan suatu inspirasi bagi perkembangan E‐Pembelajaran. Dari dokumentasi rasmi MOODLE, MOODLE dijelaskan sebagai berikut: “The word Moodle was originally an acronym for Modular Object‐Oriented Dynamic Learning Environment, which is mostly useful to programmers and education theorists. It's also a verb that describes the process of lazily meandering through something, doing things as it occurs to you to do them, an enjoyable tinkering that often leads to insight and creativity. As such it applies both to the way Moodle was developed, and to the way a student or teacher might approach studying or teaching an online course. Anyone who uses Moodle is a Moodler” (www.moodle.org). MOODLE merupakan sebuah LMS yang berasas atau bernaung di bawah Open Source Software yang saat ini digunakan oleh universiti, lembaga pendidikan, K‐12 School, perniagaan dan instruktur individu yang ingin menggunakan teknologi web untuk pengelolaan kursus mereka (Cole, 2005). Pada saat ini, MOODLE dipakai oleh lebih dari 2000 organisasi pendidikan di seluruh dunia untuk menjalankan online courses dan sebagai tambahan (supplement) kepada traditional face‐to‐face courses. Lebih jauh, Rice (2006) menjelaskan tentang MOODLE sebagai berikut: “Moodle is a free learning management system that enables you to create powerful, flexible, and engaging online learning experiences. I use the phrase "online learning experiences" instead of "online courses" deliberately. The phrase "online course" often connotes a sequential series of web pages, some images, maybe a few animations, and a quiz put online. There might be some email or bulletin board communication between the 31 teacher and students. However, online learning can be much more engaging than that.” MOODLE tersedia secara meluas di web (http://www.moodle.org). Sesiapa sahaja dapat memuatturun (download) dan memasang (install) MOODLE. MOODLE telah diterjemahkan ke dalam lebih 100 bahasa di dunia dan mempermudah kita untuk mengembangkan aplikasi E‐Pembelajaran dalam kehidupan kita. 2.6 Kelebihan MOODLE Sebagai LMS Pilihan Terdapat beberapa alasan yang kukuh dan kuat, sehingga menjadikan MOODLE sebagai salah satu LMS atau CMS yang popular digunakan oleh banyak institusi pendidikan. Menurut Muhammad Adri (2008) antaranya ialah: 1. Percuma dan sumber terbuka MOODLE bernaung di bawah bendera Open Source Software, di mana semua orang dapat mengubahsuainya mengikut keperluan institusi yang ingin menggunakannya. MOODLE disebarkan secara meluas, sehingga tidak memerlukan sedikitpun dana untuk membeli aplikasinya, kecuali dana yang diperlukan untuk membayar bandwidth yang dipakai untuk memuat turun (download) 17 MB master MOODLE. 2. Ukuran kecil, kemampuan maksimum Dengan ukuran yang kecil (sekitar 17 MB untuk versi MOODLE 1.9), namun ia mampu mengelola aktiviti kegiatan akademik dan pembelajaran hingga seukuran sebuah universiti dengan jumlah mahasiswa sebanyak 200 000 orang. 3. Dilandasi oleh falsafah pendidikan 32 MOODLE bukan sahaja dibangunkan oleh seorang ahli sains komputer murni, tetapi ia juga dibangun berdasarkan kepada pengalaman dan latar belakang pendidikan dalam bidang ilmu pendidikan. MOODLE mampu menampung hampir semua keperluan pendidikan konvensional yang dipindah dan diwujudkan sebagai pembelajaran atas talian (online learning). 4. Mempunyai komuniti yang besar dan saling berkongsi Komuniti pengguna MOODLE berkumpul dalam satu organisasi di laman web portal rasminya iaitu www.moodle.org. Perkara yang sama disokong oleh Ining (2008). Menurut beliau “the university chose Moodle as its next LMS because the software is based on the constructivist theory of learning…Moodle also has a large community of users and developers.” Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh Marlia Puteh (2007), salah seorang responden dalam kajian beliau amat berpuas hati dengan Moodle. Responden bernama Chong adalah seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Chong telah menggunakan e pembelajaran semenjak pertama kali EPembelajaran diperkenalkan di UTM pada 2001. Chong telah menggunakan WebCT dan Moodle dalam pengajarannya. Chong menyatakan bahawa: “I made comparisons between Moodle and WebCT. We used WebCT as an introduction for UTM’s first application of the e-learning platform … But WebCT was very complicated. Moodle originated from Australia. The person who created Moodle originally worked with WebCT. WebCT was so complicated and not user friendly, especially for non-technical people. Some people refer to Moodle as the Open Source Learning Management System. I find Moodle easy to use and that is why I put all my effort to use Moodle for my teaching.” Berdasarkan alasan-alasan yang kuat ini, pembangun dengan yakin menggunakan MOODLE sebagai LMS untuk membangunkan projek ini. Pembangun yakin MOODLE adalah LMS yang paling tepat dalam menjayakan projek ini. 33 2.7 MOODLE sebagai bahan bantu mengajar Kita mengetahui bahawa setiap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sama ada di dalam atau di luar kelas memerlukan suatu sumber rujukan agar pemahaman konsep bagi sesebuah topik lebih mudah diterima dengan tahap pemikiran pelajar yang sesuai. Maka, dijadikan bahawa laman web pembelajaran EPembelajaran seumpama ini dapat untuk menjadi bahan bantu mengajar bagi guruguru untuk menambah baik dan mengubah gaya pengajaran. Umum ketahui di mana bahan bantu mengajar secara tepat dan efektif dapat memberikan bukti yang kukuh bagi sesebuah pendapat atau ilmu yang subjektif tidak dapat ditafsirkan secara lisan. Secara tidak langsung, ianya dapat mengaitkan idea baru dengan pengalaman lepas atau idea yang telah dipelajari. Keadaan ini seterusnya dapat menjadikan penyertaan pelajar lebih aktif di dalam aktiviti pembelajaran dan kemudian dapat menyumbang dan memberikan semangat tambahan untuk pelajar mempelajari matematik terutamanya topik statistics yang memerlukan pelajar bermain dengan elemen gambar. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti E-Pembelajaran ini, dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap penggunaan konsep yang terlibat dan seterusnya dapat menjanakan rasa ingin tahu serta menarik pelajar untuk memahami konsep tersebut. Selain itu, ianya dapat membantu dan mengajar pelajar bagaiman untuk menyelesaikan masalah dan mencari idea atau pendapat baru untuk di jelajah dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan penguasaan komunikasi di antara guru dan pelajar. Maka, aktiviti bilik darjah dapat di pelbagai dengan penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini. Tidak dinafikan bahawa dalam E-Pembelajaran dapat memberikan dan menjadi seperti sebuah program pengkayaan ilmu dan juga bertindak sebagai pemangkin bagi individu pelajar. 34 2.8 Teori Pembelajaran yang disokong MOODLE: Teori Konstruktivisme Sosial Teori pembelajaran apabila dijadikan asas kepada rekabentuk program pembelajaran berupaya mendorong pelajar untuk belajar dan berubah. Pemahaman tentang teori pembelajaran akan membantu kejayaan program pembelajaran. Dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, keupayaan menggabungjalinkan pelbagai teori dapat memberi impak kepada setiap individu yang melalui proses tersebut. Oleh itu, pemilihan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelbagai kerenah pelajar dan cara mereka belajar sangatlah penting di samping dilaksanakan oleh pengajar yang profesional (Schuman, 1996). Dari dokumentasi rasmi MOODLE (www.moodle.org), dijelaskan bahawa rekabentuk dan pembangunan MOODLE berpandukan pedagogi social constructionist. Pedagogi ini dijelaskan berdasarkan empat konsep utama dibelakangnya iaitu Constructivism, Constructionism, Social Constructivism dan Connected and Separate. Secara ringkasnya, pedagogi ini menerangkan bahawa setiap peserta dalam sesuatu kursus boleh menjadi guru mahupun pelajar. Terdapat lima hujah yang digunakan oleh Martin Dougiamas sebagai rujukan di bawah pedagogi social constructionism dan menjadi asas kepada pembangunan MOODLE. Lima hujah tersebut dinyatakan oleh beliau di dalam dokumentasi rasmi MOODLE (www.moodle.org). Lima hujah tersebut adalah: 1. Kita semua berpotensi menjadi guru mahupun pelajar. Dalam situasi usaha sama (collaborative) yang sebenar, kita merupakan guru dan pelajar. Dalam situasi pembelajaran, guru harus membenarkan pelajar-pelajarnya berkongsi idea mereka kepada keseluruhan kelas termasuklah guru. Guru haruslah mengambil perhatian, mendengar dan bertanya soalan yang lebih baik berbanding orang lain yang terlibat dalam situasi tersebut. 2. Kita belajar dengan baik terutamanya melalui tindakan membina dan menunjukkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain. Secara ringkasnya, hujah ini bermaksud belajar melalui perbuatan (learning by doing). Pelajar belajar 35 melalui pengalaman yang dialami atau yang diberikan kepada mereka. Pembelajaran paling berkesan apabila pelajar menyampaikan dan mempersembahkan pengumuman (posts), projek, tugasan (assignments), pembinaan (constructions) dan lain-lain untuk dilihat oleh orang lain. 3. Kita banyak belajar dengan melihat aktiviti yang dilakukan oleh rakan kita. Pada dasarnya hal ini adalah berkaitan dengan budaya kelas (classroom culture) atau pembelajaran secara penyerapan (learning by osmosis). Sebagai contoh, jika kita berada di dalam kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang suka bertanya, secara tidak langsung kita akan berasa lebih bebas untuk melakukan perkara yang sama. Dengan itu, kita akan belajar bukan sahaja berdasarkan kepada soalan yang kita tanya sendiri malahan kita belajar kerana mendengar perbincangan dan soalan daripada orang lain. 4. Dengan memahami keadaan orang lain, kita boleh mengajar dengan cara yang lebih fleksibel dan terubah. Apabila kita berbual dengan orang yang kita ketahui latar belakangnya, secara tidak langsung kita akan menyesuaikan bahasa dan konsep penyampaian kita dengan orang tersebut. Begitu juga dalam pembelajaran, sesuatu ilmu itu akan lebih mudah difahami oleh pelajar tersebut apabila kita tahu cara yang sesuai untuk disampaikan kepada pelajar tersebut. Begitu juga sebagai pendengar, kebiasaannya nasihat daripada mentor atau rakan iaitu orang yang kita kenali adalah dirasakan lebih baik dan bermakna berbanding daripada orang yang tidak kita kenali. 