SekitarKampus
Transcription
SekitarKampus
BeritaKampus 28 JULAI 2008 ISNIN JILID39 BIL 1 RM 0.50 JILID 41 ISSN: 1397-7443 SUARA DARI KAMPUS PTPTN LEWAT, MPP DISALAHKAN-3 RENCANA KURANG UPAYA BUKAN PENGHALANG-16 MENARA ILMU AKSI USM LESU DI MASUM-19/20 MENYEMBA H BUM I.. POKOK BERH ADAPAN UN KAUNSELIN IT G TUMBANG KIRAKIRA JAM 12 TENGAHARI PADA 21 JULAI LA LU. JABATA N KESELAMTA N TELAH MENGAMBIL LANGKAH SEGERA DE NGAN MEMBERSIH KANNYA. ConvEx’08 ketengah konsep Lestari Alam Sekitar Oleh Siti Jumaayah Abdol Samat E kspo Konvokesyen 2008, (ConvEx’08) Universiti Sains Malaysia (USM), bakal mengetengahkan konsep “Kelestarian Alam Sekitar dan Kampus” seiring dengan usaha menjadikan Universiti dalam taman ini sebagai Kampus Sejahtera. Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ahmad Shukri Mustafa Kamal berkata, konsep tersebut adalah usaha untuk meneruskan program Earth Hour dan kempen White Coffin yang dijalankan oleh USM sebelum ini. “Konsep ini adalah sebagai manifestasi daripada program Earth Hour dan Kempen White Coffin yang dijalankan oleh USM sebelum ini. “Semua usaha ini adalah untuk membantu bumi kita yang sedang menderita akibat pemanasan global dan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08 di QueensBay Mall di sini baru-baru ini. Majlis pra pelancaran tersebut telah menyaksikan acara konvoi berbasikal yang disertai oleh 40 pelajar yang juga penyelaras ConvEx’08 bermula dari QueensBay Mall ke Bukit Jambul sebelum tamat di USM. Upacara Konvokesyen Ke38 yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos 2008 ini menyaksikan penganugerahan ijazah kepada lebih 7,000 graduan dan akan dirasmikan oleh Canselor USM , Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. TNC HEAA melepaskan peserta konvoi semasa pra pelan pelacancaran ConvEx’08. e-Daftar disambut baik 1690 bilangan tertinggi dicatatkan Pusat Pengajian Pendidikan “ 85 peratus pelajar yang mendaftar 37 hari tempoh mendaftar 98 peratus tertinggi dicatatkan Pusat Pengajian Kesihatan Sistem yang julung kali diperkenalkan itu mendapat sambutan membanggakan serta di luar jangkaan.” -Mohd Azizudin Mohd Shariff Berita selanjutnya di halaman-5 2 BK Meja Editorial BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 AUKU: Pinda Atau Mansuh K esepian Politik Kampus selepas Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar tahun lalu kembali bergelora pada awal bulan ogos ini berikutan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyarankan supaya 10 % kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara (UITM) dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera. Lantaran dari kenyataan tersebut pelbagai pihak telah memberi reaksi mereka tentang cadangan Khalid terutamanya pihak pentadbir UITM, pemimpin politik , Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain lagi berdasarkan semangat dan prinsip perjuangan mereka. Kemuncak manifestasi bantahan cadangan ini ialah apabila seramai 5000 orang pelajar UITM telah berarak ke bangunan SetiausahKerajaan Negeri Selangor pada 12 Ogos lalu untuk membantah cadangan tersebut. Bantahan yang berterusan telah digerakkan oleh mahasiswa dan mahasiswi cawangan UITM di seluruh Negara. Selang seminggu kemudian pada 18 ogos 2008, sekumpulan pelajar yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Mansuh Auku (GMMA) telah menga- dakan perhimpunan di pintu masuk bangunan Parlimen yang membantah pindaan yang disifatkan mereka sebagai pindaan kosmetik. Sebaliknya, mereka menuntut supaya AUKU dimansuhkan terus kerana dianggap sebagai mengongkong kegiatan pelajar. GMMA telah membawa patung mayat sebesar saiz manusia yang dikafankan dengan kain putih diusung dari depan pintu bangunan Parlimen ke pinggir Tugu Peringatan Negara bersamakain rentang unrtuk membantah AUKU. Mereka cuba menggunakan alat pembesar suara tetapi pihak berkuasa tidak membenarkannya. GMMA juga membantah tindakan pelajar UITM yang dibenarkan menggunakan pembesar suara sedangkan mereka dilarang sama sekali menggunakan alat tersebut. Di sini hal yang ingin diketengahkan ialah mengenai kewajaran perhimpunan dan demonstrasi yang telah diadakan itu dan bukannya ingin mengulas cadangan Khalid yang telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai telah dipolitikan untuk kepentingan pihak tertentu. Persolannya adakan kegiatan ini tidak menyalahi AUKU? Hal ini timbul kerana tiada tindakan yang diambil terhadap pelajar-pelajar UITM yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar yang mengadakan demonstrasi tersebut. Pada 20hb ogos lalu, Naib Canselor UITM akur dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya pelajar-pelajar yang mengadakan demonstrasi tersebut diambil tindakan yang sewajarnya kerana pada mulanya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cuba untuk mempertahankan pelajar- pelajar tersebut. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan yang diambil oleh UITM terhadap pelajar- pelajar terbabit. Mungkin kejadian ini ada hikmahnya terutamanya dalam proses Kemneterian Pengajian Tinggi (KPT) membuat pindaan AUKU. KPT perlu mengambil inisiatif terbaik dengan mengambil kira semua kejadian yang berlaku ini dalam membuat keputusan samada AUKU dipinda sahaja atau dimansuhkan terus. Disamping itu, semua IPTA haruslah membuat pendirian yang seragam tentang perkara ini supaya pelajar tidak terus keliru. erpaduan Teras Kejayaan’ itu tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke51. Namun bulan kemerdekaan pada tahun ini seolah-olah hambar tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang lebih meriah dengan sambutan Jubli Emas. Mungkinkah fenomena ini berlaku disebabkan kenaikan kos sara hidup dan peningkatan harga minyak? Atau apakah disebabkan tiada pemberian Jalur Gemilang percuma secara besar-besaran seperti tahun-tahun sudah? Atau mungkinkah rakyat sudah berasa selesa dan alpa dengan kemewahan yang dikecapi kini? Sememangnya tarikh 31 Ogos perlu diingati seluruh warga Malaysia bukan hanya untuk mengimbau sejarah ke- merdekaan dan perit getir pejuang kemerdekaan tetapi perasaan cintakan negara perlu disemai kukuh di hati. Perpaduan dan keharmonian mesti dipertahankan agar negara terus maju dan dihormati dunia. Semua pihak terutamanya golongan mahasiswa perlu memelihara kemerdekaan dan mengukuhkan perpaduan tanpa mengira kaum, ras, agama dan warna kulit dengan pelbagai aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Mahasiswa perlu memiliki semangat patriotisme yang tinggi bagi mengharungi dunia global yang lebih mencabar. Usia ke-51 tahun ini sepatutnya menyedarkan mahasiswa agar berfikiran lebih matang dan gigih dalam menuntut ilmu bukannya menjadi alat propaganda sesetengah pihak yang mempunyai agenda tersendiri. Bertepatan dengan tema “Perpaduan Teras Kejayaan” mahasiswa seharusnya memantapkan perpaduan dan terus berusaha gigih untuk mencapai kejayaan. Pengorbanan generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa perlu dijaga generasi kini. Sambutan kemerdekaan kali ini yang jatuh hampir dengan bulan Ramadan Al-Mubarak sepatutnya mengajar mahasiswa erti kesyukuran. Perasaan syukur kerana di lahirkan sebagai rakyat Malaysia. Berita Kampus mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan dan kepada umat Islam, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga Ramadan kali ini memberi seribu pengertian. Sambutan Kemerdekaan Hambar ‘P Berita Kampus Jilid 38 Penasihat/Pensyarah Tuan Haji Haroon Hj Awang Timbalan Ketua Penyunting Azila Bt Adonia Pembantu Khas Encik Izaham Musa Ketua Atur Letak Hang Kean Lee Ketua Pengarang Mohd Hafizee B Mohd Arop Pengurus Iklan Siti Fatimah Bt Yazid Timbalan Ketua Pengarang Mohd Firdaus B Ismail Nur Azira Bt Abdullah Pengurus Pemasaran Nor Azmaliza Bt Mohd Yasin Ketua Penyunting Efarhana Bt Adenan Wartawan Adila Sharinni Wahid Ahmad Yusri Yusoff Asmahanim Amir Chan Siang Ling Chia Lee Ching Christina Bakar Eo Pee See Fadzilla Hernani Mohd Janis Farah Musa Jauhariatul Akmal Johar Ku Alnawirah Ku Ismail Lau Chao Yi Mahiran Hj Ismail Maria Drahman Muhammad Nurul Firdaus Ali Muhammad Nur Hapis Noor Hafiza Che Abdullah Sebutir Perak Olimpik Dan Sesuram Kompleks Sukan Selepas 12 tahun tidak berpingat pada Temasya Olimpik, akhirnya pada 17 Ogos lalu, Lee Chong Wei berjaya menoktahkannya. Sekalipun tewas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, namun kejayaannya mara ke final dan meraih sebutir pingat gangsa adalah satu pencapaian yang sangat bermakna kepada negara. Susulan daripada kejayaan itu, mencurahcurah ganjaran yang telah dan bakal diterima oleh jagoan yang berasal dari Bukit Mentajam itu. Selepas tersenyum lebar kerana menerima ganjaran RM300 000 diatas pencapaian pingat perak itu, Chong Wei kini menanti hari untuk bergelar Datuk (menjadi atlet kedua di Pulau Pinang selepas Nicol David mencatat sejarah menjadi atlet termuda di Pulau Pinang menerima gelaran tersebut pada Jun lalu). Tegasnya, bidang sukan yang sememangnya memerlukan disiplin serta pengorbanan yang bukan sikit mampu memberi jaminan untuk meneruskan kelangsungan hidup jika dilakukan dengan bersungguhsungguh. Lihatlah juga bagaimana Negara-negara yang masih dianggap sebagai antara yang termundur di dunia seperti Kenya mampu megah di Olimpik Beijing baru-baru ini apabila atletnya berjaya meraih lima pingat emas. Bagaimana pula dengan situasi sukan di kampus ini? Setelah 40 tahun ditubuhkan, adakah kita telah berada pada tahap yang hebat dan sepadan dengan usia penubuhannya? Pencapaian lesu pada kejohanan Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (Masum) yang lalu seolah-olah memberi jawapan. Prestasi kontingen Universiti Sains Malaysia (USM) masih lagi tidak sepadan dengan usianya malah kita tewas kepada universitiuniversiti yang lebih “hijau” seperti Universiti Teknologi Mara( UiTM) dan juga Universiti Utara Malaysia. Itulah rumusannya walaupun agak pahit un tuk ditelan. Mengapakah situasi ini berlaku, adakah kita kekurangan fasiliti sukan? Jawapannya pasti kerana Kompekls Sukan yang tersergam indah itu sudah pasti mampu menjadi gelanggang yang mampu melahirkan atlet-atlet yang berpontensi untuk membawa cabaran universiti. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kemudahan-kemudahan itu seolah-olah dipandang sepi sahaja oleh warganya, hanya beberapa kerat sahaja daripada lebih sepuluh ribu pelajar yang menggunakan kemudahan itu. Adakah kesibukan sebagai pelajar benar-benar menghalang kita untuk aktif bersukan pada sebelah petang atau lebih enak tidur di desasiswa masing-masing. Itulah yang harus direnungkan dan juga mungkin menjadi cabaran kepada Unit Sukan sendiri supaya lebih proaktif dalam usaha melahirkan atlet yang mampu menyumbang kepada gemilang universiti. Walau bagaimanapun, kejayaan Skuad Hoki yang kembali menempatkan diri ke divisyen satu Liga Hoki Msum sedikit sebanyak memberi tonik kepada perkembangan sukan universiti. Selepas tersingkirnya ke divisyen dua pada musim ini dan sekadar bersaing dengan pasukan-pasukan “hingusan”, pemegang-pemegang kayu yang membawa cabaran universiti itu kembali menunjukkan taring dengan mengamuk “sakan” membelasah lawannya di divisyen dua. Kembalilah mereka ke divisyen satu bolehlah dianggap sebagai sirih pulang ke gagang kerana disitulah seharusnya kita berada bersaing bersama pasukan- pasukan elit lain seperti Universiti Malaya. Cuma apa yang diharapkan, prestasi cemerlang lagi gemilang itu mampu konsisten agar sekali lagi tidak menjadi pasukan belasahan. Selamat bersukan dan sentiasa ingatlah “together we serve the best to our university”. Akhbar Makmal Kewartawanan Bilangan 3 Noor Hajidah Hassan Nor Malini Mohamad Nor Hazwani Hamat Nur Azimah Zulkafli Nurain Azmi Nurul Nadia Hamid Radhiah Mohammad Sakinah Alias Siti Harisah Abdullah Siti Jumaayah Abdol Samat Siti Mahfuzah Othman Siti Nurul Zahra Hamdan Sitie Nurhajartulziemah Mohd Nor Tan Eng Lan Vega Aulia Pradipta Wan Norhaspalela Wan Ishak Yusrina Mokhtar Yasmalisa Yazid Yusrina Mokhtar Penyelaras Iklan C.J Wong Cindy Mahasen Tang Jia yi Berita Kampus adalah akhbar makmal penuntut tahun akhir pengkhususan kewartawanan, Pusat pengajian Komunikasi, USM. Ia bukan pendirian dan pandangan rasmi Universiti Sains Malaysia. SekitarKampus BK BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 PTPTN LEWAT 3 Pelajar Tuding Jari Kepada MPP Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop Nor Hajidah Hassan K emasukan wang Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) untuk semester 1 sidang 2008/ 2009 Universiti yang masuk enam hari lewat berbanding sem lepaas menimbulkan pelbagai kritikan yang seakan-akan menyalahkan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2007-2008. YangDipertuaMajlisPerwakilan Pelajar USM, Sdr. Muhammad Syukri Ibrahim menjelaskan, isu kelewatan PTPTN disebabkan sistem penggiliran. “Pada semester dua sidang 2006/2007, PTPTN lewat dua minggu, semester dua sidang 2007/2008 PTPTN tiga hari awal dan pada semester ini tiga hari lewat. Hal ini berlaku disebabkan sistem penggiliran dimana semester isu ini. “Bukan MPP yang tentukan wang PTPTN masuk awal, kita tentukan wang PTPTN hanya mampu memohon supaya wang PTPTN dimasukkan awal masuk awal, kita hanya dan tidak mempunyai kuasa untuk mampu memohon supaya menetapkan tarikh bila PTPTN masuk,” ujarnya lagi. Seorang pelajar yang ditemubual, wang PTPTN dimasukkan Saudara Mohd Shahrezz B. awal dan tidak mempunyai Encharang, Sains Kemasyarakatan 3 berpendapat isu kelewatan tiga hari wang PTPTN bukanlah suatu kuasa untuk menetapkan isu yang perlu diperbesarkan pelajar tarikh bila PTPTN masuk.” kerana PTPTN untuk kali ini hanya lewat tiga hari dari tarikh pelajar sebelum ini kita dapat tiga hari awal mendaftarkan diri. dan semester ini tiga hari lewat, ” “Tidak patut salahkan MPP katanya. tentang isu ini kerana MPP telah Syukri turut menjelaskan bahawa berusaha tetapi yang menetapkannya MPP telah menghantar surat untuk ialah organisasi lain, saya sebagai mempercepatkan kemasukan pelajar memang memahami situasi wang PTPTN untuk semester ini tersebut,”. katanya. pada bulan lima yang lalu. Beliau Wang PTPTN telah dimasukkan berharap pelajar bersyukur