(sop) permohonan permit import secara

Transcription

(sop) permohonan permit import secara
STANDARD OPERASI PIAWAI
(SOP)
PERMOHONAN PERMIT IMPORT SECARA ELEKTRONIK
OLEH
BAHAGIAN PERLINDUNGAN TANAMAN DAN
KUARANTIN TUMBUHAN
JABATAN PERTANIAN
(JPK)
EDISI 1 : 31/08/2007
EDISI 2 : 10/11/2009
KANDUNGAN
1. SEKSYEN A
M/S
STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP)…………………………….... 4-25
2. SEKSYEN B
„Fallback Procedure‟……………………………………………………… 26-29
3. SEKSYEN C
Pertanyaan ………………………………………………………………… 30
4. APPENDIK I
Carta Aliran Memproses Permit……………………………………… 31-32
5. APPENDIK II
Pegawai Yang Boleh Dihubungi (Contact Officers)…………… 33
6. APPENDIK III
Senarai Pintu Masuk …………………………………...……………….. 34-35
7. APPENDIK IV
Kod Tariff, Kod AHTN dan Unit Ukuran
(Unit of Measurement – UOM)………………………………………. 36
8. APPENDIK V
Contoh Cetakan Permit Import………………………………………. 37-38
2
SENARAI LAMPIRAN
SEKSYEN A
M/S
1. Lampiran 1.
Borang Wang Deposit ePermit (Borang EP-1)……………..…….. 18
2. Lampiran 2.
Senarai Pejabat JPK Yang Boleh Menerima
Wang Deposit ePermit……..………………….............................. 19
3. Lampiran 3.
Borang Tuntutan Pemulangan Wang Deposit ePermit
(Borang EP-2)……………………………………………………………….. 20
4. Lampiran 4.
Borang Permohonan Permit Import
Secara Off-Module……………………………………………………….... 21-23
5. Lampiran 5.
Kadar Fee Penyaringan Perosak dan
Ujian Kesihatan Biji Benih ….…………………………………………… 24
6. Lampiran 6
Senarai Cawangan Dagangnet
Technologies Sdn. Bhd. (DNT)………………………………………….25
SEKSYEN B
1. Lampiran 1.
Surat Pengesahan Pengeluaran Permit Import/
Lesen Eksport Secara Manual ………………………………………….. 29
3
SEKSYEN A
STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP)
A)
PENDAHULUAN
Skop bagi pelaksanaan ePermit merangkumi permohonan berkaitan dengan
Permit Import dan Lesen Eksport secara elektronik.
STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) ini disediakan adalah sebagai satu
panduan untuk membolehkan pelaksanaan ePermit berjalan lancar. Ia
boleh berubah dan akan diubah mengikut keadaan semasa bergantung
kepada keperluan-keperluan baru yang akan dikenalpasti.
B)
PENDAFTARAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN ePERMIT BAGI
PENGELUARAN PERMIT IMPORT
a)
Pendaftaran Dengan Dagang-Net Technologies Sdn. Bhd. (DNT)
1.
Pengimport, Pengeksport, Agen Penghantaran (Forwarding Agent) dan
individu termasuk warga asing (Pengguna) mestilah berdaftar dengan
pihak Dagang-Net supaya boleh mengakses sistem ePermit.
2.
Pengguna mesti mengisi Borang Pendaftaran, yang boleh dimuatturun
daripada laman web DNT (www.dagangnet.com)
atau, dari pejabat-
pejabat cawangan DNT seperti Lampiran 1.
4
3.
Bayaran
i) Bayaran Pendaftaran (untuk pengguna baru) adalah seperti berikut :
- Korporat
– RM500.00
- Small and Medium Enterprise (SME)
– RM200.00
ii) Bayaran Tahunan - RM200
Pengguna yang telah mempunyai akaun ePermit dengan DNT hanya perlu
memaklumkan DNT untuk menambah JPK ke dalam senarai Agensi (OGA).
b) Bayaran Kepada Jabatan Pertanian (Kuarantin Tumbuhan) Secara
Online
1)
Pengguna yang telah berdaftar dengan DNT hendaklah memaklumkan
kepada Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan,
Jabatan Pertanian (JPK) untuk urusan permohonan online.
2)
Pengguna hendaklah membuka akaun deposit dengan JPK untuk
memohon Permit Import secara online.
3)
Bagi tujuan membuka atau menambah akaun deposit, pengguna perlu
mengisi ‟Borang Deposit ePermit EP-1‟ (Lampiran 2). Bayaran deposit
boleh dibuat dalam bentuk bank deraf, wang pos dan kiriman wang pos
sahaja, dan dibayar kepada ”Ketua Pengarah Pertanian”. Had minima
bayaran deposit adalah sebanyak RM150.00 (Ringgit Malysia: Satu Ratus
Lima Puluh ).