5. Persekitaran pembelajaran haruslah fleksibel dan boleh diubah suai, supaya ia dapat memenuhi keperluan peserta-pesertanya. Persekitaran yang fleksibel dari segi waktu dan ruang akan menggalakkan pelajar untuk berkongsi idea, bertanya soalan dan menyampaikan pengetahuan mereka. Maka, aktiviti yang asynchronous sangat berguna. Melalui aktiviti seperti ini, guru dan pelajar boleh bekerja bersama walaupun dalam waktu yang berbeza. Hal ini juga memberi kemudahan kepada pelajar yang berada di zon waktu yang berbeza atau pelajar berada di zon waktu yang sama tetapi mempunyai waktu lapang yang berbeza. Keupayaan MOODLE untuk berfungsi di bawah pedagogi social constructionism memberi satu bonus kepada pembangun dalam usaha 36 untuk membangunkan suatu web portal yang berteraskan Teori Sosial Konstruktivisme. Pembangun berharap dengan adanya pendekatan teori pembelajaran ini akan membantu kepada kejayaan dan keberkesanan pembelajaran pelajar melalui web portal ini. 2.9 Pemahaman Konsep dan penyelesaian berasaskan masalah bagi topik ‘Statistics II’ Matematik Tingkatan Tiga Penerapan konsep yang betul seharusnya membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah dengan jayanya. konsep adalah asas bagi keperluan pelajar untuk memahami sesuatu perkara. Namun, strategi pengajaran yang sesuai dan tepat diperlukan dalam menerapkan konsep-konsep di dalam matematik. Berdasarkan daripada pengalaman, pemasalahan yang berlaku turut dikaitkan dengan konsep. Bagi pelajar, untuk menjadikan konsep itu adalah betul, penyelesaian berdasarkan masalah diperlukan dalam mengukuhkan konsep-konsep matematik tersebut. Masalah didefinisikan sebagai sesuatu situasi, kuantitatif dan sebaliknya, di mana mengekang individu atau sekumpulan individu, yang memerlukan penyelesaian dan bagi individu yang tidak melihat atau menampakkan maksud untuk mendapatkan penyelesaian (Krulik dan Ridnick, 1989). Maka, masalah perlulah mempunyai kriteria seperti penerimaan, halangan dan penjelajahan. Turut juga didefinisikan bahawa penyelesaian masalah itu menurut (Krulick dan Ridnick, 1989) adalah bermaksud individu menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman yang dahulu atau lepas untuk memenuhi kehendak situasi yang tidak menjadi kebiasaan. Kemudiannya menjadikan penyelesaian masalah itu adalah kemuncak di dalam pembelajaran matematik di mana setiap aspek kehidupan dihadapi oleh pelajar seperti pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman digunakan sebagai tindakan bagi menyelesaikan masalah. Guru perlulah 37 menjadi pembimbing untuk mengajar bagaimana mencari penyelesaian sesuatu masalah itu, bukanlah dengan memberi penyelesaiannya. Implikasi daripada keadaan ini membolehkan aktiviti pemikiran dan kemahiran untuk merasionalkan langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah sebagai peranan yang besar. Seterusnya apabila setiap kejayaan yang diperolehi dalam penyelesaian menjadi motivasi dan peggalak bagi pelajar dalam mempelajari matematik. 2.10 Miskonsepsi dalam Topik ‘Statistics II’ Matematik Tingkatan Tiga KBSM Sedia umum dimaklumkan bahawa di dalam pembelajaran matematik memerlukan seseorang pelajar mempelajari asas konsep bagi sesebuah topik. Ini kerana disebabkan oleh tahap pemikiran yang tidak dapat menerima sekaligus berlaku kesalahan-kesalahan yan cukup kecil terhadap terma-terma dan penggunaan formula itu sendiri. Pelaez et al. (2005) menyatakan idea terdahulu pelajar mampu menyulitkan pembelajaran apabila idea-idea tersebut mempunyai konflik dengan kandungan yang diajar kepada tersebut. Idea yang menghalang pembelajaran ini dikenali sebagai miskonsepsi. Miskonsepsi didefinisikan sebagai kekaburan dan tidak kesempurnaan atau salah kefahaman tentang sesuatu. Ia sering berlaku oleh pelajar dan sukar untuk disingkirkan serta berbeza dengan pengetahuan saintifik semasa. Miskonsepsi boleh terbit daripada pengalaman terdahulu pelajar, sistem kepercayaan alternatif, penggunaan analogi oleh guru dan pelajar, serta kekeliruan di antara maksud istilah saintifik dengan maksud kebiasaannya. Kesilapan yang mengganggu pembelajaran juga digambarkan sebagai kepercayaan naif, prakonsepsi, idea yang tidak sempurna dan model kesilapan mental. Di dalam topik Statistics ini, pelajar seringkali melakukan kesilapan kecil akibat daripada kurangnya pemahaman dan asas konsep dalam topik ini menjadikan 38 kesilapan seperti ini sebagai suatu masalah yang tidak dapat dielakkan. Maka, strategi pengajaran perlulah diubah sebagai refleksi bagi menungkatkan mutu pemahaman konsep bagi pelajar adalah sesuatu yang mudah diterima pakai. Contohnya dalam subtopik bagi penggunaan min, median dan mod, pelajar perlu memahami konsep di mana guru menyediakan pengajaran yang berkesan bagi membantu pelajar dalam menerima konsep asas yang subjektif ini dalam persekitaran lebih menarik dan menyeronokkan. Seringkali kesalahan yang berlaku apabila pelajar diberikan suatu permasalahan untuk diselesaikan seperti menentukan median bagi suatu siri data. Sebagai contoh: 5, 2, 4, 8, 2, 3, 1 Penyelesaian bagi penentuan median untuk siri data tersebut adalah dengan menyusun semula siri tersebut menjadikan 1, 2, 2, 3, 4, 5, 8 Maka, 3 adalah median bagi set data tersebut. Namun, kesilapan biasa yang dilakukan oleh pelajar adalah pelajar tidak menyusun semula set data tersebut dan membuat kesimpulan akhir bahawa jawapan bagi penyelesaian tersebut adalah 8. Ini menjadikan kesalahan yang kecil berulang sehingga pelajar telah memahami konsep sebenar adalah nilai yang berada di tengah-tengah. Selain itu, bagi konsep mod pula, kesalahan umum yang sering berlaku sebagai contoh: Markah 0 1 2 3 4 Kekerapan 3 4 3 1 5 Penyelesaian mod bagi set data terkumpul adalah markah 4 kerana mempunyai kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 5. Akan tetapi, yang sering menjadi kesalahan apabila pelajar membuat kesilapan di mana nilai tiga 39 tersebut telah berulang sebanyak dua kali menjadikan mod bagi set data tersebut adalah 3. Selain itu, penentuan min bagi suatu data juga terdapat kesalahan umum atau miskonsepsi seperti contoh: Markah 1 2 3 4 5 Kekerapan 4 6 7 0 3 Nilai min bagi data tersebut adalah di mana penyelesaiannya seperti berikut: Mean = = = ( ) ( ) ( ) ( ) ( ) 50 = 2.6 Antara miskonsepsi yang berlkau adalah apabila pelajar salah anggap dan berfikir bahawa nilai data adalah 5 di mana hanya terdapat 5 petak lajur. = ( ) (2x6) ( ) ( ) ( ) = 10.4 Didapati kesalahan konsep atau miskonsepsi ini terjadi akibat daripada strategi pengajaran yang dilihat kurang berkesan. Maka kewujudan laman web portal seperti ini E-Pebelajaran ini dapat membantu guru dalam menyelesaikan situasi permasalahan berikut. Guru dapat menambah baik lagi strategi pengajaran dan pada masa yang sama guru juga dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran yang digunakan tidak terhad kepada gaya engajaran yang tradisional sahaja. 40 2.11 Pemikiran Statistik 2.11.1 Definisi Pemikiran Statistik Melihat kepada defini, pemikiran statistik adalah gaya pemikiran yang mengandungi kedua-dua penaakulan logikal dan analitikal di mana ianya menilai keseluruhan masalah hampir seperti bahagian-bahagian komponennya; dari cubaan untuk mentaksirkan kesan terhadap keseluruhan perubahan bagi satu atau lebih pembolehubah yang terlibat, dan cubaan untuk memahami bukan sahaja masalah dan penyelesaiannya, tetapi proses yang terlibat (Beth, 2002). Namun, terdapat juga beberapa pakar mendefinisikan pemikiran statistik sebagai : 1. Untuk memasukkan kemahiran mengenalpasti masalah 2. Proses penaakulan 3. Perkarangan persolan yang timbul, kesimpulan dan data 4. Penyelesaian masalah, dan 5. Penerangan kepada masalah, penyelesaiannya dan juga proses yang terlibat Pemikiran statistik adalah satu falsafah pembelajaran dan berdasarkan tindakan yang mengikuti beberapa prinsip asas iaitu; 1. Semua kerja berlaku dalam satu system merupakan proses yang saling berkait 2. Perbezaan wujud dalam semua proses 3. Pemahaman dan usaha untuk mengurangkan perbezaan adalah kunci kepada penyelesaian. Menurut Wild dan Pfannkuch, (1999) rangka kerja pemikiran statistik mempunyai 4 dimensi. Dimensi pertama adalah pusingan penyiasatan (Investigating cycle) yang melibatkan kitaran masalah, perencangan, data, analisis, kesimpulan. Rujuk rajah 2.6. 41 Rajah 2.6: Dimensi 1: Kitaran Penyiasatan Bagi Rangka Kerja ‘Statistical Thinking’ Dimensi ke 2 adalah jenis-jenis pemikiran (Type of thinking). Secara umumnya, dimensi 2 ini menekankan strategi dalam merancang penyelesaian masalah, memberi penerangan, memodelkan, dan mengaplikasikan teknik. Lima jenis pemikiran dikenalpasti oleh mereka sebagai elemen asas dalam pemikiran statistik iaitu 1. Pengenalan kepada keperluan data 2. Kepelbagaian dalam persembahan data 3. Mengambil kira situasi yang lain dari permasalahan biasa 4. Penakulan terhadap model statistik 5. Mengintegrasikan statistik dengan pemikiran Dan ditekankan disini bahawa sekiranya tanpa proses pemikiran statistik di dalam pembelajaran statistik ini, pengurusan dan proses penambahbaikan adalah cacat, ianya diibaratkan seperti membuat sesutau kajian itu tanpa pengukuran. 