dan ke dalam akaun pelajar pada 10 Julai tidak menyalahkan MPP berkenaan 2008 iaitu 3 hari lewat dari tarikh permulaan pengajian. “Bukan MPP yang Pelajar Bukan Islam Dialukan Sertai PPMUSM P ergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM) mengalu – alukan semua pelajar terutamanya pelajar bukan Islam untuk turut serta dalam aktiviti - aktiviti yang akan diadakan sepanjang sidang ini. Menurut Yang di Pertua PPMUSM, Sdra. Mohd. Saiful Afindi Sulaiman, PPMUSM, pihaknya berhasrat untuk melibatkan semua warga kampus pelbagai kaum untuk memberi sumbangan idea dalam membantu masyarakat. “ Kami cuba menyedarkan mahasiswa tentang tanggungjawab mereka terhadap masyarakat di samping tanggungjawab hakiki yang patut dilaksanakan sebagai seorang pelajar,” katanya. Saiful berkata, PPMUSM sebenarnya berusaha mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa untuk memartabatkan identiti serta maruah masyarakat dan menjadi pelapis dalam membela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan AsSunnah. “ Atas kesedaran bahawa mahasiswa sebahagian daripada masyarakat, kami berusaha memberi sumbangan kepada masyarakat biarpun PPMUSM ini bukanlah suatu persatuan besar dan gah di mata warga kampus,” katanya ketika ditemui Berita Kampus (BK) baru-baru ini. Tambahnya, PPMUSM akan menganjurkan program Mahasiswa Turun Sekolah (MTS) di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak pada 8 Ogos ini bagi menyelami permasalahan pelajar masyarakat Orang Asli seterusnya mencetuskan idea dalam menyelesaikannya. Warga kampus yang berminat amat dialu-alukan. Selain itu, PPMUSM juga akan menganjurkan program seperti Mahasiswa Bersama Masyarakat, Kem Anak-Anak Sejahtera dan Permata Hidayah akan diadakan sepanjang sidang ini, jelasnya. “Biarpun kehadiran PPMUSM tidak dikenali, tetapi dengan kehadiran kami menerusi pelbagai program, akan dirasai,”tambahnya. Aktiviti Menarik Untuk Ahli P E R M ATA Perkumpulan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) pada sidang ini melantik 59 exco dan penolong serta mengatur beberapa aktiviti menarik sepanjang semester ini. PERMATA turut membuka kaunter pendaftaran di Foyer Dewan Kuliah bermula 14 sehingga 18 Julai lepas untuk mengalakkan penyertaan pelajar-pelajar baru bukan sahaja dari negeri Terengganu malah terbuka kepada semua yang berminat menyertai persatuan itu. Yang Di Pertua Permata, Mohd Zuhairi Mohd Ikmal berkata setakat ini penyertaan daripada pelajar baru amat memberangsangkan. “PERMATA akan terus membuka penyertaan ini memandangkan maklum balas yang diterima amat menggalakkan dan tidak menghalang sesiapa yang ingin menyertai kami walaupun ada segelintir yang bukan datang dari negeri pantai timur ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Berita Kampus ketika ditemui baru-baru ini. Jelasnya lagi, matlamat penubuhan Permata ialah untuk menjaga kebajikan pelajar yang berasal dari Terengganu dan ahlinya. Zuhairi berkata, Permata telah menubuhkan sekretariat baru untuk sidang ini terdiri daripada Majlis Tertinggi seramai lima orang dan pemilihan tersebut adalah berdasarkan komitmen yang mereka berikan pada sidang lepas. Permata juga akan mengadakan Hari Interaksi merupakan aktiviti pertama persatuan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan sekretariat Permata yang baru kepada ahli-ahlinya. “ Saya berharap segala program yang telah diatur mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua pihak,” katanya. Mohd Syukri Ibrahim, YDP Majlis Perwakilan Pelajar Kuota Baru Biasiswa JPA Mencukupi K erisauan pelajar Bumiputera tentang keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merombak kuota biasiswa barubaru ini adalah berikutan kurang kefahaman mengenai peranan sebenar jabatan berkenaan. Menurut Pengerusi Rancangan Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, kebanyakan pelajar Bumiputera berasa bimbang kerana kurang jelas akan fungsi sebenar JPA, selain isu berkenaan sering dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. “JPA bukanlah satu-satunya institusi yang menawarkan biasiswa untuk pelajar Bumiputera. Seharusnya pelajar tidak berasa bimbang kerana perkara ini tidak bercanggah dengan perlembagaan Malaysia atau mengenepikan hakhak kaum Bumiputera.” “Saya berpendapat JPA perlu melaksanakan tindakan ini untuk mengambil kira kepentingan semua golongan kerana jabatan berkenaan bertindak sebagai satu institusi yang memberi perkhidmatan awam,” kata beliau ketika diminta mengulas keputusan JPA menambah kuota biasiswa bagi pelajar bukan Bumiputera kepada 45 peratus daripada 10 peratus sebelum ini. Menurut beliau lagi, institusi sedia ada seperti Amanah Rakyat Malaysia (MARA) telah mnyediakan kuota biasiswa 100 peratus untuk pelajar Bumiputera. Oleh itu, JPA sebagai institusi yang berkhidmat kepada rakyat perlu bersikap adil dalam menyediakan perkhidmatan seperti penawaran biasiswa. Walaubagaimanapun, tinjauan Berita Kampus mendapati bahawa masih ada pelajar Bumiputera yang tidak bersetuju dengan keputusan JPA berkenaan. FairuzRidzuan, Sains Komputer, 3, berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan JPA berkenaan kerana merasakan hak Bumiputera diketepikan. “Saya merasakan tindakan ini adalah tidak adil bagi pelajar Bumiputera dan ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar Bumiputera yang merasakan hak mereka diketepikan ,” katanya Sementara itu, YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM), Mohd Syukri Ibrahim berpendapat bahawa perwakilan berkenaan tidak boleh campur tangan dalam isu berkenaan kerana ia melibatkan dasar kerajaan. “Pihak MPP tidak akan campur tangan dalam isu berkenaan kerana kerajaan boleh menilai sendiri kebaikan atau keburukan keputusan tersebut. Bagi saya, langkah ini sebenarnya dapat mewujudkan persaingan sihat antara pelajar,” katanya. 4 BK SekitarKampus BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Pelajar Antarabangsa Terima Biasiswa Pelan Colombo NC sarankan pelajar berjimat T Oleh Ahmad Yusri Yusoff Nur Azimah Zulkafli M ajlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) menyeru semua persatuan dan pertubuhan berdaftar universiti ini supaya menerima saranan Naib Canselor untuk mengurangkan tempahan pakaian persatuan, selari dengan Dasar Penjimatan Universiti yang dilaksanakan baru-baru ini. Yang Dipertua MPPUSM, Muhammad Syukri Ibrahim, berkata pihak beliau memuji tindakan Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) yang menjadi pertubuhan pertama di USM yang melaksanakan saranan tersebut apabila mengurangkan yang ditunjukkan oleh PPMS dengan mengurangkan tempahan pakaian seperti kemeja T bagi aktiviti persatuan,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Kampus, baru-baru ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Datuk Dzulkifli Abd Razak yang menyarankan kepada semua persatuan dan pertubuhan berdaftar USM untuk berjimatcermat. Ditanya mengenai reaksi yang mungkin diterima berikutan kemeja T sering menjadi identiti sesebuah persatuan, Syukri berkata mereka masih boleh menempah pakaian berkenaan, tetapi disarankan supaya mengekalkan rekaan sedia ada. “Dengan mengekalkan rekaan pakaian sedia ada, hanya ahli baru persatuan perlu membelinya, sementara ahli-ahli lama yang sudah memiliki pakaian berkenaan tidak perlu berbuat demikian,” katanya. Selain itu, Syukri turut mencadangakan agar majlis makan malam persatuan tidak diadakan di hotel, sebaliknya dilakukan di dalam kawasan universiti seperti di dewan bankuet atau di Dewan Utama Desasiswa Restu, Saujana, Tekun. Langkah berkenaan boleh mengelakkan pembaziran kerana dapat menjimatkan kos pengangkutan, selain dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti untuk semua pelajar. iga pelajar antarabangsa program Ijazah Tinggi Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah apabila diumum sebagai penerima sulung biasiswa Pelan Colombo 2008. Pelajar dari Iran, Sri Lanka dan Bhutan itu merupakan penerima pertama yang dipilih oleh Sekretariat Pelan Colombo (SPC) yang telah beroperasi di rantau ini sejak lebih 50 tahun yang lepas dan telah menyumbang lebih RM 400,000 biasiswa. Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, kejayaan meraih biasiswa itu bermula setelah termeterainya memorandum persefahaman (MoU) pembangunan akademik antara USM dengan Sekretariat Pelan Colombo pada 2006 . “Melalui biasaiswa tersebut penerima akan memperoleh fae- PPIP Kurangkan Pengambilan Pelajar Bar u P Pelajar-pelajar baru mendengar taklimat di dalam dewan kuliah sempena minggu orientasi. dah perbelanjaan bulanan sebanyak RM 1,000 sebulan, pengecualian tertentu, tiket kapal terbang pergi balik percuma, elaun buku, elaun tesis, “ katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar di sini hari ini. Seramai 9,400 orang berjaya diberi pendedahan dan latihan dalam pelbagai jenis program di bawah kelolaan SPC sejak 1995. Antara negara-negara yang tersenarai sebagai penerima di bawah program-program Pelan Colombo ialah Mongolia, Jepun Timur, Fiji, Australia dan India. Sementara itu, Setiausaha Agung SPC, Patricia Yoon-Moi CHIA yang juga merupakan Setiusaha Agung SPC pertama dipilih dari Malaysia berkata, SPC dalam proses tranformasi untuk melaksanakan pelbagai pengisian program yang lebih bersesuaian dengan kehendak semasa. engurangan pengambilan pelajar baru oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) pada tahun ini berbanding tahun lepas bertujuan memberi peluang kepada PPIP untuk mengutamakan Ijazah Lanjutan (post-graduate). Menurut Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan) Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Prof. Madya Dr. Munirah Ghazali, bilangan pengambilan pelajar ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, dan PPIP tidak mengehadkan bilangan tersebut. “Bilangan pengambilan pelajar baru bergantung kepada unjuran dan permintaan Kementerian Pengajian Tinggi,” kata beliau kepada Berita Kampus baru-baru ini. Menurut beliau, kekurangan bilangan pelajar baru memberi peluang kepada PPIP untuk lebih mementingkan Ijazah Lanjutan, supaya penekanan dapat diberikan dalam bidang penyelidikan. Tambahnya, kekurangan bilangan pelajar tidak mempengaruhi bilangan bakal guru kerana masih terdapat universiti lain yang menawarkan khusus pendidikan untuk pelajar baru. Sistem Wireless Akan Dipertingkat Oleh Farah Musa Jauhariatul Akmal Johar P enambahan liputan untuk kemudahan mengakses internet di desasiswadesasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya di Restu, Saujana dan Tekun (RST) termasuk desasiswa lain yang berada dalam kampus kini dalam peringkat perancangan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada penghuninya. Menurut Ketua Unit Rangkaian Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM, Encik Ahmad Fadhlul Irham Yusoff, liputan mengakses internet akan diperluas kepada 80 peratus selewatlewatnya penghujung semester ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatannya. “ Pelan rancangan telah disediakan, cuma memerlukan masa untuk bertindak bergantung kepada persetujuan pihak universiti. Pelbagai aspek perlu diteliti dan diberi perhatian memandangkan bukan sedikit kos yang terpaksa diperuntukan bagi memperluas liputan wireless di setiap desasiswa dan keseluruhan kawasan universiti,” katanya. Katanya, pihak PPKT sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan sistem internet di USM bagi memastikan pelajar dan kakitanganuniversitidapatmengakses internet dengan lancar dan berpuas hati terhadap perkhidmatan internet yang dibekalkan secara percuma ini. “ Projek yang bakal dijalankan ini mengambil masa antara dua hingga tiga bulan memandangkan kami perlu mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Setiap perancangan perlu mengambil kira pemprosesan dokumen dan proses perolehan daripada vendor,” jelasnya. PPKT turut menyediakan komputer yang dilengkapi rangkaian internet di setiap blok desasiswa dan pihak desasiswa seharusnya menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam memainkan peranan bagi memastikan operasi kafe siber berkenaan berjalan lancar. “ Kami sedaya mungkin cuba memberi keutamaan kepada pelajar dalam menyediakan perkhidmatan terbaik demi kepuasan semua,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan bersama Berita Kampus baru-baru ini ketika diminta mengulas rungutan pelajar tentang perkhidmatan wireless di desasiswa yang mengecewakan. Menurut Sdri. Latifah Ahmad, Pendidikan Khas 3, perkhidmatan wireless di blok RST kurang memuaskan terutamanya di dalam bilik penghuni. “ Saya agak kecewa dengan perkhidmatan internet, susah dapat. Malah terpaksa tunggu berjamjam di tangga mahupun koridor bagi mengakses internet. Itupun belum tentu dapat,” katanya memberi reaksi terhadap tahap perkhidmatan internet di desasiswa. Latifah turut menjelaskan walaupun menghadapi kesukaran dalammengaksesinternet,tetapibeliau mendapati ada sedikit peningkatan mutu berbanding semester lepas. Sdri. Nor Ez-zatul Hanani Mohamed Rosli, Komunikasi 1, dari Desasiswa Restu berkata, dia turut menghadapimasalahyangsamadalam menggunakan perkhidmatan internet. “Semasa mahu mengisi borang permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), saya terpaksa cuba berkali-kali kerana kelemahan sistem liputan internet di sini,” katanya. Sementara itu, pihak PPKT mengharapkan agar pelajar dapat menggunakan perkhidmatan pengaksesan internet percuma ini dengan betul dan dimanfaatkan untuk perkara-perkara berfaedah. SekitarKampus BK BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 5 85% Pelajar Aplikasi Sistem E-Daftar Pelajar Manfaat Kemudahan Baru Oleh Adilla Sharini Wahid Nor Hazwani Hamat S ebanyak 85 peratus pelajar telah mendaftar melalui sistem E-Daftar pada sidang akademik 2008/2009 yang mula diperkenalkan 1 Jun lalu. Penolong Pendaftar Kanan Unit Pemprosesan Data dan Rekod Universiti Sains Malaysia (USM), En. Mohd Azizudin Mohd Sharif berkata, sistem yang julung kali diperkenalkan mendapat sambutan di luar jangkaan daripada pelajar. “Sistem online E-Daftar yang baru diperkenalkan ini bertujuan memudahkan pelajar membuat pendaftaran kursus tanpa pergi ke Pusat Pengajian