4)
Pembayaran deposit boleh dibuat di pejabat-pejabat JPK seperti di
Lampiran 3.
5
5)
Pengguna perlu memastikan wang deposit sentiasa mencukupi untuk
proses permohonan Permit Import.
Sekiranya wang deposit tidak
mencukupi, JPK berhak menolak permohonan tersebut.
6)
Baki deposit boleh dikembalikan kepada pengguna atas permintaan
pengguna dengan mengisi Borang Pemulangan Deposit EP-2 (Lampiran
4)
berserta dengan resit asal pembayaran deposit tertakluk kepada
kelulusan JPK.
c)
Bayaran
Kepada
Jabatan
Pertanian (Kuarantin
Tumbuhan)
Secara Off-Module
1.
Off-Module merupakan satu kaedah di mana permohonan Permit
Import dilakukan oleh pengguna yang memohon untuk tujuan
seperti berikut:
a)
Pemilik barang persendirian dan sampel (Personal Effects)
b)
Jabatan/Agensi Kerajaan
c)
Peserta-peserta pameran
d)
Penyelidik/pelajar
*Permohonan
hendaklah
disertakan
surat
pengesahan
dari
penganjur/pihak berkenaan.
2.
Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Permohonan
Import Permit Secara Off-Module (Borang EP-4A) dengan menyertakan
bank deraf, wang pos dan kiriman wang pos sebanyak RM15.00, dan
dibayar kepada ”Ketua Pengarah Pertanian”.
6
C)
PERMOHONAN PERMIT IMPORT
1)
Permit Import hendaklah dipohon sebelum sebarang pengimportan dibuat
untuk mematuhi syarat-syarat pengimportan. Untuk tujuan itu, pengguna
perlu berbincang dengan JPK terlebih dahulu sebelum membuat
permohonan. Pengguna dinasihatkan membuat permohonan 30 hari
sebelum pengimportan dibuat.
2)
Pengguna perlu memastikan pejabat JPK yang boleh mengeluarkan permit
bagi sesuatu item. Apabila pengguna mendapati item yang hendak
diimport tidak tersenarai di pejabat JPK yang dipilih, maka, pengguna
hendaklah memajukan permohonan kepada Ibu Pejabat JPK Kuala
Lumpur. Deposit hendaklah dibayar di pejabat JPK di mana permohonan
dibuat.
3)
Pengguna boleh memilih pintu masuk yang bersesuaian untuk membawa
masuk konsainan (Appendix III).
Walau bagaimanapun JPK berhak
menentukan pintu masuk bagi kemasukan konsainan-konsainan tertentu
(i.e Kelapa tua daripada Indonesia hanya dibenarkan masuk melalui Jeti
Batu Pahat).
4)
Bagi permohonan secara Off-Module, pengguna perlu hadir ke
Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan (BPTKT) Kuala
Lumpur dengan membawa bersama bayaran sebanyak RM15.00 (bank
deraf, wang pos dan kiriman wang pos) untuk setiap permit yang
dipohon. Pengguna perlu mengisi borang permohonan dalam modul yang
disertakan, dengan bimbingan pegawai JPK.
7
5)
Permohonan Permit Import hanya diproses pada hari bekerja (waktu
pejabat biasa) yang diwartakan oleh kerajaan sahaja kecuali pada kes-kes
tertentu.
6)
Bagi item yang tersenarai di dalam sistem, kelulusan akan diberi dalam
masa 5 hari bekerja.
Manakala untuk item yang tidak tersenarai,
kelulusan akan mengambil masa melebihi 5 hari bergantung kepada
Analisa Risiko Perosak (PRA) atau keputusan Jawatankuasa berkenaan.
7)
Status permohonan secara online boleh disemak melalui sistem pada bilabila
masa
selepas
permohonan
dihantar.
Bagaimanapun
untuk
mengetahui status kepada permohonan yang dibuat secara off-module,
pengguna perlu menghubungi JPK.
8)
Bagi permohonan Permit Import secara online bayaran fee RM15.00 akan
ditolak daripada wang deposit setelah kelulusan Permit Import mencapai
status ‟Approved by OGA‟.
Manakala bayaran kepada DNT akan
dikenakan setelah mencapai status ‟Acknowledged by custom‟.
D)
WAKTU BERURUSAN
1)
Permohonan Permit Import boleh dibuat pada bila-bila masa dan di manamana tempat yang mempunyai kemudahan internet kecuali bagi
permohonan secara off-module.
Permohonan secara off-module
perlu dibuat pada waktu pejabat sahaja.
8
E)
SYARAT-SYARAT KEBENARAN MENGIMPORT
1)
Komoditi yang dikawal pengimportannya melalui Permit Import boleh
disemak di laman web JPK (http://www.doa.gov.my/pqnet).