42 2.12 Penutup Teknologi masa kini yang dilihat semakin hari semakin maju dalam konteksnya pasti akan dapat memberikan impak yang besar dalam dunia pendidikan. Melalui E-Pembelajaran, kesan positif berlaku apabila ianya menjadi satu strategi baru dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, ianya dapat menarik perhatian khususnya pelajar dengan elemen-elemen multimedia yang diselitkan. Melalui E-Pembelajaran juga, dengan penerapan pemikiran statistik di dalam bahan pengajarannya, ianya mampu untuk meningkatkan tahap pemikiran pelajar agar lebih kreatif dan kritis. Sekiranya proses ini dirancang dan dilaksanakan dengan lebih efisyen, selaras dengan falsafah pendidikan Malaysia, dapat melahirkan satu generasi baru yang bukan sahaja mahir dalam pengendalian pengurusan maklumat, malahan pengaplikasian maklumat berupaya untuk diterapkan dalam aspek kehidupan harian dengan lebih efektif. 43 BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 3.1 Pengenalan Di dalam bab ini, kita akan membincangkan langkah-langkah dan prosedur pembangunan yang diperlukan bagi mereka bentuk bahan E-Pembelajaran berasaskan MOODLE bagi tajuk ‘Statistics II’ Tingkatan Tiga dan seterusnya membangunkan web portal yang interaktif menggunakan MOODLE. 3.2 Kaedah Pelaksanaan Di dalam membangunkan sesebuah web portal, proses pemilihan pembangunan sesebuah perisian adalah dilihat sebagai langkah yang amat penting. Ini kerana, untuk membina media pengajaran dan pembelajaran ia mempunyai hubungan yang rapat dalam proses merancang sesuatu topik untuk menentukan keberkesanannya. Topik yang akan dibangunkan perisiannya adalah ‘Statistics II’ Tingkatan Tiga. Membangunkan bahan E-Pembelajaran adalah bukan satu proses yang mudah. Ianya memerlukan ketelitian dan menuntut kesabaran yang tinggi. 44 Pembangun perlulah menganalisis dan mereka bentuk media pengajaran selaras dengan keperluan guru-guru, pelajar dan masyarakat. Apa yang kita telah sedia maklum, terdapat pelbagai pendekatan atau model yang boleh diikuti di dalam proses pembangunan web portal ini. Di antara modelmodel reka bentuk instruksi bersistem dan pembangunan multimedia adalah seperti model ADDIE, model ASSURE, model Hannafin & Peck, model Robert Glasea, model Waterfall, model Rapid Prototyping, model Jerold Kemp, model Gerlach & Ely, model Branson, model Diamond, model Smith & Ragan, model Gentry, model Reiser & Dick, model Van Pattern dan model Leishin Pollock & Reigeluth ( Jamaluddin et al, 2001 ). Di dalam proses membangunkan E-Pembelajaran berasaskan MOODLE, media pengajaran yang dipilih ialah Model ADDIE oleh Rossett (1987) yang digunakan sebagai panduan untuk membangunkan web portal ini. Di antara sebab dan faktor pembangun memilih model ADDIE adalah model ni model reka bentuk instruksi yang bersistem dan membantu pembangun dalam melaksanakan tugas untuk mereka bentuk dan membangunkan E-Pembelajaran berasaskan MOODLE bagi tajuk ‘Statistics II’ Tingkatan Tiga. Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri kesesuaian dari segi reka bentuk dan pelaksanaannya ke dalam suasana bilik darjah bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Menurut (Jamalludin et al., 2001) terdapat lima elemen pada model ADDIE yang akan diaplikasikan untuk membangunkan membangunkan web portal iaitu: Analisis (Analysis), Reka bentuk (Design), Pembangunan (Development), Pelaksanaan (Implimentation) dan Penilaian (Evaluation). Di samping itu, pembangun perlulah sentiasa melakukan proses penilaian dan penyemakan serta pengulangan secara berterusan bagi setiap elemen yang dinyatakan di atas untuk memastikan keperluan pengguna sentiasa di utamakan. Selain itu, kaedah ini dapat menjamin kualiti dan mutu produk yang dihasilkan dari semasa ke semasa. Rajah 3.1 menunjukkan aliran kerja berdasarkan Model ADDIE. 45 Analisis ( analysis ) Reka bentuk ( design ) Pembangunan ( development ) Penilaian ( evaluation ) Perlaksanaan ( implementation ) Rajah 3.1 Aliran Kerja berdasarkan Model ADDIE 3.2.1 Analisis ( analysis ) Dalam fasa analisis, latar belakang, gaya pembelajaran dan pencapaian pengguna adalah merupakan elemen yang utama yang perlu dikaji dan dititikberatkan. Pembangun juga telah menjalankan analisis terhadap pelajar dengan mengenal pasti pengetahuan sedia ada yang seharusnya dikuasai pelajar. Perkaraperkara yang dianalisis oleh pembangun ialah pengguna web portal, persekitaran pembelajaran web portal, matlamat pelajaran web portal dan miskonsepsi dalam topik pelajaran.. Bagi topik Statistics, pelajar hanya perlu untuk mengulangkaji topik tersebut untuk menjawab soalan-soalan ujian. 46 3.2.1.1 Pengguna Sasaran utama pengguna web portal ini ialah guru dan pelajar Tingkatan Tiga yang mengambil subjek Matematik. Oleh itu, isi kandungan pelajaran dalam web portal ini hendaklah memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Selain itu, pembangun telah melakukan analisis terhadap kandungan pelajaran di mana kandungan pelajaran perlu mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 3.2.1.2 Persekitaran Pembelajaran Seterusnya, pembangun turut menganalisis persekitaran pembelajaran bagi pelajar dan guru. Asas persekitaran pembelajaran untuk menggunakan web portal ini adalah penggunaan komputer dan internet. Secara formal, guru boleh mengajar di kelas dengan menggunakan web portal ini sama ada di makmal komputer, makmal sains, makmal biologi, mahupun bilik darjah, asalkan terdapatnya kemudahan komputer dan internet. Di luar waktu persekolahan, proses P&P juga boleh dilaksanakan secara tidak formal melalui web portal ini. Guru dan pelajar boleh melalui proses P&P secara synchronously (pada waktu yang sama) atau asynchronously (pada waktu yang berbeza) di rumah dan kafe siber. Malah dengan adanya komputer riba dan perkhidmatan internet secara broadband dan wi-fi, guru dan pelajar boleh melayari web portal ini di mana sahaja seperti di taman rekreasi, restoran dan lain-lain lagi. 47 3.2.1.3 Matlamat Pelajaran Selain daripada itu, pembangun turut menganalisis matlamat bagi topic ‘Statistics’. Bagi topic ‘Statistics’ memahami konsep dan membina carta pai serta melakukan cerapan maklumat dalam menyelasaikan masalah matematik (Represent and interpret data in pie chart to solve problem), memahami dan mengunakan konsep mod bagi data terkumpul (Understand and use the concept of mode of grouped data), memahami dan mengunakan konsep min dan purata bagi data terkumpul (Understand and use the concept of mean of grouped data), memahami dan mengunakan konsep median bagi data terkumpul (Understand and use the concept of median of grouped data). 3.2.1.4 Aras Soalan Sebagai tambahan, pembangun membuat analisis aras soalan berdasarkan aras-aras domain kognitif daripada Taksonomi Bloom. Aras-aras soalan kognitif adalah penting dalam memahami dan menentukan kemahiran berfikir seseorang pelajar itu sendiri. Bloom (1956) mengemukakan enam aras soalan dalam domain kognitif iaitu soalan aras pengetahuan, soalan aras kefahaman, soalan aras aplikasi, soalan aras analisis, soalan aras sintesis dan soalan aras penilaian. Aras-aras soalan domain kognitif ini diklasifikasikan sebagai aras rendah dan aras tinggi. Soalan aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi diklasifikasikan sebagai aras rendah. Manakala, soalan aras analisis, sintesis dan penilaian diklasifikasikan sebagai aras tinggi. Rajah berikut menggambarkan aras-aras soalan mengikut ketinggian. 48 Rajah 3.2 Aras soalan dalam domain kognitif Bloom (1956) Maka dalam membangunkan projek E-Pembelajaran ini, item-item soalan kuiz akan dibina dengan mengaplikasikan aras soalan domain kognitif Bloom. Penyoalan berstruktur adalah penting untuk menghasilkan serta melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran minda yang tajam, kritis, kreatif dan reflektif. 3.2.1.5 Miskonsepsi Berkaitan Topik Statistics II Matematik Tingkatan Tiga KBSM Seterusnya, pembangun melakukan analisis terhadap miskonsepsi yang berlaku dalam topik Staatistics II ini. Terdapat banyak miskonsepsi berkaitan dengan topik Statistics II dalam matapelajaran Matematik Tingkatan Tiga. Oleh itu, itemitem soalan kuiz yang berbentuk aneka pilihan dibina berdasarkan miskonsepsi dan juga kesilapan umum yang telah dianalisis tersebut. Melalui soalan kuiz berbentuk aneka pilihan, pengganggu (distractor) memainkan peranan yang penting dalam penyediaan jawapan. Jadual berikut menunjukkan dua item soalan yang telah dibina serta maklumbalas untuk setiap jawapan. 49 Jadual 3.1 Jadual yang terdiri daripada item-item soalan, jawapan dan maklumbalas bagi kuiz ( Statistics ) Item soalan beraneka jenis Jawapan Maklumbalas Miskonsepsi Oh! Incorrect. It’s OK. Let me help you. check A.154 Students The class interval for median is 158 – 166. class interval frequency 1. (cm) No.of 140-148 10 149-157 12 158-166 8 167-175 6 176-184 14 Find = 162 – 8 t the mean = 154 ( so it wrong ) Well done! It’s so easy ah, recheck your method Mean =Σ﴾ x = midpoint height. A. 154 B. 162.3 C. 50 D. 8118 ﴿ f = frequency of B. 162.3 N = total frequency (cm) f x fx 144 1440 12 153 1836 8 162 1296 6 171 1026 140 - 10 148 149 – 157 158 – 166 167 the concept median. 2 Studen nding about of mean and = (158 + 166) - 8 Height misundersta 50 – 175 176 14 180 2520 – 184 N 50 8118 ΣN = 50 Σfx = 8118 Mean = 8118 /50 = 162.3 Students C. 50 Oh! You have done it wrongly. misundersta Check out this: nding about mean and N 50 is a total frequency of the (total height (cm). (so it’s wrong) frequency) Oh! You have done it wrongly. Check out this: Students misundersta D. 8118 The value of the 8118 is the: Mean =Σ﴾ ﴿ Σfx = 8118 (so it’s wrong) nding of the concept mean. of 51 3.2.1.6 Perbandingan Ciri-Ciri yang Dimiliki dengan Web Portal Pendidikan Sedia Ada Pembangun juga membuat analisis terhadap ciri-ciri web portal yang dibangunkan ini dengan web portal pendidikan sedia ada yang terdapat di internet. Terdapat banyak kelebihan dari segi ciri-ciri web portal yang dibangunkan oleh pembangun berbanding web portal pendidikan sedia ada. Hal ini membawa kepada satu peningkatan dan sumbangan yang baik terhadap dunia pendidikan. Jadual berikut menunjukkan perbandingan ciri-ciri web portal ini berbanding web portal pendidikan iaitu Portal Pendidikan Utusan (http://www.tutor.com.my/tutor/) dan Web Sekolah Berita Harian (http://websekolah.bharian.com.my/y1f1.html). 