masing-masing. Melalui E-Daftar ini pelajar boleh melayari secara terus ke laman web Kampus Sejahtera dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya. Azizudin berkata demikian ketika ditanya oleh Berita Kampus mengenai sambutan E-Daftar yang diterima oleh pelajar baru-baru ini. “Menurutnya lagi, sistem E-Daftar yang dibuka selama sebulan masih dianggap baru dan sememangnya ia akan memberi sedikit masalah kepada pelajar semasa mereka mendaftar kursus. MUDAH: Pendaftaran dalam talian mudah dan mesra pengguna. “Masalah yang yang akan dihadapi oleh pelajar seperti sukar untuk mendaftar masuk ke laman web ‘healthycampus’ kerana lupa kata laluan mereka, ketidakpastian kursus minor yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian lain, menyemak jadual waktu dan masalah teknikal,” katanya. Azizudin berkata, pihaknya akan berusaha memperbaiki dan meningkatkan lagi perkhidmatan Pelajar beri reaksi positif E-Daftar Dapat Sambutan P erlaksanaan Sistem Pendaftaran Dalam Talian (E-Daftar) Universiti Sains Malaysia (USM), bermula 1 Jun lalu mendapat pujian pelajar. Sistem yang baru diperkenalkan pada sidang akademik sesi 08/09 itu mencatat sambutan diluar jangkaan pihak universiti. Menurut Sdri. Masyitah Hasan, Perumahan, Bangunan dan Perancangan, 2, sistem baru ini memudahkan pelajar mendaftar kursus yang bakal diambil untuk semester depan. Para pelajar juga tidak perlu lagi untuk bersesak-sesak dan beratur di pusat pengajian masing-masing. “Sistem ni bagus dan sistematik. Pelajar mungkin sukar untuk menentukan kursus yang ingin diambil dan mungkin ingin berbincang dengan rakan-rakan terlebih dahulu dan sekurang-kurangnya kami tidak lagi perlu beratur menuggu giliran untuk mendaftar di pusat pengajian. “Kerja kami juga lebih mudah dalam mendaftar dan menggugurkan kursus-kursus yang dipilih kerana E-Daftar tidak lagi memerlukan tandatangan Penasihat Akademik (PA) sebagai kebenaran untuk tindakan menggugur dan menambah kursus dalam sistem pendaftaran kami,” jelas Sdri.Masyitah. Dalam pada itu, ada segelintir pelajar yang dihalang dari menggunakan sistem ini. Pelajar bertaraf akademik P1 dan P2 disaran untuk menggunakan sistem pendaftaran secara manual di pusat pengajian masing-masing seperti sebelum ini. Menurut Penolong Pendaftar Kanan Unit Pemprosesan Data dan Rekod USM, En. Mohd Azizudin Mohd Shariff, pihak universiti berbuat demikian kerana mahu pelajar bertaraf P1 dan P2 berjumpa terus dengan PA mereka untuk menyelesaikan masalah akademik yang mereka hadapi. “Kita mahu mereka terus berhubung dengan PA masingmasing dalam membuat perancangan pengajian yang lebih teliti untuk memperbaiki status akademik mereka di masa depan,” kata Azizudin. Sebelum ini sistem pendaftaran online terdahulu memerlukan semua pelajar mendapatkan tandatangan PA bagi melayakkan data mereka diproses untuk pengguguran dan penambahan kursus online di pusat pengajian masing-masing. sistem online ini bagi mengelak masalah yang sama berulang. “Sekiranya pendaftaran ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada semester akan datang, kami akan berusaha untuk menambah baik sistem pangkalan data bagi memudahkan pelajar mendaftar,” katanya. Berdasarkan analisa yang dibuat, peratusan pelajar yang paling tinggi mendaftar secara online ialah Pusat Pengajian Kesihatan sebanyak 98 peratus, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia 97 peratus, Pusat Pengajian Komputer dan Pusat Pengajian Farmasi mencatat peratusan yang sama 95 peratus. “Kami tidak menyangka sambutan yang diberikan oleh pelajar sangat menggalakkan dengan rekod analisa yang agak tinggi,” katanya. Sementara itu, beliau juga turut mengulas mengenai peranan Penasihat Akademik (PA) setelah sistem online E-daftar diperkenalkan. Walaupun adanya sistem online E-daftar, khidmat PA masih diperlukan lagi bagi memberi khidmat nasihat kepada pelajar untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan mereka. “Peranan PA bukan hanya sekadar menandatangani borang pendaftaran kursus tetapi juga mereka lebih membantu pelajar dalam aspek akademik. “Pelajar juga seharusnya berbincang terlebih dahulu dengan PA mereka sebelum mendaftar kursus yang akan diambil pada B e n g ke l KRISALIS Dingin P enyertaan pelajarpelajar tahun satu sidang 2008/2009 dalam bengkel KRISALIS yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) masih kurang daripada 80 peratus biarpun mereka mendapat arahan daripada pusat pengajian masingmasing supaya menghadiri bengkel itu. Pihak PHS dengan kerjasama Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) dan pusat-pusat pengajian dalam penyediaan makmal komputer telah menambah baik prosedur bengkel tersebut. Pustakawan Bahagian Rujukan dan Penyelidikan, Puan Rizalawati Ayu Abdul Razak berkata biarpun pelbagai penambahbaikan telah dilakukan, masih ramai pelajar tidak berminat untuk menghadirinya. “ Universiti Sains Malaysia tidak mewajibkan pelajarnya menghadiri bengkel ini seperti universiti lain tetapi pelajarpelajar harus mengetahui cara mengakses dan menggunakan sistem KRISALIS serta pengkalan data yang lain. “ Ini akan memudahkan pelajar mencari bahan-bahan untuk setiap tugasan kursus yang diberikan, “ katanya dalam satu pertemuan bersama Berita Kampus baru-baru ini. PHS sebelum ini menjalankan bengkel KRISALIS di perpustakaan itu dan mula memperkenalkan kaedah teori dan praktikal pada sidang lepas di PPKT setelah mendapat maklum balas, cadangan dan keperluan dari para pelajar. 6 BK SekitarKampus BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Pusat Kesihatan Baru Mula Beroperasi rehat,” katanya. Pada tahun 2006 Pusat Kesihatan USM mendapat gelaran johan bagi Pertandingan Kecekapan Tenaga dan berhasrat akan mengekalkannya. Menurutnya, Pusat Kesihatan juga masih menggunakan peralatan rawatan dan kelengkapan yang sedia ada seperti kerusi, komputer, dan sebagainya tanpa menggantikan dengan yang baru. Oleh Radhiah Mohammad Yasmalisa Yazid P usat Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) yang terletak di Desasiswa Cahaya Gemilang mula beroperasi sepenuhnya pada awal bulan ini setelah berpindah ke bangunan baru dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Pengarah Pusat Kesihatan USM, Dr Nurul Ain Abdullah Bayamuddin, berkata dengan adanya Pusat Kesihatan yang baru ini, pihaknya dapat menyediakan pelbagai kemudahan dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. “Kami menyediakan bilik pemerhatian dan kuarantin yang selesa kepada pesakit yang mana ia mengasingkan antara lelaki dengan perempuan berbanding dulu mereka terpaksa berkongsi bilik yang sama. “Sebelum ini, kami tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan pesakit lelaki dan perempuan secara berasingan tetapi setelah adanya Pusat Kesihatan baru ini pesakit dapat diasingkan,” katanya kepada Berita Kampus ketika ditemui. Pusat Kesihatan baru yang mula beroperasi awal bulan ini. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, Pusat Kesihatan juga turut menyediakan kemudahan lif kepada pesakit terutamanya kepada golongan kurang upaya (OKU) bagi memudahkan pergerakan mereka semasa mendapatkan rawatan di sini. Menurutnya, terdapat juga pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Pusat Kesihatan ini bagi menjamin keselamatan peralatan dan kelengkapan yang ada. Nurul Ain berkata, klinik pergigian akan menyediakan kemudahan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit semasa mendapatkan rawatan. “Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di sini, kami menyediakan bebarapa kemudahan seperti menambah bilik rawatan bertujuan untuk membantu pesakit agar tidak menunggu terlalu lama berbanding dahulu mereka terpaksa mengikut giliran untuk mendapatkan rawatan,” katanya. Beliau berkata, Pusat Kesihatan juga akan mengekalkan penggunaan tenaga secara efesien selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjimatkan tenaga. “Sebagai langkah penjimatan tenaga, kami akan menggunakan segala sumber tenaga yang ada di Pusat Kesihatan secara cekap. “Pihak kami akan menggunakan tenaga secekap yang mungkin dengan menutup mana-mana suis dan alat penghawa dingin di bilik yang tidak digunakan terutamanya pada masa Beliau berkata, Pusat Kesihatan juga bercadang untuk menambahkan peralatan dan kemudahan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. “Pusat Kesihatan merancang untuk mewujudkan Taman Herba dan menubuhkan Kafeteria sihat (healthy cafe) bagi menjual makanan yang berkhasiat kepada pesakit atau pengunjung. “Kami juga bercadang untuk menjemput doktor pakar ke sini bagi meninjau kes melibatkan kesihatan untuk memberi perkhidmatan rawatan yang baik kepada pesakit,” katanya lagi. Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan di Pusat kesihatan seperti bilik x-ray, utiliti, autoclave, fisioterapi, pemeriksaan jantung, hemodialisis dan sebagainya. Bekas Juruterbang Kempen Terselamat Antara “Katakan Tidak Pada Plastik” Pelajar Baru Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop B ekas juruterbang pesawat Nuri Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM) yang terselamat selepas pesawat yang dipandunya terhempas di Butterworth empat tahun lalu antara pelajar baru Universiti Sains Malaysia yang mendaftar bagi sesi pengambilan 2008/2009. Kapten Yuhaizam Yahya, 37, terpaksa berkerusi roda ekoran kemalangan ngeri yang menyebabkan kecederaan di bahagian belakang dan retak tulang kaki. Kejadian yang berlaku 5 Mac 2004 pukul 7.21 pagi itu meragut nyawa dua rakannya. Beliau yang sekarang bertugas sebagai Pegawai Operasi 3 Skuadron TUDM ini akan mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. “Saya gembira dan tidak sabar untuk memulakan pengajian di USM kerana selama ini memang saya berhajat untuk menyambung pelajaran tetapi tidak pasti tentang pemilihan kursus pengajian. Kursus ini saya pilih supaya ilmu yang diperolehi dapat digunakan untuk membetulkan persepsi dan membuang sikap negatif masyarakat sekaligus menambah kesedaran masyarakat terhadap kami,”katanya. Sementara itu, seorang pelajar warga emas yang mempunyai 10 orang anak, Omar Yahaya, 50, berkata, beliau tidak sabar untuk memulakan pengajian dalam bidang yang diminatinya iaitu farmasi. Beliau yang kini bekerja sebagai Pembantu Farmasi di Klinik Kesihatan Sungai Petani dan mempunyai Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok gembira kerana diterima masuk ke USM. “Anak saya, pelajar tahun akhir di USM mulanya tidak berapa suka dengan hasrat saya untuk sambung belajar di sini kerana dia malu tetapi selepas menjelaskan minat saya ini, dia akhirnya akur. “Isteri serta anakanak yang lain tidak menghalang malah mereka memberi sokongan dan galakan untuk saya sambung belajar,” katanya yang berasal dari Kampung Ekor Kucing di Padang Serai, Kedah. “Saya gembira dan tidak sabar untuk memulakan pengajian di USM” U niversiti Sains Malaysia (USM) giat menjalankan kempen “ Katakan Tidak Pada Plastik” untuk mengurangkan penggunaan plastik di sekitar kampus USM. Usaha ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan penuntut. Ratarata penuntut bersetuju dengan kempen yang diadakan tersebut. Menurut Naib Yang Dipertua II, Kelab Alam Sekitar, Nurhidayah Abd Rahman, Sains Kaji Hayat 2, kempen ini dianggap wajar untuk memastikan penuntut mengetahui dan mengaplikasikan empat polisi yang dicadangkan iaitu sama ada makan di kafe, menghabiskan makanan, membawa sendiri bekas makanan dan menggunakan biodegradasi. “Kampus Sejahtera akan memperkenalkan ‘ecobags’ tidak lama lagi untuk kemudahan para pelajar,” ujarnya. Sementara itu, Nurhanisah Zulkifli, Ilmu Pendidikan, 3, berkata, kempen ini membantu dalam penjagaan alam sekitar dan patut diteruskan serta diperluaskan bukan hanya di sekitar USM. “Tetapi kadang-kadang timbul masalah membawa barang apabila penuntut membeli barang lebih daripada dua atau tiga,” tambahnya lagi. Sementara itu, bagi Nor Rafidah Khairuddin, Sains Kemasyarakatan 1, bersetuju dengan kempen yang diadakan bagi mengurangkan masalah alam sekitar. “Saya ada terbaca dalam sebuah akhbar mengenai penggunaan beg plastik yang menjejaskan alam sekitar iaitu dalam masa sehari apabila dikumpulkan sampah sarap dari seluruh Malaysia, ketinggian sampah mencapai ketinggian bangunan pencakar langit KLCC,” jelasnya lagi. Bagi Nik Wajihah Nik Kamarulzaman, Komunikasi 1, berkata, kempen yang dijalankan amat baik sementelah USM begitu peka dalam memelihara alam sekitar. “ Saya harap kempen ini dapat diperluaskan di luar kampus supaya masyarakat sedar dan mempunyai rasa tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar,” katanya. Suhaily Ramlan, Pengurusan 3, berkata, kempen ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti sampah. “ Cuma timbul masalah apabila saya membungkus makanan untuk rakan lain kerana sukar bagi saya membawa bungkusan makanan itu tanpa menggunakan plastik,” ujarnya. SekitarKampus BK BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 7 Masalah Laluan Pejalan Kaki Sungai Dua Diatasi Pelajar rasa lebih selamat Oleh Noor Hafiza Che Abdullah M asalah laluan pejalan kaki di Sungai Dua yang terlalu dekat dengan jalan raya, tiada penutup longkang dan berlubang telah diatasi setelah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) membawa masalah itu kepada pihak berwajib. Menurut Yang Dipertua MPP, Sdr. Mohd Syukri Ibrahim, pihak MPP telah menghantar surat permohonan kepada Jabatan Kerja raya pada April agar laluan tersebut diperbaiki secepat mungkin. Katanya lagi, surat tersebut dihantar pada bulan April dan pihak JKR bersetuju untuk membaiki laluan tersebut. “Pihak kami turut meminta agar penghadang jalan dibina agar keselamatan pelajar terjaga dan pihak JKR bersetuju membina penghadang tersebut,” ujarnya ketika ditemui oleh wakil Berita Kampus. “Proses tersebut mengambil masa kurang sebulan. Pada awal Mei, laluan pejalan kaki telah siap diperbaiki dan penghadang jalan raya juga turut siap. Segala kos membaikpulih dan pembinaan LEBIH SELAMAT: Laluan pejalan kaki yang telah dibaiki dan ditambah penghadang. penghadang jalan raya itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak JKR,” ujarnya. Ketika ditanya mengenai impak perkara tersebut kepada pelajar USM, Shukri menjelaskan selain dapat menjaga keselamatan pelajar, pihak MPP juga mahu setiap pelajar tahu bahawa mereka tidak memandang ringan terhadap setiap aduan dan masalah yang dialami oleh para pelajar. “Kami mahu setiap pelajar tahu kami mengamalkan sikap diplomasi. Setiap masalah pelajar, kami cuba selesaikan,” tambahnya Tu n t u t B a r a n g Sebelum Dilelong H asil lelongan barangbarang yang tidak dituntut meningkat sejumlah RM2,144.38 pada sidang 2006/2007 berbanding pada sidang 2005/2006 iaitu sejumlah RM1,812.16. Pegawai Keselamatan Kapt.