Pengguna
boleh menyemak syarat-syarat kemasukan, jenis/kategori komoditi dan
kuantiti yang dibenarkan untuk diimport melalui laman web JPK
(http://www.doa.gov.my/pqnet/eng/import_export/import_
conditions.pdf)
Prosedur Permohonan Permit Import Bagi Item Yang Tidak Tersenarai
Di Dalam Sistem
2)
Bagi komoditi yang tidak tersenarai di dalam sistem, pengguna hendaklah
memohon kebenaran mengimport komoditi
tersebut secara bertulis ke
Ibu Pejabat JPK. Pengguna akan dimaklumkan tentang maklumatmaklumat yang perlu dimajukan ke Ibu Pejabat JPK bagi pertimbangan
kebenaran mengimport.
Prosedur Permohonan Permit Import Bagi Baja Organik,
Mikroorganisma dan Bahan yang Mengandungi Mikroorganisma
3)
Pengguna yang ingin mengimport baja organik, mikroorganisma dan
bahan yang mengandungi mikroorganisma buat kali pertama adalah
dikehendaki mengimport sampel terlebih dahulu dalam kuantiti minima 2
liter atau 2 kilogram (bagi baja organik) atau 5 unit per sampel (i.e 5
tabung uji) bagi tujuan analisa. Permohonan permit secara off-Module
bagi tujuan pengimportan sampel adalah dibenarkan.
pengguna
perlu
mengemukakan
maklumat-maklumat
Seterusnya
seperti
yang
9
dinyatakan dalam laman web JPK (http://www.doa.gov.my/pqnet/permit/
organik.pdf) kepada Ibu Pejabat JPK.
sesuatu
pemohon
untuk
Kelulusan yang diberi kepada
mengimport
sesuatu
baja
organik,
mikroorganisma dan bahan yang mengandungi mikroorganisma
hanya terhad
kepada pemohon tersebut sahaja. Pengguna lain yang
hendak mengimport baja organik, mikroorganisma dan bahan yang
mengandungi mikroorganisma yang sama perlu melalui proses yang
sama seperti di atas. Bayaran fee bagi analisa sampel akan dikenakan
sejumlah RM340.00. Sila rujuk laman web di atas.
Prosedur Permohonan Import Permit Bagi Kelapa Tua
4)
Permohonan bagi pengimportan kelapa tua buat kali pertama adalah
tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Industri
Kelapa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Permohonan akan hanya dipertimbangkan bagi maksud pengilangan
produk nilai tambah (value added product) untuk pasaran eksport.
Prosedur Permohonan Permit Import Bagi Bahan Tanaman Genetically
Modified Organisms (GMOs)
5)
Permohonan bagi pengimportan bahan tanaman GMO buat kali
pertama adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar dan keputusan Analisa Risiko Perosak (PRA) oleh JPK.
Pengguna akan dimaklumkan tentang maklumat-maklumat yang perlu
dimajukan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan JPK bagi
pertimbangan kebenaran mengimport.
10
Prosedur Permohonan Permit Import Bagi Komoditi Yang Dikenakan
Kuarantin Selepas Masuk (PEQ)
6)
Pengguna yang mengimport bahan tanaman yang tertakluk kepada syarat
Kuarantin Selepas Masuk (PEQ) akan dipertimbangkan apabila terdapat
kemudahan ruang di Stesen Kuarantin Selepas Masuk Nasional (PEQ),
Serdang. Walau bagamanapun, pengguna boleh mencadangkan premis
mereka sendiri untuk dijadikan tempat PEQ bergantung kepada tahap
risiko sesuatu komoditi dan kesesuaian premis yang dicadangkan. JPK
akan menentukan spesifikasi premis bagi tujuan ini. Bayaran fee yang
dikenakan semasa di bawah PEQ adalah seperti di Lampiran 5. Bayaran
perlu dibuat di ibu pejabat JPK sebelum komoditi dilepaskan kepada
pengguna.
F)
KAEDAH MELULUSKAN PERMIT IMPORT
Peringkat-peringkat meluluskan Permit Import adalah seperti berikut:
Proses Verifikasi Permohonan
1)
Pegawai Penyemak (Verifier) perlu menyemak semua butiran permohonan
yang diterima adalah lengkap dan betul.
2)
Pegawai Penyemak (Verifier) akan memaklumkan sebab-sebab mengapa
permohonan ditolak. Pengguna boleh mengetahui status dan sebab-sebab
permohonan ditolak melalui sistem.