3.2.2 Reka bentuk ( design ) Sebelum bermulanya fasa kedua iaitu Reka Bentuk ini , pembangun haruslah telah selesai melakukan proses analisis keperluan kepenggunaan, persekitaran pembelajaran dan matlamat pembelajaran. Ianya sekali gus memberikan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang akan terlibat dalam fasa reka bentuk ini. 3.2.2.1 Pembentukan Objektif Selain daripada itu, perlulah untuk pembangun bagi mendapatkan objektif pengajaran yang sesuai dan tepat serta boleh dicapai oleh pelajar apabila berjaya 52 menamatkan pembelajaran menerusi web portal yang dibangunkan ini. Objektif pembelajaran dibina berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diukur berasaskan tingkah laku pelajar. Objektif pembelajaran merangkumi tajuk, topik yang akan disampaikan, prestasi yang ingin dicapai dan keadaan pembelajaran. Jadual 3.2 menunjukkan objektif-objektif dan hasil pembelajaran yang perlu dicapai pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Matematik StatisticsII Tingkatan Tiga. Jadual 3.2 Jadual Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran mengikut sukatan matapelajaran Matematik Tingkatan Tiga bagi topik Statistics II Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran 4.1 memahami konsep dan melukis i. Memperoleh carta pai serta melakukan cerapan melakukan maklumat dalam maklumat cerapan dan maklumat menyelasaikan daripada carta pai. masalah matematik. ii. Membina carta pai untuk menunjukkan data. iii. Menyyelesaikan masalah melibatkan carta pai. iv. Menentukan persembahan dan perolehan data yang sesuai. 4.2 Memahami serta menggunakan i. Menetukan mod bagi: konsep mod, median dan min dalam menyelesaikan masalah melibatkan a) suatu siri data. matematik. b) Data yang diberi di dalam jadual kekerapan. ii. Menentukan mod dan kekerapan tertentu daripada piktograf, carta 53 palang, graf garis dan carta pai. iii. Menentukan median bagi sutau siri data. iv. Menentukan median bagi data di dalam jadual kekerapan. v. Mengira min bagi: a) suatu siri data b) data di dalam jadual kekerapan vi. Menyelesaikan masalah melibatkan mod, median dan min. 3.2.2.2 Pembinaan Item Teori Bagi melengkapkan web portal sebagai sebuah web pembelajaran, teori amat diperlukan. Teori Konstruktivisme Sosial digunakan oleh pembangun dalam pembangunan web portal ini. Pemilihan Teori Konstruktivisme Sosial adalah disebabkan pembelajaran yang berlaku adalah bersifat sosial dan ianya berlaku secara semula jadi, aktif (kolaboratif) serta menekankan pemikiran persekitaran penemuan berdasarkan pengalaman pelajar. Pelajar akan belajar secara sosial antara rakan-rakan di mana guru bertindak sebagai fasilitator yang akan membimbing pelajar. Ini dapat memperkembangkan pengetahuan pelajar kerana mereka saling bertukar pendapat dan idea sesama sendiri. Selain itu, penerapan tentang pemikiran statistik di kalangan pelajar juga turut ditekankan di mana pelajar perlu berfikir secara kreatif, kritis melalui statistik untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. 54 3.2.2.3 Pemilihan Strategi Strategi pembangunan laman web E-Pembelajaran yang menggunakan perisian MOODLE berdasarkan Learning Management System (LMS) digunakan untuk pembelajaran Matematik Tingkatan Tiga dalam tajuk ‘Statistics II’. 3.2.3 Pembangunan (development) Setelah melalui fasa analisis dan fasa reka bentuk, web portal E-Pembelajaran dibangunkan mengikut perancangan. Web portal E-Pembelajaran dibangunkan dengan menggunakan Learning Manageent System (LMS) daripada aplikasi MOODLE. Satu kursus (course) bagi topik Matematik Statistics II diwujudkan oleh pentadbir. Berikut merupakan fungsi-fungsi yang akan digunakan dalam Moodle untuk membangunkan web portal ini: i. Nota Pengajaran Guru (Teacher’s Note) ii. Bahan Pembelajaran Pelajar (Student’s Lesson) iii. Kuiz (Quiz) iv. Tugasan (Assignment) v. Forum vi. Perbualan (Chat) vii. Glosari (Glossary) 55 3.2.3.1 Nota Pengajaran Guru (Teacher’s Note) Nota pengajaran guru (Teacher’s Note) adalah nota yang disediakan oleh pembangun untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan ia juga boleh digunakan oleh pelajar sebagai bahan tambahan pembelajaran selain daripada bahan pelajaran pelajar. 3.2.3.2 Nota Pembelajaran Pelajar (Student’s Note) Sumber atau bahan rujukan yang disediakan oleh pembangun untuk kegunaan pelajar sebagai langkah untuk memberi kefahaman dalam menentukan konsep sesebuah topik di dalam pembelajaran pelajar. Penekanan terhadap pemahaman konsep dilakukan berdasarkan persembahan nota yang diselang – selikan dengan aktiviti soalan. 3.2.3.3 Kuiz (Quiz) Pembinaan item kuiz dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran yang sesuai mengikut tahap kefahaman pelajar dengan penekanan terhadap tahap daya pemikiran pelajar bagi membolehkan pelajar dapat memahami konsep sesuatu topik itu dengan mudah dan menyeronokkan tanpa menyebabkan tekanan. Bagi setiap item di dalam kuiz disediakan berdasarkan analisis miskonsepsi yang telah dilakukan pembangun di fasa analisis. Kuiz disediakan untuk menguji kefahaman pelajar terhadap setiap objektif pembelajaran. Keputusan daripada kuiz ini juga dapat dipantau dan dianalisis oleh guru itu sendiri sebagai rujukan dan juga refleksi kendiri. 56 3.2.3.4 Tugasan (Assignment) Untuk slot Assignment pembangun menggunakan ‘add an activity’. Pelajar perlu menghantar Assignment pada tempoh masa yang ditetapkan. 3.2.3.5 Forum Slot Forum boleh berlangsung samada yang hanya boleh dianggotai oleh guru-guru sahaja (teacher-only), ahli-ahli kursus sahaja (course news), atau terbuka untuk semua (open-to-all). Berikut adalah langkah-langkah pembinaan Forum. 3.2.3.6 Chat Slot Chat pula membenarkan interaksi sesama pengguna dan guru. Pelajar akan dimaklumkan terlebih dahulu waktu chat berlangsung. Melalui slot ini, pelajar dapat berhubung dengan guru tidak kira di mana jua berada. 3.2.3.7 Jurnal Slot Jurnal pula adalah peribadi antara pelajar dan guru, bertujuan untuk membantu pelajar yang bermasalah tentang pelajaran. Berikut adalah langkah- 57 langkah pembinaan Journal. Melalui ruang ini, pelajar dapat berinteraksi dengan guru secara tidak berhadapan sekiranya malu untuk bertanya. 3.2.4 Implementasi (Implementation) Setelah laman web siap dibina, fail-fail akan di upload ke internet. Sasaran utama dalam Model ADDIE ini ialah penglibatan daripada pelajar. Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara individu atau secara berkumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan. Di dalam MOODLE ini, pelajar diberi kebebasan untuk mempelajari apa yang ingin dipelajarinya. Mereka juga diberi kemudahan berkomunikasi dengan rakan sebaya serta guru di ruangan Chat dan Forum yang disediakan. Dengan adanya perkhidmatan yang disediakan, segala permasalahan pelajar dapat dikongsi dan diatasi bersama-sama. Mana-mana individu boleh turut terlibat dalam menggunakan modul ini kerana ia adalah percuma dan mudah dilayari. 3.2.5 Penilaian (evaluation) Penilaian terhadap E-Pembelajaran perlu bagi sesebuah pembangunan laman web, dan bagi kajian ini, pnilaian telah dilakukan oleh Mohd Fadzilah Mat Radzi (2009) di sekolah yang terletak di daerah Johor Bahru yang disertai oleh 65 orang pelajar. Mohd Fadzilah telah membangunkan E-Pembelajaran yang ciri-cirinya juga 58 adalah sama dengan pembangunan E-Pembelajaran ini. Kajian beliau menunjukkan pelajar menunjukkan bahawa bahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh EPembelajaran dari tujuh aspek adalah agak memuaskan antaranya aspek isi kandungan, antara muka pengguna, komuniti pembelajaran, pembelajaran kendiri, penilaian dan maklum balas, pedagogi, dan juga aspek navigasi. Tambahan lagi, satu kajian atau penilaian mengenai pembelajaran melalui EPembelajaran telah dilakukan oleh Zaidatun et al. (2005). Kajian dilakukan terhadap pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Data kualitatif dikumpul dan analisis data menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran melalui EPembelajaran adalah positif dari sudut Releven (min = 4.19), Pemikiran Reflektif (min = 3.69), Interaktif (min = 3.26), Sokongan Tutor (min = 3.87), Sokongan Rakan (min = 3.24) dan Tafsiran (min = 3.59). 