(B) Mohamed Fadzil Baharuddin berkata hasil lelongan barang tersebut akan dimasukkan ke Unit Jabatan Bendahari sebelum disalurkan ke tabung pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (HEPP). Mohamed Fadzil berkata antara barang-barang yang tidak dituntut dan akan dilelong oleh pihak Jabatan Keselamatan ialah payung, buku, baju sejuk, barang kemas dan sebagainya. “Biasanya antara barang yang selalu ditinggalkan oleh pelajar ialah payung, buku, baju sejuk, beg dan sebagainya dan barang-barang tersebut selalunya dikutip di dewan kuliah dan perpustakaan, jika tidak dituntut pihak kami akan membuat lelongan,” tanbahnya lagi. Menurut beliau barang-barang yang dikutip akan dihantar ke Jabatan Keselamatan bagi memudahkan pelajar berkenaan membuat tuntutan, jika tidak ada sebarang tuntutan, barang berkenaan akan disimpan selama setahun di jabatan tersebut sebelum sebut harga dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Penetapan Harga Barang Hilang Jumpa bagi tujuan lelongan. Sementara itu, Pegawai Keselamatan Unit Stor, En. Shahidan Saad berkata pihak jabatan dengan kerjasama Unit Audit Dalam, HEPP, Pusat Islam dan Jabatan Bendahari akan menetapkan harga barang berkenaan sebelum dilelong. “Pihak jabatan akan mengeluarkan notis terlebih dahulu untuk memberitahu tarikh sebelum proses membuat lelongan dilakukan dan harga yang ditetapkan adalah berpatutan, kami biasanya akan membuat lelongan di foyer Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP),” katanya. Beliau berkata, bagi kes pelajar yang kehilangan kad matrik dan kad pengenalan mereka boleh membuat semakan di Jabatan Keselamatan terlebih dahulu, dalam tempoh dua minggu kad tersebut masingmasing akan di hantar ke Unit Kemasukan dan Jabatan Pendaftaran jika tidak dituntut. Menurut beliau, pada semester ini tidak ada sebarang lelongan dilakukan kerana pihaknya masih dalam proses pengumpulan, beliau menjangka proses lelongan akan dilakukan pada bulan Mac semester depan. “Pihak kami menyeru supaya pelajar yang ada kehilangan barang-barang datang ke jabatan untuk membuat semakan sebelum barang tersebut dilelong atau dilupuskan,” katanya. lagi. Menurut saudari Musdalifah Mohd Nasir, Pendidikan 3, penghadang jalan tersebut amat berguna untuk mengelakkan pelajar dan pengguna lain berebut menaiki +bas walaupun bas masih belum berhenti. Saudara Mohd Nazri Samian, Komunikasi 3 pula berpuas hati dengan laluan itu dan berkata pelajar tidak lagi berhadapan dengan situasi yang tidak diingini terutamanya pada waktu malam. Pulau Aman Destinasi Hari Keluarga KUSISDARI Pulau Aman menjadi destinasi pilihan Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan Universiti Sains Malaysia (KUSISDARI) sempena sambuatan Hari Keluarga persatuan itu yang akan diadakan pada 9 dan 10 Ogos ini. Yang di Pertua KUSISDARI, Sdra. Mohd. Ridzuan Yahya berkata, Hari Keluarga ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan setiap ahli di samping memperkenalkan Pulau Pinang kepada pelajar- pelajar baru. “Kami mengharapkan penglibatan semua ahli untuk memeriahkan lagi hari keluarga pada tahun ini,” katanya. Ridzuan berkata, sokongan setiap ahli amat diperlukan dalam menjayakan program ini bagi memastikan ahliahli KUSISDARI mengenali antara satu sama lain dalam mengukuhkan ikatan ukhuwah. “Program ini pasti menjanjikan kepuasan dan pengalaman yang tidak terhingga kepada peserta yang menyertainya kelak memandangkan Pulau Aman diyakini aman dan mendamaikan,” jelasnya. Tambahnya, bayaran sebanyak RM 25 seorang yang dikenakan pasti berbaloi dengan kepuasan yang bakal dirasai. Hanya mereka yang menyertai program ini sahaja yang akan mendapat pengalaman melihat dan merasai suasana kehidupan keluarga nelayan di Pulau Aman di samping berpeluang menjamah mee udang yang popular di situ. Penyertaan ini tidak terhad kepada ahli KUSISDARI sahaja malah terbuka kepada semua pelajar baru yang berminat. 8 BK SekitarKampus BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Kaunter BHEPP Dapat Sambutan Pelajar Harga Makanan Kafeteria Masih Terkawal Oleh Fadzilla Hernani Mohd Janis Efarhana Adenan H Pelajar baru mengunjungi kaunter BHEPP di depan Dewan Tuanku Syed Putra memberikan sambutan yang yang diisi oleh pelajar ari Bahagian Hal amat menggalakkan, 30 kaunter dikaunter HEP adalah satu cara Ehwal Pembangunan dibuka hari ini seperti kaunter untuk mendapat reaksi pelajar Pelajar (BHEPP) jabatan bendahari, keselamatan, mengenai mutu perkhidmatan bersama pelajar yang sekretariat kampus sejahtera bahagian tersebut. diadakan pada 16 Julai yang dan lain-lain,” katanya kepada “Ini adalah satu cara untuk lepas mendapat sambutan Berita Kampus baru-baru ini. penambahbaikan bahagian yang amat menggalakkan. Pada tahun lepas, program ini selepas mendapat reaksi Tujuan utamanya ialah ini telah diadakan sebanyak daripada pelajar,” ujarnya. mendekatkan bahagian tersebut dua kali iaitu pada semester Program yang dijalankan dengan pelajar serta melihat satu dan semester dua. bermula pukul 8.00 pagi permasalahan pelajar. Pelbagai masalah dan aduan sehingga 5.00 petang itu Menurt Penolong Pendaftar Hal pelajar boleh diajukan terus dijalankan di hadapan Dewan Ehwal Pembangunan Pelajar di kaunter-kaunter yang telah Tuanku Syed Putra yang (HEPP), Cik Fadzilla Bosman, dibuka. Kaunter bendahari merupakan laluan utama 30 kaunter dibuka untuk seperti tahun-tahun lepas masih pelajar ke dewan kuliah. Turut memudahkan urusan pelajar menjadi tumpuan utama pelajar diadakan di sepanjang foyer terutamanya pelajar tahun satu iaitu mengenai masalah PTPTN Dewan Kuliah ialah pembukaan untuk mendapatkan meklumat kaunter Pendaftaran Persatuan mengenai permasalahan pelajar tahun satu. Fadzilla turut menjelaskan anjuran Majlis Perwakilan mereka. mengenai borang soal selidik Pelajar (MPP). “Pelajar tahun satu H arga siling yang telah ditetapkan oleh pihak universiti menyebabkan pengusaha kafeteria tidak menaikkan harga makanan walaupun harga barangan di pasaran meningkat secara mendadak. Tinjauan Berita Kampus (BK) di beberapa buah kafeteria mendapati senarai harga yang dipaparkan masih tidak berubah. Pengusaha kafeteria yang ditemui berkata, mereka menjual makanan mengikut kategori dan saiz lauk. Sebagai contoh, seketul ayam bersaiz kecil berharga RM1.50 dan yang bersaiz sederhana berharga RM1.80. “Kami ada memohon kepada pihak universiti untuk menaikan harga makanan tetapi tidak dibenarkan dan berharap pelajar memahami situasi kami kerana kos pengeluaran semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak barubaru ini,” kata salah seorang pengusaha Kafetaria kepada Berita Kampus. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir pengusaha yang menaikkan harga makanan jenis mee dan sup sekitar 10 hingga 20 sen namun harga ini masih terkawal. Berbeza dengan komen pelajar yang kami perolehi, mereka mengatakan pengusaha tidak mengikut senarai harga makanan yang dipaparkan dan harga yang dikenakan tidak menentu. “Harga yang ada di kafe tidak menentu dan lebih mahal berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini saya membeli nasi, sayur dan ikan dengan harga RM2.80 hingga RM3 tetapi baru-baru ini meningkat kepada RM3.50 untuk menu yang sama,” kata seorang pelajar, PPIP 3, dari Desasiswa Fajar Harapan. Seorang lagi pelajar yang enggan dikenali pula berpendapat, pihak pengusaha tidak boleh meningkatkan harga makanan secara mendadak akibat harga barangan dipasaran meningkat. Mereka harus mempertimbangkan situasi pelajar kerana pelajar turut menggunakan wang pinjaman yang tidak seberapa untuk kegunaan-kegunaan lain. Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM), Sdra. Muhammad Syukri Ibrahim berkata, terdapat beberapa aduan yang diterima pihaknya sepanjang dua minggu semester baru bermula. “Selepas menerima beberapa aduan pihak kami akan turun padang meninjau harga makanan di kafeteria-kafeteria dan akan mengambil tindakan seterusnya,” katanya ketika ditemui BK barubaru ini. PALAPES Tetap Relevan Dalam Universiti Oleh Siti Nurul Zahra binti Hamdan K etua jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Sains Malaysia (USM), Mejar Mohd Fadzil Ibrahim berkata badan berpasukan itu masih lagi relevan untuk dijadikan aktiviti dalam universiti kerana dapat memberikan alternatif kepada pelajar. Fadzil berpendapat, dengan alternatif yang diberikan oleh PALAPES dapat memberikan kelebihan kepada para pelajar sama ada untuk bekerja dalam bidang ketenteraan atau bidang lain. “Terdapat alternatif budaya dan keperibadian yang boleh diamalkan pelajar contohnya cara kerja berkumpulan dan tata tertib ketika makan. “Apa yang dipelajari di sini berguna apabila berhadapan dengan alam pekerjaan kerana terdapat banyak perkara yang dipelajari boleh diadaptasi ketika menempuh alam pekerjaan,” katanya ketika ditemubual. Sementara itu, Fadzil juga berkata dengan menyertai PALAPES dapat membuatkan pelajar itu menghargai kehidupan, berkeazaman serta menghargai jasa-jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi jika menyertai PALAPES dan antaranya ialah merasai bagaimana hidup dan tinggal dihutan seperti apa yang dilalui oleh tentera dalam menjaga keamanan. “Dengan itu pelajar-pelajar dapat menghargai kehidupan dan bila adanya kutipan derma Hari Pahlawan dapatlah mereka menyumbang apabila terdapatnya kesedaran terhadap mereka yang mempertahankan negara,” ujarnya. Menurut beliau lagi, orang ramai selalu membuat tanggapan negatif seperti badan beruniform merupakan alat propaganda kerajaan. Hal ini tidak benar kerana semua aktiviti yang diajar bukanlah bertujuan untuk menyokong kerajaan. “Saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. “Kami mengajar pelajarpelajar ini untuk menjadi pegawai supaya mereka ini berguna ketika negara dilanda kecemasan seperti darurat,” katanya lagi. Sementara itu ketika ditanya mengenai langkah yang diambil pihak PALAPES untuk menarik minat para pelajar menyertai badan berpasukan itu adalah dengan mengurangkan masa latihan. “Masa latihan telah dikurangkan untuk memudahkan penuntut supaya mereka dapat menumpukan perhatian dalam akademik,” tambahnya. Fadzil juga mahu membetulkan anggapan sesetengah pihak yang berpendapat dengan menyertai PALAPES, minda penuntut akan terkongkong kerana mereka tidak diberikan peluang untuk bersuara. “Saya disini memberikan ruang untuk pelajar-pelajar bersuara. Tidak dinafikan suatu ketika dahulu pelajar-pelajar diajar untuk tidak bersuara. “Namun keadaan ini sudah berlainan di mana saya sedaya upaya bertolak ansur. Jika ada sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka boleh berjumpa dengan saya atau menghantar email,” ujarnya mengakhiri perbualan. SekitarKampus BK BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SUKSIS dan PALAPES Kurang Dapat Sambutan Pelajar Timbalan Komander PALAPES USM, Mejar Prof. Madya Ibrahim Oleh Mahiran Hj Ismail Siti Jumaayah Abdol Samat K emasukan Pelajar Baru dalam badan beruniform bersenjata di Universiti Sains Malaysia (USM) pada sidang ini menurun dengan hanya 60 orang ahli berdaftar dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) manakala Kor SukarelawanSiswaSiswi(SUKSIS) pula terpaksa membuat temuduga kedua untuk mencukupkan kuota yang ditetapkan. Menurut pegawai penyelaras SUKSIS, ASP Faridah Shariff Hussain, kemerosotan penyertaan pelajar dalam SUKSIS boleh dikaitkan dengan jumlah kemasukan pelajar ke USM pada sidang ini. Selain itu, kewujudan pelbagai unit beruiform dan kelabkelab lain memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan. Saya tidak tahu kenapa pelajar enggan menyertai badan berunifom seperti ini sedangkan ia memberi banyak manfaat kepada pelajar. PALAPES tidak menekankan bidang ketenteraan semata-mata tetapi banyak aspek lain yang sangat berguna untuk alam pekerjaan dan kehidupan seharian. “Jika hendak mengukur tahap kemerosotan penyertaan pelajar dalam SUKSIS, kita terpaksa juga melihat kepada jumlah pelajar baru yang masuk pada sidang ini. Tahun ini, jumlah pelajar yang masuk tidak ramai dan terbahagi pula kepada pelbagai kaum. “Setiap sidang, jumlah penyertaan dari kaum melayu memang tinggi berbanding kaum lain. Pecahan kaum yang pelbagai turut menjadi faktor kemerosotan pelajar dalam SUKSIS kerana kaum Cina dan India dilihat kurang meminati badan beruniform seperti ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemerosotan jumlah pelajar dalam badan beruniform bersenjata dalam sidang 2008/2009. Menurut Timbalan Komander PALAPES USM pula, Mejar Prof Madya Ibrahim Jaafar, jumlah pelajar yang menyertai PALAPES selalu tidak pernah mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu seramai 150 pelajar untuk satu Pelajar SUKSIS semasa Latihan Luar di Tupah, Bidong, Kedah sidang. Jumlah tertinggi yang pernah dicatat hanyalah seramai 89 pelajar iaitu pada sesi 2006/2007. “Saya tidak tahu kenapa pelajar enggan menyertai badan beruniform seperti ini sedangkan ia memberi banyak manfaat kepada pelajar. PALAPES tidak menekankan bidang ketenteraan semata-mata tetapi banyak aspek lain yang sangat berguna untuk alam pekerjaan dan kehidupan seharian. Misalnya, lebih berdisiplin, berfikir secara lateral dan kritikal, membentuk keyakinan diri, menekankan keterampilan diri, berkerjasama dalam pasukan dan berbagai-bagai lagi,” ujarnya. Sementara itu, Lt Mohd Mukhwim Maghribi berkata, penyertaan dalam ko-kurikulum sebenarnya akan meningkatkan daya saing pelajar untuk mendapat pekerjaan kelak. “Kebanjiran graduan ketika ini dan ditambah pula dengan keadaan ekonomi semasa, peluang mendapat pekerjaan semakin sukar. Hal ini menyebabkan