11
Antara sebab-sebab di mana permohonan ditolak adalah seperti
berikut:
i)
Maklumat ‟country of origin‟ yang diisytihar kepada Kastam adalah
berlainan daripada yang diisytihar kepada JPK (ruangan ‟View
Import Item – Country of origin‟);
ii)
Kuantiti yang dipohon melebihi daripada kuantiti yang dibenarkan
sepertimana
di
laman
web
JPK
(http://www.doa.gov.my/pqnet/eng/
import_export/import_conditions pdf);
iii)
Pintu masuk yang diisytihar kepada Kastam (ruangan ‟Place of
Import‟) adalah berlainan daripada yang diisytihar kepada JPK
(pada ruangan ‟Additional detail – Entry Point‟);
iv)
Sekiranya komoditi yang dipilih memerlukan syarat PEQ tetapi
pengguna tidak memberikan alamat di mana PEQ dikenakan;
v)
Tarikh ketibaan konsainan (pada ruangan ‟Estimated date of
arrival‟) yang dicadangkan adalah tidak munasabah dengan syaratsyarat import yang dikenakan (i.e Tarikh ketibaan sama atau terlalu
hampir dengan tarikh permohonan dibuat menyebabkan syaratsyarat
Permit
Import
tidak
sempat
dipatuhi
oleh
negara
pengeksport).
3)
Pegawai Penyemak (Verifier) hendaklah mengisi tarikh sahlaku dan
membuat pindaan kepada syarat-syarat Permit Import sekiranya perlu.
4)
Pegawai
Penyemak
(Verifier)
akan
mengesah
dan
mengesyorkan
permohonan tersebut untuk kelulusan Pegawai Pelulus (Approver) setelah
mendapati permohonan adalah lengkap dan betul.
12
Proses Kelulusan (Approval) Permohonan
5)
Pegawai
yang
melulus
(Approver)
akan
menyemak/memvalidasi
pengesyoran permohonan dari Pegawai Penyemak (Verifier).
6)
Pegawai yang melulus (Approver) masih boleh menolak permohonan
Permit Import atau membuat sebarang pindaan pada syarat-syarat Permit
Import.
Pengguna
boleh
mengetahui
status
dan
sebab-sebab
permohonan ditolak.
7)
Pegawai yang melulus akan mengesahkan kelulusan setelah berpuashati
dengan semua maklumat permohonan. Setelah kelulusan diberi, status
permohonan akan ke tahap ‟Approved by OGA‟.
G)
SAHLAKU PERMIT IMPORT
1)
Permit Import yang telah diluluskan sah untuk tempoh masa tiga (3)
bulan dari tarikh dikeluarkan kecuali Permit Import untuk kelapa tua
hanya sah untuk tempoh masa satu (1) bulan sahaja.
2)
Setiap Permit Import hanya mengandungi satu komoditi bagi satu
konsainan.
Komoditi
tersebut
hendaklah
dibawa
dalam
satu
pengangkutan (conveyance) untuk satu kemasukan konsainan sahaja.
3)
Setiap Permit Import tidak boleh ditukar milik atau digunakan oleh
pengguna lain.
13
4)
Setiap Permit Import perlu mengandungi “Permit No.” setelah mencapai
status „Acknowledged by Custom”. Mana-mana Permit Import yang tidak
mempunyai “Permit No.” adalah tidak sah dan tidak boleh digunakan
dalam urusan pengimportan.
5)
Permohonan
yang
telah
mendapat
status
‟Awaiting
Custom
Acknowledgement‟ tetapi masih tidak didaftarkan oleh SMK atas sebabsebab tertentu, dianggap tidak diluluskan oleh JPK untuk mengelakkan
bayaran dikenakan ke atas permohonan. Pemohon hendaklah membuat
permohonan baru melalui sistem ePermit.
6)
Permit
Import
yang
dicetak
daripada
sistem
tidak
memerlukan
tandatangan pegawai yang melulus (Approver) dan ia merupakan
dokumen pengimportan yang sah dan boleh digunakan untuk urusan
pengimportan.
H)
MENCETAK PERMIT IMPORT YANG DILULUSKAN
1)
Pengguna yang telah mendapat status “Acknowledged by Customs” dalam
permohonannya boleh mencetak Permit Import tersebut di atas kertas
bersaiz A4 (Appendik V).
2)
JPK akan mencetak Permit Import bagi pemohonan secara offline dan
akan diserahkan kepada pengguna melalui sampul surat yang beralamat
sendiri yang disediakan oleh pengguna atau pengguna boleh datang
sendiri untuk mengambilnya.
14
3)
Permit Import yang telah dicetak hendaklah dikemukakan kepada negara
pengeksport bagi tujuan pematuhan syarat-syarat pengimportan dan
pengeluaran sijil fitosanitasi/berkaitan. Satu salinan juga hendaklah
diserahkan kepada pegawai Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia (MAQIS) di pintu-pintu masuk semasa membuat pengikraran.