3.3 Penutup Pembangunan E-Pembelajaran berbentuk web portal dapat dibangunkan dengan menarik dan berkesan berikutan model yang dijadikan panduan iaitu Model ADDIE menekankan fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Pemilihan model yang bersesuaian dapat menghasilkan satu pembangunan yang menarik serta mencapai objektif yang dikehendaki. Selain mengikuti proses model yang dipilih, pembangun juga perlu peka dan arif tentang keadaan semasa dan persekitaran pada kurikulum semasa agar web portal yang dibangunkan menepati kandungan kurikulum dan memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 59 BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN 4.1 Pengenalan Web portal bagi tajuk satisitics II Tingkatan Tiga KBSM di bawah pembangunan sistem sokongan kendiri atas talian yang telah siap dibangunkan ini merangkumi aktiviti pembelajaran yang interaktif berasaskan MOODLE. Bahanbahan yang dibangunkan meliputi pempelajaran untuk pelajar yang mengandungi seperti nota pembelajaran dan latihan (Learn and Practice); kuiz (Test Yourself); nota guru (Lecture Note) yang berteraskan slide pengajaran yang boleh dimuat turun ke komputer pengguna; forum pemikiran statistik (Which one show the average?); Tugasan (Do it Offline); Forum, Chat dan Journal yang menyokong penerapan pedagogi konstruktivisme sosial; Glossary; video panduan menggunakan spreadsheet, muzik bagi tujuan memudahkan pemikiran mengenai statistik bagi topik mean, median dan mode dan permainan. Penyusunan bahan E-Pembelajaran mengikut topik menjadikan web ini bersistematik, berstruktur dan memudahkan pengguna mengunakan web ini. 60 4.2 Sistem Sokongan Kendiri Atas Talian (Online Self Study Support System) Web portal E-Pembelajaran yang bertajuk ‘Statistic II’ merupakan satu laman web yang menyediakan pembelajaran kendiri menggunakan pemikiran statistik untuk pelajar. Ianya dibangunkan dengan menggunakan pelantar MOODLE yang dapat berfungsi dalam pelbagai pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Nestcape Explorer, Google Chrome, Safari, Opera dan sebagainya. 4.2.1 Skrin akses Daftar Masuk ‘Login’ Bagi mengakses masuk laman web Statistic II, pengguna boleh melayari URL http://mathed.utm.my/math/. Pengguna perlu mendaftar (login) terlebih dahulu dengan mengunakan ‘username’ dan ‘password’ masing-masing supaya dapat memasuki laman web MathEd seperti Rajah 4.1. Jika pengguna belum membuat akaun sendiri, pengguna digalakkan membuat akaun dengan memilih ‘Create New Account.’ Pengguna juga boleh memasuki web ini dengan menekan ‘login as guest’ tetapi penerokaan pengguna menjadi terhad. Untuk membuat akaun baru, butiran diri seperti Rajah 4.2 perlu dilengkapkan. Email pengesahan akan dihantar ke email pengguna. Selepas ‘login’ pengguna perlu memilih ‘Statistic’ seperti tertera pada Rajah 4.3. 61 Rajah 4.1: Skrin Daftar Masuk(Login) Rajah 4.2: Skrin Create new account Rajah 4.3 : Skrin pilihan topik 62 4.2.2 Penstrukturan dalam penyampaian bahan E-Pembelajaran Bahan-bahan yang terdapat di dalam isi kandungan bagi web portal EPembelajaran ini adalah mengikut garis panduan silibus sukatan ’Statistics II’ Tingkatan Tiga KBSM berasaskan MOODLE. Penyusunan isi kandungan turut melibatkan penambahan bagi ruangan pemikiran statistik untuk menggalakkan lagi pelajar berdaya fikir kreatif, kritis dan interaktif di mana terdapat aktiviti-aktiviti yang disediakan merangkumi aspuk-aspek yang ditekankan. Di dalam sukatan sebenar terdapat dua bahagian, namun dipecahkan menjadi empat bahagian berasingan yang mempunyai Pengajaran(Lesson) dan juga Nota guru (Teacher’s note). Selain itu, terdapat juga elemen-elemen multimedia bagi menarik lebih perhatian pelajar untuk melayari web portal E-Pembelajaran ini antaranya mengandungi video, ruangan sembang (chat), permainan, kuiz, forum, glosari serta maklumbalas untuk penambahbaikan pada masa hadapan. 4.3 Hasil Projek bahan E-Pembelajaran bertajuk ‘Statistics II’ Struktur penyusunan bahan E-Pembelajaran bertajuk ’Statistic II’ mengikut subtopik berdasarkan sukatan Matematik KBSM dan setiap subtopik dilengkapi dengan aktiviti interaktif disediakan seperti nota pelajar menggunakan Lesson (Learn & Practice), kuiz (Test Yourself), nota guru (Lecture Note) yang menggunakan sumber Resource dan berformat power point, Crossword Puzzle yang menggunakan perisian Hot Potatoes, Assignment, forum, Chat dan Journal. Sila rujuk Rajah 4.4. 63 Rajah 4.4 : Skrin Main Menu topik ‘Statistics II’ 4.3.1 Nota Pembelajaran dan Latihan (Learn & Practice) Modul pembelajaran dan latihan (Learn & Practice) ini merupakan modul yang merupakan aktiviti yang berbentuk interaktif dalam web ‘StatisticsII’ ini. Nota pelajar yang menggunakn format ‘Lesson’ yang telah disediakan oleh MOODLE. Butang navigasi seperti ‘Next’, ‘Previous’ dan ’End’ disediakan bagi memudahkan penerokaan pelajar seperti dalam Rajah 4.5. Sepanjang pembelajaran, 64 latihan akan diselitkan bagi menguji pemahaman pelajar tentang pembelajaran yang sebelumnya. Rajah 4.6 menunjukkan paparan latihan serta maklumbalas. Pelajar mesti menjawab dengan betul untuk meneruskan pembelajaran mereka. Di sini pelajar boleh menilai tahap kefahaman, kemampuan dan memperbaiki kelemahan mereka dalam subtopik yang dibincangkan. Rajah 4.5 : Skrin yang menunjukkan penggunaan butang navigasi Rajah 4.6 : Skrin latihan dan maklumbalas dalam nota pembelajaran dan latihan 4.3.2 Kuiz (Test Yourself) 65 Lima hingga sepuluh soalan ringkas beraneka pilihan atau jawapan pendek disediakan bagi setiap subtopik dalam topik ‘Statistics II’ ini. Soalan yang di berikan akan melibatkan pemahaman konsep, kemahiran dan penyelesaian masalah. Urutan jawapan juga berubah secara rawak bagi setiap kali percubaan untuk mengelakkan peniruan, penghafalan jawapan dan menguji tahap kefahaman pelajar. Setelah selesai menjawab soalan, pelajar perlu menekan ‘submit’ untuk mendapatkan maklum balas. Setiap jawapan yang betul dan salah akan terpapar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.7 dan Rajah 4.8. Rajah 4.7 :Skrin maklumbalas bagi jawapan yang salah bagi topik ‘Statistics II’ Rajah 4.8 :Skrin maklumbalas bagi jawapan yang betul bagi topik ‘Statistics II’ Bagi jawapan yang salah, pelajar akan diberi peluang untuk menjawab kali kedua. Pembayang akan diberikan agar mereka akan menjawab dengan betul. Pelajar 66 diberi kata penggalak dan berunsur motivasi bagi setiap jawapan yang betul atau salah. Sistem pengkalan data dalam kuiz ini dapat memberikan gambaran prestasi pelajar. Masa, hari, tarikh, markah dan gred akan dipaparkan mengikut setiap percubaan yang dilakukan seperti Rajah 4.9. Rajah 4.9 : Skrin paparan markah 4.3.3 Nota Guru (Lecture Note) Nota Guru (Lecture Note) dalam modul ’Statistics II’ ini merupakan sumber yang boleh dimuat turun dan boleh di edit sekiranya menggunakan Open Office. Walaubagaimanapun, nota guru yang disimpan dalam bentuk slide presentation ini hanya boleh dimainkan oleh Microsoft Power Point tetapi tidak boleh diedit. Fungsinya utamanya adalah memberi kemudahan kepada guru-guru untuk menjadikan bahan bantu mengajar dalam kelas. Sumbernya disediakan berpandukan objektif pembelajaran dalam sukatan Matematik KBSM namun di terapkan unsur pemikiran statistik. Ini juga akan memudahkan pelajar memuat turun nota ini untuk pembelajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya terhadap talian internet sepanjang masa untuk mengulang kaji. Sekiranya pengguna klik pada sebarang Nota Guru (Lecture Note) , tetingkap Oppening Subtopic akan keluar dan pengguna boleh memilih untuk simpan fail atau membuka terus bahan pembelajaran menggunakan Microsoft Office Power Point seperti seperti Rajah 4.10. 67 Rajah 4.10 : Skrin pilihan untuk menyimpan nota Untuk terus membuka bahan, pilih ’Open with’ dan memilih aplikasi yang sesuai untuk membuka bahan yang disediakan. Klik ’OK’ dan fail akan di muat turun dan terus dimainkan secara automatik di skrin komputer pengguna seperti Rajah 4.11. Rajah 4.11: Slaid yang terus dimainkan dalam mode skrin penuh 68 Paparan nota guru yang disediakan ini juga ringkas, padat, dan menarik. Walaupun menggunakan isi kandungan mengikut KBSM, contoh-contoh yang menunjukkan data yang diperolah dapat di tukarkan dalam pelbagai bentuk rajah. Situasi melibatkan kehidupan seharian mereka akan memudahkan mereka untuk memahami isi kandungan pelajaran. Pada setiap nota guru yang disediakan, hasil pembelajaran (Learning Outcome) yang mesti dicapai dipamerkan terlebih dahulu bagi memudahkan mereka menekankan pembelajaran mereka seperti rajah 4.12. Rajah 4.12 : Skrin learning outcome bagi subtopik ’Pie Charts’ 4.3.4 Tugasan Offline (Do it Offline) Tugasan yang disediakan adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan software seperti Open Office Spreadsheet, Microsoft Excel atau mana-mana software yang membolehkan mereka membina carta palang atau graf garis. Tugasan offline ini berada di bawah modul pemikiran statistik. Berdasarkan Rajah 4.13, arahan yang jelas disediakan kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan dan mereka perlu memuat 69 naik fail tersebut untuk semakan oleh guru. Selain itu, tugasan ini menerapkan unsurunsur pemikiran statistik kerana ianya melibatkan penerangan data dan mereka perlu mempelbagaikan bentuk penyampaian dengan satu set data yang diberikan. Rajah 4.13 : Skrin tugasan bagi topik ‘Statistics II’ 4.3.5 Forum (Which one is the average?) Aktiviti forum dibawah modul pemikiran statistik ini mengutarakan satu permasalahan. Pelajar perlu mengadakan diskusi tentang masalah yang di utarakan. Aktiviti ini akan melibatkan kolaborasi pelajar dalam pembelajaran. Pelajar akan dapat menyatakan pandangan masing-masing untuk menyelesaikan masalah yang di utarakan. Arahan diberikan untuk mengikuti diskusi ini seperti yang dilihat dalam Rajah 4.14. Pelajar dikehendaki menekan ’Reply’ pada tugasan yang diberikan seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 4.15. Ini membolehkan pelajar membaca pandangan pelajar-pelajar lain dan mengutarakan pendapat mereka pula. 70 Rajah 4.14 : Skrin forum yang memberi arahan untuk aktiviti Statistical Thinking Rajah 4.15 : Skrin yang menunjukkan pelajar perlu untuk menekan ‘Reply’ untuk memberikan pandangan. 4.3.6 Forum 71 Terdapat juga forum yang membincangkan permasaalahan mereka sepanjang mempelajari topik statistik ini. Mana-mana bahagian yang tidak jelas diutarakan dan guru dan pelajar akan cuba menyelesaikan masalah bersama-sama seperti Rajah 4.16 Rajah 4.16: Skrin ‘Discussion’ forum untuk membincangkan masalah pelajar 4.3.7 Perbualan (Chat) Aktiviti ‘Chat’ seperti Rajah 4.17 ini membolehkan pelajar dan guru saling berinteraksi pada masa yang sama dan pelbagai kemusykilan dan soalan boleh diajukan dan dibincangkan. Untuk memudahkan lagi pelajar, waktu yang spesifik dimaklumkan agar pelajar dapat mengekses pada waktu yang sama dengan guru mereka bagi menanyakan persoalan-persoalan yang timbul sewaktu proses pembelajaran kendiri. 