ramai graduan yang menganggur . “Cuba fikir jika dua orang calon menghadiri temuduga dengan PNGK yang sama tetapi, seorang lagi mempunyai kelebihan penglibatan dalam ko-kurikulum, sudah pasti pelunag calon itu dipilih oleh majikan lebih tinggi.” katanya. Beliau juga melihat pola kemasukan pelajar perempuan yang menyertai PALAPES adalah lebih ramai berbanding dengan lelaki dan senario ini tidak sepatutnya berlaku kerana tugas untuk mempertahankan negara adalah tanggungjawab lelaki. “Rasa cintakan negara semakin kurang diterjemahkan dalam diri setiap pelajar. Dalam menghadapi cabaran yang melanda negara dan dunia ketika ini, pelajar sepatutnya lebih menghargai jasa dan perjuangan pahlawan kemerdekaan melalui cara melatih diri supaya lebih bersedia dengan segala kemungkinan ancaman yang wujud,” katanya. Jurulatih SUKSIS, Sarjan Ismail Harun turut mempertahankan kenyataan bahawa penyertaan dalam badan beruniform ini dapat membentuk keyakinan diri dalam diri pelajar. Hal ini kerana modul pembelajaran dan aktiviti tidak terhad kepada latihan kawad semata-mata. SUKSIS mempunyai tiga pecahan modul iaitu akademik, latihan luar, dan pentadbiran dan ketiga-tiga modul ini mempunyai peranannya yang tersendiri. “Terdapat ramai ahli SUKSIS yang berjaya memegang jawatan tinggi tidak kira di desasiswa dan pusat pengajian masing-masing. Perkara ini adalah hasil daripada latihan yang diberikan di sini,” tambahnya lagi. Berita Kampus turut mendapatkan pandangan beberapa ahli PALAPES dan SUKSIS. Mereka menolak dakwaan kebanyakan pelajar bahawa penyertaan dalam 9 badan beruniform ini menjejaskan pelajaran dan membuang masa. Noor Aini Mohd Nordin, Pendidikan Sains 3, berkata penglibatannya dalam SUKSIS langsung tidak menjejaskan pelajaran malah membantu dalam menaikkan PNGKnya setiap semester. “Pihak USM sudah menyediakan masa untuk waktu ko-kurikulum, dan SUKSIS hanya mengambil cuti hari Sabtu untuk menambah latihan. Saya tidak rasa aktiviti ini membebankan atau menjejaskan pelajaran tetapi bergantung kepada pelajar itu sendiri dalam menguruskan masa dengan bijak. “Khabar angin yang menyatakan penyertaan dalam badan beruniform menjejaskan pelajaran dan membuang masa, itu semua tidak betul. Mereka hanya membuat andaian sendiri. Dalam SUKSIS, kami diwajibkan mendapat PNGK minimum 2.75 ke atas dan hal ini meyebabkan saya dan kawankawan sepasukan sentiasa bersedia melepasi tahap itu,” jelasnya. Bagi Lt M. Ahmad Khairi Mohamad, Ilmu Kemanusian 3, menyertai badan beruniform ini sungguh menyeronokkan dan pelbagai pengalaman yang berharga sukar didapati jika bersama persatuan lain. “Banyak pengalaman manis saya sepanjang menyertai PALAPES seperti menggunakan senjata M16, M203, Morthar 60 dan CARL GUSTAV. Keseronokannya sukar digambarkan dan pengalaman sebegini hanya diperolehi setelah saya menyertai PALAPES,” katanya. Penyelidik USM Tempa Nama Di ITEX Kali Ke-9 keberkesanannya. U niversiti Sains Malaysia (USM) berjaya menempa nama dalam pertandingan International Invention, Innovation, Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) kali ke-19, yang diadakan di Kuala Lumpur pada Mei lalu. Dengan kejayaan tersebut, Naib Cancelor, Tan Sri Prof. Dato’ Dzulkifli Abdul Razak menyifatkan sebagai sesuatu yang membanggakan kerana berjaya merangkul 9 pingat emas, 10 perak dan 5 gangsa sekaligus melebihi bilangan pingat dimenangi pada tahun sebelumnya. Bahkan, dalam pertandingan tersebut, USM turut menerima Anugerah Khas ITEX melalui ciptaan kunci motosikal oleh Prof.Ahmad Yusoff Hassan yang mampu mengelakkan dan menghalang kes kecurian motosikal sehingga 90 peratus Kejayaan anugerah khas itu turut di sumbang oleh Dr.Alexander Chong Shu-Chien menerusi ciptaan makanan ikan kaedah Biologi sehingga terhasilnya lemak tidak tepu, sekaligus mampu mengurangkan penggunaan sumber alam semulajadi. Bagi Pingat emas USM disumbang Dr.Alexander Chong Shu-Chien, Prof.Ahmad Yusoff Hassan, Prof Madya Dr.Mani Maran Ratnam, dan Dr.Azizi Bahauddin bergandingan dengan Dr.Aldrin Abdullah. Turut meraih kejayaan ialah Dr.Syed Sahal Nazli Alhady Shed Hassan menerusi penciptaan sistem brek dan penguncian kerusi roda khas untuk golongan kurang upaya (OKU) terutamanya ketika melalui laluan curam. 10 BK SekitarKampus BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Dulu Hari Interaksi,Kini Serasi Sejaya P ersatuan Siswa-Siswi Sabah (PERSIS) akan mengadakan program Serasi Sejaya bersama pelajar tahun 1 pada 1 Ogos 2008. Program ini salah satu antara acara tahunan PERSIS. Menurut YDP PERSIS, yang juga Pengerusi Program, Sdra. Khalid Ashar Aripin, acara tahunan PERSIS yang dinamakan Hari Interaksi itu kini dipanggil Serasi Sejaya bermula siding ini. “Program Serasi Sejaya ini sebenarnya sama dengan Hari Interaksi, cuma namanya diubah kerana kita mahu buat satu pembaharuan,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Kampus hari ini. Walau bagaimanapun katanya, tempat program itu diadakan belum ditentukan lagi. “Setakat ini ada dua tempat yang dicadangkan iaitu di Dewan Utama Peperiksaan (DUP) dan di Dewan Kuliah (DK). Namun, belum ditentukan lagi tempatnya kerana masih dalam perbincangan dengan Penolong Pendaftar, En. Khairul Erwan,” katanya. Menurutnya antara tujuan program ini adalah mengalualukan kedatangan pelajar tahun 1 ke Universiti sains Malaysia (USM) khususnya pelajar-pelajar dari Sabah yang jauh daripada keluarga. “Kita bukan sahaja mengalualukan pelajar baru ke USM ini, malah kita juga prihatin dan mahu menjaga kebajikan mereka iaitu ahli-ahli PERSIS dari segi masalah kewangan, hal-hal kematian dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya. ‘pelajar-pelajar junior berpeluang mendapatkan nota daripada pelajarpelajar senior’ Tambahnya lagi, dalam program ini pelajar-pelajar junior berpeluang mendapatkan nota daripada pelajar-pelajar senior. “Pada hari Serasi Sejaya itu nanti, pelajar-pelajar ini akan dikumpulkan bersama-sama dengan senior-senior mengikut bidang pengajian masing-masing dan waktu itulah mereka boleh mendapatkan nota,” jelasnya. Menurut Khalid, pelbagai acara akan diadakan pada hari tersebut. Ini termasuklah acara mentormentee iaitu junior diagihkan kepada kumpulan mengikut kursus bersama senior, cabutan bertuah dan lain-lain permainan. Beliau menjelaskan program itu akan dirasmikan oleh Penasihat PERSIS, Dr. Mapjabil dan dijangka seramai 100 orang mengikuti program tersebut. Khalid sebagai pengerusi program berharap agar Serasi Sejaya ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar junior dan senior. Penyelidik USM Cipta Axotrain Oleh Nurain Azmi U niversiti Sains Malaysia, (USM) sekali lagi mengukir nama dalam bidang perubatan apabila berjaya mencipta Intelligent Axoskeletel Arm Trainer (Axotrain) yang dapat membantu mempertingkatkan kuasa pemulihan pesakit angin ahmar atau strok. Penyelidik USM, Prof. Mohd Zaid Abdullah berkata, hasil penyelidikan selama setahun itu dapat membantu mempertingkatkan kuasa pemulihan dengan lebih berkesan dengan kos lebih rendah. Menurut beliau, penghasilan alat tersebut mampu memudahkan pesakit menjalani proses pemulihan tanpa bantuan dari ahli fisioterapi. Ini kerana katanya, alat tersebut mampu digerakkan sepenuhnya oleh kuasa elektronik yang dikawal oleh teknologi berkomputer 100 peratus. Tambahnya, dengan menggunakan Axotrain, tempoh pemulihan seseorang pesakit lebih pendek iaitu sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan dengan kelebihan alat tersebut dapat mengesan getaran dan seterusnya menggerakkan Pelajar USM Rangkul Anugerah Projek Terbaik K ajian mengenai pembangunan karbon nanotiub berasaskan nano komposit sebagai bahan kapasitor yang dihasilkan dua pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul Anugerah Projek Terbaik pada Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (NRIC) 2008. Produk yang dihasilkan oleh dua penuntut jurusan Kejuruteraan Kimia itu berfungsi sebagai bahan menyimpan tenaga yang 10 kali lebih berkesan daripada kapasitor yang ada sekarang untuk kegunaan pengangkutan awam dan sebagainya. Menurut pelajar berkenaan, Mun Sing, hasil kajian itu memberi kesan besar kepada pengu- SAINS@USM Dilancar Cawangan Baru di Bukit Jambul U niversiti Sains Malaysia akan mempunyai satu lagi kampus cawangan, dikenali Sanggar Inovasi Sains dan Sastera, atau SAINS@USM di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Pelancaran SAINS@USM disempurnakan Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail di USM Pulau Pinang. ‘Kewujudan Sebahagian pesakit guna Axotrain - Prof. Mohd Zaid Abdullah anggota pesakit. “ Pesakit akan melalui tiga sesi pemulihan, iaitu Isometric bertujuan untuk membiasakan pesakit dengan alat tersebut dan fasa kedua iaitu Sokinetic yang bertindak membantu mengaktifkan sel-sel mati pada anggota pesakit seterusnya membantu pergerakan secara berperingkat,” katanya. Seterusnya pesakit bakal menjalani proses peringkat Isotonic (fasa ketiga) yang bertindak merangsang pergerakan lebih efektif seperti keupayaan mengangkta barang.” Beliau yang komited dengan ciptaan tersebut yakin alat terbabit mampu membantu usaha memulihkan pesakit strok yang kini mencatatkan angka 40 ribu setahun rangan kos dalam pembuatan kapasitor pada masa depan selain satu inovasi dengan menggunakan produk atau bahan sedia ada dalam penyimpanan bahan tenaga sekarang. Hasil kejayaan tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM 5,000 dan trofi yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Omar Abdul Rahman. NRIC yang diadakan selama tiga hari bermula Selasa lalu mempamerkan 145 hasil penyelidikan pelajar Ijazah sarjana muda dari 19 buah institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari seluruh negara. SAINS@USM merupakan satu kejayaan dalam usaha menyepadukan sains dan sastera supaya masyarakat dapat mengekalkan ilmu dan budaya yang seimbang’ Baginda bertitah, kewujudan SAINS@USM merupakan satu kejayaan dalam usaha menyepadukan sains dan sastera supaya masyarakat dapat mengekalkan ilmu dan budaya yang seimbang. Jelas baginda, konsep baru seperti itu merupakan cetusan idea yang berani kerana menjadikannya berbeza daripada taman-taman sains yang ada di serata dunia. “Tidak mustahil usaha memartabat ilmu menerusi projek berkenaan dapat menyamai pencapaian tamadun Andalusia yang disegani suatu masa dahulu,” titah baginda Kampus dengan rekabentuk kontemporari itu dibina dengan kos RM59 juta ringgit dan dijangka siap sepenuhnya pada 2014 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kemudahan seperti apartmen, hotel, sekolah antarabangsa dan pusat kajian turut disediakan untuk kemudahan orang awam Dalam majlis pelancaran itu, USM turut menandatangani memorandum persefahaman dengan enam syarikat berteknologi tinggi serta Khazanah Nasional Berhad. Tuanku Syed Sirajuddin kemudian menerima cek bernilai RM24.35 juta ringgit daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi menjayakan lapan projek penyelidikan di USM. SuaraSiswa BK BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Boleh Saya Anjing Liar Ancam Bantu? Penghuni Desasiswa Saudara Pengarang, B OLEH SAYA BANTU? Itulah papan tanda yang menyambut kehadiran pelawat di empat pintu pagar kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM). Walau bagaimanapun, sebagai pelajar, saya ingin bertanya adakah pengawal keselamatan yang bertugas benar-benar memahami maksud di sebalik perkataan itu??? Kejadian yang berlaku pada satu malam minggu pertama sekitar jam10.30 malam amatlah mengecewakan saya sekaligus merasakan bahawa pengawal keselamatan tidak benar-benar serius menjaga keselamatan pelajar. Kenapa saya berkata demikian?? Ceritanya mudah sahaja. Begini, selepas makan digerai makan Ivory, saya bersama empat orang rakan berkereta untuk pulang ke Desasiswa Fajar Harapan, kami menggunakan pintu masuk Bukit Gambir. Pada malam itu, palang berfungsi. Ketika kenderaan kami bergerak untuk masuk ke kampus, ada sebuah kereta wira dihadapan kami. Namun pemandu kenderaan tidak menyentuh kad matrik pada palang automatik. Oleh itu, pamandu kereta itu kelam kabut (pada pandangan saya , mungkin orang luar tersilap jalan). Oleh itu pamandu tersebut mengundurkan kenderaannya dan menyebabkan kami juga terpaksa mengundur kenderaan kami.. Bayangkan ketika aksi undur mengundur itu berlaku, jika tiba-tiba datang kenderaan lain? Apakah akan terjadi kepada kami? Apa yang amat mengecewakan, sikap pengawal keselamatan yang bertugas malam itu. Dia hanya duduk dikerusinya sahaja dan tersenyum melihat adegan tersebut. Sikap beginikah seorang pengawal keselamatan dan adakah ia bertepatan dengan papan tanda yang menyambut kedatangan tetamu di setiap pintu pagar. Apakah kriteria bagi mengambil seorang pengawal keselamatan? Adakah tugas pengawal Keselamatan hanya untuk menunggu pelawat masuk? Budak Tahun 3` Masalah Wireless Saudara Pengarang, S aya merupakan pelajar tahun akhir. Saya mempunyai masalah dengan wireless di blok saya iaitu di blok K05, Desasiswa Amam Damai. Saya menginap di bilik yang sama sejak saya tahun satu lagi dan sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan wireless. Tetapi pada semester ini saya dapati wireless di blok saya selalu putus-putus. Saya hanya dapat online beberapa minit sahaja. Itupun sangat perlahan. Hal ini menyukarkan saya dan penghuni lain untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasan. Saya harap agar pihak Pusat Komputer dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Saudara Pengarang, S aya pelajar tahun akhir juga penghuni desasiswa Bakti Permai. Saya ingin maklumkan kepada pengarang mengenai anjing liar yang berkeliaran di sekitar kampus. Pernah satu hari saya baru pulang dari kelas jam 11 pagi, seekor anjing liar berada di foyer laluan dari dewan kuliah kearah Perpustakaan Hamzah Sendut 1. Pada masa itu terdapat ramai pelajar dilaluan itu dan takut untuk menghalau kerana bimbang digigit anjing tersebut. Anjing itu juga, seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran orang ramai malah cuba mengikut sesiapa sahaja yang berada disitu. Anjing lain juga pernah masuk kebahagian laluan ke tandas di H09 Desasiswa Bakti Permai. Pada masa itu saya hendak ke tandas akhirnya lari lintang pukang kembali masuk kedalam bilik. Saya pernah mendangar laporan tentang pelajar yangt digigit anjing yang berkeliaran di Desasiswa Saujana. Hal ini sangat membimbangkan. Terbaru saya terserempak dengan tiga ekor anjing liar berhampiran Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan semasa pulang dari perbincangan kumpulan. Saya harap pihak pengarang memandang serius hal ini dan cuba mendapatkan komen daripada pihak pengurusan atau keselamatan universiti. Mohon pihak pengarang tidak memandang remeh hal ini kerana ia melibatkan keselamatan pelajar universiti. Siswi takut anjing Larangan Menyertai Perhimpunan Haram K ementerian Pelajaran Tinggi telah mengeluarkan arahan agar para pelajar tidak menyertai sebarang perhimpunan haram selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 15(3), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Seksyen 15(3) menyatakan, “Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.” Mohammad Abdullah Pejabat Naib Canselor Universiti Sains Malaysia T: 04.653 2193/3105 F: 04. 