I)
PEMBATALAN PERMIT IMPORT
1)
Pengguna yang telah menghantar permohonan Permit Import kepada JPK
boleh memohon untuk membatalkan permohonan Permit Import.
2)
Permohonan yang telah mencapai status „Approved by OGA‟, „Awaiting
Acknowledgement by Custom‟, „Rejected by Custom‟, atau „Acknowledged
by Custom‟ tetapi memohon untuk membatalkan permohonannya tidak
akan menerima kembali fee yang telah dibayar kepada JPK.
3)
JPK berhak membatalkan permohonan Permit Import pada mana-mana
status permohonan dengan ndust notis pembatalan secara bertulis tanpa
mengembalikan fee yang telah dibuat oleh pengguna atas alasan
kepentingan dan keselamatan ndustry pertanian negara.
J)
PENGIKRARAN BARANG DENGAN PERMIT IMPORT
1)
Pengguna akan membuat pengikraran barang-barang yang diimport
secara elektronik kepada SMK menggunakan modul perisian K1 (“K1
(import) front-end software”) yang dibekalkan oleh pihak DNT.
15
2)
Pengguna hendaklah menggunakan maklumat-maklumat di dalam Permit
Import yang telah diluluskan untuk tujuan di atas.
3)
Modul perisian K1 akan menghantar maklumat pengikraran berserta
maklumat permit di dalamnya kepada SMK melalui infrastruktur SMKDagang*Net.
(Nota : Sila pastikan maklumat permit yang diisi di dalam pengikraran K1 sama
dengan maklumat permit di dalam borang Permit Import seperti No ROB/ROC
syarikat, No Permit, Tarikh Tamat Permit dan Jumlah Kuantiti.)
K) PROSES
VALIDASI
DI
ANTARA
PENGIKRARAN
K1
SISTEM
MAKLUMAT KASTAM (SMK) DENGAN MAKLUMAT PERMIT IMPORT
1)
Maklumat
permit
yang
dihantar
bersama
pengikraran
K1
(iaitu
menggunakan message “CUSDEC”) akan divalidasi dengan permit yang
telah didaftarkan oleh SMK.
2)
Maklumat-maklumat yang akan divalidasi adalah:
i.
No ROB/ROC syarikat
ii.
No Permit
iii.
Tarikh Tamat Permit
iv.
Jumlah Kuantiti
(Nota: Jika terdapat maklumat di antara pengikraran K1 dengan
maklumat permit yang tidak bertepatan, SMK akan menghantar
satu “error message” untuk memaklumkan bahawa permit salah
(“invalid permit”) atau permit tidak dijumpai (“permit not
found”) di dalam rekod pangkalan data SMK.)
16
3)
Setelah didaftarkan dalam SMK dan divalidasikan, pemeriksaan fizikal ke
atas konsainan yang diimport akan dijalankan oleh MAQIS.
4)
Setelah pemeriksaan fizikal, MAQIS akan memaklumkan status keputusan
pemeriksaan dalam SMK. Keputusan adalah sama ada dibenarkan masuk
atau perlu tindakan kuarantin.
Jika berjaya iaitu lulus proses validasi,
CUSDEC tersebut akan didaftarkan oleh SMK dan konsainan akan
dilepaskan.
17
Lampiran 1
Borang Wang Deposit ePermit
Kepada:
Ketua Pengarah Pertanian
Jabatan Pertanian
EP-1
Tuan,
Permohonan Deposit ePermit
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas saya ingin mendepositkan
wang
sebanyak
RM
........................
(Dengan
Perkataan:
Ringgit:
...................................................) secara wang pos/kiriman wang /bank deraf)*
bernombor ........................... bagi syarikat/individu seperti maklumat di bawah:
ROC/ROB (jika berkaitan)
Nama Syarikat/Individu…………………………................
Alamat:
Tel:
Fax:
Email
Pegawai yang dihubungi:
Sekiranya menggunakan khidmat Agen Penghantaran Forwarding agent sila nyatakan
maklumat berikut:
Nama agen:
Alamat:
Tel:
E-mail:
.................................................................................................................
Nama Penghantar Permohonan:
No. Kad Pengenalan:
Alamat:
Tel:
Tandatangan:
Tarikh:
* Potong yang tidak berkenaan. Had minima adalah RM150.00 (Ringgit: Satu ratus
lima puluh sahaja)
.................................................................................................................................
Untuk Kegunaan Pejabat
1. Tarikh terima:
2. No Rujukan Syarikat/Individu:
3. No. Resit (Kew. 69):
4. Nama penerima deposit:
5. Baki semasa deposit selepas penerimaan (RM)
18
LAMPIRAN 2
Senarai Pejabat JPK Yang Boleh Menerima Deposit ePermit
No.
Negeri
Nama Pejabat
1.