72 Rajah 4.17 : Skrin aktiviti Chat 4.3.8 Jurnal (Journal) Pelajar boleh menulis refleksi tentang pembelajaran mereka dalam jurnal yang disediakan dan pada sebarang masa juga berkenaan topik statistik yang dipelajari. Sila rujuk pada Rajah 4.18. Rajah 4.18 : Skrin journal bagi topik ‘Statistics II’ 73 4.4 Pengujian Web portal ini juga telah menjalani fasa pengujian yang dikalangan guru pelatih dan juga pembangun web iaitu seramai 6 orang. 35 item soalan diberikan kepada mereka mengikut beberapa aspek pembangunan. Soalan merangkumi aspek isi kandungan; motivasi; mesra pengguna penampilan, dan multimedia; strategi pembelajaran; dan kemahiran berfikir. Skala yang digunakan (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) tidak pasti, (4) setuju, (5) sangat setuju. Bagi aspek isi kandungan lapan soalan diutarakan yang menanyakan tentang susunan, bahasa, tatabahasa, gaya bahasa, contoh-contoh yang disediakan, informasi yang diberikan, kepadatan, dan kecukupan isi kandungan pembelajaran yang disediakan. Mod bagi aspek isi kandungan adalah setuju (4) dengan bahasa yang digunakan sesuai, isi kandungan yang sesuai, contoh menepati tajuk yang diutarakan, dan ruangan dalam modul ini bersesuaian dan tidak terlalu padat. Melihat kepada aspek motivasi pula, empat item telah diutarakan dan mod bagi aspek ini adalah 4 dimana rata-rata responden bersetuju dengan penyataan bahawa modul ini dapat memotivasikan pelajar, menjadikan pembelajaran mencabar, meningkatkan daya ingin tahu, dan menarik perhatian. Manakala sebanyak sepuluh item diutarakan bagi menilai penampilan dan penggunaan multimedia dalam pembagunan ini. Mod bagi aspek ini juga mendapati responden bersetuju (4) dengan paparan antara muka bersesuaian, persembahan menarik, saiz tulisan bersesuaian, penggunaan animasi yang mencukupi, muzik yang sesuai, bahan yang disediakan menarik dan interaktif, serta modul yang dibangunkan mesra pengguna. Untuk item berkenaan aspek di dalam strategi pembelajaran pula , 6 item diutarakan dan mendapati responden juga bersetuju (4) dengan pernyataan modul ini dapat meningkatkan aktiviti secara kumpulan, menyedia soalan yang menguji kefahaman, memberikan maklum balas yang bersesuaian kepada setiap soalan, dan masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan mencukupi. 74 Tujuh pernyataan diberikan dari aspek kemahiran berfikir. Mod responden juga 4 (setuju) dengan pernyataan modul ini membantu dalam meningkatkan kefahaman mengenai topik, menerapkan strategi pemikiran yang berkesan, soalan yang dikemukakan mengikut aras pemikiran, dan meningkatkan kreativiti berfikir. Hasil daripada analisis terhadap responden, hampir kesemua responden menyatakan persetujuan bahawa web portal E-Pembelajaran ini mampu untuk dilaksanakan samada di sekolah sebagai bahan bantu mengajar untuk guru-guru mahu pun sebagai alat pembelajaran kendiri pelajar tidak kira samada di rumah atau pun di mana-mana. 4.5 Penutup Bagi web portal E-Pembelajaran, penstrukturan dan penyusunan maklumat yang telah disediakan dilihat mampu untuk menerapkan daya kreatif dan kritis pelajar terhadap pembelajaran statistik. Laman ini juga sesuai bagi guru untuk dijadikan sebagai alatan tambahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan E-Pembelajaran ini berdaya untuk melahirkan individu yang berfikiran kelas satu serta menjadikan aktiviti harian lebih bermakna. 75 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran berteraskan komputer dan internet merupakan satu alternatif pilihan yang baik kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan diri sendiri serta penerokaan dalam ilmu pengetahuan. Pembangunan web portal ini adalah lebih menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelajar diberi peluang untuk memilih subtopik yang ingin dipelajarinya dan merancang pembelajaran mengikut kemampuan dirinya. Seharusnya web portal ini dapat dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) sebagai bahan rujukan samada bagi guru ataupun pelajar itu sendiri. Projek ini telah berjaya menghasilkan bahan E-Pembelajaran pada akhirnya bertajuk ‘Statistics II’ berasaskan MOODLE yang merangkumi nota guru (Lecture Note) menggunakan sumber (Resource), nota pembelajaran dan latihan (Lesson & Practise) menggunakan ‘Lesson’, kuiz (Test Yourself), ruangan ‘Statistical Thinking’ yang memfokuskan pemikiran statistik dalam pembelajaran, perbincangan (Chat) dan ‘Journal’. Nota guru yang disediakan dalam format power point yang membolehkan pengguna memuat turun. Nota pembelajaran menyediakan paparan nota ringkas, padat, menarik, serta dengan pelbagai soalan yang memandu pelajar supaya berfikir. Contoh-contoh yang disediakan juga berpandukan masalah seharian 76 pelajar agar dapat menyediakan pembelajaran bermakna. Web pembelajaran ini juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar dan menyediakan persekitaran konstruktivisme sosial semasa menggunakannya. Paparan nota yang kebanyakannya menggunakan ayat pasif menjadikan penyampaian menjadi lebih mudah difahamai dan menjadikan pelajar seolah-olah berinteraksi dengan guru mereka. Aktiviti interaktif yang disediakan berasaskan MOODLE adalah seperti kuiz (Test Yourself), Hot Potatoes Quiz, tugasan (Do it offline), Forum, Glosary, Perbincangan (Chat) dan Journal. Bagi setiap soalan yang disediakan dalam kuiz, maklumbalas yang dapat memberi motivasi kepada pelajar diberi bagi jawapan betul atau salah. Di samping cara penyelesaian dan pembayang diberikan bagi mendapatkan jawapan yang betul. Sistem pemarkahan dalam kuiz ini bergantung kepada jawapan pelajar. Sistem pengkalan data di dalam MOODLE ini membenarkan guru dan pelajar dapat mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah, tempoh masa, kekerapan yang boleh diperolehi. Aktiviti ‘Chat’ pula membolehkan pelajar menghubungi kawan-kawan dan guru mereka yang online pada waktu yang sama. Ruangan ’Statistical Thingking’ pula adalah satu elemen yang menyokong piawaian National Council of Teacher of Mathematics (NCTM). Aktiviti yang disediakan adalah berbentuk forum dan tugasan offline. Tugasan yang diutarakan melibatkan penganalisisan data dari pelbagai aspek pemikiran. Satu data boleh dimanipulasi kepada perlagai situasi. Dengan adanya ruang ini juga, pelajar digalakkan untuk menghubungkan statistik secara verbal dan tidak melibatkan pengiraan semata-mata. Pembangunan E-Pembelajaran bertajuk ’Statistics II’ ini dibangunkan menggunakan sistem pengurusan kursus MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment) yang lebih menfokuskan kepada teknologi, pedagogi sosial konstruktivisme, reka bentuk yang menyokong pakej perisian sumber terbuka. Sumber terbuka dapat digunakan dengan percuma dan tidak memerlukan lesen. Pembangunan bahan E-Pembelajaran bukanlah suatu proses yang mudah. Pembangunan bahannya mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga yang banyak. Pembangun telah memilih model ADDIE untuk memudahkan prosedur pembangunan. Model ini mengandungi lima fasa iaitu Analysis (Analisis), Design 77 (Reka Bentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Pelaksanaan) dan Evaluation (Penilaian). Kekuatan web pembelajaran statistik yang dibangunkan ini adalah bahannya dibangunkan berdasarkan sumber dan aktiviti yang menyokong konstruktivisme sosial. Ianya berlandaskan sukatan Matematik KBSM. Namun, kandungannya telah dimasukkan unsur-unsur pemikiran statistik yang menggalakkan pelajar membanding, menganailsis, menghurai dan mempelbagaikan persembahan data yang diperolehi. Aplikasi penggunaan web pembelajaran ini merupakan alternatif kepada guru dan pelajar terhadap peningkatan kendiri dalam menimba pengalaman baru dan menggalakkan pembelajaran aktif dan bermakna. 5.2 Perbincangan Pada ruang perbincangan ini, pembangun akan membincangkan tentang kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam web portal yang dibangunkan. Di samping itu, pembangun juga mengutarakan beberapa cadangan untuk diaplikasikan pada masa akan datang. Akhir sekali, satu kesimpulan juga diselitkan untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang web portal ini. 5.2.1 Kelebihan Web Portal Antara kelebihan yang terdapat dalam web portal ini adalah seperti ruangan forum dan chat di mana para pengguna boleh bertukar pandangan dan pendapat sesama pengguna dan juga dapat menyelesaikan sebarang masalah dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan biologi di dalam web portal ini. Selain itu, terdapat 78 juga ruangan yang menyediakan nota yang boleh dimuat turun oleh para guru dan pelajar. Nota-nota tersebut telah dipermudahkan dan diringkaskan agar para pelajar dapat memahami dengan lebih mudah dan cepat. Web portal ini juga diperlengkapkan dengan soalan-soalan yang terkini dan disesuaikan dengan kesilapan-kesilapan dalam miskonsepsi yang sering dilakukan oleh pelajar agar kesilapan yang sama tidak berlaku berulang kali. Animasi yang memadai iaitu tidak keterlaluan dimasukkan dengan tujuan menarik perhatian pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Selain itu, grafik-grafik yang menarik dimasukkan dalam web portal ini. Seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, web portal ini bersifat interaktif supaya pelajar dapat merasa seolah-olah komputer sedang berhubung dengannya. Ciri ini digunakan dalam aktiviti kuiz terutamanya di mana maklum balas yang memberi galakan kepada pelajar disediakan untuk jawapan yang betul dan juga salah. Tambahan lagi, penilaian yang dilakukan terhadap web portal ini menunjukkan bahawa bahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah memuaskan. Antaranya aspek isi kandungan, antara muka pengguna, komuniti pembelajaran, pembelajaran kendiri, penilaian dan maklum balas, pedagogi, dan juga aspek navigasi. Pelajar-pelajar kebanyakan mendapati web portal ini adalah menarik kerana dilengkapi dengan elemen multimedia yang pelbagai dan menarik seperti grafik, animasi dan video. 