658 8444 11 Selain surat kepada Ketua Pengarang, Berita Kampus juga menerima surat kepada Ketua Kaunselor serta mengalu-alukan sebarang pendapat, soalan dan komen membina terhadap universiti. Semua surat mesti disertai nama, nombor kad pengenalan, nombor matrik dan alamat lengkap. Nama samaran boleh digunakan untuk tujuan siaran. Pengarang berhak menyunting surat yang disiarkan. Alamatkan surat anda kepada: Pengarang Berita Kampus, Bangunan D37, bilik Berita Kampus, USM atau emel kepada : bkampus@yahoo. com.my Dah Bosan Kebersihan Desasiswa Tanggungjawab Bersama Saya pelajar tahun akhir juga penghuni desasiswa Cahaya gemilang . Saya tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan desasiwa .Saya ingin memberitahu kepada pengarang bahawa tandas dan bilik mandi kotor dengan sampah sarap yang dibuanmg oleh penghuni . Walaupun tong sampah telah disediakan oleh pihak Desasiswa, namun para penghuni masih tidak menggunakan kemudahan tersebut,bahkan mereka lebih gemar membuang sampah di merata tempat sehingga mengotorkan kawasan terutama di tandas. Seperti semester lepas, kedaan kotor di semua desasiswa tetap sama. Sikap dan tabiat pelajar yang telah mengharapkan kerjakerja oleh tukang cuci sahaja. Keadaan yang kotor diselonggok dengan sampah sarap yang berlimpahan melebihi tong sampah.Akibat itu, binatang berkeliaran seperti kucing, anjing dan burung menyelongkar sampah-sampah tersebut. Jesteru itu, saya memohon agar semua penghuni desasiswa agar menjaga kebersihan bagi memastikan agar desasiswa sentiasa bersih. 12 BK Salam Alumni BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 PERSATUAN Alumni USM 12th Annual General Meeting (AGM) ALUMNI USM P ersatuan Alumni USM ditubuhkan pada tahun 1989 melalui cetusan idea sekumpulan bekas pelajar USM. Usaha penubuhan Persatuan Alumni ini bermula pada awal tahun 1989 menerusi pembentukan Jawatankuasa Protem yang diketuai oleh Prof. Madya Itam Sulaiman (Biologi ’74) yang merupakan pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM dan beberapa orang staf akademik serta pentadbiran USM. Persatuan Alumni USM mempunyai Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa Eksekutif akan menerajui jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun. Sejak penubuhannya, Persatuan Alumni telah dipimpin oleh beberapa orang presiden. Presiden yang pertama ialah Prof ra,li Mohamed (Komunikasi ’74) untuk tempoh empat tahun. Kini hingga 2009 di terajui oleh Dr Mohamed Jafre Zainol Abidin (Pendidikan ’85) Persatuan Alumni USm semakin bergerak ke hadapan dan kini telah membuka peluang perniagaan kepada pelajar dan ahliahli Alumni yang mana perniagaan tersebut berpusat di Bangunan Sekretariat dan Rumah Alumni. Persatuan Alumni juga mempunyai Kedai Alumni yang terletak bersebelahan Dewan Budaya. Pelbagai barangan yang dijual termasuk barangan cenderahati, t-shirt, pen dan sebagainya sebagai tanda kenangan daripada Alumni USM. MATLAMAT ALUMNI USM 1. Mewujudkan saluran komunikasi di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bekas siswazah. 4. Mewujudkan hubungan saintifik sosial dan kebudayaan di kalangan ahli. 2. Mengambil bahagian yang aktif dalam pembangunan fizikal dan intelektual USM. 5. Mencadangkan aktivitiaktiviti kepada Jawatankuasa USM dan perbadanan lain yang berkaitan. The USM 12th AGM was attended by about 35 members on 17 March at the Lecture Theatre ‘A’. Among the list of Alumni activities planned for the year are the hosting of an ‘English Camp’ in May and a motivational seminar for PMR/SPM students in June. Photograph courtesy of Centre for Instructional Technology and Multimedia (PTPM), USM Persatuan Alumni menjemput semua pelajarpelajar ke tapak gerai konvo Alumni untuk melihat Pameran Keusahawanan dan Kerjaya yang diperkenalkan oleh Perda-Best-2U. 3. Mewujudkan interaksi di kalangan ahli-ahli MATLAMAT “ Membentuk satu kerjasama antara Usahawan PERDA dan pihak Alumni USM di dalam aktiviti keusahawanan yang mampu melahirkan graduan dengan kualiti modal insan dan keusahwanan yang profesional ” Alamat Terkini Persatuan Alumni USM Persatuan Sekretariat Persatuan Alumni USM Bangunan D10 Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Pulau Pinang TEL : 04-6569370 (DL) FAKS : 04-6569370 E-Mail : persatuan.alumni@gmail.com Website : www.alumni.usm.net.my PERSATUAN ALUMNI DENGAN BANGGANYA MENGUCAPKAN SELMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR BARU SIDANG 2008/2009 BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Koleksi Khas BK 13 Kalimah Cintamu Pengulas : Jauhariatul Akmal Johar Ulasan Novel: Kalimah Cintamu Penulis : Hafirda Afiela Tahun Penerbitan : 2008 Penerbit :Fajar Pakeer Sdn. Bhd Halaman : 575 Harga : RM 20.90 C i n t a merupakan sesuatu yang unik. Cinta datang tanpa berjemput dan k a d a n g k a l a perginya tanpa dipinta atau diduga sesiapa. Cinta tidak mengenal daripada siapa dan kepada siapa. Malah, cinta juga kadangkala hadir tanpa disangka dengan insan yang sama sekali tidak terbayang di benak fikiran. Itulah definisi cinta yang tersirat.Walau apapun tafsirannya, cinta tetap cinta. Melalui “kalimah cintamu”, penulis mempersembahkan hubungan persahabatan yang telah menyemarakkan api cinta dalam diri Wirda dan Suffian tanpa mereka sedar. Kemunculan Izwanie di antara mereka berdua menyebabkan perhatian Suffian beralih arah. Biarpun hati kecil Wirda masih utuh buat Suffian, namun demi memujuk hati sendiri Wirda mengambil keputusan menjauhkan diri. Nama Pengulas : Efahana Adenan Tajuk Buku : Sejarah Awal Pulau Pinang Editor : Muhammad Haji Salleh Halaman :117 muka surat Penerbit : Penerbit Universiti Sains Malaysia. B uku ini menghidangkan karya tiga orang sarjana dan pakar terkenal yang mengkaji bukti-bukti pembukaan awal Pulau Pinang. Mereka ialah Dr Mokhtar Saidin, seorang a h l i a r k e o l o g i , D r. M a h a n i M u s a , s e j a r a w a n d a n D r. tetap bahagia walaupun hanya bergelar teman kepada Wirda. Tahun berganjak, Suffian kembali menagih cinta di hati Wirda namun sekeping hati itu milik Airy kini. Tetapi, kekeliruan Airy pada cinta Wirda membuatkan dia membawa diri. Rela jika Wirda bukan untuknya. “ Tiada kalimah yang lebih agung, kalimah cintamu yang kutunggu-tunggu…” Kalimah cintamu hasil idea dan garapan kreatif Hafirda Afiela sebagai buah tangan khas kepada penggemar novel. Susunan kata yang mudah mampu menarik pembaca menjiwai watak yang diketengahkan. Di samping itu, penulis cuba membawa pembaca menyelami hati budi dalam setiap hubungan persahabatan. Sepi Sejarah Awal Pulau Pinang Noriah Mohamed, seorang ahli bahasa. Buku yang mempunyai empat bab ini menceritakan sejarah awal Pulau Pinang dan Seberang Perai. Berbeza dengan buku-buku sejarah yang lain, buku ini lebih lebih banyak menceritakan tentang k e p e n d u d u k a n sebelum kedatangan Francis Light dan tidak berpihak kepada penjajah. Kajian mereka bermula dari bukti awal dan membawa kepada dekad awal kedatangan Syarikat H i n d i a Ti m u r. Penulis juga banyak menceritakan mengenai individu-individu yang membuka penempatan di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai sebelum kedatangan Light pada 1786. Bahasa yang digunakan untuk menceritakan sejarah ini adalah mudah dan senang untuk difahami pembaca. Selain daripada itu, foto, peta dan jadual yang disertakan juga menarik perhatian para pembaca dan membantu memudahkan pembaca memahami sejarah tersebut. Kehadiran Haiqal mengisi ruang kekosongan di hati Wirda yang sedang berduka lara dengan satu simpulan ikatan pertunangan. Tetapi, dalam meniti bahagia, sekali lagi Wirda diuji. Ketika menanti hari bahagia diijabkabulkan, Haiqal pergi meninggalkan Wirda. Walaupun bersedih, Wirda tidak keseorangan. Airy teman baiknya sejak dibangku sekolah sentiasa setia menemani dan menjadi penghibur buat Wirda. Airy dalam diam menyimpan perasaan pada Wirda namun sanggup mengenepikan perasaan sendiri demi melihat kebahagiaan Wirda. Biarpun hati tidak mampu menipu keinginan perasaannya sendiri tetapi Airy tetap cuba berselindung di sebalik layanan dan gelak tawa ketika bersama Wirda. Dia Pengulas : Fadzilla Hernani Mohd Janis Tajuk : Sepi Pengarah : Kabir Bhatia Genre : Cinta Pelakon : Adflin Shauki, Tony Eusoff, Baizura Kahar, Vanidah Imran, Nasha Aziz, Siti Sharizah, Riezman Khuzaimi, Syed Hussien, Pierre Andre. Durasi : 1 jam 45 minit F ilem karya pengarah yang mula mendapat tempat di k a l a n g a n peminat filem tempatan, Kabir Bhatia ini mengisahkan koflik cinta tiga watak utamanya, Adam, Sufi dan Imaan. Ketiga-tiga watak utama ini diceritakan secara berasingan tetapi diketemukan dalam suatu peristiwa. Filem ini dimulakan dengan watak Adam (Adflin Shauki) seorang tukang masak yang jatuh hati dengan seorang perancang perkahwinan, Ilyana ( Va n i d a h Imran) dalam pertemuan semasa Adam membantu rakannya menguruskan majlis perkahwinan. Pertemuan tersebut akhirnya membawa kepada bibit-bibit percintaan tetapi cinta mereka yang belum bermula terpaksa dilupakan kerana Ilyana sudah terlebih dahulu merancang perkahwinannya dengan jejaka lain sebelum pertemuan mereka. Kehilangan isteri tersayang dalam kemalangan memberi tamparan hebat kepada S u f i l a k o n a n To n y E u s o f f disebabkan rasa bersalah menjadi punca kemalangan tersebut. Sufi bertemu dangan Marya (Siti Shahrizah) yang menjadi penyelamat hidupnya daripada terus menyalahkan diri. Sufi dan Marya saling jatuh cinta tetapi Marya terpaksa melepaskan cinta itu kerana dia sudah berkahwin. Imaan (Baizura Kahar) serang gadis pendiam bertemu dengan Ean (Syed Hussien) di dalam pementasan teater kolej, tetapi gadis itu tidak menyenangi sikap Ean yang kurang serius dan sering mempermainkan karya seni. Imaan kemudian sudi membantu Ean menjayakan teater karyanya kerana kesungguhan jejaka itu. Imaan mula menyenangi sikap Ean tetapi dalam masa yang sama terperangkap dalam bayangan cinta bersama kekasihnya Khalil (Pierre Andre). Filem Sepi pasti meninggalkan kesan mendalam di hati penonton kerana jalan ceritanya yang menarik dan mampu membuatkan penonton turut merasai kesepian dan kesedihan watak-watak utamanya untuk mencari cinta mereka. 14 BK Kembara BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Sesedap Rasa Resepi Istimewa MyFriend’s Char Koay Teow Oleh Sakinah Alias Farah Musa C har Koay Teow amat popular di Asia terutamanya China, Singapura, Jepun, Korea dan juga Malaysia. Di mana ada masyarakat cina, disitulah adanya sajian berkenaan. Malaysia amnya, hidangan itu turut dikenali sebagai Chinese Seafood.Menu dengan tarikan yang tersendiri itu digemari ramai kerana rasanya. Begitupun, apakah keistimewaan Char Koay Teow yang terdapat di MyFriend’s Char Koay Teow? MyFriend’s Char Koay Teow terkenal di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang dan ia mendapat sambutan menggalakkan untuk merasai sendiri keunikan Char Koay Teow tersebut. Menurut pengurusnya, Mohd Ghazali Murshid, 29, minat untuk menjalankan perniagaan ini timbul setelah melihat sambutan yang menggalakkan serta keuntungan yang diperolehi dari perniagaan ini selain potensinya untuk terus berkembang pada masa hadapan. „Masyarakat bumiputera Pulau Pinang telah menjadikan Char Koay Teow sebagai makanan popular sebaris dengan rojak, laksa penang, pasembor dan nasi kandar. Segelintir masyarakat bumiputera di sini telah mengkomersialkan Char Koay Teow kerana keunikan dan rasanya yang sedap serta digemari pelbagai kaum,” katanya. MyFriend’s Char Koay Teow mula beroperasi pada tahun 2007 setelah timbulnya idea untuk M y F r i e n d ’s Char Koay T e o w . Contohnya, di Kubang S e m a n g jualannya telah mencecah RM10,000 dalam tempoh satu bulan,“ ujarnya lagi. Pemilihan Sungai Dua s e b a g a i lokasi terbaru berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM) kerana s a s a r a n pelanggan kami ialah pelajar MEGAH: MyFriend’s Char Koay Teow tawar pelbagai hidangan istimewa. daripada pelbagai lapisan masyarakat, malahan pelbagai kaum di negara ini. Sajian unik di MyFriend’s itu,bukanlah seperti yang terdapat di restoran atau gerai-gerai lain. Keistimewaan yang terdapat pada menu ini adalah ia berasaskan koay teow dan ramuan kicap yang diadun dengan cara yang tersendiri selain diperincikan lagi dengan kaedah memasak yang unik untuk menjaga mutu, keaslian dan keenakannya. Kicap yang menjadi bahan utama untuk menghasilkan menu ini dihasilkan 100 peratus oleh MyFriend’s Char Koay Teow Food Stuff. Ia dihasilkan daripada pelbagai bahan yang diimport dan bebas daripada bahan pengawet atau kimia selain bahan-bahan yang digunakan halal dan suci. Berita Kampus mengunjungi My Friend’s Char Koay Teow yang baru membuka cawangannya di Sungai Dua, Pulau Pinang memperkenalkan makanan enak ini kepada rakyat Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa dalam konsep perniagaan francais. MyFriend’s Char Koay Teow yang turut beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang juga mengedar ramuan aslinya (kicap) kepada beberapa restoran dan gerai di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak berikutan permintaannya