WP Kuala Lumpur
Seksyen Kawalan Import & Eksport
Bahagian Perlindungan Tanaman dan
Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian
Aras 2, Wisma Tani, Jalan Sultan
Salahuddin 50632 Kuala Lumpur
2.
Johor
Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin
Tumbuhan, Jabatan Pertanian Jalan Abdul
Samad, 80100 Johor Bahru, Johor
3.
Kelantan
Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin
Tumbuhan Jabatan Pertanian, Lundang,
15200 Kota Bharu, Kelantan
4.
Kedah
Bahagian Perlindungan Tanaman dan
Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian
Kompleks Jabatan Pertanian Teluk
Chengai, 06600 Kuala Kedah, Kedah
5.
Perlis
Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin
Tumbuhan Kompleks Pertanian Bukit
Temiang, 02400, Beseri, Perlis
19
Lampiran 3
Borang Tuntutan Pemulangan Wang Deposit ePermit
EP-2
Kepada
Ketua Pengarah Pertanian
Jabatan Pertanian
Tuan,
Permohonan Untuk Menuntut Baki Wang Deposit ePermit
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas saya ingin
menuntut baki wang deposit ePermit bagi syarikat/individu seperti maklumat di
bawah:
ROC/ROB (jika berkaitan)
Nama Syarikat/Individu:
Alamat Syarikat/Individu:
Tel:
Fax:
Email:
Nama Bank dan Cawangan:
No. Akaun:
.................................................................................................................
Nama Pegawai Memohon :
No. Kad Pengenalan:
Alamat:
Tel:
Tandatangan:
Tarikh:
........................................................................................................................................
Untuk Kegunaan Pejabat
2.
2.
3.
4.
5.
Tarikh terima borang tuntutan::
No Rujukan Syarikat/Individu:
Tarikh akhir permit diluluskan:
Baki deposit (RM):
Tarikh hantar borang tuntutan ke Cawangan Akaun:
20
Lampiran 4
21
22
23
Lampiran 5
Kadar Fee Penyaringan Perosak dan Ujian Kesihatan Biji Benih
Bil
Perkara
Kadar Bayaran
(RM)
1
Ujian penyaringan bakteria
20 / ujian
2
Ujian penyaringan kulat
20 / ujian
3
Ujian penyaringan serangga
20 / ujian
4
Ujian penyaringan nematode
20 / ujian
5
Ujian penyaringan rumpai
20 / ujian
6
Ujian kesihatan biji benih
20 / ujian
24
Lampiran 6
Senarai Cawangan Dagangnet Technologies Sdn. Bhd. (DNT)
Kedai EDI Address
Selangor
Wilayah Persekutuan
Pulau Pinang
Pahang
Johor
Sabah
Sarawak
Kedah
Dagang*Net Facilitation Point
Perlis (Padang Besar)
Perak (Lumut)
Melaka (Kuala Linggi)
Johor (Batu Pahat)
Johor (Muar)
Kedah (Bkt Kayu Hitam)
Kedah (Langkawi)
Pulau Pinang (Butterworth)
Pulau Pinang (ZB Seberang Perai)
Pulau Pinang (ZB Bayan Lepas)
Sabah ( Tawau )
Sabah ( Sandakan )
Sarawak ( Bintulu )
Sarawak ( Miri )
Sarawak ( Sibu )
Wilayah Persekutuan ( Labuan )
Wilayah Persekutuan ( Sg. Way )
Wilayah Persekutuan ( Hulu Klang )
Wilayah Persekutuan ( PEKEMA )
N.Sembilan (Seremban)
Kelantan( Rantau Panjang )
Kelantan( Pengkalan Kubor)
*(Sila lawati laman web http://www.dagangnet.com/Dnt_files/kedaiEdi.htm
untuk maklumat lanjut)
25
SEKSYEN B
„FALLBACK PROCEDURE‟
A)
MAKLUMAN JIKA BERLAKU GANGGUAN KEPADA SISTEM
1)
Semua pihak yang terlibat akan menerima notis berkenaan gangguan
kepada sistem daripada pihak Dagang Net iaitu Pusat Perkhidmatan
Pelanggan (Careline) samada melalui faks, sistem pesanan ringkas (sms)
atau e-mail.
2)
Pihak ‟Careline‟ juga akan menghantar notis kepada semua pihak terlibat
jika gangguan kepada sistem telah pulih sepenuhnya.
3)
Bagi mendapatkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas, “sms”, semua
pihak terlibat perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit dengan pihak
“Careline”.
B)
PERMOHONAN PERMIT IMPORT SECARA MANUAL
1)
Permohonan Permit Import secara manual hanya dibenarkan jika terdapat
gangguan seperti berikut:
i)
Pejabat JPK menghadapi masalah dengan talian komunikasi
untuk
mengakses sistem ePermit lebih daripada 48 jam (jika
berlaku di Ibu Pejabat JPK Kuala Lumpur).