5.2.2 Kelemahan Web Portal Dalam penggunaan web portal E-Pembelajaran ini, turut terdapat beberapa kelemahan yang mengganggu kelancaran sistem web portal ini. Antara faktor utama adalah, pembangunan E-Pembelajaran ini menggunakan pelantar (server) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di mana bagi capaian di dalam kawasan UTM adalah sangat baik dari segi memuat turun isi kandungan kerana lokasinya berhampiran dan 79 juga berkemungkinan menggunakan capaian yang telah disediakan oleh pihak universiti sendiri, namun, ianya agak mendukacitakan bagi capaian jarak jauh iaitu di luar kawasan UTM kerana prosesnya adalah lambat. Amat susah apabila hendak dikaitkan pelajar sekolah dengan penggunaan modul E-Pembelajaran ini disebabkan oleh faktor ini. Selain kelemahan di atas, terdapat juga beberapa faktor teknikal yang menyebabkan web portal ini tidak dapat dicapai seperti terdapat beberapa pelayar (browser) yang tidak menyokong sebahagian aplikasi di dalam MOODLE. Selain itu, terdapat jugamasalah teknikal lain yang juga turut mengganggu proses pembelajaran ini, contohnya sekira terdapat banyak dan pelbagai penggunaan sambungan (extension), maka plug-in sedia ada tidak dapat menyokong aplikasi tersebut, kekangan ini mengurangkan lagi masa pembelajaran kerana hendak memuat turun pemasangan plug-in yang bersesuaian. 5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Projek Semasa pelaksanaan perancangan modul ini, terdapat beberapa kekangan atau halangan yang terpaksa dilalui bagi menjayakan projek. Masalah-masalah tersebut adalah seperti berikut: 5.3.1 Kepakaran Yang Terhad Kualiti persembahan yang baik memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam penghasilan bahan pembelajaran berasaskan Moodle. Bagi mendapatkan hasil yang bermutu dan berkualiti ia memerlukan lebih daripada satu 80 tenaga pakar agar pembahagian tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya. Namun pembangun tidak mempunyai kepakaran yang sepenuhnya untuk mengaplikasikan web portal tersebut dengan berkesan. Walaupun demikian, bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan dan penyelia dapat meringankan beban agar projek tersebut dapat berjalan dengan lancar. 5.3.2 Capaian Internet Capaian internet juga memainkan peranan penting dalam penyediaan dan penggunaan web portal ini. Kesibukan laluan di internet kadang kala membuatkan segala urusan tergendala seketika. Walaupun demikian berbagai-bagai langkah telah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. 5.3.3 Bahan-Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kekurangan bahan juga merupakan salah satu faktor yang amat penting dalam penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran web portal. Pembangunan Student’s Lesson berteraskan Teori Sosial Konstruktivisme adalah agak sukar kerana ia memerlukan masa yang panjang, daya pemikiran yang tinggi dan kreatif. Selain itu, rujukan dan maklumat mengenai pemikiran statistik bagi Matematik Tingkatan tiga KBSM adalah sukar ditemui . Di samping itu, tempoh masa adalah terhad untuk pembangun membangunkan satu kursus atau topik yang terdiri daripada empat subtopik pelajaran di mana setiap subtopik mengandungi nota slaid PowerPoint, nota berbentuk HTML, soalan-soalan kuiz berdasarkan miskonsepsi dan mengaplikasikan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan Teori 81 Sosial Konstruktivisme serta pemikiran statistik yang memerlukan daya fikir yang kreatif dalam menyelesaikan masalah. 5.4 Cadangan Setelah melihat kepada kelebihan dan kelemahan web portal ini, pembangun mencadangkan beberapa perkara bagi menerbitkan bahan E-Pembelajaran berasaskan MOODLE yang lebih berkesan dan menarik pada masa akan datang antaranya pembangun mestilah melengkapkan diri dengan kepakaran dalam bidang pembangunan web dan juga penyaluran maklumat kerana ianya berkenaan dengan proses penyampaian maklumat terhadap individu. Penambahbaikan dari segi interaktiviti perlulah ada untuk menarik minat pelajar lebih terhadap web portal sebegini. MOODLE adalah merupakan sumber terbuka yang percuma dan mempunyai aplikasi yang hebat dalam dunia E-Pembelajaran. Pembangun mendapati penggunaannya sungguh menarik. Oleh itu, pembangun menyarankan agar penggunaanya didedahkan pada para pendidik di seluruh negara. Jika inginkan web portal yang lebih menarik dan lengkap, cadangan pembangun ialah projek sebegini mestilah dilakukan secara berkumpulan kerana setiap individu mempunyai kepakaran yang berbeza dalam pelbagai bidang. Contohnya, jika seseorang itu pakar dalam video tidak semestinya ia pakar dalam rekabentuk pembangunan atau animasi. Maka, setiap individu berperanan dalam menentukan kewajaran sesuatu maklumat itu berjaya untuk disampaikan atau tidak. Pembangun juga mencadangkan agar web pembelajaran ’Statistics II’ ‘ini dinilai oleh pakar-pakar matematik di Malaysia supaya ianya boleh dipautkan ke laman-laman web yang berunsur pendidikan untuk kegunaan para guru dan pelajar. Setelah dinilai dan dikaji sistem penyampaian dan keberkesanannya, web portal ini mungkin boleh menyumbang kepada negara secara realitinya. Sistem OSSS yang 82 telah mengumpulkan 46 topik ini mungkin boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk memberi pendedahan kepada guru-guru sains dan matematik mengaplikasikan penggunaan sistem OSSS ini. Dengan cara ini, bahan ynag dibangunkan dapat diperluaskan penggunaannya. 5.5 Kesimpulan Kesimpulannya, pembangun telah berjaya membangunkan sebuah web portal bagi topik ‘Statistics II’ dalam matapelajaran Matematik Tingkatan Tiga KBSM.. Web portal ini dibangunkan dengan menggunakan pelantar MOODLE sebagai Learning Management System (LMS) dan mengandungi: 5.6 1. Sumber Pengajaran Guru (Teacher’s Lesson) 2. Sumber Pembelajarn Pelajar (Student’s Lesson) 3. Tugasan (Assignment) dan Latihan (Exercise) 4. Forum dan Perbualan (Chatting) 5. Kuiz (Quiz) dan Pegukuhan (Reinforcement) Penutup Pada masa kini, penggunaan E-Pembelajaran memang tidak asing lagi khususnya bagi pelajar-pelajar di bandar. Begitu juga dengan para pendidik yang ditugaskan juga sudah menyedari hakikat kepentingan web portal berbentuk EPembelajaran ini. Oleh itu, pembangun mengharapkan pelajar-pelajar yang akan menggunakan web portal ini supaya gunakanlah ia sebaik mungkin untuk menambahkan pemahaman terhadap tajuk yang dipelajari agar pembelajaran menjadi 83 lebih bermakna dengan terhasilnya individu yang mempunyai kemahiran generik, berfikiran kreatis dan juga kritis. 84 RUJUKAN Beth L. Chance (2002). Components of Statistical Thinking and Implications for Instruction and Assessment. California Polytechnic State University Journal of Statistics Education Volume 10, Number 3, Dalam Talian www.amstat.org/publications/jse/v10n3/chance.html Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002). Reka bentuk Perisian Multmedia. Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 65-78. Baharuddin Aris (2003). Sains Komputer: Teknik dan Teknologi. Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing(M) Sdn Bhd. Cole, Jason. (2005). Using Moodle. USA : O’Reilly EE Ah Meng. (1995). Pendidikan moral Pembelajaran dan pengajaran (Tinggi). Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti. Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. UTM. Skudai. Fazidah Nishtar dan Azizah Abdul Rahman. (2006). A Framework for Implementation of a Web-Based Learning Management System. dalam: Postgraduate Annual Research Seminar 2006, 24 - 25 Mei 2006, Postgraduate Studies Department FSKSM, UTM Skudai. Ining, Tracy Chao (2008). Moving to Moodle: Reflections Two Years Later. Educause Quarterly. Number 3: 46-52. 85 Jamalludin Harun, Baharuddin Aris and Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik, Kuala Lumpur: Venton Publishings. Jamaludin Mohaiadin (2000). Isu dan Implikasi “E-learning” Terhadap Sistem Pendidikan. Dalam: Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan 2000. Kuala Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM). Kertas Kerja. 245- 252. Jaya Kumar C. Koran (2001). “Aplikasi ‘E-Learning’ dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia: Cadangan Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini”. dalam. Seminar Kebangsaan 2001. Jones, R. (2000).Textbook Troubles. American School Board Journal. Jurnal IPDA (2004). Kaizan Mamat. (2008). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk Quadratic Expressions And Equation dan Statistics Tingkatan 4. Skudai: UTM. Kamus Dewan. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Maria Chong Abdullah. (1996). The Communicative Approach in the Teaching of English as a Second Language. Jurnal IPDA. Bil. 4, hal: 54-70 Marlia Puteh dan Supyan Hussin. (2007). A Comparative Study of E-Learning Practices at Malaysian Private Universities. dalam: 1st International Malaysian Educational Technology Convention 2007, 2 - 5 November 2007, Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia. Mat Jizat Abdol, Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. University Teknologi Malaysia. Skudai. 86 Mohamed Nor Hassan, Rose Alinda Alias, Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali, (2000). Penyelidikan dan pembangunan elektronik (e-learning) di Universiti Teknologi Malaysia Konvensyen Pendidikan UTM, Skudai. Muhammad Adri (2008). Bab I Konsep Dasar e-Learning dengan Moodle. Dlm. IlmuKomputer.Com. Padang, Indonesia: Universitas Negeri Padang. 