yang tinggi. ”Kami telah membuka beberapa cawangan di Pulau Pinang dan Kedah. Kami juga akan membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan. Cawangan di Alma dan Kubang Semang (Bukit Mertajam) bukan sahaja mendapat sambutan daripada penggemar tempatan tetapi juga dari Kuala Lumpur dan Johor. Kami telah menawarkan pembukaan francais secara percuma kepada 20 usahawan dalam usaha untuk menambah cawangan USM. MyFriend’s Char Koay Teow turut menerima tempahan melalui telefon dan menyediakan khidmat penghantaran kepada ENAK: Cendawan goreng istimewa. pelanggannya. „ S e l a i n dari Char Koay Teow, kami turut menyediakan menu lain seperti Nasi Goreng Udang dan Udang Goreng Sepinggan yang menggunakan kicap istimewa k e l u a r a n MyFriend’s Char Koay Teow pada harga berpatutan,“ kata Ghazali. S e l a i n menghasilkan kicap dan sos serta menjadi pembekal bahan mentah kepada peniaga tempatan mereka juga menyediakan kelas latihan memasak dan cara pengurusan francais kepada rakan niaga baru bertempat di Pusat Perniagaan Alma, Bukit Mertajam. Menurut pelanggan yang ditemui, Aliena Abdullah, 25, menu yang disediakan di MyFriend’s Char Koay Teow lain dari yang lain dan sangat menyelerakan . ”Saya berpuas hati dengan masakan yang disediakan di sini kerana rasanya yang unik dan sedap dan saya berharap agar ia akan dapat diperkenalkan kepada orang ramai supaya mereka dapat datang untuk mencuba sendiri resepi ini,” katanya. Seorang lagi pelanggan, Faridah Ahmad, 48, yang kali pertama datang makan di MyFriend’s Char Koay Teow berpendapat, perniagaan ini perlu dipopularkan lagi supaya lebih ramai orang yang akan tahu mengenai keenakan serta keunikan Char Koay Teow. ”Saya tertarik dengan makanan yang disediakan kerana rasanya sedap dan makanan yang disediakan juga cepat,” katanya. MyFriend’s Char Koay Teow beroperasi setiap hari bermula pada pukul 6 petang hingga 3 pagi dan boleh hubungi 017-4275768 untuk tempahan. Char Keow Teow yang menjadi menu utama kedai ini. BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Kembara BK 15 Rumah P.Ramlee Menyimpan Seribu Memori Oleh Sakinah Alias Farah Musa A llahyarham Tan Sri P. Ramlee seorang seniman agung yang berjasa kepada negara dalam bidang seni. Beliau seorang penghibur yang sempurna, pengarah, penyanyi, pelakon, penerbit dan pelawak yang disegani dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat termasuk di dalam dan luar negara. Walaupun selepas 35 tahun pemergian beliau, karya-karya seperti filem yang dihasilkan masih lagi ditayangkan serta lagulagu yang dinyanyikan oleh beliau masih berkumandang di corong radio. Selain itu, barangan artifak yang berkaitan dengan beliau juga di simpan dan dijaga untuk diabadikan dan dijadikan tatapan kepada generasi akan datang. Rumah kelahiran seniman serba boleh ini masih ada sehingga sekarang menunjukkan betapa besarnya penghargaan yang diberikan kepada Allahyarham. P.Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 di rumahnya yang terletak di Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang dan selepas tempoh pantang selama 44 hari, beliau telah dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Jawa. Rumah beratap nipah berlantaikan papan ini telah dibina oleh ayah beliau iaitu Puteh bin Kasim bersamasama bapa saudaranya Rejab bin Hussien pada tahun 1926. Kini rumah tersebut telah dibaik pulih dan dijadikan salah satu lokasi pelancongan popular negara yang menempatkan barang-barangberharga peninggalan beliau seperti potretpotret keluarga serta barangbarang pengenalan peribadi untuk tatapan umum bagi generasi akan datang . Berita Kampus mengunjungi Rumah Kelahiran beliau di Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang yang terletak kira-kira dua kilometer dari pusat bandar untuk melihat sendiri cara hidup beliau semasa hayatnya. Sebaik melihat rumah tersebut, para pengunjung pasti tertanyatanya dan ingin mengetahui segala isi kandungan di dalamnya. Pemandangan sekitar kawasan rumah tersebut dihiasi dengan pokok-pokok menghijau yang dipelihara dan dijaga rapi untuk mengekalkan kecantikan dan kedamaian kawasan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima, rumah asal P.Ramlee terletak di lorong Yahudi telah dirobohkan kerana kawasan itu digunakan untuk membina kuarters kerajaan. Namun, rumah asal ini pernah dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi ia dibaiki pada tahun 1948. Kini, rumah bersejarah itu telah dibina semula mengikut bentuk asalnya oleh Arkib Negara Malaysia sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham kepada perkembangan seni tanah air pada 1961 dan dibuka dengan rasminya oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Sabaruddin Chik pada 13 Disember 1991. Menurut penjaga rumah tersebut, Ahmad Hashim, 75, rumah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan bahagian luar. “Bahagian dalam terdapat ruang pameran yang memaparkan aspek-aspek kehidupan beliau semasa remaja. Ini dibahagikan kepada ruang tamu yang merakamkan detikdetik hidup beliau dari kecil hingga sehinggalah berhijrah ke Singapura. “Sementara itu di ruang tengah menempatkan alat-alat muzik dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan sukan serta di ruangan bilik tidur terdapat katil besi, meja dan cermin yang merupakan kelengkapan seharian hidup beliau.” “Terdapat juga sebuah peti besi yang merupakan tempat menyimpan pakaian bagi keluarga beliau serta ruangan dapur yang memaparkan kedudukan dapur dan kelengkapan harian,” katanya. Di bahagian luar pula terdapat sebuah basikal kegemaran P.Ramlee yang sengaja dicabutkan sebelah break basikalnya sematamata untuk menghasilkan bunyi yang menarik semasa mengayuh basikal tersebut. “Akibat perbuatan tersebutlah, P. Ramlee selalu sahaja mendapat ilham untuk mencipta pelbagai jenis irama dan lagu sehinggalah menjadi popular dan terkenal seperti sekarang,” jelasnya lagi. Jika pelawat berkunjung ke sini, mereka dapat melihat pokokpokok disekeliling rumah tersebut yang mempunyai kaitan rapat dengan zaman kanak-kanaknya. ‘Paling m e n j a d i tarikan adalah tikar yang digunakan oleh P. Ramlee untuk tidur dan beristirehat.’ Selain itu, di halaman yang sama terdapat “Kompleks Pustaka Warisan Seni” dimana di kawal selia oleh Arkib Negara. Di situ ditempatkan juga Galeri P. Ramlee yang mempamerkan artifak peribadi beliau. Kompleks tersebut menggunakan konsep bangunan moden dan menggabungkan ciriciri tradisional supaya pengunjung tetap merasai suasana pada zaman dahulu. Ditanya mengenai barangan yang mempunyai nilai sejarah paling tinggi terdapat di dalam rumah tersebut, Ahmad menjawab, kesemua barangan tersebut mempunyai nilai yang sama, tetapi yang paling menjadi tarikan adalah tikar yang digunakan oleh P. Ramlee untuk tidur dan beristirehat. “Beliau lebih senang untuk berbaring dan tidur di atas tikar miliknya berbanding menggunakan tilam kerana beliau sentiasa ingin merasakan kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh golongan yang kurang berkemampuan pada ketika itu,” katanya lagi. Ahmad menjelaskan jumlah pelancong yang berkunjung ke rumah dan galeri itu pada hari biasa seramai 90 orang dan jumlah itu meningkat sebanyak 40 peratus pada musim cuti umum dan persekolahan. Rumah Kelahiran P. Ramlee dan Galeri ini dibuka kepada orang ramai setiap hari kecuali hari Isnin bermula dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang dan masuk adalah percuma. 16 BK Rencana Kurang Upaya BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Bukan Penghalang Jejak Menara Gading Oleh Asmahanim Amir Eo Pee See G olongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami kecacatan pada anggota badan biasanya dilihat sebagai golongan yang tidak mampu menjalani aktiviti biasa seperti orang lain. Malah, terdapat sesetengah daripada golongan tersebut menyisihkan diri daripada masyarakat kerana menganggap kecacatan mereka akan mendatangkan pandangan serong daripada masyarakat. Namun, bagi Yuhaizam Yahaya, 37 tahun, kecacatan kekal yang dialaminya sejak empat tahun lepas akibat kemalangan udara tidak pernah menjadi penghalangnya untuk meneruskan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pengkhususan Kerja Sosial pada sidang ini. M e n c e r i t a k a n pengalamannya sepanjang berkhidmat dengan TUDM, Yuhaizam telah memasuki kem tentera udara di Kinrara, Kuala Lumpur dan seterusnya di Subang, Ipoh, Kluang, Alor Setar, Labuan dan akhir sekali di Butterworth pada usianya 20 tahun selepas menamatkan Tragedi kemalangan itu, memang membawa seribu kenangan yang menyedihkan, akan tetapi saya anggap itu sebagai satu ujian daripada Tuhan untuk menguji ketabahan dan kesabaran diri Yuhaizam Yahaya Bersama rakan-rakan OKU di Desasiswa Aman Damai pengajian tingkatan limanya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Perlis . S e p a n j a n g perkhidmatannya dengan TUDM, beliau telah menerima sayap terbang dan sayap payung terjun seperti tentera lain yang menjalani latihan di TUDM dan beliau telah diberi kepada Anugerah Khidmat Cemerlang yang diberi setiap lima tahun sekali pada 2003. Beliau yang pernah bertugas sebagai juruterbang helikopter Nuri selama 10 tahun sebelum ini, mempunyai hasrat untuk menyambung pelajaran sebelum berlakunya kemalangan udara yang mengakibatkannya lumpuh seumur hidup (dari paras pinggang ke bawah) pada 5 Mac 2004 lepas. Walaupun pergerakannya terbatas selepas kemalangan tersebut, namun semangatnya untuk meneruskan pengajian ke menara gading tidak pernah Disamping keretanya yang direka khas untuk golongan OKU pudar. “Tragedi kemalangan itu, memang membawa seribu kenangan yang menyedihkan, akan tetapi saya anggap itu sebagai satu ujian daripada Tuhan untuk menguji ketabahan dan kesabaran diri,” katanya. “Walaupun saya lumpuh selepas kejadian tersebut, tetapi saya tetap redha menghadapi dugaan ini, ” katanya yang kelihatan optimis atas kejadian yang berlaku ketika ditemui Berita Kampus di Desasiswa Aman Damai baru-baru ini. Mengimbas kembali kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.21 pagi pada hari kejadian, beliau berkata helikopter yang dipandunya terputus dua selepas membuat pendaratan cemas di kawasan perumahan Jalan Solok Beringin, Taman Udara, Permatang Tengah, Butterworth. “Ketika itu saya bersama seorang pembantu juruterbang, Kapten Dicky Richi Chin, berasal dari Johor Bahru dan seorang krew, Sarjan Udara Zailani Ab. Kadir, dari Pasir Puteh, Kelantan. Kami berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth untuk membuat ujian penerbangan bagi sesi latihan mencari dan menyelamat kira-kira pada pukul 7 pagi,” katanya. Beliau berkata semasa menjalani latihan, helikopter tersebut mengalami kerosakkan teknikal pada bahagian enjin dan dalam keadaan yang terdesak, beliau mengambil keputusan membuat pendaratan cemas. “Semasa membuat pendaratan cemas, saya mencuba sedaya upaya mengimbangi dan mengalih haluan pesawat itu daripada menimpa bumbung deretan rumah teres setingkat di situ bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk lagi berlaku,” kata Yuhaizam. Walau bagaimanapun, helikopter berkenaan terhempas di belakang deretan rumah teres tersebut, kirakira 50 meter dari tempat mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan kedua-duarakannyameninggal Rencana BK BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 di tempat kejadian. “Ketika kejadian tersebut, saya dalam keadaan separuh sedar dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku seterusnya. Semasa sedar sepenuhnya, saya mendapati diri sudah berada di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang,” katanya. Semasa Yuhaizam sedar, beliau tidak diberitahu tentang kematian kedua-dua rakannya itu, sehinggalah beliau terdengar isteri rakannya meraung di luar wad. “Semua orang yang datang melawat saya diberi amaran supaya tidak diberitahu tentang kematian kawankawan saya itu kerana takut ia akan menganggu emosi saya,” katanya yang sekarang ini masih berkhidmat di TUDM Butterworth sebagai Pegawai Operasi. Susulan daripada kejadian berkenaan, Yuhaizam kemudiannya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama setahun. Semasa menerima rawatan di HKL, beliau telah menyertai Persatuan Perwira K-9 yang banyak mengajar tentang kerja-kerja kehidupan harian OKU seperti cara-cara mengendalikan kerusi roda. “Ramai orang memikirkan OKU tidak boleh melakukan banyak perkara yang biasa dilakukan orang normal. “Tetapi melalui persatuan “Jangan jadikan kecacatan sebagai alasan untuk menagih simpati daripada orang ramai, kerana di luar sana ada lagi golongan jauh lagi kurang bernasib baik daripada kita,” ini, saya telah d i a j a r bagaimana mengendalikan kereta yang diubah suai khas untuk OKU. Kini, saya mampu memandu kereta ke mana-mana sahaja.” katanya yang sering berulangalik dari tempat kerja ke rumahnya di Taiping. Selepas menyertai persatuan tersebut, beliau menjadi lebih ramah dan mudah bergaul dengan orang ramai berbanding sebelum itu. “Sebelum berlakunya kemalangan itu, saya bukanlah seorang yang suka berbual. Tetapi selepas menyertai persatuan itu, saya mula bergaul dengan orang ramai 17 dan menjadi peramah sehingga kadang kala saya disuruh berhenti bercakap,” katanya sambil berseloroh. Sepanjang menerima rawatan di hospital, beliau mendapat sokongan daripada keluarganya terutama isterinya, Rosila Hassan, 33 tahun, seorang suri rumah tangga bersama empat orang anak yang kini menetap di Taiping, Perak. “Sokongan daripada mereka amat penting bagi saya Bersama rakanrakan semasa minggu orientasi. meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini. “Tanpa mereka, mungkin saya tidak setabah dan berfikiran optimis sebegini,” katanya. Setelah lama menyimpan hasratnya untuk menyambung pelajaran, akhirnya hasratnya tercapai apabila beliau telah ditawarkan biasiswa daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam kursus-kursus yang ditawarkan, beliau telah memilih kursus Kerja Sosial sebagai kursus pengajiannya kerana beliau mempunyai misi tersendiri . “Kerja Sosial boleh memberi banyak pendedahan terutamanya mengenai tingkah laku manusia kerana manusia itu unik. Jadi, melalui kursus ini saya dapat belajar bagaimana hendak menolong orang yang senasib dengan saya”, katanya. “Bukan semua orang faham tentang jiwa dan perasaan OKU. Malah pekerja sosial yang normal pun kadang kala tidak memahami perasaan OKU. “Melalui kursus ini, saya berharap masyarakat akan lebih memahami serta dapat menerima golongan ini dengan seadanya,” katanya yang turut mendapat cuti bergaji selama tiga tahun sepanjang pengajiannya di sini.. Selain itu, beliau berpendapat OKU perlu berdikari dan tidak seharusnya bergantungsepenuhnyakepada orang di sekeliling mereka. “ Masyarakat tidak perlu terlalu memanjakan golongan ini sahaja kerana ada banyak lagi golongan lain yang perlu diberi perhatian. “Jangan jadikan kecacatan sebagai alasan untuk menagih simpati daripada orang ramai, kerana di luar sana ada lagi golongan jauh lagi kurang bernasib baik daripada kita,” katanya. Dalam menyesuaikan diri dengan pelajaran dan kehidupan baru di kampus, Yuhaizam juga menyimpan azam dalam menghadapi pengajian selama tiga tahun. “Azam saya ialah belajar bersungguh-sungguh dan berharap saya dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang.selama tiga tahun di sini. “Pelajaran sangat penting. Semua orang tidak kira normal atau sebaliknya perlu mendapat pendidikan sempurna supaya berjaya dalam kehidupan,” katanya mengakhiri perbualan. 