(Nota: Sekiranya akses ke ePermit tidak boleh dibuat di sesuatu pejabat
JPK lain seperti Kota Bharu atau Alor Setar, permohonan boleh dimajukan
ke Ibu Pejabat JPK Kuala Lumpur).
26
ii)
Sistem Maklumat Kastam (SMK) menghadapi masalah dengan
talian komunikasi atau rangkaian sistem komputer untuk mendaftar
Permit Import lebih daripada 2 jam.
iii)
Pihak DNT menghadapi masalah dengan talian komunikasi atau
rangkaian sistem komputer lebih daripada 2 jam.
C)
PERMIT IMPORT DILULUSKAN SECARA MANUAL
1)
Permohonan Permit Import secara manual mesti dibuat menggunakan
Borang Permohonan Permit PQ 8 yang boleh didapati di kaunter ataupun
dimuat turun dari laman web JPK dan dikemukakan secara faks atau
poslaju ke pejabat-pejabat JPK yang boleh meluluskan komoditi-komoditi
yang hendak diimport.
Bayaran fee kepada JPK akan ditolak daripada
wang deposit sekali sahaja bagi setiap permohonan sama ada secara
manual atau elektronik.
2)
Permit Import yang telah diluluskan secara manual akan dikeluarkan
menggunakan Borang PQ 18. JPK akan memberikan Nombor Permit baru
bagi
Permit
Import
yang
diluluskan
secara
manual,dan
mestilah
ditandatangani oleh Pegawai Pelulus (Approver).
3)
Surat kelulusan mengeluarkan Permit Import secara manual (Lampiran
6) akan dikeluarkan oleh pihak JPK di pejabat yang mengeluarkan Permit
Import bagi menyokong pengeluaran setiap permit yang diluluskan secara
manual. Surat ini akan ditandatangani oleh Pegawai Pelulus (Approver).
27
4)
Bagi Permit Import yang diluluskan secara manual, pengikraran dan
penghantaran borang Kastam hendaklah dibuat secara elektronik.
28
Lampiran 7
EP-4
Surat Pengesahan Pengeluaran Permit Import/Lesen Eksport Secara
Manual
Kepada
Pengarah Kastam Negeri
Negeri ...........................
(u.p: ......................................)
Tuan,
Pengesahan Pengeluaran Permit Import/Lesen Eksport Secara Manual
oleh Jabatan Pertanian
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa pengeluaran Permit Import /Lesen Eksport
Bahan Pertanian dari Jabatan ini adalah secara manual mulai ......................
sehingga pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
3.
Sukacita sekiranya pihak tuan dapat meluluskan pergerakan konsainan
seperti pada Permit Import /Lesen Eksport Jabatan ini yang bernombor
rujukan/ID ......................... bertarikh ............................ .
Sekian, terima kasih.
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
(Pegawai Pemeriksa Kuarantin Tumbuhan/
Ketua Pejabat Kuarantin Tumbuhan)
Nama:
s.k.
Pejabat Pintu Masuk Kuarantin Tumbuhan ....................................
29
SEKSYEN C
PERTANYAAN
1) Sebarang pertanyaan berkaitan dengan sistem ePermit, sila hubungi
DNT:
Dagang Net Technologies Sdn Bhd
Tower 3, Avenue 5
The Horizon, Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi: 24 jam (7 hari seminggu)
General line: 03-2730 0200
Careline: 1-300-133-133
Faks: 603-2713 2121
Pusat Pager: 603-7804 8833
Pager No: 43032 / 43033
Handphone: 017-873 3292, 017-888 0248
Email: *careline@dagangnet.com
Web Careline: http://www.dagangnet.com
2)
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan Permit
Import secara elektronik dan SMK boleh menghubungi pegawai JPK
dan KDRM seperti di Appendik II.