1 - 6. Oetomo, B.S.D dan Priyogutomo, Jarot. (2004). Kajian Terhadap Model e-Media dalam Pembangunan Sistem e-Education, Makalah Seminar Nasional Informatika 2004 di Universitas Ahmad Dahlan Yogyakarta pada 21 Februari 2004. Pelaez, N. J., Boyd, D. D., Rojas, J. B., and Hoover, M. A. (2005). Prevalence of blood circulation misconceptions among prospective elementary teachers. Advances in Physiology Education. 29: 172–181. Prosiding Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 : Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan : Kementerian Pendidikan Malaysia: [2001, MS 10] Ragbir Kaur. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidkan Kpli Sekolah Rendah & Menengah. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rice, William. (2006). Moodle, E‐Learning Course Development : A Complete Guideto Successful learning using Moodle, Birmingham, UK : Packt Publishing. Rosenberg, M.J. (2001). E-learning Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age. United States of America: McGraw-Hill. 25-29 Ros O’Leary, R., McFarlane, A., Timmis, S., dan Greenwood, S., (2003). E-learning Strategy. Dalam talian http://www.ltss.bris.ac.uk/elearning/elearn_strat_9.doc Rosett, A. (1987). Training needs assessment. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications, Inc. 87 Rosmah Mat Isa, Rasidah Arshad, Nor Liza Abdullah, Rosseni Din (2003). Draf Manuskrip Prinsip Asas Pendidikan Komputer. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Schuman, L. (1996). “Perspectives on Instruction”. Dalam talian. http://edweb.sdsu.edu/courses/edtec540/Perspectives/Perspectives.html Utomo, Junaidi. (2001). Dampak Internet Terhadap Pendidikan : Transformasi atau Evolusi, Seminar Nasional Universitas Atma Jaya Yogyakarta, 7 April 2001. Yahya Buntat dan Wahyu Idrus. (2006). Aplikasi ‘E-Learning‘ Dalam Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia : Isu dan cadangan perlaksanaannya. Seminar TVE06. 09-10 December 2006. Hotel Sofitel Palm Resort. (tidak diterbitkan). Wild, C. J., and Pfannkuch, M. (1999), “Statistical Thinking in Empirical Enquiry”, International Statistical Review, 67, 223-265. 88 LAMPIRAN A ITEM MAKLUMBALAS 1. Susunan isi kandungan bersesuaian dengan objektif pembelajaran 2. Ketepatan isi kandungan bersesuaian dengan objektif pembelajaran 3. Bahasa, tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian dengan subjek pembelajaran 4. Modul menjadikan pembelajaran anda mencabar 5. Contoh yang digunakan dalam modul ini menepati tajuk yang diutarakan 6. Modul ini menimbulkan daya ingin tahu dalam pembelajaran anda 7. Modul ini menarik perhatian anda untuk belajar 8. Paparan antara muka modul bersesuaian 9. Persembahan dalam modul ini menarik 10. Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang dalam modul ini bersesuaian 11. Penggunaan animasi yang terdapat dalam modul ini bersesuaian dan mencukupi. 12. Muzik di dalam modul ini bersesuaian dengan susasana pembelajaran 13. Informasi dan maklumat dalam modul ini mencukupi 14. Ruangan dalam modul ini bersesuaian dan tidak terlalu padat 15. Kaedah penyampaian maklumat dan pengajaran modul ini menarik 16. Kaedah penyampaian maklumat dan pengajaran modul ini interaktif 17. Modul ini dapat meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan 18. Modul ini dapat meningkatkan strategi pembelajaran 19. Modul ini menyediakan soalan yang pelbagai dan menguji kefahaman 20. Modul ini memberikan maklumbalas terhadap setiap soalan 21. Kualiti maklumbalas yang diberikan oleh modul ini bersesuaian 89 22. Masa yang diperuntukkan dalam menjawab soalan dalam modul ini mencukupi 23. Bahan seperti nota dan latihan yang disediakan dalam modul ini sesuai dan mencukupi 24. Bahan yang disediakan menarik dan interaktif 25. Modul ini merupakan web yang mesra pengguna 26. Kualiti soalan dalam modul ini bagus 27. Capaian yang mudah dalam modul ini 28. Modul ini menguji daya pemikiran anda 29. Modul ini membantu dalam meningkatkan kefahaman mengenai statistik 30. Modul ini menerapkan strategi pemikiran yang berkesan 31. Soalan yang diutarakan mengikut aras pemikiran 32. Modul ini menggalakkan daya pemikiran anda 33. Modul ini meningkatkan kreativiti berfikir 34. Modul ini menerapkan penyelesaian masalah menggunakan strategi pemikiran 90 LAMPIRAN B ANALISIS ITEM MAKLUMBALAS 91 Feedback: 6 Questions: 35 Question Responses Susunan isi kandungan bersesuaian dengan objektif pembelajaran sangat tidak setuju (1) tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5) Average 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 1 sangat setuju (5) 4.166666667 Average 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 1 sangat setuju (5) 4.166666667 Average 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 4 Average 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 0 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 4 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 1 sangat setuju (5) 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 4 Average Ketepatan isi kandungan bersesuaian dengan objektif pembelajaran Bahasa, tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian dengan subjek pembelajaran Modul ini memotivasikan pembelajaran anda Modul menjadikan pembelajaran anda mencabar Contoh yang digunakan dalam modul ini menepati tajuk yang diutarakan Modul ini menimbulkan daya ingin tahu dalam pembelajaran anda 4 Average 4 Average 92 Modul ini menarik perhatian anda untuk belajar Paparan antara muka modul bersesuaian Persembahan dalam modul ini menarik Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang dalam modul ini bersesuaian Penggunaan animasi yang terdapat dalam modul ini bersesuaian dan mencukupi Muzik di dalam modul ini bersesuaian dengan susasana pembelajaran Informasi dan maklumat dalam modul ini mencukupi Ruangan dalam modul ini bersesuaian dan tidak terlalu padat 0 sangat setuju (5) 1 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 1 sangat setuju (5) 3.666666667 Average 6 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 4 Average 1 tidak pasti (3) 4 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 3.5 Average 1 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 4 setuju (4) 3.5 Average 1 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 4 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 1 sangat setuju (5) 0 0 6 0 4 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 1 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 1 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 4 setuju (4) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 1 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 3 setuju (4) 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 0 sangat tidak setuju (1) 1 tidak setuju (2) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 3.833333333 Average 4 Average 3.666666667 Average 3.833333333 Average 93 Kaedah penyampaian maklumat dan pengajaran modul ini menarik Kaedah penyampaian maklumat dan pengajaran modul ini interaktif Modul ini dapat meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan Modul ini dapat meningkatkan strategi pembelajaran Modul ini menyediakan soalan yang pelbagai dan menguji kefahaman Modul ini memberikan maklumbalas terhadap setiap soalan Kualiti maklumbalas yang diberikan oleh modul ini bersesuaian Masa yang diperuntukkan dalam menjawab soalan dalam modul ini mencukupi sangat tidak setuju (1) tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5) Average 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 4 Average 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 4 Average 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 4.166666667 Average 0 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 1 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 4 setuju (4) 1 sangat setuju (5) 4 Average 0 sangat tidak setuju (1) 1 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 4 setuju (4) 1 sangat setuju (5) 3.833333333 Average 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 4 Average 0 0 0 6 0 4 3.833333333 Average 94 Bahan seperti nota dan latihan yang disediakan dalam modul ini sesuai dan mencukupi Bahan yang disediakan menarik dan interaktif Modul ini merupakan web yang mesra pengguna Kualiti soalan dalam modul ini bagus Capaian yang mudah dalam modul ini Modul ini menguji daya pemikiran anda Modul ini membantu dalam meningkatkan kefahaman mengenai statistik Modul ini menerapkan strategi pemikiran yang berkesan Soalan yang diutarakan mengikut aras pemikiran Modul ini menggalakkan daya pemikiran anda sangat tidak setuju (1) tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5) Average 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 2 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 4 setuju (4) 3.333333333 Average 1 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 0 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 0 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 0 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 4.166666667 Average 0 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 1 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 1 sangat setuju (5) 3.666666667 Average 4 Average 3.833333333 Average 3.833333333 Average 4 Average 3.833333333 Average 4.166666667 Average 95 Modul ini meningkatkan kreativiti berfikir Modul ini menerapkan penyelesaian masalah menggunakan strategi pemikiran 0 sangat tidak setuju (1) 0 sangat tidak setuju (1) 0 tidak setuju (2) 0 tidak pasti (3) 6 setuju (4) 0 tidak setuju (2) 1 tidak pasti (3) 5 setuju (4) 0 0 1 4 0 sangat setuju (5) 0 sangat setuju (5) 4 Average 1 4 3.833333333 Average