18 BK Rencana BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Fahami Diri Sebelum Cari Sahabat Oleh Siti Nurhajatulziemah Mohd Noor H idup ini pasti terasa sunyi tanpa kehadiran teman-teman. Kawan menjadi platform terbaik untuk berkongsi kisah dan masalah. Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai teman yang ‘sekepala’? Atau masih tercari-cari sahabat sejati. Jika mencari teman untuk gelak ketawa memang mudah tetapi mencari kawan ketika menangis amat sukar. Bagaimana dengan pelajar baru USM semester ini? Adakah mudah mencari kawan sehati sejiwa? Mungkin kini anda gembira dengan kehadiran teman-teman baru disisi. Tidaklah anda berasa risau atau bersendirian lagi. Ke mana sahaja anda pergi pasti dikelilingi teman-teman. Tetapi bagaimana pula dengan anda yang masih mencari sahabat? Di sini ada beberapa informasi yang boleh dipraktikkan dalam memulakan persahabatan dan untuk mengekalkan hubungan yang terjalin. Menurut Ketua Kaunselor Unit Kaunseling dan Kerjaya, En.Azmi Hj Hassan, individu cenderung memilih kawan mengikut kriteria yang dia sendiri tetapkan. Dalam konteks persahabatan terutama di universiti, individu perlu melihat faktor diri sendiri sama ada boleh disukai, mudah didekati dan senang dibawa berbincang. “Jika individu itu seorang pemalu jangan biarkan perasaan malu dan rendah diri menjejaskan kehidupan seharian. Cuba cari peluang memulakan perbualan dengan individu yang baru dikenali. Pelajar perlu memahami diri sendiri terlebih dahulu. Kaji sikap yang ada dalam diri dan sentiasa melakukan perubahan pada diri jika perubahan itu membawa kebaikan,” katanya lagi. 1. Tanya soalan Apa kata anda bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan tentang dirinya dan ini akan membuatkan kawan baru anda berasa selesa dan ringan mulut untuk bercerita. Jangan berasa ragu-ragu untuk bertanyakan apa sahaja soalan asalkan tidak menyentuh hal peribadi dan menimbulkan kemarahannya. 2. Beri perhatian Anda juga perlu mendengar dengan penuh minat dan elakkan dari memalingkan muka ke arah lain ataupun sibuk melakukan aktiviti sampingan seperti menaip ‘sms’. Anda perlu menjadi pendengar yang baik jika kamu mahukan maklum balas yang sama daripada kawan anda ketika kamu sedang berbual. SAHABAT IBARAT PELANGI YANG HADIR SELEPAS HUJAN, WALAU BUMI DIBASAHI, NAMUN PELANGI TETAP SETIA MEWARNAI Sekadar Gambar Hiasan menjadi punca persahabatan yang terjalin menjadi renggang dan yang paling buruk boleh 3. Jaga perlakuan ketika berbual Cara kita menampilkan diri sewaktu berbual perlu dititik beratkan. C o n tohnya apabila Si J menunjukkan ekspresi muka seperti ‘bosan’ dan tidak berminat mendengar perbualan dengan memandang ke arah lain. Setiap perlakuan yang anda tonjolkan membawa makna tersirat. Justeru itu, anda perlu berhati-hati dengan tutur kata dan tingkah laku supaya tidak wujud perselisihan faham. 4. Buang prasangka Setiap orang mempunyai persepsi tersendiri terhadap orang lain. Misalnya, jika Si A kelihatan bergaya dari segi penampilan pasti kamu beranggapan bahawa Si A akan memilih untuk berkawan den- gan individu yang ‘sealiran’ dengannya sahaja. Hapuskan persepsi sedemikian kerana setiap orang berbeza-beza antara satu sama lain dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jangan menilai dari segi luaran sahaja. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. 5. Jangan pilih bulu Segelintir individu dicop pilih bulu dalam berkawan sehingga sanggup memulau dan mengutuk kerana tidak suka individu lain. Contohnya, Si A tidak mahu bersahabat dengan Si B kerana dia terlalu pendiam ataupun tidak pandai bersosial. Janganlah begitu kerana dengan ada perbezaan, hidup ini menjadi lebih seronok dan pelbagai. Anda perlu belajar untuk berfikiran lebih luas dan terbuka. 6. Elak persengketaan Apabila kita sudah mengenali hati budi dan tingkahlaku masing-masing mulalah timbul pelbagai masalah. Marah, sakit hati, tidak puas hati, berselisih pendapat dan kecil hati mula menguasai diri. Inilah antara perasaan yang seringkali meng a k i b a t k a n pergaduhan. Semua ini perlu diatasi dengan bijak jika anda sayangkan persahabatan dan tidak mahu bermasam muka sesama sendiri. 7. Terima kelebihan dan kelemahan Bukan mudah mengekalkan hubungan persahabatan jika kita sendiri tidak berusaha untuk menjaga bersama. Kita perlu menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika anda rasakan bahawa hubungan kamu dan sahabat mula dilanda masalah segeralah berterus terang supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih serius. Anda perlu menghabiskan masa selama tiga atau empat tahun untuk mendapatkan segulung ijazah. Selama itu jugalah, hidup kamu sentiasa bersama teman-teman sama ada ke kuliah, beriadah, membeli belah, menonton wayang dan sebagainya. Kejayaan yang dicapai pasti ingin diraikan bersama teman seperjuangan yang selama ini melalui saat suka duka sepanjang bergelar mahasiswa/i. Aksi BK BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 KONTINGEN USM GAGAL MENYERLAH Oleh Mohd Firdaus Ismail(ROONEY) Kontigen Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan cabaran Sukan Majlis Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2008 dengan pencapaian lesu apabila hanya mengumpul satu pingat emas, satu perak dan pingat satu gangsa dalam kejohanan yang berlangsung dari 13 hingga 17 Mei lalu di Universiti Malaya. Selepas tamat hari terakhir kejohanan, USM hanya berjaya menduduki tempat ke 12 daripada 20 kontingen yang bertanding. Pasukan mendayung wanita telah menyelamatkan maruah USM apabila menyumbangkan pinggat emas tunggal dalam kategori “women coxed four” dengan menewaskan pasukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sekadar berpuas hati dengan pingat perak, manakala pingat gangsa diraih rangkaian penda- yung dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Walaubagaimanapun, impian USM untuk meraih emas kedua dalam kategori “women coxless four” berakhir apabila mereka sekadar berpuas hati dengan pingat perak setelah rangkaian pendayung UTM berjaya memintas pendayung USM di saat akhir. Pingat gangsa USM pula disumbangkan menerusi acara mendayung kategori “men coxless four”. Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan kejaguhan mereka apabila muncul juara keseluruhan dengan catatan 11 pingat emas, lapan perak, dan tiga gangsa, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menyerlah apabila menduduki tempat kedua melalui pungutan tujuh pingat emas, tiga perak dan satu gangsa. Sementara itu, bagi Sukan Masum Fasa Kedua yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari 21–28 Mei 2008, pasukan USM mempamerkan peningkatan apabila berjaya membawa pulang tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa untuk menduduki tempat ke-tujuh secara keseluruhan. Pingat-pingat USM telah disumbangkan melalui acara taekwando dan bola tampar wanita. UiTM sekali lagi menunjukkan penguasaan mereka dengan mengungguli saingan keseluruhan apabila memenangi 14 pingat emas, 14 perak dan 11 gangsa untuk muncul juara keseluruhan Namun begitu, mereka telah menerima saigan sengit daripada pasukan UPM yang turut meraih 14 pingat emas, 10 perak dan tujuh gangsa bagi muncul sebagai naib juara. Fajar Pertahan Gelaran Program riadah ‘Campus Walkrobic’ 2008 USM Mengorak Langkah Dalam Bidang Sukan Selepas pencapaian kurang memberangsangkan dalam Majlis Sukan Unversiti (MASUM) barubaru ini, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengorak langkah dalam usaha memartabatkan bidang sukan supaya mampu berdiri sama tinggi bersama pencapaian bidang akademik setanding dengan universiti tempatan yang lain. Terbaru, Program Sukan USM telah diperkenalkan dengan objektif utama untuk menaikkan nama USM pada kejohanan-kejohanan berprestij seperti MASUM. Melalui program warga sukan, USM akan memberikan peluang kepada pelajar mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih bergiat aktif untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun untuk melanjutkan pelajaran di USM disamping mencapai PNGK yang diperlukan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Menurut Ketua Unit Sukan USM, En Muhammad Mohd Hanif, seramai 13 orang pelajar telah terpilih sebagai perintis untuk projek ini ketika pengambilan pelajar baru bagi sidang akademik 2008/2009. “Pelajar-pelajar ini adalah atlet-atlet yang berpengalaman dalam sukan seperti ping pong, ragbi, boling padang dan juga bola tampar. “Kita berharap mereka mampu menyumbang sesuatu kepada D Juara lagi.. Pelajar baru Desasiswa Fajar Harapan gembira selepas berjaya meneruskan legasi kemenangan senior mereka dalam acara sorak sempena minggu orientasi baru-baru ini di Universiti Sains Malaysia. 19 esasiswa Fajar Harapan dinobatkan sebagai juara pasukan sorak untuk kali kedua berturut-turut dalam program riadah Campus Walkrobic,1 Julai lalu. Program yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Omar Osman itu, disertai hampir 3540 orang penuntut baru Universiti Sains Malaysia (USM). Program yang berlangsung di Stadium Olahraga USM itu turut menyaksikan Desasiswa Cahaya Gemilang merangkul juara bagi kategori slogan. Desasiswa yang menang membawa pulang Piala Pasukan Sorak Walkrobic dan Piala Slogan Walkrobic beserta hamper. universiti disamping berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka”, katanya ketika ditemui berita kampus baru-baru ini. Menjawab satu soalan mengenai pencapaian sukan USM yang dilihat berada pada tahap “kurang memberangsangkan” jika dibandingkan dengan beberapa universiti lain. Beliau menjelaskan bahawa keadaan ini disebabkan status atlet yang mewakili universiti. “USM tidak mempunyai atlet kebangsaan seperti universiti lain .Atlet kita dilatih disini dan cuma mempunyai asas sukan yang mereka sertai sahaja. Oleh itu, untuk mendapat hasilnya , latihan masa yang lama diperlukan , sedangkan tempoh pengajian ialah antara tiga tahun sehingga lima tahun sahaja. Selain itu, jumlah pelajar juga agak terhad, tidak ada program diploma berbanding universiti Putra Malaysia atau Uitm, jadi peluang agar mendapatkan atlet yang benar-benar berpotensi agak terbatas,” katanya. Namun beliau menjelaska bahawa semua itu bukan halangan bagi unit sukan untuk terus berusaha menyediakan para atlet yang mampu membawa cabaran Usm ke peringkat yang lebih tinggi. “Saya yakin Program Warga Sukan yang diperkenalkan ini mampu untuk menyumbang sesuatu untuk universiti,” tambahnya. Sementara itu, Pengarah Projek Walkrobic Desasiswa Fajar Harapan, Saudari Siti Nur Syuhada Binti Abdul Aziz, Sains Kemasyarakatan 2, berasa bangga dengan penglibatan penuntut baru yang amat bersemangat dan telah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini. “Pelbagai cabaran telah ditempuh oleh penuntut baru terutamanya semasa sesi latihan sorak kerana mereka harus menyeragamkan gaya dan sebutan sorakan dengan peserta seramai 400 orang” tambahnya lagi. Saudara Mohamad Saffi Hafiz Bin Mat Jenoldin, Ilmu Kemanusiaan 1, turut berasa gembira dengan kemenangan Desasiswa Fajar Harapan. FAJAR MENANG LAGI-19 USM MENGORAK LANGKAH DALAM BIDANG SUKAN-19 USM LESU MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA 2008 (MASUM) DI MASUM KONTINGEN Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan cabaran Sukan Majlis Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2008 dengan pencapaian lesu apabila hanya mengumpul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam kejohanan yang berlangsung dari 13 hingga 17 Mei lalu di Universiti Malaya. Selepas tamat hari terakhir kejohanan, USM hanya berjaya untuk menduduki tempat ke 12 daripada 20 kontigen yang bertanding. Pasukan mendayung wanita telah menyelamatkan maruah USM apabila menyumbangkan pingat emas tunggal universiti. Namun begitu, kontijen USM menunjukkan peningkatan dalam Fasa II apabila berjaya membawa pulang tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa. Program ‘Campus Walkrobic’ 2008 PUNGUTAN PINGAT (FASA 1) IPTA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH UiTM 11 6 3 20 UKM 7 3 1 11 UPSI 7 2 3 12 UM 6 6 8 20 UTM 5 9 8 22 UIAM 4 5 10 19 UTHM 3 1 1 5 UPM 2 3 3 8 USIM 1 4 6 11 UPNM 1 2 5 8 UNIMAS 1 2 2 5 USM 1 1 1 3 UNITEN 0 2 0 0 UMP 0 1 2 2 UUM 0 1 2 2 UDM 0 0 4 4 UMT 0 0 2 2 UTEM 0 0 1 1 UMK 0 0 0 0 UMS 0 0 0 0 UniMAP 0 0 0 0 PUNGUTAN PINGAT (FASA 2) UiTM 14 14 11 39 UPM 14 10 7 41 UM 9 9 3 21 UUM 8 4 10 22 UTM 3 4 7 14 UIAM 3 3 7 13 USM 3 3 5 11 UPSI 2 5 1 8 UMS 2 3 4 9 UKM 2 0 5 7 UPNM 1 1 2 4 UMT 1 1 1 3 UTHM 0 2 0 2 UTeM 0 1 2 3 UMP 0 1 1 2 UNIMAS 0 1 0 1 UDM 0 0 2 2 USIM 0 0 1 1 UNIMAP 0 0 1 1 Berita selanjutnya di halaman 19
Similar documents
Sekitar Kampus
Berita Kampus adalah akhbar makmal penuntut tahun akhir pengkhususan kewartawanan, Pusat pengajian Komunikasi, USM. Ia bukan pendirian dan pandangan rasmi Universiti Sains Malaysia.
More information