30
APPENDIK I
Carta Aliran Permohonan Permit Import
Aliran Proses (“Online”)
Keterangan
Pengguna yang berdaftar dengan
DNT mengemukakan permohonan
Permit Import secara elektronik
melalui ePermit
MULA
-
Terima ID dan Katalaluan
-
Bayar wang deposit kepada JPK
dan memastikan wang deposit
sentiasa mencukupi
Permohonan Permit Import
dilakukan melalui
http://epermit.dagangnet.com
Semua maklumat perlu diisikan
Klik butang ‟Submit to OGA‟ untuk
menghantar permohonan
Permohonan akan disemak oleh
Pegawai Penyemak untuk
memastikan maklumat adalah
betul
Jika terdapat kesalahan,
permohonan akan ditolak
Permohonan baru perlu
dikemukakan
Permohonan akan dihantar
kepada pelulus untuk proses
kelulusan
Permohonan ini akan disemak
sekali lagi sebelum diluluskan
Jika terdapat kesalahan maklumat,
permohonan akan ditolak
Permohonan baru perlu
dikemukakan
a)
MOHON
b)
c)
SEMAK
Tidak
Ya
a)
b)
c)
a)
LULUS
Ya
Status dalam
ePermit
Tidak
b)
c)
d)
Draft
Awaiting OGA approval
Verified by OGA
Rejected by OGA
Approved by OGA
Rejected by OGA
31
DAFTAR
SMK
Ya
CETAK
TANDATANGAN
TAMAT
Tidak
a) Permohonan dihantar kepada SMK
untuk proses pendaftaran
b) SMK akan memberi “response”
kepada setiap permit yang
didaftarkan
c) Jika tidak didaftarkan, pengguna
perlu membuat permohonan baru
Permohonan yang diluluskan akan
dikeluarkan Permit Import yang boleh
dicetak oleh pengguna menggunakan
kertas A4 berwarna putih.
Tidak diperlukan
Awaiting Customs
Acknowledgement
Acknowledged by Customs
Rejected by Customs
Acknowledged by Customs
APPENDIK II
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI
OGA :
KDRM :
Bahagian Perlindungan Tanaman dan
Kuarantin Tumbuhan
Jabatan Pertanian,
Kementerian Pertanian & Industri Asas
Tani,
Aras 2, Wisma Tani Kuala Lumpur,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur
Bahagian Teknologi Maklumat
Ibu Pejabat Kastam DiRaja
Malaysia
5th Floor, Block 2G1B
Kompleks Kementerian Kewangan
Precinct 2,
62592 Putrajaya
Talian Am : 03-2030 1400
Faks
: 03-2697 7164
Encik Mohd. Razali Mohamed
Puan Rozziah Bujang Masli
Puan Kifiah Utoh
Cik Maliza Hazin
En. Hayusri Faizal Idris
(Ext : 1434)
(Ext : 1425)
(Ext : 1427)
(Ext : 1435)
(Ext : 1407)
E-mail: sek.import@doa.gov.my
Tel : 03-8882 2100
Fax : 03-8888 4589
General Email:
permit@customs.gov.my
Puan Rita Paul
Cawangan Teknologi Maklumat
Email: rita.paul@customs.gov.my
Tel: 03-8882 2329
Cik Lindamaswana Masbahon
(Ext : 2336)
Cik Azlini bte Ali (Ext : 2327)
Pn. Natrah Norlin (Ext : 2368)
Pn. Siti Zaleha bte Zakaria
(Ext : 2369)
33
APPENDIK III
Senarai Pintu Masuk
No.
State
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Perlis
Perlis
Perlis
Kedah
Kedah
Kedah
Kedah
Kedah
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Perak
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
Perak
Perak
Perak
Selangor
Selangor
Selangor
N. Sembilan
Melaka
Melaka
Melaka
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Port Name
Custom
Code
Kuala Perlis Jetty
Padang Besar
Wang Kelian
Alor Star Airport
Bukit Kayu Hitam
Kuah Jetty, Langkawi
Tg. Lembong Port
Langkawi Airport
Bayan Lepas Airport
Butterworth Port
Penang Port (Weld Quay)
Inland Contena Terminal (ICT),
Ipoh
Lumut Port
Pengkalan Hulu
Ipoh Airport
Port Klang
KLIA, Sepang
LCCT-KLIA, Sepang
Pelabuhan Port Dickson
Sungai Linggi Jetty
Sungai Rambai Jetty
Malacca Port
Batu Pahat Jetty
Johor Causeway
Kukup Jetty
Stulang Laut Jetty
Sungai Lebam Jetty
Teluk Ramunia Jetty
Johor Second Link
Muar Jetty
Pasir Gudang Port
Tg. Belungkor Port
Tg. Pelepas Port
Senai Airport
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
Pahang
Pahang
Terengganu
Terengganu
Kelantan
Kelantan
Kelantan
Kelantan
Selangor
Pulau Pinang
Perak
Johor
WP Labuan
WP Labuan
Kuantan Port
Kuantan Airport
Kuala Terengganu Airport
Kemaman Port
Kota Bharu Airport
Pengkalan Kubor
Rantau Panjang
Bukit Bunga
APSO, KLIA
Butterworth Post Office
Ipoh Post Office
Johor Bahru Post Office
Labuan Port
Labuan Airport
35
APPENDIK IV
Kod Tariff, Kod AHTN dan Kuantiti Unit
Sila Lihat Lampiran berasingan
PDK Codes
AHTN Codes
General Description
Unit of
Measurement
36
APPENDIK V
Contoh Cetakan Permit Import
37
38